Issuu on Google+

Edisi 1 - Mac 2013

Krisis Air 21 Hari

足足 Sepanjang Pengaktifan Pelan Tindakan Kecemasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur dari 29 Disember 2012 hingga 18 Januari 2013, kakitangan PNHB bergabung tenaga bantu pengguna.

BULETIN KITA

Bukti Dedikasi Kakitangan

1


DARI MEJA PENGARANG Sidang Redaksi

Buletin KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

B

ertemu kita sekali lagi dalam edisi pertama Buletin KITA bagi tahun 2013. Tahun baru, permulaan yang baru bagi kita semua. Syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diberikan dan limpah rahmatnya kepada syarikat yang dicintai dan juga kepada kita semua. Segala cabaran yang ditempuhi mampu diatasi dengan kerjasama dan sokongan warga kerja PNHB.

BULETIN KITA

Kakitangan yang berkualiti, komited, ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan merupakan aset penting bagi sesebuah syarikat. Jadi pada keluaran kali ini, kami ingin memaparkan jasa dan keikhlasan kakitangan PNHB dalam memberi bantuan kemanusiaan ketika krisis pembekalan air atau ‘Emergency Response Plan (ERP)’ baru-baru ini. Sokongan jitu dari kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan bantuan tersebut disambut baik oleh orang ramai yang terjejas dengan situasi tersebut, justeru sedikit sebanyak menaikkan nama syarikat di mata awam.

2

Kami juga turut berbangga apabila YBhg Tan Sri Rozali Ismail ditampilkan di muka hadapan majalah terkemuka antarabangsa, ‘The European’ edisi Januari-Februari yang diedarkan ke setiap ‘business lounge’ syarikat penerbangan terkemuka di Lapangan Terbang Heathrow, UK. Ianya juga diedarkan di World Economic Forum, Davos, Switzerland pada bulan Januari lalu. Sebanyak 6 mukasurat dikhususkan untuk soal jawab bersama YBhg Tan sri dan juga informasi tentang syarikat. ‘Branding’ seperti ini penting untuk mempromosi syarikat ke mata dunia.

Dalam keluaran ini, kami ada memaparkan liputan tentang ‘Barge’ yang dimiliki oleh GOM Resources Sdn Bhd dalam segmen INFO KITA yang pastinya akan memberi sedikit sebanyak informasi yang kita tidak tahu tentang operasi Puncak Oil and Gas Sdn Bhd ini. Buletin KITA sentiasa ingin memperbaiki dan mempelbagaikan mutu isi kandungan supaya lebih menarik dan menepati citarasa warga PNHB. Sidang pengarang begitu teruja menerima penyertaan yang amat menggalakkan dalam ‘Kuiz Uji Minda’ pada keluaran lepas. Kami sentiasa berharap anda terus menyokong Buletin KITA dengan memberi sumbangan artikel, atau pendapat dan cadangan pada kami. Sila emelkan sumbangan anda kepada saya di lydiana@puncakniaga.com. my Wan Lydiana Wan Abdul Aziz Ketua Pengarang

Penaung

YBhg. Tan Sri Rozali Ismail

Penasihat

YBhg. Dato’ Syed Danial Syed Ariffin YBhg. Datuk Dr. Muzahet Masruri YBhg. Dato’ Ruslan Hassan Abdul Halim Mat Som

Ketua Pengarang

Wan Lydiana Wan Abdul Aziz

Sidang Pengarang

Syahidah Ismail Hanizah Hamzah Nur Darwina Mahmud Ainunnajhan Marzuki Nor Azah Mat Patry

Grafik dan Penerbitan

Noor Hailizam Muhammad Afifi Hussain Charles Santana

Fotografi

“Envy is the ar t of counting the other fellow’s blessin gs instead of your own.” Harold Coffin

Noor Hailizam Muhammad Afifi Hussain Adam Aidil Padali Meor Zukhairi Rosli (CCPA SYABAS) Zaid Arif (CCPA SYABAS)

Penerbit Bersama

Jabatan Perhubungan Awam, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd dan Bahagian Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) Lot G32-3 Blok 4 Laman Seri Business Park Persiaran Sukan, Seksyen 13 40100 Shah Alam Tel Faks

: 03-55105471 : 03-55105841


DARI MEJA PENGERUSI EKSEKUTIF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga PNHB

S

eperti kita semua tahu, krisis air yang berlaku pada hujung tahun 2012 telah mengundang pelbagai kecaman daripada pihak-pihak tertentu dan juga daripada orang awam yang terlibat. Tetapi atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, kita telah menghantar kakitangan untuk turun ke padang bagi membantu mereka yang memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian. Saya mewakili pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda semua kerana tabah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan walaupun ianya agak sukar dan mencabar. Sikap kakitangan yang berdedikasi, berdisplin dan komited terhadap tu-

“Walau sekecil manapun sumbangan anda untuk syarikat, kami tetap menghargainya.”

gas yang diberikan wajar dicontohi dan merupakan kebanggaan dan aset kepada sesebuah organisasi.

sistem ‘Biosand Filtration’. Ini merupakan salah satu peluang jalinan kerjasama pintar dengan sektor awam.

Tahun 2013 merupakan tahun yang tidak kurang hebat cabarannya dari tahun-tahun yang lepas. Kita harus memasang strategi untuk mengembangkan perniagaan syarikat dari masa ke semasa. Untuk itu, semangat kerjasama dan tidak mudah putus asa daripada anda semua amat digalakkan bagi merealisasikan impian ini. Walau sekecil manapun sumbangan anda untuk syarikat, kami tetap menghargainya dan berharap sokongan anda akan berterusan di masa hadapan.

Kita juga sedang aktif menjalankan beberapa projek di Sarawak yang mampu menjana keuntungan untuk syarikat dan saya yakin, dengan sokongan anda semua, kita akan berjaya memperolehi sasaran yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah, pada awal tahun ini, kita telah menjalankan beberapa acara seperti menyertai pameran Langkawai International Maritime & Aerospace (LIMA) dan di sana juga kita telah menandatangani MOA bersama Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi kerjasama ‘R&D’ untuk

Tan Sri Rozali Ismail

Kakitangan POG, SYABAS dan PNSB, saya percaya bahawa kita mampu maju ke hadapan sebagi sebuah organisasi yang berjaya dan disegani. Akhir kata, selamat maju jaya!

BULETIN KITA

YBHG. TAN SRI ROZALI ISMAIL PENGERUSI EKSEKUTIF PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD

3


TAZKIRAH

Aku Kaya?…

A

lhamdulilah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana setiap hari kita dikurniakan pelbagai nikmat dan anugerah yang tidak terkira,dan setiap hari Allah sentiasa memberikan rezeki yang terlalu banyak sehingga kita terlupa untuk melaksanakan perintah dan tuntutan yang sepatutnya kita laksanakan.Hari ini setiap manusia ada cita-cita,ada matlamat,ada yang ingin berjaya dalam kerjaya dan ada juga yang inginkan satu kehidupan yang mewah dan hebat dalam erti kata lain - “kekayaan” Pengertian kaya iaitu banyaknya harta benda seseorang di dunia ini ,satu perkataan yang sentiasa diungkapkan kepada mereka yang berkerjaya. Mari kita renung sejenak, apakah pengertian sebenar “Kekayaan yang Hakiki” di sisi Allah s.w.t.

Kaya Jiwa Sifat Qanaah (berpada-pada) adalah lambang kekayaan jiwa yang sebenar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

BULETIN KITA

“Kekayaan yang sebenar bukan terletak pada harta yang banyak. Tetapi ,kekayaan yang hakiki ialah kaya jiwa.” (Riwayat al-Bukhari, no 6446)

4

Ramai manusia yang memiliki harta melimpah ruah tetapi masih tidak berpuas hati dengan pemberian Allah s.w.t itu. Sesungguhnya, kekayaan yang sebenar adalah kaya jiwa. Golongan sebegini akan merasa cukup dan redha atas setiap pemberian Allah s.w.t serta tidak terlalu mendesak dirinya sendiri untuk menambahkan hartanya. Sifat ini lahir daripada jiwa hamba yang sentiasa bersyukur dan redha terhadap qada dan qadar Allah dalam hidupnya.

Hamba Harta Ada insan yang menghambakan dirinya kepada harta sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Iaitu orang yang hidup hanya mengumpul dan menghitung harta. Dia menyangka bahawa hartanya akan menyebabkan dia kekal di dunia.” (Surah al-Humazah 104:2:3) Segala urusan dalam hidupnya sama ada siang atau malam semata-mata untuk menambahkan harta. Golongan ini tidak mempedulikan cara mendapatkannya sama ada ia datang dari cara halal ataupun haram. Mereka sanggup meninggalkan keluarga dan sentiasa mengabaikan tuntutan agama seperti solat serta hukum–hakam dalam agama. Mereka bukanlah orang kaya yang hakiki tetapi orang kaya yang sangat dihina Allah s.w.t. kerana terlalu gembira dengan nikmat pemberian Allah sehingga melupakan segala amanah dan tanggungjawab di atas muka bumi ini. Berikut antara baitbait syair Imam al-Syafi’i yang bermaksud : “Sekiranya kalian memiliki hati yang bersifat qanaah (berpada-pada). Maka kalian sebenarnya sama seperti orang yang memiliki seluruh dunia ini” Jadi sahabat-sahabat marilah kita renungkan kembali setiap sen yang kita miliki. Adakah ia datang daripada keberkatan atau kenikmatan yang

sia-sia? Maka sesungguhnya Allah terlalu sayang dan kasih kepada golongan yang sentiasa bersyukur. Renung-renungkanlah….


BERITA KORPORAT

Appointment of Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah as Chairman of GOM Resources Sdn Bhd.

Y

Bhg Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah was appointed to the Board of GOM Resources Sdn Bhd on 1st March 2013. YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz holds a Bachelor of Economics (Honours) from the University of Malaya, Masters in Philosophy (Development Studies) from the Institute of Development Studies, University of Sussex, Brighton, UK and a Ph.D. (Economics) from the School of Business and Economic Studies, University of Leeds, UK. He also attended the Advanced Management Program at Harvard Business School, Harvard University, Boston USA. YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz has spent more than 37 years in Public Service with vast experiences in finance and economic sectors. He began his career in 1975 as the Assistant Director in the Economic Planning Unit (EPU), Prime Minister’s Department and was promoted to Senior Assistant Director in 1984, before assuming the role of Director of Energy Section in

the same department. In late 1998, YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz was seconded by the Government of Malaysia to the World Bank Group, Washington D.C, USA as the Alternate Executive Director representing the South East Asia Group. YBhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz returned to Malaysia in 2001 and assumed the role of Deputy Under Secretary (Macro), Economics and International Division, Ministry of Finance (MOF). In 2004, he served in the EPU, Prime Minister’s Department as Deputy Director General in the Macro Planning Division. He was appointed as the Deputy Secretary General of Treasury (Policy), MOF in 2005 and was promoted on 28th February 2007 as the Secretary General of Treasury, MOF. He retired from Public Service on 23rd May 2008

and subsequently continued to serve as Secretary General of Treasury until 23rd August 2012. Currently, he is the Chairman of Malaysia Airport Holdings Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bintulu Port Holdings Berhad, Samalaju Industrial Port Sdn Bhd, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad and Pembinaan BLT Sdn Bhd. He is also a Board Member of Permodalan Nasional Berhad, Sime Darby Berhad, Sime Darby Motors Sdn Bhd, Felda Global Ventures Holdings Berhad, Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd, Johor Petroleum Development Corporation Berhad and Islamic Development Bank.

GOM Resources Menyumbang Kepada Tabung Kesejahteraan enyedari kepentingan kanakkanak sebagai pemimpin masa hadapan, GOM Resources tampil membantu inisiatif yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang melancarkan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia melalui penganjuran Konsert PERMATA Seni 2013 yang berlangsung di Istana Budaya pada 26 Februari 2013. Matlamat tabung ini adalah untuk membantu kanak-kanak dunia termasuk di Malaysia yang terlibat dengan musibah seperti peperangan, bencana alam, kebuluran serta kemiskinan. YBhg Tan Sri Rozali Ismail dan isteri telah hadir bagi menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000.00 untuk disalurkan kepada tabung tersebut. Syarikat-syarikat korporat pelbagai sektor turut memberikan sumban-

gan daripada RM100,000.00 hingga mencecah RM2 juta. Jumlah dana yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM21 juta. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli berangkat ke konsert yang dikhaskan buat tetamu jemputan dengan tetamu Diraja yang lain iaitu DYMM Sultan Pahang dan DYMM Sultanah Pahang, DYMM Pemangku Raja Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah serta Yang Dipertua Negeri. Turut hadir ke konsert ini adalah YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Isteri, Ketua Setiausaha Negara dan Isteri, Menteri-

Menteri Besar, Menteri Kabinet, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Konsert PERMATA dijayakan oleh anak-anak PERMATA Seni bagi melambangkan sokongan padu mereka berasaskan prinsip “Untuk KanakKanak, Daripada Kanak-Kanak”. Mereka mempersembahkan konsert berbentuk muzikal yang mengandungi mesej dengan lakonan, tarian, alunan muzik dan koir. Ternyata anakanak PERMATA mempunyai bakat yang luar biasa, setanding golongan seni profesional. Konsert ini telah disiarkan secara langsung pada malam tersebut di saluran TV2.

BULETIN KITA

M

5


BERITA KORPORAT

PNHB Goes to Europe!

T

he latest ‘The European’ magazine (January – February issue), which featured YBhg Tan Sri Rozali Ismail on its cover, was distributed at the British Airways Lounge in the London Heathrow Airport and at the recent World Economic Forum at Davos, Switzerland from 23-27 January 2013. Apart from British Airways, this magazine was also made available on complimentary basis in the first class and business class lounges of major airlines such as the Emirates, BMI International, Flybe Lounge, Harrods Aviation, Singapore Lounge, and Virgin Atlantic and at the airport lounges throughout the United Kingdom. ‘The European’ boasts a readership of over 120,000 high flying entrepreneurs, key industry players and decision makers.

The European Exclusive Interview With Tan Sri Rozali Ismail on Puncak Oil and Gas

I

n the latest issue of The European magazine (March – April issue), the editorial team interviewed YBhg Tan Sri Rozali up close and personal regarding Puncak Niaga’s bold move into the oil and gas sector. As mentioned in the interview, YBhg Tan Sri said the oil and gas sector offers immense growth and sustainability potential, which fits the aspiration of the Puncak Niaga group of companies. “I see Puncak Oil and Gas Sdn Bhd and GOM Resources Sdn Bhd as the perfect platform to explore and maximize opportunities in the O&G industry“.

BULETIN KITA

Two pages of Q & A (Page 25 and 25) and one advertorial (Page 27) was featured in the magazine.

6

We hope with such global exposure, Puncak Niaga will continue to strengthen its brand on the international business arena and move forward to expand its horizon.


BERITA KORPORAT

SYABAS Taja 6 Tangki Statik Air Sempena Thaipusam

P

ada 25 Januari 2013, satu Majlis Penyerahan Sumbangan Tangki Statik Sempena Perayaan Thaipusam telah diadakan bertempat di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Gombak. Sempena perayaan tersebut, SYABAS telah membekalkan sebanyak enam tangki statik air iaitu bersamaan den-

gan 3,600 liter air bagi digunakan untuk jamuan ’Free Mooru’ kepada para penganut agama Hindu dari seluruh negara dan luar negara yang datang ke Batu Caves bagi melaksanakan upacara keagamaan sempena perayaan tersebut. Dianggarkan seramai 1.5 juta orang penganut agama Hindu dari seluruh Malaysia akan berkumpul di Batu Caves bagi meraikan perayaan tersebut. Penyerahan sumbangan bekalan air bersih tersebut telah disempurnakan oleh Ir V. Subramaniam selaku Pengarah Eksekutif Sumber Strategik SYABAS. Sumbangan air bersih SYABAS tersebut bukan sahaja bagi memenuhi

tanggungjawab sosial korporat syarikat bahkan juga sebagai satu tanda simbolik dalam menyahut seruan YAB Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam menerapkan semangat 1Malaysia oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Lawatan oleh Datin Seri Paduka Rosmah Mansor ke Flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras tas dasar prihatin, YABhg Datin Seri Paduka Rosmah Mansor selaku isteri Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu lawatan ke Flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Januari 2013 berikutan insiden gangguan bekalan air tidak berjadual yang telah berlarutan selama 2 minggu. Selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, YABhg Datin Seri Paduka Rosmah Mansor bersama-sama lebih 50 anggota Pandu Puteri Cawangan Wilayah Persekutuan turut mengedar kira-kra 2,000 botol air minuman bersaiz enam liter kepada para penghuni Flat Sri Melaka. Difahamkan terdapat ramai penduduk di Flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras yang tidak mampu mengangkat air ke rumah mereka bagi kegunaan harian. YABhg Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dalam ucapannya turut menggesa lebih banyak badan korporat untuk tampil memberi sumban-

gan dan membantu golongan masyarakat yang terjejas dek gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Pihak SYABAS yang diketuai oleh YBhg Dato’ Ruslan Hassan turut hadir dalam program ini bagi memberikan taklimat dan menghulurkan bantuan berbentuk lori tangki kepada penduduk-penduduk di Flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras.

