Page 1

KEMENTERIAIN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

BIOLOGI


RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara add dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga clan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


PENDAHULUAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ber`erusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi_ Hasrat ini !ermaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia periu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami slam sekeliling mereka.

Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan Inkuiri secara saintifik juga memeriukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal beriandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah. Matamata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi diri dalarn bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manak~jla mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya datam bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi.yang khusus dan profesional. Golongan mund in akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.


Biclogi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang nidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran dan fenomena yang berkaitan dengannya. Perkembangan dalam bidang biologi berlaku dengan begitu pesat terutama dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan genetik dan teknologi makanan. Perkembangan ini memesatkan lagi sumbangan terhadap kemajuan dalam bidang perubatan, pertanian clan perindustrian yang secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi kehidupan manusia. Oleh itu, ilmu biologi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku clan memberi sumbangan terhadap perkembangan ilmu demi menjamin kemandirian hidupan. Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat clan lima sekolah menengah atas. la bertujuan untuk membolehkan murid memahami bidang biologi dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep clan aplikasinya dalam kehidupan harian. Pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran berkaitan dengan biologi menyediakan murid untuk memahami tanggungjawabnya sebagai pengurus alam demi keharmonian dan kesejahteraan hidupan sejagat. Mata petajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan biologi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang biologi dan bidang yang memerlukan pengetahuan clan kemahiran yang berkaitan dengan biologi di peringkat yang lebih tinggi serta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

OBJEKTIF Kurkulum Biologi membolehkan murid: 1 Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan pnnsip bioiogi dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam dan pengalaman harian. Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan teknologi dan kehidupan harian. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Mengaplikasikan pengetahuan biologi, kemahiran berfikir dan _ kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu biologi dalam kehidupan harian. 5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan diri. • 6.

Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan, perhubungan hidupan dengan per§ekitaran dan kepentingan pengurusan alam sekitar yang bijak demi menjamin kemandirian hidupan.

7.

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8.

Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

9. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi. 10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melalui k a j i a n s a i n s m er u p a k a n h a s i l u s a h a m a n u s i a u n t u k memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan dan keupayaan akal.

Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan


kurikulum secara umum sementara HSP memperincikan lagi kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP terdiri daripada maklumat tentang mattamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujOan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan juga disediakan. MATLAMAT Kurikulum Biologi bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang biologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan biologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Biologi disusun atur mengikut tema. Setiap tema mengandungi beberapa

bidang

pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau iebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Aktiviti

pembelajaran

dicadangkan

untuk

mencapai

setiap

hasil

pembeGajaran

yang

dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi kaedah

seperti

eksperimen,

perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.

Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. r Kemahiran memilih, menganalisis dan meniiai maklumat daripada pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber Elektronik. Kemahiran Saintifik Penguasaan kemahiran samtifirc amat diperlukan untuk menGKa, dan memahami alam, mencari ;a;vapan


kepada sesuatu masala;serta membuat keputusan secara bersistem. Kemaniran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum sains adalah: •

Memerhatikan

Mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Mentafsirkan data

Mendefinisikan secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid: •

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.


•

Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Kemahiran Berfikir

Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Sikap Saintifik dan Nilai Murni Pengalaman pembelajaran biologi boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif r pembelajaran untuk domain afektif dijadikan Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran ini dicadangkan. Kandungan Pengetahuan Kandungan Kunkulum Biologi terdiri daripada lima tema iaitu A. Pengenalan kepada bioiogi. B Menyiasat sel sebagai unit asas kehidupan. C Menyiasat fisiologi kehidupan. D Nlenyiasat pewarisan dan varias; dalam kehidupan. E. Menyiasat hidupan dan perhubungan dengan persekitaran. Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan dan kesepaduan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang biologi. Kesemua tema ini merangkumi disiplin ilmu biologi yang diperlukan oleh murid untuk pendidikan peringkat menengah atas. Di samping itu pendekatan ini menyepadukan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Kesepaduan unsur ini dapat memberi kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran biofogi.

Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema: A. Pengenalan kepada Biologi Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang biologi dan kaedah saintifik dalam menjalankan sesuatu penyiasatan. Tema ini juga memberi fokus kepada sikap saintifik dan nilai murni.


Kandungan tema ini adalah seperti berikut: I . Memahami biologi. 2. Kaedah saintifik. Sikap saintifik dan nilai murni. B. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai blok binaan yang unik dan berfungsi, serta perhubungan yang harmoni antara struktur dengan fungsi sel Tema ini juga memberi tumpuan kepada pergerakan bahan merentas membran plasma, komposisi kimia dalam sel, pembahagian sel clan organisasi sel Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Struktur sel clan fungsi bahagian sel •

Struktur sel haiwan clan sel tumbuhan.

Fungsi bahagian sel haiwan dan,sel tumbuhan.

Perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan.

Kepadatan organel dengan fungsi sel. '

2. Pergerakan bahan merentas membran plasma •

Keperluan bahan merentas membran plasma.

Sifat membran plasma sebagai membran separa telap.

Pengangkutan pasif clan pengangkutan aktif.

