Page 1

SMK Taman Indah

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH NAMA AGENSI KOD SEKOLAH NO. TELEFON N0. FAKS E-MAIL

: : : : :

SMK TAMAN INDAH NEA 5057 06-4414479 06 -4413502 smktamanindah@gmail.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..


PENINGKATAN DISIPLIN DAN AKHLAK SEKOLAH SECARA MENYELURUH 1.

Falsafah Setiap individu adalah insan yang boleh dicorakkan melalui pendidikan formal dan informal serta pengaruh alam persekitarannya.

2.

Matlamat Umum Melahirkan satu generasi yang berdisiplin, bermoral tinggi ,berilmu dan bersatu padu selaras dengan aspirasi negara seperti berikut:2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9

3.

Berilmu dan beramal Berbudi bahasa Menghormati orang lain Mempunyai sifat toleransi Bertatasusila dan berperikemanusiaan Bertanggungjawab dan bekerjasama Mempunyai perasaan cintakan sekolah Mempunyai semangat perpaduan Mempunyai semangat kekitaan dan kebangsaan

Matlamat Khusus 3.1 3.2 3.3 3.4

Mencapai prestasi akhlak tinggi Dapat membentuk pelajar-pelajar yang bertimbangrasa dan berperikemanusiaan. Dapat mengurangkan kadar salahlaku seperti ponteng dan merosakkan harta benda sekolah. Menjadikan persekitaran sekolah lebih indah ,menarik dan kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.

FASAL 1- TATATERTIB 1.1. Setiap orang murid hendaklah mematuhi setiap peraturan yang tersenarai dan mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dari masa ke masa. 1.2. Setiap orang murid hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran , Jabatan Pelajaran dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah. 1.3. Setiap orang murid hendaklah pada setiap masa menghormati guru-guru, kaki tangan sekolah ,pengawas dan rakan-rakan . 1.4. Setiap orang murid hendaklah pada setiap masa dan tempat mengamalkan prinsip-prinsip RUKUNEGARA. 1.5. Setiap orang murid tidak boleh berkelakuan secara yang dapat dianggap sebagai ingkar perintah sekolah ,guru-guru,pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh Pengetua.

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 1


1.6.

Setiap murid tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan dan dianggap sebagai:1.6.1. Mencemarkan nama baik sekolah 1.6.2. Mencemarkan nama baik mana-mana individu 1.6.3. Melakukan perbuatan vandalisme terhadap harta sekolah atau harta perseorangan. 1.6.4. Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah. 1.6.5. Menimbulkan kegelisahan,persengkataan di kalangan murid atau kakitangan sekolah. 1.6.6. Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu. 1.6.7. Melakukan perbuatan menyeksa dan mengugut mana-mana individu. 1.6.8. Berkelakuan tidak senonoh atau tidak bersopan.

1.7. 1.8. 1.9. 1.10.

Setiap murid hendaklah belajar bersungguh-sungguh. Setiap murid hendaklah menyertai semua kegiatan yang diarahkan oleh sekolah sama ada bercorak akademik atau kokurikulum. Tiada seorang murid pun dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis. Setiap orang murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum , tingkah laku dan tata tertib.

FASAL 2- PAKAIAN SERAGAM 2.1.

Pakaian seragam bagi murid lelaki (Pekeliling Iktisas 3/1983)

2.1.1. Pakaian seragam sekolah bagi murid lelaki ialah baju putih lengan pendek atau panjang, seluar panjang hijau kehitam –hitaman (dark olive)lencana sekolah, tanda nama, kasut getah putih dan stokin putih. 2.1.2. Seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sendat dan terlalu kecil kakinya atau pun jenis bell-bottom. 2.1.3. Jika memakai baju putih lengan panjang tidak dibenarkan menggulung.Lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau dilipat ke atas sedikit dari paras siku. 2.1.4 Jika hendak memakai tali pinggang, hanya tali pinggang canvas berwarna hijau dibenarkan.Kepala tali pinggang tidak besar dan tidak berhias / fancy . 2.1.3 Murid lelaki yang beragama Islam mesti memakai baju kebangsaan yang lengkap pada hari Jumaat. Ketayap/serban tidak dibenarkan memakainya. 2.1.4 Murid mesti memakai lencana dan tanda nama sekolah sepanjang masa persekolahan. 2.1.5 Murid yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM mesti memakai pakaian seragam yang kemas

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 2


2.2 Pakaian Seragam Sekolah Bagi Murid Perempuan 2.2.1

2.2.2 2.2.3

Pakaian seragam sekolah bagi murid perempuan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ialah blaus putih, pinafore biru muda(turqoise), lencana sekolah, tanda nama, kasut getah putih dan stokin putih. Bagi murid beragama Islam , baju kurung teluk belanga dan kain sarung biru muda(turqoise). Butang baju kurung hendaklah dikancing. Murid perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat atau terlalu singkat.Pakaian hendaklah seperti mana yang diluluskan oleh Kementeraian Pendidikan.

