Page 1

KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA TEKS ARAB MELALUI KEMAHIRAN MEMBACA AL-QUR’AN DAN KAEDAH LATIH TUBI Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hashim, Zuraida Shaadon syazwina@ukm.my Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia


PENGENALAN ď‚—

Kemahiran membaca teks Arab atau sinonim disebut Maharat alQiraah tidaklah sama dengan membaca teks bahasa Melayu kerana dalam membaca teks berbahasa Melayu perkataan dibunyikan berdasarkan kepada ejaan suku kata, berbanding dengan teks bahasa Arab yang memerlukan pelajar mengetahui, memahami dan menguasai nahu dan sarf terlebih dahulu.

ď‚—

Di sinilah kelemahan dan masalah utama yang dihadapi pelajar, iaitu mereka tidak mampu mempraktikkan kefahaman nahu dan sarf yang dimiliki ketika membaca teks bahasa Arab ditambah lagi dengan tidak memahami maksud perkataan kerana kurangnya perbendaharaan kata bahasa Arab.


ď‚— Kajian

ini memfokuskan kepada kemahiran pengukuhan membaca Kosa Kata Nama selepas al-jarr dan al-zarf wa mudaf ilayh dalam Al-Quran.

ď‚— Kebiasaannya

pelajar hanya membaca Al-Quran tanpa menghiraukan mengapa ia perlu dibaca dengan baris al-fathah, al-dammah, al-kasrah dan alsukun.


PERMASALAHAN KAJIAN ď‚—

Tinjauan awal melalui pemerhatian mendapati bahawa kebanyakan pelajar masih salah ketika membaca kosa kata selepas aljarr dan al-zarf.

ď‚—

Kesalahan yang begitu ketara dikesan apabila sebahagian besar pelajar masih tidak dapat membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf dengan betul sedangkan pengetahuan mengenai al-jarr dan al-zarf dan fungsi keduaduanya sudah ada sejak mereka berada di peringkat sekolah menengah lagi.


TUJUAN KAJIAN ď‚—

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti adakah kemahiran asas membaca teks Arab khususnya membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf dapat ditingkatkan melalui kemahiran membaca Al-Qur’an dan kaedah latih tubi.


OBJEKTIF KAJIAN Objektif dijalankan kajian adalah untuk : ď‚— Memperkenalkan kemahiran asas membaca teks Arab kepada pelajar Maharat al-Qiraah. ď‚—

Menanamkan rasa cinta dan suka membaca bahan bacaan dalam bahasa Arab di kalangan pelajar.

ď‚—

Mengenal pasti sebab kelemahan pelajar dalam meletakkan baris kosa kata nama terakhir selepas al-jarr dan al-zarf.


Menambah keprihatinan pelajar terhadap baris akhir kosa kata nama atau perkataan selepas al-jarr dan al-zarf ketika membaca teks Arab.

Menjadikan syahid Al-Qur’an dan kemahiran asas membaca Al-Qur’an sebagai latihan pengukuhan membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf.

Memperkenalkan kaedah latih-tubi bagi mengukuhkan kemahiran membaca pelajar.


METODE KAJIAN Kajian dijalankan dengan menggunakan metod :  Temu bual dan pemerhatian  Borang soal selidik  Ujian pra dan ujian pasca


RESPONDEN KAJIAN ď‚—

Kajian ini dilakukan ke atas lima kumpulan pelajar yang dipilih daripada pelajar yang mengambil subjek PPPY 1112 Maharat alQiraah bagi semester pengajian 1 sesi 2011/2012 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

ď‚—

Lima kumpulan ini dijadikan sebagai kumpulan rawatan bagi lima orang guru bahasa yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan sampel pelajar seramai 44 orang dan bilangan guru seramai lima orang.


INSTRUMEN KAJIAN ď‚— Instrumen

yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kandungan dalam ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :


Jadual 1: Kandungan soalan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca Bahagian

Kandungan

A

Maklumat responden

B

Pengetahuan tentang al-jarr wa al-majrur dan al-zarf wa mudaf ilayh :  Mengenal partikel al-jarr.  Mengenal partikel al-zarf.  Fungsi al-jarr dan al-zarf (al-majrur bi al-kasrah, al-ya’ dan al-fathah).  Kategori kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan alzarf, iaitu: ism mufrad, ism muthanna, jamc al-taksir, jamc muannath al-salim, jamc muzakkar al-salim, mamnuc min al-sarf.  Pilihan kosa kata yang betul dalam ayat.


