Issuu on Google+

KERTAS PENERANGAN (Information Sheet)

NAMA KURSUS TAJUK MODUL

TAJUK SUB MODUL

OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO)

KOSMETOLOGI HAIR AND SCALP CARE 2 M12K1 PERFORM HAIR AND SCALP MASSAGE M12K2 PERFORM HAIR AND SCALP THERAPY M12K3 PERFORM HAIR AND SCALP MAINTENANCE ADVICE M12K4 PERFORM DRY HAIR TREATMENT M12K5 PERFORM DANDRUFF TREATMENT CARRY OUT HAIR AND SCALP CARE USING TOWELS, COMBS, CONSULTATION TOOLS (CARD, FORM, SCANNER), HAIR AND SCALP PRODUCT AND STANDARD OPERATING PROCEDURE SO THAT CLIENT’S REQUIREMENTS FOR HAIR AND SCALP CONDITION DETERMINED, MAINTENANCE PRODUCT SERVICES RECOMMENDED AND HAIR & SCALP CARE EXECUTED IN ACCORDANCE CLIENT’S REQUIREMENTS.

NAMA

NO. K/P

TAJUK : Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala 2 TUJUAN PENGAJARAN: (Instructional Aims) This information sheet introduces trainees to carry out hair and scalp care using towels, combs, and consultation tools (card, form, and scanner) hair & scalp product and Standard Operating Procedures (SOP). PENERANGAN : M12K1 PERFORM HAIR AND SCALP MASSAGE Tujuan merawat kulit kepala ialah untuk mengekalkan kesihatan rambut dan kulit kepala supaya rambut sentiasa kelihatan cantik. Rawatan rambut dapat mengatasi masalah seperti kelemumur, botak (alopecia), kegatalan dan rambut yang terlalu berminyak. Semasa melakukan rawatan rambut, manipulasi atau urutan rambut dan kulit kepala merupakan salah satu langkah yang sangat penting. Kebaikan melakukan urutan rambut dan kulit kepala: 1. 2. 3. 4. 5.

Merangsang peredaran darah pada kulit kepala. Merehatkan saraf. Merangsangkan otot dan kelenjar minyak pada kulit kepala. Merangsang pengeluaran sebum yang mencukupi. Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.


MODUL 12

Muka: 2 Drp: 11

Contoh pemilihan produk/bahan urutan: 1. Minyak zaitun • Kulit kepala kering/normal/kelemumur kering 2. Tonik berubat/anti kelemumur • Kulit kepala berkelemumur 3. Krim pelembap • Kulit kepala kering Cara umum penyediaan pelanggan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan Pakaikan mantel atau tuala Analisa rambut dan kulit kepala pelanggan Isi kad rawatan Berus rambut pelanggan

Teknik Manipulasi Asas Bagi Kulit Kepala. Kaedah yang betul mengurut kulit kepala ialah dengan menyusupkan tangan ke bawah rambut dengan menyentuh kulit kepala.Tujuannya adalah untuk merangsang saraf serta merehatkan otot. 4 teknik urutan yang utama: 1. Urut usap (Effleurage) • Gerakan usap yang lembut dan menenangkan; menggunakan tangan dan jari • Tujuannya adalah untuk menenangkan kulit dan merangsang serta merehatkan otot. 2. Urut tekan (Petrissage) • Gerakan ini memecahkan lemak dalam kulit serta melancarkan system pembuangan sisa bahan pemakanan dari tisu kulit dan otot. • Urutan ini menggunakan kaedah menekan dan memicit dengan gerakan bulat. 3. Urut tepuk • Satu kaedah merangsang dengan teknik menepuk secara tetap.. • Pergerakan ini dapat merangsang saraf, mengembalikan atau memulihkan bentuk otot dan memecahkan lemak yang berlebihan dalam kulit. 4. Getaran (Vibration) • Pergerakan menggunakan tangan dan jari. Gerakan yang lembut memberi kesan merangsang di bahagian kulit kepala. Gerakan perlahan akan merangsang kulit dan otot serta pengaliran darah ke tisu. Langkah-langkah mengurut kulit kepala i. Melakukan regangan dengan memegang dagu dengan tangan kiri, tangan kanan memegang bahagian kepala, pusingkan kepala perlahan-lahan. Tukar tangan dan ulang sekali lagi


MODUL 12

ii.