2.3 Masa Memakai Pakaian Seragam Sekolah. 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5

Masa persekolahan tiap-tiap hari dan waktu mengulangkaji pelajaran di sekolah pada sebelah petang. Apabila menghadiri aktiviti-aktiviti persatuan kecuali persatuan itu ada pakaian seragam sendiri. Apabila menghadiri sebarang upacara rasmi sekolah. Apabila keluar menyertai aktiviti atau rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.

2.4 Pakaian Kebangsaan 2.4.1 2.4.2

Pakaian Kebvangsaan murid lelaki ialah baju Melayu putioh, seluar putih, samping biru laut dan songkok hitam.Songkok lipat dan songkok berbulu tidak dibenarkan. Pakaian kebangsaan bagi murid perempuan Islam ialah baju kurung teluk belanga putih, kain sarung biru laut dan tudung putih yang sederhana labuh.

2.5 Pakaian Ketika Bersukan dan mengikuti Kelas Pendidikan Jasmani 2.5.1

Apabila bersukan , menyertai kelas pendidikan jasmani atau mewakili sekolah dalam sukan peringkat daerah atau negeri hendaklah memakai :Murid Lelaki

: T-Shirt putih atau T-Shirt Rumah Sukan /T-Shirt Sekolah. Track bottom warna hitanm /biru gelap , kasut sukan putih atau kasut bola dan berstokin.

Murid Perempuan

: T-Shirt putih atau T-Shirt Rumah Sukan / Sekolah, kasut putih dan berstokin. Track bottom warna hitam /biru gelap

`

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 3


FASAL 3 . RAMBUT MURID 3.1. Rambut Murid Lelaki Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah Rambut Panjang adalah seperti berikut:i) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah dua cuping telinga. ii) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi . iii) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan ‘sideburn’melebihi garisan tengah hidung. iv) Di atas : Rambut lebih daripada 6” panjang v) Rambut juga tidak boleh diwarnakan vi) Potongan rambut ‘ala punk’ atau berfesyen tidak dibenarkan.

3.2 Rambut Murid Perempuan i) ii)

Rambut murid perempuan yang tidak memakai tudung hendaklah sentiasa kemas dan jangan sehingga jatuh ke bahu. Rambut yang panjang hendaklah diikat/ditocang kemas.Reben biru gelap atau hitam boleh digunakan untuk mengikat rambut.

FASAL 4- BARANG-BARANG PERHIASAN 4.1. Barang Hiasan 4.1.1 Murid-murid dilarang memakai barang perhiasan seperti emas,intan, berlian atau lainlain barang perhiasan. 4.1.2 Murid lelaki dilarang memakai rantai ,anting-anting, gelang tangan dan seumpamanya. 4.1.3 Menggunakan alat solek/make up adalah dilarang sama sekali. 4.1.4 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan

FASAL 5 - PERATURAN – PERATURAN DI KAWASAN SEKOLAH 5.1

5.2.

Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah selengkapnya pada tiap-tiap hari dan ketika berada di kawasan sekolah pada waktu-waktu yang ditetapkan. Semua murid dikehendaki berada di tempat perhimpunan tepat jam 7.25 pagi .Murid dikehendaki beratur dan senyap serta membaca buku selama 5 minit. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas, di Makmal , di perpustakaan, di beranda atau di tangga sebelum waktu belajar dan pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru / GPK /pengetua.