Resapan, osmosis, plasmolisis, hemolisis clan krenasi.

Larutan hipotonik, hipertonik clan isotonik.

3 Komposisi kimia dalam sel •

Unsur clan sebatian kimia dalam sel.

Enzim, ciri umum enzim, faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim, mekanisme tindakan enzirn dan penggunaan enzim dalam industri dan kehidupan hariaan.

4. Pembahagian sel •

Fasa kitar sel.

Mitosis.

Meiosis.

Aplikasi mitosis dalam pertanian. Organisasi sel

Organisma unisel.

Pengkhususan sel dan organisasi sel dalam organisma multisel.

Pengawalaturan persekitaran dalam untuk sel berfungsi dengan sempurna.

C. Menyiasat Fisiologi Kehidupan


Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses fisiologi yang berlaku dalam hidupan. Keperluan hidupan kepada proses fisiologi iaitu nutrisi,respirasi, pengangkutan, pergerakan, sokongan, koordinasi, gerak balas, pembiakan dan pertumbuhan untuk hidup dan berfungsi diberi penekanan supaya murid dapat memahami perhubungan antara struktur dengan fungsi dalam setiap proses fisiologi tersebut. Kefahaman tentang proses fisiologi turut menyumbang kepada perkembangan bidang sains dan teknologi. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Nutrisi •

Jenis nutrisi: autotrof dan heterotrof.

Kelas makanan.

Gizi seimbang dan keperluan tenaga harian.

Pengambilan gizi yang tidak seimbang.

Pencernaan makanan: sistem pencernaan dan proses pencernaan makanan.

Penyerapan makanan dan proses asimilasi.

Penyahtinjaan.

Keperluan nutrien dalam tumbuhan: makronutrien dan mikronutrien, kesan kekurangan makronutrien dan mikronutrien.

Fotosintesis: perkembangan ke arah penemuan fotosintesis, struktur daun dan fungsi bahagian daun, penyesuaian daun, mekanisme fotosintesis dan faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis.

Teknologi dalam pengeluaran makanan: peningkatan kualiti dan kuantiti makanan.

Perkembangan teknologi dalam pemprosesan makanan: keperluan pemprosesan makanan, teknologi pemprosesan makanan, kepelbagaian penggunaan makanan yang diproses.

2. Respirasi •

Proses respirasi dalam penghasilan tenaga: keperluan tenaga, respirasi aerob dan respirasi anaerob.

Struktur respirasi dalam manusia dan haiwan.

Mekanisme pemafasan.

Pertukaran gas dan pengangkutan gas dalam manusia.

Mekanisme kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.

Gerak balas manusia daripada aspek respirasi dan kadar pernafasan terhadap keadaan berbeza.

Respirasi pada tumbuhan: perbandingan proses fotosintesis dengan proses respirasi.

I3 Pengangkutan •

Sistem pengangkutan organisma multisel yang kompie;~s r<epertuan sistem pengangkutan dan cm sistem pengangkutan

Sistem peredaran darah: darah. hemolimfa. sistem peredarar,


darah manusia dan haiwan dan daya yang menyebabkan peredaran darah manusia. •

Pembekuan darah: mekanisme pembekuan darah. kepertuar pembekuan darah dalam sistem peredaran tertutup dan masalah pembekuan darah

Sistem limfa: struktur sistem limfa, qeranan sistem limfa dalam pengangkutan bahan, peredaran limfa dan perhubungan sistem limfa dengan sistem peredaran darah.

Peranan darah dan sistem limfa dalam pertahanan badan: jenis leukosit, peranan leukosit, proses fagositosis, keimunan; pengimunan, antigen dan antibodi.

Sistem vaskular dalam tumbuhan: keperluan pengangkutan bahan dalam tumbuhan, struktur sistem vaskular dan kesesuaian struktur xilem dan floem dengan fungsi pengangkutan.

Proses pergerakan air dan pengangkutan bahan organik dalam tumbuhan.

Transpirasi dan translokasi: faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi, kepentingan transpirasi dan translokasi dalam tumbuhan.

4. Pergerakan dan sokongan •

Keperiuan pergerakan dan sokongan pada manusia dan haiwan.

Sistem rangka.

Tindakan otot, ligamen dan tendon semasa pergerakan.

Mekanisme pergerakan manusia dan haiwan.

Masalah berkaitan pergerakan dan sokongan. Sokongan dalam tumbuhan akuatik dan tumbuhan darat. Koordinasi dan gerak balas

Keperluan organisma hidup bergerak balas terhadap rangsangan.

Koordinasi saraf: otak, saraf tunjang, jenis neuron, sinaps, proses penghantaran maklumat, tindakan terkawal, tindakan luar kawal clan tindakan refleks.

Koordinasi kimia: keperluan hormon dalam manusia clan tumbuhan, sistem endokrin, hormon dan fungsi hormon.

Penggunaan hormon dalam perubatan dan pertanian.

Kesepaduan antara sistem saraf dan sistem kimia.

Homeostasis: proses pembentukan air kencing, pengosmokawalaturan ginjal, pros6s suap balik n e g a t i f, pengawalaturan suhu badan clan pengawalaturan aras gula darah.