BULETIN KITA

A

7


BERITA KORPORAT

Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 RAJD (AW) – Tunaikan Tanggungjawab Bantu Mangsa Banjir di Kawasan Utara Tanah Air

B

agi menyahut seruan Kementerian

Pertahanan Malaysia yang telah mengarahkan semua agensi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anggotanya untuk bersiap sedia digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dengan kerjasama Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke60 RAJD (AW) pada 27 Disember 2012 telah melancarkan Misi Bantuan

Keluarga Pejuang Negara Dibantu

BULETIN KITA

B

8

erita keguguran salah seorang anggota Komando Vat 69 yang menyertai operasi memerangi kumpulan pengganas di Lahad Datu, Sabah; Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46, telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Pemergian beliau juga dianggap sebagai kehilangan yang sangat berharga. Jasa, perkhidmatan dan pengorbanan yang telah diberikan untuk mempertahankan kedaulatan negara amatlah dihargai.

Kemanusiaan dan Bekalan Air Bersih kepada mangsa-mangsa banjir bertempat di perkarangan Markas Skuadron Selangor, 60 RAJD (AW), Sungai Besi dan telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif SYABAS, merangkap Brigadier Jeneral (Kehormat) 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air RAJD (AW).

Sebanyak 4 buah lori tangki air dan 6 buah lori bagi mengangkut 6,000 botol air minuman 5 liter telah digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat. Dengan semangat yang tinggi, para anggota RAJD giat menjalankan tugas mengagih dan menghantar bekalan air bersih kepada para penduduk kampung khususnya di pusat-pusat penempatan sementara.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, SYABAS dan Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 RAJD (AW telah menggerakkan seramai 35 orang anggota Skuadron Selangor dari pasukan 60 RAJD Pakar Pengendali Air dan juga beberapa orang kakitangan SYABAS bagi menyempurnakan misi bantuan kemanusiaan ini.

Bantuan serta sumbangan yang dilakukan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial SYABAS serta RAJD sebagai tanda keprihatinan dan dalam usaha untuk turut sama turun padang bersamasama masyarakat bagi membantu meringankan beban penduduk yang menghadapi situasi bencana alam ini seperti ini.

Bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham ini, YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor – YBhg Tan Sri Rozali Ismail yang diwakili isterinya Puan Sri Faridah Idris telah menyampaikan sumbangan kepada balu serta ahli keluarganya yang lain. Bantuan yang diberikan merupakan pembiayaan upah haji untuk allahyarham, membantu kos pengajian dan pembelajaran tiga anak Allahyarham hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan turut menyediakan peluang pekerjaan untuk anak-anaknya sebaik mereka tamat pengajian.

Mengambil kenyataan YBhg Tan Sri di dalam Utusan Malaysia, 6 Mac 2013 berkata ”Sabarudin adalah anak jati Selangor dan gugur sebagai pahlawan yang memperjuangkan maruah bangsa dan negara. Oleh itu, saya dan keluarga berhasrat melaksanakan beberapa hajatnya yang tidak kesampaian.”

~ Al-Fatihah buat Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud – Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Rohnya dan Ditempatkan di Kalangan Orang Beriman ~


BERITA KORPORAT

SYABAS Kenang Jasa Bekas-Bekas Kakitangan – Skim Perlindungan Takaful Bantu Bekas Keluarga Kakitangan Yang Meninggal Dunia Meneruskan Kehidupan jal maut di tangan Allah, kita yang masih hidup haruslah meneruskan dan memanfaatkan kehidupan ini dengan sebaik-baiknya. Bagi menghargai semua jasa kakitangan yang telah meninggal dunia sewaktu bertugas dan menyumbang kepada kecemerlangan Syarikat, SYABAS telah mengadakan upacara penyerahan bayaran pampasan insurans lepada kakitangan dan wariswaris kakitangan pada 21 Disember 2012. Pada acara ini, seramai 7 orang waris bagi 5 orang bekas kakitangan yang meninggal dunia telah hadir bagi menerima pampasan yang disampaikan sendiri oleh Tuan Haji

Zainuddin Othman, Pengarah Eksekutif Sumber Manusia dan Pentadbiran. Bagi memastikan kebajikan kakitangannya terjamin, SYABAS telah menyediakan dua skim insurans bagi semua kakitangan, iaitu Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok dan Skim Takaful Hayat Berkelompok. Kedua-dua skim tersebut memastikan semua kakitangan dilindungi sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

keluarga kakitangan dan juga bekas kakitangan yang telah meninggal dunia dalam meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Pihak Syarikat berharap dengan penerimaan pampasan ini, sedikit sebanyak akan meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli

BULETIN KITA

A

9


BERITA KORPORAT

Kerjasama Pintar PNSB dan Pusat Penghayatan Alam (NIC)

P

NSB merupakan antara syarikat yang mempelopori jalinan hubungan pintar bersama Pusat Penghayatan Alam atau NIC (Natural Interpretive Centre) Taman Wetland, Putrajaya melalui sumbangan bahanbahan bacaan bernilai RM3,000 kepada pusat berkenaan.

persekitaran secara lestari. Selain daripada bahan-bahan rujukan dan bacaan, NIC turut dilengkapi dengan pengisian multimedia, simulasi, kesan khas, bahan pameran statik dan interaktif, serta ruang dan peralatan edutainment dengan teknologi terkini yang bertaraf antarabangsa.

NIC adalah sebahagian daripada Taman Wetland Putrajaya yang diurus selia oleh Perbadanan Putrajaya. Ia bukan sahaja menjadi ikon pelancongan di Putrajaya bahkan dijangka menjadi pusat pembelajaran, rujukan dan penyelidikan mengenai wetland, flora dan fauna serta pengurusan sumber alam dan

Pada 5 Februari 2013, NIC telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, manakala wakil daripada PNSB ialah YBhg Datuk Dr. Muzahet Masruri, Pengarah Eksekutif Sumber Strategik dan Perhubungan Awam yang merupakan

BULETIN KITA

M

10

salah seorang tetamu kehormat pada majlis tersebut. Pada majlis itu, YBhg. Datuk Dr. Muzahet telah menyerahkan sumbangan buku “Maliau Basin – Sabah’s Lost World” serta 31 buah buku berkaitan flora dan fauna kepada YBhg. Tan Sri Aseh Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya sebagai tanda jalinan kerjasama di antara PNSB dan Perbadanan Putrajaya. PNSB akan bekerjasama dan terus menyokong usaha-usaha kerajaan ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

SSP2 Terima Anugerah pada Malam Kimia 2012

alam Kimia 2012 anjuran Institut Kimia Malaysia (IKM) telah diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 30 November bagi memberi penghargaan kepada syarikatsyarikat swasta dan individu yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai penglibatan di bidang kimia. Malam Kimia tersebut juga bagi memperingati jasa tokoh-tokoh IKM dan meraikan anak-anak ahli-ahli IKM yang telah mendapat keputusan

cemerlang dalam perperiksaan PMR, SPM dan STPM. Majlis dirasmikan oleh YB. Datuk Fadilah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. Loji Pembersihan Air Fasa 2 (SSP2) adalah antara 41 penerima anugerah kategori 2012 IKM Laboratory Excellence Awards. Tn. Hj Abd Rashid bin Abd Satar, Pengarah Eksekutif Jabatan Operasi & Penyenggaran menerima anugerah tersebut mewakili PNSB. Antara wakil PNSB yang hadir ialah Madam Teh Yeok Sien,

Pengurus Kanan, Jabatan Operasi & Penyenggaraan dan Ir. Abdul Samad Sulaiman, Pengurus Kanan Loji SSP2. Anugerah 2012 IKM Laboratory Excellence Awards diwujudkan bagi memastikan komitmen makmal untuk mencapai kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap selaras dengan perundangan tempatan terutamanya dalam bidang kesihatan, keselamatan dan persekitaran.


AKTIVITI-AKTIVITI

2013, Bermulanya Di Sini

(Talk Show Bersama Ustaz Sabri Abd. Rani, Tanyalah Ustaz, TV9) rogram anjuran Pejabat Pengerusi Eksekutif pada 29 Disember 2012 di Wisma Rozali, Shah Alam yang menampilkan Ustaz Sabri Abd. Rani, panel program Tanyalah Ustaz, TV9 dan Ustaz Haslin Baharim selaku moderator, telah berjaya menarik minat ramai kakitangan muslim. Dengan pengalaman bukan sahaja sebagai penceramah, malah sebagai pakar motivasi, Ustaz Sabri berjaya membawa para audiens untuk melakukan pembaikan diri terutama dalam konteks sebagai pekerja bagi melengkapkan diri sebagai mukmin profesional. “Perubahan bermula dengan perkara yang kecil dari diri kita dan bermulanya sekarang.” Itulah tagline yang selalu di-

gunakan oleh penceramah apabila mengulas mengenai perubahan. Menurut beliau, perubahan ke arah kebaikan bukan sesuatu yang sukar bahkan ia merupakan lintasan yang datang secara langsung daripada Allah SWT, tetapi akan terhalang apabila bertangguh melaksanakannya kerana itu adalah agenda syaitan. Ustaz Sabri turut menegaskan betapa pentingnya ilmu yang dikutip dalam ‘living university’ dan keutamaan memelihara hubungan dengan Allah dan manusia serta sentiasa membuat penambahbaikan. Tambah beliau lagi, dalam kehidupan, kita sentiasa diberi peluang dan pilihan untuk membuat kebaikan dan setiap daripadanya akan kembali kepada kita semula (kindness boomerang). Program ini turut dihadiri oleh empat orang wakil Islamic Relief Malaysia yang merupakan salah sebuah NGO yang membantu rakyat Palestin dan mempunyai rangkaian di serata dunia. Pn. Zaliza Alias, salah seorang aktivitis yang berpeluang ke Gaza telah berkongsi pengalaman beliau mengenai ‘keindahan’ yang wujud di bumi Palestin. Antara inspirasi yang beliau catatkan dari bumi Anbiya’ itu untuk dihayati dan dipraktikkan ialah: untuk sentiasa memberi, untuk bangkit berjuang, ketabahan anak-anak para syuhada’ meneruskan kehidupan dan perjuangan, kepentingan ukhuwwah yang mantap, tahap kebergantungan kepada Allah yang tidak berbelah bagi, kepercayaan kepada janji Allah dan keazaman untuk menghadapi kezaliman serta tidak lari daripada perjuangan. Di akhir program, YBhg Datuk Dr.

Muzahet Masruri, Pengarah Eksekutif Sumber Strategik dan Perhubungan Awam telah melancarkan Tabung Palestin yang akan diletakkan di ibu pejabat PNSB, loji dan empangan. Beliau berharap para kakitangan dapat menyelami perasaan rakyat Palestin dan menyeru supaya menyumbang walaupun sedikit. Segala sumbangan akan diserahkan kepada NGO seperti Islamic Relief Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

BULETIN KITA

P

11


AKTIVITI-AKTIVITI

P

Mengejar Cemerlang Dalam Kesederhanaan

ada 2 Februari, lebih 650 orang warga kerja PNHB telah meluangkan masa untuk mengimarahkan majlis sambutan Maulidur Rasul di Wisma Rozali Shah Alam. Majlis yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Unit Hal-Ehwal Agama di bawah kepimpinan Ustaz Haslin Baharim dengan sokongan daripada Jabatan Perhubungan Awam, Pentadbiran, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, F&B dan Operasi & Penyelenggaraan. Antara jemputan istimewa ialah Ustaz Sani Abdul Rani, pendakwah bebas; Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Ustazah Dato’ Siti Norbahiyah Mahmood, pasangan personaliti TV popular - ‘Semanis Kurma’; dan Iwan Syahman yang dahulunya dikenali sebagai ‘Iwan Dangdut’. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Encik Azlan Shah Tan Sri Rozali, Puan Nur Dayana Tan Sri Rozali dan suaminya Encik Mohd Izzudin Abdul Samat serta wakil barisan pengurusan PNSB dan SYABAS.

BULETIN KITA

Sejajar dengan tema sambutan Maulidur Rasul 1434H iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, Ustaz Abdul Rani telah menyampaikan ceramah yang menarik bertajuk ‘Budaya Kerja Mengikut Sunnah’ diikuti dengan sesi sembang bual yang menghiburkan di antara Ustaz Haslin, Ustaz Wan Akashah, Ustazah Dato’ Siti Norbahiyah dan saudara Iwan.

12

Antara pengajaran yang boleh dimanfaatkan bersama ialah kita harus jujur dan amanah dalam setiap aspek ke-

hidupan kita tidak kiralah sama ada dalam kerjaya atau peribadi. Ugama Islam juga menekankan konsep kesederhanaan dan keseimbangan dalam mengejar kejayaan dalam hidup ini. Selain daripada memperingati hari kelahiran Junjungan Besar kita dan mengenang perjuangan baginda menegakkan syiar Islam, majlis berkenaan juga bertujuan untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin dan masyarakat Rohingya. Atas dasar keprihatinan, PNSB telah mengeluarkan zakat pendapatan syarikat sebanyak RM100,000.00 yang dilunaskan kepada rakyat Palestin dan masyarakat Rohingya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Dato’ Syed Danial Syed Ariffin, Pengarah Urusan PNSB kepada Pengarah Negara Islamic Relief Malaysia, Tuan Haji Zairul Shahfuddin bin Zainal Abidin.


AKTIVITI-AKTIVITI

Anak-anak Yatim Asrama Damai, Kuang Kenali Hidupan Maritim di Aquaria KLCC

M

usim cuti sekolah pada 27 November 2012 yang lalu telah menjadi satu hari yang menyeronokkan bagi anak-anak yatim di Asrama Damai, Kuang ini apabila Syabas telah membawa mereka mengadakan lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC, Kuala Lumpur. Program di bawah tanggungjawab korporat Syarikat ini telah bertujuan berpeluang untuk mengamati keindahan dan kesibukan ibu kota, malah

juga dapat menimba ilmu dan pengetahuan tentang lebih 250 spesis dan 20,000 jenis hidupan akuatik yang terdapat di Malaysia dan seluruh dunia. Antara tarikan yang terdapat di Aquaria KLCC ini ialah terowong Aquaria yang memaparkan hidupan marin termasuk ikan jerung, obor-obor dan pelbagai spesis marian serta kolam interaksi Aquaria (interactive pools) di mana pelawat boleh memegang haiwan-haiwan yang berada di dalam kolam tersebut. Melalui program ini, anak-anak yatim tersebut sekurang-kurangnya dapat mengisi waktu cuti sekolah mereka dengan perkara yang bermanfaat seperti anak-anak lain yang mempunyai keluarga.

SYABAS sentiasa komited dalam melaksanakan program-program dan aktiviti yang menyumbang ke arah pembangunan masyarakat. SYABAS berpendapat adalah penting bagi sesebuah organisasi untuk mengamalkan konsep ’memberi semula’ kerana dalam masa yang sama, Syarikat dapat memberi pendedahan serta pendidikan yang berguna kepada masyarakat khususnya tentang industri pembekalan air.

Musim Cuti Sekolah Lebih Ceria – Syabas Bawa Anak-Anak Yatim Menonton Teater Muzikal ‘Beauty & The Beast’

M

usim cuti sekolah yang panjang yang panjang merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar sekolah. Di kesempatan ini, SYABAS telah mengambil peluang mengadakan aktiviti bersama para pelajar sekolah dan sekaligus memanfaatkan cuti sekolah ini.

Muzikal Beauty and The Beast bertempat di Sunway Lagoon Amphitheatre pada 27 Disember 2012 yang lalu. Program yang dijalankan di bawah tanggungjawab korporat ini bertujuan untuk meluangkan masa beramah mesra bersama anakanak yatim dan saudara baru di rumah perlindungan anak-anak terse-

but, selain memberi pengalaman baru kepada mereka untuk melihat persembahan teater muzikal yang di adaptasi dari cerita kartun pujaan ramai di seluruh dunia secara langsung. Melalui program ini juga, anakanak yatim tersebut yang turut serta dalam program ini sekurangkurangnya dapat mengisi waktu cuti sekolah mereka dengan program yang berfaedah walaupun kurang bernasib baik berbanding dengan kanak-kanak yang seusia dengan mereka.

BULETIN KITA

Seiring dengan itu, SYABAS telah mengadakan program bersama anak-anak yatim Shifa’ dan anakanak dari rumah perlindungan Agathians untuk menonton Teater

13


AKTIVITI-AKTIVITI

SYABAS Rai Penghuni Rumah Anak Yatim House of Joy Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

B

agaikan tidak sabar untuk memilih barangan keperluan mereka, senyuman di bibir kanakkanak ini tidak pernah lekang dan keceriaan jelas terpancar di wajah para penghuni di Rumah Anak Yatim House of Joy, Taman Kinrara apabila mereka di bawa ke Pusat Membeli Belah AEON Bandar Puchong bagi membuat persiapan sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina. Selaras dengan konsep ’Nurturing Relationship’ yang dipraktikkan oleh SYABAS di bawah program Tanggungjawab Korporat, seramai 40 orang kanak-kanak dan warga emas dari rumah anak yatim tersebut diberi keistimewaan untuk memilih barangan keperluan mereka sendiri. SYABAS sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan kebajikan komuniti setempat turut mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu golongan yang

memerlukan dan menceriakan anak-anak yatim yang serba kekurangan ini dalam menyambut perayaan kebesaran mereka.

Wad Pediatrik Hospital Selayang Terima Kunjungan SYABAS Sempena Perayaan Hari Natal

D

BULETIN KITA

alam membina dan mewujudkan jaringan yang lebih baik di antara sesebuah syarikat dengan komuniti setempat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik, Hospital Selayang bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas 2012 pada 24 Disember 2012.

14

Dalam program ini, seramai 90 orang kanak-kanak di wad pediatrik ini telah diberikan sumbangan dan cenderahati istimewa bagi menceriakan mereka walaupun terpaksa menyambutnya di Hospital. Selain itu, kanak-kanak ini juga turut dihiburkan dengan kemunculan badut dan ’Santa Claus’ serta aktiviti silap mata sepanjang lawatan dan ramah mesra ini berlangsung. Selain melawat dan beramah mesra bersama kanak-kanak di wad ini, program ini juga merupakan satu landasan terbaik bagi Syarikat

untuk lebih mengenali dan mengeratkan jalinan ukhuwah dan kerjasama dengan institusi kerajaan terutamanya dengan Hospital Selayang.


