Page 1

Erti Merdeka

Merdeka. Lain orang lain tafsirnya. Sang mahasiswa, merdekanya genggam ijazah. Sang teknokrat, merdekanya peroleh nobel. Sang pengembara, merdekanya pulang ke desa. Aku percaya, merdeka itu tawa bukan hiba. Berjaya tinggi di atas, gagal tak kenal erti putus asa.

Merdeka itu naluri insani. fitrah anak adam untuk hidup aman harmoni. fitrah anak adam rasa untuk dihormati. Rasul Tuhan hadirnya bawa seruan. Bawa manusia merdeka dari kegelapan. Selamat umat dari penindasan. Bentuk masyarakat berkualiti jadi contoh sepanjang zaman.

Merdeka luas maknanya.


Dahulu , nenek moyangku dijajah tanahnya. Sejarah jadi bukti, darah pejuang penuhi bumi pertiwi. Merdeka mereka berjuang sepenuh hati, untuk kembali jadi tuan di bumi sendiri.

Kini tanah diwarisi penuh kasih. Jadikan kita warga terpilih. Beri peluang bebas memilih. Sekarang tapak sudah tersedia, medan sudah terbina. Tinggal kita nak bertempuran, dalam memperbaharui makna kemerdekaan.

Teman. Andai engkau di puncak tinggi, jangan dilupa yang masih mendaki.


Perlu di endah yang sesat tak jumpa cari. Angkatan kita ramai yang punah dan leka, kerana bahtera merdekanya tiada nakhoda. Akhirnya minda dijajah lagi, Kerana tiada pegangan sendiri.

Peluang yang ada dipersia jangan. Berhentilah jadi Mat Jenin berangan. Cukuplah kita bersuka-sukaan. Luaskan matlamat, tinggikan cita, isikan rohani. Barulah kita tidak dijajah lagi.

Oleh : Irfan Ilies

Erti Merdeka  

Merdeka. Rasul Tuhan hadirnya bawa seruan. fitrah anak adam untuk hidup aman harmoni. Aku percaya, merdeka itu tawa bukan hiba. Sang teknokr...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you