Issuu on Google+

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

memperkasa

DIALOG SILANG AGAMA

    

Tabung Syria MRA Klinik Lapangan di Sek. Rohingya 100 buah lagi Rumah Syukur Jelajah Syria di Terengganu Projek Empangan Hidro di Batagram

LAPANGAN 32


MEMPERKASA DIALOG SILANG AGAMA Dalam perlaksanaan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di wilayah konflik dan bergolak terutamanya yang melibatkan agama dan kepercayaan yang berlainan, MRA sentiasa mencari jalan penyelesaian dan kaedah terbaik terutamanya berkaitan perlaksanaan program di Lapangan serta yang berkaitan dengan keselamatan petugas dan kelompok yang dibantu di lapangan. Mengendalikan aktiviti bantuan kemanusiaan di wilayah pasca bencana adalah 180 darjah berbeza dengan aktiviti di wilayah bergolak dan konflik. Di wilayah bencana, walaupun berbeza agama, kehadiran organisasi kita dialu-alukan oleh orang tempatan, diberikan keutamaan, menikmati pelbagai keselesaan dan dilayan dengan begitu baik sekali. Yang sukar menjadi mudah. Yang payah menjadi senang. Yang tiada boleh diadakan. Yang ada boleh dirungkai atau `by pass` sahaja.

Justeru itu, di wilayah konflik dimana MRA bergerak dan beroperasi, kami sering mengadakan program dialog silang agama dan budaya bagi membina keyakinan dan kepercayaan dikalangan setiap yang terlibat agar keamanan dapat dikekalkan dan setiap pihak saling hormat dan menghormati. Ayat Al Quran dari Surah Al Kafirun yang berbunyi, bagi kamu agamamu dan bagi kami agama kami adalah asas kepada perlunya diperbanyakkan lagi dialog-dialog dan kerjasama yang menjurus kearah pemahaman mengenai agama lain. Misi Rahmatan lil Alamin untuk muslim dan belum muslim

Akan tetapi, bertugas di wilayah konflik, kita sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Setiap detik dan saat dalam 24 jam, sehari semalam kita siap siaga atas sebarang kemungkinan. Kami juga tidur dengan pakaian lengkap bersedia dan tidur-tidur ayam sahaja. Kalau di wilayah bencana kita melihat wajah sedih, kecewa dan apabila diberikan bantuan, kita mendapat ucapan tahniah, terima kasih, dipeluk dan didoakan, tetapi di wilayah konflik, di kalangan host community, kita melihat wajah benci, wajah ganas, wajah bengis dan wajah tidak percaya yang cukup melemahkan moral dan mental petugas.

Ianya bukan sesuatu yang mudah dan cepat. Ianya mengambil masa, kesungguhan dan semangat yang kuat untuk menjayakannya. Ianya merupakan satu tugas sukar lagi berat untuk dilaksanakan, tetapi ianya merupakan satu usaha yang cukup baik lagi berkesan. Mengadakan dialog silang agama tidak bererti kita menjual agama kita dan menyamaratakan semua agama pada satu garisan, tetapi dengan adanya dialog silang agama ini kita menjadi lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap agama yang kita anuti dan amalkan.

Berjalan di tempat awam mengundang kepada kemungkinan dicemuh dan dihina, lebih ekstrim anda mungkin diserang dan dipukul, inilah yang pernah kami alami dan ianya tidak langsung menyeronokkan dan kami tidak nampak sebarang nilai berita dalam keadaan sebegini, melainkan ianya semakin menjadi- Ianya juga memberikan kita kefahaman mengenai kan kedua kelompok dilapangan semakin jauh mem- tingkah laku, tindak balas dan perlakuan sikap sebenci diantara satu sama lain. setengah manusia dalam kegiatan harian mereka, agama memainkan peranan penting dalam menentuMRA percaya dan penuh yakin, pengalaman Malaysia kan apa yang mereka ucapkan, fikirkan dan lakusebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama kan.Hormat menghormati adalah asas utama dalam menguruskan rakyatnya boleh dijadikan contoh dan dialog silang agama ini. penanda aras bagi negara-negara lain dirantau ini. Shahrul, Pengarah Eksekutif