AKTIVITI-AKTIVITI

Teruja Tonton Pesona Pengembaraan ‘The Hobbit’

T

he Hobbit: An Unexpected Journey merupakan antara tayangan filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2012. Filem tersebut merupakan prekuel kepada filem trilogi The Lord of The Rings yang telah ditayangkan pada tahun 2001, 2002 dan 2003. Setelah hampir 10 tahun penantian, peminat-peminat The Lord of The Rings akhirnya berpeluang untuk mengimbas semula pesona trilogi tersebut menerusi prekuel The Hobbit.

Menyedari filem hangat ini merupakan antara ‘Film of the Year’, pihak CCPA SYABAS telah menganjurkan satu tayangan khas di kalangan rakan-rakan media yang tak kunjung jemu membuat liputan berita tentang SYABAS pada 24 Disember 2013 bertempat di Golden Screen Cinema, The Garden. Program ini juga merupakan platform penghargaan kepada rakan-rakan media kerana melalui aktiviti menonton wayang inilah pihak CCPAD SYABAS dapat berinteraksi dan menjalin persahabatan dengan lebih santai berbanding pada waktu bertugas. Turut hadir menyaksikan filem tersebut bersama-sama ialah YBhg Dato’ Ir Lee Miang Koi, Ketua Pegawai Operasi SYABAS.

Wakil PNSB dan Syabas Ke Media Prima Sempena Hari Jadi Dato’ Manja ebagai salah satu langkah untuk merapatkan lagi hubungan di antara Syarikat dengan pihak media, Unit Media Jabatan Perhubungan Awam PNSB dan Jabatan Perhubungan Korporat SYABAS telah berkunjung ke pejabat Media Prima Berhad pada 16 Januari 2013,untuk meraikan hari jadi Editor Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa NTV7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Dato’ Manja Ismail. Menurut Dato’ Manja, beliau berasa teruja dengan kunjungan wakil Puncak Niaga dan SYABAS kerana mengingati hari jadi beliau dan bersusah payah datang semata-mata untuk meraikannya. Kunjungan seperti ini lebih memberi impak yang mendalam kepada diri beliau dan Media Prima. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Jabatan

Perhubungan Awam khususnya Pengurus Besar Kanan, Cikgu Siti Hajar Ismail, di atas kad ucapan, hadiah dan kek harijadi. Selepas meraikan harijadi beliau, wakil Jabatan Perhubungan Awam PNSB yang terdiri daripada Mohd. Sufian Said, Mohd Izzat Intanjudin dan Norhaslina Ibrahim, Pengurus Unit Media SYABAS, dibawa meninjau ke Bilik Berita untuk melihat sendiri proses pembikinan berita di samping berkenalan dengan beberapa wartawan di sana. Kunjungan sebegini secara tidak langsung memperlihatkan keprihatinan Syarikat dalam memahami kerja-kerja wartawan dan mengeratkan lagi hubungan di antara keduadua belah pihak.

BULETIN KITA

S

15


AKTIVITI-AKTIVITI

D

alam usaha menjalin hubungan erat dengan rakan media serta menghargai sokongan mereka dalam memberi liputan yang baik di dalam media massa, Unit Media Jabatan Perhubungan Awam PNSB telah berkunjung ke Utusan Malaysia Biro Selangor pada 24 Disember 2012 untuk memberi kejutan sempena sambutan hari lahir ketua bironya En. Helmi Mohd Foad. Selama 15 tahun bersama Utusan Malaysia, beliau pernah bertugas

PNSB’s PR & Syabas‘ CCPA Surprised Karangkfraf’s Managing Editor With A Birthday Visit “It was such a pleasant surprise. Puncak Niaga & SYABAS have never missed my birthday for the past few years. Even though I don’t actually like birthdays because it reminds me that I’m getting older, I however celebrate my birthday…every week!” exclaimed Dato’ Hussamuddin Yaacob, Chairman/Group Managing Editor of Kumpulan Media Karangkraf when the Puncak Niaga PR and SYABAS CCPA representatives visited him at Karangkraf on 7 December 2012.

D BULETIN KITA

ato’ Hussamuddin’s 58th birthday fell on 6 December 2012 but the team decided to visit him a day later to avoid from interfering with celebration organised by his office.

16

Priscilla Alfred, AGM together with Haslina Ibrahim, Manager of CCPAD SYABAS and Mohd Sufian Said, Puncak Niaga’s Media Unit Manager presented a birthday card and gift to Dato’ Hussammudin. The cake was later shared with Karangkraf’s Datuk

PNSB Raikan Hari Lahir Rakan Media di beberapa pejabat biro di seluruh Malaysia, antaranya Putrajaya sebelum dipertanggungjawabkan memimpin wartawan-wartawan di bawah penyeliaannya kini di pejabat Utusan Malaysia Biro Selangor. Selain daripada wakil Jabatan Perhubungan Awam PNSB, kunjungan ini juga disertai oleh En. Megat Shah Hamerul Megat Mohd Yusof daripada Pejabat Pengerusi Eksekutif. Majlis

Abd Jalil Ali, Editorial Executive Advisor; Ahmad Yani Manaf, Majalah i editor; Azmi Tarmizi, News Editor; Akmal Eirfan Fauzi, Executive Director and Zulkafly Baharudidin, Executive Producer for MOBTV. Prior to the visit, Wacana Sinar was held to discuss on the issue of “Politik Samseng”. Among the panelist were former IGP, Tan Sri Musa Hassan; President of Malaysia Institute of Integrity, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; Hulu Selangor MP, P. Kamalanathan and PAS legal advisor, Muhammad Hanipa Maidin. The forum was moderated by

ini diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan media yang lain. Diharap kunjungan sebegini dapat diteruskan ke agensi media yang lain sebagai strategi serampang dua mata bagi mengubah persepsi media massa yang selama ini menganggap PNSB sebagai satu organisasi yang sukar didekati.

Prof Datuk Mohamad Abu Bakar from Universiti Malaya. Former Perlis’ Mufti, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin also attended as one of the forum’s spectators. “Next time, please bring more of your team to Wacana Sinar. It is held on a monthly basis and it’s a very good forum discussing latest and hottest issues with prominent society and opinion leaders as its panelist,” remarked Datuk Abd Jalil, who is the back-bone of the forum.


AKTIVITI-AKTIVITI

OCBC Cycle Malaysia 2013 (Congratulations to Puncak Cyclist Team !)

O

CBC Bank Malaysia, together with Spectrum Worldwide Events (M) Sdn Bhd, an event management company headquartered in Singapore joined forces to organise the OCBC Cycle Malaysia 2013, on Sunday 20 January 2013 in the heart of Kuala Lumpur. It is the only cycling event which allows mass participation from cyclists of all levels to join in and cycle on the closed public roads of Kuala Lumpur. This year, participants were estimated to be about 7,900 people including cyclists from Singapore, German, US, China, Japan and America. OCBC Cycle Malaysia 2013 intends to reach out to the entire family with new range of categories so that “Anyone Can Ride!”

OCBC Cycle Malaysia 2013 provides something for everyone; serious cyclists can prove themselves in ‘The Challenge’ category, a demanding 48km ride, while ‘The Community Ride’ (24km) category is created for families and children. For first timers there is a special category for ‘Foldies’ with ‘The Foldies Community Ride (24km)’. Puncak 02 Cyclist (Tar & Grime) was again invited by OCBC Bank Malaysia to join this fun and challenging event. The 27 cycling enthusiasts from Puncak 02 Cyclist completed 4 laps (48km) within 1 hour 30 minutes, which started from 6.30am to 8.30am. The route started from Jalan Pinang, Jalan Raja Chulan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salehuddin, Jalan Tun Ismail, Jalan Kuching through Jalan Dang Wangi and Jalan Pinang, passing Suria KLCC.

Congratulations to all Puncak 02 Cyclists and a big thanks to our Puncak 02 Cyclist President YBhg Dato’ Syed Danial Syed Ariffin for the full support and motivation and also for his precious time attending the cycling trainings with the Puncak 02 Cyclist team. See you in 2014 OCBC Cycle Malaysia!

SYCLIS Sahut Cabaran ‘The Challenge’ OCBC Cycle Malaysia 2013 ada 20 Januari 2013, Kelab Berbasikal SYABAS (SYCLIS) telah menyertai acara OCBC Cycle Malaysia 2013 kategori The Challenge. Menerusi kategori ini, para peserta dikehendaki untuk mengayuh basikal sejauh 48 kilometer menerusi laluan yang ditetapkan. Seramai 14 orang ahli SYCLIS telah menyertai acara yang bertemakan ‘Anyone Can Ride!’ ini. Laluan yang ditetapkan bagi OCBC Cycle Malaysia 2013 ini ialah dari Jalan Pinang menyusuri Jalan P.Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Parlimen, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Ismail, Jalan Dang Wangi sehingga ke Jalan Ampang.

Kesemua peserta dari SYCLIS telah berjaya menamatkan kayuhan mereka dalam masa yang singkat sekaligus membuktikan kesungguhan mereka dalam menyahut cabaran ini. SYABAS SYCLIS!

BULETIN KITA

P

17


AKTIVITI-AKTIVITI

B

Beriadah Bersama Kakitangan dan Keluarga – Ubat Hilangkan Tekanan Kerja

ekerja sepanjang hari, adakalanya terlalu sibuk sehingga perlu kerja lebih masa, amat memeningkan dan mendatangkan keletihan berganda kepada kakitangan. Rutin ini pula kadangkala berulang pada setiap hari. Aktiviti riadah sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan yang melanda. Kesempatan ini telah digunakan oleh kakitangan di WQASRD, HQ untuk beriadah bersama kakitangan dan keluarga dan aktiviti ini kini menjadi tradisi di Jabatan ini. Bertempat di Celi Chalet, Kemensah, kakitangan mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi lagi untuk menjayakan aktiviti ini. Banyak aktiviti yang diadakan dan pada masa yang sama, para kakitangan dapat mengenali ahli keluarga kakitangan yang lain dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

P

Pengalaman Puncak Cyclist Menyertai Kejohanan Basikal Kriterium Shah Alam

ada 16 Februari 2013, Puncak Cyclist telah menyertai Kejohanan Basikal Kriterium Shah Alam anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang kini memasuki edisi ke-14. Puncak Cyclist bersama dengan atlet basikal negara Anuar Manan, Fatehah Mustapha dan ramai lagi dari pasukan kebangsaan negeri masing-masing menunjukkan prestasi terkini dalam acara lumba lebuh raya. Kejohanan ini juga telah mendapat banyak liputan media elektronik dan media cetak berikutan kehangatan Le Tour De Langkawi.

BULETIN KITA

Laluan jalan raya sepanjang 16km iaitu sebanyak 8 pusingan di sekitar Kompleks PKNS dan sekitar Tasik Shah Alam telah mencuri perhatian ramai pengunjung.

18

Kehadiran nama-nama yang cukup hebat termasuklah bekas-bekas pelumba negara di arena sukan berbasikal tidak menjejaskan semangat dan kami bersepakat bahawa penyertaan ini memberi satu pengalaman yang cukup hebat berlumba di samping para pelumba negara.

Tahniah Puncak Cyclist semakin menunjukkan taring yang diasah tajam‌. Jumpa lagi di edisi Kejohanan ke 15 tahun 2014.


AKTIVITI-AKTIVITI

O

Society of Petroleum Engineers, SPE-Kuala Lumpur 2013 Bowling Tournament

n 24th February 2013, GOM Resources Sdn Bhd took part in the Society of Petroleum Engineers, SPE-Kuala Lumpur 2013 Bowling Tournament, which was held at Cosmic Bowling, Mid-Valley Megamall. The tournament against major companies in the upstream oil and gas industry such as Baker Hughes, Schlumberger, Murphy, Talisman, Halliburton and etc. was participated by more than 100 participants. Each team composed of 4 players and consisted of either all male, all female, or a co-ed combination. For each female player, a handicap score of 15 points per game was a d d e d to the each player’s score. The objective of the tournament is to foster and enhance the spirit of goodwill, sportsmanship and create better social interaction among the SPE members, families and friends in the industry.

GOM was represented by two teams: GOM-1 consisting of Hj Abu Samad Nordin, Mariatul Shazreen, Azzad Md Muzahet and Mohd Hafiz Sudin, and GOM-2 consisting of Zameri Embong, Sre Shaziela, Azuan Aqmal and Mohammad Faris M.Farid. Murphy emerged as the champion of the tournament; second place went to Talisman and a few lucky participants won lucky draw prizes but we believe e v e r y o n e walked home as winners that day.

Persekitaran Berkualiti, Kecemerlangan Terbukti ejajar dengan aspirasi Puncak Niaga untuk sentiasa memberikan perkhidmatan efisyen dan berkualiti tinggi, Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan dengan sokongan Jabatan Perhubungan Awam telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan untuk Pejabat Wilayah dan Loji Pembersihan Air di Wisma Rozali, Shah Alam pada 18 Januari 2013. Antara yang menghadiri majlis tersebut ialah barisan pengurusan PNSB iaitu Ir. Tan Hui Kuan, Datuk Mohd Yunus Mohd Amin, Tn. Hj. Abd Rashid Abd Satar dan Ir. Ausamah Darwish Mohd Daud serta 93 orang kakitangan dari pejabat wilayah dan LPA. Turut hadir ialah jemputan khas daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu Puan Saliza Saari. Majlis dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Ir Tan yang menjelaskan visi dan misi kempen serta kepentingan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dalam mewujudkan tempat kerja yang selamat dan kondusif untuk mencetus kecemerlangan.

Diikuti dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Ir Tan Hui Kuan. Pn. Saliza kemudiannya menyampaikan satu pembentangan menarik mengenai apa itu Amalan Persekitaran Berkualiti dan bagaimanakah cara pelaksanaan yang betul. Pada majlis itu juga, warga kerja Pejabat Wilayah dan LPA telah diberikan bunting dan poster QE untuk digunakan di lokasi masing-masing. Para hadirin disarankan supaya komited dalam melaksanakan QE dan menjadikannya budaya kerja kerana Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan akan menjalankan aktiviti pemantauan dari semasa ke semasa.

BULETIN KITA

S

19


BULETIN KITA

AKTIVITI-AKTIVITI

20

8 Dis. 2012 - LPA Sg. Langat dan Empangan Langat terima kunjungan mahasiswa UPM.

6 Dis. 2012 - Pensyarah PSIS didedahkan kepada proses pembersihan air di SSP2.

19 Dis. 2012 - 100 orang anak-anak PEKA dan ahli BPS melawat LPA Sg. Langat dan Empangan Langat.

27 Nov. 2012 - Japanese School KL menimba ilmu di LPA Wangsa Maju dan Empangan Klang Gates.


AKTIVITI-AKTIVITI

6 Dis. 2012 - Sehari Bersama Pengurusan PNSB di Pejabat Wilayah Tengah.

15 Dis. 2012 - LPA Wangsa Maju terima kunjungan mahasiswa UPM.

8 Dis. 2012 - Latihan menembak kemahiran Polis Bantuan PNSB.

tingkatkan

BULETIN KITA

10 Jan. 2013 - Mahasiswa Universiti Infrastruktur KL kunjungi Empangan Langat.

21


AKITIVITI-AKTIVITI

Bersedia untuk Hadapi Sebarang Kecemasan

P

ada 22 Disember 2012, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PNSB telah menjalankan satu latihan kebakaran dan pengungsian bangunan di Wisma Rozali yang melibatkan semua warga kerja, para tetamu yang ada dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam serta Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dari Sri Muda Shah Alam. Sesi latihan ini dijalankan untuk: 1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja PNSB agar mereka memahami tindakan yang perlu diambil jika berlaku sebarang kecemasan seperti gempa bumi atau kebakaran; 2. Melatih Pasukan Tindakan Kecemasan untuk menangani situasi kecemasan; 3. Menilai kecekapan proses pengunsian bangunan; 4. Mengenal pasti sebarang kelemahan dalam proses pengungsian dan mempertingkatkan prosedur berkenaan. Pada hari kejadian, latihan telah bermula pada jam 10.00 pagi apabila

GOM Resources Holds Solat Hajat and Doa Selamat for Pipelaying Campaign

BULETIN KITA

G

22

OM Resources Sdn Bhd organised a Majlis Solat Hajat and Doa Selamat in conjunction with the Pre-mobilisation Briefing and Safety Induction for HESS Pipelaying Campaign – DLB 264 on 16 March 2013. More than 40 GOM employees (KL Office) travelled together by bus from the head office at Etiqa Twins, Jalan Pinang, Kuala Lumpur to the event venue at Best Western Hotel, Marina Island Resort Pangkor Lumut, Perak. The Majlis Solat Hajat and Doa Selamat was organised to pray for the efficient, safe and smooth progress during the entire campaign.

seorang kakitangan telah mengesan ‘kebakaran’ di Tingkat 4. Loceng kecemasan telah dibunyikan pada pukul 10.05 pagi, pasukan-pasukan Tindakan Kecemasan telah bergerak pantas untuk membawa warga kerja PNSB keluar dari bangunan ke tempat berkumpul yang selamat, dibantu oleh Floor Marshall, Assistant Floor Marshall dan First Aider yang telah dilantik untuk setiap tingkat. Sesi latihan ini berakhir sekitar jam 10.30 pagi dan diakhiri dengan taklimat daripada Ir Tan Hui Kuan selaku Komander Kecemasan. Ir Tan Hui Kuan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam latihan ini. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam serta Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dari Sri Muda Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang mantap. Di samping itu, beliau juga menekankan bahawa satu sesi Post Mortem harus dijalankan untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dan mengambil langkah untuk menambahbaik prestasi di masa hadapan.


