Page 1

Rakan-rakan

Rakan-rakan

Rakan-rakan

Rakan-rakan

Rakan-rakan

Rakan-rakan

Rakan-rakan

Rakan-rakan

Rakan-rakan

LAMAN DEN Rakan-rakan

ustri Desa...definisi dan huraiannya.... pada 30hb Ogos 2012 pukul 9.44 ptg

PAPAR: Industri desa yang juga dikenali sebagai industri luar bandar ataupun industri tradisional merupakan antara industri yang berperanan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara dan berpotensi tinggi untuk dimajukan. Dengan kata lain, industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung yang masih menggunakan teknik tradisi tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa suatu ketika dahulu permintaan dan pengeluaran hasil daripada industri desa semakin berkurangan disebabkan oleh perubahan zaman yang sangat ketara sekali. Hal ini demikian kerana fenomena peralihan terhadap kemajuan teknologi yang menyebabkan industri desa kurang menonjol,apatah lagi untuk bersaing dengan industri-industri moden. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun belakangan ini, sektor perusahaan dan pemakanan telah memper1ihatkan perkembangan yang sangat menggalakkan. Sebahagian besar produk keluaran industri desa kini sudah semakin berjaya bertapak dan menguasai bukan sahaja pasaran domestik malah peringkat pasaran antarabangsa. Ini menunjukkan satu petanda yang baik kepada industri-industri berkenaan untuk melangkah lebih maju ke hadapan khususnya dalam meneroka peluang perniagaan import dan eksport. Oleh yang demikian, industri desa sudah tidak boleh dipinggirkan lagi kerana mempunyai potensi yang begitu besar dan penghasilannya juga dapat membantu menjayakan peningkatan ekonomi penduduk dan negara ini.


Usaha memajukan industri tempatan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak kerajaan kerana terdapat banyak kepentingan kepada individu, pengusaha, masyarakat, dan negara. Kejayaan industri desa itu sudah tentu dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak kampung itu sendiri, malah dapat membantu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara kita sekali gus mereka mahu menyaksikan lebih dekat hasil industri yang popular di kampung-kampung berkenaan. Malahan, kita juga akan berasa bangga kerana sesebuah kampung itu mempunyai identiti hasil pengeluaran produknya sendiri dan akan menjadi batu loncatan menjurus kepada hasrat negara. Penduduk desa memperoleh pendapatan tambahan melalui kegiatan ekonomi desa seperti industri desa kecil-kecilan yang berasas makanan laut, karaf tangan dan kuih muih mampu menjana ekonomi penduduk kampung. Industri ini juga mampu meningkatkan tahap ekonomi mereka melalui aktiviti pertanian penternakan, pemprosesan makanan dan aktiviti pengeluaran produk-produk kraf tangan tempatan. Konsep pelaksanaan industri kecil-kecilan yang dilaksanakan berdasarkan produk-produk yang sedia wujud di kampung-kampung berkenaan boleh dijadikan sebagai menambah pendapatan selain memberikan khidmat runding cara atau bantuan mesin di bawah pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau MARDI. Di Papar, banyak perusahaan kampung dijalankan antaranya memproses belacan Papar di Kampung Laut, bengkel pembuatan parang di Kampung Sapat, memproses pembuatan makanan seperti kuih lidah (Kampung Berundong), kuih cincin (Kg. Melugus) dan industri kampung berasaskan kraf tangan seperti anyaman tikar di Kg. Seberang Benoni.


Faedah Pertanian Negara. BM K1 Percubaan SPM Soalan Bahagian A pada 28hb Ogos 2012 pukul 10.43 ptg

Sektor pertanian dianggap sektor yang tidak ekonomik pada masa dahulu. Sektor ini juga dipandang remeh oleh generasi muda lantaran kerjanya di tengah panas, kotor dan tidak mempunyai imej yang baik. Natijahnya, banyak tanah terbiar tidak diusahakan dan hasil pertanian negara merosot lalu memaksa kerajaan mengimport dari luar negara seperti beras. Namun fenomena pertanian ini berubah kini apabila kerajaan mengubah paradigma masyarakat tentang pertanian moden dan berskala besar bukan setakat cari makan atau cukup makan sahaja. Jelas anjakan paradigma ini memberi faedah pertanian kepada negara dalam pelbagai aspek. Sesuai dengan kehendak pertanian yang memerlukan kawasan tanah yang luas, maka ia dijalankan di kawasan kampung atau pedalaman. Maka secara tidak langsung pembukaan kawasan pertanian dan ladang ini membawa kepada pembinaan sistem perhubungan terutama jalan raya untuk mengangkut hasil pertanian keluar. Kerajaan menyediakan jalan raya ke segenap pelosok negara untuk tujuan berkenaan seperti ladang kelapa sawit yang dilengkapi dengan jalan raya berturap bukannya denai tanah merah. Secara tidak langsung sistem perhubungan setempat menjadi lebih baik serta bermanfaat kepada masyarakat serta memudahkan sektor pengangkutan. Jalan raya menjadi serampang dua mata untuk membawa kemajuan lain ke dalam sesuatu kawasan. Pembukaan banyak kawasan pertanian juga membawa faedah kepada peluang pekerjaan kerana sektor pertanian memerlukan tenaga kerja yang agak ramai dengan kos yang agak murah. Sektor perladangan memerlukan buruh untuk bekerja dan peluang ini membuka peluang kerja kepada anak-anak muda dan anak watan. Sektor perladangan kini juga memberi imej yang kemas bersih dengan pertanian cara moden seperti ladang sayur hidroponik, fertigasi dan perternakan cara moden. Maka peluang kerja terbuka luas tanpa rasa prejudis seperti dahulu. Faedah lain yang tidak kurang pentingnya ialah industri desa berkembang maju. Industri desa meliputi pengeluaran hasil pertanian secara manual, moden dan inovasi. Industri desa inovasi pertanian seperti perniagaan makanan ringan ala Malaysia seperti kerepek pisang dan kerepek ubi dapat berkembang malah ada yang dipasarkan ke peringkat antarabangsa ke negara Timur Tengah oleh Fazz Food Sungai Lang, Banting, Selangor. Industri kraftangan menggunakan bahan pertanian juga dapat dimajukan seperti anyaman buluh serta anyaman rotan,


mengkuang dan pandan mendapat tempat dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Slogan Satu Kampung Satu Produk ini mampu mengembangkan industri desa ke tahap yang membanggakan pelbagai pihak. Semua kegiatan ekonomi dalam bidang pertanian ini memberi sumbangan kepadapendapatan negara melalui pendapatan individu dan syarikat. Secara tidak langsung aktiviti pertanian menjadi sumber pendapatan kepada negara selain sektor perindustrian. Slogan Pertanian Adalah Perniagaan memang tepat. Menceburkan diri dalam pertanian bermakna memulakan satu perniagaan, urusan jual beli dan membabitkan modal serta keuntungan. Kita tentunya tidak menafikan sumbangan getah, kelapa sawit, sayur-mayur serta Cameron Highland dan Sabah Sarawak dalam pendapatan kasar dalam negara. Kesimpulannya, sektor pertanian memang wajar diberi perhatian oleh semua pihak agar sumbangannya kepada negara terus bertambah dan memberi faedah yang banyak kepada semua pihak. Kebergantungan negara kepada hasil pertanian import perlu dikurangkan dengan pelbagai rancangan pertanian yang produktif atau prolifik seterusnya sentiasa menyumbang untuk memantapkan ekonomi negara. Bak kata pepatah Melayu lama, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Zaidan Samad, 2808121042


akanan Tambahan dan kesan sampingannya. pada 19hb Mei 2012 pukul 1.14 pagi

Soalan: Pengambilan makanan suplemen seperti pil vitamin dan produk kesihatan dapat membantu meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan seseorang. Akan tetapi, penggunaan tanpa berhati-hati boleh mendatangkan kesan sampingan. Berikan pendapat anda. Kehendak soalan: Menyatakan pendapat mengenai kebaikan makanan suplemen keatas kesihatan, kecantikan dan kesan sampingan pada seseorang.

Pendahuluan: Makanan suplemen adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh seseorang untuk tujuan kesihatan. Tujuan pengambilan makanan suplemen ini adalah untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Isi-isi: 1. Penjagaan kesihatan – menjamin kesihatan. Pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang – sesetengah individu yang sibuk dengan rutin harian, menyebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Membantu meningkatkan kesihatan – melalui pengambilan pil vitamin, dan sebagainya. Membersihkan sisa toksik daripada badan. Membunuh bakteria, cecacing yang merbahaya dalam badan (pengambilan ubat cacing, yang membunuh cacing didalam usus). Bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan – lazimnya kanakkanak (Glucose).


Multivitamin dan susu formula, membantu tumbesaran otak dan tubuh kanak-kanak. (Susu Tepung Neslac™). 2. Kecantikan – membantu merawat kecantikan. Membantu merawat kulit yang bermasalah, seperti kulit kering. Pengambilan pil atau serbuk formula untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan. Contohnya; Susu Tepung Appeton. Penggunaan krim, atau pil untuk melambatkan proses penuaan. Dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Contohnya; Susu Tepung Anlene™, sesuai bagi wanita yang ingin mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Penggunaan krim sinar UV, bagi melindungi kulit dari pancaran terik matahari, dari terbakar atau kulit kering. Penggunaan krim atau pil, bagi membantu keanjalan kulit. 3. Kesan Sampingan – keracunan. Makanan suplemen yang mengandungi garam mineral berlebihan, boleh menyebabkan keracunan, seperti cirit-birit, muntah, dan sakit kepala. Berkemungkinan besar, makanan suplemen yang dikatakan menyingkir toksik, tidak berkesan, malahan menyebabkan menambahkan sisa toksik, dan membahayakan kesihatan. Penyalahgunaan, seperti pengguna tidak meneliti label yang tertera pada botol atau paket, menyebabkan keracunan. (pengguna tersalah memilih produk atau makanan yang sesuai) Penggunaan atau pengambilan yang tidak mengikut sukatan atau dos yang telah ditetapkan, menyebabkan kemudaratan pada kesihatan. Contohnya, pengambilan pil kelangsingan yang berlebihan, kononnya mempercepatkan proses kelangsingan, menyebabkan seseorang itu mengalami muntah-muntah, akibat kandungan bahan kimia yang berlebihan pada satu-satu masa. 4. Kesan sampingan – alahan dan kerosakan organ. Pengambilan pil-pil vitamin, atau krim kulit yang tidak sesuai dengan para pengguna, boleh menyebabkan alahan. Seperti kulit kemerah-merahan, ruam, kulit mengelupas, bintik-bintik merah, dan kegatalan. Pengambilan melebihi dos yang disyorkan, boleh menyebabkan kerosakkan pada sistem saraf, dan organ. Contohnya, pengambilan ubat penenang yang berlebihan, boleh mendatangkan kesan buruk pada sistem saraf otak.


