Ageing Young

Page 1

Kecantikan dalam kompleksiti

Tamas Schild berbicara tentang hubungan kemanusiaan yang kompleks, yang digambarkan dalam salah satu daripada siri dokumentari terbaik beliau, Ageing Young Teks & wawancara oleh: Syafiqah Diana Semua imej oleh: Tamas Schild


PORTFOLIO

TAMAS SCHILD

“Saya dapati kehidupan itu sendiri begitu menarik sehingga saya tidak rasa perlu untuk konsep staging yang meleret dalam fotografi manusia.” Tamas Schild

Mirror, mirror, am I beautiful? Klemy, adik bongsu Nelly pada usia 13 sedang bersedia sebelum gambarnya diambil

70 APERTURE FEBRUARI DECEMBER 2016 2014

DECEMBER FEBRUARI 2014 2016 APERTURE 71


PORTFOLIO

Atas: Nelly dan adik tengahnya Mary. Nelly sedang mengandungkan anak keduanya. Bawah: A mother is a mother everywhere 72 APERTURE FEBRUARI DECEMBER 2016 2014

TAMAS SCHILD

Atas: Nelly mengandungkan anak ketiga, manakala Mary anak sulung. Anak kedua Nelly di belakang. Bawah: Beberapa hari selepas pulang dari hospital akibat komplikasi, menyambut harijadi anak sulung. DECEMBER FEBRUARI 2014 2016 APERTURE 73


PORTFOLIO

TAMAS SCHILD

A

pa yang bermula sebagai suatu terapi akhirnya terbang menjadi karier yang hebat bagi jurugambar yang bercita-cita tinggi ini. Jika anda telah mengikuti Aperture buat beberapa ketika, kemungkinannya minda dan jiwa anda telah dipukau oleh imejnya di KLPA 2015 yang bertajuk "A mother is a mother everywhere", sebuah potret yang menakjubkan dari siri Ageing Young oleh Tamas Schild. Memandangkan beliau memiliki reputasi yang tinggi dalam industri global dan telah memenangi banyak anugerah tempatan dan antarabangsa yang berprestij, kami tidak sabar untuk menyelami kisah sebenar persona istimewa dan gambar penuh makna beliau ini. Sebagai peminat beliau, saya mendekati Tamas selepas berakhirnya majlis penyampaian hadiah KLPA dan apa yang boleh saya katakan, beliau memiliki aura yang sungguh mesra dan berkarisma, yang mampu membuatkan sesiapa sahaja merasa selesa serta merta. "Saya menamatkan pengajian dalam jurusan Kemanusiaan dan sebelum fotografi, saya bekerja sebagai jurubahasa persidangan. Pengalaman itu mengajar saya betapa pentingnya menyampaikan mesej berbanding kata-kata," kata Tamas. Bangun dari kegagalan dan kesusahan, Tamas Schild berkata, beliau mendapati dirinya tertarik ke arah nilai-nilai kemanusiaan yang selama ini membantu beliau meneruskan kehidupannya. Ketika pertama kali memulakan satu projek amal untuk mengambil gambar bagi orang-orang miskin, Tamas tersedar suatu perkara yang mengubah hidupnya – hakikat yang sebenarnya dia sukakan fotografi dan keghairahan barunya ini mampu menyembuhkan segala kegusaran yang membalut hati. Dan Tamas mengetahui selok belok hobi barunya ini dengan baik kerana ia membawanya ke pertandingan foto kebangsaan yang pertama dan memenangi hadiah Kategori Seni, pada usia lima puluh tahun.

Pembikinan hasil semula jadi

Sambil menyifatkan gaya fotografinya sebagai semula jadi, Tamas berkongsi dengan kami apa sebenarnya filosofi

Atas : Nelly, potret pertama ibu muda Roma pada umur lapan belas tahun Bawah kiri : Ibu Nelly, Klementina dan cucunya berdakap dalam keselesaan. Bawah kanan: Keluarga besar‌ 74 APERTURE FEBRUARI DECEMBER 2016 2014

keluarga Roma di sebuah perkampungan di Hungary antara tahun 2009 hingga 2015. Satu penghormatan buat keluarga Nelly, siri ini cuba mengangkat darjat kerumitan kemanusiaan berbanding mengangkat fotojurnalistik semata-mata.

