Issuu on Google+

HARIMAU MENGEMBEK Kudengar, suara harimau mengembek, benarkah? atau aku yang silap? ya, aku silap! mana mungkin itu suara harimau, bukankah harimau itu mengaum, menggerunkan makhluk sekeliling. Kulihat, harimau itu tiada belang, benarkah? atau aku yang silap? ya, aku silap! pelik, jika harimau tanpa belang, kerna tiada belang ibarat telanjang. Kutengok, harimau itu hilang taringnya benarkah? atau aku yang silap? ya, aku silap! mana mungkin harimau tiada taring, taring itu tanda perkasanya. Kupandang, kuperhati, kurenung bukan sekali, bahkan berkali-kali,

dan aku silap, aku silap kerna fikir aku silap, hakikatnya aku tidak silap, cuma pandanganku malap,


mencari beza antara benar dan perangkap. Harimau itu berubah sikap, apa yang lebih telah disentap, maka berbakilah harimau yang hilang mantap. Tidak mengaum, tiada belang, tanpa taring. ~harimau, mengaumlah!!! Kurayu.~

~Kitakah harimau yang mengembek itu? Kitakah harimau yang hilang belang itu? Kitakah harimau yang tida taring itu? Mengaku diri merdeka, walhal masih dalam jajahan ‌~

Oleh : Nur Amilia Zainudin @ pengemislaila


harimau mengembek-pengemislaila-1