Issuu on Google+

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

ITQAN dalam kerja-kerja KEMANUSIAAN

LAPANGAN 37

Presiden MRA lawat Bentayan Misi Pembaikan Elektrik Banjir Kuantan MRA Perak santuni penduduk Pos Slim MRA Myanmar terima pelawat Sekolah Rohingya MRA dapat Guru Sukarela Kempen Baikpulih Masjid Cebu Madinah


ITQAN dalam kerja-kerja bantuan Mm RaAs i h wa bl aou lpeu hn

KEMANUSIAAN

dianggap sebagai pemain baru dalam dunia bantuan kemanusiaan di Malaysia, namun ianya tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk MRA tidak melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi.

Retreat MRA 2014 menemukan penggerakpenggerak MRA dari seluruh negara, termasuk Presiden, Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Ahli-ahli Sub Komiti, Ahli Jawatankuasa MRA Negeri dan staf Sekretariat MRA. MRA perlu bersaing dengan organisasi yang jauh lebih lama dalam bidang ini, Retreat kali ini turut disertai pertama kalinya oleh yang mempunyai nama, yang mempunyai Ahli Jawatankuasa dan Perwakilan dari MRA simpanan dana berjuta-juta, yang memPahang. Retreat kali ini mengetengahkan tajuk punyai tenaga sukarelawan yang beribuITQAN DALAM KERJA-KERJA BANTUAN ribu, yang menjadi wakil Malaysia KEMANUSIAAN sebagai tema. dalam himpunan NGO-NGO diluar negara dan Apakah makna Itqan yang kami maksudsebagainya. kan? Dalam bahasa mudahnya, Itqan ini bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, mencapai objektif yang disasarkan, melakukan sesuatu dengan amalan terbaik dalam industri (best practice), melakukan sesuatu dengan cekap, cermat dan teliti, kos efektif, bermanfaat dan memberikan pulangan yang berbaloi. Dalam kata pendeknya, Itqan ini adalah gabungan diantara komited & profesional.

MRA berhasrat menjadi sebuah organisasi bantuan kemanusiaan dari Malaysia yang mengekalkan ciri-ciri unik bangsa Malaysia yang harmoni, ceria dan majmuk dalam setiap aktiviti dan tindakannya.

MRA turut me nyatakan ketika retreat i ni keperluan untuk meng a d a k a n perancangan hadapan bagi menjadikan MRA lebih bersedia untuk bersaing dan mampu menawarkan diri untuk ke peringkat MRA berhasrat menjadi sebuah organisasi bantuan kemanusiaan dari Malaysia yang mengekalkan antarabangsa dengan lebih berkesan ciri-ciri unik bangsa Malaysia yang harmoni, ceria dan mempunyai impak dalam tindakan. dan majmuk dalam setiap aktiviti dan tindakannya. Moga-moga MRA dapat merealisasikan Dalam dunia hari ini, organisasi bantuan ke serta menterjemah budaya Itqan ini manusiaan juga tidak terlepas dari persaingan dengan sebaik-baiknya. Insya Allah. sengit sesama mereka, sementelah lebih banyak bencana dan konflik berlaku kebelakangan ini, justeru, MRA perlu menjadi sebuah organisasi bantuan yang berdaya saing, competent dan mendahului zaman bagi memastikan kelangsungan MRA dalam dunia serba pertandingan ini.

SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN

MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif


Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA dan Hj. Hani Yang Kassim, Tim. Pengerusi MRA Perak bersama Sdr. Abdul Aziz sedang memeriksa kualiti air di salah sebuah telaga yang dikorek oleh MRA di Garowe, Puntland, Somalia.

MRA terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Somalia yang dilanda kemarau teruk pada akhir tahun 2012 yang lalu.

Garismasa PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

SOKONG & SUMBANG kepada MRA

PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365

86 0005947 8

MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608

MAKLUMAT lanjut untuk SOKONG & SUMBANG kepada MRA boleh hubungi Jabatan Kewangan MRA di talian 03 2697 2007

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

LAPANGAN 37 Helaian 2

MALAYSIAN RELIEF AGENCY


Retreat MRA Ka

Barisan Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Jawatankuasa Pusat, Ahli Jawatankua

ITQAN DALAM KERJA-KERJA KEMANUSIAAN

LAPANGAN 37 Helaian 3

MRA menyasarkan bagi menghadapi tahun-tahun mendatang untuk tampil sebagai sebuah organisasi yang berkesan dan cekap dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan, terutamanya di rantau sebelah sini, rantau ASEAN. 5 tahun telah berlalu sejak hari penubuhan MRA dan pada hari ini MRA telah dan sedang ber operasi di beberapa buah negara yang dilanda bencana dan konflik diserata dunia, malah di beberapa buah negara yang dibantu, MRA masih lagi beroperasi walaupun sudah menjangkau beberapa tahun kami berada disana, Alhamdulillah, berkat kerja dalam pasukan dan mematuhi keputusan berdasarkan mesyuarat, ada keberkatan didalamnya. Istiqamah dalam tindakan, Ihsan dalam perbuatan dan Itqan dalam perlaksanaan adalah iltizam yang disematkan dalam diri setiap individu yang terlibat didalam MRA, baik di peringkat Lembaga Pemegang Amanah hinggalah kepada SAHABAT yang menjadi sukarelawan MRA di peringkat akar umbi, semuanya memegang hasrat yang sama.


ali Kedua 2014

asa Negeri, Ahli Sub Komiti dan Wargakerja MRA bergambar kenang-kenangan

Tahun-tahun yang mendatang dijangka menjadi tahun sibuk buat organisasi seperti MRA dengan melihat kepada pola kejadian bencana alam dan konflik yang semakin bertambah akhir-akhir ini. Kewujudan organisasi lain yang turut terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan walaupun menambahkan kemeriahan, sedikit sebanyak memberikan saingan sihat dan mendorong MRA untuk menjadi lebih kreatif, efektif dan efisyen. MRA akan memastikan kewujudannya terus relevan bagi mendepani cabaran dan meneruskan programprogram yang sedang digerakkan agar terus berkembang dan memberi manfaat kepada kelompok yang disantuni. MRA juga percaya bahawa budaya dan ciri-ciri organisasi bantuan kemanusiaan seperti berkecuali, tidak berpihak, melangkaui batas bangsa dan agama, tidak bias pada warna kulit dan jantina, seperti yang kami amalkan perlu dipertahankan terus bagi memastikan MRA kekal dapat bertahan dalam arena ini.

LAPANGAN 37 Helaian 4

Menterjemah misi MRA `Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain` dalam bentuk perbuatan dan tindakan bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya memerlukan kerjasama, kefahaman dan komitmen yang tinggi dari seluruh wargakerja dan kerabat MRA. Tugas yang berat, kelihatan sukar dan mustahil pada awalnya, Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik sekali berkat keikhlasan dan kesungguhan semua yang terlibat.


