Page 1

COM3107: PENULISAN KREATIF TUGASAN : ULASAN KARYA(TRILOGI CINTA) NO KUMPULAN: 3 NAMA AHLI KUMPULAN

NOMBOR MATRIK

NOOR FATHIHAH BINTI NOOR AZAM

S 42768

NURUL AIN NAJWA BINTI NOR ASIKIN

S 43573

SUNARTI BINTI SHAMSUL

S 44159

RABIATUL ADAWIYAH BINTI MAT SOBRI

S 43841

NURUL AZIMA BINTI ROSLI

S 43627

NAMA PENSYARAH: PN. MARIATI BINTI MAT SALLEH@MD NOR


TRILOGI CINTA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM Trilogi Cinta karya Siti Jasmina Ibrahim menceritakan tentang golongan remaja yang berazam mempertahankan warisan seni tarian turun temurun. Cerita ini bermula dengan seorang gadis yang di dalam lingkungan 19 tahun yang diberi nama Umi Citra Cempaka Sulaiman. Dia merupakan seorang mahasiswi bidang seni dan budaya. Dia berazam untuk membangunkan kembali budaya yang telah lama dilupakan di kampungnya iaitu Kampung Ledang. Dengan bantuan rakan-rakannya iaitu Alfin Ong, Ezam Adam, dan Nurhana Dahmin, dia menggabungkan pengetahuan mereka berempat untuk menghasilkan suatu gerak tari yang akan menghidupkan lagi warisan seni tarian. Cempaka juga mempunyai konflik keluarga dimana ayah dan ibunya iaitu Sulaiman dan Umi Muhairah telah bercerai dan Cempaka tinggal bersama ibunya. Namun setelah ibunya mengalami kemalangan dan menghadapi akibat yang serius dimana ibunya hilang ingatan dan hanya duduk diam tidak mempunyai rasa seperti mayat hidup, Cempaka duduk dengan ayahnya pula manakala ibunya ditempatkan di sebuah pusat rawatan yang jauh dari hiruk pikuk kota. Pada awal cerita ini, Cempaka merupakan seorang gadis yang pendiam dan tidak pernah menunjukkan riak wajah yang ceria. Dia hanya mempunyai Hana dan Kak Mimi sebagai kawan baiknya. Alfin ingin berteman dengan Cempaka namun Cempaka menghindari Alfin sekiranya Alfin cuba beramah mesra dengannya. Tanpa sepengetahuan mereka, ternyata ibu Cempaka dan neneknya iaitu Umi Muhairah dan


Umi Radhiah mengenali Madam Monica iaitu ibu Alfin. Sejak perkara ini diketahui , Cempaka mula menerima Alfin sebagai rakannya. Mereka berdua serta Ezam dan Hana bekerjasama melaksanakan projek berkumpulan akhir semester yang diberikan oleh pensyarah mereka. Di samping itu, Cempaka juga sibuk mengerjakan projek hujung semesternya iaitu ‘Gema Trilogi’. Alfin , Ezam dan Hana juga turut membantunya dalam mempersiapkan segala persiapan yang Cempaka perlukan mementaskan projek hujung semesternya itu. Madam Monica menyerahkan beberapa pita video kepada Cempaka untuk membantunya di dalam projek semesternya. Pita video itu merupakan pita video yang terisi dengan persembahan tarian dari ibunya, Madam Monica dan neneknya sendiri. Dengan bantuan pita video itu, Cempaka mendapat idea untuk menciptakan gerak tarinya sendiri untuk projeknya nanti. Selain itu, Cempaka mempunyai seorang senior yang tidak suka akannya iaitu Munira. Munira sentiasa mencari salah Cempaka agar bisa memarahi Cempaka dan memalukannya di khalayak ramai. Namun, lama-kelamaan Munira dan Cempaka menjadi sahabat kerana Cempaka telah membantu Munira lulus di dalam ujian semesternya. Oleh itu, Munira juga menawarkan bantuan untuk Cempaka menyelesaikan projek hujung semesternya. Karya ini bukan sahaja bertemakan sikap golongan remaja yang memelihara warisan seni tarian, namun karya ini juga mengenai kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Cempaka berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan projek hujung


semesternya bukan sahaja untuk memperolehi markah yang baik, namun dia juga mempunyai sebab yang lain iaitu dia ingin menghidupkan kembali warisan seni tarian di kampungnya dan menyembuhkan ingatan ibunya kembali agar ibunya sihat seperti dulu.

Ulasan karya  

Tugasan Penulisan Kreatif