Issuu on Google+

SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

NAMA

NO MATRIKS

ZAIDI BIN SHAARI

M20111000738

MARIATI BINTI MALIK

M20112001432

NOR ASHIKIN BINTI NORUL AZMAN

M20131000634


ISU: PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM PENGAJARAN MATEMATIK


ISU

Pengenalan

Perkembangan di Sekolah Rendah

Perkembangan Terkini di Malaysia

Latar Belakang Isu

Dapatan/kajian Penggunaan Kalkulator di Bilik Darjah

Keperluan Perubahan Pendidikan Matematik

Persoalan Utama yang Timbul

Kelebihan Penggunaan Kalkulator

Cabaran Pengunaan Kalkulator di Malaysia

Pendidikan Matematik di Malaysia

Keburukan Penggunaan Kalkulator

Kesimpulan


PENGENALAN:

PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA


5 komponen dalam Matematik:

Algebra

Geometri

Trigonometri

Statistik dan Kebarangkalian

Kalkulus


o Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. o Matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. o Bagi ahli matematik, matematik adalah satu bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol.

Menurut Inder (1982),

“Mathematics is a language - a way of describing, recording in mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship.�


Adakah Sekarang Masa Yang Paling Sesuai Untuk Penggunaan Kalkulator?

o Soalannya, mengapa revolusi ini tidak ada dalam kurikulum pendidikan di Malaysia sedangkan kita tahu perubahan yang dibawa oleh kemajuan teknologi? o Mengapa tidak digunakan kalkulator dalam pendidikan secara keseluruhannya sedangkan kita menggunakan kalkulator dalam kehidupan seharian?

“the low cost of calculators, computers and related new technology has already changed the nature of business, industry, government and military. Why shouldn’t this affect classroom instruction, too?” – School Mathematic: Option for the 1990s.


Sumber: Shuard, Hilary (1992): Lets stop wasting time. Micromath, spring 1992, v.8, n.1, 29-30


Penggunaan kalkulator masih terhad pengunaannya di kalangan pelajar di Malaysia. Buktinya?


•Penggunaan terhad untuk soalan Kertas 1 sahaja

MENENGAH ATAS

MENENGAH RENDAH

SEKOLAH RENDAH

•Tidak dibenarkan sepanjang 6 tahun tempoh persekolahan

•Boleh digunakan untuk sebarang bentuk peperiksaan


CASIO fx 350ms

CASIO fx 570ms


Thursday,19 April 2012

Under new math curriculum standards tentatively adopted by the board Thursday, schools would be encouraged to require students to add, subtract and multiply the oldfashioned way, without the benefit of electronic devices. With the new standards, Bradley said, “parents will be told that learning is hard work, and that at the end of the day, kids will be required to memorize the multiplication tables and basic math and that will lead to success in math.�


Friday,9 November 2012

Announcing the change, Mrs Truss called for an end to the habit of ‘simply reaching for the calculator’ to work out basic sums. She warned that children’s ‘dependence’ on calculators for basic maths was preventing them from gaining a true mastery of addition, subtraction, multiplication and division. Education Minister Elizabeth Truss


Tuesday, 05 November 2013

Elizabeth Truss, the Education Minister, said that an over-reliance on calculators meant pupils were failed to get the rigorous grounding in mental and written arithmetic that they needed to progress onto secondary education. Pupils should not use the devices until they know their times tables off by heart and understand the methods used to add, subtract, multiply and divide, she said.


In a Newsweek editorial, California math teacher Diane Hunsaker writes, "Students who do not do long division, who quickly pull out their calculator to complete the answer, do not understand the underlying principle of division. Calculators prevent students from seeing the underlying structure and beauty in math." Tom Loveless, a Harvard University professor, is quoted in a Washington Post article as saying: "There are some elements of math, particularly at the elementary level, where some basic facts simply must be memorized. We have lots of teachers reporting that they're getting kids in third, fourth, and fifth grade who don't know their basic facts." Source: http://www.educationworld.com/a_curr/curr072.shtml


TIME TO CHANGE

IF IT’S AIN’T BROKEN, DON’T FIX IT

Revamp Math Curriculum

Stick with current Curriculum

Introduce Calculator Usage on the Early Stage of Education

Others Country Going Back to Traditional Way

Technologies is Changing, so does the Education System

No need to push the panic button yet


PENGGUNAAN KALKULATOR DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH. RASIONAL ATAU TIDAK?


Walaupun terdapat usahausaha dalam penggunaan kalkulator di bilik darjah telah diambil. Persoalan: o Bagaimanakah keberkesanan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran? o Adakah ia membantu dalam pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya?


