Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

Lapangan39

KESATUAN dalam

Kepelbagaian Pertemuan Ahmad Omar Al Omari ASEAN CSO Conference Myanmar Seminar Dousa Hou Kebangsaan Mural Sukarelawan UM Futsal Piala Kindness 2014 UnICEF Education Workshop MRA Perak di Pondok At Taif Latihan First Aid MRA Kedah

LAPANGAN 39


KESATUAN dalam

Selain itu kami juga mengadakan bengkel untuk memperkenalkan satu teknik dari Jepun yang dikenali sebagai Teknik Dousa Hou. Teknik ini dapat membantu mereka yang mengalami Cerebral Palsy (CP) untuk bergerak dan merenggangkan otot mereka. Kami mendapat sambutan yang amat baik untuk bengkel Dousa Hou ini.

Malaysian Relief Agency (MRA) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang mempunyai pelbagai komponen bantuan didalamnya. Kami tidak tertumpu hanya pada satu `cluster` atau bidang tertentu sahaja. Namun, perlu ditekankan bahawa kami juga bukan kedai serbaneka 24 jam yang mempunyai segala jenis barang didalamnya.

Kami turut mengadakan siri-siri perbincangan mengenai konsep keterangkuman bagi OKU, sesuatu yang kurang difahami oleh orang normal yang bukan OKU.

kepelbagaian

MRA turut mempunyai sebuah Sub Komiti yang menumpukan kepada program-program pembangunan Orang Asli. Sub Komiti Orang Asli ini Bantuan yang kami hulurkan tidak tertumpu pada aspek dipengerusikan oleh SUA MRA sendiri, Dr. Mohd perubatan dan kesihatan semata-mata. Kami mahu Daud Sulaiman. Kami mempunyai dua buah Pusat dikenali sebagai sebuah organisasi bantuan Pembangunan Komuniti Orang Asli di Pos Bersih dan Pos Slim. Kedua-duanya di negeri Perak. kemanusiaan yang lengkap dan menyeluruh. Masih banyak lagi komponen bantuan kemanusiaan yang kami masih kekurangan dan perlu ditambah bagi memantapkan lagi operasi dan gerakan MRA.

`Di MRA, kami menghargai dan menghormati perbezaan dan kelainan`

MRA, sejak dari hari penubuhannya sehingga ke hari ini, telah menghulurkan bantuan dalam bentuk pendidikan, `advocacy`, bantuan kecemasan, pembangunan komuniti, bekalan air dan sanitasi, makanan, pembinaan rumah, Aktiviti MRA di perkampungan Orang Asli adalah latihan dan pembangunan, dialog silang agama dan pelbagai, termasuk program pendidikan, kesihatan, sukan dan lain-lain lagi. Kami menumpukan kepada banyak lagi. pembangunan anak-anak Orang Asli yang berada MRA bukanlah sebuah organisasi yang berasaskan disini. perubatan semata-mata, yang mana hanya mereka yang berlatarbelakangkan perubatan sahaja yang Selain itu, MRA turut menguruskan sebuah Sekolah boleh terlibat. MRA merupakan gabungan pelbagai Komuniti Rohingya yang terletak di Cheras Baru. kepakaran, gabungan pelbagai kemahiran dan minat, Sekolah ini berfungsi sebagai sekolah harian untuk lebih dari 85 orang anak-anak pelarian Rohingya gabungan diantara yang profesional dan amatur. yang tinggal di kawasan yang berhampiran. Namun, tidak dinafikan, aktiviti berasaskan kesihatan dan perubatan yang digerakkan melalui Biro Perubatan Tidak perlu sampai ke Arakan untuk membantu MRA merupakan antara yang paling menonjol dalam pelarian Rohingya, di Malaysia sahaja kita sudah kebanyakkan aktiviti MRA, ini merupakan tulang boleh membantu dan menolong mereka. belakang kepada bantuan-bantuan yang dihulurkan Kepelbagaian aktiviti dan tindakan inilah yang oleh MRA. menjadikan kami bersatu walaupun penuh dengan MRA mempunyai tim yang khusus menangani isu-isu bermacam kelainan. berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU). Sebagai contoh, kami menganjurkan kelas-kelas bagi mem- Di MRA, kami menghargai dan menghormati pelajari Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi mem- perbezaan dan kelainan. bolehkan lebih banyak interaksi diantara masyarakat dengan mereka yang mengalami masalah penMOHD SHAHRULAZILAN SAID dengaran dan pertuturan. Pengarah Eksekutif


