Page 1


Hai, terima kasih kerana telah memuat turun e-book istimewa kami Social Bookmarking Intelligence. Kami berharap anda akan dapat memanfaatkan segala tips, dan panduan di dalam e-book itu bagi menajamkan pemahaman anda di dalam media baru. Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, luangkan 10 minit daripada masa anda untuk bersama saya meneroka dengan lebih dalam lagi tentang media baru dan internet. Anda pasti akan merasa teruja dengan maklumat kami. Pernahkah anda sebagai remaja terfikir untuk menjadi seorang usahawan dalam usia yang muda? Saya pasti anda pasti pernah terfikir atau menyimpan angan-angan untuk menjadi seperti itu namun modal, pengalaman dan kekangan pelajaran menjadi penghalang. Adik-adik remaja yang kreatif dan bercita-cita tinggi sebenarnya masih mempunyai peluang untuk menjadi seorang usahawan dan juga pelajara yang cemerlang. Anda perlu mengetahui cara yang betul supaya apa yang anda lakukan berbaloi dan mendatangkan hasil yang lumayan. Media baru di dalam teknologi merupakan salah satu medium di mana telah melahirkan ramai usahawan yang Berjaya. Namun tidak ramai antara mereka adalah rakyat Malaysia. Kebanyakan yang kita lihat adalah remaja-remaja dari Negara Barat. Jika mereka boleh melakukannya, kenapa tidak kita? Ya, Malaysia Boleh!

Untuk merealisasikan Dasar Ekonomi Moden yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 2010, saya ingin memperkenalkan sebuah lagi buku yang bertajuk Blogging By Million, Earn By Millions. Buku ini kaya dengan maklumat, tips, panduan dan langkah-langkah untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan menggunakan teknologi media baru di internet. Mungkin ada diantara anda telah


mengetahui dengan teknologi media baru, namun tidak tahu bagaimana untuk mempraktik dan memanfaatkannya bagi menjana pendapatan atau sebagainya. Nah! Kini dengan rumusan baru, Blogging By Million, Earn By Million kini tersedia untuk anda terokai. Mulakan langkah anda dengan bijak. Jadikan buku ini sebagai penunjuk arah kerana ianya akan membimbing anda bermula dari kosong sehinggalah anda Berjaya mendapatkan sesuatu daripada teknologi media baru ini. Anda bukan sahaja mendapat manfaat dan pendapatan malah anda juga mampu membina kerjaya dan menempa nama di dalam industri ini jika anda bersungguh-sungguh dan berani untuk mencabar diri anda melakukan sesuatu yang baru dan lebih ke hadapan berbanding rakan-rakan anda yang lain. Jadi apa anda tunggu lagi? Dapatkan segera naskhah hebat ini dengan harga yang cukup memberangsangkan. Berapakah harga yang anda perlu laburkan untuk buku yang penuh dengan ilmu yang didahagakn oleh pasaran masa kini?RM500? RM300? Atau RM200? Anda tidak perlu peningkan kepala anda memikirkan modal yang perlu anda laburkan untuk membeli buku ini. Ini kerana harga yang perlu anda bayar lebih murah berbanding anda membeli makanan di restoran McD atau KFC. YA! Anda hanya perlu membayar

RM29.90 untuk mendapatkan naskhah

yang cukup mengujakan ini.

HANYA RM29.90 SAHAJA!!


“BLOGGING BY MILLION, EARN BY MILLIONS” 1-LEBIH DARIPADA 100 TIPS DAN TEKNIK TERKINI 2-PANDUAN LENGKAP MENDALAMI TEKNOLOGI MEDIA BARU DARI A-Z

RM29.90

3-PENYAMPAIAN YANG MUDAH DIFAHAMI DAN BERKESAN UNTUK NEWBIES

SAHAJA

4- PELUANG DAN KAEDAH MEMBINA KERJAYA DI DALAM DUNIA TEKNOLOGI

NEW PERSPECTIVE OF INTERNET

ENTREPRENUERSHIP FOR ALL SAVVIES!! Visit here-www.blogbymillion.comBOLEH DIDAPATI DI KEDAI BUKU SELURUH NEGARA BERMULA 15 APRIL

2010

5- MENJADIKAN PEMBACA LEBIH KREATIF DENGAN IDEA-IDEA YANG DITAWARKAN DI DALAM BUKU INI.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

Pasadena Technologies Sdn. Bhd. Tel:0361863407/0196357241 (Ms.Azwani) Fax : 03-61867194 E-mail: register@blogbymillion.com


WOW! ADA YANG LEBIH HEBAT? DENGAN PEMBELIAN BUKU INI ANDA JUGA MENDAPAT

BONUS!!

PERCUMA !! 50MB WEBHOSTING SELAMA 3 BULAN DENGAN SETIAP PEMBELIAN

BLOGGING BY MILLION, EARN BY MILLIONS!!

BETUL-BETUL BERBALOI!!


Bagaimana? Jika anda benar-benar ingin menguasai media baru dan mempraktikkan segala tips yang terdapat di dalam e-book Social Bookmarking Intelligence, anda perlu dan wajib memiliki buku ini. Dengan tawaran hebat percuma webhosting untuk kemudahan anda mempraktikkan segala teknik-teknik yang diberikan, tidakkah anda rasa berbaloi untuk mengeluarkan modal dengan hanya RM29.90 sebagai langkah pertama untuk menjadi e-usahawan yang berjaya? Buku Blogging by Million,Earn by Millions ini terdapat dalam 208 muka surat. Untuk menempah buku ini: Lawati laman web e-commerce kami, www.blogbymillion.com untuk membuat pembelian dan terus menikmati segala input yang kami sediakan untuk anda.

