Page 1

SUBSIDI RUMAH PANGSAPURI RM40,000

Bagi memudahkan pemilikan kediaman dan meringankan beban rakyat

(Lihat muka surat 3)

Dato’ Seri Haji Ahmad Razif dan Khairy Jamaluddin bersama anak muda menunjukkan lima jari tanda sokongan terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Dewan Aspirasi UiTM, Dungun, Terengganu, baru-baru ini.

Suara orang muda Agenda utama untuk implementasikan TN50 Oleh : Aida Abd Rahman www.teganukita.net

H

asrat dan aspirasi anak muda menjadi agenda utama untuk diimplementasikan menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

“Saya sebagai kepimpinan utama negeri, sudah pasti mahu memastikan apa yang kita laksanakan adalah untuk memenuhi hasrat dan aspirasi orang-orang muda. Kerana apa yang kita buat hari ini adalah untuk melihat kejayaan pada masa hadapan. Kalau tiada sesuatu yang kita buat hari ini, kita sudah pasti tidak dapat lihat (kejayaan) untuk tempoh mungkin 20

12,000 ANAK PERANTAU KUNJUNGI T-CAKNA

dan 30 tahun yang akan datang. “Saya juga mengucapkan tahniah kepada kepimpinan negara, Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana telah mencetuskan TN50 dan lebih membanggakan TN50 ini merupakan nombor plat Negeri Terengganu,” katanya.

(Lihat muka surat 12)

(Lihat muka surat 11)


2

PERUTUSAN

SUARA TRANSFORMASI Terengganu itu.

Sepatah kata dari Pengarah UKOM... Transformasi Terengganu Baharu (TTB) membabitkan transformasi politik, pentadbiran dan ekonomi. Ma r ila h bersa ma-sa ma k it a la k u ka n t ra nsfor masi d ala m semua jurusan dan dimensi kehidupan, membuat perubahan positif sebagai langkah hijrah yang dianjurkan oleh

agama Islam Yang Maha Suci. Unit Komunikasi Negeri Terengganu akan terus menyalurkan maklumat terkini, tepat dan berkualiti yang membawa masyarakat mencapai kemajuan dan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

• Dato’ Hj. Muda Mamat

BICARA PENGARANG RUSLAN ABDUL RAHMAN Ketua Editor

Dia masih seperti dulu-dulu..... “Kecil bagi kita, besar bagi rakyat”

ada padanya. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebenarnya telah melihat secara jauh ke hadapan, ketokohan dan kewibawaan yang ada pada Razif yang berusia 49 tahun tiga bulan yang lalu - yang boleh dikira sebagai orang yang masih muda dan bertenaga. Ahmad Razif sebenarnya bermula dari bawah, dari seorang pemimpin belia, pemimpin di peringkat akar umbi (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung- J3K) hinggalah ke peringkat pemuda dan UMNO Bahagian dan pengemudi Gelombang Biru IPT (Institusi Pengajian Tinggi) semasa zaman Dato’ Seri Idris Jusoh. Pengalaman profesionalnya sebagai guru dan pensyarah serta kaunselor ( berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Bimbingan & Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia) digabungkan dengan pengalaman akar umbi dan politik telah sebenarnya membantu beliau membentuk kepemimpinan yang cukup mantap dan cemerlang. Hari ini baru disedari akan transformasi yang dibawa oleh beliau yang selaras dengan tuntutan Islam supaya kita melakukan ‘hijrah” ke arah perubahan yang baik lagi positif. TTB yang membabitkan transformasi politik, ekonomi dan pentadbiran yang digagaskan oleh Ahmad Razif untuk negeri Terengganu selaras dengan transformasi peringkat nasional; kini telah difahami secara meluas oleh ramai pihak, walaupun pada peringkat awalnya dilindungi insiden-insiden pergolakan politik tertentu.

K

epemimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman di Terengganu sebagai Menteri Besar (MB) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Barisan Nasional (BN) Terengganu nampaknya semakin teguh dan mantap. Banyak perkara dan persoalan yang dilihat mencemaskan sebelum ini, telah berakhir dengan penuh kebaikan, hikmah dan menambah kekuatan dan kemantapan kepemimpinan “CEO” negeri Terengganu Darul Iman yang ke 14 ini. Walaupun sebelum ini banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempohi oleh beliau, yang hampir-hampir dikatakan meranapkan kepemimpinannya tetapi kini menjelang tiga tahun usia kepemimpinannya (dilantik pada 12 Mei 2014) , banyak perkara yang kusut sebelum ini telah terlerai. Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN berdiri teguh bersama beliau. Malah dikatakan ada ‘wakil rakyat’ pembangkang bersetuju dan senang dengan cara kepimpinan Ahmad Razif anak ustaz ini yang mempunyai akhlak yang baik, tidak terpalit dengan sebarang skandal- maknanya cukup bersih akhlak dan peribadinya. Terbaru, mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said menerima penuh mesra kunjungan Ahmad Razif ke rumahnya di Telok Kalong, Kijal sempena majlis menyambut menantu mantan MB

www.teganukita.net Keluaran 4 / 2017 kuat untuk perubahan dan kemajuan rakyat Terengganu selaras dengan tuntutan zaman. Ahmad Razif walaupun memperkenalkan TTB, tetapi bukan bermakna meninggal terus yang lama. Asas baik dan masih relevan pimpinan lalu, tetapi dikekalkan dengan diberi penjanaan semula dengan dimensi baru. Misalnya apa-apa projek peninggalan Ahmad Said dan Idris Jusoh disambung atau diteruskan dengan melakukan penambahbaikan. Bahkan idea-idea Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad masih lagi disebut dalam ucapan dan pendekatannya, khususnya berkaitan pembangunan manusia/ insan. Tindakan beliau membuat transformasi pentadbiran dengan keberanian memperkenalkan pengurusan yang inklusif- yakni mengambil kira kehendak dan suara rakyat dalam sesuatu yang hendak dilakukan adalah cukup menepati kehendak masyarakat masa kini. Misalnya mengizinkan para peniaga untuk berniaga di kawasan rumah tanpa gangguan birokrasi juga suatu langkah yang cukup bijak dan mendapat tempat di hati rakyat. Mendekati ‘mat motor’ dengan berhikmah dan tidak mudah menghukum tetapi mendidik. Mengekalkan cara berniaga di Pasar Kedai Payang yang sudah lama diwarisi dan menjadi tarikan pelancong juga amalan yang cukup meraikan suara peniaga dan masyarakat. Bagi Ahmad Razif, kerajaan dan agensi kerajaan perlu meraikan kehendak dan hasrat rakyat keseluruhan, walaupun dari perkara yang dianggap remeh temeh atau kecil sekalipun. “Kecil bagi kita (kerajaan), besar bagi rakyat,” suatu ungkapan yang

Berbekalkan wawasan dan pendekatan TTB (Transformasi Terengganu Baharu) memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang berwawasan ( mempunyai visi dan misi)