Tamas Schild Pemenang utama kategori terbuka Kuala Lumpur Photo Awards (KLPA) 2015 ini merupakan salah satu figura paling berpengaruh dalam bidang fotografi journalistik dan dokumentari. Lihatlah lebih banyak imej beliau di www.schildtamas.hu.

beliau dalam manusia.

mengambil

gambar

"Saya dapati kehidupan itu sendiri begitu menarik sehingga saya tidak rasa perlu untuk konsep staging. Sebab itu saya tidak mempunyai studio dan saya tidak menggunakan flash. Staging yang berlarutan dan cahaya yang berlebihan akan mengalihkan perhatian modelmodel saya daripada menjadi diri mereka yang sebenar dalam persekitaran mereka sendiri." Setelah melihat kerja-kerja seni beliau yang menakjubkan, apa yang boleh saya katakan tentang pendekatan Tamas terhadap fotografi 'semula jadi' memang selari dengan projek fotografi peribadinya, yang mengandungi ketulenan emosi dan kehidupan - Ageing Young. Mengenang kembali detik-detik semasa beliau memulakan projek fotografi amal tersebut, Tamas berkongsi dengan kami apabila beliau menerima panggilan telefon dari seorang gadis. "Saya tinggal dalam dua jam perjalanan dari keluarga ini dan saya melawat mereka selepas menerima jemputan tersebut. Nelly, yang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik perempuan dalam siri ini menelefon saya menggunakan telefon yang dipinjam untuk mengambil gambar beliau dan bayi yang baru lahir di rumah mereka secara pro bono (sukarela). Beliau berusia dua puluh dua tahun pada masa itu dengan anak ketiganya, bayi perempuan pertamanya. Begitulah yang berlaku dan selebihnya sudah menjadi sejarah."

Kisah gadis empat beradik

"Saya kurang berminat dalam fenomena dan kritikan sosial tetapi sebaliknya lebih berminat terhadap individu itu sendiri; mereka bukanlah mewakili fenomena sosial tersebut, oleh itu tidak wajarlah untuk mana-mana di antara mereka ditukar ganti menjadi orang lain dalam suasana yang sama. Saya mendefinisikan pendekatan saya sebagai potret alam sekitar - ya, realitinya wujud dan tidak disembunyikan, tetapi hanya muncul hanya sebahagian, seperti mesej yang bergerak separa sedar. Model diangkat dari realiti fizikal utama. Jika berjaya, ia boleh menjadi seni berasaskan realiti. Hidup adalah, seperti seni. Saya dapati idea tersebut sangat mencabar. Secara spesifik, apa yang menarik minat saya adalah manusia itu sendiri. Manusia yang terkekang oleh kehidupan yang perit dan kehidupan mereka dengan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan masih boleh penuh dengan gelak ketawa dan kegembiraan. Begitu banyak yang boleh dipelajari daripada mereka dalam menjalani kehidupan yang gembira, dan saya rasa ia sungguh berinspirasi."

Tentangan terhadap stigma

Idea Tamas tentang kehidupan di luar batas ketidaksempurnaan kelihatannya sangat selari dengan siri Roma - keindahan yang terlampir pada kehidupan yang kompleks dipaparkan oleh persaudaraan gadis-gadis ini. Walaupun dilihat sebagai pelajar yang tercicir dan menganggur, anak-anak gadis Roma begitu rapat dan erat antara satu sama lain sebagai satu keluarga ketika melalui fasa kritikal sebagai ibu pada usia mereka yang masih remaja. Melihat kembali gambar-gambar dalam siri ini, secara peribadi saya merasakan emosi halus yang ditunjukkan oleh setiap orang – sebuah katarsis penuh makna yang benar-benar mampu berkomunikasi secara terus ke dalam jiwa saya. Kini saya memahami mengapa Tamas menganggap subjek ini sebagai inspirasi utama beliau.

Siri keluarga Roma, bertajuk Ageing Young adalah siri fotografi berterusan yang mengikuti perubahan gadis empat beradik

DECEMBER FEBRUARI 2014 2016 APERTURE 75


PORTFOLIO "Membesar di bawah komunisme, kami memiliki akses yang terhad terhadap dunia seni kontemporari. Walau bagaimanapun, saya suka pelukis zaman pertengahan Belanda dan Itali dan Impressionists; dan saya masih sukakannya. Tetapi apa yang benar-benar memberi inspirasi kepada saya adalah semua model saya dan emosi yang membadai ketika saya menghabiskan masa bersama mereka."

Mendapatkan kepercayaan

Konflik keluarga, kekurangan material, cinta, kepercayaan dan kebersamaan adalah sebahagian daripada kerumitan kehidupan yang seorang jurugambar seperti Tamas perlu hadapi semasa proses mengambil gambar dengan Nelly, Mary, Klemy dan Nicky; empat beradik

TAMAS SCHILD sayang dan kegembiraan yang membuakbuak di antara mereka dan khususnya anak-anak mereka, di dalam situasi yang begitu sukar. Saya dapati ia sungguh mengujakan."

