Issuu on Google+

01.LayOut.qxp

5/18/11

1:57 PM

Page 1

PELANCARAN KALENDAR AKTIVITI 2011 Nik Hashim Ishak

AKTIVITI

Pelancaran Kalendar Aktiviti 2011 telah berlangsung pada 17 Februari 2011 bertempat di Dewan Mandalika dan telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri , Haji Mazlan bin Ngah merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Majlis acara tahunan ini dihadiri oleh ketua jabatan, para media, pengusaha hotel dan inap desa serta agensi pelancongan bagi tujuan menghebahkan aktiviti dan program tahunan Lembaga Muzium Negeri Terengganu kepada masyarakat. Program ini ditamatkan selepas pengagihan poster dan pamplet Kalendar Aktiviti kepada agensi dan jabatan yang mempunyai hubungan langsung dengan aktiviti pelancongan dan budaya negeri.

RAMPAI BUDAYA MEDIA HIBURAN DAN PENDIDIKAN Zamberi bin Deraman

Rampai Budaya salah satu program tahunan Muzium Negeri Terengganu 2011 sempena cuti sekolah. Bermatlamat untuk menyalur ilmu dan maklumat berkaitan kerja-kerja pemuziuman melalui demonstrasi, persembahan kebudayaan, pertandingan, kuiz dan permainan tradisi. Bermula 12 Mac - 19 Mac 2011 bertempat di perkarangan Muzium Negeri Terengganu, program ini diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan pelawat. Mereka berkesempatan menimba info sebanyak mungkin dalam program tersebut. Pelbagai demonstrasi

diadakan antaranya proses awetan manuskrip, awetan mamalia dan burung serta proses pembuatan model bot dan perahu. Persembahan tarian tradisional Terengganu dan pertunjukan ular antara acara yang lebih mendapat tumpuan dari pengunjung dalam dan luar negara. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, program ini akan diteruskan pada musim cuti berikutnya dengan penambahan beberapa acara yang bersesuaian selaras dengan matlamat muzium sebagai tempat kunjungan berkala bagi tujuan pembelajaran anak-anak dan keluarga. 1


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:57 PM

Page 2

SEMINAR BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU WADAH INTELEKTUAL TAMADUN MELAYU Azuan Harun

Batu Bersurat Piagam Terengganu ialah satu rakaman manuskrip yang menjelaskan tentang hukum Islam yang dikuatkuasakan oleh pemerintah Terengganu, Raja Mandalika pada abad ke 14 Masehi. Dalam usaha menyingkap lebih banyak maklumat yang masih tersimpan di dalam batu ini pihak Muzium Negeri Terengganu tidak jemu-jemu mengadakan seminar untuk memenuhi inspirasi masyarakat khususnya pengkaji-pengkaji. Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu telah menjadi aktiviti tahunan bagi Lembaga Muzium Negeri Terengganu selepas siri pertama 2009 dan siri kedua pada tahun 2010.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu kali ketiga telah diadakan pada 28 Mac - 29 Mac 2011 bertempat di Dewan Batu Bersurat Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Abdul Rahin Bin Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.

Antara kertas kerja telah dibentang pada Seminar kali ini adalah:KERTAS KERJA 1:

Batu Bersurat Piagam Terengganu: Satu Inskripsi Perundangan Islam Awal Di Malaysia oleh Prof. Dr. Abdullah@Alwi Hj. Hassan (School of Management Asia E University) KERTAS KERJA 2:

Batu Bersurat Piagam Terengganu: Penangkis Gerakan Islam Melampau di Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Rahimi Affandi Bin Abd. Rahim (Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya) KERTAS KERJA 3:

Batu Bersurat Piagam Terengganu: Tarikh Batu Bersurat Terengganu berdasarkan program Astronomi mengesahkan tarikh Prof. Syed Muhamad Naquib Al- Attas oleh Prof. Dr. Muhamad Zainiy Bin Uthman KERTAS KERJA 4:

Matematik Melayu berdasarkan Batu Bersurat Piagam Terengganu oleh Dato' Prof. Abd. Razak Bin Salleh (UKM) KERTAS KERJA 5:

Batu Bersurat Piagam Terengganu pencetus perubahan dari Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik oleh Dr. Amat Juhari Bin Moain KERTAS KERJA 6:

Batu Bersurat Piagam Terengganu: Ulasan dari aspek kebahasaan dan kandungan oleh Prof. Dr. Bukhari Lubis (Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris) Y.B. Dato' Haji Abdul Rahin Bin Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu ketika hadir merasmikan Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu 2011

KERTAS KERJA 7:

Sejarah Batu Bersurat Piagam Terengganu : Mencari asal-usulnya Pembentang oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Anwar Bin Omar Din (Pusat Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu UKM) KERTAS KERJA 8:

Simbiosis Parameter antara Paleografi, Khat dan Tulisan Jawi kajian kes Batu Bersurat Piagam Terengganu oleh Prof. Dr. Khairuddin Bin Omar (Pusat Pengajian Sains Komputer UKM) KERTAS KERJA 9:

Batu Bersurat Piagam Terengganu: 'Siapa Gerangan Pemahat Tamra Benua Terengganu' oleh Tuan Haji Hamdan Bin Hj. Abd. Rahman KERTAS KERJA 10 :

Batu Bersurat Piagam Terengganu: Menyingkap rahsianya oleh En. Rashid Bin Hamat (Kurator Sejarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu)

Antara peserta yang mengajukan soalan kepada pembentang kertas kerja pada hari kedua Seminar

Peserta Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu 2011 yang terdiri dari pelbagai jabatan/agensi dalam mahupun luar negeri Terengganu serta institusi pendidikan

2

Seminar kali ini mendapat sambutan amat menggalakkan terutamanya dari luar Terengganu dengan jumlah penyertaan seramai kira-kira 242 orang, antaranya Jabatan Muzium Malaysia, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Perpustakaan Negara Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Persatuan Sejarah Cawangan Terengganu dan orang perseorangan. Selain dari itu penyertaan dari institusi pengajian pula terdiri dari pelajar dan guru sekolah menengah Sultan Zainal Abidin, Sekolah Agama Khairiah, Sekolah Agama Zainal Abidin Ladang dan Sekolah Imtiaz.


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:58 PM

Page 3

3


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:58 PM

Page 4

PERTANDINGAN MEWARNA SAYANGILAH WARISAN KITA 2011 Noorazyha Adyla Binti Sidek

Pertandingan Mewarna Sayangilah Warisan Kita 2011 telah berjaya diadakan pada 5 Mac 2011 bertempat di Muzium Daerah Dungun buat kali kedua dan mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Program ini telah dijadikan sebagai program tahunan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu bermula tahun 2003 hingga 2010. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B Haji Matulidi bin Jusoh, Ahli Parlimen Dungun. Dalam ucapannya beliau menggesa supaya pihak Muzium Negeri Terengganu dapat meneruskan program sebegini untuk menarik pengunjung untuk menampakkan pelbagai aktiviti yang menarik terdapat di Dungun. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kanak-kanak pra sekolah (6 tahun), pelajar sekolah rendah tahap 1 (7 tahun hingga 9 tahun) dan pelajar sekolah rendah tahap 2 (10 tahun hingga 12 tahun). Setiap pelajar dikehendaki mewarna lakaran yang disediakan oleh penganjur mengikut kategori yang telah ditetapkan. Penganjur telah menerima penyertaan pelajar seramai 717 orang dan mendapat kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, Yayasan Islam Daerah Dungun, Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Dungun, Jabatan KEMAS Daerah Dungun, Majlis Perbandaran Dungun, Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun. Turut diadakan aktiviti sampingan sepanjang program ini ialah demonstrasi bermain bola cetong dan peraduan

4

menjawab soalan kuiz bagi ibu bapa yang hadir. Pertandingan menjawab soalan kuiz bertujuan untuk orang ramai mendekati dan mengenali Muzium Daerah Dungun yang mempamerkan pelbagai koleksi sejarah.