KAJIAN/DAPATAN MENGENAI PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM BILIK DARJAH 1. Didalam laporan Corkcroft (Dec 1982, para388) "Kalkulator lebih diperlukan sebagai alat untuk membantu pengajaran dan pembelajaran" 2. Calculator-Aware Number (CAN) Project (1986-1992) yang diketuai oleh Hilary Shuard mendapati bahawa "Kalkulator akan memberi kesan kepada strategi mental tanpa pengajaran formal di dalam algoritma. Di mana pelajar mencari dan menyiasat nombor dengan kaedah mereka sendiri menggunakan kalkulator"


KAJIAN/DAPATAN MENGENAI PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM BILIK DARJAH 3. The Third International Mathematic and Science Survey (TIMSS, 1997) pula mendapati bahawa daripada 26 negara yang mengambil bahagian, England berada di tangga ketiga dari bawah berbanding dengan negara yang kurang menggunakan kalkulator di peringkat usia sembilan tahun. Maklumat ini telah mendapat respon daripada kerajaan dimana National Curriculum (DfEE 1998) mencadangkan "Kalkulator paling baik digunakan di sekolah rendah selepas peringkat ke 2 dan tidak sepatutnya digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan aritmatik yang mudah. Guru sepatutnya mengajar pelajar bagaimana menggunakan kalkulator secara berkesan.“


KAJIAN/DAPATAN MENGENAI PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM BILIK DARJAH 4. Anita Staker (2000) pula berpendapat bahawa "Kalkulator bukan satu alat yang sesuai untuk pengiraan yang boleh diselesaikan dengan mudah menggunakan mental atau pensil dan kertas" 5. John Costello (1992) pula berpendapat bahawa “Calculator have made remarkably little impact on school Mathematics"


KAJIAN/DAPATAN MENGENAI PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM BILIK DARJAH  6. Lindquist (1989) pula melaporkan hasil dapatan berikut: 1) "Secara amnya, pelajar yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih baik daripada pelajar tanpa menggunakan kalkulator apabila membuat soalan pengiraan.” 2) “Pelajar yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula (reordering ). Perkara ini menjadi lebih ketara untuk soalan yang melibatkan pembahagian.”


KAJIAN/DAPATAN MENGENAI PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM BILIK DARJAH 7. Satu kajian telah dijalankan oleh para pendidik (Abu Osman Md. Taib dan rakan-rakan) di UKM untuk meninjau kesan kalkulator terhadap sikap dan kebolehan pelajar kusus matrikulasi dalam pelajaran matematik. Hasil dapatan mereka seperti berikut: “Didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan penggunaan kalkulator dari penggunaan buku sifir.” “Didapati pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat menggunakan kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau congak.”


Jika dikaji dan memandang dari sudut yang positif, sebenarnya banyak kebergunaan dan kelebihan penggunaan kalkulator dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara kelebihan-kelebihannya ialah seperti berikut:


KELEBIHAN PENGGUNAAN KALKULATOR 1) Keseronokan dalam bilik darjah

2) Kurikulum lebih terbuka

•Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan. •Murid boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

•Pembelajaran memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. •Membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar. •Menambah pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling.


KELEBIHAN PENGGUNAAN KALKULATOR

3) Menambah pengalaman •Mewujudkan cara yang pelbagai bagi mendapatkan maklumat seterusnya menambah pengalaman murid. •Murid boleh diperkenalkan dengan nombor perpuluhan dan negative pada peringkat lebih awal.

4) Memperkenal kurikulum baru •Menambah kandungan kurikulum di mana kalkulator menawarkan cara pembelajaran yang berbeza. •Kalkulator juga boleh memperkenalkan symbol dan menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.


KELEBIHAN PENGGUNAAN KALKULATOR 5) Peneguhan konsep sedia ada •Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza. •Contoh _ _ 2 + _ _ 3 = _ _ . Murid boleh mencuba pelbagai angka yang berakhir dengan dua dan tiga untuk diselesaikan dan mendapatkan jawapannya. •Mampu menambahkan perbendaharaan kata murid dalam belajar matematik seperti perkenalkan perkataan lebih daripada kurang daripada dan sebagainya.

6) Menggalakkan kreativiti •Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan murid .Contoh untuk menyelesaikan masalah seperti : 1+24=25, 3+22=25 , 26-1=25 dan sebagainya. •Penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada satu corak pembelajaran yang mampu meningkatkan pengiraan secara kreatif di samping mampu untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu konsep asas pengiraan khususnya bagi kanakkanak tahap rendah.


KELEBIHAN PENGGUNAAN KALKULATOR

7) Mencungkil kemahiran murid

8) Pembelajaran murid lebih pantas

•Kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan. • Ini mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental untuk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

•Pelajar yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula (reordering ). •Murid yang telah menguasai kemahiran asas akan lebih cepat menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.