AKTIVITI-AKTIVITI

Lumpuhkan Premis Pawagam Curi Air – Kerugian Ditanggung Syabas Melebihi RM200,000

S

Premis yang dipercayai turut menjalankan perniagan lain seperti pusat siber, pusat snuker dan perkhidmatan cuci kereta ini telah

membuat dua penyambungan dengan menggunakan paip besi bergalvani (galvanise iron) berukuran 50mm yang disambung terus tanpa melalui meter yang sah. Hasil semakan lanjut mendapati pihak pawagam berkenaan pernah mempunyai bekalan air dengan SYABAS yang didaftarkan atas nama syarikat. Walau bagaimanapun, akaun bekalan air tersebut telahpun ditamatkan pada sekitar Julai 2012. Berikutan penyambungan tidak sah yang dibuat secara terus daripada paip utama, SYABAS menganggarkan kerugian air terawat yang tidak direkodkan penggunaannya adalah selama 195 hari dan kerugian yang dialami oleh SYABAS adalah berjumlah lebih kurang RM221,748.70. Operasi membanteras kegiatan mencuri air terawat

dari paip-paip utama SYABAS ini merupakan salah satu usaha SYABAS untuk mengekang kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW) iaitu membanteras kehilangan komersial akibat dari penyambungan bekalan air haram. SYABAS berharap tindakan seperti ini akan dapat memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak sesekali melakukan kegiatan seperti ini kerana mereka boleh didakwa atas kesalahan kecurian.

BULETIN KITA

epandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga! – Kegiatan pemilik sebuah pawagam yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akhirnya dibongkar oleh SYABAS dengan kerjasama SPAN dan Media apabila pemilik premis ini di dapati melakukan kesalahan membuat penyambungan bekalan air secara haram hingga menyebabkan SYABAS terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.

23


BERITA WILAYAH

Awana Genting Highlands Jadi Saksi Kecemerlangan Syabas Wilayah Hulu Selangor

T

anpa disedari Syarikat kini telah menginjak ke usia 8 tahun dan semakin matang dalam menjalankan operasi yang telah diamanahkan. Di kesempatan tersebut, SYABAS wilayah Hulu Selangor telah meraikan kejayaan dan pencapaian kerja ini dalam sebuah jamuan makan malam di Awana Genting Highlands pada 21 Disember 2012 dengan dihadiri oleh semua kakitangan yang bernaung di wilayah berkenaan. Bertemakan “Victorious, Glorious, Glamorous, Mysterious‌Where the Tales Beginâ€?, kakitangan yang hadir bagi menjayakan acara makan malam ini masing-masing bergaya dengan kostum dan pakaian mengikut tema. Selain meraikan kejayaan tahun lalu, acara ini juga diadakan bagi menghargai jasa dan kakitangan di wilayah berkenaan yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Tahniah diucapkan!

Syabas Kuala Selangor Jalin Hubungan Mesra Melalui Program Yakin ICU

S

BULETIN KITA

YABAS Wilayah Kuala Selangor telah mengadakan Program Ramah Mesra dan Kesedaran Pengguna Bersama kakitangan di Stesen Minyak Petronas Puncak Alam Fasa 2 pada 5 Februari 2012.

24

Menerusi program ini, pihak ICU SYABAS Kuala Selangor berpeluang memberi penjelasan terperinci berhubung tanggungjawab SYABAS dan PUSPEL serta meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kualiti air yang dibekalkan oleh SYABAS. Program sebegini juga mengeratkan hubungan di antara SYABAS dengan pengguna khususnya kakitangan di Stesen Minyak Petronas Puncak Alam Fasa 2.

Kakitangan di Stesen Minyak Petronas Puncak Alam Fasa 2 amat berbesar hati menerima kunjungan pihak ICU SYABAS Kuala Selangor. Program tersebut telah menambahkan lagi pengetahuan mereka berhubung sistem bekalan air serta trivia air yang tidak pernah diketahui sebelum ini.


BERITA WILAYAH

Gotong-royong Perdana di LPA Bukit Tampoi

S

atu aktiviti gotong-royong perdana di Wilayah Selatan telah diadakan di LPA Bukit Tampoi pada 23 Februari 2013. Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan di semua loji-loji Wilayah Selatan. Aktiviti gotong-royong kali ini melibatkan 33 orang kakitangan Loji Bukit Tampoi, Pejabat Wilayah Selatan serta loji-loji Sg. Langat, Cheras Batu 11 dan Salak Tinggi.

Gotong-royong Perdana di Lime Silo di LPA Sg. Langat

S

atu aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan di Loji Pembersihan Air Sg. Langat pada 5 Januari 2013. Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan di semua loji-loji Wilayah Selatan melibatkan seluruh pekerja yang bertugas di loji dan dibantu oleh kakitangan Pejabat Wilayah.

Seramai 18 orang kakitangan Loji Sg. Langat, 18 orang kakitangan Pejabat Wilayah Selatan dan 4 orang kakitangan Jabatan Operasi Dan Penyenggaraan telah terlibat bagi menjayakan program gotong-royong ini. Hadir sama turun ke padang En. Abd Rashid Abd Satar, Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi dan Penyenggaraan.

BULETIN KITA

Di antara objektif utama aktiviti ini adalah untuk mewujudkan suasana kerja berpasukan serta mengeratkan silaturrahim di antara pekerja loji, Wilayah dan kakitangan Ibu Pejabat di samping memastikan tempat kerja bersih dan selamat.

25


LAPORAN KHAS

Krisis Air 21 Hari

Bukti Dedikasi Kakitangan –­­ Sekitar Pengaktifan Pelan Tindakan Kecemasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur dari 29 Disember 2012 hingga 18 Januari 2013 Oleh: Ainunnajhan Marzuki

S

ugul. Hampir semua kakitangan yang bertugas di bilik Pusat Operasi Krisis (Crisis Operating Centre) kelihatan sugul tatkala kemelut krisis air yang melanda Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur telah berlarutan lebih lama berbanding jangkaan dan perangkaan asal. Mana taknya? Pusat Operasi Krisis tersebut perlu beroperasi secara penuh selama 24 jam 7 hari seminggu sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan ini diaktifkan. Kakitangan sedia ada bukan sahaja keletihan dari segi fizikal tetapi juga mental walaupun mereka bertugas mengikut syif. Namun, bagai tidak mengenal erti penat, mereka tetap meneruskan tugas dan tanggungjawab. Mereka faham ada kakitangan yang lebih kepenatan berbanding mereka. Contohnya, pemandu lori tangki, kakitangan Khidmat Pelanggan PUSPEL, kakitangan Wilayah dan juga kakitangan di Rumah Pam. Malah, para pengguna yang terlibat juga pasti keletihan kerana terpaksa mengangkut air bagi kegunaan seharian mereka.

BULETIN KITA

Pada jam 8 pagi, 29 Disember 2012, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau telah diaktifkan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual yang disebabkan oleh kegagalan sistem pam di rumah Pam Wangsa

26

Maju ekoran pengoperasian secara ’overload’ bagi menampung peningkatan permintaan bekalan air oleh para pengguna di Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak. Pada 1 Januari pula, pihak SYABAS terpaksa mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua Wilayah pada jam 6 petang, 1 Januari

2013 apabila berlaku kerosakan incomer breaker dan protection relay di rumah pam Wangsa Maju dan juga kerosakan pada papan suis utama 11kV di rumah pam Pudu Hulu Baru. Kegagalan kedua-dua rumah pam tersebut sekaligus menyebabkan kawasan gangguan bekalan air bertambah besar menjadikan lebih 107,760 akaun atau bersamaan


LAPORAN KHAS dengan lebih daripada setengah juta (538,800) pengguna di 90 buah kawasan telah terjejas.

Pada masa yang sama, pihak SYABAS juga telah menggerakkan kesemua lori tangki dan tangki statik yang ada bagi membekalkan air di kawasankawasan kritikal. Setakat 13 Januari 2013 sahaja, sebanyak 2,891 trip penghantaran lori tangki dan 287 buah tangki statik telah ditempatkan di kawasan-kawasan gangguan. Memandangkan kawasan gangguan yang terlampau luas serta kekangan dari segi tenaga mahir dan lori tangki, pihak SYABAS terpaksa meminta tenaga kerja luar bagi meningkatkan kekerapan trip penghantaran lori tangki. Jumlah lori tangki yang digunakan untuk menghantar bekalan air kepada pengguna yang terlibat ialah sebanyak 86 buah dan merangkumi lori-lori tangki daripada SYABAS, Syarikat Air Johor, Syarikat Air Darul Aman, Lembaga Air Perak, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Syarikat Air Melaka Berhad, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Syarikat Air Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Selain itu, pihak SYABAS turut menyewa 12 buah lori kargo dari pihak swasta.

Walaupun pelbagai usaha telah digiatkan bagi mengurangkan impak krisis air yang berlaku, SYABAS tetap dihujani dengan pelbagai kritikan, cemuhan dan dakwaan oleh pelbagai pihak khususnya kerajaan Selangor dan para pengguna. Namun, semua yang dilemparkan tetap tidak menggoyahkan langsung keazaman kakitangan syarikat untuk membuktikan yang sebaliknya. Kata-kata semangat “Tak kira apa yang orang kata, itu hal mereka. Saya yakin jika kita teruskan usaha kita untuk menangani isu ini, pasti mereka akan nampak usaha kita.� daripada YBhg Dato’ Ir Lee Miang Koi, Ketua Pegawai Operasi SYABAS sewaktu mempengerusikan salah satu mesyuarat harian di COC, menjadi pegangan para kakitangan bagi mengharungi saat-saat genting dan sulit demi syarikat yang dicintai. Pada 8 Januari 2013, memandangkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang masih berterusan, satu inisiatif yang digelar Ops Baldi telah dilancarkan. Menerusi operasi tersebut, YBhg Tan Sri Rozali Ismail telah menggerakkan seramai 950 orang kakitangan yang terdiri daripada warga kerja Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, SYABAS dan kontraktor untuk membantu pengguna khususnya golongan orang kurang upaya dan yang memerlukan untuk mengangkat air ke rumah-rumah

serta mengagihkan bekalan air yang dihantar menerusi lori tangki. Pada 18 Januari 2013, status bekalan air di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur telah pun pulih 100% sepenuhnya dan tiada lagi aduan yang diterima berhubung gangguan bekalan air ataupun permintaan bekalan air menerusi lori tangki. Kerjakerja pemasangan paip pintasan dirumah pam Wangsa Maju telah mula beroperasi semenjak 13 Januari 2013. Para pengguna yang terlibat juga telah mula menerima bekalan air seperti biasa dan ini menandakan krisis bekalan air yang berlaku di kedua-dua wilayah tersebut telah berakhir. Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning juga telah dibubarkan pada 18 Januari 2013. Walaupun kemelut krisis air kali ini berjaya ditangani, namun jika aset bekalan air sedia ada beroperasi melebihi kapasiti bagi menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat, adalah tidak pelik jika krisis air yang serupa akan berulang dalam masa terdekat. Pengalaman kali ini pastinya telah mempersiap sediakan SYABAS dalam menangani krisis air yang lebih serius. Namun, sebagai kakitangan dan pengguna di Selangor, diharap langkah yang sepatutnya dapat dilaksanakan sebelum krisis air melanda sekali lagi.

BULETIN KITA

Bagi menangani krisis air yang tercetus berikutan kegagalan Rumah Pam Booster Wangsa Maju dan Rumah Pam Pudu Hulu Baru, sejumlah 1,494 kakitangan di peringkat ibu pejabat dan wilayah telah terlibat secara langsung dalam Pelan Tindakan Kecemasan tersebut. Ini bermakna hampir separuh daripada seluruh tenaga kerja di SYABAS telah digerakkan bagi memastikan krisis tersebut dapat ditangani dengan baik.

27


LAPORAN KHAS

Krisis Air di Kuala Lumpur PNSB Turun Padang Membantu Pengguna Oleh Hanizah Hamzah Foto: Noor Hailizam, Afifi & Adam

B

erikutan kegagalan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan kerosakan rumah pam Pudu Hulu Baru, ribuan para pengguna di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak telah mengalami gangguan bekalan air sejak 29 Disember 2012.

Lawatan YBhg Tan Sri Rozali Ismail ke Desa Pandan pada 10 Januari

Lawatan YBhg Datin Seri Rosmah Mansor ke Flat Sri Melaka bersama-sama ahli Pandu Puteri Malaysia pada 11 Januari

Didorong oleh rasa tanggungjawab dan prihatin, YBhg Tan Sri telah mengerahkan lebih 500 kakitangan SYABAS dan PNSB termasuk warga kerja bukan teknikal dari pelbagai jabatan untuk ‘turun padang’ dalam Program Tindakan Kecemasan (ERP) demi membantu penduduk yang dilanda krisis air kali ini.

Lawatan Pengerusi SPAN YBhg Dato’ Ismail Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif S P A N ,

Pada pagi 8 Januari 2013, seramai 41 orang wakil daripada PNSB telah menyertai sukarelawan daripada SYABAS dan Jalur Cahaya untuk mendengar taklimat daripada YBhg Tan Sri Rozali Ismail di perkarangan pejabat SYABAS di Bangsar. Beliau berharap semua kakitangan akan membantu para pengguna terutama golongan kurang upaya dan warga emas mengangkat air dari lori tangki ke rumah-rumah. Usaha kita ini diharap dapat meringankan kesulitan yang dialami oleh mereka akibat gangguan bekalan air ini.

BULETIN KITA

PNSB dengan kerjasama PEKA telah menghantar lebih daripada 30 orang sukarelawan setiap hari sehingga 14 Januari 2013. Segala sokongan dan keringat warga kerja yang terbabit dengan Program Tindakan Kecemasan (ERP) amat dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan.

28

Antara kemuncak Program Tindakan Kecemasan berkenaan adalah:

Sepanjang ERP, pihak pengurusan Puncak Niaga turut ‘turun padang’ untuk membantu para pengguna. Antaranya Dato’ Syed Danial Syed Ariffin, Datuk Mohd Yunus Mohd Amin, Datuk Dr Muzahet Masruri, Tuan Haji Abd Rashid Abd Satar dan Ir Ausamah Darwish.

YBhg Dato’ Teo Yen Hua ke LPA Wangsa Maju pada 11 Januari.


BERITA WILAYAH

P

Kedatangan ‘Singa’ di Kaunter Khidmat Pelanggan Wilayah Kuala Lumpur Mengejutkan Pengguna

ara pengguna yang berurusan di kaunter perkhidmatan sementara Syabas Wilayah Kuala Lumpur pada 22 Februari 2013 telah dikejutkan dengan kedatangan ‘singa’ merah dan berwarna-warni diiingi bunyi gendang yang meriah. Kehadiran ‘Singa’ merah ini adalah di atas jemputan kakitangan Syabas Wilayah Kuala Lumpur sempena perayaan Tahun Baru Cina bagi mengeratkan hubungan yang lebih erat di antara pengguna ICU dan YAKIN khususnya yang berurusan di kaunter Syabas. Sambutan ini juga adalah sebagai salah satu tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua para pengguna.

Majlis telah dihadiri tetamu-tetamu kehormat seperi ‘Top Consumer’ Syabas Wilayah Kuala Lumpur iaitu wakil dari UEM Builders – Sunrise Berhad; Dato’ Mumtaz Ali, Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Bangsar, pengurusan tertinggi Syabas iaitu YBhg Dato’ Ir Lee Miang Koi, Ir. V. Subramaniam, En. Abdul Halem Hj Mat Som, Mdm. Karen Chan serta bekas Pengarah Eksekutif Kewangan, Mdm. Thein Kwee Sim.

Menghalau Tebuan di Bandar Baru Salak Tinggi Berikutan aduan kakitangan dan penghuni kuarters mengenai kewujudan sarang tebuan di kawasan Rumah Pam Bandar Baru Salak Tinggi, pihak pentadbiran SYABAS Wilayah Sepang telah menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba KLIA.

Pada jam 8.45 malam pihak jabatan Bomba dan Penyelamat telah memulakan operasi menghapuskan

sarang tebuan berkenaan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan En.Yusof Bin Ayob dengan bantuan 7 anggota bomba yang lain. Operasi dimulakan dengan satu taklimat ringkas oleh En Yusof Bin Ayob dan berakhir pada jam 9.59 malam. Kini, semua penghuni kuarters dan kakitangan boleh menarik nafas lega setelah terhapusnya sarang tebuan yang mungkin membahayakan nyawa tersebut.

BULETIN KITA

Pada 11 Januari 2013, pasukan Bomba dan Penyelamat telah membuat pemeriksaan dan kemudiannya menjadualkan satu operasi menghapuskan sarang tebuan pada waktu malam kerana tebuan tidak aktif pada waku itu. Atas faktor keselamatan, semua penghuni kuarters dan kakitangan telah dimaklumkan berhubung operasi tersebut.