Adat kata, persahabatan dan kemesraan sudah bertaut kembali - biduk lalu kiambang bertaut - “ ribut yang lalu hanya dalam cawan” Benarlah Allah SWT sentiasa menguji manusia untuk kebaikan dan ada hikmah di sebalik ujian-ujian itu yang kita tidak mengetahuinya. Berbekalkan wawasan dan pendekatan TTB (Transformasi Terengganu Baharu) memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang berwawasan ( mempunyai visi dan misi) bukannya seorang yang tetiba diangkat untuk memimpin Terengganu tanpa sebarang sandaran, tetapi sebenarnya diberi tanggungjawab berdasarkan penelitian kewibawaan yang

Jabatan-jabatan dan agensi negeri termasuk anak-anak syarikat kerajaan (GLC) telah mula mendekati dan mengurus berteraskan gagasan TTB dalam konteks transformasi pengurusan/pentadbiran. Bahkan ada jabatan kerajaan persekutuan yang telah mengolah pengurusan mereka selaras dengan TTB, contohnya Jabatan Kesihatan Negeri walaupun di bawah Kerajaan Persekutuan, tetapi membentuk pengurusan berteraskan TTB yang diperkenalkan oleh Ahmad Razif di Terengganu. Ini bermakna, TTB yang digagaskan oleh Ahmad Razif bukannya kosong, tetapi merupakan asas transformasi yang

diperkenalkan oleh Ahmad Razif kepada barisan kerajaan termasuk jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Ungkapan ini jelas menunjukkan jiwa rakyat yang mengalir dalam dirinya. Beliau sendiri turun ke pasar, stesen bas, bersama nelayan dan petani dan tempat-tempat awam selain bersama orang-orang kampung. Beliau (Ahmad Razif) dan isteri To’ Puan Seri Hajah Halina Zakaria masih seperti dulu ke hospital menziarahi orang sakit, menziarahi kematian, anak-anak yatim, orang miskin dan sebagainya walaupun sibuk dengan urusan-urusan pentadbiran negeri, beliau tetap membahagikan masa untuk bersama rakyat di akar umbi kerana beliau sedari asalnya dari akar umbi yang mengangkatnya ke atas menerajui negeri.


www.teganukita.net

3

FOKUS

Keluaran 4 / 2017

SUARA TRANSFORMASI

Subsidi rumah pangsapuri RM40,000 Bagi memudahkan pemilikan kediaman dan meringankan beban rakyat Oleh : Noraini Jusoh

M

emenuhi permintaan perumahan rakyat merupakan satu daripada tiga keutamaan yang menjadi fokus kepemimpinan negeri tahun ini selain meningkatkan pendapatan serta peluang pekerjaan dan meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga barang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi memudahkan pemilikan kediaman dan meringankan bebanan rakyat, kerajaan negeri mengambil pendekatan baharu dengan mewujudkan program TerengganuKu. Menurut beliau, program itu menyediakan subsidi sebanyak

RM40,000 bagi setiap pembelian unit pangsapuri di kawasan strategik pusat bandar raya Kuala Terengganu, iaitu di Ladang Tok Pelam. “Dengan subsidi itu, pembeli boleh memiliki pangsapuri tersebut dengan harga hanya RM185,000 berbanding RM225,000 seunit sebelum ini. Keutamaan kepada rakyat Terengganu berumur bawah 40 tahun yang sudah berumahtangga termasuk juga kakitangan awam negeri untuk membeli rumah pertama mereka,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ucap Negeri 2017 di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Lebih 2,000 hadir pada majlis yang turut disiarkan secara lang-

Kerajaan turut memberi subsidi sebanyak RM40,000 bagi setiap pembelian unit pangsapuri Ladang Tok Pelam di Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu. sung di semua daerah melalui Pejabat Daerah seluruh Terengganu itu yang berfungsi sebagai platform untuk mengimbau rentetan kejayaan rakyat dalam pelbagai bidang sepanjang tahun lalu dan menjelaskan fokus kepemimpinan negeri bagi tahun ini. Selain pangsapuri Ladang Tok Pelam, subsidi RM40,000 juga melibatkan projek perumahan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bagi Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh di Kemaman. “Pemberian subsidi itu menjadikan harga terbaharu ialah RM157,000 berbanding harga

asal RM197,000 dan terdapat 144 unit dibuka untuk jualan ketika ini,” katanya. Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri turut bersetuju melantik PMINT selaku agensi pelaksana untuk membangunkan sektor hartanah di negeri ini, sekali gus mempercepatkan proses pelaksanaan projek di tanah kerajaan yang dikenal pasti berasaskan model kerjasama awam – swasta melibatkan beberapa program. “Ini termasuklah bagi Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan cadangan pembangunan sebanyak 3,000 unit rumah yang

SUK jelajah seluruh Terengganu S

etiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail membawa nafas baharu dalam menjayakan misinya sebagai ketua pentadbiran negeri Terengganu dengan melakukan jelajah ke setiap pusat pentadbiran di setiap daerah. Siri jelajahnya yang bermula 18 Disember lalu di Hulu Terengganu adalah untuk memberi fokus bagi menangani isu-isu berkaitan pentadbiran dan pembangunan di setiap daerah selain bersua serta bertukar pandangan dengan pegawai dan kakitangan bawahan tanpa ada sekatan. Program itu juga sebagai kesinambungan hasratnya yang mahu melakukan yang terbaik dengan bekerja secara pasukan dan memberi semangat kepada kakitangan kerajaan supaya mampu merelalisasikan hasrat pucuk pimpinan negeri mahu pun negara

Dato’ Wan Nawawi membawa nafas baharu dengan melakukan jelajah ke setiap pusat pentadbiran di seluruh Terengganu. amnya. Sehingga berakhirnya Februari, Wan Nawawi telah menamatkan empat siri jelajahnya iaitu di Hulu Terengganu, Kemaman, Besut dan Marang.

Beliau dijadualkan akan meneruskan siri jelajah sepanjang Mac ini yang dimulakan dengan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan berakhir di Dungun.

melibatkan subsidi sehingga RM50,000. “Lapan tapak tanah milik kerajaan dan dua tapak tanah milik PMINT dikenal pasti bagi cadangan pembangunan PPA1M dengan jangkaan pelaksanaan pembangunan rumah PPA1M bagi 2017 sebanyak 500 unit di lokasi strategik yang diluluskan,” katanya. Ahmad Razif berkata, ia juga melibatkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi pembangunan tanah – tanah kerajaan di lokasi yang strategik dan buat permulaan PMINT akan melaksanakan sebanyak 482 unit tanah seluas 16 hektar di Balai Besar, Dungun.