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:58 PM

Page 5

KAJIAN SAINTIFIK BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU DI LAPANGAN

KONSERVASI

Nor Ainah binti Mahmud

Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia telah menjalankan kajian saintifik ke atas batu-batu di Sungai Lawit. Beberapa ketul batu yang bentuknya hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu diambil dan dijadikan sampel untuk di buat ujikaji bagi menentukan samada ia sejenis dengan Batu Bersurat Terengganu. Kajian awal mendapati batuan di sini jenis dolerite. Ujian tanpa musnah melalui kaedah 'Neutron Induced Prompt Gamma-Ray' ini menggunakan alat khas iaitu 'Portable Neutron Spectroscopy'. Alat ini berfungsi untuk mengesan

Kaedah ini amat berguna untuk mengenal pasti secara kualitatif dan kuantitatif sesuatu elemen yang terdapat dalam sampel.

scopy' Neutron Spectro Alat 'Portable

elemen dalam bahan batuan. Komponen dalam sistem alat ini menggunakan HPGe iaitu 'High Piority Germanium Detector' yang sangat sensitif terhadap sinar gamma. Dengan menggunakan sumber neutron ianya menghasilkan gamma cepat (prompt gamma). Pemindahan data secara terus dari 'Portable Neutron Spectroscopy' ke komputer

Dr. Jaafar Abdullah memberi taklimat ringkas sebelum kerja-kerja ujikaji dijalankan

PENCUCIAN PAGAR DI KOTA LAMA DUYONG Mohd Hafis bin A Rahman

Kota Lama Duyong merupakan antara lokasi yang seringkali menjadi tumpuan para pelawat dan pengkaji termasuk para pelajar dan ilmuan yang menjadikan kota ini sebagai bahan penyelidikan dan dengan

Mengeluarkan neutron dari penyimpanan

keunikan binaan bercirikan senibina tradisi Terengganu.

Bagi memastikan rumah bersejarah ini sentiasa berada dalam keadaan baik, Muzium Negeri Terengganu melalui Sektor Konservasi (Bahagian Pemuliharaan Monumen dan Tapak Bersejarah) menjalankan aktiviti 'house - keeping' secara berkala termasuk kerja-kerja pencucian pagar Kota Lama Duyong dengan melibatkan kakitangan dari Bahagian Pemuliharaan Koleksi dan Bahagian Pemuliharaan Monumen Dan Tapak Bersejarah serta dibantu oleh empat orang pelajar praktikal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang sedang menjalani latihan praktikal di Sektor Konservasi. Bagi memudahkan kerja-kerja pencucian, ia telah dipecahkan kepada beberapa fasa, fasa pertama melibatkan

kerja-kerja pencucian pada bahagian pagar belakang kota menggunakan berus dan air paip bagi melindungi struktur pagar yang dilepa dengan kulit kerang dan putih telor terhakis telah dilaksanakan pada bulan Januari 2011 yang lalu. Kerjakerja pencucian bagi fasa seterusnya akan disambung pada bulan Mac dan bulan seterusnya. Pemantauan dan pemeriksaan akan sentiasa dilakukan bagi memastikan Kota Lama Duyong sentiasa berada dalam keadaan baik dan terjaga serta bersedia menerima kunjungan orang ramai.

5


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:58 PM

FOKUS

Page 6

PAMERAN 1 ASEAN 1 JALINAN

Pameran 1 Asean 1 Jalinan anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu diadakan bermula 15 Mac 2011 sehingga 30 Jun 2011. Pameran yang diadakan di Foyer dan Galeri Tekstil ini mempamerkan pelbagai koleksi tekstil dan busana tempatan dan negara Asean seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Laos, Kemboja, Thailand, Burma dan Vietnam sempena 3rd Asean Traditional Textiles Symposium yang dilangsungkan di Terengganu.