Keluarga besar MRA sedang bersiap untuk bergambar

LAPANGAN 37 Helaian 5

KERABAT MRA SELURUH MALAYSIA BERKUMPUL Kerabat MRA dari seluruh Malaysia telah berkampung Retreat ini juga bertujuan untuk menyusun pergeradi Hotel TNB bagi turut serta dalam retreat MRA yang kan MRA disemua peringkat agar dapat diselaraskan (synchronise), demi memastikan pergerakan diadakan setahun sekali ini. MRA terus kukuh dan mantap. Wakil-wakil dari MRA Negeri telah turut menghadirkan diri sama seperti retreat yang lalu, lebih menarik kali ini Aspek-aspek penting seperti polisi dan prosedur ianya bertambah meriah dengan kehadiran wakil MRA berkaitan pengurusan kewangan juga dibincangkan Negeri terbaru iaitu MRA Pahang. MRA Negeri perta- secara panjang lebar bagi memastikan kefahaman dan keseragaman dalam perlaksanaan di setiap manya ditubuhkan di Perak dan diikuti oleh Kedah. peringkat dan seluruh warga kerja MRA. Langkah Kehadiran EXCO MRA didalam retreat ini adalah 100% ini perlu bagi memastikan MRA diurus tadbir secara dan dengan komitmen sebegini baik, MRA insya Allah bersistem dan terpandu. mampu untuk melangkah pergi lebih jauh seperti yang Membina sekretariat yang mantap dengan asas telah dirancang dan diharapkan. pentadbiran, pengurusan dan kewangan yang Retreat yang diadakan kali ini berhasrat untuk me kukuh adalah keperluan utama MRA dalam me rancang pergerakan MRA di peringkat pusat, luar mastikan ianya berdaya saing dan mempunyai kenegara, negeri, sub komiti termasuk agensi MRA untuk mampuan untuk bersaing dengan mana-mana lebih bersedia dan melangkah lebih kemas bagi tahun- organisasi seumpamanya di dalam dunia. tahun yang mendatang. Tema Itqan Dalam Kerja Kemanusiaan merupakan iltizam dan kesungguhan Wargakerja yang terlatih, memahami misi dan visi jentera MRA seluruh peringkat untuk membawa MRA ke MRA serta sanggup berkorban, adalah aset yang peringkat yang seterusnya, memberikan bantuan perlu dijaga dan dipertahankan. dengan penuh kesungguhan mengikut piawai yang digunakan diperingkat antarabangsa dan disesuaikan MRA bukan milik individu tetapi MRA adalah milik kita bersama, mari kita perteguhkan MRA bersama. dengan kaedah dan maslahat setempat.


Bersedia untuk Retreat

MERANCANG UNTUK PERGI LEBIH JAUH Ust. Shuaib, Ramazan dari Sekolah Komuniti Rohingya MRA membacakan doa pembuka majlis.

Justeru, MRA berhasrat untuk menumpukan kerja-kerja bantuan kami disini bagi mem bolehkan kami memberikan perkhidmatan dan bantuan yang lebih terarah dan fokus.

Sdr. Shahrul sedang memaklumkan kepada hadirin garismasa MRA sejak 2009

LAPANGAN 37 Helaian 6

MRA mensasarkan untuk menjadi `leading humanitarian agency` di rantau ASEAN dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dalam tempoh lima tahun kehadapan. Laporan dan ramalan dari beberapa sumber jelas menyatakan bahawa rantau Asia Tenggara bakal berdepan dengan pelbagai krisis dan bencana dimasa mendatang.


Dato Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak sedang menyampaikan ucapan beliau.

MUHASABAH PERGERAKAN SETAHUN MRA

Dr. Ishak Mas`ud, Timbalan Presiden MRA

Hj. Shirajuddin Sirat, PSUA

Dr. Mohd Daud Sulaiman, SUA Dr. Mohd Hyzan Yusoff Pemberdayaan Ekonomi

Mohd Rezaidi Ishak Latihan & Pembangunan

Hj. Khairil Annuar Khalid, Bantuan Kecemasan & Lojistik

LAPANGAN 37 Helaian 7

Dato Shakir Hussin Bendahari MRA

Majlis Retreat ini dimulakan dengan bacaan doa dari Ust. Shuaib Ramazan, diikuti ucapan pembukaan dari Presiden MRA yang dikasihi, Dato Dr. Abdul Razak Kechik yang mengupas mengenai tajuk retreat kali ini. Beliau turut memasukkan konsep ihsan didalam ucapannya, menegaskan MRA harus melaksanakan tugasan dengan penuh amanah dan tanggungjawab disamping memastikan aspek professional dan ketelusan dapat dipertahankan dan diamalkan. Setiap peringkat didalam MRA telah diberikan peluang untuk melaporkan perkembangan masing-masing bagi tempoh setahun yang lalu.


Ust. Halim (MRA Perak) membacakan doa penangguhan Retreat MRA 2014.

Memperkukuh Iltizam & Tingkatkan Usaha

Pembentangan MRA Perak

Pembentangan MRA Kedah

Pembentangan MRA Pahang Pembentangan Sub Komiti Orang Asli

Pembentangan Sekolah Komuniti Rohingya

Setiap Pengerusi MRA Negeri telah diberikan ruang untuk melaporkan aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2013 yang lalu. Taklimat mengenai MRA Kedah dan MRA Pahang telah disampaikan oleh Pengerusi Negeri masing-masing, cuma MRA Perak di wakili oleh Timbalan Pengerusi kerana Pengerusi Perak berada di Cebu, Filipina ketika ini.

Turut membuat pembentangan ialah Sub-sub Komiti MRA termasuk SUB Komiti Orang Kurang Upaya, SUB Komiti Orang Asli dan Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Pembentangan telah dilakukan oleh wakil -wakil setiap Sub Komiti.

Mereka juga memaklumkan mengenai cabaran, kekangan dan halangan yang dihadapi dalam tahun 2013 serta bagaimana ianya boleh dihadapi dan diperbaiki.

Program Retreat 2014 ini ditangguhkan dengan ucapan penangguhan oleh Timbalan Presidenbacaan Doa Penanguhan oleh Ustaz Halim dari MRA Perak.

Sub Komiti MRA turut melaporkan mengenai program dan aktiviti yang telah digerakkan sepanjang Disamping itu, mereka juga memaklumkan mengenai 2013 dan perancangan bagi tahun 2014 dan dana perancangan bagi program tahun 2014 yang bakal yang diperlukan. Setiap pembentangan disusuli dengan sesi Soal Jawab dari para peserta Retreat. dilaksanakan.

LAPANGAN 37 Helaian 8

Pembentangan Sub Komiti OKU


SUA, Dr. Mohd Daud Sulaiman memulakan Malam Pengkisahan Aku dan MRA

Malam Pengkisahan `Aku & MRA` mengimbau kenangan-kenangan lama petugas-petugas MRA ketika bertugas di Lapangan. Banyak kisah suka duka kami yang tidak diketahui ramai, termasuk keluarga sendiri. Cik Fauziah Tahar, berkongsi pengalaman beliau ketika mula-mula bersama MRA bergerak pada tahun 2009. Bagaimana kami beroperasi di peringkat awal sehingga apa yang kami ada pada hari ini. Sebagai staf pertama MRA, beliau menyimpan segala khazanah dan maklumat perjalanan MRA yang perlu direkodkan bagi tujuan dokumentasi.