4

www.teganukita.net

ASPIRASI

SUARA TRANSFORMASI

Keluaran 4 / 2017

Antara individu terkaya Senarai seperti dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes

Tan Sri Syed Azman

Tan Sri Shahril

Tan Sri Mokhzani

Ahmayuddin Ahmad

Tan Sri Azman Hashim

Datuk Kamarudin

Tan Sri Syed Mokhtar Al­Bukhary

SIDANG EDITOR PENAUNG YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman PENASIHAT Dato’ Hj. Muda Mamat Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Penyelaras) KETUA EDITOR Ruslan Abdul Rahman PENOLONG EDITOR Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Syazni Zainudin Mohammad Ishak Mastura Jamaldin Amirullah Othman Aminudin Ismail JURUFOTO Zulkipli Putra Harish Fadzillah Abu Kassim Tengku Syamim Tengku Ismail PEREKA GRAFIK Zulkipli Putra PENYELARAS EDARAN Harun Hassan Diterbitkan secara bulanan oleh: UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Tel : 09-623 0582 Fax : 09 631 7504

T

erdapat tujuh individu Melayu tersenarai dalam 50 orang terkaya di Malaysia pada 2016 sepertimana yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com). Mendahului senarai itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al­ Bukhary, diikuti Ahmayuddin Ahmad, Tan Sri Shahril Shamsuddin, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Kamarudin Meranun adalah bangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada 2016 Tan Sri Syed Mokhtar Al­ Bukhary , 64, merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.45 bilion pada 2016. Memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Pun begitu, beliau kini menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom. Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan AlBukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia dan dari 50 senarai itu beliau berada di kedudukan kesembilan. Ahmayuddin Ahmad pula orang Melayu kedua paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$575 juta pada 2016. Beliau merupakan seorang daripada pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings. Menurut Forbes, kekayaan Ahmayuddin melonjak hasil keuntungan dan pen-

ingkatan saham syarikat pelabuhannya itu. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun lalu, beliau berada di kedudukan ke- 24. Tan Sri Shahril Shamsuddin menjadi Melayu ketiga terkaya di Malaysia dan bersama keadalah adikberadik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin. Nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$485 juta Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, Sapura Kencana Petroleum Bhd. (Sapura Kencana) Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke- 27. Tan Sri Mokhzani Mahathir pula adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia pada 2016. Anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ini menurut Forbes, memiliki nilai kekayaan sebanyak AS$480 juta. Pada 2015, aset kekayaan beliau direkodkan sebanyak AS$700 juta yang menyaksikan penyusutan nilai kekayaan berbanding tahun terkini. Berikutan kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia. Tan Sri Azman Hashim menjadi Melayu kelima terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$465 juta pada 2016. Beliau berusia 76 tahun mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama

Arab-Malaysian Merchant Bank. Selain itu, beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada pada kedudukan ke- 31. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim adalah individu Melayu keenam terkaya di Malaysia. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun alalu berjumlah AS$245 juta. Secara ringkas mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor minyak dan gas. Antara syarikat-syarikat yang mengg u nakan perk hid matan nya ialah Pet ronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport dan mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah. Manakala nilai kekayaan beliau pada 2016 menurun berbanding tahun sebelumnya. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun lalu, beliau berada dalam kedudukan ke 42. Datuk Kamarudin Meranun adalah Melayu ketujuh terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun lalu, sebanyak AS$225 juta. Beliau mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di ArabMalaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi. Tersenarai di tangga ke 46 daripada 50 individu terkaya di Malaysia pada 2016.


www.teganukita.net

5

WAWANCARA

Keluaran 4 / 2017

SUARA TRANSFORMASI

Memahami Wasatiyyah Menekankan kesederhanaan, berimbang dan syumul dalam semua kegiatan hidup individu dan masyarakat dengan memberi penekanan kepada kualiti hidup ummah dari segi ilmu pengetahuan, pembangunan insan dan sistem ekonomi.

Tan Sri Dr Abdullah Md Zin

K

onsep Wasatiyyah (kesederhanaan) telah pun diangkat sebagai salah satu dasar negara. Pengerusi Institusi Wasatiyyah Malaysia (IWM), Tan Sri Dr Abdullah Md Zin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kelulusan kabinet mengangkat konsep ini untuk dasar negara selaras dengan tuntutan ajaran Islam yang sebenar. Berikut adalah wawacara khas Ketua Pengarang, Ruslan Abdul Rahman dengan Tan Sri Dr Abdullah Md Zin yang juga merupakan Penasihat Agama Perdana Menteri. Hadir sama dalam pertemuan ialah Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom), Dato’ Haji Muda Mamat. SOALAN: Apakah sebenarnya konsep atau pendekatan `wasatiyyah ini dan bagaimana ia boleh dihayati di negara kita yang berbilang agama dan kaum? JAWAPAN: Pendekatan wasatiyyah menekankan kesederhanaan, berimbang dan syumul dalam semua kegiatan hidup individu dan masyarakat dengan memberi penekanan kepada kualiti hidup ummah dari segi ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, pengetahuan dan perpaduan. Dala m Perlembaga a n Persekutuan jelas menyata-

kan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan tanpa mengenepikan peranan agamaagama yang lain; kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tanpa melupakan peranan bahasa-bahasa lain; dan kedudukan istimewa kaum Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum yang lain. Ini adalah bukti kukuh tentang prinsip wasatiyyah diamalkan di dalam negara kita. Kita akan meneruskan fokus wasatiyyah ini dalam pendidikan, ekonomi, pentadbiran, keselamatan, perundangan dan lain-lain. SOALAN: Bolehkah diberikan definisi yang jelas tentang wasatiyyah ini? JAWAPAN: Dari segi bahasa perkataan wasatiyyah bererti sederhana, pertengahan, berimbang (al-tawazun) dan adil (al-adlu). Perkataan lain dalam bahasa Arab yang sama dengannya ialah i’tidal beerti tidak melampau (ketat/rigid) serta tidak cuai (longgar). Allah SWT telah memartabatkan umat Islam sebagai ‘ummatan wasata’ iaitu umat pertengahan, terpilih, adil dan cemerlang. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 143. Ummatan wassata menurut tafsir pimpinan ar Rahman bermakna umat pilihan lagi adil dan juga bermakna umat pertengahan, iaitu pertengahan segala pembawaannya,

tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam menganut kepercayaannya, demikian juga akhlak dan amalannya, segala-galanya berkeadaan di tengah-tengah dan diusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat. Menurut tafsir al-Manar pula bahawa al-wasat bererti adil dan cemerlang (al-adlu wa al-khiyar), kerana melebihi apa yang sepatutnya adalah melampau (ifrat), manakala pengurangan dari yang sepatutnya adalah pengabaian dan kecuaian (tafrit wa taqsir). Setiap ‘tambahan’ dan ‘kecuaian’ itu adalah menyimpang dari jalan lurus. SOALAN: Apakah penghayatan wasatiyyah dalam pentadbiran perlaksanaan di negara kita Malaysia? JAWAPAN: Penghayatan wastiyyah dalam pentadbiran Malaysia berasaskan model Rasulullah SAW kerana Baginda sebagai tokoh mithali yang menjadi uswatun hasanah kepada setiap muslim. Dalam konteks kejayaan penghayatan wasatiyyah dalam pentadbiran Malaysia, beberapa kaedah penting perlu dijadikan rujukan dan panduan, antaranya Piagam Madinah, Maqasid al-Syariah (objektif hukum Islam), Siyasah Syar’iyyah, Fiqh al-Aulawiyyat (Fiqh Keutamaan) dan Hikmah (kebijaksanaan/wisdom) Dalam Piagam Madinah memperlihatkan nilai tolerasi Baginda Rasulullah SAW iaitu penduduk Madinah yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, agama dan budaya menjadi satu umat dan diberi hak serta kebebasan selagi mereka tidak menggugat keselamatan orang Islam. Penduduk yang beragama Islam dilarang membunuh sesama