Pameran ini menjadi satu wadah menyalurkan ilmu dan maklumat berkaitan tekstil dan busana dengan mempamerkan bukan sahaja koleksi terpilih dari Muzium Negeri Terengganu malah turut mendapat sambutan dan sokongan artifak dari muzium dalam dan luar negara antaranya koleksi pakaian pengantin daripada 4 daerah Indonesia yang dipinjamkan oleh Muzium Tekstil Jakarta, pakaian kepala dari Jabatan Muzium Malaysia, pakaian wanita dari serat pina oleh Museum Foundation of Philippines serta beberapa koleksi peribadi pencinta tekstil daripada Vietnam dan juga Kuala Lumpur.

ikat Pelangi, demonstrasi ikat Limar dan celup benang oleh Yayasan DiRaja Nur Zahirah, demonstrasi menelepuk dan bergerus oleh En. Ady Ezwan bin Nordin dari Galeri Citra Warisan, demonstrasi membuat batik blok dari Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan jualan produk kraf Terengganu di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu. Aktiviti lain seperti pameran dan 'bazar' tekstil dari beberapa IPTA seluruh Malaysia dan negara Asean yang turut mengambil peluang menjual produk tekstil daripada negara masing-masing serta memberi impak yang mendalam kepada pencinta tekstil, mereka dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat koleksi tekstil yang cantik dan unik dari beberapa buah negara Asean sekaligus dapat membelinya dengan harga yang berpatutan. Sepanjang Pameran 1 Asean 1 Jalinan ini berlangsung, beberapa program menarik dirancang bagi

Majlis perasmian pameran telah disempurnakan oleh Y. B. Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu pada 15 Mac 2011 di Dewan Mandalika dan diserikan dengan Ucapan perasmian oleh Y.B. peragaan 24 pasang pakaian muslim Dato' Haji Mohamed bin Awang dan muslimah dengan kerjasama Tera daripada pihak TiDE (Terengganu Institute of Design Excellent) dibawah pimpinan Y. Bhg. Profesor Sulaiman bin Abdul Ghani. Seiringan itu pelbagai aktiviti sampingan disajikan antaranya demonstrasi

En. Ady Ezwan bin Nordin, Pengarah Seni Galeri Citra Warisan, Puchong, Selangor sedang dan mengadakan demonstrasi bergerus menelepuk. Beliau adalah antara pewaris dan penggiat seni telepuk dan bergerus di Malaysia

6

Peragaan pakaian Melayu Tradisional sebagai santapan mata Delegasi Asean yang datang ke Muzium Negeri Terengganu

Pertunjukan fesyen muslim dan muslimah yang dipersembahkan dengan kerjasama TiDE (Terengganu Institute of Design Excellent)

Pengarah Muzium, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdullah sedang beramah mesra Delegasi dari Filipina


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:58 PM

Page 7

tujuan menarik pelbagai golongan untuk datang ke Muzium Negeri Terengganu seperti bengkel batik antara pengisiannya ialah mengecop batik menggunakan pelepah pisang, batang keladi dan ubi kentang. Pesertanya pelajar sekolah sekitar Kuala Terengganu, demonstrasi cara memakai / mengikat kain, bengkel mewarna motif batik canting, demonstrasi menenun songket, demonstrasi membuat cop batik menggunakan blok tembaga dan jualan produk kraf seperti sutera, songket, batik dan sebagainya. Pameran 1 Asean 1 Jalinan ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pencinta seni tekstil dan para penyelidik untuk datang ke Muzium Negeri Terengganu malah ia juga sebagai inspirasi kepada pereka muda untuk menghayati dan memahami tekstil seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dalam penciptaan tekstil.

SAMBUTAN LAWATAN DELEGASI ASEAN KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU Y.B. Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera sedang memotong riben sebagai tanda perasmian di Foyer, Muzium Negeri Terengganu sambil diperhatikan oleh Pengarah Muzium, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, CEO TiDE, Profesor Sulaiman Abdul Ghani dan juga Penolong Pengarah Etnologi, Puan Alisa bt Abdul Wahab Ucapan aluan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah dan juga Profesor Sulaiman Abdul Ghani selaku presiden Asean Traditional Textiles Art Community. Pada malam tersebut, tetamu yang hadir mencecah seramai 300 orang yang terdiri daripada Delegasi Negara Asean, peserta dan pencinta tekstil dari seluruh Negara, kakitangan Muzium Negeri Terengganu, pelajar dan pensyarah dari Uitm seluruh Malaysia