Para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen tertentu - boleh mendatangkan kesan dalam jangka masa tertentu, samada ditahap serius ataupun tidak. Kesan bahan kimia yang berlebihan di dalam badan seseorang, boleh merosakkan organ dalaman yang penting, seperti otak, buah pinggang, hati dan sebagainya. Jika penyalahgunaan ditahap yang serius, boleh mendatangkan komplikasi yang teruk pada saraf otak, sekaligus boleh menyebabkan kematian. Penutup: Specially, thanks to My God, and Mrs. Suzieliana, my beloved teacher. And to all my friend. Good luck in STPM 2006. From your classmate; i) Peace, ÿ ii) Daus and † iii) Kebab J Pengguna harus mengambil berat mengenai cara pemakanan makanan suplemen yang betul yang berada dipasaran. Pengambilan makanan suplemen yang betul dan mengikut dos yang disyorkan serta sesuai dengan pengguna, tidak akan timbul masalah keracunan, alahan, atau kerosakkan organ. Biasakan diri dengan bertanyakan hal atau masalah yang dihadapi mengenai kesihatan diri, dan makanan suplemen yang dibeli, kepada doktor, untuk mengelakkan penyalahgunaan atau ketidaksesuaian produk dan makanan suplemen. Makanan Tambahan @ Suplemen

Definisi: produk yg dimkn & mengandungi mkn tambahan spt vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk2 makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dgn ekstrak @ pekatan drpd perahan yg byk didapati dlm btk tablet, pil, cecair, @ serbuk. Pengambilan mkn tambahan perlu apb seseorang itu sakit @ tlh didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor

Kepentingan Suplemen


1. memulih & memelihara kesihatan- gaya hidup rakyat yg kurang bergerak & pemakanan yg tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yg menjejaskan kehidupan. Mkn tambahan juga dikenali sbg “mkn berfungsi� yg mengandungi mkn lengkap pd asasnya spt protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur2 ini dpt memulihkan kesihatan & mengembalikn kecergasan

2. menyingkirkan toksik dlm bdn- kerosakan tisu2 bdn dpt dikurangkan dgn pengambilan suplemen yg mampu menyahtoksik. Toksik dlm bdn amt berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel bdn 3. menguruskan bdn dan memperoleh tubuh yg cantik- Pengambilan chitosan dpt membantu mereka yg menglami masalah berat badan & mengurangkan lemak dalam badan 4. meningkatkan tenaga- pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga 5. meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit- Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya utk mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaa buah pinggang Copied...http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/makanan-suplemen.html


nfo menarik tentang Nano - Teknologi pada 1hb Februari 2012 pukul 3.57 ptg

APA ITU TEKNOLOGI NANO TEKNOLOGI NANO diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar. Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu. Partikel nano boleh terhasil melalui tiga cara; pertama penghasilan khusus bagi tujuan penghasilan teknologi nano. Misalnya, penghasilan bahan seperti titanium dioksida, silikon, fuleren dan tiub karbon nano. Kedua, penghasilan secara tidak disengajakan melalui proses industri dan ekzos kenderaan. Sebagai contoh pelepasan partikel nano melalui kerja kimpalan, sisa partikel penyaduran logam, penyembur plasma, industri penghasilan serbuk detergen, serpihan zarah daripada juzukan senjata kimia dan juga pelepasan partikel enjin kenderaan diesel. Manakala cara yang ketiga, melalui pelepasan secara semula jadi menerusi letusan gunung berapi dan kebakaran hutan yang menghasilkan partikel di dalam udara bebas. Saiz jisim partikel nano yang teramat kecil menyebabkan ia mudah diangkut di dalam udara dan boleh disebarkan pada jarak yang jauh. Ciri khas lain bagi partikel nano ialah sifat ketoksikan yang sangat berkait rapat dengan permukaannya. la merupakan perbezaan utama berbanding dengan unsur utamanya pada saiz yang besar, iaitu lebih banyak bergantung pada jisimnya. Partikel nano amat kecil


(dihuraikan dalam bentuk jisim), tetapi mempunyai impak toksik yang besar, ini disebabkan luas permukaan yang besar. Kajian mendapati kesan toksik yang lebih tinggi bagi partikel nano dibandingkan bagi bahan yang sama pada saiz yang lebih besar. Pengenalpastian partikel nano agak rumit dan kompleks dan memerlukan alat yang khusus untuk mengukur kehadiran bahan partikel nano pada persekitaran. Sistem yang dikenali sebagai Scanning Mobility Particle Size bagi mengukur aerosol, misalnya boleh digunakan bagi mengukur partikel nano dalam fasa gas. Terdapat juga teknik bagi mengukur partikel nano dalam fasa cecair, seperti chromophore counting, resonant light scattering, Raman scattering techniques dan juga High Resolution Transmission Electron Microscopy (HRTEM). Memandangkan partikel nano mempunyai potensi yang boleh memudaratkan manusia, kajian penilaian risiko terhadap bahan partikel nano perlu diadakan sebelum boleh digunakan secara meluas. Kajian penilaian risiko boleh dibangunkan dengan mengenal pasti bahaya yang dihadirkan daripada bahan berskala nano. Kajian toksikologi dalam penilaian risiko, misalnya dapat membantu sedikit sebanyak mengenai impak ketoksikan bahan berskala nano kepada manusia. Hasil kajian yang didapati boleh dikumpulkan bagi membentuk pangkalan data mengenai sifat ketoksikan bahan partikel nano. Maklumat yang ada, boleh membantu saintis untuk merancang langkah berjaga-jaga dan menyusun prosedur keselamatan bagi menggunakan bahan partikel nano. Dalam konteks kejuruteraan pula, maklumat ini dapat membantu bagi para jurutera untuk mereka bentuk sistem dan peralatan yang boleh mengawal penghasilan partikel nano dan kaedah pengenalpastiannya dalam persekitaran. Kebaikan Penggunaan teknologi nano dalam bidang semikonduktor, tenaga, kesihatan dan instrumentasi telah mewujudkan pasaran sebanyak $499 juta dolar pada tahun 2003. la juga dijangka berkembang sehingga mencecah pasaran berjumlah satu trilion dolar menjelang tahun 2015. Walau bagaimanapun sejak akhir ini tercetus kebimbangan baharu di sebalik penggunaan meluas partikel berskala nano. SEL SURIA DAN NANOTECK MATAHARI merupakan sumber tenaga yang paling utama dalam kehidupan. Dunia kini berhadapan dengan krisis tenaga. Sains dan teknologi menawarkan penyelesaian untuk menghadapi krisis yang semakin genting ini. Saintis telah pun mengemukakan pelbagai jawapan dan kaedah untuk menghadapi krisis tenaga bahan api. Antara yang paling terkenal ialah tenaga boleh baharu menggantikan sumber tenaga tradisional seperti sumber tenaga fosil yang menghasilkan bahan api yang tidak boleh diperbaharui. Selain itu, sumber bahan api fosil mempunyai kelemahan seperti kehabisan sumber, pencemaran, hujan asid dan pemanasan global.


Salah satu tenaga boleh baharu yang paling popular dewasa ini ialah sel suria atau juga dikenali dengan nama sel solar. Sel suria sebenarnya diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti Silikon dan Galium Arsenik (GaAs). Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, elektron di dalam bahan semikonduktor tersebut akan teruja dan bergerak melalui bahan tersebut menghasilkan arus elektrik. Menurut sejarah, sel suria telah lama dibangunkan semenjak tahun 1883 oleh Charles Fritts. Sel suria moden pula telah dibangunkan oleh saintis di Bell Laboratories pada tahun 1954. Kemudian pada tahun 1970, tenaga ini pertama kali digunakan secara komersil dalam kalkulator dan jam tangan digital. Perkembangan penggunaannya sangat perlahan sehinggalah ia dapat menembusi pasaran pada awal tahun 1990-an. Ini disebabkan harga yang relatifnya agak mahal di samping kecekapannya yang rendah pada waktu itu. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi sel suria semakin rancak sejak akhir-akhir ini, terutamanya pada penghujung abad ke-20. Pengeluarannya secara besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat teknologi terkenal dunia. Kemajuan teknologi nano pada masa ini telah meningkatkan lagi penggunaan dan keupayaan teknologi sel suria dalam proses pengumpulan tenaga solar daripada matahari untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dan perindustrian. Di Imperial College of London misalnya, nanoteknologi digunakan oleh Keith Barnham, seorang penyelidik di institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran sel solar. Sebuah syarikat ditubuhkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Imperial College of London yang dikenali sebagai Quantasol. Penyelidikan ini diketuai oleh Barnham sendiri yang telah menghasilkan sel suria menggunakan lapisan bahan GaAs sebagai filem nipis berbanding dengan silikon yang digunakan sebelum ini. Setiap lapisan akan menghasilkan warna atau gelombang cahaya yang berbeza apabila terdedah pada cahaya matahari. Syarikat tersebut mendakwa keseluruhan tenaga yang dihasilkan di dalam sel yang menggunakan bahan GaAs melebihi sekali ganda daripada kecekapan sel suria yang dihasilkan menggunakan bahan silikon sebelum ini. Sebuah lagi syarikat yang mengasaskan sel suria menggunakan nanoteknologi ialah G241 di United Kingdom. Syarikat ini telah mengeluarkan bahan untuk sel fotovolta yang berupaya menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik walaupun mempunyai kadar serapan cahaya yang rendah. Sel suria atau sel fotovolta dihasilkan berdasarkan formulasi Graetzel yang dicipta oleh Michael Graetzel pada tahun 1991, yang mendapat inspirasi daripada proses fotosintesis tumbuhan. Menurut pengarah urusan Syarikat G241 yang menghasilkan bahan nanoteknologi sel suria ini, kelebihan menggunakan kaedah sel Graetzel kerana lebih mudah untuk difabrikasi, mengurangkan kos dan menjimatkan masa serta tenaga untuk menghasilkannya. G241 telah pun menjalankan pengeluaran besar-


