Page 1

{ Habib: Daripada Pekerja MenjadiTauke Barang Kemas Oleh: Haniza Taufik Ada sesuatu di dalam dirinya yang membuatkan beliau bercita-cita besardan mengharap memiliki kereta

mewah walaupun dalam usia belasan tahun. Namun, melihat keadaan keluarganya, cita-citanya hampir mustahil dicapai. Apa tidaknya, ayahnya yang berasal dari lndia Cuma berniaga kain, manakala ibunya

tidak bekerja. Pendek kata, kehidupan keluarganya amat sederhana. Jadi, beliau seringkali mendapat cemuhan daripada rakan-rakanya apabila bercakap mengeni cita-citanya dengan menganggapnya 'suka bercakap besar'.

Anak muda itu mengejar cita-citanya dengan penuh azam dan bertekad untuk mencapai apa yang sahaja dihajatinya. Kini. Habib Muhammad yang lebih dikenali sebagai ' Tuan Haji' sudah membuktikan 'cakap besarnya' itu bukan omong kosong. Dengan rangkaian gedung barang kemas terkemuka yang dipengerusikan sendiri. Haji M.A. Habib Mohamed Sdn. Bhd atau Habib Jewels, rumah yang diidamkan itu sudah lama menjadisuatu kenyataan.

Mengimbas kembali pembabitannya dalam perniagaan, beliau bermula dengan membuka sebuah kedai kecil di Pulau Pinang, tetapi Habib Jewel hari ini memiliki empat gedung di sekita Kuala Lumpur, termasuk di hotel f ima bintang Hilton Kuala Lumpur. Bilangan pekerjanya bertambah daripada 2 orang pada permulaan kepada lebih 300 orang. Habib kelihatan lebih muda daripada usianya, 69 tahun. Ketika berusia 13 tahun, Habib sering menghabiskan masa di tepi pandai dengan memikirnya cara membaiki taraf hidupnya. Dari situ, timbul azamnya untuk bekerja dengan sebuah syarikat besar dan mempelajari selok-belok perniagaan sebagai langkah pertama menyatakan cita-citanya. Bagaimanapun, hanya dua jenis perniagaan yang bermain di benak anak kelahiran selatan lndia ini, kain atau barang kemas.

"Saya melihat hanya pekerja kedai kain dan kedai emas yang berpakaian kemas berbanding pekerja kedai lain."jelas beliau sambil ketawa. Akhirnya perniagaan barang kemas menjadi pilihan

kerana waktu itu, perniagaan kedai emas dibuka dari 8.00 pagi hingga 7.30 malam. Jadi, saya fikir dengan itu saya dapat lebih banyak mengenaiselok-belok berniaga." Sebaik sahaja zaman pendudukan Jepun berakhir, Habib yang berusia 19 tahun mula bekerja di sebuah kedai emas. Ternyata pilihan itu tepat kerana bidang itu agak dihorrnati ketika itu dan serasi pula

dengannya. Beliau begitu tertarik dengan kilauan emas dan berlian yang dipegangnya, manakala hubungan yang terjalin dengan pelanggan baginya sesuatu yang menghiburkan.

Beliau yang terpaksa menamatkan persekolahan sewaktu pendudukan Jepun sedar bahawa pendidikan Tamil dan Melayu yang dipelajari tidak mencukupi lantas belajar bahasa lnggeris secara bersendirian kerana merasakan bahasa itu penting untuk kemajuan masa depannya. "Waktu itu amat sukat untuk belajar sambil kita sedang bekerja. Jika saya membaca buku sewaktu tidak ada pelanggan pun, saya akan dimarahi oleh tuan punya kedai."jelasnya, lalu menambah kata, justeru pengalaman itu


Entrepreneur 1  

Muka surat 1

Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you