Isi kandungan LAPANGAN 32 ms 3-4 Tabung Syria MRA ms 5-6 Klinik Lapangan MRA di Sekolah Rohingya

ms 7 Gelandangan Next Visit

PRESIDEN ms 15 Teambuilding GCC

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

ms 17-18 Siri Jelajah Syria Terengganu ms 19-20 Pencerahan bersama Nouman Ali Khan

ms 8 Induksi Al Islam

ms 9 Lawatan Anak Rohingya ke SMHK

Dato Dr. Abdul Razak Kechik

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

ms 21 TERBAIK, Projek Empangan Hidro MRA

ms 22 Kelas Bahasa Isyarat

ms 11-12 CIMB ISLAMIK taja 100 lagi Rumah Syukur

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

SOKONG & SUMBANG kepada MRA

PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 1411 0000588 10 2 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 5960 8

MAKLUMAT lanjut untuk SOKONG & SUMBANG kepada MRA boleh hubungi Jabatan Kewangan MRA di talian 03 2697 2007

Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

LAPANGAN 32 Helaian 2


Dari kiri: Pengurus Operasi, Timbalan Presiden, Presiden dan Pengarah Eksekutif bersedia untuk membantu pelarian Syria

PELANCARAN TABUNG SYRIA KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malaysian Relief Agency (MRA) hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Syria bagi menyalurkan bantuan kepada pelarianpelarian Syria di beberapa kem pelarian di negara-negara jirannya.

Yang turut hadir Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Mas'ud dan Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said.

Menurut Abdul Razak, MRA akan memulakan misi bantuan tersebut pada 8 Presiden MRA, Datuk Dr. Abdul Razak September ini di kem pelarian Syria di Kechik berkata, kemelut yang semakin Amman, Jordan. parah melanda Syria menyebabkan jumlah pelarian di kem-kem di Mesir, Misi itu katanya, akan turut disertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa Turki, Iraq, Lubnan dan Jordan sesak. lain seperti Gabungan Persatuan PeKesesakan itu, katanya, akan menyebab- rubatan Islam Sedunia (FIMA), Perkan krisis kemanusiaan yang kritikal satuan Sains Perubatan Jordan dan Perterutama kepada golongan wanita dan satuan Forum Doktor-Doktor Syria. kanak-kanak berikutan kekurangan bekalan makanan serta bantuan ''MRA telah melakukan tinjauan ke atas kem tersebut pada April lalu bagi perubatan. mendapatkan gambaran sebenar men''MRA akan menumpukan kepada tiga genai keadaan di sana dan mengenal bentuk bantuan iaitu penyediaan ke pasti bantuan diperlukan,'' katanya. perluan asas, peralatan perubatan untuk hospital lapangan serta rawatan susulan Sumbangan boleh disalurkan kepada Malaysian Relief Agency menerusi daripada pasukan perubatan Malaysia. akaun Maybank Berhad bernombor ''Kami amat berharap seluruh rakyat Ma- 5640-9820-6365. laysia dapat menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban ditanggung Untuk maklumat lanjut, boleh melayari pelarian,'' katanya dalam sidang akhbar laman web www.mra.my atau hubungi talian 03-26972007/012-4668033 atau sempena pelancaran tabung itu di sini. e-mel ke alamat admin@mra.my.

Di pinggir Amman, Jordan

LAPANGAN 32 Helaian 3


Wartawan bertanyakan strategi jangka panjang MRA

Dr. Ishak sedang berkongsi pengalaman beliau dengan wartawan

Menerangkan kepada wartawan misi bantuan SYRIA dari MRA

Bersedia menjawab soalan wartawan Kem pelarian padat...

Bantuan tidak mencukupi...

Ramai yang cedera

Dr. Ishak Mas`ud menerangkan keadaan pelarian Syria yang serba sulit dan kepayahan

MRA telahpun menghantar pasukan bantuan awalnya pada April 2013 yang lalu dan kami telahpun mengenalpasti lokasi dan kelompok pelarian Syria yang perlu dibantu. Justeru kami telah mengatur gerakerja dan strategi yang bersesuaian untuk memastikan bantuan yang dihulurkan dapat sampai kepada mereka yang layak menerimanya. Tim bantuan awal yang dihantar oleh MRA telah diketuai oleh Timbalan Presiden MRA iaitu Dr. Ishak Mas`ud sendiri. Beliau telah berpeluang untuk menziarahi pelarian Syria yang berada di pinggir bandar Amman dan juga pelarian Syria yang mendapat kecederaan dan sedang menerima rawatan di pusat-pusat kesihatan yang terdapat di Amman, Jordan.