besaran produk sel solar ini di kilang pengeluaran mereka dan menyasarkan jualannya untuk negara-negara membangun. Dalam bidang penyelidikan pula, satu penemuan baharu bahan saduran antipantulan yang boleh digunakan dalam penghasilan sel suria berasaskan silikon yang bertujuan untuk meningkatkan penghantaran cahaya matahari ke dalam sel. Dalam jurnal optik terkenal, Optics Letters, penyelidikan yang diketuai oleh Shawn-Yu Lin melaporkan penemuan bahan saduran antipantulan yang dapat meningkatkan kadar serapan cahaya matahari oleh panel sel solar dan seterusnya membenarkannya menyerap keseluruhan spektrum cahaya dari segenap sudut. Penemuan ini berjaya meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan sel solar dalam usaha untuk memaksimumkan kadar serapan cahaya ke atas panel sel solar. Beberapa contoh di atas merupakan hasil kajian dan potensi besar gabungan teknologi nano dan sel solar yang semakin mendapat perhatian dunia dalam menangani krisis tenaga yang semakin membimbangkan. Sains dan teknologi tidak putus-putus menawarkan penyelesaian terbaik dalam menangani krisis yang berlarutan akibat kerakusan manusia dan juga perubahan alam selari dengan usianya yang semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan sains dan teknologi perlu digunakan secara berkesan dalam menghadapi situasi mencabar pada masa ini dan masa akan datang. Kesan negatif Yang menjadi kebimbangan besar dalam kalangan para penyelidik ialah potensi partikel nano yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Meskipun begitu pengetahuan mengenai impak, kesemua bahan partikel nano terhadap manusia dan alam sekitar masih terhad. Pada tahun 2004, Inisiatif Nanoteknologi Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 20 ribu pekerja di seluruh dunia bekerja dalam sektor teknologi nano dan dijangka akan meningkat sehingga dua juta orang pada tahun 2015. Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2008 telah mengeluarkan laporan yang dinamakan sebagaiâ€?Risiko Global 2008″. Laporan tersebut menyatakan impak pendedahan partikel nano (cat, kosmetik dan produk kesihatan) yang boleh menyebabkan gangguan terhadap kesihatan manusia. Antara karya penyelidikan lain yang membicarakan impak kesihatan daripada bahan partikel nano ialah sebuah laporan mengenai “Kesan-kesan Partikel Nanoâ€? yang dikeluarkan oleh Institut de Recherche Robert-Sauveen Santeet en Securite du Travail (IRSST), organisasi penyelidikan saintifik berpusat di Montreal, Kanada. Laporan ini memuatkan beberapa jenis bahan partikel nano yang boleh memberikan kesan mudarat kepada manusia. Antara bahan partikel nano tersebut ialah fuleren, tiub karbon nano, partikel nano tak organik, partikel nano organik dan dot kuantum. Laluan partikel nano ke badan manusia boleh berlaku semasa pernafasan dan juga pengambilan makanan yang telah terdedah kepada partikel nano. Partikel nano yang


disedut boleh termendap di dalam salur darah selepas menembusi kesemua mekanisme perlindungan pernafasan. la kemudian diagihkan ke dalam pelbagai organ dan berkumpul di tapak yang khusus. la boleh bergerak sepanjang saraf penghiduan dan menembusi secara langsung ke saraf otak. Sifat ini, dikaji secara meluas dalam bidang farmakologi, membolehkan partikel nano organik digunakan sebagai vektor bagi membawa ubatan kepada sasaran di dalam fungsi badan. Kajian sedia ada menunjukkan beberapa kesan terhadap haiwan, bergantung pada jenis partikel nano. Kesan kenefrotoksikan, dalam reproduksi dan kesan genotoksik telah dikenal pasti. Sesetengah partikel menyebabkan tindak balas granulomas, fibrosis dan tumor pada paru-paru. Kesan bahan seperti titanium dioksida. bahan yang diiktiraf sebagai kurang bertoksik, menunjukkan sifat toksik yang tinggi di dalam saluran pernafasan pada skala nano. Dalam konteks negara ini, industri minyak dan gas, pembuatan detergen dan aktiviti penyaduran logam adalah antara aktiviti yang mungkin berpotensi bagi pelepasan bahan partikel berskala nano. Yang menjadi persoalan utama adakah perundangan sedia ada memadai untuk mengawal penghasilan bahan partikel nano. Oleh itu, kawalan dalam bentuk dasar dan perundangan perlu dikaji bagi memastikan penggunaan bahan partikel nano yang mempunyai risiko tinggi terhadap manusia dapat dikawal dan dipantau. Kajian yang mendalam perlu diteruskan bagi memastikan pembangunan teknologi nano dapat memberikan manfaat yang banyak di samping impaknya terhadap kesihatan manusia dapat dikawal dengan baik. → OLEH: GOAY TECK CHONG


SYARAHAN: PERANAN REMAJA DALAM MENANGANI MASALAH KEGEMUKAN ATAU OBESITI. OLEH 4S1 pada 26hb September 2011 pukul 3.03 ptg

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah , Pn.Hjh Roziah Bt Mohd Azari, Guru Penolong Kanan,Pn.Mahani Simis,Guru Kanan Mata Pelajaran,guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian. Sebagai pembuka bicara,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memilih saya bagi menyampaikan syarahan sempena dengan ‘Kempen Amalan Hidup Sihat’ pada pagi yang indah dan nyaman ini. Tuan-tuan,Puan-puan dan rakan pelajar sekalian. Seperti yang kalian sedia maklum bahawa berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan bertajuk ‘Peranan Remaja Dalam Menangani Masalah Kegemukan’. Pada realitinya,tidak dinafikan bahawa masalah kegemukan atau juga dikenali sebagai obesiti dalam kalangan warganegara kita semakin serius,termasuk golongan remaja yang masih hijau dalam kehidupan.Masalah ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia dikenal pasti menghidapi masalah kegemukan. 10 peratus terdiri daripada pelajar sekolah rendah manakala 8 peratus daripada pelajar sekolah menengah. Hal ini membuktikan bahawa, sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan segera, negara kita akan berhadapan dengan generasi pelapis yang berpenyakit kronik seperti sakit jantung,kencing manis,masalah buah pinggang dan darah tinggi. Bertitik tolak daripada itu,kita sebagai remaja yang berwawasan tinggi hendaklah mengambil langkah segera bagi membendung masalah ini. Janganlah kita hanya berusaha menanganinya ‘bagai melepaskan batuk ditangga’ Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh golongan remaja,ayuhlah kita fahamkan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan


kegemukan atau obesiti?. Seorang remaja yang dikategorikan mengalami masalah kegemukan yang berlebihan atau dengan kata lain,obesiti adalah sekiranya berat badan tidak sejajar dengan ketinggian dan juga usia. Secara umumnya,obesiti merupakan satu masalah kesihatan berpunca daripada dua punca utama,iaitu amalan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.. Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah kegemukan atau obesiti berpunca daripada rakan sebaya. Hal demikian kerana rakan sebaya atau sahabat merupakan orang yang rapat dan selalu berada di samping kita sama ada pada waktu senang atau pada waktu susah. Seperti kita sedia maklum,sahabat merupakan individu yang boleh berkongsi minat bersama termasuk makan. Bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh diketengahkan ialah gaya makan remaja setiap hari dipengaruhi oleh rakan sebaya di sekolah,tempat tuisyen dan sebagainya.Apabila kita berjalan-jalan,rakanrakan akan mengajak kita makan tengah hari dan makan malam. Demi menjaga hati kawan,remaja akan mengikut pelawaan kawan makan di kantin,gerai,restoran dan sebagainya. Apabila kita mempunyai rakan yang kuat makan,secara tidak langsung kita juga akan akan terpengaruh untuk makan beberapa kali dan lama kelamaan menjadi tabiat ‘kuat makan’. Tabiat rakan yang mewah suka membelanja rakan makan di kedai- kedai makanan segera yang menjadi kegilaan remaja kini seperti Mc Donald dan KFC atau pusat-pusat makanan lain akan menyemai minat atau gemar makanan berkenaan dan seterusnya remaja tadi akan seronok mengikut gaya makan rakannya tersebut. Senario ini jelas menunjukkan masalah kegemukan berpunca daripada rakan sebaya maka kita hendaklah bijak dan berhati-hati memilih kawan yang sesuai seperti rakan yang suka bersenam, beriadah, menjaga pemakanan, tidak kuat makan,bijaksana dan sebagainya. Seperti peribahasa Arab ada mengatakan “Jikalau kita berkawan dengan tukang besi kita akan terkena percikan api tetapi sekiranya kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, kita akan terkena haruman minyak wanginya “memang jelas dalam situasi ini. Para hadirin , Kita sedia maklum,pada zaman kemodenan menuju 2020,remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada terdedah dengan makanan-makanan ringan yang pelbagai bentuk, rasa dan rupa. Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan ringan sedap dimakan ,mudah diperolehi dan mampu dibeli oleh semua peringkat umur. Sebagai evidennya,kita lebih gemar untuk makan di luar daripada masak masakan yang berkhasiat yang dimasak di rumah. Kita dapat menyaksikan betapa kedai makanan segera sentiasa dikunjungi oleh remaja atau keluarga seperti Mc Donald,Kentucky Fried Chicken(KFC),Pizza Hut,burger dan banyak lagi. Sebagai masyarakat yang berilmu kita seharusnya sedar dengan keburukannya dan impaknya kepada kesihatan kita. Saya yakin masyarakat Malaysia mengetahui peribahasa “mencegah lebih baik daripada mengubati”.


