Page 1


KOLAJ EKSPERIMENTAL Penulis & rekaan: Nasiha Shaharudin Imej kulit buku: Siti Nur balqis (jurukamera), Pameran seni visual STPM 2011, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. (Depan)

Nasiha Shaharudin, sneaker, kolaj kertas atas kertas, 24 x 27cm, 2016 (Belakang)


KOLAJ EKSPERIMENTAL UNTUK PANDUAN GURU SENI BAGI TAHAP SEKOLAH MENENGAH RENDAH


kandungan : PENGENALAN CARA GUNA BUKU INI

GARISAN

KOLAJ SEBAGAI EKSPERIMEN

15 21 22

JENIS KOLAJ

SEJARAH

GLOSARI

10 11

DEFINISI

RUPA

72

8 9

24 32

BENTUK

40

WARNA

48

JALINAN

56

RUANG

64

BAHAN ASAS TEKNIK POTONG

EKSPERIMEN


TEKNIK POTONG

ALAT ASAS

JENIS KOLAJ

SEJARAH SENI KOLAJ

DEFINISI

KOLAJ SEBAGAI EKSPERIMEN

CARA GUNA BUKU INI

PENGENALAN


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CARA guna buku ini B

teks untuk langkah-langkah tidak mengikut turutan dengan ilustrasi demostrasi yang ditunjukkan.

uku ini membantu individu dalam menggunakan kolaj sebagai salah satu opsyen atau aktiviti berasaskan studio di dalam kelas seni dalam memberi kefahaman elemen seni. Sumber panduan eksperimental kolaj ini diisi dengan dua bahagian. Bahagian pertama dibentangkan dengan pegenalan kolaj iaitu apa itu kolaj, jenis tenik kolaj, contoh karya-karya kolaj dan sejarah kolaj dalam disetiap gerakan seni barat.

Bahagian kedua adalah dikategorikan sebagai eksperimentasi. langkah-langkah bereksperimentasi dengan kolaj berdasarkan elemen seni. Bahagian ini dirangkaikan kepada lima elemen seni bagi memudahkan kefahaman guru, pelajar mahupun individu yang ingin bereksperimentasi dengan teknik ini. Di setiap elemen akan diberikan dua peringkat eksperimen, iaitu mudah, dan tahap sukar. Setiap langkah yang ditunjukkan, dibina untuk memberi buah idea. Bahagian ini boleh menjadi permulaan latihan sebelum pergike langkah seterusnya, bagi menjadi lebih mudah. Proses pembelajaran serta penerangan berkaitan kolaj yang diterangkan di dalam sumber panduan ini membentangkan kefahaman saya mengenai eksperimental kolaj yang telah saya praktiskan di dalam buku lakaran (sketchbook's) mahupun penghasilan karya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di harap buku ini dapat menyumbangkan buah idea untuk pembaca yang ingin menggunakan kolaj sebagai satu langkah percubaan memahami elemen seni, seterusnya menjadi salah satu opsyen yang menarik untuk dijadikan aktiviti.

8

sebagai cadangan tambahan

karya yang telah siap dari proses eksperimen

sebagai rujukan tambahan

sebagai pembandingan hasil eksperimen dengan dua contoh lain yang ditunjukkan


kolaj sebagai eksperimen

KOLAJ EKSPERIMENTAL

K

olaj sebahagian dari kehidupan harian kita. Bermula dari cantuman memori yang kita bina di dalam pemikiran kita sehinggalah ianya diterjemahkan apa yang kita lihat di skrin television, telepon pintar mahupun komputer. Semuanya ini terjadi, tanpa kita sedar telah menggunakan teknik kolaj untuk menghasilkan idea yang kreatif sekaligus menyampaikan maklumat. Kolaj merupakan medium terbaik untuk bereksperimentasi dengan material, teknik, imaginasi,kreativiti serta elemen dan prinsip seni sebelum individu itu mengambil keputusan untuk ke peringkat akhir penghasilan karya mahupun rekabentuk. Bereksperimentasi menggunakan teknik kolaj ada persamaan dan bezanya mengikut bidang, bagi bidang perekaan seperti pereka grafik, arkitek dan berkaitan, kolaj menjadi perterjemahan idea melalui buku lakaran ataupun bereksperimentasi menggunakan perisian kreatif seperti adobe creative suite. Di dalam bidang seni halus, teknik kolaj sememangnya sangat popular di dalam bereksperimentasi dengan bahan, dan dibantu dengan imaginasi serta asas senireka di dalam penghasilan karya. Sepanjang gerakan seni kolaj yang melalui peredaran seni, kolaj telah melalui pelbagai pembaharuan dan perubahan, sehingga kini, kolaj dilihat sebagai teknik yang mampu membawa impak positif dalam pelbagai cabang seni, ekonomi, dan psikologi. Kolaj memberikan individu melalui proses pengalaman untuk mencuba sesuatu yang baru dengan material yang ada disekeliling kita. Teknik kolaj menjadi perantaraan untuk berinspirasi dan bereksplorasi dengan berfikiran secara "out of the box" serta dibantu oleh elemen dan prinsip seni.