LAPANGAN 32 Helaian 4


Klinik Lapangan

Rohingya

Dr. Shahrizal Azwan sedang merawat salah seorang anak Rohinyga yang hadir ke Klinik Lapangan MRA

MRA sekali lagi menyumbang tenaga dan bakti dengan tampil membuka sebuah Klinik Lapangan untuk memeriksa kesihatan dan merawat anak-anak murid dan penduduk Rohingya di kampung Cheras Baru. Klinik Lapangan kali ini telah berjaya diadakan bertempat di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru.

Ustaz Shuaib menjadi penterjemah bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Malaysia

Klinik Lapangan MRA memberikan rawatan untuk para pelarian

Lebih dari 100 orang pesakit yang terdiri dari kanak-kanak dan orang dewasa dari kalangan anak murid Sekolah Rohingya dan keluarga mereka telah hadir untuk men dapatkan rawatan. Kami mendapat sambutan yang cukup baik dari penduduk setempat, juga kerjasama erat yang terjalin dikalangan SAHABAT tambah membanggakan.

Membuat profiling

LAPANGAN 32 Helaian 5


Klinik Lapangan ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari penuntut perubatan dari UITM, penuntut perubatan dari universiti luar negara, SAHABAT MRA dan sokongan dari yang lain. Tahniah dan terima kasih diucapkan juga kepada Dr. Shahrizal Azwan, Pengarah Biro Perubatan MRA yang dibantu oleh Dr. Fairuz, Pakar Kanak-kanak dan Dr. Maryati Maharon yang turut serta dalam klinik lapangan ini. Tidak lupa juga, kalungan terima kasih kepada tim MYCORPS yang turut serta.

Membuat catatan BMI

Penuntut Perubatan turut hadir membantu kami menggerakkan Klinik

Merawat anak Rohingya yang hadir ke Klinik Lapangan kami

SABAR. Anda akan kami layani sebentar nanti

Pelarian Rohingya hadir mendapatkan rawatan

Dr. Maryati sedang melayan salah seorang anak Rohingya

LAPANGAN 32 Helaian 6


Bersedia untuk berkhidmat

Bersedia untuk pengalaman baru

Bersedia untuk aksi

Kami tetap berada di kawasan operasi yang sama. Menyantuni mereka yang menjadikan kawasan ini sebagai rumah kediaman mereka. Kalau bukan kita siapa lagi?

GELANDANGAN: NEXT VISIT

Penerusan misi yang belum selesai

Perkongsian dari mentor

Tim Gelandangan MRA turun lagi. Kami masih lagi turun di kawasan yang sama sejak misimisi yang terdahulu.

Maklumat yang kami terima ini telah membantu kami dalam mengatur gerakerja yang seterusnya dalam membantu kelompok gelandangan Kali ini kami lebih bersedia dan ini. lebih berpengalaman. Kami telah membuat kajian dan mendapatkan MRA telah menyediakan pek maklumbalas daripada mereka hygiene kit yang sesuai dan yang menjadi gelandangan disana senang untuk dibawa oleh mengenai keperluan dan bantuan mereka yang bergelandangan yang mereka perlukan. disini.

LAPANGAN 32 Helaian 7


Budaya Ilmu bukanlah sesuatu yang asing disini.

Al Islam mempunyai polisi mantap sebagai sebuah Hospital yang mesra Ibadah

Dengan ibadah kita akan ke Syurga Tetapi dengan khidmat kita bertemu ALlah.

INDUKSI MRA di Hospital Pakar Al Islam

Dalam perkongsian kali ini, MRA telah berkongsi mengenai program dan projek bantuan yang telah kami salurkan ke seluruh dunia.