Isi Kandungan # 39 #3 Garismasa #4 Ringkasan Eksekutif #5-6 Maklumat Organisasi #7 Pertemuan Ahmad Omar Al Omari #8 Induksi SAHABAT ke 9 #9-10 ASEAN CSO Conference Myanmar #11 Mini Malaysia-Japan Festival #11 My Life My Story #12-13 Seminar Dousa Hou #14 Keseronokan Pembelajaran #15 Mural Sukarelawan UM #16 Tamrin Anak Rohingya #17-18 Futsal Piala Kindness #19 Magic Porridge #20 UNICEF Workshop

#21 Rayuan Bantuan Ke Pulau Cebu #22 Bedah Siasat Tim Lojistik

#23 Rai kehadiran Presiden IAVE

#23 Kepedulian Umat di KIDU #24 Latihan First Aid #25 MRA di Pondok At Taif #26 MRA bantu ALEPS


Garismasa

INISIATIF MYCORPS

MASJID CEBU MADINAH, Hagnaya, Pulau Cebu

MRA diwakili oleh Penolong SUA, Tn. Haji Shirajuddin Sirat menerima Watikah Perlantikan sebagai Rakan Pelaksana bagi inisiatif MyCorps yang merupakan salah satu program NKRA Kementerian Belia dan Sukan dari Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek. MyCorps bertujuan untuk mewujudkan sukarelawan elit negara di kalangan belia Malaysia yang bakal memberikan khidmat dan jasa di dalam dan di luar negara pada saat-saat kecemasan dan kesukaran.

Jangan lupa kami

MRA masih meneruskan operasi di Pulau Cebu yang telah dilanda oleh Taufan Haiyan yang lalu.

Kami turut mengatur program agihan makanan untuk mereka yang miskin dan memerlukan dikawasan yang berhampiran dengan kerjasama jawatankuasa Masjid. Kami amat mengalu-alukan sebarang kerjasama dan bantuan dari mana-mana organisasi dari Malaysia yang berminat untuk hadir membantu bersama.

LAPANGAN 39 Helaian 3

Kami masih meneruskan aktiviti di Masjid Cebu Madinah berhampiran Pelabuhan Hagnaya di utara Pulau Cebu. Aktiviti kami merangkumi pembaikan semula Masjid termasuk bumbung, tingkap, lantai dan penambahan binaan. Juga, pembinaan Rumah Salamat bagi penduduk yang memerlukan disekitar kawasan tersebut.


RINGKASAN EKSEKUTIF

Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).

LAPANGAN 39 Helaian 4

MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA Lot 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel no: +603 - 2697 2007 Faks no: +603 - 2692 2002 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN 39 Helaian 5

ALAMAT PERHUBUNGAN


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

JAB. HAL EHWAL KORPORAT

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharom JABATAN OPERASI PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

GURU KANAN/USTAZ En. Shuaib GURU-GURU Cikgu Lydia Amira Johari Cikgu Syahirah Saad Cikgu Ferozah

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid MEDIK (PERUBATAN) Dr. Shahrizal Azwan

PUSAT KOMUNITI ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

PENGURUSAN DANA MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 2697 2007 Faksimili: 03 2697 2002 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 39 Helaian 6

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman

PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar


Tim MRA yang diketuai oleh Dato Dr. Abd. Razak Kechik, Presiden MRA bertemu dengan Tim PACC yang dipimpin oleh As Sheikh Ahmad Omar Al Omari di Bilik Mesyuarat Hospital Pakar Al Islam