9


KOLAJ EKSPERIMENTAL

DEFINISI:

berasal dari perkataan bahasa perancis K olaj iaitu “colle� yang bermaksud gam. Istilah ini

dicipta oleh Georges Braque dan Pablo Picasso pada awal abad ke-20 apabila kolaj menjadi sebahagian dari seni moden. Namun setelah dikaji dan diteliti, Pablo Picasso merupakan orang pertama yang menghasilkan kolaj secara serius di atas karya. Secara pemahaman umum, ramai yang tahu kolaj bermaksud potong dan tampal. Namun sekiranya dilihat lebih spesifik, kolaj ialah teknik menggambar, hasil kerja seni yang dihasilkan oleh teknik memotong dan menampal

10

menggunakan pelbagai material di atas permukaan 2-dimensi; kadangkala digabungkan dengan pigmen warna dan lain teknik. Pemaknaan ini juga dipersetujui oleh Ocvirk (2006) yang mendefinisikan kolaj adalah teknik menggambar yang menggunakan bahan sebenar yang mempunyai tekstur dan dilekatkan di atas permukaan rata, dan kadang kala dikombinasi dengan pelbagai teknik. Kolaj adalah seni formal yang teknik dan mediumnya akan mengalami perubahan mengikut kefahaman artis dan peredaran gaya seni moden, terutamanya dalam seni visual yang dihasilkan dari himpunan bentuk-bentuk yang berbeza, sekaligus wujud satu era baru.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

SEJARAH kolaj mula digunakan ketika penciptaan kertas di China, kira-kira 200 masihi lalu. Teknik Penggunaan kolaj bagaimana pun, hanya mampu bertahan sehingga abad ke-10 di Jepun,

apabila kaligrafi mula menggunakan kertas berpaku, dengan menggunakan teks di permukaan, apabila mereka menulis puisi. Era Byzantine mosaic's pada 500 hingga 843 masihi, ketika itu era awal kristian diadaptasikan ketika akhir gaya roman, Byzantines telah menggunakan teknik kolaj iaitu dari potongan kecil mozek dan di tampal di dinding geraja utama dan daerah bagi mengembangkan bahasa visual baru yang berkait ritual agama. Kemudian, teknik kolaj muncul di zaman pertengahan Eropah pada kurun ke-13. Panel daun emas mula digunakan dalam katedral Gotik di sekitar abad ke-15 dan 16. Batu permata dan logam berharga telah digunakan untuk imej agama, ikon, dan juga, senjata. Dalam abad ke-19, kaedah kolaj juga telah digunakan di kalangan penggemar untuk memorabilia (iaitu digunakan untuk foto album) dan buku-buku (iaitu Hans Christian Andersen dan CarlSpitzweg)

KOLAJ DALAM GERAKAN KIUBISME Kemunculan gaya kiubis adalah di awal era 20 , dimana pemikiran mereka terhadap catan mula berubah, mereka mula berfikir mengapa tidak meletakkan sesuatu yang asli dan di gamkan di atas permukaan karya catan mereka, daripada tindakkan itu , Braque dan Picasso merupakan Avant--garde bagi kemunculan kolaj sebagai salah satu teknik seni di dalam karya catan mereka telah dikembangkan.

1. Pablo Picasso, Bottle of Veux Marc Glass, Guitar and Newspaper, Kertas bercetak & dakwat di atas kertas, 62.5 x 46.7cm, 1913.