mereka atau orang bukan Islam dan semua pihak membentuk masyarakat Madinah hendaklah mempunyai semangat tolong-menolong yang tinggi. Maqasid al-Syariah-syariah Islam diturunkan oleh Allah SWT ialah untuk memberi kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Objektif hukum Islam ialah untuk menjaga kepentingan dan keperluan manusia di dunia dan akhirat. Untuk tujuan ini. Syariah Islam mewajibkan keperluan daruriyyat (maslahah asas), hajiyyat (maslahah yang diperlukan yang melibatkan perkara yang diperlukan oleh manusia bagi menjalankan tugas dalam kehidupan) dan tahsiniyyat (maslahah yang diperlukan untuk menjaga kesempurnaan hidup manusia yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Taraf keutamaan di antara maslahat daruriyyat juga berbeza. Maslahah daruriyyat yang tertinggi ialah agama, kemudian nyawa, akal, keturunan dan harta (ikut tertib). Siyasah Syar’iyyah- ditakrifkan sebagai hukum yang dibuat berdasarkan kepada kemaslahatan ummah, di mana hukum tersebut tidak ditetapkan oleh Rasulullah SAW dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan. Ia adalah suatu pendekatan semasa dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan negara agar ia lebih rasional dan fleksibel. Fiqh al-Aulawiyyat beerti tahu bagaimana hendak meletakkan sesuatu perkara itu kena pada martabat dan kedudukannya yang wajar. Hikmah- bererti kebijaksanaan dan kecerdikan. Bererti meletakkan sesuatu kena pada masa dan tempatnya.Hikmah dalam pemer-

intahan sangat penting, kerana para pemimpin sentiasa terdedah dengan pelbagai kesulitan dan kesukaran untuk membuat keputusan dan tindakan. Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan, Dasar Pertanian, Dasar Wanita Negara, Dasar Perindustrian Negara, Konsep 1 Malaysia dan sebagainya lagi yang dibuat oleh kerajaan dari masa ke semasa semuanya adalah penghayatan wasatiyyah. SOALAN: Apakah nilai wasatiyyah? JAWAPAN: Nilai wasatiyyah tidak mengajar orang ramai membenci sesama manusia, walaupun ada perbezaan akidah, fahaman dan anutan. Sikap menghina agama lain adalah ditegah. Perbezaan pendapat dalam pentadbiran dan politik harus diberi tumpuan kepada maslahat kebaikan komuniti, masyarakat dan negara sebagaimana kaedah mengatakan: “Pentadbiran kerajaan ke atas rakyat diikat dengan maslahat”. SOALAN: Akhirnya apa harapan terhadap Wasatiyyah ini? JAWAPAN: Harapannya ialah supaya rakyat atau masyarakat faham mengenainya dengan baik dan perlu diadakan majlis-majlis penerangan dan penghayatan berkaitan dengan wasatiyyah ini.

• Tan Sri Dr Abdullah Md Zin merupakan Pengerusi Institusi Wasatiyyah Malaysia (IWM).


6

www.teganukita.net

SUARA DAERAH

SUARA TRANSFORMASI

Keluaran 4 / 2017

Imtiaz Marang realisasi Negeri Anjung Ilmu Bakal melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk maya atau VLE

YB A. Latiff Awang menandatangani plak merasmikan Sekolah Menengah Imtiaz Marang dan sempat bermesra dengan seorang pelajar.

Oleh : Amirullah Othman

S

atu lagi sejarah buat pendidikan negeri selaku Negeri Anjung Ilmu apabila Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang yang menempatkan 101 pelajar memulakan sesi persekolahan pada Februari lalu. Institusi pendidikan tersohor itu dibangunkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang yang dinaiktaraf dengan kemudahan dan keperluan serba lengkap selaras dengan tarafnya sebagai sekolah elit. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,

Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, dengan beroperanya Imtiaz Marang itu sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahu mewujudkan sekolah Imtiaz di setiap daerah seluruh Terengganu. Katanya, SMIYT bakal melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk maya atau Virtual Learning Environment (VLE) dengan menawarkan kelas International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) kepada anak-

anak soleh pintar sekolah itu. “Ia sejajar dengan sistem pendidikan masa kini yang memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa dan memenuhi tuntutan zaman dan peredaran semasa. “VLE atau ringkasnya iClass merupakan kelas yang dilengkapi dengan platform pembelajaran maya serta akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu yang dihubungkan melalui capaian internet berkelajuan tinggi,”katanya. A. Latiff berkata, bagi memastikan pela-

Rumah PPR ceriakan hidup ibu empat anak Nor Aliza bersama anak-anaknya di depan rumah barunya.

K

ehidupan seorang suri rumah bertambah ceria dan bermakna apabila memperolehi Program Perumahan Rakyat (PPR) untuknya berlindung bersama suami dan anak-anaknya. Nor Aliza Nayan, 28 dari Kampung Bukit Layat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Setiu mula tinggal di rumah bersama suami dan empat anak yang berusia satu hingga lapan tahun sejak Januari lalu. Dia mengakui pendapatan suaminya yang hanya bekerja sebagai buruh kasar tidak mampu untuk membina rumah tanpa

bantuan kerajaan. “Saya amat gembira kerana dapat rumah PPR ini kerana sebelum ini saya tinggal bersama ibu beberapa tahun selepas itu saya tinggal pula di rumah sendiri yang kecil dan kurang selesa. “Apabila mendapat tahu permohonan saya untuk mendapatkan rumah PPR di tanah pemberian ayah saya di Bukit Layat ini lulus, saya begitu gembira kerana dapat tinggal di rumah sendiri yang lebih besar dan selesa,” katanya. Dia juga berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Dato’ Sabri

Mohd Nor kerana membantu memberi kelulusan rumah itu. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Bukit Layat, Mustaffa Jusoh berkata, pada tahun lalu kerajaan meluluskan dua permohonan rumah PPR di kawasannya. “Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional atas keperihatinan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Tahun lepas, dua rumah PPRT dilulus dan beberapa buah rumah berjaya lagi dibaik pulih,” katanya.

jar mendapat yang terbaik daripada iClass ini, SMIYT Marang akan dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian dan prasarana teknologi maklumat gred universiti untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif. Tambahnya, pelajar Imtiaz seharusnya bersyukur kerana dalam sistem pembelajaran dan pengajaran bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik bagi memperkasakan sistem pendidikan holistik untuk melahirkan insan seimbang bercirikan ulul albab.

Bekalan sayur segar untuk orang Besut

YB Ku Zaihan bersama Pengarah Ukom, Dato’ Muda Mamat di Pasar Tani Kekal di Kampung Nyior Tujuh, Jerteh, Besut.

P

enduduk Daerah Besut khususnya yang tinggal di sekitar bandar Jertih kini mampu memperolehi bekalan sayur segar setiap hari apabila Pasar Tani Kekal yang dibangunkan di Kampung Nyior Tujuh, mula beroperasi sejak Januari lalu. Pasar berkenaan dibina oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), dilengkapi dengan kemudahan asas termasuk struktur bangunan berbumbung, gerai, kedai makan dan tandas awam.