29


BERITA WILAYAH

Gotong-Royong LPA Bukit Nanas

S

atu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan oleh kakitangan loji dan penduduk kuarters pada hari Sabtu, 19 Januari 2013 untuk menjaga kebersihan dan keindahan kawasan kuarters serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk. Seramai 48 orang telah hadir dalam program ini termasuklah Pengarah Urusan YBhg. Datuk Syed Danial Syed Ariffin, Pengurus Kanan Tn. Hj. Ismail Hasan, wakil daripada Pejabat Wilayah Tengah dan loji-loji Wilayah Tengah. Objektif utama gotong-royong kali ini adalah bagi membersihkan kawasan kediaman, menebang pokok-pokok disekitar rumah, mengorek longkang dan saluran yang tersumbat bagi mengelakkan air bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Warga LPA Sg Rangkap Memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul

BULETIN KITA

P

30

ada 3 Februari 2013, satu majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di LPA Sg. Rangkap. Seramai 24 orang yang terdiri daripada kakitangan dan penghuni kuarters telah menyertai majlis ini bermula pada 9.00 pagi dan tamat pada 2.00 petang. Perarakan disertai oleh kakitangan dan penghuni kuarters termasuk wanita dan kanak-kanak. Antara akviti yang dijalankan adalah ceramah, solat Zohor berjemaah dan jamuan makan tengahari.


BERITA WILAYAH

Perhimpuan Kakitangan Peringkat Wilayah Selatan

P

erhimpunan peringkat Wilayah telah diadakan pada 10 November 2012 dan dihadiri oleh kakitangan Pejabat Wilayah LPA Sg. Langat, Penguasa Loji dan wakil pekerja di setiap loji Wilayah Selatan. Perhimpunan ini adalah lanjutan daripada perhimpunan bulanan yang diadakan di Ibu Pejabat bagi menyampaikan maklumat dan amanat Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan. Acara dimulai dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Bersatu Hati serta ikrar. Ucapan telah diisampaikan oleh Pengurus Wilayah En Zairi Zainuddin.

Program Kuliyah Maghrib di LPA Sg. Langat

S

atu program Kuliyah Maghrib telah diadakan di LPA Sg. Langat pada 31 Oktober 2012. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin dan dihadiri seramai 52 orang kakitangan daripada loji-loji Wilayah Selatan dan Pejabat Wilayah Selatan.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Bersama Penghuni Kuarters LPA Sg Rangkap, Kepong dan Keroh. eramai 15 orang kakitangan dan penghuni kuarters LPA Sg Rangkap, Kepong dan Keroh telah mengimarahkan majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang diadakan pada 14 Januari 2013 di Surau LPA Sg Rangkap. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan doa selamat seterusnya solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan ringan.

BULETIN KITA

S

31


PEKA

D

Sinar Harian Juara Boling Peka-Media 2013

engan jatuhan pin sebanyak 2,094 mata, pasukan boling daripada Sinar Harian (SH) telah muncul sebagai juara di dalam Program Ceria Boling Bersama Media yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (PEKA) dengan kerjasama PNSB dan SYABAS di Setia City Mall, Shah Alam pada 21 Februari 2013. Pasukan Sinar Harian yang dianggotai oleh Mizan Mat Tamin, Sarah Ismail, Zubaidah Isa dan Subhi Sudin membawa pulang hadiah kejuaraan berupa wang tunai RM1,000.00 berserta hadiah-hadiah sampingan

T

AHNIAH! Kepada semua peserta yang menyertai Pertandingan Kejohanan Badminton PEKA 2013 yang berlangsung pada 12 Januari barubaru ini di Dewan Setia Badminton Akademi, Setia Alam, Shah Alam. Pembukaan kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Mr Danny Ng Wah Tar, Pengarah Eksekutif Bahagian Kewangan Korporat PNSB.

BULETIN KITA

Beliau yang juga selaku Ketua Unit Sukan Badminton PNSB berbangga dengan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh setiap peserta pada hari tersebut. Seramai 200 peserta daripada SYABAS dan PNSB melibatkan 16 kumpulan untuk lelaki berpasukan, 12 regu wanita dan lapan regu pengurusan telah mengambil bahagian bagi mewakili wilayah masing-masing.

32

termasuk hamper dan medal. Tempat kedua dimenangi oleh Utusan Malaysia All Star (UM) dengan jatuhan pin sebanyak 1,935 mata dan tempat ketiga pula jatuh kepada RTM dengan jatuhan pin sebanyak 1,891 mata. UM diwakili oleh Norasidah Mohd Kassim, Bazli Abdul Rahman, Azmi Mohamed dan Salmy Man sementara Mohd Fadli Othman, Mohd Faizul Fazrik Kamarudin, Zarul Fahmee Khairuddin dan Asnifatheen Anuar mewakili RTM. Pasukan SH yang bermain persis pemain profesional berentap dengan pasukan daripada Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan anak syarikatnya; SYABAS dan Puncak Oil &

Gas (POG) serta agensi media seperti Bernama TV & Online (Kuala Lumpur & Selangor), RTM (Kuala Lumpur & Selangor), TV3, NTV7, TV9, Astro AWANI, New Straits Times, The Star (Ibu Pejabat & biro Selangor) Utusan Malaysia (Kuala Lumpur & Selangor), Berita Harian (Kuala Lumpur & Selangor), Harian Metro (Kuala Lumpur & Selangor), Kosmo! (Kuala Lumpur & Selangor), Kumpulan Karangkraf, Sinar Harian, Selangor FM, KL FM dan Siasah. Turut memeriahkan lagi program ini wakil daripada kumpulan pengurusan tertinggi PNSB dan SYABAS serta selebriti tempatan iaitu Izzue Islam, Shah Iskandar dan Salina Saibi.

Kejohanan Badminton PEKA


PEKA

Program Ziarah dan Majlis Penyerahan Pampasan Insurans Hayat Berkelompok Allahyarham En. Mohd Fitri Zainal Abidin Jabatan Kontrak dan Perolehan, Pejabat Pengarah Urusan

M

ajlis ringkas penyerahan cek baki wang pampasan Insuran Hayat Berkelompok kepada keluarga Allahyarham Mohd Fitri Zainal Abidin, telah diadakan di Pejabat Urusan, TRIplc Berhad pada 17hb Januari 2013. Keluarga Allahyarham telah diwakili oleh ayahnya iaitu Tuan Haji Zainal Abidin Ismail yang juga Pengarah Urusan di Syarikat tersebut. Allahyarham adalah bekas kakitangan Eksekutif PNSB, di Jabatan Kontrak & Perolehan, Pejabat Pengarah Urusan. Allahyarham meninggal dunia pada 16 Ogos 2012 ketika berusia 25 tahun akibat ‘Septicaemic Shock & Fulminant Pneumonia’.

PEKA dan Jabatan Pampasan & Faedah PNSB. Penyerahan cek baki wang pampasan insuran hayat berkelompok tersebut telah disempurnakan oleh Puan Norhafizah Abdullah Sani, wakil bagi pihak Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Turut diserahkan ialah cek sebanyak RM1000.00 daripada ING Insurance Berhad sebagai sumbangan kos pengkebumian. Turut hadir Puan Rohani Othman, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Perkhidmatan Korporat, TRIplc Berhad. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah…

Majlis ini telah disertai oleh wakil Jabatan Perhubungan Perusahaan,

Allahyarham En. Abdul Aziz Hussin Bekas Pegawai Kompeten BO, Pejabat Wilayah Selatan ada 17 Disember 2012, satu program ziarah dan majlis penyerahan cek baki wang pampasan Insurans Hayat Berkelompok telah diadakan di rumah Allahyarham En. Abdul Aziz Hussin, bekas kakitangan PNSB, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kompeten BO di Pejabat Wilayah Selatan. Allahyarham meninggal dunia pada 17 Ogos 2012 ketika berusia 48 tahun akibat sakit kanser lidah. Program anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Mohd Yunus Mohd Amin, Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengerusi Eksekutif merangkap Presiden PEKA. Turut hadir ialah Pn. Faridatulzakiah Mohd Bakhry, Pengarah Eksekutif, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran serta beberapa orang kakitangan Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Pampasan & Faedah. Manakala, keluarga Allahyarham pula diwakili oleh balu Allahyarham, Pn. Norhashimah Abdul Majid serta tiga orang anak dan ibu beliau. Program ziarah ini juga bertujuan untuk meninjau keadaan semasa keluarga Allahyarham. YBhg. Datuk Mohd Yunus mewakili syarikat mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan di atas sumbangan dan komitmen Allahyarham selama 7 tahun bertugas di PNSB. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Syarikat telah bersetuju untuk menjadikan keluarga Allahyarham sebagai keluarga angkat PNSB dan menghulurkan sumbangan bantuan kewangan ihsan bagi tujuan pendidikan anak-anak Allahyarham untuk tempoh setahun. Cek baki wang pampasan insurans hayat berkelompok tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Yunus mewakili PNSB kepada balu Allahyarham. Turut diserahkan ialah cek sumbangan kematian sebanyak RM1,000.00 daripada ING Insurance Berhad sebagai sumbangan kos pengkebumian. YBhg. Datuk Mohd Yunus dan wakil syarikat turut meninjau tapak pembinaan rumah keluarga Allahyarham yang masih dalam peringkat pembinaan bersebelahan rumah ibu beliau yang diduduki sekarang dan dijangkakan akan siap sekitar bulan Februari atau Mac 2013. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah…

BULETIN KITA

P

33


PEKA

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

S

eramai 70 kakitangan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) telah menyertai Perhimpunan & Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M” pada 24 Januari 2013

di Masjid Putra, Putrajaya. Perarakan pada kali ini bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” yang merupakan refleks

kepada pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan dakwah.

BULETIN KITA

Lawatan Kebajikan ke Rumah Orang Tua Ampang & Persatuan Insan Istimewa Cheras sempena Tahun Baru Cina

34

S

empena Tahun Baru Cina barubaru ini, PEKA telah menganjurkan satu lawatan kebajikan ke Rumah Orang Tua Ampang dan Persatuan Insan Istimewa Cheras,Selangor.

Lawatan yang diadakan pada 8 Februari 2013 ini diketuai oleh Presiden PEKA, Datuk Mohd Yunus Mohd Amin. PEKA menyerahkan 50 buah hamper dan ‘Ang Pow kepada penghuni

warga tua di Ampang manakala 20 buah hamper berserta dengan ‘Ang Pow’ juga diberi kepada kanak-kanak istimewa di Cheras.


INFO KITA

DLB 264 : Aset Bernilai POG Oleh Hanizah Hamzah Foto: Afifi Hussain & GOM Resources

A

ntara aset paling bernilai buat Puncak Oil & Gas Sdn Bhd (POG) ialah sebuah tongkang derek pemasangan paip (pipelay derrick barge) dikenali sebagai DLB 264. Pada asasnya, barge atau tongkang adalah sebuah kapal besar yang tidak mempunyai enjin untuk belayar. Untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, tongkang perlu ditarik oleh bot penunda. DLB 264 berfungsi sebagai tempat atau pangkalan untuk melaksanakan dua jenis projek di laut iaitu pemasangan paip (pipelaying) bekalan gas atau minyak; dan pemasangan struktur luar pesisir (offshore structural installation). Sewaktu berada di tengah laut, DLB 264 akan melabuhkan lapan buah sauh untuk menetapkan kedudukan yang stabil. Sauh-sauh ini juga digunakan untuk menggerakkan tongkang sedikit demi sedikit sewaktu pemasangan paip di dasar laut. Panjang keseluruhan tongkang ini mencecah 122 meter dengan kelebaran 30 meter dan kedalaman 9 meter. Walaupun nampak amat besar, tongkang ini diklasifikasikan sebagai tongkang bersaiz sederhana.

kemudahan untuk keselesaan dan kebajikan mereka. Antaranya kafeteria, bilik perubatan, bilik televisyen, klinik, gimnasium, surau, cyber cafĂŠ dan bilik karaoke. DLB 264 juga mempunyai pasukan sokongan untuk menjaga kebajikan anak-anak kapal seperti pegawai perubatan dan penyedia makanan dan minuman.

teknologi ini, kru tongkang boleh berhubung dengan dunia luar di mana sahaja mereka berada.

Demi memastikan keselamatan tongkang dan kru sewaktu mereka bertugas di tengah lautan, tongkang ini dilengkapi dengan sistem Penentuan Kedudukan Kecemasan Radiobikon (Emergency Position Indicating Radio Beacon – EPIRB) di mana isyarat kecemasan boleh dihantar dengan mudah sekiranya timbul sebarang masalah. Kedudukan tongkang dapat dikenal pasti melalui Sistem Kedudukan Global (GPS) lantas memudahkan penghantaran bantuan secepat mungkin. DLB 264 juga dilengkapi dengan teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT) yang melibatkan penerimaan dan pengiriman data melalui satelit serta sebuah helipad. Dengan

Selain itu, tongkang berkenaan juga menjadi tempat penginapan untuk warga kerja sepanjang mereka bertugas di tengah lautan. Terdapat kabin penginapan yang boleh memuatkan seramai lebih kurang 280 orang anak kapal dan pelbagai

BULETIN KITA

Antara jentera yang tersedia di atas tongkang ini adalah sebuah mesin derek (kren utama), kren berlandasan dan pelbagai peralatan yang diperlukan untuk memunggah atau mengangkat bahan pembinaan.

35


INFO KITA

Pencemaran Fizikal dan Kimia Akibat Perbuatan Rakus Manusia –

SUNGAI KLANG DIKATEGORI DALAM KELAS KETIGA

Oleh: Azahpatry Foto: Zulfadly Zolkafli, CCPAD

S

umber air seperti sungai merupakan salah satu dari nadi kehidupan manusia dan kebanyakan penempatan awal bermula di kawasan yang berdekatan dengan sungai. Jika diimbas kembali sejarah penubuhan Kuala Lumpur pada tahun 1857, ianya terbentuk dari pertembungan dua batang sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Pendudukannya bermula apabila Raja Abdullah membuka Lembah Klang untuk aktiviti perlombongan biji timah pada masa tersebut. Manakala, nama ‘Kuala Lumpur’ pula berasal daripada perkataan ’kuala berlumpur’. Sidang pengarang telah menyusuri jejambat yang disediakan di salah satu kawasan Bandar Klang bagi melihat keadaan sungai tersebut. Pada ketika tinjauan dilakukan, tiada sampah sarap yang kelihatan, hanya sampahsampah kecil seperti sisa kayu. Angin yang menyapa menghantar bau yang tidak enak menusuk rongga hidung. Terlalu busuk! Ditambah dengan warna air sungai yang berwarna perang kelabu – seperti warna teh tarik yang sangat pekat, udara dan persekitaran di kawasan sungai ini amat tidak menyenangkan.

BULETIN KITA

Status Sungai Klang yang panjangnya 120km pada masa ini berada dalam kelas 3, iaitu dikategorikan sebagai tercemar. Pencemaran ini juga berkait rapat dengan tahap pembangunan yang semakin pesat serta jumlah kependudukan yang makin bertambah khususnya di Lembah Klang. Mentaliti segelintir masyarakat juga masih di takuk lama – sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam sungai.

36

Kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas “Kepesatan penduduk yang melebihi empat juta orang di bandar-

Memetik kenyataan Naib Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn), Eldric Loong berkata ”kualiti air sungai kelas ketiga berada pada tahap sederhana yang memerlukan kos tinggi bagi merawatnya. 53% daripada bekalan air terawat yang disalurkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari sungai yang di klasifikasikan dakalm kelas ke-3 dan kos bagi merawat air sungai yang kualitinya berada pada tahap ke-3 lebih tinggi kerana kandungannya sedikit tercemar” (Harian Metro Online, 30/9/2011).

bandar sekitar Sungai Klang termasuk Ampang dan Shah Alam telah menyebabkan pencemaran Sungai Klang ketika ini berada di kelas III dan IV yang mana ia dikategorikan oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai tercemar”... (Free Malaysia Today Online, 1/7/2012) Sisa fizikal seperti sampah sarap/sisa pepejal, sisa-sisa industri, pertanian dan perternakan serta sisa-sisa biologi terdiri dari najis binatang yang kebanyakannya dibuang ke dalam sungai sebenarnya menjadi racun berbisa terhadap ekosistem sungai itu sendiri. Segala sisa buangan akan mencemarkan sumber air dan sekaligus menimbulkan kesan buruk terhadap sistem kitaran alam termasuklah terhadap manusia. Fenomena pencemaran sungai ini amat membimbangkan kerana air sungai ini tidak lagi sesuai untuk kegunaan domestik kerana air yang tercemar mempunyai toksik dan bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia, serta segala campuran kimia di dalam molekul air ini juga terlalu sukar untuk dirawat.

Kempen seperti ’Cintailah Sungai Kita’ yang dilaksanakan selama ini nampaknya hanya sekadar kempen – masih tiada tindakan dan kesedaran dari masyarakat untuk memelihara jasad fizikal alam ini. Selain pihak kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan, masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga, memelihara dan mentransformasikan Sungai Klang ini menjadi sungai yang bersih seperti sungai-sungai lain di Malaysia.

FAKTA RINGKAS Pengkelasan Sungai di Malaysia:Kelas 1 airnya boleh terus diminum tanpa rawatan Kelas 2 airnya memerlukan rawatan biasa Kelas 3 air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing Kelas 4 tercemar* Kelas 5 hampir mati* ** Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam. Senario semasa di Malaysia menunjukkan bilangan sungai yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Pada tahun 2007 pula. Sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Kebanyakan sungai tersebut berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. (Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)


TAHU TAK?

MASkargo Animal Hotel - Kemewahan untuk Haiwan !