1

11


KOLAJ EKSPERIMENTAL

KOLAJ DI GERAKAN FUTURISME Berbeza dengan era kiubisme, kolaj futurisme lebih ekspresi untuk menvisualkan mesej yang jelas dengan menggabungkan imej-imej dan perkataan. Kehadiran kolaj dilihat tepat pada waktunya yang ketika itu masuknya zaman perang dunia pertama, pada 1914 , Carlo Carra’s antara artis popular telah menggabungkan kolaj dan perkataan sebagai manifesto dan demostrasi . 2. Carlo Carra, Manifesto For Intervention, 76 x 58cm,1914.

2

3. Kurt Schwitters’s, Merz Picture 32 A.The Cherry Picture, Potong dan tampal kertas bercetak & warna, kain, kayu, logam, gabus, minyak, pensil, dan dakwat di atas papan kertas, 91.8 x 70.5cm, 1921.

KOLAJ DI GERAKAN DADAISME Di awal era dadaisme ketidak-puasan artis muda terhadap perang dunia menjadi salah satu penyebab kolaj mula berkembang dengan meluas sehingga ke hari ini. Artis muda telah mencipta anti-seni yang bermaksud mereka menolak estetik di dalam karya mereka, kerana mereka percaya menggunakan gunting dan gam sebagai simbol senjata berjuang untuk mereka menentang politik dan wujudkan propaganda. Tujuan artis dadaisme adalah untuk membantu menghentikan peperangan dan melepaskan kekecewaan mereka terhadap pemimpin dan konvensyen kelas pertengahan dalam menentang sebarang bentuk kepimpinan dan ideologi yang membimbing.

12

3


KOLAJ EKSPERIMENTAL

KOLAJ DI GERAKAN SURREALISME Pasti para pendidik seni mengenali ciri-ciri gaya surrealis yang bersifat dibawah sedar. Dan pada era ini, kolaj memainkan peranan penting untuk merealisasikan fantasi dan imaginasi bawah sedar para artist di abad ke-19. Hampir ke semua surrealis telah bereksperimen dengan teknik kolaj, hal ini mewujudkan karakter - karakter baru misalnya cengkerang menjadi kepala manusia dan kepala ikan diletakkan di imej badan lelaki. Di lewat abad ke-19 dan di awal abad ke-20 majalah dan kertas berwarna telah menjadi salah satu material yang popular . 4

4. Joan Miró, Drawing - Collage, 1,065 x 719 mm,1933. 5. Richard Hamilton, Interior, Cetak skrin atas kertas, 495 x 638mm,1964–1965.

KOLAJ DI GERAKAN SENI POP Seni pop muncul di akhir abad ke-20 iaitu pada di pertengahan tahun 1950-an sehingga di awal 1960an kerana selepas itu seni pop mengalami perubahan kepada "popular art". Namun apabila melihat kembali karya kolaj bersaiz kecil milik Richard Hamilton dengan tajuk Just What is it that makes todays homes si different, so appealing?. Kolaj telah menapak di gerakan seni pop pada tahun 1922 tetapi karya itu di pamerkan pada tahun 1956. Kolaj di gerakan seni pop dikatakan menjadi medium untuk artis menunjukkan kebimbangan dan kritikan mereka terhadap kesinambungan high-culture dan mass-culture.

5

13


KOLAJ EKSPERIMENTAL

MELANGKAUI KOLAJ

6

KOLAJ HARI INI.... Kolaj pada abad ke-21 membawa maksud kepelbagaian. Percapaian kolaj pada hari ini telah dibawa oleh artis kolaj berabad yang lalu. Mereka telah menjadi inspirasi untuk artis kolaj gerakan seni moden bagi memahami fungsi kolaj dalam estetik, sejarah, elemen dan prinsip seni, serta mesej. Berdepan dengan abad ke-21, kolaj berjalan seiring dengan teknologi. Kolaj bukan lagi hanya gunting dan gam, namun kolaj kini telah menjadi sebahagian kehidupan harian kita. Berterima kasih kepada teknologi dan multimedia yang membawa kolaj ke bidang yang lebih mencabar, dengan sekali klik teknik ini dapat membina pelbagai buah idea.

