Page 1

Contoh Persediaan Mengajar Model Pengajaran Berasaskan Projek _______________________________________________________________________ _ Bidang : Sukatan Dan Geometri Tajuk : 13. Ruang Standard kandungan : Murid dibimbing untuk 13.2 Membina bentuk 3D Standard Pembelajaran : (i) Membina bentuk gabungan 3D dan menerangkan hasil binaan. Masa : 60 minit

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

1.Persediaan Pemerhatian dan analisis/ berstruktur.

Menyediakan beberapa bahan yang yang mempunyai bentuk 3D seperti kubus, kuboid, piramid, silinder dan kon Contohnya: dadu, kotak tisu, tin susu gambar piramid makanan, ais krim cornetto dll.

Namakan bahan yang ditunjukkan. Perhati dan analisa bentuk asas bahan yang ditunjukkan. Apakah contoh lain yang kamu perhatikan sama bentuk dengan....? Murid-murid, kita akan membuat projek “Penerokaanku�.

Tunjukkan pada murid, minta mereka namakan objek dan memberitahu


bentuk yang sesuai. Memberitahu kepada murid bahawa bentuk 3D boleh digabungkan untuk membentuk pelbagai hasil binaan seperti model rumah, robot dan kenderaan. Menyatakan kepada murid bahawa mereka akan dibimbing untuk membuat projek daripada bentuk-bentuk 3D.

2. Imaginasi Penjanaan Idea Sintesis Idea: Meneroka

Membimbing murid untuk menamakan dan melabelkan bentuk yang diedarkan oleh guru.

Apakah nama bentuk ini?

Merancang

Murid merancang bilangan dan jenis bentuk 3D yang boleh dicantumkan untuk menghasikan bentuk tertentu.

Sekiranya saya ingin menghasikan model kereta api, apakah bentuk 3D yang diperlukan dan berapa bilangannya?

Meramal

Minta murid meramalkan dan menamakan apakah bentuk yang terhasil.

Sekiranya saya menggunakan bentuk ‌‌ kurang‌/ menambah bentuk ‌ sebanyak‌. apakah bentuk baru boleh dihasilkan?


3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai: Meneroka

Murid dibahagikan kepada kumpulan. Guru membekalkan beberapa bentuk 3D dalam pelbagai saiz.

Murid menghasikan satu binaan menggunakan kombinasi bentuk 3D menggunakan teknik cantuman.

Murid mencantum beberapa bentuk 3D bagi menghasilkan pelbagai rekaan binaan.

Mencari maklumat

Murid digalakkan berbincang dan memerhati persekitaran luar bilik darjah untuk mendapat idea lebih banyak dan kreatif. Lawatan luar kelas selama 5 minit.

Membuat prototaip

Murid membuat lakaran hasil penjanaan idea. Guru akan memberikan penambahbaikan terhadap idea murid. Murid mula membuat prototaip masing-masing dengan bimbingan guru.

Berbincang bersama rakan kumpulan dalam sesi percambahan idea. Bertanya guru jika perlu.


4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan: Melapor Merumus

Meminta murid melaporkan hasil kerja masing-masing.

Menguji prototaip

Guru memeriksa hasil kerja kemas dan berfungsi.

Mentaksir

Hasil kerja dipamerkan dan murid lain memberi pendapat.

Menganalisis maklumat

Guru dan murid berbincang kesesuaian bahan digunakan.

Soal jawab tentang hasil kerja murid dari segi penggunaan bentuk yang sesuai, susunan dan saiz tepat dan kemampuan hasil ciptaan untuk berfungsi (boleh diangkat, dialih dan digerakkan)

Murid mencatat setiap bentuk 3D asal yang digunakan di bahagian belakangnya.

.

Guru merumuskan hasil ciptaan murid. Dokumentasi

Guru memilih hasil terbaik untuk dijadikan rujukan atau membuat pameran di dalam kelas.

Pentaksiran

Respon murid berdasarkan soalan yang diaju oleh guru dan kesesuaian prototaip/projek.

Nilai dan sikap

Kerjasama, saling bantu-membantu, peka persekitaran dan menganalisa.


BAHAN MENGAJAR  

TAJUK RUANG

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you