*Anda juga boleh terus mendapatkan buku tersebut dalam bentuk fizikal di semua kedai-kedai buku di seluruh negara mulai pertengahan 15 April 2010. *Juga terdapat di dalam tiga versi (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Mandarin)

Buka minda anda untuk membina satu kerjaya entreprenuer yang gemilang sekarang!

Terima Kasih atas kesudian anda membaca iklan pendek ini. Kami mengharapkan sokongan anda terhadap “Blogging By Million, Earn By Millions� kerana ianya amat bermanfaat untuk anda yang benar-benar serius untuk menjadikan internet sebagai sat kerjaya atau pemangkin kepada kejayaan anda. Buku ini merupakan hak cipta terpelihara, tidak boleh ditiru, dicetak semula atau diedarkan tanpa keizinan. Jika kami dapati sebarang penyalahgunaan terhadap mana-mana insi kandungan buku ini, kami tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang.


Kenyataan Hak Cipta Hak Cipta Š 2010 Hak Cipta Terpelihara Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Penerbit dan Penulis.

Terma dan Syarat Maklumat yang terdapat dalam buku manual ini untuk tujuan maklumat sahaja, dan mungkin tidak berlaku untuk situasi anda. Pengarang, penerbit, pengedar dan pembekal tidak memberikan jaminan terhadap kandungan atau ketepatan kandungan. Maklumat tentang topik ini adalah subjektif. Ingat ini ketika membaca panduan ini. Baik Pengarang mahupun Penerbit tidak bertanggungjawab atas kehilangan keuntungan atau kerosakan komersil lain yang berlaku melalui penggunaan panduan ini. Semua jaringan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tiada jaminan terhadap kandungan, ketepatan atau untuk tujuan tersirat lain mahupun tujuan eksplisit.


Isi Kandungan Bagaimanakah Social Bookmarking Mendatangkan Faedah kepada Pengguna Internet?

3

Bagaimana Cara Supaya Saya Mendapat Manfaat daripada Social Bookmarking?

4

Social Bookmarking dan Tagging

5

Pengenalan

6

Social Bookmarking , Mengetahui Proses Tagging dan Pinging

7

Tagging Adalah Bahagian Utama dalam Social Bookmarking

7

Bab 1: Tagging, Pinging dan Social Bookmarking Social Bookmarks Ringkasan Proses

8 10 11

Bab 2: Tagging dan Pinging untuk Laman Web Asas Bookmarking

13 13

Bab 3: Target Laman Web Bookmarking menggunakan Delicious dan Blinklist Mencari Kategori yang Tepat untuk Membuat Post Teknik Pinging

15 16 16

Bab 4: Social Bookmarking dan Annotation Panduan Tambahan pada Social Bookmarking Memperbaharui Bookmarks Anda Mendaftar Bookmarking 25 Laman web teratas

17 18 21 21 22


Bagaimanakah Social Bookmarking Mendatangkan Faedah kepada Pengguna Internet? Pengguna boleh menyimpan maklumat daripada sumber Internet yang mereka dapati berguna pada sistem Social Bookmarking. Senarai ini dapat dicapai oleh orang ramai melalui pengguna rangkaian tertentu yang lebih spesifik atau laman web. Ini bukan sahaja membolehkan anda menyimpan laman web kegemaran anda dan mengirimkannya kepada rakan-rakan, tetapi juga membolehkan anda melihat apa yang menarik minat orang lain melalui tag. Kebanyakan laman social bookmarking membolehkan anda melihat sesetengah kategori seperti membeli-belah, teknologi, politik, blog, berita semasa, sukan dan sebagainya. Kebiasaannya mereka mengizinkan anda mengundi talian atau cerita yang dikirim yang juga boleh mempamerkan tiada sesiapa yang melawat laman web anda. Anda juga boleh mencari maklumat menerusi apa yang telah orang lain bookmarked dengan menaip apa yang anda ingin cari pada ruang pencarian. Laman sosial yang mempunyai keahlian yang ramai juga menyediakan kategori skop yang besar yang memudahkan anda mencari apa yang anda inginkan dan sebagus Search Engine Platform.

Apakah Social News? Adakah Social News Sama seperti Social Bookmarking? Laman web seperti Digg, Delicious, Reddit dan Propeller lebih memfokuskan kepada social bookmarking yang berkaitan dengan politik, sukan, teknologi dan sebagainya. Laman web ini membolehkan bloggers membincangkan berita – berita semasa yang sensasi dan terkini. Laman Social News adalah berbeza daripada standard laman Social Bookmarking kerana lebih memfokuskan kepada artikel dan blog yang lebih spesifik daripada laman web. Ia juga menyediakan sumber yang lebih bagus dan menawarkan keahlian untuk berbincang atau meninggalkan komen terhadap berita yang popular.