Berdasarkan peribahasa berikut,kita dapat mengurangkan masalah yang dialami oleh masyarakat Malaysia mahupun seluruh dunia terutamanya dalam kalangan remaja. Satistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa sebanyak 8% kanak-kanak menghadapi obesiti di usia yang muda atau mudahnya pelajar sekolah dan kolej. Dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang, kita dapat mencegah diri kita ke kancah penyakit seperti darah tinggi,kencing manis,buah pinggang dan terutamanya obesiti iaitu masalah kegemukan yang menjadi topik syarahan kita. Remaja dalam tanggungan ibu bapa maka peranan ibu bapa sangat penting dalam menangani masalah kegemukan dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlu menyediakan makanan yang sihat dan seimbang kepada anakanaknya. Jika ingin memasak ibu bapa patut akur dengan pyramid makanan, mengurangkan gula dan garam dalam masakan. Anak-anak juga perlu banyak mengambil air mineral sejajar dengan keperluan seharian. Pada pandangan saya,remaja yang bersekolah ,pentingnya mereka membawa makanan atau minuman dari rumah. Dengan berbuat demikian,kita lebih yakin untuk makan berbanding dengan kantin sekolah yang banyak menggunakan serbuk perasa untuk menjimatkan kos, makanan yang berlemak mahupun berkalori tinggi. Sebagai evidennya,terdapat kantin sekolah yang menggoreng makanan beberapa kali dalam minyak yang sama akan menggandatambahkan kalori makanan yang sedia ada. Peranan semua pihak sangat penting untuk menggalakkan remaja mengambil makanan seimbang jika tidak masalah kesihatan iaitu kegemukan akan bertambah “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Secara konklusinya,tiada penyakit atau masalah yang tiada penawarnya. Maka langkah-langkah yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini dapat ditangani sehingga ke akar umbi iaitu dengan mengambil makanan yang seimbang. Hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, golongan remaja kini cenderung menghabiskan masa mereka di depan gajet komunikasi seperti komputer riba, telefon pintar, permainan video dan televisyen. Hal ini demikian kerana remaja masa kini gemar melayari internet khususnya laman web sosial seperti ‘facebook’. ‘myspace’ dan ‘twitter’. Sehubungan dengan itu, sebahagian masa mereka diluangkan di hadapan gajet-gajet komunikasi. Apabila sudah menghadap komputer, televisyen atau telefon tangan untuk bermain, maka tidak banyak pergerakan seharian yang mereka lakukan melainkan duduk leka di hadapan gajet komunikasi. Perihal begini menyumbang kepada pertambahan berat badan lantaran mereka menjadi leka dan terlalu asyik dengan aktiviti tersebut sehingga tiada masa untuk bersukan mahupun bersenam. Di samping itu, tabiat pengambilan snek atau makanan ringan sambil melayari gajet komunikasi bagaikan sinonim dengan remaja masa kini. Daripada realiti ini,dapat kita katakan bahawa mereka memandang remeh kesan pengambilan makanan ringan secara berlebihan yang boleh mengundang masalah


kegemukan. Justeru itu, remaja perku menanam kesedaran tentang pengaruh gajet terhadap masalah kegemukan. Alatan teknologi masa kini memang semakin canggih tetapi janganlah sampai mengundang kelekaan pengguna sehingga memudaratkan tubuh badan. Kondisi ini dapat dikaitkan dengan simpulan bahasa ibarat api dalam sekam iaitu gajet komunikasi dianggap semakin memudahkan sedangkan tanpa disedari ia boleh menjerat penggunanya. Berdasarkan realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti senaman meupakan satu gaya hidup yang menyihatkan tubuh badan. “Badan cergas,minda cerdas�. Ungkapan ini jelas menggambarkan kepentingan amalan kecergasan dalam kehidupan seharian. Secara logiknya, amalan ini boleh disesuaikan dengan aktiviti seharian selari dengan kehendak setiap individu. Sebagai contohnya,kita boleh melakukan aktiviti membabitkan pergerakan anggota fizikal seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal yang tidak memerlukan perbelanjaan. Dengan berbuat demikian, badan kita akan mengeluarkan peluh. Oleh yang demikian, badan kita akan terasa segar dan sentiasa sihat tanpa penyakit. Selain itu,pada masa ini aktiviti bersenam juga merupakan kegiatan riadah yang boleh melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan perasaan. Setelah penat belajar di dalam kelas, kita boleh mengurangkan tekanan tersebut dengan mengikuti aktiviti pendidikan jasmani. Kesannya sudah pasti kita akan kembali bersemangat untuk mengikuti aktiviti pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka seperti kata seorang juruhelah terkenal tv3 satu masa dahulu, Aziz Desa mengatakan �Yang jauh didekatkan,yang dekat dimesrakan�. Pada pandangan saya pendidikan formal dan akademik,aktiviti kokurikulum juga perlu diberi perhatian oleh remaja di sekolah. Sebagai anologinya,dasar�Satu Murid Satu Sukan�perlu diusahakan bagi menarik pembabitan pelajar dalam bidang sukan. Oleh yang demikian, pelajar harus lebih mendedahkan diri dalam aktiviti sukan agar n egara dapat melahirkan generasi pelapis yang sihat dan bebas serta mengelakkan diri daripada penyakit kronik. Aktiviti sukan sangat penting untuk menurunkan berat badan, bukan sahaja kerana dapat membakar lemak kalori, malah membantu mengatur fungsi metabolism secara normal. Gaya hidup sihat remaja akan terus menjana generasi gemilang. Hadirin sekalian, Peringatan ini amat perlu diingat oleh remaja yang sentiasa ingin menjaga penampilan diri dan kesihatan. Remaja harus menjalankan pemeriksaan kesihatan di hospital sekurangkurangnya sekali setahun. Pemeriksaan kesihatan yang harus dijalankan oleh remaja ialah Ujian BMI. Dengan menjalankan pemeriksaan ini, kita dapat memastikan sama ada kita mengalami masalah obesiti. Remaja juga harus hafal berat ideal diri sendiri. Berat ideal diri remaja boleh kita ketahui melalui doktor. Berat ideal seseorang berdasarkan tinggi dan


rangka badan sama ada rangka kecil, sederhana atau besar. Sekiranya anda mempunyai ketinggi 156cm, remaja berkenaan tidak boleh mempunyai berat badan yang melebihi 56kg untuk rangka sederhana. Remaja yang ingin mengetahui berat ideal diri harus mendapat maklumat yang benar daripada doktor dan patuh akan nasihat yang diberi oleh doktor. Selepas mengetahui berat ideal diri sendiri ini, remaja perlu mengawal pengambilan makanan masing-masing dan sentiasa mengambil berat akan berat badan berkenaan untuk selama-lamanya. Seperti kata orang, hidup kita bukan untuk sehari dua sahaja maka kita haruslah menjaga berat badan sepanjang masa agar remaja sentiasa berbadan segak, kemas dan cantik penampilannya hingga dewasa kelak. Akhirulkalam syarahan saya pada hari ini ingin saya menegaskan sekali lagi bahawa remaja perlu membuat anjakan paradigmanya sendiri dalam usaha membina penampilan diri yang kemas,segak,cantik dan tentunya sihat. Masalah obesiti dapat di tangani dengan mudah dengan usaha gigih remaja kerana keputusan tentang gaya makan berada dalam pemikiran remaja sendiri ibarat “pisau dan mentimun di tangan anda sendiri�. Remaja yang pelapis generasi masa hadapan mesti memastikan dirinya sihat supaya dewasa kelak mereka tidak akan mudah menghidap pelbagai penyakit kronik. Melalui amalan gaya hidup sihat sejak remaja ini sudah pastilah generasi akan datang sentiasa sihat dan cergas serta dapat menerajui negara dengan lebih progresif . Sekian wabilahitaufik walhidayah. Assalamualaikumwbkt


Bencana Alam pada 9hb Ogos 2011 pukul 11.47 pagi

Soalan : Nyatakan punca-punca dan usaha-usaha menangani bencana alam. Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketika bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku. Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan. Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik. Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal.Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan


terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik. Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik.Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah. Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik. Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggung jawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?

