Page 1

Buletin

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Buletin MPAJ Bil 1/2012

www.mpaj.gov.my

NASKHAH PERCUMA

MAJLIS MAJLIS PERHIMPUNAN PERHIMPUNAN BULANAN BULANAN DAN DAN SAMBUTAN SAMBUTAN HARI HARI INOVASI INOVASI 2011 2011

PENTADBIRAN PENTADBIRAN KERAJAAN KERAJAAN NEGERI NEGERI SELANGOR SELANGOR

ms 03 Majlis

Perhimpunan Bulanan dan sambutan Hari Inovasi 2011

ms 11 Auditan

Pensijilan Semula ISO 9001: 2008 MPAJ Berbakti

ms 8 Karnival

Sukan MPAJ 2011

ms 19 Walkathon

. Bersih . Berbudaya

Aedes MPAJ 2011

1


Diterbitkan Oleh

Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya Buletin

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

www.mpaj.gov.my

Buletin MPAJ Bil 1/2012

NASKHAH PERCUMA

MAJLIS MAJLIS PERHIMPUNAN PERHIMPUNAN BULANAN BULANAN DAN DAN SAMBUTAN SAMBUTAN HARI HARI INOVASI INOVASI 2011 2011

PENTADBIRAN PENTADBIRAN KERAJAAN KERAJAAN NEGERI NEGERI SELANGOR SELANGOR

ms 03 Majlis

Perhimpunan Bulanan dan sambutan Hari Inovasi 2011

ms 11 Auditan

Pensijilan Semula ISO 9001: 2008 MPAJ Berbakti

ms 8 Karnival

Sukan MPAJ 2011

ms 19 Walkathon Aedes MPAJ 2011

. Bersih . Berbudaya

1

SIDANG REDAKSI PENAUNG Dato’ Mohammad bin Yacob Yang Dipertua, MPAJ PENASIHAT Tuan Abd Hamid bin Hussain Timbalan Yang Dipertua, MPAJ PENGARANG Hajjah Norhayati bt Ahmad PENOLONG PENGARANG Norlaili bt Kalyubi Mohd Rizal Amry bin Mohd Yadzi PENYUNTING Salawaty bt Anuar Zuhaili bt Zainal Lenny Azrina bt Kasmain JURUGAMBAR Mohd Murhakim bin Rahmat Zamili bin Ahmad Apandi Radzmil Amaluszamani bin Raduen

PANDUAN TELEFON Talian Utama Faksimili

: 03-4296 8000 : 03-4296 8050 / 60

Talian Bebas Tol Aduan Kaunter Khidmat Pelanggan • Pas Pelawat • Kaunter Khidmat Setempat Pejabat Yang DiPertua Pejabat Timbalan Yang DiPertua Jabatan Perancangan Korporat • Bahagian Perhubungan Awam • Bahagian Sistem Maklumat • Bahagian Inovasi Jabatan Undang-undang Jabatan Perbendaharaan Jabatan Khidmat Pengurusan • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia • Bahagian Pentadbiran Am Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Jabatan Pelesenan Jabatan Penilaian& Pengurusan Harta Jabatan Kejuruteraan Jabatan Perancang Bandar Jabatan Bangunan & Senibina Jabatan Belia & Masyarakat Jabatan Penguatkuasa Bahagian OSC Pembangunan Bahagian COB Unit Audit Dalam

: 1800-22-8100 : 03- 4296 8046 : 03 4296 8357 : 03- 4296 8090 : 03-42968099 : 03- 4297 5470 : 03- 4297 8271 : 03- 4296 8141 : 03- 4280 6433 : 03-4296 8016 : 03-4296 8004

: 03-4296 8037 : 03- 4296 8015 : 03-4296 8007 : 03 4280 3944 : 03- 4296 8072 : 03- 4296 5887 : 03- 4296 8008 : 03- 4296 8009 : 03- 4296 8012 : 03- 4296 8024 : 03- 4280 5120 : 03- 4280 4675 : 03- 4296 8188