Ikatan yang berkekalan

6 tahun dan masih berterusan, keinginan Tamas mengambil gambar kehidupan keluarga Roma ini masih jauh dari berakhir. Saya bertanya kepadanya apakah perubahan atau kemajuan dalam keluarga ini dari segi hubungan kekeluargaan yang beliau dapati paling menyentuh hati? Jawapan beliau memeranjatkan saya. "Sebenarnya bukan perubahan atau kemajuan, tetapi yang sebaliknya, yang paling menyentuh hati saya. Adik-beradik

Cabaran yang tidak dapat diselesaikan

Usaha yang hebat sentiasa diiringi dengan cabaran yang besar. Tamas berkata proses mengambil potret ini tidak selalunya lancar. "Sebagai seorang jurugambar yang merakam kehidupan peribadi, secara tidak langsung anda akan terlibat dalam kehidupan mereka. Dan hubungan antara manusia juga melibatkan tanggungjawab. Jika mereka mempunyai masalah, sudah

“Anda perlu belajar dengan cara yang sukar di mana untuk meletakkan had anda. Anda tidak boleh menyelesaikan masalah semua orang...”

Keperluan untuk penerimaan

Menghela nafas yang dalam, saya dapat merasakan inti pati kemanusiaan yang terpancar dari kata-katanya. Jelas dapat dilihat bahawa Tamas telah menyaksikan banyak perkara ketika beliau melawat keluarga tersebut; bahawa dia juga, sebagai seorang manusia biasa, melihat dirinya sendiri dalam keserabutan emosi yang terikat dalam keakraban. Sambil meneruskan bicara ini, Tamas menceritakan motif di sebalik siri ini, selain meneroka sifat-sifat umum yang semua orang miliki, dan bukannya menonjolkan perbezaan yang memisahkan kita. "Saya mengambil gambar-gambar ini untuk model saya, kerana saya mahu

"Saya amat bernasib baik dari sudut itu. Saya dibesarkan dengan kepercayaan, jadi mendapatkan kepercayaan seseorang adalah sesuatu yang bersahaja dan semulajadi bagi saya. Sudah tentu ada orang yang tidak peduli pun tentang kepercayaan saya terhadap mereka. Dan ada juga orang yang anda perlu berusaha mendapatkan kepercayaan mereka. Tetapi yang lebih penting, terdapat juga orang-orang yang, seperti radikal bebas dalam bahan kimia, ikatan terjalin tanpa sebarang masalah. Saya telah merasakan ikatan semula jadi dengan keluarga ini sejak hari pertama kami bertemu."

kembar bongsu yang dulu berusia tiga belas tahun dan berbakat menyanyi kini sudah berusia sembilan belas tahun. Ibu kepada empat adik-beradik ini dan tiga anak gadisnya tinggal sebumbung dengan lelaki yang mereka gelar suami. Mereka tidak mempunyai wang untuk majlis perkahwinan. Keempat-empat anak gadis tersebut telah berhenti sekolah pada usia enam belas tahun dan mereka tiada kemahiran khusus. Semuanya tidak memiliki pekerjaan tetap. Tiga daripada empat gadis tersebut telah melahirkan lima orang anak. Ibu bapa, empat perempuan dan tiga suami ditambah dengan lima kanak-kanak tinggal di bawah satu bumbung, semuanya bersesak bersama-sama." Menurut Tamas, ikatan keluarga yang sungguh erat menjadi sebab utama dia mendapati dirinya terus-terusan berasa teruja dengan keluarga ini. "Dalam konteks inilah, hubungan kekeluargaan menjadi sangat penting kepada mereka. Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan menyaksikan kasih

76 APERTURE FEBRUARI DECEMBER 2016 2014

tentu mereka akan mengadu kepada orang yang lebih baik daripada mereka, sama ada keperluan sepasang kasut atau seluar jeans untuk anak-anak, bil-bil yang belum dibayar atau masalah rumah tangga mereka. Dan anda perlu belajar dengan cara yang sukar di mana meletakkan had anda. Anda tidak boleh menyelesaikan masalah semua orang. Dan apabila kedua belah pihak sedar akan perkara ini, bolehkah anda meneruskannya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku? Langkah terbaik ialah dengan menetapkan peraturan asas dari mula lagi tentang apa yang boleh anda lakukan dan apa yang tidak boleh anda lakukan untuk mereka. Dan dalam kekangan tersebut, soalannya ialah sama ada kita telah melakukan semua yang kita mampu untuk satu sama lain. Dan jika jawapannya ya, lebih mudah anda belajar untuk meneruskan kehidupan dengan cabaran yang tidak dapat diselesaikan."