Pasar tani kekal pertama di negeri ini mula beroperasi pada 22 Januari lalu, dibuka antara jam 7 pagi hingga 6 petang. Pengarah Fama Negeri, Hasan Jusoh berkata, selain Pasar Tani Kekal di Besut, pasar tani berbumbung itu juga akan dibina di Kertih (Kemaman) dan Tepoh (Kuala Nerus). “Mengikut perancangan, semua Pasar Tani Kekal itu akan beroperasi sepenuhnya pada tahun ini,” katanya.


www.teganukita.net Keluaran 4 / 2017

SUARA DAERAH

7

SUARA TRANSFORMASI

UTC di Jertih jangka operasi pertengahan tahun ini Bazar Majlis Daerah Besut di tengah bandar Jertih dalam proses pengubahsuaian Oleh : Mohamad Ishak

P

enduduk Daerah Besut bakal menikmati satu lagi kemudahan yang kondusif apabila Pusat Transformasi Bandar (UTC) dijangka akan beroperasi di tengah pusat bandar Jertih, pertengahan tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, pihaknya sudah mengenal pasti Bazar Majlis Daerah Besut di tengah pusat bandar Jertih, yang kini dapat proses pengubahsuaian akan dimajukan sebagai pusat penempatan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri yang akan memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Katanya, pemilihan bazar berkenaan diharap mampu memberi keselesaan kepada orang ramai kerana ia terletak di kawasan strategik dan berhampiran perhentian bas, kereta sewa serta pasar raya. Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih Bazar Majlis Daerah Besut yang akan dimajukan sebagai Pusat Transformasi berkata, usaha menempatkan pelbagai Bandar (UTC).

jabatan dan agensi kerajaan di premis itu bertujuan meringankan beban penduduk setempat yang terpaksa berulang alik ke Kuala Terengganu atau Kampung Raja, Besut untuk berurusan dengan jabatan tertentu. Beliau berkata, keadaan itu merumitkan orang ramai kerana kedudukan yang jauh selain dapat menjimatkan kos pengangkutan. “Beberapa jabatan dan agensi utama yang tidak mempunyai pejabat cawangan di Daerah Besut akan diberi keutamaan untuk membuka pejabat di UTC berkenaan,” Katanya. Menurutnya, semua pejabat dan agensi kerajaan akan ditempatkan di tingkat satu dan dua, manakala aras bawah bangunan tiga tingkat itu akan menempatkan kedai pelbagai guna. “Dengan adanya kemudahan di UTC ini diharap ia dapat menyelesaikan masalah dihadapi orang ramai untuk berurusan dengan jabatan terbabit,” katanya.

Kompleks Jeti Merang RM17j kini beroperasi Oleh : Aminudin Ismail

K

ompleks Jeti Merang yang bernilai keseluruhan RM17 juta termasuk bangunan jeti RM14.7 juta menyediakan kemudahan lebih kondusif dan selesa kepada orang ramai terutama pelancong sejak pertengahan Februari lalu. Jeti yang dibina dengan reka bentuk yang menarik itu mampu menampung kirakira 300 pengguna pada satu-satu masa dilengkapi 10 kiosk jualan tiket, bangku rehat, surau dan tandas. Selain itu, kompleks berkenaan juga menempatkan Pejabat Jabatan Laut, Pejabat Taman Laut, kaunter Majlis Daerah Setiu dan Pejabat Informasi Pelancong. Berhampiran bangunan jeti turut terdapat kompleks jualan dua tingkat dan 30 gerai jualan termasuk gerai makan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, dengan pembukaan Jeti Merang itu diharapkan akan menggamit lebih ramai pelancong untuk ke Pulau Redang dan Lang Tengah. “Pembukaan jeti ini menjadikan perkhidmatan bot khususnya untuk ke Pulau Redang dan Lang Tengah akan lebih tersusun

Kompleks Jeti Merang yang baharu menyediakan kemudahan lebih kondusif dan selesa kepada pelancong untuk ke pulaupulau peranginan berdekatan. dan berjadual. Pelbagai kemudahan yang tersedia termasuk 10 kiosk jualan tiket di samping tempat letak kereta yang luas, surau dan tandas yang bersih. “Aspek-aspek keselamatan juga akan diberi penekanan oleh jabatan berkaitan di samping aspek kebersihan, keceriaan

serta keselesaan yang ditawarkan kepada pelancong,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, berharap jeti itu akan menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan memberi keselesaan kepada pelancong serta menjadi tarikan

selaras dengan slogan ` Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Orangnya Baik-baik’. Seorang pelancong, Nordin Yunus, 52, berkata, jeti itu amat selesa, mempunyai banyak kelengkapan serta keperluan, reka bentuk menarik dan pelancong mudah mendapatkan tiket melalui kiosk disediakan.


8

RENC

SUARA TRANSFORMASI Keluaran 4 / 2017 www.teganukita.net

‘Negeri cantik, budaya menarik’ Oleh : Suriati Ali

T

erengganu antara negeri di Malaysia yang dikurniakan dengan pelbagai landskap semula jadi yang menarik, menyegarkan dan memukau pandangan. Mempunyai pantai, pulau-pulau eksotik, hutan tropika yang subur, perkampungan nelayan dan air terjun yang mempesonakan. Batu-batu serta pantai berpasir putih dengan air jernih umpama kristal terbentang luas di sepanjang pantai 244 kilometer (km).

Pastinya pelancong mengakui bermula dari sebelah utara Besut dan Kemaman di sebelah s e l a t a n melabelkan pulaupulau di Terengganu adalah antara yang paling indah dan menarik di dunia.

1

3

2


CANA

www.teganukita.net

9

Keluaran 4 / 2017 SUARA TRANSFORMASI

1 - Gunung Langsir, Dungun. 2 - Masjid Kristal, Kuala Terengganu. 3 - Air Terjun Lata Belatan, Setiu. 4 - Pulau Redang, Kuala Nerus. 5 - Rumah Tradisional Pura Tanjung Sabtu, Manir. 6 - Jambatan Gantung, Marang. 7 - Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu. 8- Lemang Kijal, Kemaman.

8 4

3

5

6 7


10

www.teganukita.net

IKON

SUARA TRANSFORMASI

Keluaran 4 / 2017

Da’i Niezal anak kelahiran Kemaman, Terengganu tekad mengembangkan kerjayanya dalam bidang dakwah selepas bergelar juara rancangan Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat tahun lalu.