Sheikh Ahmad Omar Al Omari temu MRA

Kehadiran beliau ialah bagi memaklumkan keadaan terkini pelarian Syria di Lebanon dan apa yang sedang dilakukan oleh PACC. Beliau amat mengalu-alukan kerjasama dari MRA bagi membantu para pelarian tersebut. MRA telah diwakili oleh Dato` Presiden sendiri serta disertai oleh beberapa orang EXCO yang lain. Sebagai rekod, MRA sebelum ini telah membantu para pelarian Syria yang berada di pinggir bandar Amman, Jordan. Malah MRA juga turut menghantar peralatan perubatan ke hospital di lapangan Syria.

LAPANGAN 39 Helaian 7

MRA sekali lagi dikunjungi oleh wakil dari Konsortium NGO Lebanon bagi Syria. Barubaru ini, mereka hadir bersama Sheikh Ahmad Omar Al Omari yang merupakan salah seorang ulamak tersohor di Lebanon yang menjadi ahli jawatankuasa kepada Perhimpunan Ulamak Sedunia yang berpusat di Riyadh.


kali ke 9 selamat dilaksanakan

(dari belakang) AMAR, IZZUL, FAIQ dan IMADUDDIN (dari depan) Kak NIK HAZMAIZA, FATIN, SIR REZAIDI, AZIRAH dan SARINORERMA. (FARAH: tiada dalam gambar)

Kursus Induksi Sahabat MRA kali ke 9 telah selamat dilaksana- Induksi ini juga akan menerangkan serba kan. Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA, Sdr. Mohd ringkas mengenai perbezaan diantara MRA dengan organisasi bantuan yang lain yang Rezaidi Ishak telah hadir untuk mengendalikan Kursus kali ini. turut melakukan kerja-kerja bantuan seumInduksi Sahabat MRA bertujuan untuk memperjelaskan kepada pama kami. SAHABAT baru MRA mengenai aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh MRA dan dimana mereka boleh turut terli- Kursus ini juga menerangkan bagaimana gerakerja MRA ini berlangsung dan bagaibat memberikan sokongan dan bantuan. mana MRA membangunkan komuniti yang Induksi ini juga bertujuan untuk menerangkan kepada SAHABAT dibantunya secara berterusan dan bukan baru MRA mengenai apakah yang dimaksudkan sebagai kerja- bermusim dan mengikut arus media. kerja bantuan kemanusiaan, dan dimanakah ianya berbeza Jom sertai Kursus Induksi MRA yang seterusdengan kefahaman biasa mengenai kerja-kerja sukarelawan. nya. Jangan lepaskan peluang hebat ini.

LAPANGAN 39 Helaian 8

Induksi SAHABAT MRA


MRA Myanmar memainkan peranan penting dalam memastikan ASEAN CSO Conference berjalan lancar

MRA turut serta dalam

Tim MRA sedang menikmati jamuan makan tengahari di Tapak Konferen

Malaysian Relief Agency (MRA) telah turut serta dalam ASEAN Civil Society Conference di Rangoon, Myanmar bermula 12 hingga 14hb April 2014 yang lalu. MRA telah terlibat dalam memberikan latihan kepada tim lojistik konferen ini.

MRA telah diwakili oleh Dato Presiden sendiri dan disertai oleh Pengarah Medik MRA, Dr. Shahrizal Azwan dan Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar. Mereka disambut oleh Koordinator MRA Myanmar, Sdr. Shahid @ Shine

LAPANGAN 39 Helaian 9

ASEAN Civil Society Conference Rangoon, Myanmar 2014


PERBINCANGAN CSO MALAYSIA Ranggon, Myanmar

Civil Society Organization atau dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai Organisasi Akar Umbi merupakan kumpulan organisasi yang membentuk kuasa ketiga dalam sesebuah negara. Kuasa ketiga atau Third Force ini mempunyai pengaruh dan ruang lingkungan yang tersendiri.

