Page 1

KONSEP ASAS PENTAKSIRAN Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia


DEFINISI


Peperiksaan Peperiksaan ialah satu daripada alat pengujian yang digunakan untuk mengukur prestasi pencapaian murid di akhir proses pengajaran dan pembelajaran


Pengujian Proses mentadbir instrumen atau alat pentaksiran mengikut prosedur yang sistematik bagi memperoleh maklumat untuk mengukur ciri-ciri tertentu murid


Pengukuran Proses menggunakan matlumat berangka (nombor) bagi menerangkan sejauh mana murid itu mempunyai ciri-ciri tertentu


Penilaian Proses memberi pertimbangan terhadap kualiti pencapaian kognitif, afektif dan psikomotor murid


Pentaksiran Proses pengujian, pengukuran, penilaian dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan penghakiman terhadap evidens pengujian.


RUKUN PENTAKSIRAN


Instrumen Alat yang digunakan untuk mentaksir murid seperti kertas peperiksaan, senarai semak, skala kadar, latih tubi, projek dan tugasan


Individu atau Kumpulan yang ditaksir (murid)

Individu atau kelompok murid yang ditaksir dan lisan


Respons Maklum balas yang diterima daripada individu atau kumpulan yang ditaksir dalam bentuk penulisan, lisan dan persembahan


Kumpulan Yang Mentaksir Individu yang ditugaskan untuk memberi skor kepada maklum balas yang diberi oleh individu atau kumpulan yang ditaksir


Skor Pemberian penganugerahan dan ganjaran dalam bentuk nombor, huruf, pernyataan, simbol, penghargaan dan lisan


KAEDAH PENTAKSIRAN


Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assesment of Learning) • Menentukan gred dan kedudukan murid. • Membezakan pencapaian antara murid. • Tidak berfokus kepada memberi maklum balas untuk penambah baikkan pengajaran dan pembelajaran. • Bertujuan untuk pemilihan ke asrama penuh, kolej, universiti, pekerjaan dan lain-lain.


Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assesment as Learning) • Murid menjalankan pentaksiran kendiri • Memantau pembelajaran kendiri iaitu menentukan perkembangan dan pencapaian pembelajaran dengan pelbagai strategi • Menggunakan maklum balas pentaksiran untuk pembelajaran baru • Menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri, refleksi dan pentaksiran rakan sebaya (peer assesment)


Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assesment for Learning) • Memberi maklum balas terhadap pencapaian dan prestasi. • Dijalankan secara berterusan Membimbing kemajuan dan perkembangan murid. • Mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklum balas pentaksiran Membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan.


JENIS PENGUJIAN


Ujian Kecerdasan • Mengukur kebolehan kognitif calon seperti membina konsep, menyelesaikan masalah, memperolehi maklumat, membuat pengiraan, menaakul atau tugasan intelektual yang lain. • Bertujuan menentukan tahap penguasaan murid.


Ujian Aptitud • Secara umum aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semulajadi atau yang diperolehi, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran. • Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang. • Direka bentuk untuk mengukur kebolehan umum, meramal potensi bagi membina kemahiran atau pengetahuan.


Ujian Pencapaian • Ujian untuk mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid dalam kandungan kurikulum yang diajar • Digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan sesuatu aspek yang hendak dibangunkan di dalam diri murid tersebut.


Ujian Diagnostik • Digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan sesuatu aspek yang hendak dibangunkan di dalam diri murid tersebut.


Ujian Penempatan

• Untuk menempatkan murid pada tahap atau program tertentu.


Ujian Kefasihan • Ujian untuk menilai dan persijilan meliputi kemahiran berbahasa iaitu kebolehan bertutur, membaca dan mendengar.


Ujian Kecergasan Fizikal • Untuk menentukan tahap kecergasan fizikal murid.


PENDEKATAN PENTAKSIRAN


Rujukan Norma (Norm Reference) • Prestasi akhir murid dibandingkan dengan prestasi kumpulan yang ditaksir. • Rujukan adalah berdasarkan perbandingan relatif pencapaian murid dengan membandingkan purata pencapaian murid di dalam kumpulan yang ditaksir • Dikaitkan dengan peperiksaan pusat seperti SPM dan UPSR. • Berbentuk ujian sumatif. • Kaedah ini tertumpu kepada taburan skor yang memberatkan analisa kesahan dan kebolehpercayaan.



Rujukan Kriteria (Criterian Reference) • Menentukan tahap kemampuan murid berdasarkan kriteria yang ditentukan. • Tidak membandingkan pencapaian murid dengan murid yang lain. • Umumnya digunakan untuk kelayakan vokasional.


Rujukan Standard (Standard Reference) • Hampir sama dengan rujukan kriteria • Murid ditaksir berdasarkan standard yang ditetapkan. • Prestasi semasa murid dibandingkan dengan rujukan standard. • Tanda aras prestasi murid bergantung kepada prestasi mereka sendiri dan bukan dengan prestasi murid lain.


CIRI-CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK


Keobjektifan • Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor murid • Keobjektifan dipertingkatkan dengan penggunaan panduan penskoran atau mesyuarat penyelarasan skor bagi memastikan pentaksir mempunyai kefahaman dan kemahiran yang terselaras antara satu sama lain.



Kebolehtadbiran

• Urusan pentadbiran peperiksaan dan pentaksiran boleh dilaksanakan dengan lancar dan mudah.


Kemudahtafsiran • Merujuk kepada kemampuan pentaksiran memberikan maklumat tentang calon berdasarkan skor yang diperoleh, mendiskriminasikan calon dan menepati tujuan sesuatu pentaksiran diadakan


Kekomprehensifan • Merujuk kepada kandungan instrumen yan mempunyai cakupan item yang mewakili semua objektif pembelajaran.


Skor yang mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi • Kesahan ialah ciri skor berhubung dengan kerelevanan dan kecukupcakupan skor itu untuk menggambarkan prestasi calon yang ditaksir. • Kebolehpercayaan ialah ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor itu untuk menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang ditaksir. • Skor mestilah mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan keadilan kepada calon serta mengekalkan kewibawaan institusi.


TERIMA KASIH

Konsep asas pentaksiran (3)  

e-KompeG

Konsep asas pentaksiran (3)  

e-KompeG

Advertisement