Bahagian Kandungan

C

Kemahiran Membaca Isim Majrur dan Mudaf Ilayh :  Mengenal kosa kata selepas al-jarr dalam ayat Al-Qur’an.  Mengenal kosa kata selepas al-zarf dalam ayat Al-Qur’an.  Mengeluarkan huruf al-jarr, ism majrur dan tanda majrur dalam ayat AlQur’an.  Baris kosa kata selepas al-jarr dan alzarf dalam ayat.  Baris kosa kata selepas al-jarr dan alzarf dalam perenggan.


PELAKSANAAN KAJIAN Kajian dilaksanakan dengan mengadakan :  Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab telah dijalankan pada 26 Oktober 2011.  Ujian Pra dan Pasca.  Pertandingan Teka Silang Kata.  Kaedah Latih Tubi.


Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab Kandungan  Pelajar menjawab soalan pra.  Mendengar taklimat berkaitan al-jarr dan al-zarf, fungsi kedua-dua partikel dan cara membaca kosa kata selepas kedua-dua partikel ini.  Contoh-contoh daripada ayat-ayat Al-Qur’an digunakan bagi memudahkan pelajar mengenal baris yang betul.  Para pelajar juga diajar tentang tanda-tanda al-jarr. Terdapat tiga tanda al-jarr, iaitu: al-kasrah, al-ya’ dan alfathah. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan kategori kosa kata nama yang majrur dengan al-kasrah, al-ya’ dan alfathah.


 Membaca satu surah dari Al-Qur’an dan mereka diminta memerhatikan kosa kata nama yang terletak selepas huruf al-jarr dan al-zarf dalam surah tersebut.  Mengeluarkan kosa kata nama tersebut dan mengenalpasti samada ia adalah kata nama mufrad, muthanna, jamc al-taksir, jamc muannath alsalim, jamc muzakkar al-salim, al-asma’ al-khamsah atau mamnuc min al-sarf.  Hasil bengkel yang dijalankan menunjukkan bahawa para pelajar mengalami peningkatan dalam kemahiran membaca kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf.


UJIAN PRA DAN PASCA Ujian Pra

Ujian Pasca

 Menilai tahap penguasaan kemahiran  Dijalankan selepas minggu mengenal tanda bacaan kosa kata nama kelima, iaitu setelah selesai aktiviti yang betul selepas al-jarr dan al-zarf.

latih tubi.

 Berkaitan al-jarr dan al-zarf, fungsi kedua-dua partikel ini serta kemahiran  Bertujuan melihat sejauh meletakkan baris pada kosa kata manakah tahap pengetahuan dan selepas al-jarr dan al-zarf. kemahiran pelajar meningkat dan  Ujian Pra dijalankan bermulanya bengkel.

mampu mengaplikasikan kefahaman, sebelum dan pengetahuan.

 Mengenalpasti pengetahuan dan kemampuan pelajar membaca dan membariskan dengan betul kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf.


PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA ď ą Para pelajar dibahagikan kepada sebelas kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kertas soalan beserta maklumat untuk menyusun silang kata dalam kertas yang telah tersedia ruangan untuk mengisi teka silang kata tersebut. ď ą Terdapat enam kumpulan yang mendapat markah penuh iaitu 22/22, satu kumpulan mendapat 21/22, dua kumpulan mendapat 18/22, satu kumpulan mendapat 16/22 dan satu kumpulan mendapat 7/22.


Keseluruhan permainan ini memperlihatkan bilangan kumpulan yang mendapat markah tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan kumpulan yang mendapat markah rendah. ď ą


KAEDAH LATIH TUBI ď ą Kaedah latih tubi dijalankan di dalam kelas. ď ą Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada penilaian dan latihan berterusan.

ď ą Aktiviti ini dikendalikan oleh lima orang tenaga pengajar yang bertindak sebagai fasilitator dalam kelas masing-masing.


 Para pelajar dibekalkan dengan teks bahasa Arab yang tidak berbaris.

 Penekanan diberi kepada sebutan baris akhir bagi kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf yang betul.  Latih tubi ini dilaksanakan secara berterusan selama lima minggu .  Hasil latih tubi yang dijalankan menunjukkan peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar mengenal pasti tanda bacaan yang betul adalah bertambah baik.  Para pelajar dilihat lebih peka dan prihatin ketika membaca teks bahasa Arab serta meletakkan tanda bacaan yang sesuai dan betul.


Kekerapan dan Peratus Peningkatan Bil

Perkara

Julat Markah

Bil Responden

Peratus

1.

Peningkatan Tinggi

51% dan ke atas

1

2.3

2.

Peningkatan Sederhana

21% - 50%

18

40.9

3.