Muka: 3 Drp: 11

Pegang bahagian kiri dan kanan kepala dengan perut jari dan gelongsorkan hujung jari ke atas sambil merenggangkan jari hingga kedua-dua ibu jari bertemu. Ulang sehingga empat kali.

iii. Dengan menggunakan perut jari, lakukan urutan dengan gerakan bulatan mengikut pusingan jam . Ulang sebanyak empat kali.

iv. Pegang belakang kepala dengan tangan kiri. Gunakan tangan kanan untuk memicit dahi hingga melepasi garis rambut (anggaran 2 jari). Ulang sebanyak empat kali.

v. Letakkan tapak tangan pada kulit kepala. ‘Angkat’ kulit kepala dengan gerakan berpusing. Mulakan pada kulit kepala di bahagian atas telinga, kemudian di bahagian hadapan dan belakang.


MODUL 12

Muka: 4 Drp: 11

vi. Letakkan jari kedua-dua belah tangan di atas dahi. Urut di bahagian garis rambut dengan gerakan angkat dan berpusing.

vii. Undurkan jari sedikit ke belakang dari garis rambut, Urut hingga meliputi seluruh kepala.

viii. Letakkan jari kedua-dua belah tangan di bahagian kiri dan kanan kepala. Bermula dari bawah telinga, pusing-pusingkan ibu jari menghala ke atas kepala. Ulang empat kali, kemudian urut bahagian tengah belakang kepala.

ix.

Letakkan tangan kiri di atas dahi dan dengan menggunakan tangan kanan urut bahagian tengkuk dari telinga kanan ke telinga kiri dengan gerakan berpusing.

x.

Berdiri di sebelah kiri pelanggan dan letakkan tangan kiri di atas dahi. Urut bahagian kanan pelanggan dengan memusing-musingkan tangan kanan dari bawah leher ke bahu, ke belakang dan ke tulang spina hingga ke bawah leher. Ulang pada bahagian kiri pelanggan.


MODUL 12

Muka: 5 Drp: 11

xi.

Letakkan kedua-dua belah tapak tangan sebelah-menyebelah di bawah leher. Urut otot bahu dengan tapak tangan dengan gerakan berpusing hingga ke hujung bahu, kemudian berpatah balik. Setelah itu, urut dari bahu ke tulang spina dan berpatah balik.

xii.

Urut tulang spina dengan gerakan berpusing dari tengkuk ke bawah. Tekan dengan jari dan gerakkan tangan semula ke tengkuk dengan perlahan-lahan.


MODUL 12

Muka: 6 Drp: 11

M12K2 PERFORM HAIR AND SCALP THERAPY Untuk memastikan supaya rambut dan kulit kepala sentiasa sihat, kita mestilah mengamalkan perkara-perkara berikut: • • •

Rambut hendaklah sentiasa dicuci dengan syampu Rambut dan kulit kepala perlu diberi rawatan yang sewajarnya Kulit kepala jenis normal boleh dilakukan rawatan seminggu sekali

Rawatan rambut dan kulit kepala tidak boleh dilakukan dalam keadaan berikut: • • • •

Apabila kulit kepala mengalami luka atau terkena jangkitan Sebelum mengeritingkan rambut Sebelum mewarnakan rambut Sebelum mencerahkan rambut

Rawatan rambut jenis normal adalah bertujuan untuk menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala serta mengelak dari mengalami masalah-masalah berkaitan rambut dan kulit kepala seperti botak dan kelemumur. Persediaan Untuk Merawat Rambut dan Kulit Kepala. a. Penyediaan alatan dan bahan yang perlu untuk rawatan kulit kepala yang tertentu. b. Penyediaan pelanggan. c. Beruskan rambut untuk merangsangkan kulit kepala serta menanggalkan habuk dan kekotoran daripada rambut. Cara memberus rambut • Bahagi rambut kepada dua bahagian (sikat di belah tengah). • Ambil satu bahagian kecil rambut (anggaran 2 jari) daripada belahan tengah tadi seperti dalam rajah 1. • Pegang rambut itu dengan tangan kiri kemudian berus rambut tersebut dengan tangan kanan (dari pangkal hingga ke hujung rambut sambil memusingkan sedikit pergelangan tangan) • Ulangi proses di atas sebanyak tiga kali • Ambil satu bahagian kecil lagi dan ulangi kerja seperti di atas sehingga meliputi seluruh kepala. • Lakukan kerja tersebut dengan gerakan yang sekata serta terus-menerus.


MODUL 12

Muka: 7 Drp: 11

Cara merawat: 1.