Lagipun, insan-insan ini membuka pintu kehidupan mereka kepada saya. Saya terhutang budi kepada mereka. Saya tidak membayar mereka upah dengan wang, tetapi saya menawarkan timbal balik. Sebagai contoh, saya melakukan kerja-kerja amal untuk mereka."

"Apabila menekan shutter, saya turut tersentuh dengan situasi tersebut. Orang lain lebih gemar untuk menggambarkan terlebih dahulu gambar yang mereka mahu ambil. Jawapannya berbezabeza dan semuanya membawa kepada hasil yang kuat. Anda perlu mencari

“Saya mengambil gambar-gambar ini untuk menunjukkan kepada mereka bahawa saya melihat mereka sebagai insan berharga.” Schild Tamas

Schild Tamas yang dipaparkan dalam siri ini. Walau bagaimanapun, saya percaya saya bercakap bagi banyak pihak jika saya katakan kita semua tertanya-tanya apa yang diperlukan bagi seseorang untuk mendapatkan kepercayaan subjek sebegitu rupa?

Juga, saya mengambil gambar-gambar ini untuk diri saya sendiri kerana saya dapati proses ini memberikan nilai yang bermakna. Dan saya tunjukkan gambargambar ini kepada orang ramai kerana saya berharap ia membawa makna yang melangkaui keadaan tertentu di mana ia diambil.

masa, anda perlu mewujudkan dasar saling hormat menghormati dan membentuk kepercayaan, anda perlu memupuk sifat empati dalam diri anda dan lebih dari itu semua, anda perlu memahami; bukan membuat kesimpulan. Lagipun, tujuan dokumentari foto yang baik bukanlah untuk bersuara bagi pihak subjek; tetapi untuk menyediakan saluran supaya mereka boleh ‘bercakap’ sendiri dengan penonton.

menunjukkan kepada mereka bahawa saya melihat mereka sebagai insan yang berharga. Menunjukkan kepada mereka tentang kecantikan mereka adalah bahasa universal untuk mengatakan bahawa mereka adalah berharga. Dalam dunia di mana begitu ramai memandang rendah terhadap mereka dengan prejudis, mengangkat harga diri mereka yang tercalar adalah perkara terbaik yang mampu saya lakukan. Mereka menjalani kehidupan yang sukar, dan pada masamasa tertentu, kita tidak boleh membantu mereka. Pada masa inilah mereka memerlukan penerimaan kita; bukannya belas kasihan.

Kecantikan tulus

Dengan tema "Seeing Beauty", KLPA 2015 telah membongkar pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan potret "A mother is a mother everywhere". Jadi saya bertanya Tamas soalan yang barangkali pernah ditujukan kepada kita suatu ketika dahulu, "Apakah makna kecantikan pada anda?" "Sebagai seorang yang tidak sempurna seperti saya, saya fikir saya sukar untuk mentakrif kecantikan yang sempurna. Saya perlu kurangkan sesuatu sebagai pertukaran. Dan apabila keseimbangan dicapai di antara susuk, bentuk dan saiz dan kekurangannya, anda mendapat keharmonian. Keindahan dalam seni lebih daripada sekadar menggambarkan keharmonian yang rapuh tersebut. Ia bersinar," kata Tamas.

pendekatan anda sendiri, kerana manamana pendekatan pun bagus. Walau bagaimana pun, ia memang memakan masa, emosi dan proses pemikiran; tidak seperti yang kebanyakan orang fikirkan dan dengan sedikit nasib, hasil output anda akan berkadaran dengan pelaburan anda. Ikutlah gerak hati dan bawa fikiran anda sekali. Berwaspada dalam usaha untuk memenuhi harapan sebenar atau harapan palsu orang lain, kerana jika tidak, dengan mudah anda boleh berakhir dengan kekecewaan (anda tidak boleh memenuhi kehendak semua orang)."

Mencari tema besar untuk sebuah imej yang mampu berbicara sendiri tidak semudah seperti yang kita bayangkan dan Tamas telah menyatakan dengan jelas melalui siri Roma beliau - penciptaan gambar yang menyentuh hati bukan pantas seperti angin - anda perlu meluangkan DECEMBER FEBRUARI 2014 2016 APERTURE 77


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.