Issuu on Google+

UNTUK PEMBELAJARAN – PENGAJARAN

Sidek Ab Aziz Marzanah A Jabar, Fatimah Sidi Wan Zuhainis Saad, Khaironi Yatim Sharif, Koh Tieng Wei

MHP PUBLISHERS SERI KEMBANGAN, BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI


Aplikasi Praktikal Desktop Untuk Pembelajaran Pengajaran

MHP PUBLISHERS SERDANG,BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI 2013

ii


Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran – Pengajaran

Sidek Ab Aziz Marzanah A Jabar, Fatimah Sidi Wan Zuhainis Saad, Khaironi Yatim Sharif, Koh Tieng Wei Kumpulan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran SATRIA (KIPPS) Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia

MHP PUBLISHERS SERI KEMBANGAN, BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI

iii


Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran – Pengajaran Cetakan Pertama 2013 Semua hakcipta terpeilihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara lektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada penerbit.

Sidek Ab Aziz Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran – Pengajaran/ Š Sidek Ab Aziz dan rakan-rakan. 2013. ISBN 978-9839-970-01-2 1. Information technology. 2. Communication and technology. I. Sidek Ab Aziz. II. Judul

Rupa taip teks: Articulate Light/ Extrabold Saiz taip tkes: 10/12/20 poin Reka letak teks: Adzrif Effendy Reka bentuk kulit: Adzrif Effendy

Diterbitkan oleh MHP Publishers Seri Kembangan Selangor

Dicetak oleh WS Sdn Bhd Seri Serdang Selangor

iv


KANDUNGAN

Prakata Segmen 1

Aplikasi Salin Skrin 1 Jing 2 Pixclip 3 Snipping Tool

………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………

1 5 9

Segmen 2

Aplikasi Grafik 4 Paint 5 Paint.Net

………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………

12 21

Segmen 3

Aplikasi Suntingan 6 IrfanView 7 Photoscape 8 Picasa

………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………

30 34 38

Aplikasi Persembahan 9 Photostory 3

………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………

45

Segmen 5

Aplikasi Peta Minda 10 FreeMind

………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………

48

Segmen 6

Aplikasi Animasi 11 Movie Maker

………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………

56

Segmen 7

Aplikasi Pengujian 12 JCross 13 JQuiz 14 JMatch 15 JCloze 16 JMix 17 TheMasher

………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………

60 64 69 74 78 83

Segmen 4

v


PRAKATA Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak berubah sejak komputer dan teknologi Internet di perkenalkan. Kemunculan teknologi tersebut telah banyak mengubah cara individu berkomunikasi dan cara bagaimana pengajara menyampaikan ilmu dalam bentu fakta, serta bagaimana pelajar bmenggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang penting. Oleh itu, usaha dapat dipertingkatkan untuk mempromosikan penggunaan Internet di kalangan rakyat. Penggunaan Internet kini bukan lagi setakat mendapatkan maklumat sahaja tapi sudah menjangkau pelbagai aspek dalam kehidupan mahupun kerja seharian. Cara kita berkomunikasi telah berubah pada masa kini di mana melalui Internet kita boleh menggunakan e-mel, skype, msn messenger, yahoo messenger dan sebagainya. Ini secara tidak langsung mempertingkatkan proses komunikasi dalam pelbagai urusniaga dalam sektor perniagaan, pendidikan, hiburan, penyiaran dan pentadbiran. Golongan yang mengaplikasikan penggunaan Internet dalam kehidupan seharian mereka terdiri darĂ­ pelbagai kaum, umur, bangsa dan jantina. Mereka ini boleh terdiri dari orang awam, para pelajar, remaja, pendidik, pakar saintis, doktor perubatan, surirumah dan sebagainya. Kesemua mereka menggunakan Internet untuk menguruskan hal-hal berkaitan pekerjaan ataupun peribadi. Pembelajaran berasaskan teknologi maklumat wajar diaplikasikan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan kreativiti, mengembangkan pemikiran, menggerakkan minda serta menjadikan pelajar menganalisis data saintifik khususnya. Buku ini merupakan hasil usaha kolektf mengumpulkan beberapa aplikasi yang terdapat dalam persekitaran Windows dan juga yang diperolehi secara percuma menerusi muat turun dari beberapa laman web yang menyediakan kemudahan untuk kita menggunapakai perisian mereka. Perisian-perisian tersebut dikelompokkan ke dalam tujuh segmen iaitu Aplikasi Salin Skrin, Grafik, Suntingan, Persembahan, Peta Minda, Animasi dan juga Pengujian. Kami akui kompilasi ini tidak lengkap, namun setidak-tidaknya menjadi pembuka mata kepada pembaca untuk meneroka lebih banyak langi perisian yang boleh digunakan dengan sebaiknya tanpa sedikit pun mengeluarkan wang. Kami juga akui tentunya banyak kelemahan di sana sini dalam buku ini. Kami dengan hati terbuka mengharapkan teguran yang membina dari pihak pembaca bagi memperbaiki kelemahan dan seerusnya meningkatkan kualitinya di masa hadapan. Segala kelemahan sudah pastinya hasil kerja kami, kerana hanya Allah sahajalah yang bersifat Maha Sempurna dan Maha Mengetahui. Sekian, Wassalam. Terima kasih.