CSO-CSO Malaysia sedang bermesyuarat, ada wakil MRA, ABIM, UKM dan GMM

Di negara-negara maju dan membangun, CSO memainkan peranan penting dalam menentukan agenda dan halatuju negara, menentukan dasar dan polisi negara, membentuk sikap dan tingkahlaku rakyat terhadap sesuatu perkara. CSO bukan mesti membangkang sahaja.

Dato Dr. Abdul Razak dan Dr. Shahrizal Azwan bersama wakil delegasi ASEAN

Nasib malang yang menimpa umat Islam Rohingya yang jelas merupakan se bahagian dari kepelbagaian kaum yang mendiami bumi Myanmar terus dinafikan kewujudannya. Malah, perkataan Rohingya itu sendiri telah dipastikan tidak disebut oleh mana-mana CSO Myanmar sepanjang Konferen ini berlangsung.

LAPANGAN 39 Helaian 10

Namun, CSO di Myanmar masih lagi dalam keadaan terkongkong dan belum bebas dari cengkaman regim tentera yang memerintah mereka. Mereka masih belum dapat bersuara dan berfungsi sebagai sebuah CSO.


Tuan Syed Putra mengiringi Timbalan Menteri melawat booth pameran

SAHABAT MRA di booth Festival

Mini Malaysia-Japan Festival MRA telah mengadakan pameran mengenai kegiatan dan aktiviti bantuan yang kami lakukan didalam dan diluar negara, termasuk ketika bencana Tsunami di Fukushima, Jepun yang lalu.

My life, my story, my experiences, my career Guru Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Cikgu Lydia Amira Johari, telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau bertugas di Sekolah Komuniti Rohingya sempena Leadership Week, UNITAR International University. Beliau telah menerangkan kepada hadirin mengapa beliau memilih untuk menjadi guru di sebuah sekolah pelarian daripada memilih untuk meneruskan kerjaya di tempat lain yang lebih terjamin dan mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan. MRA amat berbangga mempunyai guru-guru seperti Cikgu Lydia yang sanggup berkorban demi masa depan anak-anak Rohingya yang menjadi pelarian di negara kita, Malaysia.

LAPANGAN 39 Helaian 11

Malaysian Relief Agency (MRA) telah turut mengambil bahagian dengan membuka sebuah gerai maklumat di Festival Mini Malaysia-Jepun di Kompleks 3C, MPSJ, Taman Bandar Sunway.


Cik Fauziah Tahar sedang berkongsi mengenai pengalaman MRA menganjurkan Siri Dousa Hou di Malaysia

“Perkembangan, Harapan dan Masa Depan Dousa Hou di Malaysia”

Seminar Dousa Hou Kebangsaan Kali ke 2 telah diadakan di PLPP (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan) Bangi dan telah di rasmikan oleh YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. MRA berkongsi dalam Forum: “Perkembangan, Harapan dan Masa Depan Dousa Hou di Malaysia”.

MRA telah terlibat dalam menggerakkan program Dousa Hou dikalangan ibubapa dan keluarga yang mempunyai anak yang mengalami masalah pergerakan dan saraf. Kami telah menganjurkan kelas dan bengkel secara konsisten bagi membolehkan orang ramai mempelajari teknik ini dan mengaplikasikannya secara betul dan berterusan pada ahli keluarga mereka sendiri.

LAPANGAN 39 Helaian 12




DOUSA HOU

DIMASYARAKATKAN

Satu sesi perkongsian Dousa Hou oleh pakar-pakar dari Jepun iaitu Mr Ara Masafumi (Presiden FAMAT), Prof. Akira Miyazaki (Yamagata University) dan Mr Goto (Supervisor Dousa Hou) telah berkongsi dan bertukar pendapat mengenai pengendalian kanak-kanak mengguna kaedah Dousa Hou; memberi khidmat kepada OKU dewasa dan juga yang autistik. Siswi-siswi psikologi UKM juga hadir untuk mendapat pendedahan mengenai cara pengendalian kanak-kanak autisma.

