
2 minute read
Fauziyah Md Aris
Le a r n in g & Tr a i
My mission is to help online students and lifelong learners to experience a better, fun, and engaging online learning environment for them to succeed in their learningjourney. I love to design, develop and implement online learning experience using innovative technology-based approaches and digital pedagogies to suit the current demands of the new normal.
Advertisement
0
WORK & PROFESSIONAL EXPERIENCE Learning Designer 2018-Mac 2021
Wawasan Open University {WOU) Penang
0
International Medical University (IMU) Kuala Lumpur
EDUCATIONAL EFFICIENCY
Universiti Sains Malaysia Commonwealth of Learning (COL), Indian Institute Open University of Technology Malaysia (OUM) OIT), Kuala Lumpur

PhDstudent (Instructional Design & Technology
ZETA Academy Kuala Lumpur
Kanpur, Google Education
Degree in Instructional Design & Technology 0

MassiveOpen Online Courses (MOOCs)


Saya bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa kerana diberi ilham, kesedaran dan kefahaman untuk mengetahui, mengenali, menghargai dan mengaplikasi minat, kebolehan dan bakat diri ini walaupun ramai belum mengenali siapa saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada arwah ayah, Haji Md Aris Ahmad dan arwah ibu, Hajah Asmah Ismail serta ibu tiri, Puan Rohani Abdullah, adik-adikku; Fadzilah Md Aris, Mohd Fadzli Md Aris, Azalea Aris, Anuar Zakaria, Azwin Zubir serta anak dan anak-anak saudara; Ashraf Iskandar, Afih Farhan, Mohd Arfan, Afrina, Afwana, Azzaleya, Mohd Afwan dan Mohd Nadhif dan Mohd Nafis termasuk juga kucing kesayangan saya, QoQo. Arwah mak saya sudah seawalnya menyedari bakat dan kebolehan yang ada dalam diri ini, jadi beliau telah mengasah bakat saya seada-adanya. Manakala ahli keluarga saya yang lain, hanya mengetahui bahawa saya seorang yang kreatif cuma mungkin mereka tidak tahu sejauh mana kreativiti saya mampu terbang tinggi. Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada sahabat saya, Rina Khan kerana memperkenalkan kepada dunia Industri Kreatif Malaysia. Terima kasih juga kepada Datuk Aznil Haji Nawawi kerana memperkenalkan saya kepada Rina Khan serta kepada Allahyarham Din Beramboi atau Mior Ahmad Fuad Mior Badri. “Al-Fatihah untuk mereka-mereka yang telah meninggalkan kita!” Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengarah, para produser dan karyawan-karyawan kreatif Malaysia dan Indonesia yang memberi saya ruang, peluang untuk bekerja dan belajar. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada GURU EDTECH dan Mentor saya, Profesor Dr. Zoraini Wati Abas (Pakar Educational Technology di Malaysia dan antarabangsa & World Bank Consultant), Profesor Dr. Paulina Pennin (Chairman, Indonesia Cyber Education Institute) Profesor Dr. Abtar Kaur (mantan Ketua Program Master of Instructional Design and Technology, Open University Malaysia), serta para profesor dan pensyarah dari seluuh dunia kerana berkongsi ilmu tentang dunia Teknologi Pendidikan. Tidak ketinggalan juga kepada Datuk Seri Farid Ridzuan (mantan CEO Media Prima) kerana pernah menjadi bos saya, di Celcom Technology Sdn Bhd pada tahun 1995 dan 1996. Akhirnya kepada teman-teman dan sahabat-sahabat saya, Ibu Zora, Nalis, Rina Khan, Nik Marini, Nik Hani, Hafidz Shah, Liza Mhd Rodzi dan Tya Jaapar. Mereka ini telah banyak membantu saya menghargai bakat dan kebolehan diri, memberi semangat, membuka jalan, mendorong saya untuk mencapai impian serta sentiasa memberi sokongan moral dan paling utama kerana mempercayai dan menghargai akan bakat dan kebolehan saya. Seikhlasnya jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi membaca buku saya ini. Semoga penulisan saya ini membuka jalan, memberi harapan dan dorongan untuk anda menjadi diri anda yang sepatutnya. Dan seterusnya, ingatlah, kehadiran kita dalam dunia ini, bukan untuk menjadi robot dan menjalani rutin sahaja. Kehidupan di dunia ini lebih daripada apa yang kita fikirkan dan sebenarnya kita boleh menjangkui apa yang kita inginkan kerana menjadi HEBAT adalah tanggungjawab kita kerana kita diberi akal dan fikiran. Guna-pakailah untuk menjadi DIRI SENDIRI yang TERBAIK!