Sediakan semua alatan dan bahan rawatan. Alatan Berus rambut Klip pembahagi Mangkuk plastik Sikat bergigi jarang Berus tinting Sikat ekor Spatula Mantel syampu Tuala Aplikator

Bahan Syampu normal Bahan rawatan rambut normal Perapi Bahan penstail

2. 3. 4.

Sediakan pelanggan. Beruskan rambut selama 5 minit. Mensyampu rambut (JIKA PERLU) • Syampu dan mengurut dengan menggunakan syampu normal. • Bilas rambut tanpa membubuh perapi • Petap kering rambut dengan tuala.

5.

Menyapu bahan rawatan di kulit kepala dan rambut. • Bahagi rambut kepada empat bahagian. • Sapu bahan rawatan di belahan rambut. • Sapukan bahan rawatan bermula dari puncak kepala. • Bahan rawatan disapu hingga ke seluruh bahagian rambut.

6.

Dedahkan rambut pada lampu inframerah. • Letakkan tuala di sekeliling garis rambut. • Dedahkan rambut selama 5 minit. • Tanggalkan tuala untuk menyejukkan kepala.

7. 8.

Urut/manipulasi kulit kepala selama 10-20 minit. Membersihkan bahan rawatan. • Basahkan rambut dengan air. • Emulsi rambut dan bilas dengan bersih. • Petap rambut dengan tuala.

9. Sapukan losen atau tonik yang sesuai pada kulit kepala. 10. Menggayakan rambut. Bahan asli untuk penjagaan rambut Amalan penggunaan bahan asli untuk mencantikkan, memebrsihkan dan menyuburkan rambut telah dilakukan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Jadual di bawah menunjukkan beberapa conoth bahan asli untuk tujuan tersebut.


MODUL 12

Bahan

Muka: 8 Drp: 11

Kegunaan

Cara menggunakan

Santan

Sebagai perapi rambut

-

Buatkan santan pekat Cuci rambut hingga bersih Sapu santan pada rambut Urut selama 5 minit Bilas rambut dengan air biasa sehingga bersih

Daun bunga raya

Untuk kelemumur

-

Rendamkan sintuk semalaman Tapis airnya Cuci rambut dengan air sintuk seperti mensyampu rambut Urutkan selama 5 minit Bilas rambut hingga bersih

menghilangkan

-

Kacang hijau

Untuk menyuburkan rambut

-

Lemon/Limau nipis/Limau kasturi

Sebagai pembilas rambut

-

Rendam segenggam kacang hijau dalam air. Biarkan semalaman Syampukan rambut seperti biasa. Bilas hingga bersih Tumbuk 2 helai daun pandan dan campurkan ke dalam air rendaman Tapiskan Pupuk air tapisan sedikit-sedikit pada rambut hingga selesai

Campurkan 10ml pati limau dengan 1 mangkuk air sejuk Bilas rambut yang telah disyampu dengan larutan limau tadi. Ulang beberapa kali hingga habis air limau itu.


MODUL 12

Muka: 9 Drp: 11

M12K3 PERFORM HAIR AND SCALP MAINTENANCE ADVICE Kepentingan memberi nasihat penjagaan selepas melakukan rawatan 1. Memberi kebaikan kepada pelanggan 2. Menambah pengetahuan produk kepada pelanggan 3. Menarik perhatian pelanggan Perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum dan semasa memberi nasihat penjagaan rambut dna kulit kepala kepada pelanggan 1. Menentukan keperluan penjagaan rambut dna kulit kepala pelanggan mengikut:• Jenis rambut • Masalah rambut dan kulit kepala • Amalan tradisional 2. Merekod data pelanggan 3. Mengenal pasti dan memilih produk penjagaan rambut dan kulit kepala berdasarkan: • Jenis rambut • Masalah rambut dan kulit kepala • Amalan tradisional 4. Memberi khidmat nasihat penjagaan rambut dan kulit kepala mengikut keperluan pelanggan 5. Mencadang produk penjagaan rambut dna kulit kepala serta perkhidmatan mengikut keperluan pelanggan Contoh cadangan khidmat nasihat penjagaan rambut dan kulit kepala kepada pelanggan 1. -

Rambut normal Sentiasa mensyampu rambut menggunakan syampu yang sesuai Gunakan perapi untuk melembutkan rambut dan melindunginya Melakukan rawatan rambut untuk mengekalkan kesihatan rambut

