PANDUANPELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

Page 4

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Sektor

Operasi

Pendidikan

(SOP)

telah

memutuskan

untuk

mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah.

2.5

MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep MMI difahami dengan jelas.

2.6

Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang.

2.7

Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid, guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.

2.8

Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru mengajar dan murid belajar.

Muka Surat 3 / 19


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.