KELEBIHAN PENGGUNAAN KALKULATOR 9) Memberi motivasi kepada murid •Memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan. •Ini kerana penggunaan kalkulator membolehkan murid menjawab soalan yang lebih mencabar dan mendalam pada peringkat yang lebih awal.

10) Pembelajaran matematik lebih bermakna •Dengan menggunakan kalkulator, pelajar boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. •Murid tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. •Soalan yang lebih mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan menjadi pembelajaran matematik lebih bermakna dan seronok.


1. Kalkulator merupakan mesin ciptaan manusia yang digunakan oleh manusia untuk kemudahan dalam pengiraan. 2. Namun ciptaan ini dapat menjejaskan minda para pelajar yang akan terlalu bergantung kepada mesin ciptaan sendiri daripada menggunakan pemikiran kognitif. 3. Dengan ini, akan wujud keburukan akibat kebergantungan kepada kalkulator.


KEBURUKAN PENGGUNAAN KALKULATOR

1) Seni matematik hilang • Motivasi pelajar untuk melakukan latih tubi dan mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh menjalankannya dengan lebih cepat dan tepat.

2) Murid lebih malas • Murid akan bergantung sepenuhnya kepada kalkulator walaupun untuk pengiraan congak mudah, ini menyebabkan murid menjadi malas untuk mengira.


KEBURUKAN PENGGUNAAN KALKULATOR

3) Murid cuai dalam pengiraan • Input data yang tidak mencukupi akan menyebabkan kesan dramatik terhadap jawapan. Kecuaian murid walau sedikit akan menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah.

4) Jalan kerja akan mengelirukan murid • Jawapan yang diberi mungkin pelbagai dan jauh dari sangkaan pelajar (unfamiliar). Ini membuatkan murid keliru dengan jawapan yang diberikan.


KEBURUKAN PENGGUNAAN KALKULATOR

5) Murid ambil mudah matematik

6) Murid tidak hafal sifir

• Setengah murid tidak memaksimumkan penggunaan kalkulator. Mereka tidak berminat untuk mempelajari cara menggunakan kalkulator dengan lebih mendalam. Mereka hanya menggunakan kalkulator untuk mendapatkan jawapan sahaja.

• Dengan penggunaan kalkulator menyebabkan murid tidak menghafal sifir dan motivasi murid untuk melakukan latih tubi dan mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh menjalankannya dengan lebih cepat dan tepat.


PERKEMBANGAN MATEMATIK DI MALAYSIA KEPERLUAN PERUBAHAN

CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR

KESIMPULAN


KEPERLUAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA “Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu berubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.� (KPM,1997)


o Teknologi bukan hanya setakat mempengaruhi bagamanakah matematik diajar dan dibelajari tetapi juga, mempengaruhi apakah yang patut diajar serta bilakah topik itu diajar. o Dengan teknologi, kanak-kanak boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor-nombor besar, ataupun mereka dapat menyiasat ciri-ciri bagi bentuk-bentuk dengan menggunakan perisian dinamik geometri. o Di sekolah rendah, murid-murid boleh mengatur dan menganalisa set data yang besar. Manakala murid-murid di sekolah menengah rendah pula dapat membelajari perhubungan linear dan kecerunan serta perubahan seragam dengan perwakilan komputer. “Technology is dramatically changing mathematics; as a result, the mathematics that students learn also must change. It has been said that same mathematics has become more important because technology requires it; some mathematics has become less important because technology replaces it; and some mathematics has become possible because technology allows it.� Trafton and Claus (1994)


Mengikut pengarang buku “Reshaping School Mathematic: A Philosophy and Framework for Curriculum “ (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik.


Antara dapatan kajian pengarang buku “Reshaping School Mathematic: A Philosophy and Framework for Curriculum “ (National Research Council, 1990) adalah berikut:

•Pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat.

•Ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi (kalkulator) demi menghadapi cabaran alaf baru.

•Perkembangan teknologi (kalkulator) telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang efektif.

•Pandangan pelajar juga telah berubah di mana mereka ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa dan menerokai penyelesaian masalah.

•Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

•Skop dan kualiti matematik perlu di perkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR

IBU BAPA

Penggunaan Kalkulator di Sekolah Rendah

MASYARAKAT

WARGA PENDIDIK


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA CABARAN 1 o Wujud kebimbangan murid-murid akan malas berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah Matematik. o Kenyataan dan alasan ini terlalu lemah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah penyelesaian masalah matematik, pelajar perlu berfikir terlebih dahulu cara untuk menyelesaikannya. o Contoh: “Daniel mempunyai 123 ekor ayam, dia menjual 45 ekor ayamnya di pasar. Dalam perjalanan pulang, Siti telah meminta 5 ekor ayam Abu. Berapa ekor ayamkah yang tinggal?� Murid mesti memikirkan dulu operasi apakah yang patut mereka gunakan, kemudian barulah dicari jawapan.