2. Rambut kering Gunakan produk penjagaan penjagaan rambut yang mengandungi bahan pelembap/emolien Jangan menggunakan produk yang mengandungi kandungan alcohol tinggi Melakukan rawatan pemulihan 3. Rambut kelemumur Gunakan syampu antikelemumur yang mangandungi bahan seperti lenium/selsun Jika kelemumur terlalu banyak, penggunaan bahan seperti lenium perlu dilakukan dua kali seminggu selama 2 minggu,kemudian seminggu sekali selama 2 minggu lagi dan selepas itu bolehlah dilakukan sekali dalam masa 3 hingga 6 minggu (diselang selikan dengan syampu normal) Cara merawat: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Sediakan semua alatan dan bahan rawatan. Sediakan pelanggan. Beruskan rambut selama 5 minit. Sapukan bahan rawatan yang sesuai untuk merawat kulit kepala dan rambut hingga keseluruhan rambut. Wapkan rambut selama 7-10 minit dengan menggunakan alat pengewap rambut. Urut kulit kepala.


MODUL 12

Muka: 10 Drp: 11

7.

Membersihkan bahan rawatan dengan mensyampu rambut sedikit sahaja dengan menggunakan syampu lembut. 8. Keringkan rambut dengan tuala hingga kulit kepala betul-betul kering. 9. Gunakan elektrod pencakar kaca (glass rake) yang disambungkan kepada arus berfrekuensi tinggi terus selama lebih kurang 5 minit untuk merangsangkan kulit kepala. 10. Menggayakan rambut . M12K5 PERFORM DANDRUFF TREATMENT Tanda adanya kelemumur ialah apabila terdapat sisik-sisik putih pada rambut dan kulit kepala serta kulit berasa gatal. Sebum menyebabkan sisik-sisik itu melekat sesame sendiri dan pada kulit kepala. Dua jenis kelemumur iaitu: 1. Jenis kering (pityriasis capitis simplex). 2. Jenis berminyak(pityriasis steatoides). Faktor-faktor penyebab kelemumur 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tidak menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Pengambilan makanan yang tidak seimbang. Terkena jangkitan. Terlalu kerap menyikat rambut dan menggaru kepala. Peredaran darah pada kulit kepala tidak berjalan lancar. Pembiakan bakteria semasa antara pengeluaran peluh dan sebum. Pada masa ini sel membentuk dengan banyak dan sel-sel ini kemudiannya menjadi lapisan sisik. 7. Syampu yang tidak dibilas dengan bersih. Ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering serta berasa gatal. 8. Gangguan emosi, gangguan pada kelenjar minyak dan kurang rangsangan saraf boleh menyebabkan kelemumur kering. 9. Terlalu kerap menggunakan losen beralkohol. Cara merawat Rawatan menggunakan bahan rawatan antikelemumur. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Sediakan alatan dan bahan rawatan. Sediakan pelanggan. Berus rambut selama 5 minit. Syampukan rambut dengan syampu berubat atau syampu antikelemumur. Bilas rambut hingga bersih. Keringkan rambut dengan tuala. Sapukan bahan rawatan dan urut kulit kepala selama 5 minit, kemudian bilas rambut. Sapukan losen/tonik berubat. Meniup kering dan menggayakan rambut.

Rawatan menggunakan arus frekuensi tinggi. 1. 2. 3. 4.

Sediakan alatan dan bahan rawatan. Sediakan pelanggan. Beruskan rambut selama 5 minit. Sapukan bahan rawatan yang sesuai dengan kulit kepala (sama ada kulit kepala jenis kering atau berminyak).


MODUL 12

Muka: 11 Drp: 11

5. 6. 7. 8. 9.

Dedahkan rambut pada cahaya lampu inframerah selama 5 minit. Urut kulit kepala selama 5 minit. Syampukan rambut dengan syampu berubat yang sesuai. Bilas dan merapikan rambut Keringkan rambut dengan tuala. Urut kulit kepala dengan elektrod pencakar kaca dengan menggunakan arus frekuensi tinggi terus. 10. Sapukan losen/tonik berubat yang sesuai. 11. Meniup kering dan menggayakan rambut.

RUJUKAN : 1. Ajizah Sudiman,Wan Norizan Wan Mohamad dan Tee Hua Man. 2005. Dandanan Rambut Tingkatan 4 dan 5. Modul Pembelajaran Aliran Vokasional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2. Rohani Marude. 1989. Seni Kecantikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 3. http://www.google.com.my/search


Hair and scalp care 2