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 4


5.3

5.4 5.5 5.6 5.7 5.7 5.8 5.9 5.10

Murid-murid dilarang menghampiri atau masuk ke kawasan/bilik seperti berikut tanpa kebenaran guru:5.1.1. Pejabat Sekolah 5.1.2. Makmal Sains 5.1.3. Bilik Sains Rumah tangga 5.1.4. Bilik Guru 5.1.5. Bilik Cetak 5.1.6. Bengkel Kemahiran hidup 5.1.7. Bilik Guru Penolong Kanan dan Bilik Ketua Bidang 5.1.8. Bilik Makan Guru di Kantin 5.1.9. Kawasan Kebun 5.4.10. Tandas Guru Merayau-rayau di beranda, tangga dan lain-lain kawasan sekolah adalah dilarang. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas atau bilik-bilik khas. Murid-murid dikehendaki senyap ketika berada diperhimpunan, makmal, perpustakaan, dewan. Menyanyi , bersiul dan bersorak adalah dilarang sama sekali. Murid-murid yang ke makmal,Bengkel Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan lain lain dikehendaki berjalan dengan teratur dan senyap. Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan bilik darjah, makmal,perpustakaan dan lain-lain kawasan sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan berada di tempat-tempat letak kereta dan motosikal. Murid-murid dilarang merosakkan harta sekolah seperti kerusi,meja, papan kenyataan, cermin tingkap dan lain-lain lagi. Semua murid bertanggungjawab menjaga keselamatan semua peralatan di kelas dan bilik-bilik khas.Kehilangan atau kerosakan akan diganti oleh individu atau kelas berkenaan.

FASAL 6 – BILIK KELAS 6.1. 6.2.

6.3. 6.4. 6.5. 6.6. 6.7. 6.8.

Kerusi meja hendaklah disusun kemas dan rapi Papan hitam dan kawasan sekelilingnya mestilah selalu dalam keadaan kemas dan bersih.Dilarang membersihkan pemadam papan hitam dengan mengetuk-getuknya ke dinding. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah dan dibuang ke dalam tong sampah besar sekurang-kurangnya 2 kali iaitu di waktu pagi dan selepas rehat. Gambar-gambar, rencana-rencana yang ditampal di papan kenyataan kelas hendaklah diurus dengan baik. Lampu-lampu dan kipas boleh digunakan apabila perlu dan dipadamkan apabila meninggalkan bilik berkenaan. Murid-murid yang bertugas membersihkan kelas mestilah menjalankan tugas dengan sempurna. Semua peralatan di dalam kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada Guru Tingkatan / Guru Bertugas / GPK Pada waktu rehat murid dilarang berada dalam kelas dan tidak boleh makan di dalam kelas .

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 5


FASAL 7- PERHIMPUNAN 7.1. 7.2. 7.3. 7.4.

7.5. 7.6

Setiap hari mulai pukul 7.25 pagi Loceng dibunyikan jam 7.25 pagi murid mesti beratur di tapak perhimpunan. Beratur dalam barisan yang ditentukan dan membaca selama 5 minit untuk aktiviti laluan iqra’. Murid-murid dikehendaki menyanyikan lagu-lagu kebangsaan,lagu negeri dan lagu sekolah dengan penuh semangat . Lagu-lagu yang dinyanyikan sewaktu perhimpunan ialah: Hari Isnin (perhimpunan rasmi) Negaraku Lagu Negeri Sembilan Lagu Sekolah Hari Rabu (English Day) Negaraku Hari Selasa dan Khamis Negaraku Dua orang pengawas ditugaskan menaikkan Bendera Malaysia dan bendera Negeri. Guru tingkatan atau guru penyelaras tingkatan akan mengambil kehadiran murid. Ketika Guru-guru /GPK / Tuan Pengetua memberi ucapan dan laporan murid-murid mestilah mendengar,memahami dengan teliti perkara yang disampaikan.

FASAL 8 - WAKTU REHAT 8.1. 8.2. 8.3. 8.4.

Semua murid mestilah meninggalkan bilik kelas secepat mungkin selepas loceng berbunyi. Semasa rehat murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas. Bila loceng berbunyi menunjukkan tamat waktu rehat murid mestilah segera masuk ke kelas masing – masing dengan senyap dan teratur. Murid tidak dibenarkan berada di kawasan-kawasan yang ditentukan oleh pihak sekolah pada waktu rehat kecuali mendapat kebenaran dari guru yang bertanggungjawab.

FASAL 9 - KELUAR DAN MASUK KELAS(DI DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN) 9.1. 9.2.

Murid hendaklah berjalan dalam dua barisan yang lurus dan teratur. Sebelum keluar meninggalkan bilik kelas hendaklah beratur di luar kelas dan tidak dibenarkan berbuat bising.