SUMBER : azman-duniaku.blogspot.com


etagihan Laman Sembang pada 29hb Julai 2011 pukul 12.04 pagi

Twitter dan Facebook merupakan dua laman sembang yang menguasai dunia selain banyak laman sembang yang lain di serata dunia. Laman sembang menjadi kegilaan ramai sejak Facebook mula diperkenalkan walaupun pada mulanya dianggap laman sembang untuk orang tua, dewasa dan telah bekerja. Lama kelamaan sekarang, laman-laman sembang ini 'dihuni' oleh budak-budak kerana daya tarikannya yang begitu kuat. Laman sembang FB mempunya banyak aplikasi yang menarik berbanding beberapa laman sembang yang lain. Maka kegilaan ini menyebabkan warga facebook menjadi bermilion ramainya seolah-olah wujud negara maya. Persoalannya mengapakah laman sembang ini menjadi kegemaran orang ramai?. Kemajuan teknologi maklumat merupakan pemacu utama laman sembang ini. Kemajuan yang pantas telah menjadikan warga dunia tidak kira muda atau tua mudah menguasai kemahiran teknologi ini. Kemahiran ini menjadi lebih terangsang jikalau mereka memasuki laman sembang. Mereka akan mencuba pelbagai aplikasi dalam laman sembang dan lama kelamaan mereka tidak dapat berpisah dengan keasyikannya. Tanpa pengetahuan ICT, mak cik dan pak cik atau kanak-kanak dan orang dewasa tidak akan berupaya melayari laman sembang. Mereka yang buta ICT tidak akan menjadi warga laman sembang. Namun hakikatnya ICT tidak boleh dipersalahkan atas kegilaan mengakses laman sembang ini sebaliknya pelayar laman internetlah yang wajar mengawal diri daripada 'bergayut" sahaja di laman-laman sembang itu. Bak kata peribahasa Melayu, kalau tidak pandai menari janganlah disalahkan lantai pula. Hakikat yang tidak dapat dikesampingkan sebenarnya ialah warga dunia ini kesunyian. Setelah penat bekerja atau urusan peribadi yang lain, mereka memerlukan sedikit ruangan ini diri dan bercakap-cakap dengan orang lain. Hendak bersembang ke kedai-kedai kopi tentunya memerlukan kos untuk minum-minum dan makan-makan di sana kerana seseorang itu akan berasa malu untuk melepak kosong sahaja di warung tempatan. Maka jalan yang mudah ialah mereka bersembang di laman-laman sembang dari bilik-bilik mereka masing-masing hatta boleh chating dari atas katil sahaja dengan orang lain atau kawan FB dan Twitter dari seluruh dunia tanpa tambahan kos. Maka tarikan ini menjadikan laman sembang menjadi pilihan ramai tidak kira di mana rantau dunia ini asalkan boleh


mengakses internet. Dengan memiliki laman sembang mereka tidak lagi keseorangan walaupun telah lewat malam. Mereka akan mempunyai teman untuk berbalas-balas pendapat, alkisah, visual dan audio. Lantaran keistimewaan ini, mereka yang kesunyian atau keseorangan pastinya tidak akan melepaskan peluang untu melayari laman sembang setiap hari dan masa. Laman sembang juga menjana pendapatan. Mereka yang selalu mengakses laman sembang tentu akan melihat paparan iklan-iklan oleh individu dan syarikat-syarikat di laman sembang berkenaan. Syarikat-syarikat atau individu boleh menggunakan laman Facebook untuk memberi informasi tentang keluaran masing supaya dapat menarik perhatian pelanggan. Diberitakan, pengusaha pakaian secara kecil-kecilan menjadi tidak menang tangan menerima tempahan sekiranya mereka mengiklankan 'kedai" mereka di lamanlaman sembang terutama Facebook. Nah! bukti ini jelas menunjukkan bahawa lamanlaman sembang juga boleh menjadi sumber pendapatan untuk mereka yang mengeksploitasi kelebihan laman sembang tersebut. Baka kata orang tua-tua, dayung dan sampan di tangan kita maka pandai-pandailah kita mendayungnya supaya sampai ke destinasi. Begitulah juga perihalnya dengan laman sembang tadi yang menjadi sumber informasi kepada orang ramai untuk mendapat maklumat lalu membuat pesanannya secara 'online' dan melangsaikan bayarannya melalui bank 'online' juga. Peluang menjana pendapatan melalui laman sembang ini boleh dilakukan oleh semua orang yang ingin memajukan diri masing-masing. Laman sembang menjadi tempat mencari hiburan. Dalam laman sembang Facebook terdapat banyak pautan yang memaparkan video dan audio yang diperoleh dari laman You Tube. Pelbagai lagu yang terdapat di laman You Tube boleh diakses turun ke laman sembang dan sekali gus boleh menghiburkan hati mereka yang mengakses pautan berkenaan. Mereka cuma perlu memilih sahaja pautan-pautan lagu dan video yang digemarinya. Mereka yang suka kepada bahan media visual sudah pasti akan tertarik untuk melihatnya dari laman sembang tanpa perlu bersusah payah membelinya. Oleh itu laman sembang tetap menjadi pilihan penggemar hiburan masa kini tidak kira kaum, usia dan rantau dunia. Kata bidalan orang dahulu,tak kenal maka tak cinta, sudah kenal pula terus mencintainya tanpa berbelah bahagi pula hingga menimbulkan "rasukan jiwa". Mereka mesti ingin mengunjunginya jikalau ingin hiburan lama dan baru. Laman sembang facebook menjadi laman sembang terkini tentang sesuatu kerana kepantasan maklumatnya bergerak ke seluruh dunia. Oleh itu mereka yang inginkan maklumat terkini tentang pandangan orang ramai atau aktiviti orang ramai, mereka akan mengakses laman sembang milik mereka masing-masing dan mereka mendapat pelbagai maklumat yang terkini. Contohnya pengguna jalan raya yang melihat kemalangan jalan raya di Genting highland yang lepas, terus menghantar gambar kemalangan bas ekspres luar negara berkenaan ke laman sembang dan menjadi berita terkini laman berkenaan.


Mereka yang berkenaan juga mendapat tahu dan dapat menghulurkan bantuan dengan lebih cepat. orang ramai yang tidak mengetahuinya akan mengetahuinya dengan pantas mendahului surat khabar atau berita televisyen. Lantaran kehebatannya ini, tidak hairanlah laman-laman sembang terus dilayari oleh puluhan milion warga facebook di seluruh dunia. Tidak dilupakaan juga kejadiaan tsunami di Jepun yang lepas menunjukkan rakaman individu daripada lapangan terbang Sindai dan tepi pantai Sindai tersebar ke seluruh dunia melalui laman sembang facebook serta seluruh perhatian dunia tertumpu kepada kejadian malapetaka berkenaan selepas itu. Tuntasnya, Facebook menjadi sumber terkini warga dunia pada masa kini tanpa mengira masa. Laman-laman sosial juga boleh dimanfaatkan untuk menyebar ilmu pengetahuan kerana sifatnya yang berkembang ke seluruh pelosok dunia. Laman ini memudahkan penyebaran ilmu pengetahuan melalui pautan-pautan ceramah, pautan-pautan laman blog, pautan mota-nota laman sembang itu sendiri dan lain-lain. Kelebihan ini memberi peluang keapda pencinta ilmu pengetahuan untuk melayari pelbagai sumber ilmu pengetahun yang terdapat dalam laman sembang. Intihanya, laman sembang menjadi pilihan orang ramai kerana ia memenuhi cita rasa terkini seluruh warga dunia. Pastinya orang ramai tidak akan melepaskan peluang menerokai laman ini dan akhirnya mereka tersangkut hati lalu sentiasa mengunjunginya. Laman sembang ibarat sambal belacan walaupun ia pedas namun tetap dimakan juga kerana keenakannya. Pelayarnya tahu akan ketagihannya tetapi tidak berusaha untuk mengelakkan diri darinya. Secara sihatnya, kawallah penglibatan individu ke laman-laman sosial jikalau tidak membawa manfaat kepada diri dan orang ramai. Gunakanlah lamanlaman sembang secara optimum dan produktif bukan satu pembaziran masa yang sia-sia. Masa itu emas dan tidak akan kembali lagi. ZABIHA29072011@ zi ka ki te ka to


PERMAINAN TRADISIONAL. SPM BM 1 BHGN B350 PATAH PERKATAAN - isi-isi karangan. pada 26hb Julai 2011 pukul 9.42 pagi

PERMAINAN TRADISIONAL Tanpa mengira zaman dahulu atau sekarang, kegemaran kanak-kanak ialah bermain tidak kira masa. Permainan yang menjadi pilihan kanak-kanak masa dahulu ialah permainan tradisional. Contohnya, gasing. Wau atau layang-layang, congkak, konda kundi, tingting, galah panjang dan baling getah Peraturan permainannya yang tersendiri seperti congkak yang memerlukan pemain mempunyai strategi untuk menang, galah panjang yang memerlukan kecergasan fizikal untuk bermain kerana pemain berlari-lari dalam petak-petak yang disediakan serta gasing memerlukan ketangkasan tangan dan kekuatan fizikal. Layang-layang zaman dahulu diperbuat sendiri dan memerlukan ketepatan ukuran untuk membolehkan layang-layang atau wau berkenaan terbang di udara. Jikalau pembuatannya salah dari segi konsep keseimbangan maka layang-layang atau wau berkenaan tidak mampu untuk naik ke udara. Kebaikannya 1. Mengisi masa lapang kanak-kanak - permainan ini dapat mengisi masa terluang pada waktu petang atau pagi dan hujung-hujung minggu. Kanak-kanak tidak mempunyai waktu terluang untuk melakukan perkara yang buruk seperti vandalisme dan gejala sosial yang lain. 2. Menyihatkan tubuh badan – kanak-kanak bermain pada waktu petang dan menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti kecergasan semasa bermain galah pajang, tingting atau permainan lama yang agak moden juga iaitu ‘bola rounders’. ‘Bola rounders’ ini dimainkan di padang bola dan sudah pastilah memerlukan ketangkasan para pemain untuk berlari bagi menyiapkan ‘larian’@’home’. Permainan ini seakan-akan permainan sofbol pada zaman sekarang. Badan yang sihat, cergas akan menjadikan otak cerdas. Slogan, badan cergas otak cerdas.