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA CABARAN 2 o Wujud kebimbangan murid-murid serta pelajar akan kurang faham penggunaan algoritma dan konsep asas nombor. o Murid akan mampu menguasai konsep asa nombor dengan sendirinya setelah merela mahir menggunakan kalkulator. o Apa yang penting guru haruslah menerangkan dan sentiasa mengingatkan murid-murid tentang konsep asas nombor dan bahasa matemaik, apabila pengulangan sentiasa berlaku secara tidak langsung penanggapan dalam minda akan berlaku.


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA CABARAN 3 o Wujud kebimbangan murid akan leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam mengikuti isi pelajaran matematik di sekolah. o Sesuatu kaedah dan strategi yang baru pasti akan dapat menarik minat murid. Di samping itu mereka pasti akan lebih seronok lagi menyiapkan tugasan kerana merasa semua soalan adalah senang untuk diselesaikan. o Di dalam peperiksaan, murid selalunya tidak dapat menyelesaikan semua soalan dalam masa yang telah ditetapkan kerana terpaksa menyelesaikan masalah tersebut dengan cara panjang dan mesti menghafal sifir dengan baik. Murid kita dapat menyelesaikannya namun memerlukan masa yang panjang berbanding dengan murid yang menggunakan kalkulator.


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA CABARAN 4 o Wujud kebimbangan akan adanya sikap kebergantungan kepada elemen moden sahaja tanpa berusaha untuk mendalaminya secara manual. o Persoalan: kita ingin murid maju ke depankah, mundur ke belakangkah atau tidak bergerak langsung? Tamadun teknologi dan IT telah menguasai dunia sekarang. o Jika kita mengharapkan generasi masa depan kita maju ke depan kita perlu bergerak seiring dengan tamadun tersebut, murid juga mempunyai impian dan hasrat kearah itu.


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA CABARAN 5 o Wujud kebimbangan kemahiran mengira murid-murid akan terbantut. Murid kemungkinan tidak menghafal sifir kerana bergantung pada kalkulator semata-mata. o Proses pengulangan mampu membuatkan otak murid bertindak sebagai kalkulator peribadi.

o Walaubagaimanapun menurut laporan Cockfort (1982), Penyataan 378 menyatakan: “penggunaan kalkulator dalam matematik tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis.�


CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI MALAYSIA CABARAN 5 o Kajian yang dijalankan oleh Hembree dan Dessert (1986) ke atas 79 kajian kesan penggunaan kalkulator dalam pencapaian prestasi matematik didapati: 

  

Murid yang menggunakan kalkulator dari pengajaran tradisi tidak menjejaskan kemahiran mereka dalam penggunaan algoritma, malah ia mempertingkatkan lagi kemahiran murid sederhana dalam empat operasi dan penyelesaian masalah. Sikap positif terhadap matapelajaran matematik dan membina keyakinan diri yang tinggi daripada rakan-rakan yang tidak menggunakan kalkulator. Kebolehan menyelesaikan banyak soalan/permasalahan matematik dengan cepat dan tepat. Menjimatkan masa guna tenaga kerja berbanding penggunaan kertas dan pensel.


KESIMPULAN  Kalkulator sebenarnya memberikan laluan kepada guru untuk mempraktikkan pengajaran penyiasatan lebih daripada sebelum ini.  Penggunaan kalkulator akan menambahkan peluang kepada guru-guru untuk memberi celik-akal dalam Matematik.  Satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan kalkulator.  Penggunaan kalkulator perlu mengutamakan kebolehan pelajar menguasai konsep-konsep asas matematik seperti algebra.  Salah satu alternatif bagi menarik minat pelajar dengan mata pelajaran Matematik. Dalam PdP Matematik, salah satu inovasi teknologi yang diambil perhatian ialah penggunaan kalkulator.  Kalkulator perlu digunakan secara bermakna agar para pelajar boleh memahami sesuatu konsep, perkaitan, prinsip dan sebagainya dalam Matematik.


“The Essence Of Mathematics Is Not To Make Simple Things Complicated, But To Make Complicated Things Simple.” S. GRUDDER

“Math Is Your Friend. If You Meet With Him Everyday, He Becomes Your Best Friend. If You Leave For A Time, He’ll Forget You And You’ll Forget Him.” MUHAMMAD AHMED

SEKIAN, TERIMA KASIH


Tugasan 1 Presentation Kumpulan 7