MAKLUMAT MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA Majlis Perbandaran Ampang Jaya Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama Pandan Indah, Selangor 55100 Kuala Lumpur Laman Web MPAJ : www.mpaj.gov.my E-Mail MPAJ : hotline@mpaj.gov.my : fb@mpaj.gov.my

2

Buletin MPAJ BIL 1/2012


MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI INOVASI 2011 PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR Pada 19 Disember 2011 bertempat Auditorium, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi 2011 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Y.Bhg. Dato’ Mohammad Bin Yacob, Yang DiPertua MPAJ telah hadir dan menerima anugerah serta pengiktirafan daripada Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor. Anugerah yang diterima oleh MPAJ adalah seperti berikut : 1. Pengiktirafan Inovasi Laman Web – 5 bintang dalam “Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2011”. 2. Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Tahun 2010 – 4 bintang 3. Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Tahun 2011 : Tempat ke – 2 (96.62%); dan 4. Anugerah Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (AISUK) Tahun 2011.

LAWATAN MBSA Pada 1 Mac 2012, satu rombongan Majlis Bandaraya Shah Alam yang terdiri daripada 27 kakitangan pelbagai jabatan telah hadir ke MPAJ. Rombongan yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi Aziz Bin Maamor, Ketua Bahagian Sumber Manusia MBSA telah disambut oleh pegawai MPAJ. Turut hadir En Yusuf Bin Sulaiman, Ketua Bahagian Sumber Manusia, En Fazrin Bin Rahman, Ketua Audit Dalaman dan wakil-wakil jabatan. Taklimat telah disampai oleh Pn. Rosliza Binti Mohd, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan sesi soal jawab turut diadakan. Lawatan diakhiri dengan lawatan ke Jabatan Khidmat Pengurusan dan jamuan makan.

Buletin MPAJ BIL 1/2012

3


Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Rumah Kos Rendah Taman Ukay Indah, Sg Sering Pada 10 Februari 2012 (Jumaat) yang lalu bertempat di Dewan AU2, Jalan AU2A, Taman Sri Keramat telah diadakan Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Rumah Kos Rendah Taman Ukay Indah, Sg Sering. Majlis ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dan majlis ini telah dihadiri oleh YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor serta tetamu-tetamu kehormat. Ucapan telah dimulakan oleh Y.Bhg Datin Paduka Alinah Binti Ahmad, Pengarah Eksekutif, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) seterusnya ucapan dari YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Y.Bhg Datin telah menerangkan berkenaan Projek Perumahan Rumah Kos Rendah Taman Indah Ukay Sungai Sering. Beliau menyatakan bahawa perumahan ini telah dimajukan oleh Tetuan Triump City Devolepment Sdn Bhd, selaku pemilik tanah dan Scenic Marina Sdn Bhd sebagai pemaju projek bagi perumahan kos rendah penempatan semula setinggan. Keluasan tapak RKR yang dibina ialah 5.36 ekar iaitu sebahagian dari 76.353 ekar pemberimilikan tanah kerajaan di Sungai Sering yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang kali ke 37/2000 pada 20/12/2000 bagi tujuan penempatan semula setinggan di sekitar Mukim Hulu Kelang. Pembangunan rumah pangsa kos rendah (RKR) berjumlah 660 unit (15 tingkat) telah diluluskan oleh pihak MPAJ pada 23/7/2001. Beliau memaklumkan bahawa pemaju telah memulakan kerja-kerja pembinaan di tapak pada Jun 2003. Perumahan kos rendah ini sepatutnya siap pada April 2006. Pihak pemaju juga menghadapi masalah berkenaan isu Integrated Water Supply System (IWSS) untuk bekalan air oleh pihak SYABAS yang melibatkan 7 pemaju di kawasan tersebut. Dalam ucapannya, YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim menyatakan bahawa masalah berkenaan isu Integrated Water Supply System (IWSS) bukan satu masalah bagi menyiapkan perumahan tersebut. Penglibatan dan bantuan pihak Kerajaan Negeri, masalah ini telah berjaya di atasi. Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju menanggung dan membayar jumlah sumbangan sebanyak RM2,451,691.34 bagi memastikan komitmen pihak SYABAS dipenuhi dalam penyediaan bekalan air kepada 660 unit rumah pangsa kos rendah. MPAJ juga telah membelanjakan sebanyak RM16,108,964.00 bagi menanggung kos sewaan bulanan kepada 270 setinggan yang berada di rezab tanah kerajaan yang terlibat serta ditempatkan ke RKR Sungai Sering, kerana pemaju gagal menyiapkan RKR dalam tempoh yang ditetapkan dalam tempoh 2006 sehingga tahun 2012. Walaubagaimanapun, pihak Triump City Development Sdn Bhd telah berjaya menyiapkan rumah kos rendah Sg Sering dan mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (C.F) pada 31 Januari 2012. Majlis diakhiri dengan penyampaian Sijil Layak Menduduki (CFO) kepada 30 orang wakil pembeli Rumah Kos Rendah, Sg Sering yang disampaikan oleh YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor.