Malam Pengkisahan `Aku & MRA`

LAPANGAN 37 Helaian 9

Sdr. Johari Kan pula menceritakan pengalaman ketika beliau berada di Sitwe, Arakan, kawasan operasi MRA yang berisiko tinggi.

Haji Hani Yang Kassim pula berkongsi pengalaman beliau di Somalia, ketika misi bantuan di bahagian paling bahaya bagi petugas bantuan kemanusiaan. Pengalaman dikawal dengan Apakah persamaan mereka berempat? Tambahan pula ini pengawal bersenjata merupakan pengalasepanjang masa adalah man pertama beliau ke lapangan antarabangsa pengalaman beliau yang tidak dapat diluterutamanya di wilayah yang bergolak. pakan. Pengalaman berunding dengan warlord Rakhine yang amat mencemaskan, termasuk berada di dalam Perkampungan Aung Mingalar melepasi waktu curfew juga termasuk ketika sesi soal siasat di Balai Polis Sitwe turut dikongsi bersama di Malam Pengkisahan Aku & MRA ini,

Dr. Shahrizal Azwan dan Matron Khatijah pula berkongsi pengalaman ketika berada di Lapangan Pakistan pasca Banjir 2010. Kenangan berurusan dengan orang-orang utara Pakistan (Pathan) amat menarik dan sentiasa kekal diingatan.


Serius dalam Ceria

Menanam Tekad Menjadi

Sebaik-baik Manusia Tim Sekretariat dan SKR

MRA Kedah & MRA Pahang Puan Yuslinda (Biro Latihan & Pembangunan) sebagai Moderator Retreat

EXCO dan MRA Perak

KOMITED untuk yang terbaik

LAPANGAN 37 Helaian 10

Ahli Keluarga, Wargakerja dan AJK MRA Negeri


Pembersihan bangunan dan sekeliling sebelum ketibaan tim pembaikan letrik

MRA BERSIHKAN SURAU AL MUBARAK, KUANTAN Alang-alang bersih, terus cat

Mengecat bangunan Surau

Gembira dapat membantu

LAPANGAN 37 Helaian 11

Tahniah SAHABAT MRA!

SAHABAT MRA meneruskan lagi misi bantuan banjir Kuantan minggu ini dengan meneruskan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan Surau Al Mubarak di Kuantan. Tim MRA telah melakukan kerja-kerja mengecat, menjemur sejadah, menyapu dan membersihkan ruang solat, tandas dan persekitaran surau. SAHABAT MRA dari Kuala Lumpur ini turut bersama penduduk tempatan dalam aktiviti pembersihan ini.


Banjir telah berlalu lama, tapi kami meneruskan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan untuk masyarakat setempat

MRA CAT MASJID AL FALAH, SG ISAP 2 TIM Sukarelawan Banjir MRA terus menggempur bandar Kuantan walaupun banjir telah lama surut.

Cat Kuning

Ceria dan seronok

Kami telah menghantar sepasukan SAHABAT MRA untuk membersihkan serta mengindahkan Masjid Al Falah di Sungai Isap 2, Kuantan. Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama yang baik dari pihak pengurusan Masjid dan penduduk setempat.

Terima Kasih pada semua yang hadir membantu

Kami telah mengecat dan mencuci bahagian Masjid yang terendam dalam banjir tempohari. Tahniah diucapkan pada SAHABAT.

LAPANGAN 37 Helaian 12

Hati-hati, jangan menitik


SUKARELAWAN MRA datang dari pelbagai tempat. Dan dalam Misi Banjir Pantai Timur kali ini, kami menerima kehadiran ratusan Sukarelawan yang ikhlas datang untuk membantu penduduk Pantai Timur yang terkesan dengan banjir yang melanda.

DANA yang disumbangkan digunakan untuk membeli Water Jet bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan

Sokongan dan kerjasama dari ahli-ahli Briged Bakti Malaysia cawangan Pahang, Kelantan, Selangor dan Wilayah Persekutuan juga amat dihargai. Tidak lupa bantuan tenaga sukarelawan yang terdiri dari penuntut-penuntut IPT seperti dari Kolej Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor, penuntut Fakulti Kejuruteraan UiTM Jengka, Pahang, bakal-bakal pendidik yang prihatin dari Universiti Per guruan Sultan Idris, Kuala Kangsar, Perak. Tim penuntut dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak tidak ketinggalan turut membantu. Penuntut UNIMAP yang berdekatan berserta tim penuntut dari UITM Terengganu, jasa anda sentiasa dikenang.

SUKARELAWAN BANJIR TERUS MENABUR BAKTI

LAPANGAN 37 Helaian 13

Kami terpaksa menyewa sampan

Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kakitangan dan jururawat Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru kerana sudi mewujudkan pusat pengumpulan barangan bagi mangsa banjir di premis mereka. Juga kepada pihak Pengurusan Stadium Mont Kiara yang juga sudi membuka booth pengumpulan barangan, tidak lupa pada Persatuan Feeya Farisha yang tampil bersama sukarelawan dan barangan di lapangan sendiri. Juga kakitangan KOSAS dan MINDEF yang menyumbang semampu mereka.

Kami juga membayar kos petrol

Tidak lupa pada semua penyumbang samada dana mahupun barangan dan tenaga yang kami tidak tersebut disini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bantuan anda semua. Ketahuilah, dunia ini terus ceria dengan kewujudan orang-orang seperti anda yang sedia untuk berkorban dan menyumbang demi kebahagiaan mereka yang memerlukan bantuan.


Sumbangan kepada peniaga kecil untuk kembali memulakan perniagaan

Sumbangan untuk TABIKA KEMAS yang rosak teruk

Sumbangan untuk keluarga SUKARELAWAN yang meninggal

SELEPAS 30 HARI, MRA MASIH BEROPERASI MRA telah menghulurkan bantuan melalui sumbangan yang diterima daripada orang ramai kepada mangsa banjir yang terdiri dari wargawarga OKU yang tinggal di sekitar bandar Kuantan.

Kami masih giat mengatur SAHABAT MRA (sukarelawan) untuk terus turun membantu para penduduk dan institusi Kami turut menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan bantuan tenaga sukarelawan untuk salah seorang Sukarelawan yang bertugas dengan Skuad Sukarelawan Jabatan Kebajikan membersihkan premis dan kediaman mereka. Masyarakat yang meninggal dunia ketika memFasa rehabilitasi adalah fasa yang sering dilupakan oleh bantu mangsa banjir. banyak orang, ramai beranggapan apabila hujan tidak turun, maka ancaman banjir telah tiada lagi. Padahal, Kami juga turut membantu untuk menggantikan kesan-kesan banjir masih banyak yang perlu dibersihkan peralatan dan kelengkapan untuk sebuah tadika yang terendam didalam banjir tempohari. dan dibaiki.