Pameran dan Bazar jualan tekstil daripada beberapa Negara Asean di Foyer Muzium Negeri Terengganu

Pameran 1 Asean 1 Jalinan

Penyampaian sijil penghargaan kepada individu yang telah menghadiahkan koleksi peribadi mereka kepada Muzium Negeri Terengganu

7


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:58 PM

PAMERAN

Page 8

LAWATAN ILMIAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

Muzium Negeri Terengganu seringkali menjadi destinasi tumpuan kunjungan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negeri bertujuan memahami nilai budaya dan masyarakat setempat serta menjadi tempat rujukan kepada penyelidik-penyelidik. Pada 20 Januari 2011, Muzium Negeri Terengganu menerima satu lawatan sambil belajar seramai 30 orang pelajar pelbagai kaum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu yang diketuai oleh Encik Mohd Shukri bin Mat Yaakob. Taklimat mengenai Pengurusan Pameran Lukisan telah disampaikan oleh Encik Fairuz bin Karim @ Kassim, Ketua Bahagian Pameran. Kunjungan ini juga bertujuan untuk melihat bagaimana Muzium Negeri Terengganu menguruskan Pameran Seni sekaligus menjaga karyakarya seni mereka. Muzium Negeri Terengganu menempatkan beberapa karya seni yang dihasilkan oleh artis-artis Malaysia dan juga karya anak jati Terengganu sendiri.

PAMERAN ARKEOLOGI DI PEJABAT EKO PELANCONGAN DI PANGKALAN GAWI

Kerja-kerja menyiapkan Pameran Zaman Pra Sejarah Gua Bewah telah dijalankan oleh kakitangan Muzium Negeri Terengganu pada 29hb Mac 2011 di Pangkalan Gawi terdiri daripada kakitangan Muzium Negeri Terengganu. Kerja-kerja tersebut diketuai oleh En. Azmi Kharuddin bin Abu Bakar, Penolong Kurator Bahagian Pameran, En. Nora Azman bin Ahmad, En. Mohamad Zaidin bin Abd. Rahman, En. Abd Wahab bin Bulat, En. Razali bin Jusoh dan dibantu oleh 4 orang pelajar Universiti Malaysia Kelantan.

PAMERAN WORDS + PICTURES = BOOK

Pada tahun 2011 Muzium Negeri Terengganu sekali lagi menjadi pilihan Galeri Petronas untuk membantu menjayakan pameran mereka bertajuk Pameran Words + Pictures = Book berlangsung pada 1 mac hingga 30 April 2011. Muzium Negeri Terengganu menyediakan ruang untuk pameran di samping membantu dalam bidang peragaan pameran serta menyediakan panel-panel khas bagi tujuan pameran termasuk penataan cahaya khas. Jalinan kerjasama yang baik beserta kemahiran ketukangan yang ada, satu ruang pameran yang menarik dapat diwujudkan. Selain memberi keselesaan kepada pelawat, ruangan ini juga dapat menarik minat ramai kanak-kanak bagi menghasilkan karya seni mereka. 8


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:59 PM

Page 9

PENYELIDIKAN TENUNAN SERAT DI FILIPINA Alisa Abd. Wahab

Penyelidikan tenunan serat dari tumbuhan telah dijalankan di Filipina pada 17 hingga 21 Januari 2011 dan diketuai oleh Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdullah, dengan dibantu oleh CEO TiDE (Terengganu Institute of Design Excellence) Prof. Sulaiman Abdul Ghani, Penolong Pengarah bahagian Etnologi, Puan Alisa binti Abdul Wahab dan Pembantu Muzium Kanan bahagian Etnologi, Puan Ramlah binti Latif. Filipina dipilih sebagai destinasi penyelidikan kerana negara tersebut merupakan antara negara yang masih menghasilkan tekstil dan produk harian berasaskan tumbuh-tumbuhan khususnya pisang, abaca dan nenas. Penyelidikan ini berjalan

