Proceedinguicw6023 tema 5hingga 6

Page 96

4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Perbincangan hasil kajian ini merujuk kepada keputusan soalan kaji selidik yang telah dilakukan. Setiap soalan kaji selidik diulas dan dibincangkan bagi memenuhi tujuan kajian ini.

36% (18 org) Ya Tidak 64% (32 org)

Rajah 1 Berdasarkan Rajah 1, sebanyak 64% tidak pernah terlibat dalam aktiviti viral dan selebihnya dengan peratusan 36% pernah terlibat dalam melakukan viral. Peratusan yang tidak pernah terlibat dengan viral adalah lebih tinggi kerana kebanyakan pengguna menjadikan jaringan sosial dalam talian sebagai satu platform untuk berkomunikasi antara satu sama lain disamping sebagai usaha membentuk dan mengekalkan persahabatan baru dan lama (Mustafa & Hamzah, 2011). Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Papacharissi and Rubin (2000), McQuail (2010), dan Atkin dan Lin (2007) di mana ada menyatakan bahawa penggunaan jaringan sosial dalam talian adalah sebagai medium interaksi sosial (komunikasi), perkongsian maklumat, faktor hiburan, dan faktor kemudahan. Oleh yang demikian, aktiviti viral mempunyai peratusan yang sedikit dikangan pengguna berikut tujuan utama penggunaan jaringan sosial dalam talian ini adalah untuk berinteraksi dan menyampaikan maklumat.

456


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.