LAPANGAN 37 Helaian 14

Ketika kebanyakkan mangsa banjir masih lagi dalam fasa membersihkan rumah masing-masing yang rosak dan musnah akibat banjir tempohari MRA masih terus memberikan sokongan dan dokongan kepada mereka.


Terlepas Misi Banjir Pantai Timur, tapi anda semua MRA hantar ke Pulau Bentayan

Giliran Tim SEPULUH menerus bakti di Filipina Membantu yang termampu

Masjid Hagnaya

LAPANGAN 37 Helaian 15

TIM KESEPULUH diketuai oleh Dr. Nurwahida Jamaan, dibantu oleh SN. Nur Liyana Farhani Mohd Dali, SN Marina Abd. Majid, Mohamad Suhadi Ali Rahmat dan Stein Van Lutam. Tim SEPULUH berada di Filipina dari 16 hingga 23hb Januari 2014. Tim kesepuluh banyak melaksanakan aktiviti dan Klinik Lapangan di Masjid Cebu Madinah Hagnaya kerana mereka tidak dapat masuk ke Bentayan disebabkan oleh lautan yang bergelora dan keadaan yang tidak mengizinkan. Mereka bagaimanapun dapat bersama mengiringi tim Presiden MRA yang membuat lawatan ke projek-projek yang dilaksanakan oleh MRA di Pulau Bentayan.

MASTER CHEF by parachute


Kunjungan Hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Filipina

Dari kiri: En. Zahid Rastam (Kaunselor/ Ketua Canseri), TYT Dato Mohd Zamri bin Mohd Kassim (Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary), Dato Dr. Abdul Razak Kechik (Presiden MRA) dan Hj. Khairil Annuar Khalid (Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA) Kami mendapat layanan yang cukup mesra dari Tuan Yang Terutama dan kakitangan kedutaan yang lain.

Rombongan MRA ini diketuai oleh Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik dan turut disertai oleh Pengarah BanKunjungan ini juga untuk melaporkan kepada wakil tuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Sdr. kerajaan Malaysia bahawa terdapat organisasi ban- Khairil Annuar Khalid dan Pengurus Optuan kemanusiaan milik Malaysia yang beroperasi se- erasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar. jak dari peringkat awal bencana Haiyan melanda sehingga ke hari ini. Kami turut memaklumkan mengenai program pembinaan Rumah Salamat MRA Kami turut melaporkan mengenai kerjasama yang te- yang sedang giat dijalankan termasuk lah kami jalinkan dengan wakil-wakil Kerajaan Tem- kerja-kerja pembaikan dan pemulihan patan dan organisasi bantuan serta NGO dari luar Masjid Cebu Madinah di Hagnaya. negara yang turut sama beroperasi di Pulau Bentayan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih Kami turut memaklumkan mengenai perancangan masa diatas layanan dan kesudian pihak depan dan aktiviti susulan yang bakal kami lakukan kedutaan untuk menerima kunjungan dalam masa terdekat. dari MRA.

LAPANGAN 37 Helaian 16

Malaysian Relief Agency (MRA) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Filipina bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini serta aktiviti yang telah dijalankan untuk kerja-kerja bantuan kemanusiaan Taufan Haiyan di Pulau Bentayan dan di Hagnaya, Cebu.


Cik Fauziah Tahar bersama pengasas Dousa Hou di Tokyo

LAPANGAN 37 Helaian 17

MRA turut serta dalam 39th Japanese Psychological Rehabilitation Conference

MRA telah menghantar Cik Fauziah Tahar, Pengurus Kanan Sekretariat merangkap Pengerusi Sub Komiti Orang Kurang Upaya MRA ke Tokyo, Jepun bagi menghadiri sebuah konferen berkaitan Dousa Hou. Dalam simposium tersebut, MRA telah turut memberikan satu presentasi mengenai perkembangan program Dousa Hou yang digerakkan oleh MRA di Malaysia.

Dalam simposium ini, MRA telah dapat melebar luaskan lagi jaringan hubungan dan kerjasama dengan beberapa buah NGO dari Jepun dan Asia yang turut hadir. Kami juga telah berkesempatan untuk bertemu dengan pengasas Dousa Hou yang turut menyatakan hasrat serta keinginan beliau untuk melihat dari dekat perkembangan Dousa Hou di Malaysia.


Tuan Khalid Waqas menyerahkan Laporan Projek Hidro Elektrik kepada Dato Dr. Abdul Razak Kechik

KUNJUNGAN PRESIDEN AL KHIDMAT KPK KE MRA Berkongsi maklumat

Penerangan terperinci

Sebenarnya, antara Al Khidmat dan MRA begitu jauh bezanya terutama dari segi saiz dan operasi kami, Al Khidmat sebagai sebuah organisasi yang telah ber khidmat lebih dari 10 tahun, mempunyai segala kelengkapan, prasrana, sumber tenaga manusia yang ramai, sukarelawan yang beribu dan jaringan kerjasama yang cukup hebat, apalah jika dibandingkan dengan MRA.

MRA telah menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan bantuan makanan, minuman air bersih dan perubatan dalam fasa kecemasan banjir tersebut. Semasa fasa rehabilitasi pula, MRA bersama Al Khidmat telah berjaya membangunkan 80 buah Rumah Syukriah untuk mangsa-mangsa banjir yang daif dan termiskin di Khyber Pakhtun Khwa. MRA turut membina puluhan pam air di kampungkampung yang mengalami masalah ketiadaan air yang masih berfungsi sehingga kini, Alhamdulillah.

MRA turut membangunkan sebuah stesen mini hidro di perkampungan Shamlai, Batagram yang memMRA dan Al Khidmat berkerjasama sejak dari tahun bekalkan kuasa elektrik kepada penduduk setem2010 dalam peristiwa banjir besar yang melanda pat. Kerjasama MRA-Al Khidmat pastinya akan kawasan pergunungan di utara Pakistan pada tahun diteruskan dengan pel bagai kegiatan lagi dimasa -masa hadapan. 2010 yang lalu.

LAPANGAN 37 Helaian 18

Kunjungan yang dilakukan oleh Presiden Al Khidmat Foundation Cabang Khyber Pakhtun Khwa, Tuan Khalid Waqas ke MRA baru-baru ini mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin diantara MRA dan Al Khidmat.


Dato Dr. Abdul Razak Kechik menyampaikan bantuan makanan kering kepada penduduk di Bentayan.

GILIRAN PRESIDEN MRA pula ke Pulau Bentayan Di hadapan Gereja Baptist Santa Fe

LAPANGAN 37 Helaian 19

MRA telah menyumbang lebih dari 20 tan bahan makanan

Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik telah berkesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat ke Pulau Bentayan bagi melihat perkembangan program bantuan MRA disana termasuk di Hagnaya.

Dato Dr. Abdul Razak Kechik bersama Pastor Pepe.