4

Buletin MPAJ BIL 1/2012


MAJLIS GO GREEN Pada 11 Februari 2012 yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Zon Hijau dan Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Bukit Segar anjuran JKP 24 dengan kerjasama MPAJ. Majlis telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid Bin Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor. Turut hadir Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Dato’ Mohammad Bin Yacob, Yang DiPertua MPAJ, Y.B Jenice Lee, ADUN Teratai, Y.B Tuan Haji Saari Bin Sungib ADUN Hulu Klang, Tuan Abdul Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ dan Pn. Sian Keng Eng, Ahli Majlis MPAJ merangkap pengerusi JKP Zon 24. Penduduk Taman Bukit Segar dan kawasan berdekatan turut hadir memeriahkan majlis. Dato’ Menteri Besar Selangor berkesempatan menanam pokok dan menandatangani plak perasmian. Tetamu kehormat yang lain turut sama menanam pokok.

PROGRAM PANGSAPURI KITA BERSIH, CERIA DAN HARMONI BERTEMAKAN ‘ANTI VANDALISME’ Pada 26 Februari, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, JKP Zon 17 dan MPAJ telah menganjurkan Program Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni Bertemakan ‘Anti Vandalisme’ di Pangsapuri Sri Inai, Pandan Indah. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Iskandar Bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan merangkap ADUN Cempaka. Turut hadir Tuan Abd Hamid Bin Hussain, Timbalan yang DiPertua MPAJ, Cik Lee Shok Jing, Ahli Majlis MPAJ merangkap pengerusi JKP Zon 17, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Inai dan penduduk sekitar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membaikpulih kemudahan dan mengecat blok-blok pangsapuri serta menyemai budaya anti vandalisme dikalangan penduduk. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung seperti pertandingan tarik tali, mewarna, pameran dan ceramah. Program diakhiri dengan gimik mengecat pangsapuri oleh Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad dan Tuan Abd Hamid Bin Hussain. Buletin MPAJ BIL 1/2012

5


Banjir Di Kawasan Ampang Jaya Pada 7 Mac 2012 telah berlaku kejadian banjir lumpur di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Antara kawasan yang terlibat adalah di kawasan Lembah Jaya dan Kampung Melayu Ampang. Sebanyak 230 rumah yang terlibat dalam banjir lumpur di kedua-dua kawasan dan melibatkan seramai 423 orang penghuni. Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan sementara ke Surau Kampung Melayu, Ampang dan juga di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang. Terdapat 2 buah rumah dihanyutkan di Lembah Jaya dan 2 buah keluarga tersebut telah dipindahkan ke “Council Homes” Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H/2012M PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 5 Februari 2012 (Ahad) bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H pada jam 8.00 pagi bertempat di Stadium Tertutup, Malawati, Shah Alam. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kontinjen-kontinjen yang turut serta dalam sambutan terdiri dari badan-badan berkanun Negeri Selangor, badan-badan berkanun dan swasta, sekolah-sekolah menengah dan pertubuhan sukarela dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) / masjid, surau dan IPTA/IPTS. Jarak perarakan lebih kurang 1.6 km iaitu dari Stadium Mini, Seksyen 13, Shah Alam sehingga Stadium Tertutup, Taman Malawati, Shah Alam. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1433H/2012M. Sambutan ini juga telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Sultan Selangor yang seterusnya menyempurnakan gimik Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Negeri Selangor 1433H/2012M. Pada sambutan kali ini, Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menghantar kontinjen perarakan seramai 46 orang peserta. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah berjaya memenangi kategori kontinjen Perarakan Terbaik dan bagi kategori Sepanduk Perarakan Terbaik telah dimenangi oleh Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor Perempuan (PADAT). Lebih kurang 5000 orang telah hadir dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M.