3. Menambahkan kemahiran mengira atau matematik – budak-budak yang bermain congkak mempunyai kemahiran mengira yang cekap untuk memenangi permainan. Pemain mesti berusaha untuk cekap mengira semasa bermain. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran matematik budak-budak zaman dahulu. Mereka juga kena bijak mengatur strategi untuk menang dalam permainan congkak. Permainan ini melatih kanakkanak membuat strategi permainan yang tepat dan cekap membuat keputusan. Sudah pasti situasi ini menambah kemahiran minda untuk membuat keputusan dalam kehidupannya seharian kelak. 4. Melahirkan semangat perpaduan – permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja asalkan ada sedikit kawasan yang lapang tidak kira di desa atau bandar. Sudah pasti kanak-kanak pelbagai kaum yang mendiami sesuatu kawasan bermain bersamasama sejak kecil. Senario ini menimbulkan kemesraan, keakraban dan kasih sayang antara satu sama lain selain sikap saling menghormati yang lahir dari rasa fahammemahami sesama mereka. Perpaduan kaum dapat wujud sejak mereka masih kanakkanak hinggalah dewasa. 5. Menjana industri pelancongan - Permainan wau dan layang menjadi permainan yang bertaraf dunia dan diadakan Pertandingan Wau Sedunia sama ada Malaysia sebagai tuan rumah dan negara-negara lain dunia. Ia dapat menarik pelancong untuk datang ke negara ini seperti ke negeri Kelantan dan Terengganu yang mahir dalam pembuatan wau dan layang-layang. Pelancong-pelancong yang cintakan keindahan seni pasti tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke negeri-negeri berkenaan jikalau mendapat informasi mengenainya. Langkah-langkah memajukan permainan tradisional 1. Sukaneka di taman perumahan dan sekolah wajar memasukkan permainan ini sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan untuk mengekalkan pengetahuan generasi muda terhadap permainan ini atau sekaligus memperkenalkannya kepada kanakkanak masa kini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 2. Festival Wau Sedunia itu wajar diteruskan atau dihadiri oleh rakyat Malaysia untuk memberi informasi tentang kesenian wau negara ini kepada dunia luar. Seterusnya pelancong asing akan dating melancong ke negara untuk melihat wau dan layang-layang dengan lebih dekat.- memajukan industri kecil-kecilan kampung dan menjana pelancongan


domestik seperti penjualan makan, makanan ringan tradisional dan chalet, resort dan perhotelan. 3. Sekolah mengadakan pertandingan permainan tradisional semasa hari tertentu Hari Guru, Sukaneka dan lain-lain aktiviti kelab yang bersesuaian untuk menyemai minat para pelajar terhadap permainan ini. 4. Media juga memainkan peranan seperti memberi promosi melalui rencana, iklan, dokumentari dan sebagainya. Rancangan kanak-kanak "Ello-Ello" di Astro menyelitkan konda kundi dalam permainannya. Cara ini dapat mempromosikan permainan tradisional ini semula kepada anak-anak kecil zaman sekarang. Kesimpulan: warisan sepanjang zaman, masih relevan dalam dunia globalisasi ini, wajar diberi perhatian, agar tidak lupus di telan zaman. Oleh.......zi ka ki te ka to


rat Rasmi - Melestarikan Alam Sekitar . Panjangnya lebih 350 p.p pada 15hb April 2011 pukul 5.00 ptg

Tulis surat kepada Majlis Daerah Tempatan untuk memberikan pandangan tentang usaha melestarikan alam sekitar kawasantempat tinggal anda. Panduan isi Format surat rasmi - alamat pengirim, garisan, alamat penerima, hujungnya tarikh, tuan/puan, perkara - bergaris, isi-isi bernombor, penutup surat rasmi, tanda tangan - nama pengirin dengan huruf besar dalam kurungan. Usaha Melestarikan@ Mengekalkan Alam Sekitar. Usaha pihak berwajib dan kerajaan. Isu Sebelum ini – Pihak berwajib seperti Pejabat Tanah, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah selalu terlepas pandang akan isu alam sekitar yang membabitkan pembangunan kawasan hutan terutama untuk tujuan komersial seperti taman-taman perumahan dan kawasan industri. Tindakan terhadap isu ini – cadangkan supaya pihak berwajib meneliti daripada pelbagai aspek akan kebaikan dan keburukan sesuatu projek pembangunan yang membabitkan penerokaan kawasan hutan. Penilaian EKA perlu diambil kira bukan sekadar menjadi syarat untuk membuat projek pembangunan sahaja. Penilaian EKA = ada kesan baik dan buruk kepada tanah, sumber air, hutan, cuaca dan sistem ekologi jikalau projek berkenaan dijalankan.


Kesan tindakan ini – dapat membendung gejala penebangan kawasan hutan penampan kawasan sekitar daripada digondolkan, diambil segala hasil mahsul kayu yang bermutu, jabatan berkenaan akan lebih berkredibiliti (dipercayai tentang keamanahannya dalam tugasan yang diamanahkan kepadanya). Jabatan berkenaan akan lebih dihormati oleh rakyat sebagai penjaga amanah negara. Mewujudkan Program Sayangi dan Hargai Alam Sekitar. Isu sebelum ini - Tiada program yang dilaksanakan membabitkan alam sekitar. Tindakan terhadap isu ini - MD perlu merancang program setiap tahun atau dua tahun sekali tentang Kempen Cintai Alam Sekitar di kawasan ini. Perlu ada majlis perasmian, ada usaha-usaha yang dilaksanakan seperti menanam pokok-pokok hutan yang sesuai di kawasan yang sesuai. Pokok yang ditanam perlu dijaga, diurus supaya hidup subur bukannya hidup segan mati tidak mahu, seperti yang banyak kita lihat di taman-taman perumahan sekarang. Pantaulah keadaan pokok berkenaan walaupun telah diserahkan kepada pembeli seperti membubuh baja dan mencantas pokok berkenaan supaya hidup teratur. Pembeli membayar cukai dan wajar mendapat sedikit perhatian tentang keadaan alam sekitar daripada pihak berkenaan. Kesan tindakan ini - keadaa alam sekitar akan kekal hijau, taman-taman kekal mempunyai kehijauan tamana, pengudaraan yang baik hasil daripada totosintesis pokok-pokok yang ada di sekeliling. udara bersih, taman cantik, MD juga mendapat nama yang baik apabila kawasan dalam kawalannya indah. Melestarikan Alam Sekitar melalui Pendidikan Sekolah Isu sebelum ini - Tiada usaha secara turun padang atau dekat oleh pihak berwajib. Usaha berkenaan dipandang enteng oleh pihak berkenaan. Melepaskan sepenuhnya pendidikan alam sekitar kepada pihak sekolah atau guru-guru sahaja berdasarkan tajuk dalam Pendidikan Moral dan Sivik. Pelajar tidak nampak usaha gigih pihak berwajib yang hampir dengannya. Tindakan terhadap isu ini - MD bolehlah sesekali datang ke sekolah memberi ceramah dan maklumat tentang usaha-usaha pihak berwajib menjaga dan melestarikan alam sekitar di kawasan ini. Membuat pameran di sekolah-sekolah daerah ini tentang alam sekitar. Program Menjelajah Alam Sekitar Daerah diadakan. Sasarannya golongan remaja atau pelajar sekolah.


Kesan tindakan ini - remaja atau orang muda akan menyayangi alam sekitar, tidak merosakkan alam sekitar dengan tindakan negatif seperti membuang sampah merata-rata, tidak komited dengan Kitar Semula, tidak menjadi pengusaha kilang yang mebuang sisa toksik ke dalam sungai apabila mmereka dewasa dan tua atas kesedaran yang disemai sejk kecil oleh pihak berwajib. lebih menyayangi kawasan berhampiran tempat tinggal, rumah, sekolah, kampung dan daerah mereka sendiri. Program Bandar Indah Isu sebelum ini - Bandar kita dihias seolah-olah tiada perancangan yang rapi, tiada tema taman, tidak menarik, bunga-bunga kurang jagaan, tiada perubahan setelah setengah dekad, tiada inovasi landskap. Tindakan terhadap isu ini - MD menanam banyak lagi bunga-bunga, pokok-pokok di daerah ini, bandarnya, pejabat-pejabat kerajaan termasuk sekolah. ada sumbangan pokok-pokok bunga kepada premis kerajaan di daerah setiap tahun, bunga-bunga di bandar di tanam serta dijaga dengan rapi supaya hidup segar, cantik dan berbunga. ada tema khas untuk bandar ini seperti Shah Alam yang dikenali dengan Bandar Anngerik Desa. Gembleng tenaga pekerja bahagian berkenaan supaya inovatif dalam kerjaya mereka masing-masing Kesan tindakan ini - Bandar bertema, bandar cantik, indah, bersih, udara bersih, sedap mata memandang, disukai oleh tetamu dari luar atau pelancong, kesan tenang atau emosi yang stabil kepada penduduk kerana taman yang indah atau pokok-poko menghijau undah adalah terafi minda yang semula jadi. Kesimpulan - sebelum terima kasih. Usaha pihak berwajib amat dihargai, disenangi, orang ramai sedia membantu jikalau dibuat perancangan yang rapi membabitkan penduduk temapatan. Nama baik MD dan pihak berwajib kawasan ini akan sentiasa dipandang tinggi. ZASBISA


Apakah Kesan Dunia Semakin Canggih Ini kepada Kehidupan Sejagat? pada 11hb April 2011 pukul 4.38 ptg