Dato Presiden juga diberi peluang untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang Mayor yang berkhidmat di Pulau Bentayan. Kesempatan ini telah dimanfaatkan untuk mendapat taklimat dan mengadakan mesyuarat mengenai program pembangunan semula Pulau Beliau telah diiringi oleh Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Bentayan ini. Pengurus Operasi MRA. Di Pulau Bentayan beliau telah disambut oleh Tim Medik MRA yang kesepuluh. Kami turut mengatur satu sesi agihan bantuan makanan kering kepada para penduduk miDato Presiden juga telah berkesempatan untuk skin yang masih lagi berada dalam serba kebertemu dengan Pastor Pepe, pemimpin gereja sulitan akibat taufan yang melanda mereka setempat. tempohari..


Dato Dr. Abdul Razak Kechik sedang berkongsi cerita mengenai MRA bersama Mayor-Mayor di Pulau Bentayan.

PERTEMUAN EMPAT PENJURU DENGAN MAYORMAYOR DI BENTAYAN Meninjau pam air di perkarangan Rumah Salamat milik En. Rambo.

Dato Dr. Abdul Razak Kechik bersama keluarga Rambo.

Kunjungan hormat ini juga bertujuan untuk merakamkan penghargaan dan perasaan terima kasih daripada pimpinan tertinggi MRA kepada pihak berkuasa tempatan diatas kerjasama dan sokongan yang telah mereka berikan kepada petugas-petugas MRA se Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Mayor panjang tempoh mereka berkhidmat di Pulau Bantayan, Madridejos: Salvador De La Fuente dan Mayor merangkumi bandar Santa Fe, Bantayan dan Madridejos termasuk di Pulau Hilantagaan dan Pulau Kinatarcan. Bantayan: Ian Christopher Escario. Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Mayor Santa Fe, Jose Titing B. Esgana di pejabatnya di Santa Fe, Bantayan Island.

LAPANGAN 37 Helaian 20

Gambar kenang-kenangan.


GURU-GURU Sukarela yang datang membantu Sekolah Komuniti Rohingya MRA terus menerima sukarelawan yang serius dan komited untuk membantu anak-anak Rohingya menimba ilmu bagi menjadi insan yang berguna dan berakal.

Sdr. Hafiz, seorang Ustaz yang bertugas dengan JAWI hadir membantu untuk mengajar Al Quran kepada anak-anak Rohingya, manakala Cik Hazieqa, lulusan dari Universiti New Zealand pula terlibat mengajar matapelajaran Kami cukup bertuah kerana menerima dua orang English kepada anak-anak bertuah ini. sukarelawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk terus bersama dengan anak- Kita ucapkan syabas kepada dua orang guru anak pelarian Rohingya yang serba kekurangan. Sukarelawan yang `awesome` ini.

PENYELIDIK dari AUSTRALIA di Sekolah Rohingya JosĂŠe Huennekes, seorang penyelidik PhD di UKM dari Institut Penyelidikan Sosial Swinburne, Melbourne Australia, akan menjalankan kajian beliau mengenai pelarian Rohingya di Lembah Klang bermula dari Sekolah Komuniti Rohingya di Kg Cheras Baru. Kami amat berbesar hati untuk memberikan sokongan kepada beliau demi membantu mengetengahkan kemelut dan isu yang melanda pelarian Rohingya ke peringkat yang lebih tinggi.

LAPANGAN 37 Helaian 21

NABIL buktikan Anak Rohingya juga boleh maju Kami mengucapkan tahniah kepada saudara Nabil kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam ABIM (SEMI) Kajang. Kejayaan ini amat bermakna dan merupakan satu penanda aras bagi pencapaian anak-anak Rohingya yang kebanyakkannya hanya berpeluang mendapatkan pendidikan di tahap rendah sahaja.


Mesyuarat OPERASI Sekolah Komuniti Rohingya MRA Satu mesyuarat operasi telah dijalankan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA melibatkan Jabatan Operasi MRA dan guru-guru Sekolah Komuniti Rohingya. Mesyuarat ini bertujuan bagi memantapkan lagi pergerakan operasi sekolah disamping meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan kualiti disiplin anak-anak Rohingya disini. Kami komited untuk menjadikan sekolah ini sebagai satu tapak bagi melahirkan pemimpin komuniti Rohingya di masa hadapan.

PERLANTIKAN Pengawas dan Ketua Kelas Sekolah Komuniti Rohingya mengorak langkah lagi, kali ini dengan perlantikan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Seramai 17orang dipilih untuk memikul tanggungjawab bagi membantu guru dan mengawal disiplin muridmurid di Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras bermula pada 5hb Feb. 2014. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih.

MRA dan Sekolah Komuniti Rohingya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada KEDAI BUKU PERINTIS, PUCHONG JAYA yang diwakili oleh Pn. Aini Aris serta ibunya, diatas sumbangan per alatan tulis dan buku latihan pada 11 Feb. 2014. Kami amat menghargai sumbangan ini dan moga ianya dapat memberi manfaat kepada 91 orang para penuntut di sini.

LAPANGAN 37 Helaian 22

SUMBANGAN Peralatan Tulis & Buku Latihan


SEBULAN CIKGU HAZIEQA BERSAMA MRA Terima kasih Hamzani.

Cikgu

Hazieqa

MRA dan warga Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hazieqa yang telah sudi mengajar di sekolah ini selama sebulan. Kami amat menghargai komitmen yang telah beliau tunjukkan. Semoga Hazieqa berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dipilih.

KELAS SENI di Rumah Seni dan Kraf Gemilang Puan Abby Zain telah sekali lagi menjemput pelajar-pelajar Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras untuk menghadiri kelas seni dan kraf di Rumah Seni dan Kraf Gemilang. Kelas pertama pada tahun ini 2014 bermula hari ini 14/2/2014. Ini merupakan peng alaman baru bagi pelajar-pelajar ini. Semoga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan. Terima kasih Cikgu Abby.

Ziarah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

LAPANGAN 37 Helaian 23

MRA telah mengadakan satu pertemuan dengan PERKIM pada 14/2/2014. MRA telah diwakili oleh Sdr Mohd Shahrulazilan, Sdr Johari Kan dan Sdri Fauziah Tahar. Pertemuan ringkas ini berjalan dengan suasana penuh mahabbah dan keceriaan. PERKIM diwakili oleh Hj Wan Abd Hamid, Hj Ibrahim dan Datuk Hj. Hasbullah. Kami secara dasarnya bersetuju untuk berkerjasama dan berkongsi maklumat atas dasar konsep Ta`awanu Alal Birri Wa Taqwa.


SEPAKAT membawa berkat, terima kasih semua

MRA dan MBM berkerjasama ringankan beban mangsa banjir

Meskipun air banjir telah lama surut, namun ke rosakan dan kemusnahan yang disebabkan oleh banjir tempohari masih lagi belum diganti dan dibaiki. Masih banyak lagi yang perlu dibantu dan dibaiki. MRA telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu tim bantuan pembaikan barangan dan per alatan elektrik di premis-premis awam termasuk rumah anak yatim dan masjid yang rosak akibat banjir tempohari.