FASAL 10 - MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 10.1. 10.2. 10.3.

Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Guru Bertugas Mingguan/GPK/Pengetua. Murid yang hendak ke hospital hendaklah mengambil surat hospital daripada guru bertugas/ GPK HEM. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan mengakui yang murid berkenaan telah benar-benar mendapat rawatan, hendaklah diberi kepada guru bertugas mingguan selepas balik daripada hospital atau hari berikutnya.

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 6


FASAL 11 - MASUK KE KAWASAN SEKOLAH / PELAWAT 11.1. 11.2 11.3 11.4.

Murid yang dikehendaki datang ke sekolah di luar waktu belajar mestilah berpakaian yang sepatutnya dan kemas. Bekas murid dan murid sekolah ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan melainkan jika atas urusan sekolah. Bekas murid sekolah ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah jika mereka berpakaian tidak kemas/ menjolok mata dan berambut panjang. Ibu bapa /pelawat tidak dibenarkan berjumpa terus dengan murid, sebaliknya mesti melaporkan diri terlebih dahulu di pondok pengawal bagi mendapat kebenaran dan pas lawatan ,selepas itu berjumpa kakitangan pejabat untuk memaklumkan tujuan lawatan. Kakitangan pejabat akan memanggil murid berkenaan berjumpa penjaga di pejabat.

FASAL 12 - KANTIN 12.1. 12.2. 12.3. 12.4. 12.5. 12.6.

Murid tidak dibenarkan membeli makanan atau makan di kantin selain waktu rehat dan sebelum atau selepas waktu sekolah. Murid mesti makan atau minum di kawasan kantin sahaja. Murid mesti beratur sewaktu membeli makanan di kantin. Murid mesti memasukkan bekas-bekas makanan ke dalam besen dan membuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Murid di larang membeli makanan daripada penjaja-penjaja di luar sekolah. Murid dilarang membawa makanan yang dibeli daripada luar kecuali yang dibekalkan dari rumah dengan menggunakan bekas makanan/tupperware.

FASAL 13 – TANDAS 13.1. 13.2. 13.3. 13.4. 13.5.

Murid-murid mestilah menggunakan tandas dengan cermat. Dinding jangan diconteng / di tulis. Paip air mesti ditutup selepas digunakan.Jika didapati ada paip yang tidak ditutup, murid yang terakhir keluar dari tandas akan dikenakan tindakan. Murid-murid dilarang membuang sampah di dalam lubang tandas / di atas lantai tandas. Murid-murid tidak dibenarkan berada lama di dalam tandas.

FASAL 14 - PENGGUNAAN BASIKAL / MOTOSIKAL 14.1. Murid hendaklah menyimpan basikal dan motosikal di tempat yang telah ditetapkan dengan teratur. 14.2. Basikal-basikal mestilah mempunyai kelengkapan seperti loceng, tupang, kunci , berek dan lampu. 14.3. Murid yang mempunyai / membawa motosikal dimestikan mempunyai egala kelengkapan seperti lesen, cukai jalan,topi keledar dan sebagainya. 14.4. Murid mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa menggunakan jalan raya. 14.5. Murid tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah. Basikal dan motosikal mesti dipimpin / disorong apabila berada di dalam kawasan sekolah. 14.6. Murid tidak dibenarkan menunggang secara bersaing, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 7


FASAL 15 – KEGIATAN KEAGAMAAN 15.1. 15.2. 15.3. 15.4. 15.5.

Murid lelaki yang beragama Islam di semua tingkatan mesti bersembahyang Jumaat di masjid yang berhampiran. Murid mestilah sentiasa berdisiplin ketika berada di dalam dan di luar kawasan masjid dan menghormati rumah Allah. Murid hanya dibenarkan keluar dari bangunan masjid selepas Imam selesai membaca doa. Dalam bulan puasa tidak dibenarkan murid-murid yang beragama Islam makan atau minum di khalayak ramai atau di dalam kawasan sekolah. Semua murid Islam mesti mengikuti mata pelajaran agama Islam.

FASAL 16 - KEGIATAN KOKURIKULUM 16.1.