6

Buletin MPAJ BIL 1/2012


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PIHAK IJM Pihak IJM Corporation Berhad dengan kerjasama MPAJ telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Bersama IJM pada 3hb Disember 2011 di jambatan Jalan Melawati 6, Taman Melawati Hulu Kelang. Kakitangan IJM, MPAJ dan kontraktor pembersihan kawasan bersama-sama bergotong-royong membersihan kawasan persekitaran jambatan berkenaan.

TAKLIMAT AWAM PEMBINAAN LEBUHRAYA SUNGAI BESI – ULU KELANG ELEVATED EXPRESSWAY (SUKE) Taklimat Awam Pembinaan Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) telah berlangsung di Auditorium MPAJ, Aras 5, Menara MPAJ pada 18 Mac 2012. Taklimat telah disampaikan Ir. Zainudin Bin A. Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas dan En. Mohd Yusuf Salleh, Pengurus Besar Prolintas. Turut hadir Tuan Abd Hamid Bin Husssain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ, YB Jenice Lee, (ADUN Teratai), YB Khasim Bin Abdul Aziz, (ADUN Lembah Jaya), Wakil Pejabat DUN dan Parlimen, Ahli-ahli Majlis, wakil NGO, LUAS, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Pejabat Tanah Gombak dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor. Tujuan utama taklimat awam ini adalah untuk memberi penerangan dan mendapatkan maklum balas tentang pembinaan lebuh raya ini kepada semua lapisan masyarakat Ampang Jaya.

Buletin MPAJ BIL 1/2012

7


Karnival Sukan JKP MPAJ 2011

Pada 2hb – 17hb Julai 2011 yang lalu telah berlangsung Karnival Sukan JKP MPAJ 2011. Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan antaranya bolasepak, badminton, bola jaring, Sukaneka dan sepak raga bulatan. Selain itu, sukansukan indoor games seperti dart, karom, ping pong, dam aji dan catur turut dipertandingkan. Padang Perbandaran MPAJ, Galeri MPAJ dan Dewan Perbandaran MPAJ telah dipilih sebagai lokasi acara-acara tersebut berlangsung. Acara Perasmian Penutup Karnival Sukan JKP MPAJ telah berlangsung pada 17hb Julai 2011 bertempat di Padang Perbandaran, Pandan Indah di mana JKP Zon 13 telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan karnival sukan ini.

8

Buletin MPAJ BIL 1/2012


Majlis Sesi Dialog Bajet Selangor Tahun 2012

Bersama Rakyat Di Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Sesi Dialog Bajet Selangor Tahun 2012 Bersama Rakyat telah berlansung pada 11hb Ogos 2011 di Ampang Jaya. Hotel De Palma Ampang telah dipilih sebagai lokasi sesi dialog berkenaan. Turut hadir ialah Yang Berhormat Y.B Ir Iskandar Bin Abdul Samad, Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Y.B Tuan Khasim Bin Abdul Aziz, (ADUN Lembah Jaya), Y.B Puan Lee Ying Ha, (ADUN Teratai) dan Tuan Abd. Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ di samping penggiat masyarakat, wakil keagamaan, jawatankuasa penduduk, NGO, usahawan dan JKKK kampung. Tujuan utama sesi dialog ini diadakan adalah bagi mendapatkan input-input dan maklum balas daripada semua lapisan masyarakat bagi diguna pakai untuk merancang Bajet Negeri tahun 2012 yang akan datang.

