Proceedinguicw6023 tema 5hingga 6

Page 84

menjaga alam sekitar yang tercemar. Penjagaan alam sekitar merupakan hal yang sangat penting kerana ia merupakan aset penting kepada kesejahteraan hidup manusia.

Masalah sampah sarap merupakan masalah yang telah wujud sejak sekian lama tetapi masih belum mencapai penyelesaian yang memberansangkan - seperti kata tajuk sebuah artikel dalam majalah Massa Februari 2003 - „Negara Maju Tetapi Pengurusan Sampah Masih Darjah Satuâ€&#x; (Rozita, 2002). Berdasarkan Malaysian Ghost Research, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyatakan bahawa statistik pembuangan sampah meningkat setiap tahun dimana setiap individu membuang sisa pepejal satu kilogram setiap hari. Sekiranya semua sampah yang dihasilkan oleh seluruh penduduk dikumpulkan selama satu bulan sahaja, ia akan memenuhi kira-kira empat buah Menara Kuala Lumpur. Selain itu, PBT juga terpaksa membelanjakan di antara 40 hingga 70 peratus hasil cukai tafsiran tahunan bagi tujuan untuk mengutip dan melupuskan sampah. Di samping itu, PBT menghadapi masalah bagi mendapatkan kawasan yang sesuai bagi melupuskan sampah yang semakin banyak dibuang itu.

Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak memperdulikan seringkali dikaitkan sebagai penyebab kepada pelbagai masalah alam sekitar yang berlaku pada masa kini (Rozita, 2002). Prof Madya dan Ketua Hal Ehwal Jaringan dan Industri (HEJIM) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan bahawa pembuangan sampah merata-rata adalah disebabkan oleh sikap kurang prihatin terhadap kesan yang mungkin timbul akibat pembuangan sampah terhadap ekosistem lain. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Prof Madya dan Ketua HEJIM LESTARI UKM mendapati bahawa tahap kesedaran masih rendah dalam kalangan masyarakat awam itu sendiri. Di sisi lain pula, kesedaran dan kepekaan mengenai sesuatu kejadian yang berlaku di sekeliling mungkin disebabkan ketidakprihatinan lantas kurangnya kefahaman mengenai hubung kait dalam sistem ekologi (Berita Harian, 2015). Ajaran Islam ada menggariskan mengenai perkara peranan manusia sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah s.w.t dalam ayat al-Quran dan hadis di bawah: Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian daripada kamu di atas yang lain, untuk 444


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.