Peningkatan Rendah

1% - 20%

22

50

4.

Tiada Peningkatan

0%

2

4.5


Analisis Keberkesanan Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab Soalan

Item Soalan

1

Tahap pengetahuan yang dimiliki oleh peserta tentang kemahiran asas membaca teks Arab.

3

Kemahiran menggunakan pengetahuan sedia ada ketika membaca.

4

Kemahiran mengenal tanda asas tatabahasa dalam ayat AlQuran

7&8

10

Aktiviti dalam kursus dan bengkel.

Latih tubi membaca teks Arab.


Analisis Penilaian Peserta Sebelum Bengkel


Analisis Penilaian Peserta Selepas Bengkel


Analisis Kepekaan Ketika Membaca Al-Quran Bil Item

1.

2.

Adakah anda memerhatikan baris akhir setiap perkataan dalam ayat Al-Qur’an ketika membaca Al-Qur’an? Adakah anda menyedari baris pada ayat Al-Qur’an ada kaitan dengan kaedah Nahu?

Ya

Tidak

58.3

41.7

83.3

16.7


Bil

3.

4.

Item Adakah anda menggunakan kemahiran membaca Al-Qur’an yang anda miliki ketika membaca teks Arab? Adakah anda yakin bahawa kemahiran membaca Al-Qur’an boleh digunakan untuk meningkatkan kemampuan anda membaca teks Arab dengan baik jika anda diberi latihan?

Ya

Tidak

54.2

45.8

97.9

2.1


PENUTUP ď‚—

Kesimpulannya, kami berpendapat kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya membantu meningkatkan penguasaan dan kemahiran asas membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar, khususnya dalam mengenal pasti tanda bacaan yang betul bagi kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf wa mudaf ilayh.

ď‚—

Kaedah latih tubi dan latihan pembacaan berterusan adalah pendekatan yang sesuai dijalankan ke atas pelajar bagi memantapkan kemahiran mereka membaca teks bahasa Arab.


RUJUKAN 

Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam. Falsafah, Pedagogi dan Methodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. 1991. Pedagogi 3 Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 1996. Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Harison Mohd Sidek. 2010. Reading instruction theory and practise. Nilai: Penerbit USIM.

Kolzow, L.V & Lehmann, Jane. 1982. College reading: Strategies for success. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Mohd Zainuddin Hashim. 1982. Suatu tinjauan mengenai minat membaca dan bahanbahan yang dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah menengah desa di Semenanjung Malaysia. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.

Nurul Huda Osman. 2009. Muqarrar taclim al-lughah al-cArabiyah lil natiqin bi ghayriha madkhal taqwimi. Kuala Lumpur: IIUM Press.

 

Qasim, Riyad Zaki. 2000. Tiqniyat al-tacbir al-cArabi. Beirut: Dar al-Macrifah. Kamarudin bin Jaffar. Kaedah Mengajar Bahasa Arab. Bertarikh 12 Ogos 2012, Jumaat. Artikel Pilihan Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian http://ppd kerian.edu.my


al-Rifaci, Najib cAbdullah. 1997. Maharat dirasiyah. Cet. Ke-3. Kuwait: Maktabah al-Manar al-Islamiyah.

al-Rukabi, Jawdat. 1986. Fi taclim al-lughah al-cArabiyah. al-Urdun: Dar al-Fikr li al-Tibacah wa al-Nashr wa al-Tawzic.

Shalabi, Ahmad. 1980. Taclim al-lughah al-cArabiyah li ghayr al-cArab. Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyah.

al-Shanti, Muhammad Salih. 2003. al-Maharat al-Lughawiyah. Cet. Ke-5. alMamlakah al-cArabiyah al-Sacudiyah: Dar al-Andalus lil Nashr wa alTawzic.

Siti Hajar Abdul Aziz. 1998. Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang, Selangor. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.

Smith, F. 1990. Bacaan. Terj. Siti Nordinar Mohd. Tamin & Fadzilah Md. Arif. Ed. Ke-2. Skudai: Unit Penerbitan Akademik UTM.

al-Sufi, cAbd al-Latif. 2007. Fan al-Qiraah. Damsyiq. Dar al-Fikr.

al-Zayni, Ibrahim. 1992. al-Islam manhaj wa tariqatu tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.

Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT, Unit Bahasa Arab Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral, Jab. Pendidikan Islam Dan Moral, Kem. Pendidikan Malaysia.


Sekian, terima kasih.


Kemahiran Asas Membaca Teks Arab  

Slide pembentangan di Persidangan Kebangsaan Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2012

Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you