3


Bagaimana Cara Supaya Saya Mendapat Manfaat daripada Social Bookmarking? Social Bokmarking dan Social News membolehkan anda memilih secara spesifik target yang anda mahu lihat. Anda boleh terus mencari apa yang anda inginkan daripada menaip apa yang anda ingin cari pada ruangan pencarian. Ia lebih mudah dan artikel yang mempunyai ramai pengundi mungkin menjadi pilihan terbaik anda. Anda sudah tidak perlu lagi mencari subjek yang anda berkenan dengan susah payah. Anda boleh terus melayari laman social bookmarking, memilih kategori atau tag yang anda minat, dan mencari laman web yang diminati ramai. Kebanyakan servis social bookmarking membolehkan pengguna mencari bookmark yang berkaitan dengan tag dan mengundi menggunakan jumlah pengguna yang telah menanda bookmark pada laman web mereka. Ini meningkatkan prestasi mereka dan memberikan saingan yang sengit terhadap laman web yang lain untuk memberikan perkhidmatan lebih daripada sekadar berkongsi bookmark tetapi juga memberikan komen dan mengundi serta membolehkan kita memuat turun dan memuatkan gambar, cerita dan jaringan email. Bina kumpulan pengikut anda, hantar pemberitahuan dan sediakan ruang maklum balas anda sendiri. Social Bookmarking boleh membawa trafik kepada laman web anda sama seperti laman web komuniti 2.0 ;Digg, Reddit ,Diigo , Twine, Stumbleupon & Delicious . Indeks dan kategori laman bookmarking ini kebiasaannya lebih pantas. Kebanyakan pengguna Internet memilih untuk menggunakan servis ini. Manfaatnya adalah berkali ganda. Mereka menyediakan trafik dengan kadar segera daripada target pengguna “like-minded� serta jaringan yang pantas yang membawa kesan positif SEO dan keputusan Search Engine.

4


Social Bookmarking dan Tagging Selamat datang kepada Social Bookmarking dan Tagging, tempat yang membantu anda menambahkan URL kepada kandungan laman sosial dan “tagging”. Terdapat banyak laman Social Bookmarking yang membolehkan anda mereka Social Bookmarks. Buatlah pendaftaran pada laman web ini ; www.delicious.com, www.stumbleupon.com dan www.digg.com , di mana anda boleh menyimpan Bookmarks dan menambahkan Tagging – cara yang mudah untuk membuat pengkategorian untuk mencari laman web. Pengguna boleh mencari Social Bookmarks anda dengan menaip beberapa kriteria seperti kata kunci, frasa, dan tag yang berkaitan. Kandungan laman sosial seperti propeller ,delicious dan digg membolehkan orang ramai untuk berkongsi halaman kegemaran mereka dengan orang lain dan kebanyakan laman web membenarkan anda meninggalkan komen. Ini menjadi kebiasaan pada anda untuk meletakkan ikon atau jaringan pada laman sosial tagging yang popular untuk meningkatkan trafik. Justeru, tagging membentuk elemen penting pada social media optimization (SMO), suatu cara untuk meningkatkan kedudukan laman web pada laman media sosial. Ini juga merupakan bahagian penting pada Search Engine Optimization (SEO) kerana membuatkan ‘link populariti ' untuk laman anda. Bookmark adalah cara menyimpan bookmark – atau Favorites – kepada pengguna laman web. Pengguna lain dijemput untuk melayari dan melihat apa yang telah di bookmark dan turut serta menggunakan tagging pada social bookmarking mereka sendiri, atau membuat jaringan melelui laman web sendiri. Kebanyakan laman sosial beroperasi menggunakan kaedah yang sama: menyediakan URL dan pengguna boleh memilih jika mahu membuat tag dan membuat jaringan kepada laman web mereka sendiri.

5


Pengenalan Facebook , Myspace & Friendster merupakan laman sosial yang teratas yang digilai pengguna internet pada masa kini dan mendapat trafik yang tinggi. Anda telah melihat dan membaca‌tetapi bagaimanakah anda BETUL – BETUL mendapat pengguna yang melayari laman anda‌menggunakan cara yang Baru dan tidak perlu mengeluarkan kos. Sudah semestinya tiada sesiapa yang mahu menggunakan teknologi yang tidak biasa digunakan oleh mereka. Semua peniaga Internet mahukan orang ramai membeli sesuatu daripada mereka dalam membuat dan mencari rezeki secara talian. Untuk memastikan rancangan mereka berjaya, mereka perlu membina trafik untuk melawat laman mereka atau mendapatkan pelawat untuk melawat link affiliate mereka dan membolehkan mereka mendapat wang. Jadi bagaimanakah caranya untuk anda berbuat demikian? Terdapat cara yang baru untuk membolehkan anda mendapat trafik yang tinggi tanpa perlu membayar tetapi Memerlukan masa dan usaha yang gigih. Mudah sahaja untuk belajar asasnya. Selepas anda membaca panduan yang diberikan, anda akan mendapat cara yang berkesan untuk bisnes anda. Adakah ini peralatan yang baru atau peralatan generasi seterusnya?

6


Social Bookmarking , Mengetahui Proses Tagging dan Pinging Apakah tag dan ping sebenarnya? Ia Bukan Tick Tack Toe !! Tag dan Ping adalah cara untuk mendapatkan jaringan dan trafik kepada laman web anda melalui laman Social Bookmarking yang terbaru. Sistem terbaru ini melibatkan latihan LABELLING. Apakah maksudnya? “ LABELLING ” bermaksud pengguna Internet boleh mengkategorikan kandungan yang mereka ada termasuk halaman web, gamabr dan jaringan kepada label yang dikenali sebagai “tags”. Sebagai contoh, apabila anda membuat artikel blog berkaitan iphone, anda dicadangkan untuk membuat tags yang berkaitan dengan iphone. Contoh: Tags : iphone, Apple, apps , movies, music , ipod , Dengan mengkategorikan artikel menggunakan cara ini, pemilik laman web boleh menaiktaraf ketepatan search engine mereka. Kenapa? Kebiasaannya, kandungan blog atau laman web memerlukan pengguna berkongsi perbendaharaan kata. Ini membolehkan mereka mencapai halaman yang berkaitan dengan informasi yang dicari. Sebagai contoh, anda mempunyai blog yang dikategorikan sebagai “iphone ”. Terdapat pelbagai laman web seperti delicious , digg , di mana anda boleh mencari perkataan “iphone ”. Panduan ini berguna kepada anda untuk memahami asas tagging dan pinging juga social bookmarking, yang memberikan anda panduan untuk menarik trafik pada laman web anda. Terdapat pelbagai program di luar sana yang mengatakan mereka boleh membantu anda. Dalam buku ini, anda boleh belajar tanpa perlu mengeluarkan kos untuk mendapat target pengguna yang akan melayari laman web anda, blog anda, produk anda dan juga servis anda. Tidak sukar untuk belajar asas, malah dengan hanya belajar asas anda telah menyediakan diri untuk mendapat pulangan yang lumayan. Proses melabel bukanlah perkara yang baru. Malah, orang ramai menggunakan “social bookmarks” untuk menyimpan jaringan dan kebiasaannya pada ruangan pencarian pada blog juga tersedia tag untuk mencari maklumat dengan lebih pantas.Disebabkan laman sosial selalu menerima jaringan dan trafik dengan mudah, pengguna Internet sepatutnya membuatkan laman mereka menggunakan panduan yang diberikan untuk meningkatkan jumlah trafik.