Iltizam Da‘i Niezal Beliau pandai bahagi masa antara pelajaran dan pendakwah

Oleh : Noraini Jusoh

S

iapa sangka, ketika usia baru menginjak 19 tahun, seorang anak jati Terengganu berjaya mencatat kejayaan besar dalam hidupnya apabi la bergelar juara rancangan Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat sebuah Rancangan Personaliti Agama di TV3 mengalahkan pesaing-pesaing yang turut bertanding dalam rancangan itu penghujung tahun lalu. Mohd. Sufwan Niezal Sabri lahir tanggal 4 Mei 1997 di Hospital Besar, Kemaman Terengganu men-

jadikan kekurangan diri yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa di usia muda sebagai semangat untuk dia nekad menggapai cita-cita. Pemergian ayahnya Sabri Jusoh yang meninggal dunia kerana kanser dalam perut pada 2006 dan kemudian disusuli ibu tersayang, Rosimah Embong empat tahun kemudian akibat kanser pada leher merupakan detik sukar baginya. Namun, itu bukan alasan untuk anak muda yang lebih dikenali dengan panggilan Niezal untuk

patah semangat dan kecewa dalam hidup. Mula mendapat pengajian awal di Sekolah Kebangsan Air Putih, Kemaman, anak sulong daripada empat beradik pernah tinggal di asrama Anak Yatim Perkaya dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serating, Marang itu, kini sedang meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dalam bidang Diploma Dakwah dan Pengurusan. Sebelum itu, beliau pernah

mengikuti Kursus Pengajian Berkitab dan Bahasa Arab selama setahun di Pusat Pendidikan AlBarakah bawah naungan Dato’ Ustaz Kazim Elias Al Hafiz. Berpegang kepada prinsip hidup, ‘jangan pernah berhenti berharap dan berdoa kerana Allah Azza wa Jalla tahu saat yang tepat untuk mengabulkan doa kamu’, Niezal komited mengejar cita-cita menjadi pendakwah dengan membahagikan masa sebaik mungkin antara pelajaran dan undangan menyampaikan dakwah.


www.teganukita.net

11

PAKAT SINGGAH

Keluaran 4 / 2017

SUARA TRANSFORMASI

12,000 anak perantau kunjungi T-Cakna Oleh : Suriati Ali

L Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif mengunjungi kuanter Yayasan Terengganu.

Mendapat sambutan apabila lebih 12,000 anak Terengganu di perantauan hadir di program berkenaan sejak September tahun lalu

ebih 12,000 anak Terengganu di perantauan, terutama yang tinggal di Lembah Klang Selangor mengunjungi Kaunter T- Cakna, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak beroperasi pada September tahun lalu. Kehadiran mereka didorong dengan penganjuran pelbagai program yang dianjurkan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan. Antara program yang diatur mengikut jadual itu termasuk Perasmian Kaunter T-Cakna, Program Mengacau Bubur Asyura, Makan Gulai Kawah dan Sum-

bangan Bantuan Banjir Anak Terengganu Kepada Kerajaan Negeri. Aktiviti lain, Festival Makanan Terengganu Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 dan terbaru, Program Free Market yang diadakan pada 5 Februari lalu. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat), Nuzulnisa Barudin @ Kamarudin, berkata, kira-kira 2,000 anak Terengganu direkodkan hadir pada setiap program yang diatur pada Ahad minggu pertama setiap bulan. “Mereka bukan sahaja mahu melihat aktiviti sampingan, malah mahu memohon Dana Raya, Dana

Remaja, Bantuan Pakaian Sekolah, Tabung Darul Iman, Bantuan Pendidikan dan pelbagai Skim Bantuan Perniagaan,”katanya. Menurut Nuzulnisa, kewujudan T- Cakna mampu memberi kemudahan untuk berurusan berkaitan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang disediakan termasuk menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Sekretariat Tabung Darul Iman, Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Unit Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

(Gambar kiri) Orang ramai mendapatkan barangan secara percuma di ‘Free Market’ kepada anak perantau yang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan (gambar kanan) bersama kanak-kanak yang hadir pada program berkenaan.

Buaian ala Lombok akan dibina di Pantai Teluk Ketapang B

Selepas Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang akan dibina buaian ala Lombok sebagai tarikan pelancong ke pantai perkelahan berkenaan.

uaian ala Lombok dengan struktur binaan menggunakan bahan buangan, batang nibong dan kayu cenggal akan turut dibina di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus dalam tempoh terdekat. Usaha itu diambil selepas melihat kemudahan sama, di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu mendapat tarikan ramai sejak dibina pada awal Januari lalu. Kebanyakan pengunjung, termasuk dari luar Terengganu teruja mahu singgah ke lokasi itu

semata-mata mahu mencuba dan mengabadikan gambar. Kemudahan di pusat rekreasi itu mula menjadi tumpuan selepas diuar-uarkan dan viral menerusi laman sosial sama ada facebook, whatsApp, instagram dan twitter yang dimuat naik orang ramai terutama pengunjung. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan buaian itu bukan sahaja dapat menjimat kos dari segi

menarik kedatangan pengunjung, sekali gus mampu mempromosi pusat riadah itu secara percuma. Katanya, kos yang diperlukan hanya RM200 bagi menyediakan tali buaian berikutan bahan binaan lain seperti batang nibong dan kayu cengal boleh diperolehi daripada penduduk kampung. “MBKT mengambil pendekatan selepas melihat konsep sama yang diguna pakai di Pusat Peranginan Lombok, Indonesia mendapat

sambutan pelancong daripada pelbagai negara. “Bilangan buaian di Pantai Batu Burok akan ditambah daripada empat kepada 10 buaian, termasuk dua buaian akan dibina di dalam air,” katanya. Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana buaian yang bertinggian 10 hingga 12 kaki persegi itu dibina dengan kedalaman 15 kaki persegi, dijamin tidak terbalik walaupun dipukul ombak.


12

SUARA TRANSFORMASI

www.teganukita.net

BISNES

‘Candid Surprise’ buat kejutan

Keluaran 4 / 2017

Antara pelanggannya seperti Amy Mastura, Linda Rafar dan pengasas D’Herb, Dato’ Aliff Syukri Oleh : Mastura Jamaldin

S

Antara hiasan kreatif untuk majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebaginya hasil kerja tangan ‘Candid Suprise’.

iapa sangka perniagaan ‘Candid Surprise’ yang diilhamkan sepasang suami isteri muda, Syed Ahmad Fakril Hadi Syed Abd Aziz, 33, dengan Nur Hidayu Che Hasin, 32, sebagai perancang kejutan, kini mampu menjana pendapatan lumayan. B a g i ke b a ny a k a n o r a n g , p e r a n c a n g majlis bukan kerjaya atau tugas yang asing, namun berbeza bagi perancang kejutan yang dilihat masih baharu di negara ini dan popularitinya melonjak akhirakhir ini tanpa diketahui siapa pelopor yang memperkenalkannya. Bertanggung jawab sebagai perantara yang membuahkan bibit-bibit kasih sayang antara si pengirim dan penerimanya, Hidayu menganggap tugasnya sebagai perancang kejutan untuk pasangan suami isteri, kekasih, rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja, umpama meraikan hubungan yang terjalin antara mereka. Perniagaan yang mula beroperasi sejak tiga tahun lalu di Ajil itu membuktikan bahawa tidak sukar untuk memperoleh kejayaan jika mempunyai idea yang bernas dan menarik, apatah lagi di zaman yang serba moden ini. Jelas Hidayu, bermula dengan menghebahkannya di laman sosial seperti facebook dan instagram, dia tidak menyangka perkhidmatan yang ditawarkan dengan pelbagai pakej serendah RM100 sehingga RM500 itu mendapat perhatian dan sambutan daripada ramai kenalan. “Sebelum saya mengiklankan perkhidmatan ini di laman sosial,

kami membuat kajian dengan menawarkan khidmat ini kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan untuk melihat hasil dan komen mereka,” katanya. Hidayu berkata, jika ramai orang merasakan perkhidmatan itu tidak mampu menjana pendapatan lumayan, mereka mungkin silap kerana setiap hari, apa jua sambutan atau musim perayaan, pasti ada sahaja tempahan daripada pelanggan baharu dan yang sedia ada. Menceritakan bagaimana perniagaan tersebut menjadi pilihan Hidayu, ianya bermula sejak melihat kejayaan kakak iparnya di Kuala Lumpur yang menjalankan perkhidmatan itu sebagai sumber pendapatan sampingan. Bermodalkan hanya RM1,000 dan mempromosi menerusi atas talian, Hidayu memperolehi keuntungan berlipat ganda dalam tempoh sebulan sebelum mampu meraih pendapatan sehingga RM16,000 selepas setahun beroperasi dan meluaskan perniagaan di seluruh Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Marang. Kini ‘Candid Suprise’ mengorak langkah lebih jauh apabila berjaya mendapat tempat dihati artis-artis ternama seperti Amy Mastura, Linda Rafar dan pengasas D’Herb, Dato’ Aliff Syukri juga antara pelanggan tetapnya. “Kita juga tawarkan hiasan untuk majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya dengan harga mampu milik dan tidak bebankan pelanggan bermula dengan RM200 hingga RM1,500, bergantung kepada rundingan serta kemampuan,”katanya.