MAJLIS PENUTUP KEMPEN KEBERSIHAN HULU KELANG 2011 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA Pada 20 Ogos 2011 telah berlangsung Majlis Penutup Kempen Kebersihan Hulu Kelang 2011 bertempat di Dewan AU5. Antara jemputan yang hadir ialah Y.B Tuan Haji Saari Bin Sungib, ADUN Hulu Klang, Ahli Majlis MPAJ, wartawan, pegawai MPAJ dan penduduk setempat.

Buletin MPAJ BIL 1/2012

9


KONVENSYEN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) KEBANGSAAN 2011 Pada 19-20 Oktober 2011 yang lalu telah berlangsung Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti (APB 5S) peringkat Kebangsaan 2011 di Sunway Resort Hotel & SPA Petaling Jaya. Pada konvensyen ini, MPAJ telah berjaya merangkul Anugerah Emas APB 5S Kebangsaan 2011.

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG Satu lawatan kerja Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke MPAJ telah diadakan pada 18 Ogos 2011. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mempelajari kaedah Amalan Persekitaran Berkualiti (APB) 5S MPAJ. Rombongan seramai 15 orang itu telah disambut oleh En Johari Bin Atli, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ, En, Mohd Fazrin Bin Rahman, Ketua Unit, Unit Audit Dalam MPAJ dan para pegawai MPAJ.

10

Buletin MPAJ BIL 1/2012


Lawatan Akademik Pelajar Ukur Bangunan UiTM Ke MPAJ

Pada 11 Oktober 2011, MPAJ telah menerima lawatan akademik pelajar-pelajar Ukur Bangunan UiTM. Bandar Baru Ampang telah dipilih sebagai bahan kajian dan lawatan tapak telah dibuat pada sebelah pagi. Rombongan telah disambut oleh En. Mohd Rizal Amry Bin Mohd Yadzi, Penolong Pegawai Penerangan manakala taklimat berkenaan pembangunan kawasan berkenaan telah di sampaikan oleh En Kamarulzaman Bin Abdul Ghani, Pegawai Perancang Bandar MPAJ dan En. Fikri Bin Mohamad @ Mokhtar, Penolong pegawai Senibina, Jabatan Bangunan Dan Senibina MPAJ di Auditorium MPAJ, Aras 5 Menara MPAJ. Para pelajar telah berpeluang bersoal jawab berkenaan isu-isu pembangunan dengan pegawai MPAJ.

AUDITAN PENSIJILAN SEMULA ISO 9001:2008 MPAJ Pada 5-7hb Disember 2011 yang lalu, MPAJ telah menerima lawatan panel

Juruaudit SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi tujuan auditan pensijilan semula ISO 9001:2008. Pihak SIRM telah menghantar tiga orang juruaudit iaitu Tengku Aidil Al’ Haj Bin Tengku Amiruddin (Ketua Juruaudit), Afizan Binti Zamri dan Azhan Mashod bagi tujuan memastikan proses kerja yang dilakukan di MPAJ mematuhi prosedur yang dinyatakan. Antara skop pensijilan ISO 9001:2008 MPAJ: i. Perkhidmatan Kawalan Bangunan ii. Perkhidmatan Kawalan Perniagaan iii. Pengurusan Cukai Taksiran iv. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Projek Infrastruktur serta Kemudahan Awam v. Pengurusan Program Sukan vi. Penyelenggaraan Peralatan Komputer

Buletin MPAJ BIL 1/2012

11


MAJLIS JAMUAN

Hari Raya Aidilfitri MPAJ 2011 Pada 15 September 2011 yang lalu, MPAJ telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri MPAJ 2011 bertempat di Dataran MPAJ. Majlis telah dihadiri oleh Y. Bhg. Dato’ Mohammad Bin Yacob, Yang DiPertua MPAJ, Tuan Abdul Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ, Ahli Majlis MPAJ, pengarah jabatan, kakitangan MPAJ dan penduduk setempat. Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Tuan Ir. Iskandar Bin Abdul Samad  ADUN Cempaka Y.B Tuan Haji Saari Bin Sungib ADUN Hulu Klang, Y.B Tuan Khasim Bin Abdul Aziz ADUN Lembah Jaya. Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan band muzik MPAJ dan dijamu dengan pelbagai hidangan lazat seperti mee sup, kambing golek, sate, cendol dan sebagainya di gerai-gerai yang sediakan oleh MPAJ.