Kehidupan Sejagat membawa maksud cara-cara hidup seharian seseorang, masyarakat atau orang ramai sedunia. Setiap orang atau masyarakat mempunyai gaya hidup masingmasing berasaskan ciri-ciri geografi, budaya dan teknologi serta keagamaan. Cara menjalani kehidupan seharian warga dunia juga dipengaruhi oleh teknologi canggih pada hari ini kerana teknologi dibina dicipta untuk memudahkan urusan manusia seharian. Kesan utama kecanggihan dunia pada hari ini ialah pembangunan ekonomi dunia menjadi semakin pesat. Contohnya kecanggihan bidang telekomunikasi melahirkan banyak syarikatnya sendiri seperti Celcom, Maxis, Digi dan banyak lagi. Syarikat-syarikat ini bukannya calang-calang kerana keuntungan yang dijana olehnya berbilion ringgit jumlah keseluruhannya. Syarikat telekomunikasi dan multimedia ini juga meletakkan warga Malaysia dalam senarai orang terkaya di dunia melalui Datuk Anandha Krishnan, orang ke2 terkaya di Malaysia dan ke-138 di dunia mengikut Majalah Forbes. Catatan sejarah orang terkaya di dunia ini menunjukkan bahawa warganegara ini mampu menjana sumber pendapatan yang berskil mega bagi orang-orang yang rajin berusaha dan mempunyai modal yang tinggi. Kecanggihan dunia dalam bidang pengkomputeran sangat banyak membantu dunia perbankan. Tanpa komputer dunia perbankan akan lumpuh. Kita pernah digemparkan apabila satu 'Malaya' tidak dapat mengeluarkan gaji gara-gara sistem komputer sebuah bank ternama di Malaysia mengalami gangguan pada sistemnya. Contoh itu membuktikan betapa hebatnya kesan kecanggihan dunia pengkomputeran kepada kehidupan seharian pada masa kini. Tak tumbuh tak melata, kalau tidak sungguh orang tak kata. Perkara ini memang benar-benar memberi pengajaran kepada bank untuk menjaga teknologi supaya tidak bermasalah dan membabitkan kerugian yang bukan sedikit jumlahnya. Teknologi canggih juga membantu banyak pihak dalam menjana pendapatan individu dan masyarakat. Melalui penggunaan faks dan e-mel, data-data dan invois perniagaan


lebih mudah dihantar dan dicetak untuk mempercapat urusan perniagaan para peniaga. Tempahan perniagaan lebih mudah melalui telefon dan e-mel berbanding zaman dahulu yang menggunakan surat sahaja. Surat agak lewat diterima berbanding dengan e-mel dan telefon. Jualan-jualan syarikat juga lebih luas melalui pasaran dunia sekiranya syarikat mengiklankan jenama keluarannya di laman 'e-niaga' atau Facebook yang boleh diakses oleh warga dunia. Kecanggihan teknologi internet membolehkan para peniaga meraih keuntungan yang besar tanpa modal yang banyak berbanding kos promosi pada masa lalu. Syarikat-syarikat niaga juga mampu membuat persembahan promosi yang baik untuk mendapat tender semasa sebut harga sesuatu syarikat melalui kecanggihan penggunaan powerpoint. 'Persembahan atau presentation' syarikat menjadi lebih menarik dan mudah melalui penggunaan powerpoint dan sudah pasti membawa keuntungan yang besar kepada syarikat. Kecanggihan telekomunikasi menjadikan maklumat segala macam hal di dunia ini berada di hujung jari sahaja. Sebut sahaja perkara yang ingin anda ketahui, pastinya anda akan dapat mengetahui dalam masa beberapa saat sahaja apabila kita 'klik di papan kekunci komputer' di internet. Kerja-kerja membuat esei menjadi mudah bagi para pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi di dunia dan para pembuat kertas kerja di pejabatpejabat perniagaan dan lain-lain. Maklumat di hujung jari ini wakar dimanfaatkan ke arah kebaikan seperti bidang pelajaran, pekerjaan dan menambah ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ilmu akhirat juga dapat ditambah melalui internet dan FB. Di dalam terdapat pelbagai bidang ilmu agama yang boleh kita akses dan baca seperti sejarah Islam, Al quran, ceramah-ceramah agama, ceramah motivasi dan lain-lain lagi. Kata orang. tepuk dada, tanya selera. Semua maklumat boleh anda perolehi dengan sekejap sahaja pada masa kini dan terpulanglah kepada individu berkenaan untuk memanfaatkannya. Para ilmuan juga mendapat manfaat daripada kecanggihanan internet. Mereka dapat mengadakan sidang ilmu melalui sidang video ke seluruh dunia tanpa perlu bergerak dari pejabat mereka masing-masing. Mereka boleh berbincang tentang kepakaran masingmasing untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan membabitkan bidang pekerjaan seperti seminar-seminar. Para sarjana juga menggunakan internet untuk membuat kajian dalam pelbagai aspek ilmu seperti bidang keselamatan yang berpangkalan di laman Niosh. Banyak ilmu pengetahuan dapat kita petik dari laman-laman internet dan ditulis oleh mereka yang pakar dalam bidang mereka masing-masing. Di negara barat, para pelajar boleh belajar di rumah dengan menggunakan internet sahaja dan tidak membimbit buku sebaliknya membimbit laptop atau ipad. Jelaslah di sini betapa berkesannya penggunaan kecanggihan teknologi kepada bidang ilmu pada masa kini. Penemuan canggih ini pasti juga akan disalahgunakan oleh golongan tertentu sehingga melahirkan masalah sosial seperti para peminat laman porno dapat mengakses laman berkenaan dengani lebih mudah dan ' privacy' seperti dalam bilik sendiri. Perbuatan negatif


ini menjadi lebih mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira usia masa dan tempat. Contoh yang memalukan ialah menteri kabinet sebuah negara ditangkap oleh jurugambar sedang melayari laman porno semasa dalam persidangan kabinet. Perbuatan negatif ini tidak sahaja dilakukan oleh remaja bahkan orang dewasa juga seperti kes tadi. Tambahan pula sekarang telefon bimbit boleh mengakses internet di mana-mana juga dengan menggunakan broadband dan wiFi. Teknologi in makin mendekatkan para peminatnya dengan gejala tidak elok ini di mana-mana sahaja berbanding dahulu hanya menggunakan komputer peribadi. Penggunaan pemain Cd yang semakin kecil dan mudah alih turut menjadikan gejala porno ini semakin sukar dibendung kerana ia lebih mudah ditonton di mana-mana jua. Gejala sosial lain yang menular gara-gara globalisasi ialah hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang. ibu bapa sibuk bekerja dan sibuk pula berehat sambil melayari laman FB membiarkan anak-anak terbiar. Suasana ini sudah pasti tidak sihat untuk perkembangan rohani anak-anak yang tengah membesar yang memerlukan perhatian, belaian kasih sayang daripada ibu bapa. Anak-anak remaja juga akan mencari laptop apabila sampai sahaja di rumah daripada sekolah. Anak-anak ini akan leka dengan dunia internet hingga tiada masa untuk beramah mesra dengan adik beradik serta ibu bapa. Apabila keluarga mengadakan majlis keluarga seperti kenduri kendara, anak-anak remaja mencari pelbagai alasan untuk tidak menghadirinya kerana mereka leka dengan pelbagai gajet seperti melayari internet,' play station,' permainan-permainan video, menonton video dan lain lain alasan moden lagi. Jikalau keadaan ini berlarutan hubungan kekeluargaan yang sudah sedia renggang akan terus lenyap ditelan zaman globalisasi. Sehubungan itu, kalau kita perhatikan di dada akhbar terdapat juga kes-kes perpecahan keluarga berpunca daripada hubungan sulit melalui laman-laman sosial hingga terbawabawa ke alam rumah tangga. Banyak perceraian berlaku angkara kecurangan pasangan dalam laman sosial. Apabila terbongkar, ia memang ibarat letusan gunung berapi yang meledak dan memusnahkan hubungan suam isteri tadi. Jikalau dahulu pasangan sukar untuk mencari bukti kecurangan pasangannya, namun dalam arus globalisasi ini kecurangan pasangan semuanya boleh dibuktikan melalui sms, mms dan laman-laman sosial. Tidak kurang juga kebimbangan pihak jabatan agama sekarang kes perceraian iaitu menjatuhkan talak melalui SMS di telefon tangan sahaja. Perceraian menjadi semakin mudah, murah dan biasa dalam dunia globalisasi kini. Keruntuhan institusi keluarga jelas satu persatu akibat daripada kelalaian pengguna kecanggihan teknologi moden kini. Media am juga semakin bertambah dan pastinya menambahkan parah masalah sosial dalam masyarakat seperti penayangan filem-filem ganas, berunsur seks dan tahyul. Penayangan drama-drama tempatan dan luar negara seperti telenovela Amerika latin jelas menunjukkan aksi panas kepada para penonton dan pastinya anak-anak kecil tidak terlepas daripada menontonnya bersama keluarga. Anak-anak kecil akan beranggapan peri laku


melampau ini sebagai perkara biasa sahaja dan sudah pasti tidak menimbulkan masalah jikalau mereka menirunya. Maka berlakulah adegan yang menggemparkan seperti sumbang mahram kanak-kanak yang masih bersekolah rendah yang pernah dilaporkan akhbar sedikit masa lalu. Semuanya gara-gara media visual yang tidak terkawal ini yang suka memaparkan aksi panas sebagai pemikat untuk penonton menonton siarannya atau filemnya. Kesimpulannya,baik dan buruk kecanggihan teknologi ciptaan manusia terpapar di mata kita sebagai penguna. Oleh itu pelbagai pihak mestilah bijak dan rasional dalam menangani akiviti kehidupan masing-masing. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan terhadap anak-anak kecil dengan alasan mereka tidak tahu apa-apa. Ibu bapa juga tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tugasan menjaga moral anak-anak kepada anak remaja dengan alasan mereka sudah besar panjang dan boleh menjaga dirinya sendiri. Kerajaan perlu mengambil kira kesan sosial apabila sesuatu bahan media ditawarkan kepada orang ramai dan tidak usahlah ditambah lagi luka yang sudah sedia berdarah ini di hati masyarakat yang mementingkan hidup bersahsiah tinggi. Media pula hendaklah menjalankan tanggungjawab sosialnya tidak hanya mengaut keuntungan semata-mata untuk memenuhkan kantung pelabur-pelabur modal dengan wang bagi mengejar 'rating' yang tinggi. Fikirkan juga saham akhirat pelabur yang beragama Islam di akhirat kelak yang banyak menjerumuskan manusia ke arah kemungkaran. Perbanyakan siaran yang bermanfaat seperi Imam Muda Al Quran, mogtivasi-motivasi, kerjaya dan lain-lain lagi. Siarkanlah drama-drama tempatan dan luar yang bermoral dan mutu tinggi serta memaparkan budaya masyarakat yang tinggi budi bahasa dan nilai budayanya.