Taklimat lapangan sebelum bergerak untuk operasi

MBM telah menyediakan sekumpulan 25 orang pelatih yang mempunyai pelbagai kemahiran dari Kuala Selangor yang telah bertindak cemerlang membantu penduduk setempat dan premis yang masih memerlukan kerja-kerja pembaikan sumber elektrik dan juga alatan elektrik. MRA telah menggunakan modus operandi yang sama ketika kami membantu penduduk Bangkok yang menjadi mangsa ketika banjir Bangkok yang berlaku pada awal tahun 2013 yang lalu.

Untuk tujuan murni ini, MRA telah mengadakan ker- MRA turut terlibat dalam kerja-kerja bantuan jasama strategik dengan Majlis Belia Malaysia pasca banjir semasa Banjir Kedah 2010 dan (MBM) melalui ahli exconya, Sdr. Rizan Hassan yang Banjir Selatan 2012 yang lalu. bertanggungjawab untuk menyelia program ber kaitan para Belia Berkemahiran.

LAPANGAN 37 Helaian 24

Mesyuarat Pagi secara santai di warung


SUKARELAWAN

yang tidak didendang!

Sedang membuat semakan pada barang-barang yang diperlukan

Taklimat Lapangan dari Sdr. Iqbal, Sdr. Helmi dan Sdr. Rizan

LAPANGAN 37 Helaian 25

MRA mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada para penuntut Akademi Intra International Skills, Kuala Selangor yang sudi hadir membantu kerja -kerja pembaikan peralatan elektrik kepada para penduduk yang mempunyai kerosakan peralatan elektrik disebabkan oleh banjir yang melanda tempohari. Penuntut akademi ini hadir bagi menjayakan misi pembaikan peralatan elektrik bantuan banjir anjuran MRA dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Mereka telah meluangkan masa hampir 7 hari berkampung di Kuantan, Pahang bagi membantu para penduduk yang mempunyai masalah pendawaian dan kerosakan alatan elektrik mereka. Makan dalam talam, merapatkan ukhuwwah

Kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat membantu penduduk menjimatkan kos perbelanjaan mereka.


Profiling Penduduk

bagi menentukan kerosakan Makcik tinggal seorang je?

Berapa isirumah abang?

SAHABAT MRA yang berada di lapangan untuk misi banjir di Pahang, telah membuat profiling kawasan sejak minggu lepas bagi mengenalpasti jenis kerosakan barangan elektrik yang dialami oleh para penduduk di kawasan di mana kami beroperasi. Kami mendapat kerjasama dan sokongan yang baik dari penduduk setempat. Profiling yang dilakukan secara tepat akan membantu kami untuk menentukan jenis peralatan dan kemahiran dari Sukarelawan yang diperlukan, ianya juga bagi memudahkan kami menyediakan alat ganti dan barangan yang sewajarnya.

Sdr. Stein sedang menyemak maklumat profiling dengan Sdr.

LAPANGAN 37 Helaian 26

Apa jenis kerosakan yang makcik alami?


Misi Pembaikan Elektrik:

MADRASAH ASYRAFUL MADARIS Kg. Paya Bukit,Gelurgor, Beserah Kuantan, Pahang Darul Makmur

SUKARELAWAN datang membantu Madrasah bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin

Cukup dengan segala peralatan

Mereka berkerja pantas dan kemas

LAPANGAN 37 Helaian 27

Pelajar Tahfiz yang menuntut di situ

Kehadiran anak-anak muda penuntut Akademi Intra Inter national Skills ke Madrash Asyraful Madaris ini sangat membantu pihak pengurusan Madrasah ini. Mereka telah membantu untuk membuat pendawaian semula serta memeriksa segala soket yang bermasalah dan menukar dengan yang baru. Madrasah ini menempatkan ratusan orang pelajar Tahfiz dan mereka turut terjejas akibat banjir yang melanda tempohari.

SELEPAS pembaikan

Pembabitan Belia berkemahiran seperti mereka ini membuktikan bahawa Malaysia masih mempunyai belia-belia yang sanggup menabur bakti dan jasa tanpa mengharapkan balasan dan upah.


SUKARELAWAN MBM-MRA tampil membantu membaiki kerosakan pada premis-premis awam yang termampu untuk kami bantu

PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK DI SURAU MUBARAK Membaiki lampu siling

Solat jemaah bersama bila masuk waktu

Surau Mubarak di Sungai Isap, Kuantan meru- Hampir sehari suntuk mereka berada disini pakan antara premis yang menjadi tumpuan membersihkan dan membaiki kerosakan yang SAHABAT MRA dan Sukarelawan MBM. Surau ditemui. ini turut bergenang air ketika banjir yang lalu. Mereka memeriksa semua punca elektrik yang Kerja-kerja pembersihan tandas dan persekita- ada dan memastikan bahawa ianya semua ran kawasan juga telah dilakukan. Mereka turut adalah selamat untuk digunakan. melakukan servis untuk pendingin hawa, peralatan elektrik seperti kipas dan lampu kalimantan. Mereka turut bersama dengan penduduk Mereka turut membetulkan pagar dawai yang setempat menunaikan solat Zuhor berjemaah telah roboh di sekeliling surau. setelah bertungkus lumus bekerja disini.

LAPANGAN 37 Helaian 28

Mengikat semula pagar yang roboh


Anak-anak muda prihatin yang berjiwa penyayang, syabas!

ZIARAH RUMAH

NENEK SIMEK BT TAHIR SG. ISAP, KUANTAN

LAPANGAN 37 Helaian 29

Menziarahi orang tua

Bertanya Khabar Berita

Membawa sedikit buah tangan untuk Nenek.

Kami amat bertuah kerana dapat berkunjung serta menghulurkan sedikit sumbangan kepada seorang nenek, Simek Tahir yang tinggal sendirian di Sungai Isap, Kuantan. Kehadiran singkat kami terasa begitu mesra dan ceria.

Dalam pertemuan ringkas ini kami dapat belajar bagaimana untuk memahami erti sebuah kehidupan dan ketabahan dalam meng harungi setiap ujian dan dugaan tanpa menyerah kalah dengan mudah.


Memeriksa aliran elektrik

BANTUAN PEMBAIKAN & PENDAWAIAN ELEKTRIK KERJASAMA MRA-MBM

Mengenalpasti kerosakan

Hati-hati drill tu adik-adik!

Menguji aliran elektrik yang telah dibetulkan

MRA dengan kerjasama MBM telah menghulurkan bantuan pendawaian dan pembaikan barangan elektrik dirumahrumah penduduk di sekitar kawasan Kuantan dan Sungai Isap yang rosak dan terendam akibat banjir tempohari. SAHABAT MRA telah membuat profiling pada rumah-rumah yang perlu diziarahi dan tindakan pembaikan susulan dilakukan oleh Sukarelawan MBM dari Kuala Selangor. Kerjasama serta bantuan dari MRA dan MBM ini amat membantu dan dialu-alukan oleh penduduk setempat.