12

Buletin MPAJ BIL 1/2012


Operasi

GERAI HARAM

Pihak Majlis telah menjalankan satu Operasi Meroboh Gerai Yang Dibina Tanpa Kelulusan di Jalan Permata 9, Taman Permata pada 02 Ogos 2011 (Selasa) jam 10.00 pagi. Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan terhadap pemilik gerai yang telah ingkar dengan Notis Seksyen 72, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang dikeluarkan kepada beliau agar membuka / merobohkan binaan yang tidak dibenarkan dan ini adalah tindakan penguatkuasaan kali kedua yang dikenakan terhadap pemilik gerai terbabit. Pihak Majlis mengambil tindakan ini berikutan telah menerima beberapa aduan yang memaklumkan bahawa perniagaan ini menyebabkan halangan dan kacauganggu di sekitar kawasan perumahan tersebut. Oleh yang demikian, pihak Majlis menyeru kepada orang ramai supaya mengikut peraturan sekiranya tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap mereka. Pihak Majlis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Operasi

RUMAH URUT

Pihak Majlis telah menjalankan satu Operasi Rumah Urut pada 9 dan 10 Ogos 2011 di sekitar DUN Cempaka. Operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Encik Rosli Bin Jaafar bersama 12 orang anggota penguatkuasa telah memeriksa 3 buah premis dan 2 daripada premis terbabit didapati menjalankan aktiviti tanpa lesen daripada pihak Majlis. Serbuan pertama telah dijalankan ke atas premis di Pandan Jaya dan Taman Cempaka. Manakala sebuah premis di Jalan Pandan Indah 4/6 telah menyalahguna lesen pusat penjagaan kesihatan dengan menjadikan premis tersebut sebagai premis urut badan yang mana aktiviti tersebut tidak termasuk di dalam lesen yang dikeluarkan. Pihak Majlis telah mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan & Penjagaan Kesihatan (MPAJ) 2007 dan semua barang-barang perniagaan tersebut telah disita. Pemilik boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 1000.00.

Buletin MPAJ BIL 1/2012

13


Operasi

SIBER KAFE

Pihak Majlis telah menjalankan satu Operasi Siber Kafe pada 11 Ogos 2011 di Pandan Indah. Operasi yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Encik Addy Hissham Bin Elias bersama 14 orang anggota penguatkuasa telah memeriksa sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti tanpa lesen daripada pihak Majlis. Operasi ini dijalankan memandangkan terdapat rungutan dan aduan daripada orang awam yang mendakwa aktiviti di pusat siber ini diragui kerana ianya terletak di dalam pusat snuker dan mempunyai bilik khas yang hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk memasukinya. Pemeriksaan lanjut mendapati premis tidak mempunyai lesen daripada pihak majlis. Semua barang-barang yang berkaitan telah disita atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber & Kafe Siber (MPAJ) 2007.

Operasi

MENEMBAK GAGAK

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menjalankan satu operasi menembak gagak yang diadakan pada 24 September 2011. Operasi ini dijalankan berikutan jumlah gagak di kawasan pentadbiran Majlis semakin bertambah malahan aduan berhubung dengan isu gagak juga semakin meningkat. Pihak Majlis telah membuka pendaftaran dan seramai 11 individu yang terpilih sebagai penembak gagak berdaftar di mana 7 orang adalah secara individu dan selebihnya dipecahkan kepada 2 kumpulan. Antara lokasi yang terlibat pada operasi kali ini adalah sekitar Hulu Kelang, Taman Melawati, Pandan Indah dan Pandan Jaya. Sebanyak 376 ekor gagak telah berjaya ditembak di seluruh kawasan terbabit. Operasi ini diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U36) En Ghazali Bin Ab Wahab bersama beberapa lagi anggota dan turut dibantu oleh pihak Polis Cawangan Ampang Jaya (IPD Ampang).