T

ahukah anda hanya terdapat satu hotel haiwan di Asia, iaitu di Malaysia? MASkargo Animal Hotel merupakan satu-satunya hotel haiwan bertaraf enam bintang di dunia yang menawarkan perkhidmatan import dan eksport haiwan serta penginapan khas bagi kucing dan anjing. Terletak di dalam kawasan kompleks MASkargo KLIA, Animal Hotel merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh MASkargo dan dibuka pada tahun 1998 apabila KLIA memulakan operasinya. Menurut Encik Mohd Sulaimi Zaidin, Pegawai Kanan Animal Hotel “Pada awalnya, kargo haiwan dan kargo awam diletakkan bersama di dalam satu penerbangan, namum pada tahun 2003 Animal Hotel telah dinaiktaraf pada 2004 dan menjadi sebuah pusat sehenti bagi haiwan dalam dan luar negara”. Animal Hotel menerima pelbagai jenis haiwan untuk diterbangkan ke suatu destinasi dan juga transit sebelum ke destinasi seterusnya. Zirafah merupakan haiwan pertama yang dikendalikan oleh Animal Hotel. Antara haiwan lain yang pernah menggunakan khidmat Animal Hotel adalah gajah, harimau, kuda, kambing, burung, reptilia seperti ular, iguana, hidupan laut hidup seperti ikan, udang, ketam dan pelbagai lagi. Malah Animal Hotel juga pernah menerbangkan seekor jerung yang kini ditempatkan di Aquaria KLCC. Namun, terdapat juga beberapa jenis haiwan yang tidak diterima atas faktor keselamatan haiwan tersebut dan juga berdasarkan kuarantin oleh kerajaan. Kemudahan yang terdapat di Animal Hotel ini adalah lima kandang kuda, 18 bilik ‘hotel’ untuk kucing, 16 bilik ‘hotel’ untuk anjing, servis veterinar,

pakar grooming dan perkhidmatan spa. Bagi perkhidmatan penginapan atau lebih dikenali sebagai “Pet-Stay In Program” kadar bayaran adalah sebanyak RM60 untuk satu malam, RM10 untuk dua kali hidangan, RM50 bagi sesi grooming dan layanan mewah. Perkhidmatan ini sesuai bagi mereka yang memerlukan tempat tinggal untuk haiwan peliharaan apabila mereka bercuti ke luar negara. Animal Hotel ini beroperasi 24 jam dan turut menawarkan perkhidmatan pick up dan delivery. Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan import dan eskport, terdapat beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia serta jabatan yang berkaitan di luar negara sebelum aktiviti import dan eskport dapat dijalankan. Anda boleh rujuk www. maskargo. com/animalhotel untuk maklumat lanjut.

MASkargo Animal Hotel 1M Floor, Zone D, Advanced Cargo Centre KLIA Free Commercial Zone Southern Support Zone Kuala Lumpur International Airport 64000 Sepang, Selangor Malaysia Tel : 03-8777 1847 Faks: 03-8777 1848

Animal Hotel adalah pilihan tepat untuk keselesaan haiwan kesayangan anda! BULETIN KITA

Oleh Syahidah Ismail Foto: Afifi Hussain & MASkargo

37


TAHU TAK?

Tokoh Ilmuwan Islam Pelopor Teknologi Kini Oleh: Syahidah Ismail Foto: Afifi Hussain

N

ama-nama tokoh ilmuwan Islam seperti Al-Jazari, Ibn Nafis, Ibn Al-Haytham,Ibn Sina, Al- Biruni, AlRazi, Abbas Ibn Firnas, Al-Khwarizmi dan Al-Zahrawi mungkin asing bagi masyarakat kini, tetapi tokoh-tokoh ini merupakan pencetus kepada kemajuan teknologi moden. Bidangbidang penting seperti kejuruteraan, optik, astronomi, perubatan, matematik dan sains berkembang daripada ciptaan awal tokoh Islam, malah ada yang masih digunakan sehingga ini sebagai rujukan dan diubahsuai menjadi lebih baik. Al-Jazari merupakan jurutera yang pertama memberi butiran reka bentuk pembuatan dan pemasangan yang begitu lengkap sehingga peranti yang sama boleh dihasilkan semula pada hari ini dan impak hasil kerja beliau dapat dilihat pada mesin di seluruh dunia. Buku beliau “Al-Jami’ Bain Al-‘Ilm Wal’- Amal Al-Nafi Fi Sina’ at-Al-Hiyal menerangkan cara membuat 50 buah mesin termasuk air pancut, mesin membasuh tangan dan jam air.

BULETIN KITA

Abbas Ibn Firnas adalah perintis penerbangan dan berusaha untuk terbang dengan menggunakan kayu, sutera, bulu burung dan keyakinan. Beliau telah merealisasikan impian untuk terbang pada kurun ke-9 dan hasil ciptaan beliau telah dikembangkan hingga terhasilnya kapal terbang moden.

38

Ibn Al-Haytham merupakan tokoh penting bidang optik moden. Beliau membuktikan cahaya bergerak lurus dan cahaya terpantul daripada suatu objek ke dalam mata pemerhati. Kedua-duanya merupakan prinsip asas bagi sains ilmu optik yang melibatkan kajian tentang cahaya, bayang, warna, pantulan, pembiasan, prisma, kanta dan mata manusia. Ahli sains Islam telah mencipta kamera lubang jarum bagi membantu penyelidikan tentang sifat cahaya yang menjadi asas kepada semua teknologi fotografi.

Ibn Sina dikenali sebagai Avicenna di Eropah adalah tokoh penting dalam sejarah perubatan. Beliau menunjukkan batuk kering boleh berjangkit, air dan tanah boleh menyebabkan penyakit dan telah menghasilkan lebih 450 buah buku yang menerangkan tentang rawatan dan punca setiap penyakit serta maklumat lebih daripada 760 ubatubatan. Kanun Perubatan tulisan beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi teks perubatan piawai di Eropah selama hampir 5 kurun. Ibn Nafis telah menggambarkan peredaran pulmonari dengan betul 300 tahun sebelum William Harvey. Beliau orang pertama menerangkan struktur dan fungsi paru-paru serta peredaran darah, fungsi injap jantung dan kapilari iaitu pembuluh darah kecil yang menghubungkan arteri dan salur darah. Al-Zahrawi pakar bedah Islam terunggul telah merevolusikan bidang pembedahan melalui penyelidikan dan pembangunan. Jilid tentang pembedahan mengandungi hampir 200 ilustrasi alat-alat pembedahan kebanyakannya dicipta oleh beliau dan beberapa alat tersebut masih digunakan pada hari ini. 30 jilid buku beliau At-Tasrif liman ‘Ajiza ‘an-Ta’lif menjadi panduan penting pelajar perubatan selama 500 tahun. Al-Razi banyak menyumbang kepada ilmu perubatan. Beliau yang dikenali sebagai Rhazes di Eropah merupakan orang pertama memahami perbezaan campak dan cacar, berjaya menemui asid sulfurik dan etanol dan menunjukkan bahawa demam ialah cara tubuh kita mempertahankan diri daripada penyakit. Lebih 200 buah buku telah dikarang oleh beliau dan hasil tulisan beliau menjadi bacaan wajib pelajar perubatan Islam dan Eropah.

Pameran Sultans of Science sedang berlangsung di Petrosains Kuala Lumpur hingga 15 Jun 2013.


KENALI KAMI

PEKA Sentiasa di Hati

S

udah hampir tujuh tahun Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya atau lebih dikenali sebagai PEKA merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti serta menjaga hal ehwal kebajikan seramai 4,407 kakitangan PNSB dan SYABAS serta ahli keluarga mereka. Antara aktiviti yang tidak pernah terlepas untuk dianjurkan adalah Acara Memasak Bubur Lambuk ketika Ramadan, Majlis Berkhatan untuk anak-anak ahli, Kem Motivasi Peperiksaan PMR dan SPM, lawatan ke tempat-tempat menarik, Ibadah Korban dan banyak lagi. PEKA telah ditubuhkan pada 15 September 2006 dan majlis perasmian penubuhannya disempurnakan pada 27 Januari 2007 oleh YBhg Dato’ Shaari Ismail, Penaung PEKA ketika itu. PEKA ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) seramai 20 orang di mana semua keputusan berkaitan perjalanan PEKA tertakluk di bawah kelulusan dan persetujuan AJK yang terdiri daripada lima jawatan utama iaitu Presiden, Naib Presiden 1 & 2, Setiausaha dan Bendahari.

Ibadah Korban

Walk Hunt

Program Tabung Budi

Melawat rumah orang-orang tua.

Program bubur lambuk bersama selebriti.

Majlis berkhatan anak-anak PEKA.

Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim.

Program lawatan anak-anak PEKA.

Manakala AJK pula ialah seramai 12 orang mewakili enam Biro iaitu Hawa, Kebajikan, Sukan dan Rekreasi, Agama – Muslim dan Non-Muslim, Penerangan, Tugas-tugas Khas serta Tabung Budi.

Aktiviti terawal yang dijalankan oleh PEKA pada 2006 adalah lawatan ke loji untuk anak-anak ahli, Malam Setiausaha serta Karnival Sukan. Menurut Encik Halim Ishak, Naib Presiden PEKA, aktiviti yang paling menarik dan mendapat sambutan ramai daripada ahli adalah program “Walkathon – Walk for Your Heart” yang diadakan pada 25 Mei 2011. Menyediakan aktiviti-aktiviti yang digemari oleh ahli merupakan cabaran yang dihadapi oleh PEKA selain daripada sumber kewangan yang terhad. Namun pihak PEKA sentiasa berusaha memenuhi permintaan ahlinya.

Pertandingan memancing.

“PEKA mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli PEKA kerana sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang padu. Saya menyeru kepada semua ahli agar menyertai aktiviti yang dianjurkan serta memahami dan memainkan peranan masing-masing dalam mencapai aspirasi PEKA” ujar Encik Halim Ishak mengakhiri perbualan.

BULETIN KITA

AJK dilantik secara sukarela dan terikat dengan tugas harian di pejabat, maka Sekretariat PEKA mengambil alih peranan dan tanggungjawab dalam memastikan aktiviti PEKA berjalan dengan baik dan berkesan serta mengikut lunas undang-undang kecil PEKA, memastikan kesemua mesyuarat berjalan lancar dan banyak lagi.

39


KENALI KAMI

BULETIN KITA

D

40

igerakkan oleh seramai 114 kakitangan, SYABAS Wilayah Sabak Bernam kelihatan seperti ‘kecil’ dari pandangan kakitangan dan wilayahwilayah SYABAS yang lain. Walaupun jauh dari pandangan dan kesibukan kota, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan tetap dipikul oleh kakitangan-kakitangan yang berkhidmat di wilayah ini dengan baik demi mencapai objektif, visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Syarikat.

Jauh Bukan Halangan Untuk Tidak Melaksanakan Tugas dengan Cemerlang –

Diketuai oleh Pn. Roslina Lazid sebagai Penolong Pengurus Besar, beliau ingin melihat kakitangan di Wilayah Sabak Bernam ini setanding dengan wilayahwilayah lain seperti Kuala Lumpur dan juga Petaling. Oleh sebab itu, beliau selalu mengingatkan k e p a d a kakitangannya agar mereka tidak jangan segan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan kakitangan yang berada di wilayah lain dalam segala hal. Aura wanitanya yang kelihatan lembut, tetapi berkomitmen tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan membuatkan beliau mudah didampingi oleh semua kakitangannya.

Mungkin salah satu perbezaan yang paling ketara adalah dari segi corak demografi masyarakat di antara wilayah Sabak Bernam dan wilayah Kuala Lumpur/Petaling. Memang diakui bahawa demografi masyarakat di kawasan bandar lebih ramai, lebih berinformasi, lebih profesional, dan ’media savvy’. Perkara ini juga diakui oleh Ketua Wilayahnya sendiri yang mana pendekatan dalam memenuhi dan menguruskan para pengguna ini adalah berbeza. Sebagai contoh, kakitangan yang berada di bahagian khidmat pelanggan di wilayah ini perlu lebih peka dan memberikan penerangan yang jelas kepada semua pengguna terhadap semua masalah yang dihadapi dengan cara paling berhemah dan berkesan termasuklah sebarang isu-isu yang berkaitan dengan SYABAS. Walaupun begitu, perbezaan yang ketara ini

Walaupun jarak perjalanan dari Ibu Pejabat ke wilayah ini sejauh 130km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam, wilayah ini bukanlah ‘sangat kecil dan tersorok’ seperti yang disangka oleh sebilangan kakitangan Syabas. Target mereka adalah besar! Sebolehnya para kakitangan di wilayah ini ingin mencapai ’Key Perfomance Indicator – KPI’ yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dengan cemerlang, cuba mencapai walaupun ianya mustahil dan ingin menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada wilayah-wilayah lain. Perkara ini juga tidak mustahil untuk dicapai oleh kakitangannya kerana masingmasing bekerjasama sebagai satu pasukan di antara satu sama lain. Strategi pengurusan yang dilaksanakan oleh ketua wilayah mereka juga telah menjadikan semua seksyen di wilayah ini bergerak menjadi ’satu’. Dengan cara menghubungkan satu seksyen dengan sekyen lain

SYABAS Wilayah Sabak Oleh: Azahpatry Foto: Meor Zukhairi Rosli

yang berkaitan, matlamat yang ingin dicapai telah membuahkan hasil dan dilihat keberkesanannya.

langsung tidak menghalang dan menjejaskan operasi SYABAS wilayah Sabak Bernam ini dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengguna. Jika melihat dari keadaan persekitaran di wilayah ini, keadaannya seperti ’malap’ dan tidak bermaya kerana pergerakan di sini tidak sama dengan pergerakan di bandar yang sentiasa sibuk dan ’diperlukan segera’. Walaupun terpisah jauh dari pandangan Ibu Pejabat, ini bukan alasan untuk kakitangan di sini tidak melaksanakan gerak kerja dengan pantas. Yang ditekankan oleh Ketua wilayahnya adalah ”kakitangan perlu bergerak pantas dan efisien. Perlu sentiasa berhubung dengan kakitangan di wilayah-wilayah lain khususnya dengan Ibu Pejabat. Tidak perlu malu untuk berkomunikasi ketika melaksanakan tugas dan perlu membuat tindakan susulan bagi kerjakerja yang dilaksanakan supaya kerja berkenaan tidak tertangguh dan sekaligus tidak menampakkan hasil”. Bagi Pn Roslina Lazid, apa yang penting baginya ingin melihat wilayah yang jauh di mata ini setanding dengan wilayah SYABAS yang lain dan kejayaan ini akan dapat dicapai dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan di wilayah ini.


KENALI KAMI

Braving the High Seas

W

ith the kind assistance of Encik Ubaidillah Ambiah, Ship Manager at GOM Resources, the Puncak Niaga Publication Unit crew was able to board the DLB 264, which was docked at a shipyard in Pelabuhan Lumut, Perak. This was the first time the pipelay/ derrick lay barge was docked in Malaysian waters as previously it was berthed in Batam, Indonesia. At the time of our visit, the barge was undergoing repair & maintenance works and was in the midst of load testing exercises and being prepared for its next project. We had to don the prerequisite personal protective equipment (PPE) such as helmets, safety boots and goggles, which have to be worn at all times outside the living quarters except for a few areas such as the mess hall and prayer rooms. Smoking is also prohibited on board of the barge except for the few designated areas. Given the harsh working conditions and physically demanding nature of the job, each and every crew member have to undergo a strict medical check-up and submit a health declaration form before being permitted to work on the barge. This is to ensure that every staff is physically and mentally fit to carry out their responsibilities. During offshore assignments, there are several Health and Safety officers and Medical Officers on board who are responsible for the health of the crew members. At full capacity, there are 217 barge crew members who work on a 60/60 days rotation basis, which means that a crew member can only work up to 60 days offshore then he would have to go on time off for 60 days before coming back to work again.

About 85% of the crew members are Malaysians with a majority originating from Sarawak while the rest consists of Europeans, Indonesians and Filipinos. There are two below deck departments – Mechanical & Electrical and two above the deck departments – Welding & Technical. The operations are carried out around the clock with the crew working on two 12-hour shifts; and it is only halted or paused during horrible weather conditions like heavy rain or stormy seas. The DLB 264 plays an integral role in executing and managing Structural Installation and Pipeline Installation, services that is very crucial in the Oil & Gas industry. These projects entail the transportation and installation of offshore structures (i.e. jackets, platforms and substructures); and transportation and installation of subsea pipelines (i.e. rigid steel pipe, flexible pipe and reeled rigid steel pipe). These heavy tasks are made possible with the use of the revolving crane, crawler crane and other machineries that have been outfitted on DLB 264. After our tour of the barge, we discovered that it is actually cosier and more pleasant than we expected. The living quarters are quite spacious and equipped with bunk beds, televisions and shared bathrooms. There is also a gymnasium, cyber cafe and karaoke

room that can be used to while away the boredom or stress. Hunger pangs? Not to worry… the mess hall is stocked with nutritious food and beverage that are accessible 24 hours a day. A 28-strong catering team headed by Commissary Chef Mr Ahley Assan prepares delicious and fulfilling dishes for each meal time. We had the opportunity to join them for lunch and dinner so we readily vouch that the food is wonderful especially the banana pie dessert (Thanks Ahley! ;D ) Raw materials, spare parts, food stock and general supplies are delivered by supply boats that visit twice weekly while workers or cargo are transported by crew boats that visit three times a week. The DLB 264 is equipped with high tech communication system which enable them maintain communication through internet and telephone lines when they are offshore. So, if any of the crew members get lonely, they can just e-mail or call their loved ones. All in all, the DLB 264 is like a selfsufficient ‘mini island’ that sustains the crew members while they carry out their duties and responsibilities. We have been informed by En Ubaidillah that the DLB 264 has sailed to a new project site on March 17th. So “Bon Voyage” to the officers and crew members… have a safe journey.