Tagging Adalah Bahagian Utama dalam Social Bookmarking Tagging memberikan banyak manfaat; paling utama adalah menarik banyak pelawat dan meningkatkan jumlah trafik yang melayari laman anda. Pengguna Internet yang melawat laman anda dapat mencari informasi dengan lebih mudah. 7


Bab 1: Tagging, Pinging dan Social Bookmarking Beberapa tahun yang lalu, apabila Blogging menjadi lebih dikenali, “Blog and Ping � merupakan buzzwords di kalangan pengguna yang bijak dan pandai berjimat. Terdapat sebab yang munasabah; Blogging and pinging melibatkan kata kunci pada post yang terdapat pada blog apabila post itu ditandakan pinging- menggunakan laman web seperti My Yahoo, Pingomatic dan sebagainya. Ini membolehkan maklumat dan entry anda menjadi perkara utama pada ruangan pencarian. Teknik ini boleh digunakan tetapi tidak begitu berjalan dengan lancar kerana sesetengah ruangan pencarian beroperasi menggunakan pelbagai cara. Tag and Ping merupakan cara yang terbaik untuk meningkatkan trafik pada laman web anda. Apabila kami mengatakan trafik yang bagus, ia bermaksud kami memberitahu tentang trafik daripada pengguna yang mempunyai minat pada apa yang anda tulis di Blog’s post anda. Dengan menggunakan Tagging and Pinging ia melibatkan tags yang diletakkan melalui laman web anda. Tujuan anda adalah untuk membuat laman web anda mendapat kedudukan teratas dengan meletakkan “tags� pada laman web anda itu. Melalui cara ini, tag anda itu digunakan sebagai kata kunci untuk membolehkan pengguna mendapatkan laman anda dengan pantas. Mereka yang ingin membaca apa yang anda tulis mempunyai kelebihan untuk mengakategorikan kata kunci atau membuat tag pada laman web anda. Jika dibandingkan dengan cara Blog and Ping ,yang berbeza adalah cara berfungsi. Terdahulu, kita mendefinisikan laman web barulah membuat ping pada laman Pinging. Tetapi bila anda menggunakan tagging and pinging, pelawat anda akan mendefinisikan laman anda untuk anda.

8


Tags Apakah itu tag? Ia merupakan kata kunci atau label yang digunakan untuk mengkategorikan laman web anda. Tags cara terbaik untuk bookmark, membantu untuk mengorganisasikan “Favorites” anda pada kata kunci yang berbeza. Pada laman social bookmarking anda, apabila anda ingin mencari favourite pada senarai Bookmark, cuma perlu gunakan tag dan tidak perlu untuk mengingati di mana anda meletakkan jaringan tersebut. Cuma lihat pada senarai Keywords (yang anda telah tagged) dan pilih dari senarai. Contoh: Movies , semua maklumat yang berkaitan akan dipaparkan.

Tag dan Kata Kunci Tagging digunakan untuk mengkategorikan maklumat pada laman web anda. Kebiasaannya, apabila seseorang masih baru dalam membuat laman web, mereka akan meletakkan kata kunci pada laman mereka dan berharap ruangan pencarian akan mencari laman mereka dan menyenaraikannya. Dalam kes ini, Tagging adalah berbeza. Ia seperti kata kunci dan kategori; memaparkan tag yang serupa dalam kategori yang sama. Katakan anda menulis artikel “Portable Media Player”. Jadi anda boleh tag perkataan “Portable Media Player” atau “Digital Media Player” .Tag juga menyediakan deskripsi kandungan yang berkaitan. Apabila seseorang mengklik informasi tersebut, kandungan yang berkaitan dengan “Digital media Player” juga diberikan. Untuk memberikan trafik pada laman anda, Social Bookmarking telah mengsetkan hanya laman web yang mempunyai tag yang bersesuaian mempunyai potensi untuk terdapat pada ruangan carian. Oleh itu, anda perlu mengolah semula laman anda dengan kata kunci yang selalu digunakan sebagai tag untuk membolehkan informasi, artikel atau post pada laman anda mudah dicapai dan dicari. Tagging adalah perkara yang biasa. Justeru itu banyak laman web yang mempunyai kategori yang sama seperti anda. Jadi, cuba buat tag yang sama dengan laman web yang besar untuk membuat informasi anda serupa dengan tag lain yang popular; anda akan mendapat iklan percuma dan jaringan pada laman anda. Apabila ruangan pencarian Google mencari “Digital media Player “, 10 halaman yang teratas terdiri daripada laman yang mempunyai ayat Players seperti Western digital , Seagate , TVix , Denon dan sebagainya. Apabila anda telah menanda tag dan laman anda serupa dengan“Digital media Player “ di mana Seagate dan Western adalah yang terkemuka, maka laman anda akan menjadi 20 yang teratas dan pengguna yang mencari maklumat yang berkaitan akan menjumpai laman anda pada kedudukan 20 yang teratas.