14

Buletin MPAJ BIL 1/2012


Lawatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Pada 22 Sepetember 2011 yang lalu, MPAJ telah menerima lawatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Rombongan tersebut telah diketuai oleh Ahli Majlis MBP, En. Anthony Siva Balan dan tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dalam penyediaan kemudahan OKU di MBPJ dan MPAJ. Para rombongan telah disambut En. Abdul Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ dan pegawai MPAJ. Taklimat telah disampaikan oleh En. Ahmad Alhairi B. Mohamad Yusof, Arkitek Jabatan Bangunan Dan Senibina MPAJ di Bilik Mesyuarat, Tingkat 16 Menara MPAJ. Seterusnya para rombongan dan para pegawai MPAJ bertukar-tukar idea dan pandangan masing-masing berkenaan isu penyediaan kemudahan OKU ini.

HARI BERTEMU PELANGGAN MPAJ LOKASI

TARIKH

22 JULAI 2011

DEWAN JKKK, KUALA AMPANG

21 OKTOBER 2011

DEWAN SERBAGUNA, TAMAN CEMPAKA,   AMPANG

04 NOVEMBER 2011

TANAH LAPANG, JALAN HILIR 3, ANGSANA HILIR, AMPANG

Buletin MPAJ BIL 1/2012

15


Lawatan Panel Penilai APPC

2011

Pada 4 Oktober 2011 yang lalu, MPAJ telah menerima Lawatan Panel Penilai Anugerah Pentadbiran Pejabat Cemerlang (APPC). Ahli panel seramai enam orang itu telah diketuai oleh Cik Khairul Aizawati Binti Khalid. Lawatan dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohammad Bin Yacob,

Yang DiPertua MPAJ dan taklimat MPAJ telah disampaikan oleh En. Johari Bin Atli, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ. Antara kriteriakriteria yang dinilai ialah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan ICT, Perkhidmatan Teras dan Perkhidmatan Pelanggan.

Seminar

Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2011 Pada 14 Oktober 2011, Jabatan Belia Dan Masyarakat MPAJ telah menganjurkan Seminar Jawatankuasa Penduduk MPAJ 2011 bertempat di Auditorium, Aras 5 Menara MPAJ. Seminar telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ dan turut hadir wakil JKP-JKP seluruh Ampang Jaya.

16

Buletin MPAJ BIL 1/2012


MAJLIS PENGHARGAAN PENCAPAIAN MPAJ 2011 Majlis Penghargaan Pencapaian MPAJ 2011 telah berlangsung pada 23 Disember 2011, bertempat di Galeri MPAJ

Aras 4, Menara MPAJ. Majlis telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato Mohammad Bin Yacob, Yang DiPertua MPAJ, Tuan Abdul Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ, Ahli-Ahli Majlis, pengarah dan kakitangan MPAJ. Tujuan utama majlis ini diadakan untuk meraikan usaha semua kakitangan MPAJ yang telah berjaya menerima anugerah dan pengiktirafan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Sambutan Hari Inovasi 2011 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang lalu.

LAWATAN PESERTA KURSUS INTAN MPAJ telah menerima satu Lawatan Peserta Kursus Governance Dan Pengurusan Strategik, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 21 September 2011. Para peserta telah disambut oleh En. Johari Bin Atli, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ dan beliau sendiri telah memberi taklimat di Bilik Kursus, Tingkat 9, Menara MPAJ. Para peserta turut bertukar-tukar pandangan dan idea dengan para pegawai MPAJ disamping sesi soal jawab juga diadakan.