BULETIN KITA

By Hanizah Hamzah Photo: Afifi Hussain

41


PERSONALITI KITA

Kejujuran dan Usaha Gigih Elemen Penting Dalam Menjalankan Tugas Oleh Syahidah Ismail Foto: Afifi Hussain

M

enguruskan sebuah jabatan yang penting di dalam syarikat bukanlah tugas mudah, lebih lebih lagi melibatkan kewangan syarikat. Madam Wong Ley Chan bertanggungjawab menerajui Bahagian Kewangan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan GOM Resources Sdn Bhd. Anak jati Kulai, Johor ini menerima pendidikan rendah dan menengah di kampung halaman sebelum melanjutkan pelajaran ke English College di Johor Bahru yang kini dikenali dengan nama Maktab Sultan Abu Bakar. Selepas tamat Higher School Certificate (kini setaraf A Level) beliau menuju ke Kota Singa dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Johor bagi mendalami bidang pengajian Akaun atas dorongan ibu bapa di National University Singapore selama 3 tahun.

BULETIN KITA

Kesibukan dengan tugas memberi kekangan kepada beliau untuk mempunyai hobi, tetapi jika mempunyai masa lapang beliau akan bercuti bersama suami dan sepasang anak lelaki dan perempuan. Kesemua negara di Asia Tenggara sudah dilawati termasuk juga Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, dan United Kingdom. Beliau menunggu masa yang sesuai untuk mengembara ke Timur Eropah bagi melihat budaya dan sejarah negara tersebut.

42

Gandhi, Bill Gates, Steve Jobs dan Tan Sri Rozali Ismail sendiri merupakan tokoh yang memberi inspirasi kepada beliau dalam menjalani kehidupan dan juga tugas. Ketokohan Gandhi memimpin rakyat India bagi mendapatkan kemerdekaan tanpa keganasan merupakan contoh pemimpin yang terbaik. Manakala Bill Gates dan Steve Jobs adalah inspirasi beliau di dalam dunia perniagaan kerana mereka mencipta teknologi baru menjadikan dunia hari ini lebih mudah dan berbeza. Beliau pula melihat YBhg Tan Sri Rozali Ismail sebagai seorang yang memacu syarikat ke tahap yang lebih tinggi dan benarbenar mengembangkan syarikat, walaupun YBhg Tan Sri nampak tegas tetapi beliau begitu mengambil berat

akan kakitangannya. Madam Wong Ley Chan mula berkhidmat dengan YBhg Tan Sri Rozali di syarikat hartanah milik beliau iaitu TRIplc Bhd pada tahun 2000 dan seterusnya ke Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selama 3 tahun. Madam Wong Ley Chan merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam proses penswastaan Perbadanan Urus Air Selangor menjadikan beliau antara perintis SYABAS. Menurut Madam Wong, proses peningkatan dan penstrukturan semula operasi kewangan SYABAS sewaktu peringkat awal penswastaan syarikat tersebut merupakan cabaran terbesar di dalam kerjaya beliau. Pada 2010, beliau meneruskan tugas di PNSB sebagai Pengarah Eksekutif Bahagian Kewangan. Walaupun pelbagai cabaran perlu ditempuhi seperti memastikan kewangan dan aliran tunai syarikat stabil, mengawal perbelanjaan syarikat, bekerjasama dan menguruskan individu yang berbeza latar belakang dan cara kerja, tekanan isu air di negeri Selangor dan memimpin Kakitangan, tetapi dengan kejujuran, kerjasama berkumpulan serta usaha gigih, semua masalah akan dapat diatasi. Apabila buntu mencari penyelesaian sesuatu masalah, kakitangan akan dirujuk bagi mendapatkan pandangan dan idea mereka, di mana se-

cara tidak langsung dapat membentuk mereka menjadi lebih baik. Malah menurut beliau apabila kakitangan memberikan sokongan dan penghargaan kepada beliau, itu menunjukkan segala tunjuk ajar yang diberikan selama ini berbaloi. Madam Wong turut menerima dengan terbuka sebarang pendapat kakitangan untuk memperbaiki kelemahan agar dapat memimpin mereka dengan lebih cemerlang. Melihat PNSB berkembang daripada industri air kepada industri minyak dan gas memberikan satu kepuasan kepada beliau dan banyak lagi yang ingin disumbangkan kepada syarikat. Kekal positif, fokus dan percaya setiap masalah ada penyelesaian - itu yang dipegang oleh Personaliti KITA ini dan pesanan beliau kepada kakitangan agar sentiasa berusaha gigih, sabar pasti mereka akan dihargai dan kejujuran dan integriti sangat penting dalam menjalankan tugas.


PERSONALITI KITA ika dilihat dari segi penampilannya yang ramah dan bersahaja, tak siapa sangka bahawa bidang kerja Encik Ahmad Suhaimi Othman sering melibatkan tugasan-tugasan yang merbahaya. Apabila difikirkan secara kasar, hati kecil pasti terdetik: Bahaya apa yang boleh dihadapi oleh sekadar seorang pemandu dan peronda Unit Pemantauan Alam Sekitar? Hakikatnya, tugasnya cukup berat walaupun seringkali dipandang enteng. Encik Ahmad Suhaimi Othman telah memulakan kerjayanya di Unit Pemantauan Alam Sekitar, Bahagian Operasi Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sejak tahun 2005 lagi. Pada tahun 2009, Unit tersebut telah dipindahkan di bawah Bahagian Operasi, SYABAS dengan tanggungjawab dan tugasan yang sama. Menurut beliau, Unit Pemantauan Alam Sekitar bertanggungjawab memantau lembangan sungai dan kawasan tadahan air yang terdapat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengenal pasti, mengesan dan menyiasat kesan-kesan pencemaran yang boleh menjejaskan sumber air mentah kita. Biasanya, pasukan ESS ini akan melakukan rondaan di lembangan-lembangan sungai dan kawasan-kawasan tadahan air secara berkala sebanyak 6 kali sebulan. Ianya kedengaran begitu mudah namun

Tak Gerun Ancaman Gangster – Ahmad Suhaimi Othman, Pemandu/ Peronda, Unit Pemantauan Alam Sekitar tugasan tersebut sering mendedahkan dirinya kepada bahaya kerana ia menyingkap dalangdalang di sebalik kegiatan mencuri pasir dan pengusaha kuari secara haram. “Apabila kami mengenal pasti sebarang kesan pencemaran menerusi pemantauan secara spontan, kami akan melaporkannya kepada pihak-pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Pejabat Tanah supaya siasatan dapat dijalankan.”, kata Encik Ahmad Suhaimi Othman. Menurutnya lagi, jika bukti mencukupi, kami dapat membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran sumber air mentah tersebut ke muka pengadilan.

Dek kerana tugas Encik Ahmad Suhaimi Othman sering mendedahkan kerja-kerja kotor manusia yang rakus dengan khazanah bumi ini, digertak, dikepung, diacu parang dan pistol telah menjadi satu kebiasaan. “Tapi setakat ini Alhamdulillah, saya masih selamat dan boleh menjalankan tugas yang patut dilaksanakan.” Kini, setelah 8 tahun berkecimpung dalam bidang ini, rangkaian kenalannya yang meluas di kalangan tokan-tokan pasir membolehkannya memperolehi akses mudah ke kawasan-kawasan yang dikawal ketat. Ancaman dan gertakan bukan sahaja tidak dapat menumpaskan semangat waja beliau untuk terus melakukan pemantauan malah menjadi kepuasan beliau apabila dapat menghalang pencemaran sungai daripada terus berleluasa.

BULETIN KITA

J

43


PERSONALITI KITA

Billy on The Barge By Hanizah Hamzah Photo: Afifi Hussain

W

illiam McWilliams or better known as ‘Billy’ among his friends and colleagues is the Barge Superintendent of the DLB 264. Hailing from the United Kingdom, Billy is an old timer in the Oil & Gas industry. He began his career at the tender age of 18 when he joined the military and went on to spend some years serving in The Royal Marines. Looking for change, he decided to follow in the footsteps of his father who were in the offshore industry attached with McDermott International. He was 26 years old when he entered the Oil & Gas industry as a rigger. Working tirelessly and learning the ropes as he went along, it took him 22 years to work his way up to where he is now. As a Barge Superintendent, Billy is responsible in managing and overseeing daily operations and all activities performed on the barge, regular maintenance of equipment and machinery; and ensuring the safety of the barge, its crew and the equipment on board.

BULETIN KITA

Apart from that, Billy also acts as mediator between clients and GOM Resources. He has to discuss with the clients to determine their requirements and accommodate or negotiate for the best interest of both parties.

44

With a large workforce (217 crew members to be exact) comprising a multitude of nationalities including Malaysians, Europeans, Filipinos and Indonesians, the scenario can be quite hectic at times. However, Billy takes it all in his stride saying that even though they squabble sometimes, they never let personal issues affect their work. They are also tolerant of each other’s cultures and religions; celebrating

festivities such as Christmas, Eid Mubarak and Chinese New Year in harmony. According to Billy, the crew members are experienced, dedicated and focused in their tasks. In fact, some of the crew have remained loyal to GOM for a very long time. Considering the risky nature of their jobs, the importance of safety and health practices are constantly drilled into the crew’s minds through standard Health, Safety & Environment practises including HSE meetings, toolbox talks and briefings. Task rotations are also implemented to prevent the crew from becoming complacent in carrying out their jobs. Up until now, DLB264 has achieved over 2.5 million manhour with zero Lost Time Injury. Despite the huge responsibilities and challenges, Billy clearly enjoys his work as evident from his ever ready smile and hearty laughter. He says that his job is made easier as he has capable and trusted subordinates who help to keep the operations running smoothly. When inquired about how they cope with the loneliness of being far away from their loved ones, he says that it is not a big issue for them as they are able to communicate with the outside world through e-mails and satellite phones. B i l l y w e n t on to

relate how he uses e-mails to keep up-to-date with his wife and children, a son who is a news editor at BBC and a daughter who is attending college. In order to de-stress and stay motivated, he always takes a vacation with his family during his time off from the barge. He also spends his time off riding his cruiser motorcycles, one of his favourite past time. That way, when it is time to get back to work on the barge, he would be physically and mentally refreshed.


SUMBANGAN PEMBACA

Sejarah Bermulanya Bekalan Air di Selangor “Sila semak dan bincang”. tulah arahan ringkas berkaitan satu tugasan yang melibatkan rezab paip air di Jalan Ampang. Tugasan inilah membawa penulis mencari dan menemui fakta-fakta menarik berkenaan Ampang Impounding; perkhidmatan bekalan air awam pertama di Selangor.

I

Ampang Impounding yang terletak kira-kira 5 km di timur pusat membelibelah Ampang Point mula dirancang semasa Sir Frank Swettenham menjadi Residen British di Selangor. Ia mula dibina pada tahun 1892 oleh Jabatan Kerja Raya (Public Works Department). Pembinaan projek ini diketuai oleh Mr. Paxon iaitu seorang jurutera hidraulik manakala kontraktor yang

bertanggungjawab Horwarth Erskine Ltd.

ialah

Messrs.

Pembinaan Ampang Impounding melibatkan kos lebih kurang setengah juta dollar dan mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan. Ia direka bentuk untuk menampung keperluan 25 000 penduduk. Akhbar The Straits Times bertarikh 27 Januari 1914 melaporkan selain daripada takungan air di Ampang, projek ini juga melibatkan penanaman paip berdiameter 10 inci sejauh 7 batu (11 km) ke sebuah kolam air berhampiran Residency. Dari situ, pelbagai saiz paip dipasang untuk membekalkan air ke kawasan Kuala Lumpur. Penulis percaya kolam air yang dimaksudkan tersebut ialah kolam yang hari ini dikenali sebagai Kolam Air Bukit Maxwell. Semakan penulis terhadap pelan rezab paip air dari Ampang Impounding ini berakhir di kawasan Kolam Air Bukit Maxwell yang terletak berhampiran Residensi, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Penulis mendapat maklumat hingga kini Kolam Air Bukit Maxwell masih digunakan. Ini bererti kolam air ini sudah berusia lebih 100 tahun . Dengan mengambil kira dari tahun ia mula beroperasi iaitu 1896, kolam ini menjadi kolam air yang paling tua masih dioperasi oleh SYABAS. Akhbar yang sama melaporkan pada masa itu kira-kira 75%

daripada kediaman dan kedai di Kuala Lumpur telah mendapat bekalan air. Caj yang dikenakan ialah 20 cent untuk 1000 gelen bagi kegunaan domestik manakala untuk perniagaan pula ialah 50 cent hingga 80 cent setiap 1000 gelen. Walau bagaimanapun kuarters kerajaan dikenakan bayaran tetap setengah tahun sekali dengan kadar lebih kurang 1 dollar sebulan. Penggunaan air pada masa itu dianggarkan 2 juta gelen sehari. Permintaan air terus meningkat dari masa ke semasa akibat daripada peningkatan jumlah penduduk. Sejak itu projek-projek pembinaan infrastruktur bekalan air terus dibangunkan di seluruh kawasan Lembah Klang. Antara projek-projek infrastruktur bekalan air selepas projek Ampang Impounding ialah; - -

1906 : Ampang Intake 1948 -1960 (zaman ancaman - komunis) Skim bekalan air ke kampungkampung baru dibuat. Antara kawasan terlibat: Bekalan Air (BA) Batu, BA Sg. Besi, BA Sungei Way dan BA Kg Damansara. - Skim bekalan air pertama selepas merdeka ialah Empangan Klang Gates dan Loji Air Bukit Nenas pada tahun 1950an. - 1980an : Skim Bekalan Air Sungai Langat dan Skim Bekalan Air Sungai Semenyih - 1990an : Skim Bekalan Air Sungai Selangor ;

Kini, Ampang Impounding tidak lagi digunakan. Kolam takungan yang cantik pemandangannya kini menjadi tempat penduduk tempatan beriadah. Rujukan: Rencana ‘Kuala Lumpur’s Water’; The Straits Times ‘ 28 Januari 1914, Sejarah Penubuhan PUAS Berhad – Diari Terbitan Tahun 2003.

BULETIN KITA

Ampang Impounding:

Oleh: Roslan Bin Osman, Pengurus, Jabatan Kualiti Air dan Aset, SYABAS Foto: Meor Zukhairi Rosli

45


SUMBANGAN PEMBACA

Sugeh

— Lokasi Santai Bersama Keluarga dan Sahabat Handai Oleh : Ainunnajhan Marzuki

Setiap Hari Berusaha dan Bekerja Makan dan Minum Pasti Tak Lupa Ke Sugeh Cafe Menjamu Selera Secubit Rasa Sehari Ceria

I

tulah pantun yang tertera pada flyers Sugeh Cafe. Restoran satu tingkat yang terletak di Seksyen 9 tersebut menawarkan hidangan tempatan, Arab dan juga makanan barat. Dengan taglinenya ’Enak-MesraMampu-Bersih’, restoran ini dijangka bakal menjadi salah satu destinasi santai bagi warga Shah Alam. Sugeh? Bahasa apa itu? Detik hati saya sewaktu tiba di Kafe Sugeh. Malam itu, ramai juga pelanggan yang datang untuk menjamu selera di kafe tersebut walaupun jam telah menunjukkan pukul 9.30 malam.

BULETIN KITA

Walaupun kafe tersebut tidak luas tetapi ruang yang ada cukup untuk menempatkan 50 orang pelanggan pada satu-satu masa. Setibanya saya dan rakan-rakan di sana, santapan kami telahpun sedia tersaji. Nasi goreng sutradara, ayam goreng berempah, sambal lado, sup dan tempe merupakan antara sajian jawa yang saya kenali. Bagi sajian Western pula, kami dihidangkan dengan Mix Grill (ayam, daging dan daging kambing) dengan kuah lada hitam, Spaghetti Bolognese. Selain itu, terdapat juga makanan Arab iaitu Amir Kebab dan kudapan yang terdiri daripada Sambal Bebola Sotong dan Bebola Ketam.

46

Serta-merta perut saya berkeroncong, mendendangkan irama kelaparan perut yang minta diisi segera dengan hidangan lazat di hadapan mata. Mata saya terpandang pula pada menu minuman, selain daripada minuman yang biasa dihidangkan, saya tertarik dengan seleksi milikshake yang ditawarkan antaranya Kedondong Milkshake. Saya memandang pula pada papan yang tertera tanda harga. Harga makanan secara puratanya tidak melebihi RM10 manakala jus buah hanya RM2.50. Memang benarlah, semua orang mampu untuk menikmati santapan di sini. Malam itu, memang puas saya dan rakan-rakan menikmati makanan yang dihidangkan terutamanya ayam goreng rempah dan mix grill. Nampaknya, kafe ini memang sesuai dijadikan tempat untuk bersantai bersama keluarga dan sahabat handai. Sebelum balik, saya menyapa salah seorang kakitangan di kafe tersebut. Dia menerangkan bahawa nama kafe tersebut berasal daripada sebuah telefilem jawa pertama di Malaysia, Sugeh. Sugeh bermaksud kaya, jelasnya lagi.

“Banyak lagi menu yang akan kami perkenalkan dalam masa terdekat. Datanglah lagi!”, sampuk Chef kafe tersebut. Layanan di kedai ini memang benar-benar ramah. Sesuai dengan tagline yang diberi. Walaupun baru 2 bulan beroperasi, Kafe Sugeh ini benar-benar memahami kehendak dan citarasa pelanggan. Jika anda berminat untuk mencuba masakan enak dengan layanan mesra, suasana yang santai serta harga yang sangat berpatutan, singgahlah di Kafe Sugeh!