9


Social Bookmarks Selepas memahami kosep Tagging , kita akan membincangkan Social Bookmarking dan backlinks yang berkaitan dengan proses ini. Seperti yang diketahui, social bookmarking merupakan cara untuk membuatkan semua jaringan yang anda minat boleh dicapai oleh orang lain. Anda boleh meletak album gambar, jaringan atau talian yang anda minat, jadi anda boleh mengakses maklumat itu daripada mana-mana komputer dan membolehkan anda mempamerkan bookmark itu kepada orang ramai atau menunjukkanny hanya kepada kawan – kawan yang dikenali. Anda tidak perlu menggunakan komputer anda untuk mencari maklumat tersebut kerana Social Bookmarking membolehkan anda meletakkan semua maklumat laman web atau blog yang anda minat secara talian. Cuba bayangkan jika anda jauh dari rumah atau berada di tempat kawan anda, mereka tidak mempunyai favourites anda, tetapi anda boleh mencari maklumat tersebut pada laman social bookmarking anda. Backlinks merupakan jaringan loncatan secara terus kepada laman web. Jaringan ini adalah penting untuk Search Engine Optimization kerana kebanyakan ruangan pencarian menawarkan laman web yang berkualiti beserta backlinks yang berkualiti dan halaman yang bagus. Ini penting kerana Google terkenal dengan laman yang mempunyai inbound links. Social BookMarking merupakan social tools yang penting pada masa kini. Ia pintar dan mudah dan juga memudahkan kehidupan berinternet. Laman Social Bookmarking mendapat kedudukan pada ruangan carian. Jadi, jika anda menambahkan jaringan anda pada mereka, peluang anda untuk dilihat adalah lebih baik. Katakanlah anda mendapat bookmark orang lain tentang ‘smartphone’ dan itu adalah kata kunci anda, anda tidak perlu membuang masa berjam lamanya mencari ‘smartphone’, anda cuma perlu mencari kata tag yang berkaitan dengan “smartphone” pada laman social bookmarking. Ini adalah cara yang terbaik untuk membolehkan laman anda dikenali dan mendapat trafik yang tinggi tanpa usaha yang terlampau. Seseorang yang mencari ‘smartphone’ pada umumnya atau pada laman yang lain tentang ‘smartphone’ mungkin secara tidak sengaja akan melayari laman anda. Seterusnya, pelawat tersebut mungkin akan membuat tag pada laman anda menggunakan kata kuci yang sama atau berlainan.

10


Ringkasan Proses Di bawah ini adalah ringkasan bagaimana proses tagging and pinging. 1) Pertama, tulis post atau artikel anda. 2) Kemudian, buat ketegori atau tag post atau artikel anda. Jika anda membuat blog, anda boleh mengkategorikan post anda dlalam pelbagai kategori. 3) Seterusnya, setkan blog anda dan ping it menggunakan Pingomatic atau Delicious , Buzz, Diigo. 4) Yang terakhir, laman anda akan deperbaharui di kebanyakan search engine. Pinging membolehkan laman seperti diigo atau delicious dan laman popular yang lain melawat post anda secara automatik. Melalui latihan ini, laman anda akan menerima traffic yang banyak. Di bawah ini merupakan paparan Diigo.

11


Tag yang Popular dan Kedudukan Laman Web Sesetengah Blog ada menyenaraikan “ Hot Tag” setiap minggu. Layari www.technorati.com ( laman ini baru sahaja diperbaharui ) dan anda akan menemukan senarai “hot list” tag yang popular. Jika anda menulis dan mengkategorikan post dan artikel dalam tag ini, berkemungkinan anda akan mendapat trafik yang tinggi. Dengan cara ini, anda akan fokus pada sesetengah artikel niche atau post supaya berkaitan dengan “Hot Tags” untuk meningkatkan trafik anda. Apabila pengguna melawat laman anda, pastikan anda mengirim halaman sales landing anda kepada mereka atau memberikan produk atau servis yang anda miliki. Jika anda mempunyai halaman hard-hitting sales anda berkemungkinan akan memenangi hati kebanyakan pelawat anda. Jika anda mendapat trafik yang tinggi, anda boleh mendapat wang melalui komisen affiliate atau ‘Google Adsense’.

12


Bab 2: Tagging dan Pinging untuk Laman Web Laman web selalu mempunyai bookmark, blog mempunyai ping and bookmark. Tetapi anda harus dapat membezakannya. Laman web mempunyai bookmark. Bookmark ini diambil dari laman social bookmarking seperti Technorati.com.