Penerbit MHP Publishers Serdang 2013

vi


BIODATA PENULIS

PROFESOR DR SIDEK AB AZIZ kini berkhidmat di Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM. Beliau meminati bidang teknologi ICT sewaktu mengikuti program Sarjana Muda (Kepujian) di UKM Bangi, walaupun teras utama pengajiannya adalah Fizik. Beliau pernah menjawat Guru Sains di MRSM Seremban sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah lanjutan di Universiti of Bath, United Kingdom. Setelah dikurniakan ijazah Kedoktoran PhD (Ultrasonik dan Fizik Keadaan Pepejal), beliau terus menyumbang kepakaran ICT untuk UPM dan pernah menjawat Timbalan Pengarah di Pusat Komputer, Institut Multimedia dan juga Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), sebelum dilantik sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (CADe). Beliau menjadi peneraju sistem pengurusan pembelajaran (LMS) menerusi inovasi eSPRINT dan seterusnya PLMS (Putra Learning Management System). Penyelidikan komprehensif LMS membolehkan beliau dikurniakan Sarjana Sains (Multimedia dalan Pengajaran-Pembelajaran) dari UPM. Beliau juga merupakan mantan Ketua Laboratori Institut Multimedia dan Perisian, dan juga Dekan Fakulti Sains UPM. Kini beliau berkongsi kepakaran sebagai Felow Bersekutu CADe (Inovasi dalam Pengajaran-Pembelajaran). Beliau pernah memenangi Anugerah Felowship Naib Canselor (Kategori Pengajaran) UPM, Anugerah Saintis Muda Kebangsaan, Tokoh Pekerja Kebangsaan dan juga di peringkat UPM. Kepakaran ICT memboleh beliau dilantik mengganggotai MEIPTA (Majlis ePembelajaran IPTA) dan sebagai jurulatih ICT AKePT sehingga kini. PROFESOR MADYA DR. MARZANAH BINTI A. JABAR sekarang berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. Mendapat PhD dalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat dari Universiti Putra Malaysia. Beliau sangat aktif dalam penyelidikan dalam bidang Sistem Maklumat, Kejuruteraan Perisian dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Kepakaran beliau dalam bidang IT telah menjadikan beliau dilantik sebagai pakar rujuk oleh Pusat Pembangunan Akademik UPM (CADe )dalam bidang teknologi untuk pembelajaran. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli kumpulan pembangunan eSPRINT dan Putra Learning Management System (PLMS), iaitu aplikasi untuk pembelajaran secara online di UPM, berdasarkan pengalaman beliau sebagi seorang Jurutera Perisian sebelum dilantik sebagai pensyarah. PROFESOR MADYA DR. FATIMAH SIDI adalah pensyarah di Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Bantuan St Teresa’s Kuching Sarawak. Jurusan pengkhusuan beliau dalam Doktor Falsafah (PhD) adalah dalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat diperolehi dari Univeriti Putra Malaysia serta Master Sains dan Bacelor Sains Komputer daripada universiti yang sama. Beliau telah dilantik sebagai ketua unit merintis dan pengerak Unit Pembangunan Sistem dalam memperkasakan serta mencetus innovasi bagi hak cipta perisian applikasi. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam ICT telah memberi kepercayaan untuk Pusat Pembangunan Akademik UPM (CADe) melantik beliau sebagai pakar rujuk ICT untuk pembangunan teknologi dalam pengajaran dan pendidikan. DR. WAN ZUHAINIS SAAD merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia. Berasal dari Kedah, mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Mikrobiologi dari UPM. Beliau adalah seorang yang aktif dalam pembelajaran dan pengajaran. Beliau terlibat sebagai penceramah dalam Kursus Asas Pengajaran bagi pensyarah baharu dan kursus-kursus seperti Interactive Lecture, Modular Approach dan E-Learning. Beliau telah memenangi Anugerah Fellowship Naib Canselor (Kategori Pengajar Muda) 2012, Anugerah Pensyarah Pilihan 2012, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, Anugerah Pensyarah Paling Aktif Menggunakan PutraLMS 2012 dan 2013. Beliau sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam meningkatkan keberkesan pengajaran dan pembelajaran.

vii


DR. KHAIRONI YATIM SHARIF mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Beliau dianugerahkan ijazah Sarjana Muda (Sains Komputer) dan Sarjana (Kejuruteraan Perisian Masa Nyata) dari Universiti Teknologi Malaysia. Seterusnya Kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan perisian diiktiraf apabila dikurniakan ijazah doktor falsafah (PhD) dari University of Limerick Ireland. Sekarang beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM). Selain aktif sebagai penyelidik dalam Kumpulan Penyelidik Kejuruteraan Perisian (SERG), beliau juga aktif sebagai pemikir, pembangun dan penggerak Kumpulan Innovasi Pembelajaran dan Pengajaran, Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM. DR. KOH TIENG WEI berasal dari Sitiawan, Perak dan mengikuti pendidikan sekolah menengah di SMK Nan Hwa sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Beliau berjaya memperolehi sijil Bacelor Sains Komputer (Kepujian) Kelas Pertama pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Keputusan cemerlang beliau telah menarik minat UPM untuk menawarkan beliau tempat sebagai tenaga akademik di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Seterusnya beliau dianugerahkan ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang pengukuran dan penganggaran perisian (Software Measurement & Estimation) dari UPM. Kini, beliau bertugas sebagai seorang pensyarah kanan dan juga penyelidik berpengalaman di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Beliau juga sangat aktif di dalam Kumpulan Innovasi dan Pengajaran, Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM.

viii


MHP PUBLISHERS

ix


Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran-Pengajaran