Ibubapa yang hadir amat berbesar hati dengan perkongsian pada hari tersebut yang sarat dengan pelbagai maklumat tambahan. Terima kasih kepada Mr Ara, Prof Akira, Mr Goto, En Gan semua ibubapa/penjaga, kanakkanak , JK Pembangunan OKU, sahabat-sahabat serta Jaja dari Jazz House yang memberi layanan yang amat baik kepada kami.

Teknik ini bukan hanya untuk kanakkanak malah boleh juga diaplikasikan kepada yang dewasa juga

LAPANGAN 39 Helaian 13

Ibu-ibu yang prihatin dan menitikberatkan perkembangan anak-anak mereka


TERIMA KASIH kepada tim penuntut UM yang prihatin dan komited untuk membantu anak-anak pelarian Rohingya

Keseronokan Pembelajaran Sekumpulan penuntut dari Universiti Malaya telah hadir memberikan bimbingan kesihatan dan nasihat kebersihan kepada anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA dalam satu sesi mengenali diri masing-masing. Interaktif FUN learning

Mereka telah mengajar anak-anak Rohingya ini menggunakan presentation yang begitu kreatif dan menarik. Menggunakan kartun dan animasi yang menyeronokkan, mereka dapat menarik perhatian anak-anak ini untuk terus memberikan perhatian sepanjang aktiviti ini berjalan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh para penuntut UM yang terlibat dalam program ini. Aktiviti pembelajaran sebegini yang dijalankan secara berterusan pastinya membantu anak-anak Rohingya ini untuk memperbaiki diri dan kehidupan mereka.

LAPANGAN 39 Helaian 14

Kreatif


Gigih mengikis cat lama

Mereka komited dan serius untuk membantu menceriakan Sekolah Komuniti Rohingya kami

Terus mengikis cat lama didinding

Berehat sebentar mengambil nafas.

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA terus menerima Sukarelawan yang ingin datang membantu. Kali ini kami menerima sekumpulan Siswa dan Siswi yang prihatin dari Fakulti Sains Kimia Tulen, Universiti Malaya pula. Mereka telah berada di Sekolah Komuniti Rohingya MRA bagi melukis mural di dinding kelas pada 20 dan 30 hb Mac 2014 yang lalu.

Program keceriaan seperti ini pastinya dapat memberikan kegembiraan dan menimbulkan keseronokan kepada anak-anak Rohingya untuk hadir belajar di sekolah kelak. Tahniah dan syabas diucapkan pada Sukarelawan dari UM yang terlibat. Sumbangan dan bantuan yang anda berikan kepada anak-anak Rohingya ini amat kami hargai dan sanjungi.

LAPANGAN 39 Helaian 15

MURAL DARI SUKARELAWAN UM


Inilah barisan anak muda Rohingya yang bakal memperjuangkan nasib bangsa mereka dimasa mendatang.

Tamrin anak Rohingya Membina pemimpin generasi pelapis berjiwa merdeka

Sesi Tamrin ini telah dikendalikan oleh para sukarelawan dari Global Community Club (GCC) yang begitu aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan bantuan sebelum ini. Mereka telah mengatur pelbagai pengisian dan program bagi mendedahkan anak-anak Rohingya ini dengan aspek kepimpinan dan pembinaan syahsiah diri peribadi Muslim yang sejati. Tahniah diatas kejayaan Tamrin ini.

LAPANGAN 39 Helaian 16

Sesi padang bersama abang-abang dan kakak-kakak GCC di Padang UIA PJ

Satu sesi Tamrin untuk Anak-anak Rohingya telah diadakan di Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya.