MRA merasa amat bertuah kerana sekali lagi kami dijemput Tumpuan utama ialah mengenai program

untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang kami bantuan yang sedang digerakkan oleh MRA miliki bersama warga kerja Hospital Pakar Al Islam yang dalam rekayasa bagi membantu pelarian Syria yang cedera, sakit dan menjadi mengsa kekekomited dan sentiasa cemerlang didalam kerjaya mereka. jaman disebabkan oleh perang yang tercetus. Sekadar makluman untuk mereka yang tidak pernah tahu, Hospital Pakar Al Islam merupakan rakan dakwah MRA Kami turut berkongsi mengenai perlaksanaan dalam banyak misi bantuan yang telah kami gerakkan program kami di wilayah bergolak Arakan. Kami memaklumkan mengenai bagaimana samada di dalam mahupun di luar negara. kami memulakan langkah untuk membuka Malahan, kebanyakkan wargakerja Al Islam pernah mengi- operasi kami disana. Termasuk kesulitan kuti program dan aktiviti bantuan yang dianjurkan oleh yang terpaksa kami alami semasa menggerakkan misi di lapangan. MRA.

LAPANGAN 32 Helaian 8


Terima Kasih Cikgu kerana sudi memberikan mereka peluang untuk berada di sekolah yang sebenarnya.

LAWATAN ANAK ROHINGYA KE Sekolah Menengah Hulu Kelang Meninjau pusat sumber sekolah

Sekolah kami tiada taman bunga

Anak-anak pelarian Rohingya hari ini berpeluang untuk berkunjung ke sebuah sekolah menengah yang memberikan mereka peluang untuk melawat dan meninjau bagaimana sebuah sekolah dikendalikan sepenuhnya.

Kesempatan ini telah digunakan oleh mereka untuk meninjau perpustakaan, makmal komputer, makmal sains, melawat kelaskelas dan beramah mesra dengan murid-murid yang lain. Lawatan ini pastinya memberikan mereka semangat untuk terus belajar bersungguh sungguh dan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Peluang keemasan ini diberikan oleh Puan Salmah Hj Wahab, Pengetua Sekolah Menengah Hulu Kelang yang prihatin dan begitu memahami konflik dan kemelut yang melanda anak-anak pelarian yang tidak bersalah lagi berdosa ini.

Untuk makluman, MRA sedang mengatur silibus pendidikan di Sekolah Komuniti MRA seperti silibus yang digunakan diperingkat Sekolah Rendah Malaysia dengan sedikit penambahan bagi kesesuaian buat mereka agar tidak hilang jatidiri dan semangat perjuangan mereka.

LAPANGAN 32 Helaian 9


Berbincang hingga lewat malam mengenai progress Rumah Syukur di Padang Pariaman

PENERUSAN MISI PADANG Di salah satu tapak yang belum dibina

Di salah satu tapak yang terletak diatas puncak bukit

Pak Daryanto bersama pemilik rumah

Kerja-kerja bantuan Kemanusiaan MRA dibumi Padang, terutamanya di Padang Pariaman, masih berterusan walaupun sudah memasuki tahun kelima pembabitan MRA di sana. Fasa Bantuan Kecemasan telah lama kami tinggalkan dan kami kini telah beralih dari Fasa Kelegaan (Relief) memasuki Fasa Rehabilitasi dan Pembangunan. Siri pembinaan Rumah Syukur yang kesekian kalinya diteruskan lagi, kali ini kami bakal menyiapkan tambahan 100 buah Rumah Syukur lagi. Ini bermakna, kami akan mempunyai sebanyak 416 buah Rumah Syukur yang dibangunkan di Padang Pariaman nanti.

Memantau perkembangan projek Pembinaan Rumah Syukur kami

Pak Daryanto Lim, Pengurus Projek Lapangan MRA di lapangan, bertungkus lumus bagi memastikan setiap rumah dapat dibina sebelum tibanya musim tengkujuh di hujung tahun nanti.

LAPANGAN 32 Helaian 10


Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA

Dato Syed Muhammad Syed Abdul Kadir, Presiden CIMB ISLAMIC

Al Fadhil Ustaz Zarizan Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah berhubung kesyukuran diatas nikmat yang telah tuhan berikan.

USAHA murni MRA membangunkan Rumah Syukur di Padang Pariaman yang bermula kira-kira sebulan selepas bencana tersebut berlaku telah berjaya menarik perhatian sebuah bank terkemuka di Malaysia untuk turut sama terlibat membantu. CIMB Islamic melalui program CSR mereka telah menyatakan komitmen dan kesungguhan untuk menyokong kami dalam menyiapkan rumahrumah Syukur yang masih berbaki lagi. Alhamdulillah, CIMB Islamic telah terlibat secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab membantu MRA dalam membangunkan 300 buah rumah Syukur lagi untuk penduduk di Padang Pariaman yang kehilangan rumah dalam tragedi gempa yang lalu.