DUNIA SEMAKIN CANGGIH. UCAPAN pada 2hb April 2011 pukul 11.04 pagi

Yang Dihormati Tuan Pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Puan Hajah Fauzeiah Haji Mohd Azahar, Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran Puan Mahani Simis, Penolong Kanan Hem Tuan Haji Abu Bakar bin Samad, Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Haji Zairan b Mohd Arifin, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan pelajar sekalian. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk memberi ucapan dalam majlis Minggu Teknologi dan Alam Sekitar yang diadakan oleh pihak sekolah ini. Tajuk ucapan saya pada hari ini ialah "Dunia Semakin Canggih". Merujuk kepada Kamus Perwira, muka surat 327, dunia membawa maksud jagat, alam,lapangan dan bidang. canggih pula didefinisikannya sebagai moden dan kompleks, soplhistikated, hebat, menarik, tugas yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semaja seperti yang tertera dalam muka surat 212 kamus berkenaan. Pada pendapat saya, canggih tidak akan wujud tanpa ada perkataan teknologi. Teknologi membawa maksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan secara praktis dalam pelbagai industri. Teknologi juga merujuk kepada kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal. Oleh itu dapatlah saya rumuskan di sini bahawa alam ini setiap hari berlaku pelbagai perubahan cara, pendekatan, ilmu pengetahuan yang baru dalam kehidupan ini sama ada kita sedar atau tidak. Teknologi ini pula sentiasa berubah ke arah yang lebih baik dan banyak fungsinya. Hadirin sekalian, Mengapakah saya bersetuju dengan pernyataan tajuk yang akan saya bicarakan pada hari ini kepada hadirin sekalian?. Berdasarkan pemerhatian saya didapati banyak perubahan yang berlaku. Saya masih mengingati nenek saya menceritakan tentang kesusahannya semasa menanam padi pada masa lalu menggunakan tenaga manusia iaitu berderau. Datuk nenek dan rakan-rakannya membanting padi menggunakan tulang empat kerat untuk menuai hasil padi. Namun pada hari ini, menuai padi tidak lagi menggunakan kaedah ini sebaliknya menggunakan mesin penuai. Kerja manusia telah digantikan oleh mesin yang lebih pantas dan efisyen. Padi dituai sudah boleh terus dihantar ke gudang untuk


proses-proses yang lain setelah padi hampa diasingkan. Jelas di sini bahawa pendekatan pertanian untuk makanan ruji rakyat Malaysia ini sudah jauh lebih moden atau canggih berbanding 30 tahun dahulu. Teknologi dalam bidang pertanian ini juga kita lihat kehebatannya seperti kajian genetik. Kajian genetik menghasilkan jenis-jenis ternakan yang lebih gemuk, tegap badannya, tahan cuaca atau lasak seperti kambing Boer. Bidang penternakan ikan juga mengalami inovasi apabila habitat ikan yang asal dapat diubah suai dan benih-benih ikan yang baru dapat menerima penyesuaian habitat ini dan membesar dengan baik serta memberikan hasil yang lumayan kepada penternak ikan seperti penternakan ikan kerapu, ikan keli Afrika dan lain-lain. Kemajuan ini memudahkan kita mendapat bekalan makanan yang segar dan lebih murah pada masa hadapan setelah teknolginya semakin meluas. Oleh yang demikian, para hadirin boleh menilai sendiri akan kebenaran tajuk yang saya jelaskan pada hari ini. Hadirin sekalian, Dunia perubatan juga mengalami pelbagai pembaharuan sama ada dari segi teknik, peralatan dan komunikasinya. Jikalau pada masa dahulu banyak pembedahan dilakukan di luar negara Malaysia kerana tiada doktor pakarnya di sini. Pada hari ini, ramai doktor pakar terdapat di negara ini di hospital-hospital kerajaan dan swasta. Mesin dan peralatan perubatan juga semakin moden dalam ussaha menangai pelbagai penyakit yang kronik atau tahap tinggi bahanyanya. Pembedahan jantung boleh kita lakukan di Institut Jantung Negara. Rawatan kanser iaitu kemoterapi boleh dilakukan di hospital-hospital kerajaan di negara ini. Terbaru sesuai dengan berkembang pesatnya arus globalisasi, teleperubatan juga telah diwujudkan di negara ini. Pembedahan boleh dilakukan berpandukan penyertaan pakar-pakar bedah dunia dari luar negara sahaja tanpa perlu doktor-doktor berkenaan berada di meja bedah. Pembedahan dipantau oleh pakar berkenaan dengan hanya menggunakan teleperubatan dan sidang video serta pelbagai peralatan visual perubatan yang lain lagi. Cuba hadirin imbas kembali pada masa 30 tahun lampau iaitu akhbar selalu memaparkan rintihan ramai rakyat memohon derma untuk melakukan pembedahan di luar negara dengan kos yang beratus atau puluhan ribu RM. Tidakkah begitu hadirin sekalian?. Jelasnya di sini, bahawa dunia perubatan negara kita telah jauh berbeza kemodenannya berbanding masa lalu. Hadirin yang dirahmati Allah, Tidak lengkap rasanya ucapan saya jikalau saya tidak membawa pemikiran hadirin sekalian kepada keajaiban dunia komunikasi pada hari ini. Pada hari ini, ibu bapa boleh bercerita santai dengan anak-anak remajanya yang belajar jauh di hujung dunia seperti Kanada, Amerika Syarikat, Ukrainne, Rusia, Jepun, Australia menggunakan telefon tangan. Lebih ajaib lagi ibu bapa boleh berbual-bual percuma secara langsung, boleh melihat wajah anak


dan biliknya sekali dengan bantuan Skype, Yahoo Mesenger melalui "video call'. Contohnya, Maya Karin tinggal bersendirian sahaja di Malaysia kerana ibu bapa dan adik beradiknya berada di negara-negara yang berlainan. Mudahnya, keluarga Maya Karin berada pada lima buah negara iaitu Malaysia, UK, Vietnam dan Argentina dan Eropah. Hubungan kekeluargaanya tidak pernah putus sebaliknya seperti berada di dapur sendiri dengan "video call' yang menjadi jalinan kasih mereka sekeluarga. Jelaslah di sini bahawa telekomunikasi dunia semakin moden, pantas dan sangat berfaedah ketika menjalin hubungan kasih sayang sesama manusia. Tanpa kecanggihan teknologi ini, kita sunyi. Dunia tanpa sempadan merupakan ungkapan klise pada masa kini. Dengan bantuan internet, banyak perkara dapat dipermudahkan seperti pekerjaan yang membabitkan urusan maklumat atau surat menyurat. Pada masa dahulu, kita mengepos surat dan menunggunya beberapa hari untuk menerima berita berkenaan namun sekarang, berita atau maklumat pejabat boleh diterima dalam beberapa saat sahaja menggunakan e-mel. Maklumat yang diterima boleh dalam pelbagai bentuk dan warna serta boleh dicetak edar dan sebagainya. Faks juga masih memainkan peranan sekiranya pejabat itu tidak menyediakan kemudahan internet walaupun ia sudah jauh ketinggalan. Hadirin yang dimuliakan, Cubalah hadirin sekalian seluk poket atau beg tangan masing-masing. Sudah pasti terdapat telefon bimbit di dalamnya. Rasanya, hidup ini tidak lengkap tanpa ada telefon tangan terutama golongan remaja atau peniaga atau ahli-ahli korporat. Telefon tangan juga mengalami pelbagai fasa. Tentunya ibu bapa kita melalui zaman telefon mudah alih atau ATUR. Telefon Atur besar dan agak terhad penggunaannya. Selepas itu, telefon bimbit menjadi semakin kecil dan pelbagai bentuk yang menarik serta mempunyai kelebihan boleh menghantar mesej dan membalasnya. Tidak seperti "pager" yang cuma memberi maklumat atau mesej dan penerima akan menggunakan telefon manual untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut daripada penghantar mesej. Generasi telefon bimbit bergerak pantas teknologinya seperti MMS, 3G, WiFi, Bluetooth, iphone, ipad dan android. Sebahagian besar telefon sekarang membolehkan pengunanya mengakses internet untuk mencapai laman sosial bagi memudahkan perhubungan dan murah. Kemodenan telefon tangan ini dapat meberikan keuntungan besar kepada para pengeluar barangan untuk mengiklankan barangan. Penjualan produktiviti juga dapat ditingkatkan melalaui kehebatan peralatan canggih ini seperti Facebook. Umumnya tahu bahawa segelintir penjual tidak mengiklankan barangan keluaran syarikatnya sepanjang masa di FB kerana mereka tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan terhadap barang keluarannya. Nah! jelas di sini kecanggihan dunia ini menguntungkan golongan yang mengeksploitasinya sebagai sumber pendapatan. Contoh lain ialah syarikat telekomunikasi merupakan syarikat terkaya di dunia termasuk pemilik FB.


Kesimpulannnya, kehidupan kita pada hari ini memang menggunakan kecanggihan teknologi. Hampir semua bidang dalam kehidupan kita menjadi canggih dan semakin canggih berdasarkan penemuan-penemuan terbaru para saintis dunia dan negara kita sendiri. Diharapkan kecanggihan ini tidak disalahgunakan ke arah kegiatan yang tidak bermoral dan merugikan pelbagai pihak . Janganlah bersikap seperti kera mendapat bunga atau si kudung mendapat cincin. Manfaatkanlah kecanggihan dunia ini ke arah yang diredhai Allah. Sekian. Terima kasih.


Laman den issuu com  
Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you