Latihan demi latihan menjadikan kami bermain semakin baik dari hari ke hari

Sdr. Azwan Ramli bertindak sebagai Pengurus Pasukan

Di kesempatan ini, MRA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komiti Gooddeeds dan para penyumbang seperti Say Fitness Studio, Apple Laundry, UFC, Sri Suria, The One Asia Advisory, Zul Cafe and En. Muhammad Kamarulazizi sempena Piala Futsal Kindness yang telah berlangsung pada 5/4/2014

Berlatih terus berlatih

LAPANGAN 39 Helaian 17

MRA telah turut terlibat didalam Kejohanan Futsal Piala Kindness 2014 yang melibatkan pelbagai pihak yang terdiri dari Rumahrumah Anak Yatim dan Sekolah Pelarian yang terdapat di sekitar Lembah Kelang. Syabas kepada semua staf dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus berusaha untuk memastikan pasukan-pasukan futMRA telah menghantar dua pasukan, iaitu sal siap sedia dengan persiapan fizikal, mental dan semangat pasukan lelaki dan pasukan perempuan. kesukanan. Pasukan lelaki telah berjaya melepasi saingan sehingga ke peringkat suku akhir sebe- Tahniah kepada kedua-dua pasukan futsal Sekolah Komuniti lum tersingkir kepada lawan yang lebih he- Rohingya yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang bat dalam pertandingan ini. Pertandingan amat baik. Tewas bukanlah bermaksud dunia sudah berakhir. ini memang sengit namun semua pihak telah Kita akan berentap lagi di tahun akan datang. mempamirkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi dan saling hormat menghormati.


Logo penaja kami dihadapan MRA FC—Team Futsal Lelaki MRA

Logo penaja adalah dibahagian hadapan bagi tim Futsal Perempuan

Tim Futsal Perempuan: Logo MRA disebelah belakang

LAPANGAN 39 Helaian 18

Tim Futsal Lelaki & Perempuan bergambar bersama penaja dan jurulatih


Kami hantar satu bas anak-anak Rohingya untuk program muzikal ini

Satu persembahan Muzikal `The Magic Porridge Pot` telah diadakan di `The PJ Live Art Performance` pada malam 8 April 2014. Kami hadir bagi memenuhi jemputan yang dibuat oleh Unit Pendidikan UNHCR. Seramai 44 orang anak murid pra sekolah dan darjah Satu Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah hadir ke persembahan ini. Mereka turut diiringi oleh 3 orang guru. Terima kasih atas jemputan ini.

INILAH SUKARELAWAN

SUPERB!

Dunia masih mempunyai ramai orang yang berhati mulia, terbaru, rentetan dari hebahan melalui ruangan `Do Good Volunteers` akhbar The Star, kami menerima kehadiran seorang lagi sukarelawan yang menawarkan khidmatnya. Puan Ira Cheong merupakan seorang surirumah, menetap di Taman Len Seng, Cheras merupakan salah seorang sukarelawan yang membantu mengajar anak-anak murid di Sekolah Komuniti Rohingya kami. Terima kasih Cikgu Ira, anda hebat!

Meluangkan masa mengajar anakanak Rohingya yang serba kekuran-

LAPANGAN 39 Helaian 19

Tekun dan bersungguh


Semua peserta yang hadir bergambar ramai

LANGUAGE, EDUCATION & SOCIAL COHESION WORKSHOP

Cikgu Lydia Amira bersama Prof. Joseph Lo Bisnco

Terbaru, kami telah menghantar dua orang wakil dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Sdr. Johari Kan dan Cik Lydia Amira untuk turut serta dalam Language, Education and Social Cohesion Workshop yang dianjurkan UNICEF bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Pelbagai agensi termasuk pihak Kementerian Pendidikan telah menghantar wakil untuk terlibat didalam bengkel ini yang dikendalikan oleh Prof. Joseph Lo Bisnco. Bengkel ini membincangkan mengenai kaedah dan pendekatan yang perlu dilakukan bagi memupuk semangat perpaduan melalui proses pendidikan di usia awal kanak-kanak.

Sdr. Johari Kan disisi banner UNICEF

LAPANGAN 39 Helaian 20

Malaysian Relief Agency (MRA) berkerjasama rapat dengan pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), terutama dalam hal-hal yang bersangkutan dengan kebajikan dan pendidikan anak-anak para pelarian.