Khusyuk dan Serius LAPANGAN 32 Helaian 11


CIMB ISLAMIC TAJA 100 RUMAH SYUKUR LAGI

Kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Tuan Badlisyah Abdul Ghani mengiringi Presiden CIMB Islamic, Dato Syed Muhammad Syed Abdul Kadir disertai oleh Presiden MRA, Dato` Dr. Abdul Razak Kechik dan pengurusan kanan CIMB Islamic yang lain meninjau salah satu dari Rumah Syukur yang telah siap dibina.

Penerima Rumah Syukur sedang tekun mendengar ucapan

Komitmen yang diberikan oleh CIMB Islamic amat membanggakan, walaupun sudah 4 tahun bencana berlalu, CIMB Islamic tetap hadir membantu mereka yang serba memerlukan. Ini merupakan satu usaha terpuji yang wajar diberikan sorotan dan diwawarkan agar menjadi satu penanda aras bagi organisasi lain untuk turut terlibat hadir membantu. Di kesempatan ini, MRA merakamkan jutaan terima kasih kepada CIMB Islamic, terutamanya kepada Presiden CIMB Islamic, Dato Syed dan CEO CIMB Islamic, Tuan Badlisyah dan seluruh wargakerja CIMB yang sentiasa bersama MRA berganding bahu menggerakkan misi pembikinan Rumah Syukur ini, tanpa bantuan anda, projek ini mungkin tidak berjaya seperti yang ada hari ini.

LAPANGAN 32 Helaian 12


Rumah Terbuka YPEIM Rakan Dakwah MRA, YPEIM telah menjemput MRA untuk hadir sama-sama memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri mereka bertempat di Pusat Konvensyen CIDB berhampiran Cheras. MRA telah menjalinkan kerjasama dakwah strategik dengan YPEIM melalui kerjasama sulung kami iaitu Program Bantuan ke Arakan bagi meringankan kesulitan yang dialami oleh mereka yang malang di bumi tersebut.

Sdr. Selabi menyambut kami dipintu masuk dewan

Pengarah Eksekutif bersama pengurusan kanan secretariat MRA telah hadir sama.

MRA telah menghantar wakil untuk turut serta dalam Emergency Regional Conference on Egypt Massacre yang dianjurkan oleh MAPIM bertempat di Masjid Al Falah, USJ9 di Subang Jaya. Konferen ini bertujuan untuk mendesak dan menggesa dunia untuk campurtangan dalam konflik berdarah Mesir yang menjatuhkan Kerajaan yang dilantik rakyat dengan kuasa tentera yang menindas.

MESYUARAT KECEMASAN TENTANG GAZA Bila sepakat, pasti mendapat berkat

MAPIM sekali lagi mengambil inisiatif bagi menganjurkan satu Mesyuarat Kecemasan berkenaan isu Gaza yang begitu terkesan dengan konflik yang berlaku di Mesir. Perubahan polisi dan tampuk kepimpinan di Mesir mengakibatkan kepada penutupan pintu masuk ke Gaza dari Mesir. Mesyuarat ini bertujuan untuk mencari jalan bagi menghulurkan bantuan ke wilayah Palestin yang sangat sulit dan serba kekurangan terutama makanan dan ubatubatan.

LAPANGAN 32 Helaian 13


SEBELUM

SELEPAS

TERAPI KHALID Kaedah DOUSA HAU telah digunakan untuk membantu adik Khalid, seorang OKU dari Somalia yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur. Kami telah menziarahi beliau sejak Aidilfitri yang lalu dan telah mula ada perubahan pada dirinya setelah melalui beberapa siri terapi Dousa Hau yang kami aturkan untuk beliau. Gambar kiri adalah sewaktu kali pertama kami bertemu beliau, manakala gambar kanan pula adalah setelah beliau melalui sesi terapi kami, Khalid sudah boleh duduk, Alhamdulillah

LAPANGAN 32 Helaian 14


Menjadi Manusia Terbaik

teambuilding GCC UIA Menggalas beban tanggungjawab

Merintis Denai Tiada istilah Istirehat

Memasak tidak mudah Selepas terlibat dalam teambuilding GCC di UIA Petaling Jaya tempohari, kami diminta untuk membantu lagi dalam menganjurkan program teambuilding yang melibatkan aktiviti fizikal dan lebih mencabar minda dan diri.