Asas Bookmarking Kebanyakan laman social bookmarking membenarkan pengguna melayari laman mereka dan membuat bookmark selepas mendaftar. Proses ini mengambil masa selama 5 minit. Selepas itu masukkan ID pengguna dan kata laluan. Anda mungkin diminta untuk memberi email anda. Pertama, buka browser anda. Anda mungkin mempunyai Internet Explorer, Netscape Goole Chrome atau Mozilla Firefox. Kebanyakan komputer telah disetkan Internet Explorer sebagi browser utama. Selepas itu, daftarlah laman social bookmarking anda yang pertama. Layari laman yang popular dan mesra pengguna; www.delicious.com Delicious adalah laman social bookmarking yang membantu anda menyimpan, berkongsi dan menemukan laman web bookmark atas talian yang terbaru. Pengguna boleh membuat tag and bookmark menggunakan sistem yang unik dan bersesuaian dengan kategori. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Daftar dengan menggunakan kata laluan dan ID pengguna, mudah sahaja. Delicious.com mencadangkan butang “my delicious ” dan “tag this” dimuat turun selepas mendaftar. Muat turun butang pada browser anda yang membolehkan anda menandakan tag and bookmark secara automatic pada laman web anda. Selepas itu, restart Internet Browser anda dan anda akan dapat melihat butang Delicious pada toolbar anda. Kami cadangkan supaya anda meletakkan fail baru pada Favourites dan namakan fail ini “mybookmarklets.” Ini akan memudahkan anda menyimpan semua tag anda dengan teratur. Ini lebih kelihatan seperti meletak favourite anda pada fail pada senarai bookmark anda. Layari www.blinklist.com, ia sama seperti laman Discover dan Blink. Serupa juga dengan Delicious. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Masukkan kata laluan, ID pengguna dan email yang boleh dihubungi. Selepas akaun anda siap dibuat Blinklist akan memberi anda tutorial yang menceritakan bagaimana cara untuk menambah blink button pada browser dan bagaimana cara membuat bookmark pada laman web. Pergi ke halaman bawah dan terdapat butang “how to use blinklist.” Anda juga dapat melihat pilihan yang mengatakan “Blink this site.” Anda boleh mengklik butang ini atau meletakkannya pada fail bookmarklets anda. 13


Butang blink membolehkan anda menambah jaringan laman web ke dalam senarai anda hanya dengan sekali klik. Daripada melayari laman Blinklist, butang itu akan memaparkan jendela kecil di mana anda boleh menambah tag, menaip deskripsi, mengundi laman web, atau menghantar / berkongsi laman web itu bersama kawan. Jika anda menghitamkan teks pada laman web sebelum mengklik butang, teks ini akan dipaparkan pada ruangan nota; hanya simpan maklumat tersebut. Disebabkan ini adalah permulaan social bookmarking, anda sentiasa mempunyai peluang untuk mengklik butang “blink this� atau “tag this� dan hanya perlu menyimpan laman ini pada bookmark anda. Ini merupakan cara yang mudah untuk menyimpan tag anda. Sekarang, mari luangkan masa untul belajar bagaimana untuk membuat bookmark laman web yang ditarget. Di bawah ini merupakan paparan blinklist.

14


Bab 3 : Target Laman Web Bookmarking Menggunakan Delicious dan Blinklist “Target websites” adalah laman web individu yang anda ingin bookmark. Anda boleh memiliki banyak laman web atau memiliki banyak halaman yang anda ingin tag dan mark. Anda boleh mengambil laman web yang ditarget dan membuat bookmark sekiranya anda mahu. Prosesnya mudah sahaja. Anda boleh melayari pelbagai laman web, tetapi mari mulakan dengan laman yang telah kita layari sebelum ini. Katakan anda melayari www.socialaddress.com Apa yang perlu anda buat adalah ambil beberapa informasi pada halaman tersebut, anda boleh gunakan Control C atau Edit, copy daripada menu pada toolbar anda dan klik “tag me” dan jendela akan dipaparkan. Anda akan dapat melihat informasi yang anda hitamkan telah ditambah pada jendela ini. Seterusnya anda dikehendaki untuk menambah tag. Ingat, mengkategorikan informasi adalah penting. Anda boleh meletakkan apa – apa tag yang anda mahu. Jika anda memilih tag yang berkaitan dengan laman web anda yang “hot” atau “popular tag”, anda akan menarik pengguna untuk melawat laman web anda. Katakan anda mempunyai laman yang berkaitan dengan “Movies”. Anda boleh membuat tag “Blu-ray Movies ” dan menandakan bookmark pada informasi ini. Selepas itu simpan maklumat tersebut. Anda boleh mengklik “my delicious button” selepas memasuki laman www.delicous.com dan pastikan tag anda telah disimpan. Anda akan melihat laman dan informasi yang telah anda tambah. Seseorang berkemungkinan telah menanda bookmark pada laman anda. Ingat, muslihat social bookmarking adalah anda memulakan proses dengan membuat tag pada informasi yang anda rasakan bersesuaian dengan laman web anda. Selepas itu pengguna akan membuat tag pada laman anda. Oleh itu, trafik anda akan meningkat. Anda boleh mencuba menggunakan www.blinklist.com. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan Control V untuk meletakkan informasi yang anda ambil dari laman web anda kepada “blinklist” selepas mengklik butang “blink this”. Masukkan tag yang anda inginkan. Jika anda melayari www.blinklist.com anda boleh mengklik butang “my list” dan mencari laman web anda dan informasi yang telah anda masukkan.Orang lain mungkin telah melawat laman anda, dan berkemungkinan menandakan tag dan meningkatkan trafik anda.

15


Pilih Public pada blinklist.com atau laman social bookmarking yang lain dan masukkan kata kunci anda (tag) pada ruangan pencarian. Apabila anda melakukan ini, anda boleh melihat informasi termasuk deskripsi dan jaringan pada laman web anda. Anda boleh mula mempromosi laman web anda dengan mengklik butang. Anda juga boleh menambahkan booklets lain sama ada secara satu per satu atau menambahkan kesemuanya sekali gus.