PENYELIDIKAN

dengan lancar dan mencapai objektifnya serta mendapat kerjasama dari beberapa pihak di Filipina antaranya Duta Malaysia di Filipina iaitu Dato' Ibrahim Saad, National Museum of Philippines, Museum Foundation of the Philippines, Ayala Museum, Weaving Association of Philippines, Natural Fibre Entrepreneur, Advisor of Textile Symposium dan juga President World Craft Consul of Philippines. Penyelidikan ini berjaya memperolehi bahan mentah iaitu benang dari serat nenas, produk tekstil yang terdiri dari pakaian dan selendang dari serat nenas dan abaca serta beberapa dokumentasi berkaitan tekstil di Filipina.

Lawatan dan perbincangan yang diadakan semasa berada di Filipina

TOKOH SUKAN NEGERI Muhammad Aisamuddin bin Embong

Penyelidikan Tokoh Sukan dijalankan oleh kakitangan Muzium Daerah bagi tujuan rekod dan dokumentasi bagi pengisi galeri Muzium Kemaman yang bakal dibuka tidak lama lagi. Tokoh Hoki negara, Chairil Anuar kelahiran Kg. Bukit Tok Bat, Hulu Terengganu ditemubual bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan latar belakang penglibatan dan pencapaian beliau dalam dunia sukan yang diceburi. Manakala responden berikutnya adalah Puan Rajimah iaitu balu kepada Allahyarham Kamaruddin Maidin, seorang tokoh olahraga negeri Terengganu yang berjaya menempa nama dalam bidang olahraga sekitar tahun 1960an. Beliau merupakan anak Terengganu pertama yang berjaya di pentas antarabangsa mewakili negara ke Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960.

Lawatan ke National Museum of Philippines ini disambut oleh pengarahnya sendiri dan turut dibantu oleh Armeti C. Barbosa, Kurator II bahagian Antropologi 9


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:59 PM

Page 10

PENYELIDIKAN DI LORONG JAMIL, KUALA TERENGGANU Syed Nasharuddin bin Tuan Abdullah

PENYELIDIKAN MAT KILAU, PAYANG KAYU HULU TERENGGANU

Tahun 2011, bahagian sejarah telah merancang beberapa penyelidikan mengenai sejarah kampung, masjid, batu bersurat dan penyelidikan peninggalan kitab-kitab lama Mat Kilau. Antara penyelidikan yang telah dilakukan baru-baru ini ialah Sejarah Lorong Jamil, Kuala Terengganu.

Hasil penyelidikan bersama dengan ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu, berjaya memperolehi beberapa koleksi peribadi kitab dan buku-buku novel jawi lama kepunyaan Syed Alwi Al Kaff. Koleksi ini tersimpan baik di rumah Syed Alwi Al Kaff di kampung Lorong Jamil, Kuala Terengganu, seorang pengusaha terompah di Kuala Terengganu sekitar tahun 1950an. Rumah tersebut kini didiami oleh cucunya Syarifah Mahiran bt Syed Abd Rahman dan Sharipah Nor Hidayat bt Syed Abd Rahman Al Kaff yang juga pewaris beliau malah telah menghadiahkan koleksi peribadi kitab dan bukubuku novel jawi lama kepunyaan Syed Alwi Al Kaff kepada pihak Muzium Negeri Terengganu seperti satu naskhah Tib ubat-ubatan dan 284 buah novel yang dikarang oleh pengarang Melayu Terengganu dan luar Terengganu.