Program kali ini banyak menekankan kepada aspek pembinaan kumpulan yang lebih dinamik dan kukuh. Menjadikan alam sekitar dan keadaan cuaca sebagai sandaran, program ini dapat mencapai objektif yang digariskan.

Satu lokasi mencabar dan memenuhi objektif program telah kami temui dan semua yang dirancang bersama bersedia untuk dilaksanakan.

Diharapkan agar GCC terus cemerlang dan gemilang dalam meneruskan kerja-kerja kebajikan dan jasa.


Pejabat Operasi MRA di Rangoon menerima kunjungan dari rakan pelaksana program silang agama, projek keamanan, perdamaian dan penyelesaian konflik, En. U Zin Lay. Kami turut membincangkan tentang rancangan masa depan kami untuk mewujudkan suasana aman dan damai di Myanmar. Kami turut membincangkan bagaimana untuk mengendalikan situasi yang boleh menimbulkan keresahan dan kegusaran kepada penduduk.

Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru terus menerima tetamu. Hari ini kami menerima dua tetamu istimewa iaitu Puan Azanurita yang berminat untuk mengajar dalam bidang Matematiks. Yang kedua, kami menerima kehadiran Puan Dilaila, warga Perancis yang berminat untuk mengajar Sains dan Bahasa Inggeris. Selamat datang ke sekolah Rohingya kami ini.

LAPANGAN 32 Helaian 16


Siri Jelajah SYRIA

MRA berada di bumi bertuah Terengganu Darul Iman

MRA telah bergerak membantu pelarian Syria sejak bulan April 2013 yang lalu lagi. Cumanya, MRA memilih untuk tidak beroperasi di wilayah yang terbabit dalam pertempuran kerana kami sukar untuk memastikan jaminan keselamatan kepada para petugas kami yang bertugas di kawasan seperti ini. Namun, MRA telah mengambil ketetapan untuk tampil membantu para pelarian Syria yang memerlukan bantuan dengan cara memberikan bantuan kepada keluarga-keluarga pelarian Syria yang menetap di pinggir bandar Amman, Jordan. Kami menghulurkan bantuan dalam bentuk dana bantuan makanan dan sewa rumah. Kami juga bercadang untuk memberikan bantuan dalam bentuk peralatan perubatan (medical equipment) kepada mereka. Majlis Penerangan Isu Syria turut diadakan bersama ABIMWADAH Terengganu.

Tim MRA bergambar bersama Imam Besar Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Ust. Wan Hazim Al Shoubrawy dan Bilal Masjid

Malaysian Relief Agency (MRA) melalui Misi Jelajah Syria telah berkesempatan untuk berceramah dan mengadakan pameran di negeri Terengganu Darul Iman. Lokasi pertama kami ialah di Masjid Abidin Kuala Terengganu yang juga pernah dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar. Masjid ini juga merupakan, Masjid Negeri Terengganu. Kami berpeluang mengadakan pameran disini, pada petang Khamis hingga ke malam Jumaat. Pameran kami diteruskan hingga ke pagi esoknya sebelum dan selepas Solat Jumaat. . Sambutan yang kami terima berdasarkan kepada pengunjung yang hadir melawat pameran kami amatlah menggalakkan.

LAPANGAN 32 Helaian 17


Memberikan penerangan

Siap Sedia Khusyuk & Insaf

Bersama HELWA Terengganu Sdr.Tuan Haji Khairil Annuar Khalid berceramah di Masjid Sultanah Nur Zahrah, Marang

Kami turut berkesempatan untuk berkongsi dan memberikan Kami tegaskan bahawa kami bukanlah tim mujahidin atau pemtaklimat ringkas mengenai gerakerja bantuan kami di Syria buru syahid. Kami hanyalah pekerja bantuan kemanusiaan kepada ABIM dan WADAH Terengganu di markas mereka. yang memilih untuk membantu dalam jangka masa sesuai, berkesan dan dengan penuh sedar memahami segala risiko Kami menerangkan mengenai bentuk dan corak bantuan yang yang kami hadapi. kami salurkan serta lokasi dimana kami bekerja. Kami juga menerangkan mengenai konflik ini secara ringkas menerusi pen- Disebelah malam pula kami berkongsi dalam slot Kuliah Maghgamatan MRA. Kami memilih untuk membantu pelarian Syria rib di Masjid Sultanah Nur Zahrah, Marang, Terengganu sebeyang berada di luar negara mereka. lum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