Mencari Kategori yang Sesuai untuk Anda Post In Kategori adalah seperti kata kunci.Anda boleh menggunakan “hot” keywords atau tag dan kategori untuk membuat post anda. Laman sosial bookmarking memberikan anda Bookmarking tools yang membolehkan anda mencari kategori yang anda senaraikan sama ada popular atau tidak. Gunakan Delicious .com untuk mencari topik yang sesuai. Katakana anda mencari informasi tentang “Phone “. Anda akan mendapat tag yang pelbagai yang boleh anda guna dan tambahkan pada blog anda. Contohnya, ayat yang mugkin anda jumpa ialah “mobile phone” dan “smart phone”. Apa yang perlu anda buat ialah memeilih kategori yang menarik trafik pada laman anda. Cara ini adalah mudah dan akan meningkatkan trafik anda.

Teknik Pinging Sistem pinging untuk laman social bookmark adalah berbeza dengan blog. Blog selalu di ping untuk diperbaharui oleh ruangan pencarian. Untuk social bookmarking, anda tidak boleh meghantar apa yang anda buat dengan mudah. Tetapi and aboleh meletakkan mekanisme yang membolehkan pengguna menandakan bookmark. Terdapat pelbagai cara untuk membuatnya seperti menggunakan http://www.addthis.com , atau Bookmark this. Apabila anda klik pada laman ini, anda boleh memuat turun widget yang ada. Sebagai contoh, daripada Addthis. Anda perlu memuat turun terlebih dahulu dan memuatkan pada plugins directory untuk blog anda. Ini membolehkan pengguna boleh melayarinya secara automatic dan bookmark halaman yang mereka mahu atau post pada blog anda. Ia seperti “simple tools “ untuk pengguna yang mengklik dan kemudian bookmark laman sosial bookmarking yang mereka minat. Widget Addthis ini kebiasaannya memberikan jaringan kepada lebih daripada 30 laman sosial bookmarking hanya dengan satu klik sahaja. Kesemua laman ini akan muncul pada skrin dan ikon kecil berkaitan dengan affiliate Bookmarking akan dipaparkan untuk pilihan anda.

Terdapat pelbagai laman we selain daripada Delicous and BlinkList, contohnya; Blinkbits, Blogmarks, Digg , LinkaGoGo, NewsVine, YahooMyWeb( Buzz ) dan sebagainya. 16


Bab 4: Social Bookmarking dan Annotation Diigo adalah laman web Bookmarking yang mempunyai pelbagai asas social bookmarking. . anda boleh bookmark laman web yang anda mahu, menambah deskripsi dan membenarkan pengguna memberikan komen. Terdapat fungsi eksklusif pada Diigo, iaitu “annotation features”. Cara ia berfungsi adalah anda menghitamkan teks dan nota pada mana – mana bookmark seperti Delicious, Blinklist, dan banyak lagi. Diigo membenarkan membuat annotating dan kemudian bookmark halaman yang dipilih pada Diigo and Delicious dan disebabkan nota itu disimpan pada Diigo, jika anda melawat laman web itu kemudian hari, nota anda akan berada di sana. Anda tidak perlu menggunakan Diigo untuk membuat bookmarking . Anda juga boleh mengimport browser anda atau Delicious bookmarks pada Diigo dan mengeksport pada bila – bila masa. “Annotation features” membolehkan pengguna menghitamkan teks dan gambar. Ia akan terpapar bersama garisan biru jika anda melawat laman ini di lain masa. Membuat bookmark dan annotate pada halaman adalah berguna.anda boleh membuat bookmark and annotate pada semua laman web yang berkaitan dengan topic yang anda cari. Selepas anda selesai, pilih “My Bookmarks” dan “Extract highlights.” Semua nota anda akan diambil daripada sumber yang anda simpan dan boleh dicetak dan dilihat. Di bawah ini merupakan paparan Delicious.com.

17


Panduan Tambahan pada Social Bookmarking Terdapat pelbagai kaedah yang membolehkan anda meningkatkan kedudukan dan pelawat yang melayari laman web anda. Berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh praktikkan:   

 

Terdapat lebih daripada 250 laman sosial bookmarking. Anda mungkin tidak boleh ping kesemuanya kerana ia mengambil masa yang agak lame. Tetapi lebih banyak anda post, lebih bagus. Pastikan anda menggunakan www.delicious.com atau www.diigo.com. Anda digalakkan melayari laman web sebanyak yang mungkin. Bookmark 20 laman sosial bookmarking yang berada pada kedudukan 20 yang teratas. Tentukan apa tag yang anda inginkan pada laman web anda – Anda perlu mencari lebih banyak tag untuk menjadi ynag terbaik. Layari www.diigo.com atau www.technorati.com jika anda tiada idea atau memerlukan panduan dan daftarlah sebagai ahli. Anda boleh mencari Hot tags atau kata kunci yang anda ingin gunakan pada laman web anda. Selepas itu, anda akan mendapat senarai tag yang mungkin berguna buat anda, kata kunci dan laman web yang popular. Anda boleh meletak seberapa banyak tag pada laman web anda tetapi mestilah kurang daripada 20. Sesetengah tag akan membawa trafik yang bagus pada laman web anda seperti “Anime ” atau “ Movies ” atau “earn money online ,” tetapi tidak digalakkan menggunakan tag yang tidak bersesuaian dengan post anda. Dilarang menggunakan perkataan yang tidak sesuai pada laman anda, atau laman anda berkemungkinan akan diharamkan. Jika anda menggunakan tag yang popular hanya untuk meningkatkan trafik pada laman anda semata – mata, anda akan dikategorikan sebagai “tag spam”. Apabila melawat laman web, anda akan melihat seberapa kerap tag itu akan disimpan. Anda akan melihat tag yang sama dan apakah laman web yang selalu dilayari oleh kebanyakan pengguna internet. Sentiasalah peka kepada trend iyang terbaru. Anda boleh mengklik Delicious’s hotlist untuk mengetahui apakah senarai yang popular. Ini akan memberikan anda idea untuk meningkatkan laman web anda dan boleh menambah beberapa kandungan atau artikel yang berkaitan.