SUGEH CAFE,

No, 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah J/9J, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 7416 Waktu Operasi : 11.00 pagi – 11.00 malam setiap hari


ECO WATCH

P

asti anda tidak dapat bayangkan bagaimana aktiviti lasak dijalankan di atas pokok. Rancakkan hujung minggu anda dengan mengunjungi Skytrex Adventure yang terletak di Taman Botani Negara, Shah Alam atau lebih dikenali dengan nama Bukit Cerakah. Tempat ini telah beroperasi sejak 2008 dan dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja, namun ianya akan dibuka pada hari biasa berdasarkan kepada permintaan sekurang-kurangnya 25 orang di dalam satu kumpulan. Setibanya di sini, anda perlu mendaftarkan diri dan menandatangani borang keselamatan di kaunter. Terdapat lokar yang boleh disewa dengan kadar bayaran sebanyak RM1 (deposit RM5 dikembalikan) untuk menyimpan barangan berharga anda. Untuk mengelakkan tapak tangan anda cedera, sila bawa sarung tangan atau anda boleh beli di kaunter dengan harga RM3. Terdapat tiga kawasan yang boleh diterokai iaitu Little Adventure (RM35), Big Thrill (RM45) dan Extreme Challenge (RM55). Usah risau mengenai keselamatan anda kerana sebelum memulakan aktiviti, anda akan dibekalkan dengan peralatan keselamatan peribadi iaitu harness. Taklimat keselamatan, latihan

Cabar Mental dan Fizikal di Skytrex Adventure ! percubaan serta penerangan ringkas untuk mengendalikan alatan tersebut akan diberikan sebelum melangkah ke aktiviti sebenar. Carabiner dan puller merupakan alatan yang penting dan digunakan sepanjang waktu anda menjalankan aktiviti dari satu pokok ke pokok yang lain. Bagi Little Adventure, terdapat 23 cabaran yang perlu diharungi dengan ketinggian tiga hingga lima meter. Aktiviti di sini lebih mudah dan menyeronokkan, sesuai untuk kanakkanak tetapi mereka yang berusia lapan tahun ke bawah perlu pengawasan orang dewasa. Cabaran yang terdapat di sini dinamakan sempena haiwan seperti Rubah Terbang (Flying Fox), Tulang Naga (Dragon Bones) dan Jungkit Arnab (Rabbit Flip Flop). Aktiviti berakhir dengan Flying Fox sejauh 70 meter merentasi dua buah tasik. Big Thrill adalah kawasan pertama yang ada ketika pembukaan Skytrex Adventure. Hampir 2 jam 30 minit diperlukan untuk melengkapkan 26 cabaran di paras ketinggian 17 meter. Anda perlu melalui Crazy Zig-Zag, uji kemampuan fizikal di Happy Hooper dan tamatkan cabaran dengan Flying Fox sejauh 100 meter. Namun jika anda rasa tidak mampu untuk menyelesaikan kesemua cabaran, terdapat laluan kecemasan yang

boleh digunakan untuk turun. Bagi yang lebih sukakan cabaran, Extreme Challenge pilihan yang tepat. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan untuk mengharungi 34 cabaran dengan beberapa platform setinggi 22 meter. Hanya yang berpengalaman dan bersedia menghadapi cabaran mampu menamatkan kesemua cabaran di sini. Menurut Encik Azlan Idrus, idea asal untuk membina tempat ini diambil dari Perancis di mana hampir 500 taman seperti ini terdapat di sana. Beliau merupakan pemilik bersama Skytrex Adventure dengan Mr. Julien Repellin, warga asal Perancis. Segala peralatan yang terdapat di sini dibawa khas daripada Perancis dan mengikut standard antarabangsa. Tempahan awal amat digalakkan dan pembelian tiket masuk ke Skytrex Adventure hanyalah melalui dalam talian (online). Anda boleh menempah tiket masuk mengikut slot masa yang disediakan seawal jam 9.00 pagi dan slot yang terakhir pada jam 2.30 petang. Turut disediakan Skydeck iaitu kawasan rehat dengan 10 buah meja. Sila layari http://www.skytrexadventure.com untuk tempahan dan maklumat lanjut.

BULETIN KITA

Oleh Syahidah Ismail Foto: Afifi Hussain

47


PENDAPAT ANDA Pihak Pengurusan PNHB telahpun meluluskan dasar 5 hari bekerja sejak 2 Januari 2013 dan dasar tersebut telahpun disambut baik oleh kakitangan. Pada hemat anda, apakah lagi dasar-dasar syarikat yang boleh diperbaiki bagi menggalakkan lebih ramai bakat untuk menyertai syarikat dan membolehkan kakitangan sedia ada sudi berkhidmat dengan syarikat bagi tempoh yang lama?

Azzad Muzahet, Penganalisa Projek, GOM Resources Sdn. Bhd.

D

asar 5 hari bekerja yang berkuat kuasa sejak awal tahun ini merupakan langkah yang baik bagi memenangi hati pekerja serta meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Antara dasardasar yang boleh dipraktikkan bagi menggalakkan lebih ramai bakat menyertai syarikat dan meningkatkan kesetiaan kakitangan sedia ada adalah: Pengurusan Yang Lebih Terbuka. Pekerja sewajarnya dimaklumkan tentang apa yang sedang berlaku dalam syarikat supaya segala usaha mereka selari dengan visi dan misi syarikat. Benarkan Fleksibiliti. Fleksibiliti di tempat kerja kerana pekerja yang tidak tertekan dengan keadaan mahupun peraturan yang ketat adalah lebih produktif. Generasi kini lebih menekankan budaya kerja, faedah dan ketelusan. Kadangkala mereka lebih mengambil kira isu-isu ini berbanding gaji dalam membuat pertimbangan.

Mohd Yazzed Baharom, Pengurus HR, GOM Resources Sdn. Bhd.

BULETIN KITA

D

48

asar yang diamalkan sekarang ini bersesuaian dengan maksud dan kehendak “Work-Life Balanced” atau dalam kata lain “Imbangan Kerja-Kehidupan”. Jika senario bekerja 5 hari mendapat sambutan yang menggalakkan, maka amalan yang seumpama ini juga patut ditambah lagi. Namun begitu, amalan ini haruslah seiring dengan keperluan dan kemampuan syarikat.  Di samping itu, amalan

ini juga harus dapat menaikkan imej syarikat dan memberi keuntungan bukan sahaja kepada kakitangan malah keuntungan juga buat syarikat. Antara amalan-amalan yang boleh diperbaiki adalah : •

Pemberian insentif kepada kakitangan yang berjaya memberi sumbangan dalam mengawal atau mengurangkan kos syarikat contohnya seperti amalan Kaizen atau melalui sumbangan berkumpulan seperti Kumpulan ICC

penjaga bayi, pengasuh yang telah melakukan penderaan kepada bayi yang dijaga oleh mereka. Jika pihak SYABAS dapat menyediakan tempat penjagaan bayi-bayi ini, ibu @ bapa akan lebih tenang di tempat kerja.

Mohd Hafiz Mohd Yusof, Clerk, Compensation & Benefits Department

S

yukur Alhamdulillah kerana PNHB telah meluluskan dasar 5 hari bekerja.

Pemberian insentif kepada kakitangan yang berjaya mengawal peruntukan cuti, cuti sakit dan menjaga kedatangan sepanjang tahun Mencungkil bakat-bakat yang ada di kalangan kakitangan yang mampu memberi latihan dalam bidang tertentu kepada kakitangan lain dengan maksud “knowledge sharing”.

Haizad Mohamed Haris, Programmer, SYABAS Wilayah Sabak Bernam

T

erima kasih kerana memeri peluang kepada kakitangan menyuarakan pendapat. Saya ingin mencadangkan supaya syarikat mengadakan Pencalonan Pekerja terbaik bulanan dan memberi sedikit sumbangan kepada kakitangan tersebut. Ini membolehkan kakitangan bekerja dengan lebih bersemangat dan secara tidak langsung telah memotivasikan kakitangan supaya berusaha dengan lebih cemerlang kearah memajukan syarikat ini.

sesuatu

Pada pendapat saya untuk mengurangkan turnover/menarik minat bakat baru syarikat itu adalah:

1. Dengan menaikkan gred/pangkat kepada kakitangan lama yang berpengalaman dan berpengetahuan bertahun-tahun walaupun hanya berkelayakan SPM. 2. Syarikat harus memberi kepercayaan 100% kepada kakitangan untuk mencapai visi dan misi syarikat. 3. Syarikat perlu mengelakkan sistem “politik di tempat kerja” atau sifat suka mengampu. 4. Syarikat/ketua perlu mendengar penjelasan kakitangan dahulu sebelum mencantas/membuat keputusan terhadap tugasan yang diberikan, ini untuk mengelakkan pembaziran masa dan tenaga.

Noof Hafizah Mustapha, Pembantu Tadbir, Kaunter Bayaran, SYABAS

S

aya mencadangkan supaya pihak SYABAS menyediakan tempat penjagaan anak/ nursery untuk kemudahan pekerja, terutama sekali untuk anak-anak yang masih di bawah umur 2 tahun dan yang masih menyusu badan. Seperti yang telah kita sedia maklum terdapat banyak kes tentang

Pihak Sidang Redaksi Buletin KITA akan sentiasa mengenengahkan isuisu terkini berkaitan syarikat, polisi dan perkara yang berkaitan dengan kakitangan. Sebarang komen, pendapat dan cadangan boleh diemelkan kepada Wan Lydiana Wan Abdul Aziz, Ketua Editor di lydiana@ puncakniaga.com.my


SURAT PEMBACA

Dayang Eksekutif, Pejabat Pengerusi Eksekutif

S

ebagai seorang kakitangan GOM Resources Sdn Bhd, Bahagian Teknologi Maklumat, saya berpandangan bahawa Buletin KITA perlu menerbitkan salinan digital majalah di samping salinan cetak sebagaimana yang banyak dipraktikkan masa kini. Salinan digital ini boleh di E-mel kepada semua kakitangan syarikat-syarikat di bawah kumpulan Puncak Niaga Holdings Berhad bagi meluaskan pengedaran Buletin KITA, kerana saya yakin tidak semua kakitangan menerima salinan cetak majalah ini dan di dalam dunia serba canggih sekarang saya percaya kakitangan lebih gemar dan selesa membaca dari komputer mereka. Menyediakan salinan juga perlu kerana terdapat kakitangan yang tidak mempunyai akses komputer . Selain itu saya juga ingin mencadangkan supaya Buletin KITA mendapatkan maklum balas daripada pekerja dari semasa ke semasa melalui borang kaji selidik bagi memperbaiki mutu serta kualiti Buletin KITA. Nor Hisham Rahmat LAN Administrator GOM Resources Sdn Bhd

Sebagai pembaca Buletin KITA, saya mengharapkan majalah ini bukan sekadar sebagai bahan bacaan sementara tetapi menjadi rujukan di kalangan kakitangan SYABAS terutamanya maklumat-maklumat berkaitan teknologi terkini industri air yang telah diaplikasi di peringkat antarabangsa. Antara teknologi yang boleh diketengahkan adalah kaedah perawatan air yang terkini, projek-projek yang boleh dilaksanakan dalam menurunkan kadar NRW dan penjimatan kos operasi harian bagi syarikat-syarikat air di peringkat antarabangsa. Sebagai pemain industri utama dan entiti yang selalu dicontohi di negara ini, setiap kakitangan SYABAS perlu diberi pendedahan kepada teknologi terkini. Mohd Ridzalhuddin Osman, Jabatan Pengurusan Projek SYABAS

P

ada pandangan saya, Buletin KITA (BK) perlu membuat kajian (survey) di kalangan seluruh kakitangan dalam kumpulan PNHB untuk mendapatkan maklum balas secara menyeluruh mengenai apa yang mereka inginkan daripada BK. Saya juga berpendapat bahawa BK perlu menjadi bahan bacaan yang berinformatif tetapi dipersembahkan secara santai. Informasi mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi dan gaya hidup adventure perlu diperbanyakkan kerana ia mempunyai kumpulan sasar yang besar dalam kumpulan Puncak Niaga. Pihak editor juga perlu mengambil kira semua peringkat staf yang terdiri daripada bukan eksekutif, eksekutif dan pengurusan dalam usaha menyediakan kandungan yang lebih seimbang dan menarik minat semua pihak. Dari aspek reka bentuk, pihak editor boleh merujuk kepada majalah-majalah yang banyak di pasaran bagi menjana ideaidea baru untuk BK persembahkan. Norhazlin bin Ali Kerani Pejabat Wilayah SRO

BULETIN KITA

P

ertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Buletin KITA kerana berjaya memberi informasi menarik dalam setiap kali keluaran. Isi kandungan yang semakin padat dengan pelbagai isu menarik yang membuatkan pembaca  minat untuk membaca majalah ini. Dipaparkan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan sama ada di peringkat PNSB dan SYABAS. Di sini saya ingin mencadangkan supaya sidang redaksi Buletin KITA membuat liputan di tempat-tempat  HISTORICAL sebagai pendedahan dan pengetahuan umum kepada kami semua.  Semoga BULETIN KITA akan terus sukses dan memberi input-input yang berguna kepada pembaca semua.

49


SANTAI

Kuiz Uji Minda Anda ! 1.

orang melayu yang pertama yang membuka perusahaan Bijih timah di Taiping ialah ………............................... pada tahun …………………..

2.

Apakah jenis transaksi perbankan yang tidak boleh dilakukan secara online?

3.

Lautan merangkumi………………………………………………daripada luas permukaan bumi.

4.

kapal TITANIC tenggelam di ………………………………… pada …………………………….

5.

Apakah tajuk filem pertama di dunia ?

6.

namakan tokoh pertama yang telah menggariskan perbezaan di antara penyakit campak & cacar?

7.

LIMA LANGKAWI bermaksud?

8.

Terdapat satu Animal Hotel di Asia ianya di negara ……………………. dan terletak di ……………………………

9.

idea asal Skytrex Adventure datang dari ……………………….......... di mana hampir ………………… taman seperti ini terdapat di sana.

10. Terdapat berapa jenis kawasan yang boleh diterokai di Skytrex Adventure? (…………) dan namakan kawasan tersebut i)…………………......, 2)……………………....., 3)....………………………… 11. LPA SSP2 telah menerima satu Anugerah pada Tahun 2012. Apakah nama Anugerah tersebut ? (..........................) 12. Namakan sebuah majalah yang dipaparkan wajah YBhg.Tan Sri Rozali Ismail pada Muka Hadapannya (…………………………) 13. Apakah maksud “ERP”? (..........................................................................................) 14. Aset paling bernilai kepunyaan Puncak Oil & Gas adalah ……………………… , dan panjang keseluruhan ialah ……………………………… 15. Bagaimana tertubuhnya Kuala Lumpur pada tahun 1857? (.....................................................)

Peringatan: Sila jawab soalan Kuiz Uji Minda DAN cari perbezaan gambar untuk menyertai peraduan ini.

CARI 10 PERBEZAAN DALAM GAMBAR A DAN B - SPOT THE DIFFERENCES !

A Nama : Jabatan: No. Telefon: Emel:

BULETIN KITA

Sila lengkapkan butiran peribadi di atas dan hantar jawapan melalui faks atau imbas (scan) jawapan anda dan emel kepada:

50

B

Ketua Pengarang Buletin KITA Jabatan Perhubungan Awam Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. Tel: 03-55105471 samb. 1374 Faks: 03-55105841 Emel: lydiana@puncakniaga.com.my


SANTAI

aiping yang bermaksud ‘aman selamanya’ dalam bahasa Hakka merupakan bekas pusat pentadbiran negeri Perak dan bandar perlombongan. Long Jaafar, orang Melayu pertama membuka perusahaan bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada tahun 1840 merupakan individu yang berjaya menemui bijih timah di bandar ini. Pihak British telah mejadikan Taiping bandar serba lengkap kerana hasil bijih timah merupakan sumber pendapatan utama ketika itu. Maka tidak hairan banyak perkara yang pertama di Malaysia ada di Taiping seperti zoo, hospital, maktab perguruan, kolam renang, pusat pemetaan atau pejabat topografi pertama negara, rumah residen Inggeris, pejabat pentadbiran kerajaan dan banyak lagi. Antara yang pertama dibina di Taiping •

Landasan kereta api pertama yang menghubungkan Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (1885), dahulunya dikenali sebagai Port Weld

Pejabat Pos dan Telegraf (1884), pejabat pos pertama di Malaysia dan masih berfungsi hingga kini

Pasar Taiping (1884), pasar pertama didirikan di Malaysia

Penjara Taiping (1879), merupakan penjara terbesar negara ketika itu

Bukit Larut (1870), pusat peranginan tanah tinggi tertua lebih dikenali dengan nama Maxwell Hill

Muzium Perak (1883), muzium tertua di Semenanjung Malaysia

Taman Tasik Taiping (1880), taman rekreasi awam pertama di Malaysia

Lapangan Terbang Tekah (1870), lapangan terbang tentera pertama negara

Menara Jam (1890), kini berfungsi sebagai Pusat Informasi Pelancong Taiping

Balai Bomba pertama sudah tidak beroperasi

Sekolah Inggeris pertama, Central School(1883) kemudian ditukar nama kepada King Edward VII School

Fun Facts! Three most common languages in the world are Mandarin Chinese, Spanish and English. Cats spend 66% of their life asleep. Money is the number one thing that couples argue about. M&M’s chocolate stands for the initials of its inventors Mars and Murrie. A giraffe can clean its ears with its 21 inch tongue. Sponges hold more cold water than hot. You burn more calories sleeping than watching TV. A crocodile cannot move its tongue. Everyday is a holiday somewhere in the world. The oldest word in the English language is ‘town’. Instant coffee was invented in 1901. The electric chair was invented by a dentist. Bill Gates began programming computers at the of age 13. MasterCard was MasterCharge.

originally

called

Tigers have striped skin as well as fur. It takes 4 hours to hardboil an ostrich egg. The most sung song is ‘Happy Birthday’. Hilton was the first international hotel chain. The first taxi service began in New York in 1907.

(1886), BULETIN KITA

T

Banyak Yang Pertama di Taiping

51


52

BULETIN KITA


Buletin KITA Edisi 1/2013