Kesan penyalahgunaan dadah clan pengambilan alkoholkepada koordinasi clan gerak balas. 6. Pembiakan clan pertumbuhan

Proses pembentukan gamet: gamet jantan, gamet betina, peringkat perkembangan pembentukan gamet, proses oogenesis clan spermatogenesis.

Peranan hormon dalam kitar haid, kesan ketakseimbangan hormon clan putus haid.

Perkembangan pranatal manusia: persenyawaan nukleus, perkembangan zigot, penempelan, kembar seiras, kembar tak seiras, struktur clan fungsi plasenta clan struktur tali pusat.


r Persenyawaan ganda dua: perkembangan debunga, perkembangan pundi embrio dalam ovul, dua nukleus jantan, nukleus endosperma,-pembentukan zigot clan kemandirian tumbuhan berbunga.

konsep pertumbuhan.

Lengkung pertumbuhan: bentuk lengkung pertumbuhan. fasa pada lengkung pertumbuhan clan perhubungan antara bentuk lengkung pertumbuhan dengan proses pertumbuhan

Pertumbuhan primer clan sekunder: kepentingan pertumbuhan primer, keperluan pertumbuhan sekunder. proses pertumbuhan sekunder clan kelebihan tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder daripada segi ekonomi.

Kepentingan penggunaan teknologi berkaitan dengan pembiakan.

D. Menyiasat Pewarisan dan Variasi dalam Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pewarisan clan variasi dalam hidupan. Kunci pewarisan di dalam nukleus sesuatu sel ialah dalam unit gen yang dibawa oleh struktur kromosom. Pemindahan unit gen ini daripada satu generasi kepada generasi yang baru dikawal oleh proses pewarisan. Gen adalah unit yang mengawal ciri tertentu dalam semua hidupan. Gen untuk sesuatu ciri mungkin wujud dalam beberapa bentuk yang berbeza yang menyebabkan variasi pada sesuatu ciri.

Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Pewarisan Hukum Mendel I clan Hukum Mendel II: faktor pewarisan, ciri dominan, ciri resesif, gen, alel, gen dominan, gen resesif, fenotip, genotip, homozigot, heterozigot, kacukan monohibrid, pewarisan monohibrid, kacukan dihibrid dan pewarisan dihibrid.

konsep pewarisan: pewarisan kumpulan darah manusia. autosom, kromosom seks, perbandingan kariotip manusia normal dengan sindrom Down, penentuan seks anak dan pewarisan terangkai seks.

Gen clan kromosom: struktur kromosom, struktur asid deoksiribonukleik, struktur nukleotida, perhubungan antara gen dengan kromoson dan aplikasi pengetahuan genetik dalam kehidupan.

2. Variasi •

Jenis variasi clan perbandingan antara variasi selanjar dengan variasi tak selanjar.

Punca variasi: proses penggabungan semula genetik, mutasi kromosom, mutasi gen, punca mutasi, interaksi antara faktor genetik clan faktor persekitaran serta kepertuan variasi dalam kemandirian spesies.


E. Menyiasat Hidupan dan Perhubungan dengan Persekitaran Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sesuatu ekosistem. Perhubungan yang berlaku di antara komponen biosis dengan komponen abiosis di dalam sesuatu ekosistem yang dinamik. Murid juga menjalankan kajian ekologi populasi dengan teknik persampelan yang sesuai. Semua hidupan hidup dalam pelbagai ekosistem yang mempunyai perhubungan rapat antara satu sama lain serta dengan persekitaran. Gangguan pada satu spesies akan membawa kesan kepada beberapa spesies yang lain. Gangguan pada persekitaran juga akan memberi kesan kepada pelbagai ekosistem. Pentingnya kesedaran kepada pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem yang baik untuk mergeka!ka^ keseimbangan alam.

Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Ekosistem dinamik •

Komponen biosis, komponen abiosis, aras trof dan interaksi antara komponen biosis.

Proses pengkolonian dan proses sesaran dalam ekosistem.

Ekologi populasi: teknik persampelan, saiz populasi dan taburan populasi.

Biokepelbagaian: pengertian biokepelbagaian, kepentingan biokepelbagaian, hierarki pengelasan organisma, sistem binomial Linnaeus clan kegunaannya dalam penamaan organisma.

Mikroorganisma: jenis mikroorganisma, komponen abiosis yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma, mikroorganisma yang berfaedah clan berbahaya, patogen, vektor clan gejala penyakit tertentu, cara jangkitan penyakit, kaedah pengawalan patogen clan penggunaan mikroorganisma dalam bioteknologi. Ekosistem terancam

Impak aktiviti manusia ke atas ekosistem.

Kesan pembangunan kurang terancang clan salah pengurusan ke atas ekosistem.

Pencemaran: jenis pencemaran, punca pencemaran dan kesan pencemaran.

Fenomena kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon clan pemanasan global ke atas ekosistem. •

pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam: keperiuan pembangunan, isu pertambahan penduduk dan langkah dalam pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam.

Sukatanbio  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you