Setiap murid diwajibkan menyertai satu persatuan / kelab dan pasukan beruniform dan sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam satu permainan 16.2 . Murid mesti hadir pada waktu yang ditetapkan apabila dikehendaki bagi kegiatankegiatan sukan atau lain-lain kehadiran akan direkod dalam buku rekod kokurikulum. 16.2. Murid lelaki dan perempuan mestilah berpakaian sukan yang kemas iaitu T-shirt putih /Tshirt sekolah /T-shirt persatuan/kelab semasa bersukan , olahraga atau pendidikan jasmani. Fasal 17 - SURAT MENYURAT 17.1. 17.2. 17.3.

Semua surat-surat yang dialamatkan kepada murid-murid akan diawasi oleh pengetua / guru-guru disiplin. Surat-surat yang telah dibuka oleh pengetua akan diserahkan kepada murid atau disimpan oleh pengetua selepas ditandatangani. Murid-murid yang menerima surat yang didapati isinya menyeleweng akan diambil tindakan atas mereka.

FASAL 18 - KEGIATAN LUAR 18.1.

18.2.

Murid tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan luar yang tidak kena mengena dengan sekolah melainkan jika mendapat kebenaran bertulis daripada tuan Pengetua. Murid dilarang menyertai perkumpulan / pertubuhan haram.

FASAL 19 - KEPERIBADIAN 19.1. 19.2. 19.3.

Murid mesti patuh kepada arahan guru dan pengawas setiap masa.. Murid mesti memberi ucapan selamat dan hormat kepada guru dan pelawat sekolah setiap masa seperti selamat sejahtera, assalamualaikum, selamat pagi, terima kasih dsb. Murid mesti berkelakuan baik dan bersopan santun di khalayak ramai.

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 8


19.4. 19.5. 19.6. 19.7.

Ketika hendak masuk ke bilik guru, pejabat atau bilik kelas ,murid-murid mestilah mengetuk pintu terlebih dahulu kemudian mengucapkan salam atau selamat. Ibu bapa / penjaga murid hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua sebelum pergi menemui anak/jagaan mereka. Murid-murid yang terjumpa barang-barang tercicir mesti diserahkan ke pejabat sekolah atau guru bertugas. Setiap murid mesti memastikan segala wang atau barang berharga selamat di dalam simpanannya.

FASAL 20- KEDATANGAN 20.1. 20.2.

20.3.

Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah mengemukakan surat akuan daripada ibu bapa / penjaga atau doktor. Murid yang sakit atau tidak hadir ke sekolah lebih daripada 3 hari berturut-turuit mestilah memberitahu guru tingkatan dengan segera, jika tidak surat amaran pertama akan diberi. Nama murid akan dipotong dari daftar sekolah jika ia masih tidak hadir ke sekolah selepas surat peringatan /amaran yang ketiga dihantar kepada ibu bapa/penjaga.

FASAL 21 - PELANGGARAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT. 21.1. Adalah menjadi kesalahan kepada murid jika ia:21.1.1 Tidak menghormati lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan. 21.1.2 Tidak menghormati guru dan kakitangan sekolah pada bila-bila masa pun 21.1.3 Tidak menghormati para pelawat. 21.1.3. Tidak menghormati pengawas sekolah , ketua tingkatan atau ketua-ketua pergerakan di sekolah. 21.1.4. Tidak menghormati sesama sendiri. 21.1.5. Bergaduh dan bertumbuk. 21.1.6. Ponteng sekolah. 21.1.7. Berjudi. 21.1.8. Menyimpan barang-barang yang dijumpai dan bukan hak milik. 21.1.9. Memukul guru atau kakitangan sekolah. 21.1.10. Mengugut atau mengancam guru,kakitangan sekolah atau sesama sendiri. 21.1.11. Menunjukkan sikap kurang sopan dan biadap. 21.1.12. Mencuri , menipu dan meminjam tanpa kebenaran. 21.1.13. Perasugut. 21.1.14. Menjadi ahli pertubuhan haram. 21.2.

MURID-MURID DILARANG DARIPADA

21.2.1. 21.2.2. 21.2.3.

Membawa senjata berbahaya (pisau, parang , rantai, gunting dsb) Membawa / bermain bahan letupan seperti bunga api dan mercun di kawasan sekolah. Membawa telefon bimbit / tangan.

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 9


21.2.4. 21.2.5. 21.2.6. 21.2.7. 21.2.8. 21.2.9. 21.2.10. 21.2.11. 21.2.12. 21.2.13. 21.2.14. 21.2.15. 21.2.16. 21.2.17. 21.2.18.

