PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

Page 6

•

Jade Dew (jhibrid) Varieti yang sangat populat masa kini. Toleran kepada cuaca panas. Berat ialah 1.3 kg/biji.

•

Sun Lady (hibrid) Berat buah 1 kg/biji. Buahnya keras dan tahan pengangkutan.

•

Sky Rocket Kulit bulat panjang, warna kulitnya kelabu, berat ialah 1.2-1.5 kg/biji.

•

New Century Buahnya bulat panjang, warna kulitnya hijau, berat buah ialah 1.4 - 1.6 kg./biji.

Iklim dan Tanah: Memerlukan sinar cahaya matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari. Kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan, buah kurang manis, serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang. Hujan yang terlalu banyak juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan penyakit. Penyediaan Tanah: Dua pusingan bajak piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas berukuran 1.8m lebar x 0.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik. Kapur sebanyak 3 tan/hektar, digaulkan dengan tanah semasa membajak. Membaris dan Menyediakan Lubang: Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman 2.5 m antara barisan, 1m antara pokok dalam sebaris. INi memberikan sebanyak 4,000 lubang tanaman sehektra. Lubang berukuran 30 sm x 30 sm dikorek dan baja organan sebanyak 1 kg. digaulkan dengan tanah dan dimasukkan ke dalam lubang. Menanam: Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke ladang. Biasanya biji benih ditanam terus ke ladang sebanyak 2 biji/lubang. Tanah digaulkan dengan baja organan dalam lubang dan sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang. Apabila tumbuh hanya 1 pokok ditinggalkan bagi selubang. Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu hektar. Pengairan: Tembikai wangi sangat peka terhadap air. Ia memerlukan bekalan air yang cukup untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran hasil yang memuaskan. Sistem pengairan renjis disyorkan, kalau tidak, penyiraman dilakukan secara manual. Pembajaan: Pusingan Massa Sebelum 1 menanam 2 2 minggu 3 4 minggu 4 6 minggu

Jenis Baja

Kadar Pokok Amaun/Hektar

Baja organan 15:15:15 12:12:17:2 12:12:17:2

1 kgf 30 g 100 g 100 g

4 tan 120 kg 400 kg 400 kg


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.