Buletin MPAJ BIL 1/2012

17


Forum

COMBI PERINGKAT MPAJ 2011 Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah menganjurkan Forum COMBI Peringkat MPAJ sesi pertama pada 16 November 2011 bertempat di Auditorium, Aras 5 Menara MPAJ. Manakala sesi kedua pula pada 20 November 2011 bertempat di Galeri, Aras 4, Menara MPAJ dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Ir Iskandar Bin Abdul Samad, ADUN Cempaka. Turut hadir Tuan Abdul Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ, Drs Sarodin Bin Hj. Shahri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, Ahli-ahli Majlis MPAJ dan orang ramai. Penganjuran forum COMBI ini amat penting sebagai platform penerangan dan perbincangan kepada semua peringkat masyarakat Ampang Jaya betapa penting kita bekerjasama untuk mencegah wabak denggi seterusnya menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Pelan Communication For Behavioural Impact atau COMBI ini dibentuk bagi menggariskan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kejadian wabak denggi di sesuatu lokaliti atau kawasan. Pelan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk memperkasakan peranan komuniti / masyarakat dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi kerana kebanyakan kes penyakit denggi ada hubungkait dengan perilaku manusia. Pemilihan lokaliti adalah berdasarkan wabak demam denggi semasa dan golongan sasaran ialah Jawatankuasa Penduduk(JKP), persatuan penduduk, AJK masjid dan Surau serta pelajar sekolah.

MAJLIS PELANCARAN

KOMPENI ASKAR WATANIAH DI SELANGOR Pada 20 November 2011 telah berlangsung Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Di Selangor di Padang Perbandaran, Pandan Indah. Aktiviti pameran telah bermula mulai 19 November 2011 melibatkan pihak ATM, agensi-agensi Kementerian Pertahanan Malaysia dan Jabatan-Jabatan Kerajaan telah menarik kunjungan penduduk sekitar.

18

Buletin MPAJ BIL 1/2012


WALKATHON AEDES MPAJ 2011 Pada 28 November 2011, pihak Jabatan Perbandaran Dan Kesihatan MPAJ dengan kerjasama Pejabat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Walkathon Aedes MPAJ 2011 bertempat di Surau Al-Islah, Jalan Au 2A/18, Taman Seri Keramat. Tuan Abdul

Hamid Bin Hussain telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak MPAJ manakala Y.B Tuan Haji Saari Bin Sungib, ADUN Hulu Klang telah merasmikan program. En. Ghazali Bin Abd Wahab telah memberi taklimat kepada para penduduk berkaitan peraturan Program Walkathon Aedes tersebut. Hampir 400 orang penduduk telah menyertai program tersebut dan hadiah wang

SEMINAR PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA Pada 3 Disember 2011, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPAJ telah menganjurkan Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) bertempat di Auditorium, Aras 5, Menara MPAJ. Seminar telah dirasmikan oleh Tuan Abd. Hamid Bin Hussain, Timbalan Yang DiPertua MPAJ dan hampir 100 Badan Pengurusan Bersama (JMB) di Ampang Jaya hadir. Antara objektif seminar ini ialah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta seminar mengenai kepentingan aspek pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata. Para peserta turut didedahkan dengan cara dan amalan profesional pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata melibatkan aspek pentadbiran, kewangan, operasi, baik pulih dan penyelenggaraan, pengurusan keselamatan, risiko, pemahaman undang-undang dan menaiktaraf serta ubahsuai bangunan.

Buletin MPAJ BIL 1/2012

19


PERHIMPUNAN PAGI BIL

JABATAN

TARIKH

1.

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

12 OKTOBER 2011

2.

JABATAN PERBENDAHARAAN

23 NOVEMBER 2011

IKLANEKA . .

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

21cm

Muka penuh kulit belakang

Muka penuh halaman biasa

RM2,500.00

30cm

21cm

RM2,000.00

A

FAKS : 603 - 4280 4995 amry@mpaj.gov.my

30cm

TEL : 603- 4297 3753

B

Alamat

: _______________________________________________________________

No. Tel / No. Fax

: _______________________________________________________________

No. Cek

: ___________________________________

Pilihan Saiz

: (B)

RM :

(C)

Tarikh : ________________________________ * Cek hendaklah di atas nama Majlis Perbandaran Ampang Jaya

C

20

: _______________________________________________________________

21cm

RM1,800.00

Nama Syarikat / Organisasi

(A)

14cm

1/2 muka halaman biasa

Di Sekitaran

Buletin MPAJ BIL 1/2012

Buletin MPAJ 2012  

Buletin MPAJ

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you