Masjid Cebu Madinah terletak di hujung utara Pulau Cebu, Filipina. Masjid ini merupakan satu-satunya yang terdapat di kawasan utara Pulau Cebu. Terdapat kira-kira 550 keluarga Muslim menetap disekitar Masjid ini. Kebanyakkan mereka mendakwa mereka bukan saudara baru (convert) tetapi yang kembali (revert). Inilah semangat yang mereka miliki. MRA telah membantu komuniti Masjid ini selepas ianya dilanda oleh Taufan Haiyan yang merosakkan sebahagian dari Masjid ini dan kawasan di sekitarnya.

RAYUAN BANTUAN DI PULAU CEBU

Kami turut komited dalam membangunkan Rumah Salamat bagi para penduduk yang daif dan rumahnya telah ranap dalam Taufan tempohari. Kawasan tumpuan kami bagi projek ini ialah di Pulau Bentayan, Cebu. Kami amat mengalu-alukan sumbangan orangramai dan kami terus membuka tawaran pembinaan Rumah Salamat kepada mereka yang sudi untuk menyumbang. Bantuan anda dapat menyelamatkan satu keluarga daripada tinggal berlantaikan bumi dan berbumbungkan atap. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hari ini, kami masih lagi tampil membantu komuniti dan Masjid ini dengan pelbagai bantuan. Kami mengalualukan sumbangan dan bantuan dari orangramai untuk membantu meringankan bebanan penduduk disini.

Sdr. Rambo dan keluarga bergambar bersama Dato Dr. Abdul Razak Kechik dihadapan Rumah Salamat yang dibina

LAPANGAN 39 Helaian 21

Moga ada yang sudi membantu

MRA telah tampil menghulurkan bantuan kecemasan yang berupa makanan kering dan perubatan kepada para penduduk di sekitar kawasan Masjid ini sejurus selepas ianya dilanda taufan.


Sdr. Shine sedang mempengerusikan mesyuarat post mortem Tim Lojistik

Banyak lagi yang perlu diperbaiki

Apapun tahniah diatas kejayaan penganjuran

Untuk makluman, konferen kali ini mengumpulkan jumlah peserta yang paling ramai iaitu melebihi jumlah 3000 orang peserta. MRA telah terlibat secara langsung dalam memberikan latihan dan pendedahan kepada Tim Lojistik untuk konferen kali Tujuan sesi Bedah Siasat ini ialah untuk mengenal ini. MRA merasa amat bertuah kerana berpeluang pasti kelemahan yang ada pada tim Lojistik sepanjang terlibat dalam memberikan sokongan dan bantuan konferen tersebut berlangsung sepanjang konferen ini berlangsung. Satu sesi Bedah Siasat telah dijalankan oleh Sub Komiti Lojistik, ASEAN Civil Society Conference yang baru sahaja tamat. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Shine, Koordinator MRA Myanmar.

LAPANGAN 39 Helaian 22

BEDAH SIASAT Tim Lojistik


MRA rai kehadiran

Sdr. Iqbal mewakili MRA dalam pertemuan ini

Satu sesi perjumpaan telah diadakan diantara wakil-wakil organisasi bantuan kemanusiaan dan NGO di Malaysia dengan Dr. Kang-Hyun Lee yang merupakan Presiden `International Association for Volunteer Effort` (IAVE). Pertemuan ini telah diatur oleh Yayasan Salam Malaysia selaku wakil IAVE di Malaysia.

Presiden IAVE Pertemuan yang bertempat di Genji Restaurant, PJ Hilton ini secara tidak langsung menambahkan lagi semarak bagi kerja-kerja kesukarelaan di Malaysia. MRA sebagai sebuah organisasi yang melibatkan ramai Sukarelawan dalam aktivitinya mengalu-alukan kerjasama di masa hadapan dengan IAVE.

Terima kasih kerana sudi menjemput kami

Penolong SUA MRA DI KIDU Tuan Haji Shirajuddin Sirat, Penolong Setiausaha Agung MRA telah menyampaikan ceramah bertajuk Kepedulian Ummat kepada para penuntut di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena pada 10hb April 2014 yang lalu.

MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan Majlis Perwakilan Mahasiswa KIDU kerana sudi menjemput kami untuk berkongsi pengalaman kami bersama adik-adik di KIDU ini.