Kakitangan penyelidikan Sejarah sedang meneliti koleksi peribadi kitab dan novel jawi lama kepunyaan Syed Alwi Al Kaff

Kesan Telaga yang dikatakan penah digunakan oleh Mat Kilau sepertimana yang di ceritakan responden

Suasana rumah-rumah dan jalan utama di pesekitaran Lorong Jamil kini

10

Laluan untuk masuk ke kampung yang dipercayai Telaga Mat Kilau di kampung Payang Kayu, Kuala Berang


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:59 PM

Page 11

PENYELIDIKAN KOLEKSI KITAB MAT KILAU

Pada tarikh 07.03.2011, satu penyelidikan telah dilakukan oleh bahagian sejarah berkaitan kitab agama peninggalan Mat Kilau di Kg. Pak Bilis, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Kajian dibuat dengan menemuramah En. Sayuti bin Harun atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da Ular yang juga salah seorang cucu Mat Kilau. Ketika temubual dilakukan beliau telah menceritakan tentang sejarah hidup Mat Kilau ketika berundur dari Pahang kerana menentang campur tangan British di negeri tersebut sehingga menjelajah ke beberapa buah negeri termasuk Siam. Sejumlah besar kitab lama peninggalan Mat Kilau (Mat Siam) masih terdapat dalam simpanan Pak Da bertulisan Arab dan Jawi. Kesemuanya diserahkan untuk simpanan dan dibaikpulih serta sebagai bahan rujukan pengkajipengkaji sejarah tempatan mahupun luar negeri.

PENYELIDIKAN PERAHU KEPUNYAAN SAIYED HUSSIN BIN GHULAM AL BUKHARI

Penyelidikan mengenai perahu Saiyed Hussin bin Ghulam Al Bukhari, seorang ahli pedagang yang menemui Batu Bersurat Piagam Terengganu pada tahun 1902 di Surau Tok Abdul Rashid, Kampung Buluh, Kuala Berang. Perahu yang dipercayai kepunyaan Saiyed Hussin bin Ghulam Al Bukhari tersimpan di bawah rumah Syed Othman bin Syed Kasim salah seorang waris Saiyed Hussin bin Ghulam Al Bukhari. Menurut beliau, perahu tersebut pernah digunakan oleh Saiyed Husein Ghulam Al Bukhari ketika berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Hulu Terengganu malah pernah digunakan semasa membawa Batu Bersurat Piagam Terengganu dari Kampung Buluh Kuala Berang sebelum di persembahkan kepada Sultan Zainal Abidin II.

Pengumpulan data mengenai perahu Saiyed Hussin bin Ghulam Al Bukhari sedang dilakukan oleh kakitangan Bahagian Sejarah. Perahu ini berukuran 20 kaki 4 inci panjang dan lebar 4 kaki

Syed Othman sedang menunjuk tapak asal rumah lama kepunyaan Saiyed Hussin bin Ghulam Al Bukhari

11


01.LayOut.qxp

5/18/11

1:59 PM

Page 12

BERITA KKSM Tahun 2011, Kelab Sukan Dan Kebajikan melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah merangka beberapa program sukan untuk dilaksanakan. Antara program sukan yang telah dijalankan ialah pertandingan karom kategori lelaki dan wanita, sepak takraw dan ping pong kategori lelaki. Program ini merupakan aktiviti yang dirancang untuk mencari pemain berbakat dalam acara sukan untuk dibawa ke pertandingan sukan di Sambutan Perayaan Hari Muzium Antarabangsa pada tahun ini.

Takraw Tertutup KSKM

Pada 26 Febuari 2011, KSKM telah mengadakan kejohanan Sepak Takraw tertutup bertempat di gelanggang takraw Muzium Negeri Terengganu. Pertandingan sehari ini telah menarik minat hampir 50 orang ahli yang mengambil bahagian. Pelbagai aksi menarik yang dipamerkan oleh para pemain.

Pertandingan Karom Tertutup KSKM

Pertandingan ini diadakan pada 12 Febuari 2011, bertempat di Bilik Gobel, LMNT. yang disertai oleh 40 orang peserta lelaki dan 15 orang peserta wanita. Bagi kategori lelaki ianya dijalankan secara liga berkumpulan dan pertandingan individu bagi peserta wanita.

Tahniah

12

SHIM RAIN BIN HA SAIFOL NAH ASHID R D H O M AH BINTI Dan ROZIM 19 MAC 2011

MOHD HAFIS BI N CHE ABD. RA HMAN Dan NOR HAFI ZA BINTI ZAMRI 11 FE BRUARI 2011


02.Layout 1