Issuu on Google+

Pantun Kemerdekaan

Allahu akbar laungan bergema, Tok Janggut, Mat Kilau, warisan watan, Jangan tanah dijual percuma, Kejatuhan Melaka jadikan peringatan.

Nenek moyang mengharung relung, Mengusahakan tanah sekangkang kera, Janganlah kita tak sedar diuntung, Menggadai agama, bangsa dan negara.

Pahlawan berkorban menempuh rintangan, Pertiwi menjulang menyanjung warisan, Empat belas negeri berpadu seiringan, Menjunjung daulat juga kebebasan.

Takkan Melayu hilang di dunia, Bahkan Melayu hilang kuasa, Syukurlah atas segala kurnia, Negara merdeka aman sentosa.


Jalur Gemilang berkibar megah, Negara kita negara bertuah, Andai pemikiran masih dijajah, Benarkah kita merdeka sudah?

Andai runtuh kota Melaka, Papan di Jawa kami dirikan, Jika benar kita merdeka, Mengapa jiwa masih diperhambakan

Ramadhan kini tibalah sudah, Syawal pula bakal menjelma, duhai pemuda giatkan langkah, kembali berjuang untuk agama.

Sementara Ramadhan masih berbaki, Tingkatkan amalan ikhlas untukNya, Tuah ayam nampak di kaki, Tuah bangsa pada pemudanya.

Tari sumbang disalahkan lantai,


Terlanjur kata badan binasa, Perjuangan kita belum selesai, Bangkitlah selamatkan maruah bangsa.

Panjatkan syukur atas kurnia, rai kejayaan sebulan puasa, merdeka kita pada dunia, sujud pada yg Maha kuasa

Menang Pak Kaduk, menang disanjung, Tergadai kampung, tergadai maruah, Perintah Allah kita sanjung, Moga hidup mendapat barakah.

Oleh: Norsyahida Mohammad & Rina Aznita Ariffin


Pantun Kemerdekaan