Membawa atau mengedar rokok,bahan tembakau atau dadah. Membawa pemetik / penggores api Membawa kaset,vcd,video,buku-buku / bahan bercetak yang tidak bermoral / lucah. Membawa /bermain ‘watch and game’ di sekolah atau bermain video game di luar kawasan sekolah. Membawa / alat solek dan perhiasan diri. Membawa makanan berbungkus plastik seperti gula-gula, gula-gula getah,coklat dsb. Membawa dan bermain daun terup / joker Membawa atau memakai tali pinggang berkepala besar/ berhias. Berkopiah atau bersarban. Memakai T-shirt bergambar / bertulisan / berwarna. Memakai selipar / kasut bukan kasut sekolah Membawa cecair pamadam (liquid paper) dan marker pen . Stokin selain daripada stokin sekolah Membawa / bermain gitar dan radio. Membawa bendera / lambang parti /pertubuhan politik.

FASAL 22 - HARTA BENDA SEKOLAH 22.1. 22.2. 22.3. 22.4. 22.5. 22.6. 22.7. 22.8.

Tiada seorang pun dibenarkan menggunakan atau mengambil alat-alat atau harta benda sekolah tanpa kebenaran. Alat-alat yang digunakan hendaklah disimpan semula di tempatnya dengan teratur dan selamat. Murid yang merosakkan alat-alat atau harta benda sekolah mestilah melaporkan dengan segera kepada pengetua dan mesti diganti. Murid tidak dibenarkan menconteng , mengguris atau mengotorkan dinding ,papan kenyataan ,kerusi ,meja atau semua harta benda sekolah. Tidak dibenarkan menampal poster atau dokumen bertulis di papan kenyataan atau di mana-mana bahagian kawasan sekolah tanpa kebenaran. Alat pemadam api tidak dibenarkan dialih. Kerusi meja tidak dibenarkan sama sekali dialih dari tempatnya. Murid yang kerusi mejanya rosak atau hilang hendaklah melaporkan kepada ketua tingkatan dan ketua tingkatan melaporkan kepada guru tingkatan/guru perabot/GPK /Pengetua.

FASAL 23 – KAWASAN LARANGAN 23.1. Pejabat sekolah, Bengkel Kemahiran Hidup , Bilik ERT, Bilik Komputer, Makmal Sains,Stor Sukan, Tandas Guru, Bilik Guru ,kawasan letak kereta, kawasan letak basikal dan motosikal 23.2. Murid dilarang masuk ke mana-mana bahagian dalam kantin. 23.3. Murid hanya boleh masuk ke kawasan tersebut jika mendapat kebenaran daripada guru yang bertanggungjawab.

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 10


FASAL 24 – BAYARAN YURAN 24.1. Yuran sekolah dijelaskan pada awal penggal persekolohan. 24.2. Murid yang berhutang akan ditahan keputusan peperiksaan dan semua sijil-sijil persekolahan mereka. FASAL 25 – PINJAMAN BUKU TEKS 25.1. Buku teks hendaklah dibalut plastik dan dijaga keselamatannya. 25.2. Murid-murid hendaklah memulangkan semua buku SPBT kepada guru tingkatan, buku-buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku baru yang sama tajuk atau dibayar harga buku tersebut. 25.3. Murid-murid yang tidak memulangkan buku SPBT selengkapnya tidak akan diberi pinjaman tahun berikutnya sehingga menggantinya dengan buku atau dengan wang harga buku tersebut. 25.4. Murid yang lambat memulangkan buku akan dikenakan denda dengan kadar tertentu. FASAL 26 – PERATURAN PEPERIKSAAN SEKOLAH Peperiksaan sekolah bermakna peperiksaan dalaman iaitu ujian bulanan,peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir 26.1. DEWAN PEPERIKSAAN tahun dan peperiksaan percubaan PMR /SPM. 26.1.1. 26.1.2. 26.1.3. 26.1.4. 26.1.5.

Meja hendaklah pada jarak yang sesuai dan pusingkan meja. Murid pastikan kebersihan dewan peperiksaan. Murid dibenarkan masuk dewan selepas arahan diberikan. Semua nota / buku hendaklah diletak diluar kelas / dewan. Susunan murid dalam dewan hendaklah disusun dalam barisan yang berselang aliuran.

