Bicara Bebas Keranda Putih

Page 1

Izwan Suhadak Ishak Penasihat GPTD UNISEL





y Laporan khas yang diterbitkan di akhbar Utusan

Malaysia menceritakan secara terperinci kenapa bekas berwarna putih itu merupakan pembunuh senyap sama ada kepada manusia dan juga kepada alam sekitar. y Polistrina digunakan dengan meluas untuk mengisi makanan dan ekoran kosnya yang murah dan mampu memberikan keuntungan lebih banyak kepada penjual makanan.


y Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti

Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata bahan stirena yang berasal daripada phemynl memang boleh memberi masalah ke pada sistem kesihatan. y Organ‐organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan yang turut melibatkan darah serta hati.


y Kewujudan stirena ini ada dalam bekas makanan

malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid. y Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Mohamed Idris berkata, bungkusan polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas clan pancaran matahari.



y Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya

akan masuk ke dalam sistem badan clan bakal menjejaskan kesihatan manusia. y Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser.


y Kesan buruk stirena ini juga akan menyebabkan

mutagen yang mampu merubah genetik dan menyumbang kepada risiko kanser serta merosakkan sistem pembiakan. y Pengeluaran polisterina juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.


y Di Britain, kajian mendapati bahawa polisterina dalam

plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena. y Negara‐negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain sudah lama tidak menggunakan bahan polisterina pada setiap bekas makanan dan minuman mereka, sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan pembalut kertas yang mampu dikitar semula.


y Polisterina bukan hanya merosakkan sistem dalaman

manusia, namun ia juga mampu memberikan kesan buruk kepada alam sekitar disebabkan ia mengambil masa hingga 500 tahun untuk terurai dengan sepenuhnya. y Natures Harmony Industries Sdn. Bhd. (NHI) yang membuat kajian dan penyelidikan (R&D) menukar bekas polisterina dengan bahan bioteknologi ekstrak ubi kayu.


y Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengharamkan

penggunaan sebarang bekas polisterina melalui Kempen Tapau‐Mania y Alternatif terbaik buat warga pelajarnya sama ada mahu memilih untuk menggunakan bekas sendiri atau bekas makanan mesra alam.



y Universiti Sains Malaysia & Universiti Islam

Antarabangsa (UIA) telah mengambil langkah menggunakan bekas mesra alam yang dikenali sebagai biopak atau ecopak di mana mereka juga mengenakan tambahan 20 sen kepada pengguna. y Bagi yang tidak mahu membayar lebih 20 sen, mereka akan membawa bekas makanan sendiri dan ini sedikit sebanyak mampu menghapuskan penggunaan bekas polisterina.





y Pameran Kesedaran Statik y Kempen Kesedaran kepada Pelanggan, Pengurusan,

Pengusaha y Risalah y Siber (FB, MySpace, Email, Blog) y Kain Rentang

y Memorandum y Tandatangan y Polisi / Syarat Pengusaha Kafeteria

y Kajian Lapangan / Tinjauan Kesedaran


y “(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan

umat yang menyeru kepada kebaikan (Islam), memerintahkan kepada yang ma'ruf dan melarang dari yang munkar. Merekalah orang‐orang yang beruntung.” y Surah Ali Imran , 3:104 y “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” y Surah Anbiya’, 21:107


y “Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu

khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang‐orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.” y Surah Shaad, 38:26


y Grup Pengkaji Tamadun Dunia UNISEL

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL Kampus Bestari Jaya, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. M + 6010‐2460 435 E + gptdunisel@gmail.com y W + http://gptdunisel.blogspot.com


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.