Golongan belia merencana masa depan lebih gemilang (Dari muka surat 1) Beliau berkata demikian di jelajah Dialog TN50 Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, baru-baru ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempengerusikan majlis jelajah siri kedua selepas Sabah itu, turut berpuas hati dengan idea dan pandangan bernas menjelang TN50 yang dicetuskan oleh kira-kira 30 peserta. Menteri Besar juga menghadiahkan TN50 miliknya itu kepada Perdana Menteri sebagai menghargai cetusan idea dan inisiatif itu.

Beliau juga mahu supaya idea yang diketengahkan anak muda merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, sukan dan juga beberapa aspek mengenai nilai-nilai masyarakat mampu menjadi panduan serta momentum semangat untuk membawa golongan belia menerajui negara dan merencana masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. Dalam ucapannya, beliau menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini, selepas peserta dialog, Mohd Rafi Kori melontarkan aspirasinya yang berhasrat untuk melihat Terengganu dibangunkan universiti sukan

pertama negara. Khairy pula menyambut baik tawaran itu serta seterusnya mahu membawa cadangan tersebut kepada Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pembinaan universiti sukan perlu datang daripada kementerian terbabit. Perdana Menteri melancarkan program itu di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya 19 Januari lalu, dihadiri 500 belia yang menyuarakan aspirasi mereka untuk Malaysia pada 2050. Malah, Ahmad Razif menjadi satusatunya pemimpin negeri yang hadir memberi sokongan terhadap program peringkat negara itu.


www.teganukita.net

13

SETEMPAT

Keluaran 4 / 2017

SUARA TRANSFORMASI

167 Pengurus Kediaman berkhidmat seluruh negeri Terengganu 167 majikan telah menggunakan perkhidmatan itu sejak Mac 2015 Oleh : Suriati Ali

P

rogram Pengurus Kediaman atau Home Manager menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mendapat sambutan menggalakkan daripada keluarga yang memerlukan perkhidmatan itu secara professional di seluruh Terengganu. Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa, berkata berdasarkan rekod seramai 167 majikan telah mendapatkan perkhidmatan itu sejak diperkenalkan pada Mac 2015 Manakala 184 individu yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, belia dan suri rumah dilatih menjadi Pengurus Kediaman secara profesional Katanya, ada majikan ingin mendapatkan dua orang pengurus kediaman sekali gus bagi menguruskan kediaman mereka secara professional. “Faktor itu berkemungkinan bayaran pendahuluan yang dikenakan agak murah

Sebahagian Pengurus Kediaman bersedia untuk berkhidmat. kira-kira RM2,000 bagi setiap pengurus kediaman berbanding jumlah sehingga

RM14,000 yang perlu dibayar untuk mendapat perkhidmatan warga asing.

“Kebanyakan keluarga mendapatkan Pengurus Kediaman bagi menjaga ahli keluarga uzur, mengasuh anak dan mengurus kediaman,”katanya kepada Suara Transformasi. Menurutnya, menyedari hakikat itu, pihaknya meneruskan program sama dengan peruntukan tambahan RM 1 Juta yang diperoleh daripada kerajaan negeri. Tambahnya, pelbagai program diatur secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama Kolej Inforana seperti kursus selama 10 hari, promosi, program kecergasan, bengkel pengkhususan perkhidmatan, bengkel celik teknologi maklumat (IT) dan program motivasi. “Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada kepada yang layak, termasuk diitawarkan gaji minima RM1,000 sebulan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Perkeso, Insurans berkelompok, kemudahan Taska Permata Keluarga YPKT secara percuma,”katanya.

Hotel PB Square dijangka siap April ini H

otel Paya Bunga (PB) Square dijangka siap sepenuhnya pada akhir April ini. Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, secara keseluruhan kerja-kerja fizikal hotel bertaraf tiga bintang dilengkapi 208 buah bilik penginapan, dewan seminar, restoran dan kolam renang itu, telah siap sepenuhnya. “Sehingga 7 Mac lalu pihak kontraktor telah menyiapkan 60 peratus bagi kerja-kerja hiasan dalaman. “Hotel ini berada di lokasi strategik dengan pelbagai kemudahan sokongan tersedia seperti pengangkutan awam (berdekatan dengan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan laluan Bas Kite), pusat boling, panggung wayang, pusat membeli belah, UTC Terengganu, perbankan serta kemudahan parkir,” katanya kepada Suara Transformasi. Katanya, hotel itu juga bakal menyediakan penginapan selesa

dengan harga berpatutan kepada pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Terengganu. “Pemandangan keseluruhan Bandar Raya Kuala Terengganu juga dapat dilihat dari Hotel PB Square dan secara tidak langsung dapat mempromosikan tempattempat menarik yang ada di sekitarnya seperti Pasar Payang, Bazar Warisan dan Pantai Batu Burok sekali gus menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017,” ujarnya. Sementara itu Samiun berkata, semua komponen pembangunan PMINT Square (PB Sentral, Hotel PB Square dan PB Plaza) dijangka akan beroperasi secara menyeluruh Mei depan.

Hotel Paya Bunga Square dijangka siap akhir April ini yang menyediakan 208 buah bilik penginapan selain dewan seminar, restoran dan kolam renang.


14

SETEMPAT

SUARA TRANSFORMASI

www.teganukita.net Keluaran 4 / 2017

Pejabat sekretariat Permata di Utara Menjadi ‘one stop centre’ untuk menawarkan perkhidmatan dan membantu anak Terengganu yang sedang menuntut ilmu Oleh : Aida Abd Rahman

P

ejabat Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Zon Utara, bertempat di Taman Universiti, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah dilancarkan bagi meningkatkan kemudahan dan kebajikan mahasiswa anak Terengganu utara tanah air, khususnya Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melancarkan pembukaan pejabat menjadi ‘one stop centre’ untuk menawarkan perkhidmatan dan membantu anak Terengganu yang sedang menuntut ilmu.

“Kita lakukan transformasi dalam semua perkara, termasuk pentadbiran. Kita bukan sekadar memberi perkhidmatan tetapi menawarkan perkhidmatan,” katanya. Ahmad Razif juga meminta supaya agensi kerajaan seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga, Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan menawarkan perkhidmatan tertentu secara berjadual dan setiap bulan di pejabat setretariat berkenaan seperti yang telah diwujudkan di Pejabat Sekretariat Permata Lembah Kelang.