26.2. KEDATANGAN 26.2.1. Sepanjang peperiksaan sekolah adalah dikira hari persekolahan biasa iaitu mengikut masa persekolahan biasa. 26.2.2. Murid tidak dibenarkan balik walaupun peperiksaan sudah tamat. 26.2.2. Murid mesti datang ke sekolah seperti hari persekolahan biasa walaupun tidak mengambil matapalajaran diawal peperiksaan sebelah pagi. 26.3.

PERATURAN AM PEPERIKSAAN

26.3.1 Murid dilarang meniru atau cuba menolong murid lain(mungkin dalam bentuk memberi kertas jawapan kepada kawan dalam bentuk lisan atau dalam bahasa isyarat). 26.3.2 Murid dilarang membawa nota ke dalam dewan pepriksaan (nota bertulis pada kertas/tangan /buku dan lain-lain) 26.3.3 Murid tidak dibenarkan meminjam alat tulis, pemadam dan sebagainya dari murid lain dalam dewan peperiksaan. 26.3.4 Murid dilarang makan / minum dalam dewan peperiksaan. 26.3.5 Murid tidak dibenarkan keluar dewan sehingga tempoh peperiksaan tamat. 26.3.6 Murid dilarang menggunakan cecair pemadam (liquid paper) Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 11


26.4. - TINDAKAN 26.4.1 Murid yang meniru atau memberi kawan tiru akan diberi markah 0 bagi mata pelajaran 26.4.2 Jika murid melanggar peraturan peperiksaan tindakan disiplin akan diambil(mengikut peraturan sekolah) FASAL 27 - PEPERIKSAAN LUAR Dalam masa peperiksaan PMR, SPM, dijalankan ,calon-calon sekolah adalah terikat kepada undang-undang dan peraturan sekolah seperti biasa. FASAL 28 - TINDAKAN / HUKUMAN 28.1

Apabila seorang murid atau kumpulan murid didapati melakukan perbuatan melanggar peraturan-peraturan sekolah , hukuman berikut boleh dikenakan ke atasnya. 28.1.1. Amaran 28.1.2. Dirotan 28.1.3. Dikenakan kelas tahanan (detention) 28.1.4. Denda 28.1.5. Dibuang sekolah 28.1.6. Membayar gantirugi 28.1.7. Dilapor kepada pihak berkenaan seperti polis/ Jabatan Kebajikan Masyarakat. 28.1.8. Lain-lain hukuman yang dibenarkan oleh Pengetua. 28.1.9. Murid-murid yang menerima hukuman akan direkod ke dalam SSDM (Sistem Salah Laku Disiplin Murid) dan ibu bapa akan dimaklumkan. 28.1.10. Kes-kes yang melibatkan polis (jenayah) laporan akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. 28.1.11.

FASAL 29 – PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Murid-murid yang mempunyai masalah , gangguan fikiran dan seumpamanya dinasihatkan supaya mendapat khidmat Bimbingan & Kaunseling daripada Kaunselor. FASAL 30 - PERATURAN- PERATURAN KHAS Murid-murid mesti mematuhi segala peraturan-peraturan khas yang disediakan apabila menggunakan bilik-bilik tertentu. 30.1. Perpustakaan 30.2. Makmal 30.3. Bengkel Kemahiran Hidup 30.4. Surau 30.5. Setor sukan 30.6. Bilik Bimbingan & Kaunseling 30.7. Lain-lain yang ditetapkan. Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 12


LAMPIRAN 1 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM (PINAFORE) BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 13


LAMPIRAN 2 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 14


LAMPIRAN 3 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 15


LAMPIRAN 4 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 16


LAMPIRAN 5 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 17


LAMPIRAN 6 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 18


LAMPIRAN 7 POTONGAN RAMBUT MURID

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 19


BORANG PENGAKUAN

Pengetua SMK Taman Indah 73000 Tampin Negeri Sembilan

BUKU PERATURAN SEKOLAH 1.

Saya telah memiliki buku tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan saya semasa saya bersekolah di sini.

2.

Saya faham segala yang terkandung didalamnya dan akan mematuhi kandungannya.

Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman tersebut.

Tandatangan pelajar:

Tanda tangan ibu bapa/penjaga:

………………………………………

…………………………………………..

Nama:………………………………..

Nama:……………………………………. No. Kad Pengenalan:……………………..

Tandatangan guru tingkatan: Nama:………………………………..

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI

Page 20

Undang-undang dan Peraturan Sekolah  

Undang-undang,peraturan,sekolah

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you