Pelan Tranformasi Bahagian Kesihatan Pergigian 2011-2015 Jabatan Kesihatan Terengganu

Page 5

PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU

ii. 

iii.

2011 - 2015

yang berumur 0 - 4 tahun), ibubapa/penjaga, pengasuh di pusat asuhan/jagaan kanak-kanak dan personel kesihatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti penggalakkan dan pencegahan yang dijalankan di Klinik Kesihatan, TASKA atau pusat jagaan kanak—kanak berdaftar. Bermula tahun 2009 peratus kedatangan baru ‘toddler’ di Klinik Kesihatan (KKIA) menjadi salah satu indikator baru dalam ‘State Specific Approach’ (SSA) bagi Negeri Terengganu. Pra sekolah Kanak-kanak Pra sekolah adalah merupakan antara kumpulan sasaran utama yang diberi rawatan pergigian di Negeri Terengganu meliputi kanakkanak tadika, prasekolah atau kanak-kanak berumur 5- 6 tahun samada kerajaan mahupun swasta. Program kesihatan pergigian bagi kanak-kanak prasekolah ini adalah untuk menanamkan minat serta meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan gigi dan mulut supaya mempunyai tabiat kearah mengekalkan tahap kesihatan gigi dan mulut di peringkat optima. Peratus kedatangan baru kanak-kanak pra sekolah merupakan salah satu indikator dalam ‘Key Performance Indikator’ (KPI) bagi Negeri Terengganu

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah  Perkhidmatan asas murid sekolah rendah dan menengah disalurkan melalui perkhidmatan pergigian sekolah yang menggunakan kaedah ‘Incremental Dental Care’ yang dijalankan melalui klinik-klinik pergigian sekolah, klinik- klinik pergigian ataupun oleh pasukan pergigian bergerak.  Matlamat rawatan yang dijalankan di sekolah adalah untuk; a. Mencapai liputan sekolah rendah dan menengah100% b. Liputan murid sekolah rendah - >90% c. Liputan murid sekolah menengah - >80%

5


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.