(Gambar atas) Menteri Besar merasmikan pejabat sekretariat Permata UUM Sintok, Kedah manakala (gambar bawah) bersama anak Terengganu yang juga penuntut universiti.

Pusat boling, panggung wayang buka Mac Oleh : Noraini Jusoh

D

ua kemudahan bagi aktiviti riadah di Paya Bunga (PB) Sentral iaitu pusat boling dan panggung wayang kini dibuka kepada orang awam. Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, pusat boling dibuka pada 10 Mac manakala panggung wayang mula dibuka pada 18 Mac di tingkat tujuh sahaja dan lain-lain tingkat (8 dan 9) akan dibuka secara berperingkatperingkat. Katanya, tarikh pembukaan dua kemudahan itu adalah menepati sasaran awal, selepas penangguhan pembukaan sebelum ini disebabkan proses mendapatkan Certificate of Completion And Compliance (CCC) yang mengambil masa kerana melibatkan beberapa jabatan teknikal. Menurut Samiun, dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan bagi aktiviti riadah seisi keluarga di PB Sentral, PMINT yakin ia akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung. “Boleh dikatakan, tempat riadah sekeluarga di negeri ini terhad kepada kawasan pantai dan taman-taman sahaja.

“Sekiranya ingin bermain boling dan menonton wayang memaksa warga bandar raya ini khususnya, kadang kala perlu melalui perjalanan yang agak jauh contohnya ke Kemaman,” ujarnya. Katanya, dengan adanya kemudahan baharu ini, pusat riadah lebih pelbagai dan secara tidak langsung Pusat Bandaraya Kuala Terengganu akan lebih meriah dengan kunjungan penduduk tempatan dan luar.

Pusat boling 36 lorong di Paya Bunga Sentral kini dibuka kepada orang ramai dan mendapat sambutan di luar jangkaan.


www.teganukita.net

15

ARENA

Keluaran 4 / 2017

Serikandi julang Piala Jelapang

SUARA TRANSFORMASI

TSG dalam kelas tersendiri di Le Tour de Filipinas

Muncul juara kategori Classic Plate

T

Pasukan Serikandi muncul juara bagi kategori Classic Plate PTIWRBNM, baru-baru ini.

Oleh : Mohd Syazni Zainudin

B

adan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) muncul juara bagi kategori Classic Plate dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM), baru-baru ini. Kemenangan dalam program lima hari di Kedah bermula 8 Februari lalu itu membolehkan kontinjen Serikandi membawa pulang Piala Jelapang,

medal serta hadiah iringan. Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, kemenangan tersebut adalah hasil daripada komitmen semua pemain yang bersemangat tinggi dan sangat fokus ketika berdepan lawan di gelanggang. “Tahniah buat pasukan badminton Serikandi yang telah menjadi johan bagi kategori Classic Plate dan ini adalah hasil kerjasama daripada semua

ahli-ahli yang memberi komitmen yang penuh bersemangat di samping latihan oleh jurulatih professional,”katanya. Majlis penyampaian hadiah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

erengganu Cycling Team (TSG) mencipta kejutan di Kejohanan Le Tour de Filipinas yang berlangsung dari Antipolo City ke Legazpi City, Filipina pada 18 hingga 21 Februari lalu. Dalam kejohanan tersebut, pelumba import sandaran TSG dari Great Britain, Daniel Whitehouse bermula cemerlang bagi pusingan pertama dan kedua apabila dinobatkan sebagai raja pecut (jersi biru), raja bukit (jersi polka dot) dan peserta muda terbaik (jersi putih). Selain itu, Daniel juga turut disarungkan jersi kuning apabila turut memenangi perlumbaan peringkat pertama sejauh 164.49 kilometer (KM) dari Legazpi ke Sorsogon City tersebut. Dalam perlumbaan bagi siri kelapan sejauh 726.54 KM tersebut, Daniel gagal meraih kembali jersi kuning apabila hanya menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 17 jam 33 minit dan 35 saat. Namun demikian, pelumba berusia 22 tahun itu tetap mempertahankan jersi putih yang dimenanginya sejak pusingan pertama.

Pasukan hoki wanita juara Liga TNB 2017 P

enampilan buat pertama kali dalam Liga Hoki Wanita Malaysia TNB 2017 memberi peluang untuk Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara sulung dalam kejohanan tersebut. Pada perlawanan terakhir liga itu yang berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk pada 4 Mac lalu, TLHT telah menewaskan pasukan Persatuan Hoki Daerah Johor Bahru (JBDHA) 5-0. Dalam saingan tersebut, tuan rumah mula membuka jaringan pada minit kelapan menerusi pakar pukulan sudut penalti, Nuraini Abdul Rashid. Berselang seminit kemudian, tuan rumah sekali lagi menambah jaringan melalui pemain kebangsaan, Norazlin Sumantri dan gol ketiga hadir pada minit ke-12, melalui pukulan sudut penalti Hanis Nadiah Onn. Asakan berhasil apabila Nuraini sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gawang pasukan lawan pada minit ke-50 dan derita pelawat bertambah menerusi giliran Wan Norfaiezah Mohd Saiuti untuk gol kelima. Dengan kemenangan terakhir tersebut, pasukan bimbingan Mohd Asri Abd Aziz mengumpul 28 mata menerusi sembilan kemenangan dan satu seri daripada 10 perlawanan.


SERIKANDI JULANG PIALA JELAPANG Lihat muka surat 15

Arena

Hoki wanita Terengganu cemerlang Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) meraikan kejayaan apabila mencipta sejarah muncul juara sulung kejohanan Liga Hoki Wanita Malaysia TNB 2017, baru-baru ini. (Lihat muka surat 15)

Mac bulan Sukan Negeri

TSG CIPTA KEJUTAN DI LE TOUR DE FILIPINAS

Pelbagai acara sukan diadakan sepanjang bulan berkenaan

Pertahan jersi putih secara keseluruhan

Oleh : Mohd Syazni Zainudin

B

ulan Mac diisytiharkan sebagai Bulan Sukan Negeri Terengganu atau ‘Beautiful of Sports’ oleh kerajaan negeri bagi menarik minat masyarakat khususnya hidup lebih sihat selain menyemarakkan sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat (gambar) berkata,

(Lihat muka surat 15) sepanjang bulan tersebut pelbagai aktiviti sukan bakal diadakan dengan ke r ja s a m a p el b a g a i pi h a k d a n penglibatan semua golongan. “Sepanjang tahun sahaja, 30 acara sukan sudah dirancang dengan lima dar ipadanya bakal berlangsung sepanjang Mac ini sama ada di per ingkat neger i, kebangsaan dan juga antarabangsa,”katanya. Antaranya adalah Kejohanan Kuda

Lasak Piala YAB Menteri Besar (3-4 Mac), Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC (4-11 Mac), Kapas Marang International Swimathon (18-19 Mac), Karnival Sukan VBT 2017 Bersama Red One (24-25 Mac) dan Kejohanan Sukan dan Kejohanan FIM Asian Motocross (24-25 Mac).

Suara transformasi 4  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you