18


Bookmark menggunakan Onlywire OnlyWire merupakan cara terpantas dan mudah untuk mengahantar secara automatik semua laman social bookmarking hanya dengan mengklik pada butang yang ada.

Ask

Blinklist

Facebook

Fark

Mister Wong

Propeller

Twitter

Mixx

Reddit

Bookmark Sync Connotea

Faves

Delicious

FriendFeed Google Bookmarks

Multiply

MySpace

Simpy

Slashdot

Newsvine

Spurl

Digg

Diigo

Hi5

Jumptags

Plaxo

Plurk

Stumbleupon

Tumblr

Yahoo

Anda boleh meletakkan Bookmarking anda kepada autopilot mode , menggunakan pengajuan yang percuma seperti OnlyWire.com untuk bookmark beberapa akaun pada sesuatu masa. Apabila anda mendaftar www.OnlyWire.com anda boleh membuat pelbagai akaun bookmark dengan cara yang mudah. 19


OnlyWire.com bekerjasama dengan akaun Bookmark seperti di bawah: a) f) k) p)

Backflip de.lirio.us Delicious Simpy

b) g) l) q)

Bibsonomy c) Blinklist Diigo h) Furl Looklater m) Ma.gnolia Spurl r) Wink

d) i) n) s)

Blogmemes Jots Markaboo Rawsugar

e) BlueDot j) Linkroll o) Shadows

Apabila anda masuk dalam OnlyWire anda akan melihat semua akaun yang disenaraikan dan menggunakan ID dan kata laluan anda. Seterusnya, “Drag these links below into your toolbar”. Ia mudah tetapi OnlyWire menyediakan penerangan dan video pada “help section”. Layari http://www.onlywire.com/index?services&sec=help Selepas anda mendaftarkan akaun OnlyWire anda, akaun bookmark anda kena diperbaharui dan post pada blog anda akan automatik di bookmark. Bacalah post pada blog anda sepintas lalu. Klik pada “Toolbar tag” yang bertanda “Save Page”. Anda akan melihat laman seperti ini: “Title dan URL” akan diisi dengan maklumat tentang post yang anda akan bookmark. Isikan “Relevant Tags” yang berkaitan dengan post anda. Jangan Klik pada “Private Box”. Letakkan sebarang komen atau deskripsi pendek berkaitan dengan post pada Blog anda. Pastikan anda melihat laman Bookmarking yang anda berkenan untuk bookmark. Selepas itu klik “Bookmark Page”. Anda baru sahaja bookmarked beberapa akaun melalui post anda.

20


Memperbaharui Bookmark Anda Selepas anda bookmarked laman anda menggunakan Onlywire.com, anda boleh pinging akaun Bookmarks anda seperti de.lirio.us, del.icio.us, blinklist, Jika anda pergi ke Autopinger.com dan pingomatic.com anda boleh PING akaun bookmark anda sendiri. Sebagai contoh, anda boleh terus pergi ke akaun anda dengan menggunakan delicious. Klik URL http://www.delicious/yourusername Buka laman Autopinger dan pingomatic. Taip URL anda dan PING beberapa servis ping. Ulang proses yang sama terhadap akaun bookmark anda yang lain. Dengan menggunakan Social Bookmarking anda menarik trafik dan jaringan kepada laman web anda.

Mendaftar Bookmarking Kami percaya anda semua seronok membaca buku ini dan telah belajar perkara berikut: - Mengenalpasti laman sosial yang bersesuaian dengan bisnes atau Networking anda. - Boleh membina kandungan yang menambahkan penggunaan search engine anda. - Mempraktikkan teknik-teknik yang diberi untuk menarik lebih banyak laman sosial Bookmarking yang tersedia ada - Menyatukan laman sosial networking dan peluang pemasaran kepada laman blog dan pelan bisnes. - Belajar teknik pemasaran melalui laman sosial untuk membuat bisnes atas talian. -Berkongsi pendapat dan mendapat pulangan Berjuta dalam dunia siber tanpa menggunakan kos yang banyak.

21


25 Laman web teratas. Sila layari laman di bawah dan terokai laman ini kerana ia amat bermakna untuk anda semua. 1. http://www.blinklist.com/ 2. http://digg.com/ 3. http://delicious.com 4. http://www.stumbleupon.com 5. http://linkedin.com/ 6. http://www.hyves.net/ 7. http://technorati.com/ 8. http://www.reddit.com/ 9. http://www.fark.com/ 10. http://www.mister-wong.de/ 11. http://www.netlog.com 12. http://www.simpy.com/ 13. http://slashdot.org/

14. http://www.favable.com 15. http://faves.com/ 16. http://www.diglog.com 17. http://buzz.yahoo.com/ 18. http://www.clickazoo.com 19. http://www.digo.it 20. http://www.diigo.com/ 21. http://funp.com 22. http://www.gravee.com 23. http://multiply.com/ 24. http://www.mylinkvault.com/ 25. http://www.plaxo.com/

22

KETAHUI POTENSI SOCIAL NETWORKING, SOCIAL BOOKMARKING DAN BLOGGING DALAM MENJANA DUIT ONLINE  

Ketahui cara untuk memulakan sebuah perniagaan hampir tiada risiko yang bekerja 24 jam sehari, dan menjangkau penonton di seluruh dunia dan...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you