Page 1

Perjuangan Bangsa Tanah ini pernah dibasahi darah-darah perjuang bangsa kita, dalam tekad membebaskan negaranya, dalam usaha memartabatkan bangsanya. Masih terdengar jeritan Rentap, menentang Brooke penjajah Sarawak. Masih terngiang berita kematian Tuk Janggut dibunuh, diarak, digantung songsang, oleh penjajah British yang menjajah Kelantan bumimu, dan masih terasa kehangatan pejuang-pejuang bangsa yang lain, merintis perubahan memerdekakan Tanah Melayu sehingga terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Laungan Merdeka! Bergemuruh di Stadium Merdeka menandakan bebasnya tanah Melayu, setelah 446 tahun dalam cengkaman penjajah.


Maka terbentuklah negara, pembangunan digarap, perpaduan dibina. 16 September 1963 pula menjadi saksi, Terbentuknya Malaysia bumi berdaulat. Kini, sudah 53 tahun bumi Malaysia ini merdeka, namun, tanah ini masih lagi basah dibanjiri tangisan buminya, mengenang nasib bangsanya yang masih belum merdeka, yang masih terleka, dalam kesenangan negara yang sakit. Perjuangan bangsa kita masih belum berakhir. Perjuangan negara ini masih belum tiba nokhtahnya.

Selagi tidak bebas kita dari fahaman yang songsang, dari kegembiraan yang melalaikan, dari keseronokan yang menghanyutkan,


dari budaya yang bertentangan, dari nilai yang buruk, selagi itulah darah yang mengalir dalam setiap tubuh bangsa pasca merdeka ini, tidak sepatutnya berhenti dari terus berjuang membebaskan negara ini, dari cengkaman pemikiran yang merosakkan. Apabila telah bebas kita dari semua itu barulah dapat tegaknya negara Islam ini di persada dunia, barulah dapat kita bina semula sebuah tamadun yang hilang. Oleh :Muhammad Nassier M Khairuddin Lim

Karya Kreatif (Sajak) Nassier - Perjuangan Bangsa  

Masih terngiang berita kematian Tuk Janggut dibunuh, diarak, digantung songsang, oleh penjajah British yang menjajah Kelantan bumimu, Tanah...