LAPANGAN 37 Helaian 30

Menukar bal lampu yang rosak


Pakar Aircond sedang beraksi

Mencatat kerosakan

Rumah Anak Yatim Al Insyirah, Kuantan merupakan antara rumah anak yatim yang teruk terkena banjir kali ini. Bangunan disini turut dinaiki air dan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik dan juga perpustakaan di sini. Kami telah menghantar tim pembaikan elektrik ke sini bagi membantu mengenalpasti kerosakan dan peralatan yang diperlukan dalam proses penggantian nanti. Suka dikongsi, bahawa kami mencuba semampu boleh bagi membaik pulih peralatan elektrik yang rosak akibat terendam atau terkena air, namun kami tidak dapat memberi jaminan bahawa setiap peralatan elektrik ini akan kembali berfungsi seperti sediakala.

Boss sedang memerhati anak buah membuat kerja

KERJA PEMBAIKAN DI RUMAH ANAK YATIM AL INSYIRAH, KUANTAN

LAPANGAN 37 Helaian 31

Perpustakaan yang turut terendam

Antara peralatan yang telah kami bantu untuk pembaikpulihan dan servis antaranya ialah penghawa dingin, kipas berdiri, unit pemprosesan komputer (CPU), dan lain-lain lagi. Kami turut meninjau kerosakan akibat banjir yang menMemeriksa compressor aircond impa perpustakaan di Kita Solat dulu, bijak! bijak! Rumah Anak Yatim Al Insyirah ini.

Antara alatan yang rosak

Kerjasama yang diberikan kepada tim pembaikan kami oleh pihak pengurusan Rumah Anak Yatim amat baik dan akan dikenang selalu.


PROGRAM IMARAH MASJID 2014 - MASJID 4 U

SAHABAT MRA yang sudi meluangkan masa menunggu booth MRA Mukhri, Amar dan Nor Baiti (Staf MRA)

MRA telah turut serta mengadakan pameran sepanjang 3 hari pameran tersebut berlangsung, manakala pada hari kedua, Pengarah Eksekutif MRA telah hadir bagi slot Taklimat Khas bersama hadirin dan pada hari terakhir, Presiden MRA telah hadir menjadi ahli panel bagi Forum Isu-Isu Umat.

Amar, Norbaiti dan Siti Zaharah sedia berKONGSI kerja-kerja bantuan MRA dengan para pengunjung

Syabas diucapkan kepada para penganjur diatas kejayaan program ini, terima kasih juga kerana menjemput sama MRA untuk turut terlibat didalam program yang amat ber faedah ini.

LAPANGAN 37 Helaian 32

Sebuah program bertujuan untuk mengimarahkan Masjid yang dianjurkan secara bersama oleh Masjid Kolej Islam Malaya, Briged Bakti Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diadakan pada 24-26 Januari 2014 yang lalu.


DR KARIM RUSS & TIM RCMP KE PULAU CEBU, FILIPINA

Dr. Karim Russ, Sdr. Nazlee, Sdr. Noorul Hilal, Puan Tuminah dan Puan Pek Yah San

MRA bantu lojistik TIM RCMP di SAN REMIGIO

LAPANGAN 37 Helaian 33

TIM RCMP KE MEDELIN, CEBU

Dr. Abdul Karim Russ telah mengetuai satu pasukan tim perubatan dari RCMP (Royal College of Medicine, Perak) ke Pulau Cebu, Filipina. Pasukan ini dianggotai oleh En. Noorul Hilal Jurij, Mohamad Nazlee Mohamed Yusoff, Tuminah bt Sabar dan Pek Yah San.

MRA telah membantu tim perubatan dari RCMP ini melalui bantuan kerjasama dan lojistik. Tim ini turut mengadakan Klinik Lapangan di kawasan San Remigio berhampiran Masjid Cebu Madinah di Hagnaya dan juga di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Medelin di Cebu.

Menurut Dr. Abdul Karim, beliau akan turut mengadakan kajian mengenai penyakit-penyakit yang Tahniah dan syabas diucapkan kepada tim berpotensi untuk merebak selepas daripada taufan RCMP yang telah berjaya membuka Klinik Haiyan melanda kawasan tersebut. Lapangan di kawasan yang serba memerlukan.


Ust. Halim mesra dengan anak-anak Orang Asli di Pos Slim

MRA PERAK TERUS SANTUNI MASYARAKAT ASLI Pak Dahalal sedang membuat anggaran

Tuan Hj Hani & Ust Suhaimi bergambar bersama keluarga Alang Antara keperluan bumbung yang dibeli

MRA Perak meneruskan kerja-kerja susulan di perkampung an Orang Asli di Pos Slim. Kali ini, kami menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan atap rumah di rumah Tok Batin Alang. Kami membina semula atap rumah beliau siap dengan kepingan-kepingan zink yang baru bagi mengelakkan rumah beliau dari bocor ketika hujan.

Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin turut serta dalam program-program pembangunan komuniti bersama penduduk Orang Asli samada di Ulu Slim atau lain-lain perkampungan yang berada di bawah pemantauan MRA. Tahniah diucapkan diatas kegigihan tim MRA Perak!

LAPANGAN 37 Helaian 34

Bumbung siap di baiki


SAHABAT MRA bergambar ramai dengan pentadbir Pondok

Mengisi Borang Profiling MRA

Matron Khatijah sedang mengatur ubat untuk warga emas

KUNJUNGAN MRA PERAK KE PONDOK WARGA EMAS

LAPANGAN 37 Helaian 35

Tim Perubatan MRA Perak di ketuai oleh Prof. Dr. Abd. Karim Russ telah berkunjung ke Pondok Warga Emas Telok Medan, Bagan Serai bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada para penghuni Warga Emas yang menetap disana. Dibantu oleh 2 orang Peg. Perubatan, Pelatih Pembantu Perubatan dan seorang mantan Ketua Penyelia Jururawat, Alhamdulillah, program berjalan lancar dan teratur, seperti yang dirancangkan. Sesi Tazkirah Dh u h a di sam paik a n oleh Ust Suhaimi dan ceramah kesihatan Warga Emas oleh Hjh Zaharah.

Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan

05 February

Dr. Karim Russ sedang memberikan nasihat kesihatan kepada warga emas


Kunjungan Mesra Organisasi Rohingya

Petang yang indah dengan kehadiran sahabat UWRO

MRA menerima kunjungan hormat dari teman -teman Rohingya yang mewakili Union of the World Rohingya Organisations (UWRO). Mereka hadir bagi memanjangkan hubungan silaturahim dan membina jaringan kerjasama dalam aktiviti-aktiviti bantuan dan sebarang bentuk program yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Rohingya samada di Malaysia mahupun di tempat yang lain. Terima kasih kerana sudi mengunjungi pejabat kecil kami.

Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan MRA Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan MRA telah dihadiri oleh Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, Pengurus Operasi, Pengurus Sumber Manusia & Kewangan dan Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Mesyuarat kali ini banyak menumpukan kepada persiapan pelaporan untuk Retreat MRA yang bakal berlangsung. Budaya Syura adalah Budaya MRA

Lebih memahami tentang pemasalahan pelarian

Bengkel ini amat bermanfaat dan memberikan maklumat yang lebih banyak mengenai apa itu pelarian dan pelarian dalaman. Bagaimanakah nasih mereka apabila terus berhadapan dengan berbagai karenah daripada pihak berkuasa tempatan. Satu slot khas berkenaan isu Burmese Citizenship Act 1981 turut dikkongsi oleh wakil UNHCR bersama para hadirin, kami mendapat kefahaman yang sebenar mengenai isu panas ini.

LAPANGAN 37 Helaian 36

Bengkel Refugees oleh UNHCR


Gabungan NGO bagi membenteras gejala denggi yang semakin parah di Lembah Kelang

MRA terlibat kempen AEDES

LAPANGAN 37 Helaian 37

MRA diwakili oleh Dr. Fairuz, SN Shahril dan En. Yassin

Denggi kembali menjadi pembunuh di Malaysia, kali Pencegahan adalah usaha terbaik bagi menghalang ini lebih ramai lagi yang menjadi mangsanya hingga- penularan wabak denggi ini dari terus merebak. kan ia berada pada tahap yang amat kritikal. Dan untuk mencegah denggi ianya memerlukan komitmen dan kerjasama dari semua pihak, tiada yang Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes ini memerlu- terkecuali. kan kerjasama dari seluruh masyarakat dan penduduk Malaysia bagi membenterasnya. Meletakkan usaha MRA telah dijemput oleh MMIMP untuk turut serta penghapusan Aedes dan pengurangan wabak denggi dalam inisiatif NGO-NGO Malaysia bagi membantu kepada batu jembala kerajaan melalui Kementerian Kementerian mengekang bencana wabak ini dari Kesihatan Malaysia sahaja amat tidak adil. terus meragut mangsa yang seterusnya.


Aktiviti MRA Myanmar

Pejabat MRA Myanmar merasa amat berbesar hati dengan kunjungan hormat yang dilakukan oleh Pengarah Helping Hand Pakistan, Tuan Arif Khalil ke pejabat kami. Beliau telah disambut oleh Koordinator MRA Myanmar, Sdr. Shahid @ Shine.

KUNJUNGAN TUAN ARIF KHALIL

Helping Hand dan MRA ber kolaborasi dalam rangkaian Asian Muslim Action Network (AMAN) untuk kerja-kerja bantuan kemanusiaan di seluruh Asia. Tuan. Arif Khalil juga sebelum ini pernah mengunjungi Sekretariat MRA Pusat.

KUNJUNGAN BELIA DARI MALAYSIA

Pejabat MRA Myanmar kali ini turut menerima kunjungan hormat dua orang sukarelawan belia dari Malaysia yang berkunjung ke Rangon bagi menghadiri satu pertemuan belia di sana. Mereka telah disambut oleh Koordinator MRA Myanmar, Sdr. Shahid @ Shine. Beliau telah memberikan taklimat mengenai operasi MRA di Myanmar kepada mereka. Terima kasih diatas kunjungan dan selamat maju jaya diucapkan kepada Sdr. Bernard Eng dan Dwee Yen.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh Sdr. Shine @ Shahidm, Koordinator MRA untuk Myanmar bagi menjawab kekeliruan dan salah faham sesetengah pihak terutamanya pejuang hak asasi manusia mengenai hak wanita didalam Islam. Selain dari operasi kami di Sitwe, Arakan, MRA turut terlibat dalam program silang agama (interfaith) di seluruh Myanmar.

ISLAM & WOMAN RIGHT

LAPANGAN 37 Helaian 38

Satu sesi perkongsian khas bertajuk Islam dan Hak Asasi Wanita telah diadakan di Pejabat MRA Myanmar.


Masjid Cebu Madinah

LAPANGAN 37 Helaian 39

Kami telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi membantu kerja-kerja pembaikan Masjid Cebu Madinah berserta program pengimarahan Masjid tersebut.

MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

PUBLIC BANK 3988591608


Pertemuan pertama tim MRA dengan Sdr. Abu Bakar Arabis, Imam Masjid Cebu Madinah Hagnaya, Cebu

Pembaikan Masjid Cebu Madinah di Hagnaya Kubah yang rosak tempohari Menara ini menjadi Rumah Api, sebagai panduan bagi kapal yang belayar malam

MRA telah melancarkan program bagi membantu pembaikan dan pemulihan fasiliti Masjid Cebu Madinah. Kami sedang mengatur bantuan untuk membaiki bumbung Masjid yang telah tercabut ketika taufan melanda tempohari.

Mereka ini kelompok yang unik dan menariknya mereka bukan berasal dari keturunan yang aslinya Juga kami sedang mencari dana untuk menyuMuslim seperti bangsa Moro atau Suluk, mereka adalah dahkan tingkap yang masih belum terpasang dengan sempurna. Bumbung yang berlubang orang tempatan yang asalnya tidak beragama Islam. dan tingkap yang tidak sempurna menyebabMasjid ini turut terjejas dan mengalami kerosakan diba- kan dewan solat sering basah dan air bertahagian bumbung ketika Taufan Haiyan melanda tempo- kung kerana terkena tempias hujan yang turun. hari.

LAPANGAN 37 Helaian 40

Ketika kami sampai buat kali pertama di Masjid ini, kami merasa amat gembira kerana tidak sangka kami akan bertemu dengan saudara seagama di Pulau Cebu yang terletak dalam gugusan Pulau-pulau Visayas ini.


Tingkap yang belum sempurna

Lampu Siling yang tidak mencukupi Bumbung yang rosak dipukul Taufan Haiyan

Menziarahi orang tua

Masjid yang paling strategik di Pulau Cebu

Mahukah anda untuk turut serta menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu kami membaik pulih Masjid Cebu Madinah ini? Kami bersedia untuk hadir memberikan penerangan terperinci mengenai program pembaik Untuk sumbangan DANA:pulihan Masjid ini berserta perancangan bagi men- MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION ghidupkan aktiviti pendidikan termasuk pembangunan ekonomi bagi masyarakat setempat.

LAPANGAN 37 Helaian 41

PUBLIC BANK 3988591608

Antara bilik dalam masjid yang belum siap

Masjid tanpa karpet dan mimbar


Terbang di awan si burung Bayan Pabila letih hinggap disarang Misi bantuan di Pulau Bentayan Ibarat sirih pulang ke gagang

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.

Salah seorang sukarelawan dari Perancis yang kurang sihat sedang mendapatkan rawatan di Pusat ETC MRA di Bentayan . Beliau sedang dirawat oleh Dr. Hyzan Yusoff, seorang Pakar Ortho yang merupakan Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA


LaPANGAN 37