Page 1

ULASAN KARYA NOVEL “HARGA LUKA”

NOR ATIKAH BINTI MAT HANAFI

S38057

NURUL HIDAYAH BINTI ZULKIFLI

S40771

NUR SYHELA RIZKI BINTI HEPPY ZET

S38087

PUTERI RUHANZ SOHAIR BINTI ZULKIPLI

S38106


ULASAN KARYA Novel Harga Luka yang di tulis oleh Hasidah Disan yang diterbitkan pada tahun 2000 oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mengisahkan tentang keperitan hati seorang wanita kerana terlalu banyak menahan, menyimpan dan memendam perasaan dendam, marah serta ketidakpuasan hati watak utama iaitu Sabariah terhadap golongan lelaki. Tema novel Harga Luka adalah ketekalan dan ketabahan hati wanita. Novel Harga Luka ini menceritakan dendam Sabariah terhadap golongan lelaki yang berada disekelilingnya. Buktinya pada peringkat permulaan dan perkembangan cerita, ayahnya sendiri telah mencurangi ibunya sewaktu kecil. Sabariah menjadi saksi ketabahan ibunya pada ketika itu. Pada peringkat klimaks pula penceritaan, kemarahan hatinya kembali membara apabila dia sendiri telah diceraikan oleh suami pertamanya iaitu Hassan

disebabkan oleh sikap suaminya yang mengabaikan

tanggungjawab terhadap keluarga. Keperitan Sabariah berterusan dan berlanjutan lagi pada peringkat konflik, apabila ayahnya mendesak Sabariah untuk mendirikan lagi rumah tangga bersama lelaki yang tidak dicintainya. Suami keduanya iaitu Udin yang bekerja sebagai penoreh getah yang berpendapatan rendah dalam keadaan ekonomi dan kewangan keluarga yang tidak mencukupi, Udin hanya bergantung sepenuhnya kepada hasil getah tersebut tanpa memikirkan cara untuk menambah pendapatan bagi menyara kehidupan seharian. Walaupun dilanda ujian yang berterusan pada peringkat peleraian, Sabariah tetap meneruskan kehidupannya yang penuh onak duri. Sabariah bangkit demi


anak-anaknya yang berada dalam jagaannya. Sabariah tidak mahu kehilangan kasih sayang ayah menyebabkan anaknya merasakan kekurangan dalam kehiduapan. Oleh itu, Sabariah sanggup menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang ayah kerana Sabariah tidak mahu mengorbankan masa hadapan anaknya hanya kerana kesempitan dan kemiskinan hidup mereka. Sabariah sanggup mengorbankan seluruh tenaganya demi memastikan anaknya mendapat pendidikan yang sempurna seperti anak-anak orang lain. Sabariah belajar erti ketabahan menjalani kehidupannya melalui ibunya. Sabariah tidak mahu hanya kerana tidak mempunyai suami atau lelaki hidupnya musnah dan hancur. Sabariah tidak mahu menghabiskan masa dengan meratapi dan merintih atas ujian yang menimpa Sabariah. Namun, Sabariah amat bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang amat memahami keperitan Sabariah yang sanggup bersusah-payah demi mencari rezeki. Malah, anak-anak Sabariah sanggup berganding bahu membantu ibunya bagi meringkan beban yang ditanggung oleh Sabariah. Atas desakan ekonomi keluarganya yang serba kekurangan, Sabariah bertekad untuk menggunakan tulang empat keratnya untuk membuat kerja-kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan harian. Kerja-kerja sampingan seperti menjahit baju, menoreh getah, Namun disebalik kemarahan dan dendam Sabariah terhadap Lelaki. Sabariah juga merupakan watak yang sangat penyabar dan tabah. Sikap dan perwatakan ibunya sewaktu ditinggalkan oleh ayahnya dijadikan teladan dan contoh. Oleh kerana Sabariah turut mengalami keadaaan yang sama dengan ibunya. Disini penulis


cuba menyampaikan bahawa Watak Sabariah telahpun bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berumah tangga. Hal ini dibuktikan apabila Sabariah mampu untuk bangkit bagi menyara dan meneruskan kehidupannya demi masa depan anaknya yang masih bersekolah. Selain itu, Sabariah amat mementingkan pelajaran anak-anaknya. Oleh itu, Sabariah tidak mahu kemiskinan dan kesempitan hidup menjadi batu penghalang kepada anaknya sehingga menyebabkan anaknya ketinggalan dalam pelajaran. Sabariah menganggap pelajaran sebagai batu lonjatan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjamin masa hadapan yang lebih cerah agar pada masa akan datang anaknya tidak lagi merasakan keperitan hidup seperti waktu kecilnya. Pengarang Novel Harga Luka menggunakan bahasa

yang amat mudah

difahami dan penyusunan bahasa yang sangat baik dapat menarik perhatian pembaca hingga membawa pembaca merasai keperitan yang dihadapi oleh watak utama di dalam novel tersebut. Seolah-olah pembaca merupakan watak Sabariah sendiri. Pembaca dapat merasai kepayahan dan kesulitan seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami yang tidak menghargai kewujudan dan pengorbanan yang telah dilakukannya. Penulis juga banyak membuat imbas kembali dalam novel ini. Watak Sabariah banyak mengimbas kembali pengalamannya dengan para lelaki yang telah terlibat dalam kehidupannya. Sabariah banyak mengimbas kembali tentang hal-hal yang telah menimpa keluarganya.


Kesimpulanya dalam novel Harga Luka karya Hasidah Disan pengarang cuba untuk menyampaikan pelbagai aspek moral. Novel ini sesuai di baca oleh pelbagai peringkat masyarakat. Hal ini demikian kerana, novel ini banyak mengandungi pengajaran yang tersirat.

Ulasan karya  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you