Page 1

ASSIGMENT TOPIK

ULASAN NOVEL TAJUK: HARGA LUKA

SUBJECT LECTURE’S NAME

COM 3107 PENULISAN KREATIF PN. MARIATI BINTI MAT SALLEH

NAME

NO. MATRIC

SITI SOLIHAH BINTI KAMARUDDIN

UK 35852

NUR AISYAH BINTI ISMAIL

UK 34921

NIK ROSFAMILAH BINTI MOHD HUSSIN

UK 34616

NURUL AQILAH BINTI HASSAN

UK 35368

HIDAYATUL HAYATI BINTI MOHAMMED RODZI

UK 33825


Novel Harga Luka yang ditulis oleh Hasidah Disan mengisahkan tentang seorang perempuan iaitu Sabariah yang merupakan idola sebagai ibu, isteri, wanita dan anak yang begitu feminis. Ia berlandaskan falsafah hidup yang sederhana, tetapi realis sifatnya. Pada waktu muda Sabariah digambarkan seorang wanita yang berambut panjang melepasi bahu hampir mencecah pinggang. Lebat, hitam, lembut beralun dan ditutupi oleh selendang panjang. Sopan, manis, walaupun tidak berkulit putih melepak namun kulitnya yang hitam manis masih mampu menyerlahkan keayuannya. Sabariah dibesarkan daripada keluarga yang porak peranda kerana hubungan ibu dan ayahnya sering bermasalah. Ayah sabariah merupakan seorang yang panas baran, bengis dan pentingkan diri sendiri manakala ibunya seorang yang sangat penyabar. Perkahwinan ibubapanya mula retak apabila ayahnya memilih untuk berkahwin lain, dan menceraikan ibunya. Keadaan ini menjadikan Sabariah seorang kakak yang sentiasa membantu ibu menjaga adik-adiknya ketika ibu mereka keluar mencari rezeki untuk membesarkan mereka. Sabariah juga merupakan seorang anak yang taat dan mendengar kata. Ini terserlah apabila Sabariah menurut perintah ayahnya yang menyuruh Sabariah untuk berkahwin dengan Udin. Walaupun dia tidak menyenangi Udin namun, Sabariah terpaksa akur untuk mempersuamikan Udin apabila ayahnya bagai

dirasuk

makhluk

yang

garang

sehingga

memukul

Sabariah

kerana

keengganannya untuk menerima Udin selepas. Tambahan lagi, Sabariah pernah menghadapi kegagalan dalam berumah tangga dengan suaminya yang pertama.


Novel ini juga membawa tema ketabahan. Ia dapat ditonjolkan pada watak Sabariah sebagai seorang isteri yang tabah berhadapan sikap lelaki yang bergelar suami. Sebagai seorang anak gadis, Sabariah juga menginginkan sebuah perkahwinan yang bahagia bersama orang yang dicintainya iaitu Hassan. Dalam perkahwinannya dengan Hassan, Sabariah diuji dengan suaminya apabila Hassan terlalu taksub dengan hobinya, iaitu seni ghazal sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Keadaan ini diburukkan lagi apabila kehadiran seorang perempuan lain dalam hidup Hassan yang merupakan salah seorang penyanyi dalam kumpulan ghazal tersebut. Tindakan Hassan yang bersekedudukan dengan perempuan itu, menyebabkan tercetusnya penceraian antara mereka. Seterusnya, Sabariah diuji sekali lagi apabila perkahwinan keduanya turut gagal. Udin merupakan suami keduanya yang bersikap tidak bertanggungjawab apabila tidak mengendahkan nafkah isteri dan anak-anaknya. Ini diburukkan lagi apabila Udin curang dengan perempuan lain serta mengamalkan poligami. Sabariah digantung tidak bertali apabila Udin meninggalkannya dengan anakanak sendirian. Walaupun diuji dalam perkahwinan namun dia tidak pernah cuai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada 11 orang anak tanpa sokongan daripada suaminya. Sabariah juga sanggup berkorban dan mengerah keringatnya untuk mencari rezeki buat anak-anaknya dengan mengambil upah menjahit baju, menganyam tikar dan menganyam atap nipah. Kesemua anak-anaknya mampu berdikari dan menguruskan diri masing-masing. Sazali merupakan anak Sabariah yang berjaya. Dia seringkali menghantar wang kepada Sabariah untuk membantunya


meringankan beban ibunya. Manakala anaknya Asmah pula pandai memasak dan Berjaya membuka kedai makan sendiri dengan bantuan adik beradiknya. Sebagai seorang ibu, Sabariah sentiasa menyokong setiap minat anak-anaknya. Dalam novel ini juga, sabariah memainkan watak sebagai seorang wanita yang mengamalkan falsafah hidup yang sedarhana. dia juga seorang wanita yang kuat untuk mempertahankan haknya dan realis kerana baginya hidup ini adalah kenyataan, harus makan, minum dan wang. Wanita yang harus tabah kerana nyawa dan masa depan anak-anak adalah taruhan hidup. Cekal hatinya untuk mempertahankan alam rumah tangganya supaya berkekalan namun, badai yang datang sukar untuk ditempuh. Hatinya seperti besi yang sukar untuk dilenturkan. Dalam novel harga luka ini Sabariah mangatakan menjadi perempuan bukanlah mudah. Kadang-kadang kalah kepada nasib kerana lelaki selalu dilabelkan sebagai berani dan menang. Dilukai oleh dugaan dan nasib dikongsi bersama-sama anak-anaknya. Kesimpulannya, sebagai ibu, isteri, wanita dan anak, Sabariah berjaya memainkan watak utama yang memberi impak yang mendalam kepada para pembaca. Walaupun Sabariah kadang-kala dia diuji dengan dugaan dalam kehidupan. Usaha Sabariah untuk bangkit dari masalah hidup menjadikan dia seorang yang tabah dan berani mengharungi pahit getir hidupnya. Kesabaran Sabariah ketika membesarkan anak-anaknya dapat dijadikan contoh kepada pembaca supaya tidak mudah melenting dalam apa jua tindakan. Sifat anak-anaknya pula yang sentiasa membantu ibunya membuat kerja rumah dan mencari rezeki juga boleh dijadikan pengajaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila asmah dan adik-adiknya menjaja makanan di kampong dan di


sekolah mereka. Hasil daripada jualan tersebut mereka berikan kepada ibunya untuk perbelanjaan harian mereka. Ketekunan anak-anaknya yang belajar bersungguhsungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. ini boleh memberikan inspirasi kepada para remaja supaya belajar bersungguh-sungguh walaupun hidup dalam serba kekurangan. Kelukaan hidup Sabariah dan anak-anak terbayar dengan harga yang paling tinggi iaitu bahagia.

Ulasan novel  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you