LAPANGAN 32 Helaian 18


Beliau merupakan seorang pencermah ter kemuka yang membicarakan tentang Al Quran dan isi kandungannya. Beliau juga merupakan pengasas kepada sebuah entiti yang dinamakan Bayyinah dan terlibat sebagai jurulatih utama dan terlibat dalam pelbagai program, termasuk seminar bergerak dan program TV. MRA telah dipelawa untuk membuka booth pameran oleh penganjur Nouman Ali Khan in Malaysia ini iaitu Nur Ala Nur. Malahan kami juga diberikan satu slot penerangan untuk Kempen Rohingya MRA sebelum `talk` Nouman bermula. Kami juga berkesempatan untuk bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan Nouman di akhir program tersebut. Terima kasih diucapkan pada Nur Ala Nur kerana sudi memberi peluang kepada MRA untuk terlibat dan membuka pameran sepanjang program ini berlangsung.

PENCERAHAN BERSAMA

NOUMAN ALI KHAN

Terima kasih pada SAHABAT MRA yang datang membantu

Memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir

LAPANGAN 32 Helaian 19


Memberikan penerangan

Kami kerja di lapangan

Bertukar-tukar fikiran dan informasi bersama Sheikh Nouman Ali Khan

Berkongsi maklumat

Wargakerja MRA dan SAHABAT MRA berganding bahu memberikan yang terbaik

LAPANGAN 32 Helaian 20


TERBAIK

Projek Empangan Hidro MRA di Batagram MRA melalui rakan pelaksana kami di Pakistan iaitu Yayasan Al Khidmat telah berjaya menyiapkan sebuah Mini Empangan Hidro di sebuah daerah di Shamlai, Batagram. Mini Empangan Hidro ini telah memberikan manfaat dan faedah bagi keperluan elektrik dan saliran bagi ladangladang buat 535 orang dari 70 buah isi rumah yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah sudi membantu kami hingga terbinanya empangan ini. Presiden Al Khidmat semasa Majlis Perasmian

Bilik Pam

Takungan Air

Air dari Gunung

Kami serius untuk membantu

LAPANGAN 32 Helaian 21


Semua peserta bergambar ramai, sebelum kelas bermula

Kelas Bahasa Isyarat datang lagi...

Kelas Bahasa Isyarat MRA bermula lagi. Kali ini ianya turut disertai oleh beberapa orang mahasiswa dari luar negara yang pulang bercuti. Kehadiran juga menggalakkan dan penyertaan amat aktif dari kalangan peserta.

Seperti kursus-kursus yang lalu, kami mendapat bantuan dan latihan dari guru yang berpengalaman yang dihantar oleh PERSIBA. Dalam tempoh sesingkat dua hari ini, para peserta telah dapat menguasai perbualan asas dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Isyarat.

LAPANGAN 32 Helaian 22


Garismasa

Soto mendapat sambutan yang cukup menggalakan

Ganbatte Kudasai! Penghuni Pusat Pemindahan keluar beratur untuk menikmati soto kami

Penduduk tempatan amat menghargai bantuan yang diberikan Tentera Jepun turut kami santuni

Walaupun mereka masih menuntut, tetapi mereka tetap meluangkan masa dan tenaga untuk membantu kami dalam penyediaan, me n yi a p ka n d a n ke mudiannya mengagihkan kepada para penghuni pusat penempatan Tsunami di Sekolah Tinggi Shizugawa di Arigato Gozaimas MRA! Minami Sanriku. Tahniah.

LAPANGAN 32 Helaian 23


Seluruh tim agihan makanan bermasak MRA bergambar sama Agihan dilakukan sehingga malam. Tim MRA bergambar bersama penghuni di situ

Terung menerung ulam peria Petik senang si limau purut Tolong menolong amalan mulia Hati terkenang mulut menyebut

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.


32_LaPANGAN