DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Page 57

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

32.0 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (INFRASTRUKTUR) 32.1

PENGENALAN

32.1.1 Pembangunan pendidikan merangkumi pengurusan projek pembangunan, institusi pendidikan, agensi dan badan berkanun dalam KPM. Proses kerja pembangunan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan. 32.2 PERNYATAAN DASAR 32.2.1 Memastikan perancangan dan penyelarasan pelaksanaan projek fizikal pendidikan, pengurusan kawalan peruntukan, pemantauan projek dan perkhidmatan kepada institusi pendidikan disediakan sebagai sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 32.2.2 Memastikan pembinaan, ubah suai dan naik taraf premis institusi pendidikan mengikut piawaian berdasarkan keperluan pengguna akhir dan piawaian antarabangsa. 32.2.3 Memastikan penyediaan peruntukan pembangunan bagi bekalan dan perolehan peralatan pendidikan yang mencukupi kepada semua premis institusi pendidikan baharu, gantian dan tambahan mengikut ketetapan kerajaan. 32.2.4 Memastikan peluang disediakan kepada usahawan bumiputera yang berkemampuan dan berwibawa bagi melaksanakan projek pembangunan kementerian. 32.2.5 Memastikan pengagihan perolehan kerja dan perkhidmatan yang telus dan adil kepada usahawan bumiputera yang layak selaras dengan nilai integriti. 32.3

STRATEGI PELAKSANAAN

32.3.1 Menyalurkan sumber peruntukan pembangunan pendidikan dengan tepat, terkawal dan tersedia termasuk penggunaan sumber manusia, mesin, modal dan tanah. 32.3.2 Melaksanakan projek fizikal pendidikan mengikut jadual dengan peruntukan yang sistematik dan pemantauan projek secara berkala. 32.3.3 Menyediakan tapak bagi projek fizikal pendidikan yang bersesuaian dengan kehendak keperluan pendidikan semasa dan akan datang.

48


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.