LAPANGAN 39 Helaian 23

Kepedulian Ummat


MRA Kedah mengorak langkah lagi dengan penganju- Kita tidak tahu bila dan dimana sesuatu kecemaran Latihan First Aid (Basic Life Support) kepada mereka san boleh berlaku, samada kepada orang lain atau yang berminat di sekitar kawasan Sg. Petani dan yang kepada diri dan keluarga kita sendiri. berhampiran dengannya. Justeru itu, sekiranya kita telah menyiapkan diri Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta mempunyai ilmu mengenai asas pertolongan kepada orangramai mengenai tindakan yang perlu di- cemas, maka kita akan lebih bersedia dan dapat lakukan apabila berlakunya sesuatu kecemasan. melakukan sesuatu apabila berhadapan dengan sebarang situasi yang tidak dikehendaki kelak. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan orang ramai lebih peka dan prihatin dengan aspek keselamatan dan Tahniah kepada MRA Kedah dan semoga sepenjauhan bahaya. muanya berjalan lancar kelak.

LAPANGAN 39 Helaian 24

Para peserta Latihan `First Aid` sedang menjalani latihan menggunakan manequeen.


Pimpinan dan SAHABAT MRA Perak bergambar ramai setelah tamat program

Klinik Lapangan MRA Perak

MRA Perak meneruskan misi khidmat baktinya bersama masyarakat dengan mengadakan Klinik Lapangan bertempat di Pondok At Taif, Batu 28 3/4 Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.

Tim perubatan MRA Perak ini diketuai oleh Dr. Karim Russ, Pengerusi MRA Perak. Turut serta ialah SAHABAT MRA Perak yang terdiri dari para penuntut kolej yang berminat.

Ketika hadir di Klinik Lapangan ini, para penduduk akan diberikan nasihat kesihatan disamping datadata terkini mengenai kesihatan mereka diambil, termasuk kandungan gula dalam darah, tekanan darah, berat ideal untuk badan, keupayaan penglihatan serta sakit demam yang biasa.

Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk setempat. Lebih dari 40 orang penduduk telah hadir mendapatkan rawatan percuma ini. MRA Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada peng urusan Pondok At Taif diatas kerjasama ini.

LAPANGAN 39 Helaian 25

di Pondok At Taif, Batu 28 3/4, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar


Sdr. Syed Putra sedang menyampaikan ucapan aluan beliau

MRA bantu ALEPS untuk penyerahan KERUSI RODA

Sebahagian dari kerusi roda yang siap untuk diagihkan

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yg Bhg. Dato` Chong Phaik Kee, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Rakan pe laksana mereka ialah ALEPS.

En. Katano bergambar bersama para penerima Kerusi Roda di Perak

Ketika berlakunya Bencana Tsunami pada Mei 2011 yang lalu, MRA telah mendapat jemputan dari En. Katano Tomoyuki dan organisasinya untuk kerja-kerja bantuan di wilayah yang dilanda musibah gempa dan tsunami tersebut. MRA telah berkerjasama dengan ALEPS ketika misi bencana tersebut.

LAPANGAN 39 Helaian 26

Pengerusi Sub Komiti OKU MRA serta Wakil dari MRA Perak telah turut sama menghadiri Majlis Penyampaian Kerusi Roda oleh Director of The Volunteers Group to send Wheelchairs to Overseas Children Mr. Katano Tomoyuki dari Tokyo, Japan kepada mereka yang memerlukan.


Anak-anak Rohingya yang merupakan pemain Futsal MRA bersolat jemaah terlebih dahulu sebelum turun berlatih di gelanggang.

Ikan sepat atas tempayan Ikan tenggiri letak di dulang Dirikan solat asas kejayaan Pastikan diri kelak cemerlang

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.

LaPANGAN 39  

E Majallah MRA edisi ke 39, diterbitkan oleh Sekretariat MRA khas untuk tatapan SAHABAT, wargakerja, rakan pelaksana dan penerima manfaat MR...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you