14

Di awal 1950-an, kolaj bukan lagi kolaj seperti di gerakan-gerakan seni yang sebelum ini, kolaj bukan lagi sekadar tampalan cebisan kertas warna, majalah mahupun kayu. Sebaliknya kolaj klasik hilang dengan digabungkan dengan catan dan asemblaj. Pada diakhir abad ke-20, artis banyak berekplorasi dan eksprimentasi dengan mengabungkan beberapa teknik dan pelbagai bahan. Misalnya, Jean Debuffet artis Prancis telah menghasilkan arca dengan menggunakan teknik asemblaj manakala artis dari America, Robert Raunschenberg telah menghasilkan karya bertajuk Monogram (1955 -1959) dengan meletakkan kambing angora dengan tayar kereta di tengah-tengah catan beliau. 6. Robert Rauschenberg, Monogram, 106.7 Ă— 160.7 Ă— 163.8cm, 1955 - 1959 7. Derek Gores, Be Alert! The Sane Driver is Always Ready, Kolaj atas kanvas, 72 x 48 inchi, 2013

7


KOLAJ EKSPERIMENTAL

jenis kolaj

KOLAJ FABRIK (KAIN) Material utama untuk jenis kolaj ini adalah kain, sama ada kain percha ataupun pakaian lama yang tidak digunakan lagi. Ada artis telah menggunakan teknik mengegam,jahit tangan atau jahit mesin di atas permukaan pilihan, namun lebih baik sekiranya menggunakan kanvas sebagai permukaan sokongan kerana kain mudah melekat bersama kain dan tahan lama. Cebisan kain boleh dipotong dalam bentuk rupa atau dikoyak secara spontan. 1. Siti Fatimah, Wanita berniaga III, Kolaj fabrik atas kanvas, 180 x 150cm, 2012. 2. Mike bernard, Glimpse of the fowey, 17 x 17 inci

1

KOLAJ CATAN Jenis kolaj ini mengaplikasikan teknik kolaj semasa proses penghasilan karya catan. Bahan berasaskan kertas berimej atau berteks antara material yang paling popular sepanjang peredaran era teknik kolaj dalam catan, ada sesetengah proses kolaj catan dimulakan dengan penampal bahan kolaj dan ada juga dimulakan dengan penyapuan cat arkilik, ianya terpulang kepada artis yang menghasilkan kolaj. Namun pada era 1950-an, karya kolaj catan dilihat menjangkaui stail kolaj catan dengan meletakkan sesuatu yang bersifat 3-dimensi. 2

15


KOLAJ EKSPERIMENTAL

KOLAJ KAYU Kolaj kayu muncul agak lewat daripada kolaj kertas. Materialnya berasaskan kayu sama ada kayu terpakai, bahagian dari pintu atau gerobok la ataupun bahagian - bahagian berkayu. Schwitters Kurt mula bereksperimen dengan kolaj kayu pada tahun 1920 setelah bosan dengan catan kolaj dengan kertas. Karyanya yang menggunakan kayu adalah “Merz Picture with Candle�, bermula dari pertengahan hingga akhir 1920-an

2

2. Kurt schwitters, Das unbild, 1919 3. Henri Matisse, Blue Nude II, 76.3 x 115.5 cm,1952.

DECOUPAGE Decoupage adalah jenis kolaj yang kini dikenali sebagai kraf. Namun pada awal abad ke-20, decoupage mula bereksperimen dengan gaya yang kurang realistik dan abstrak. Ia adalah proses meletakkan imej/gambar pada objek untuk hiasan. Decoupage boleh dilakukan dengan beberapa imej/gambar bagi menunjukkan harmoni. Teknik ini selalunya akan di varnis untuk tahan lama serta perlindungan untuk imej yang ditampal. 3

16


KOLAJ EKSPERIMENTAL

FOTOMONTAJ Fotomontaj dihasilkan daripada gambar - gambar, atau bahagian - bahagian gambar. Fotomontaj adalah proses dan hasil membuat gambar dengan mengikut komposisi dengan memotong dan dilekatkan pada beberapa imej lain bagi membentuk imej akhir menjadi suatu imej yang lain.

4. Seha Shaharudin, Characther I, Kertas bercetak atas kertas, 2016 5. Anna Dabrowska, The Oracle, 2015

4

ASSEMBLAJ Asemblaj memberi kefahaman teknik kolaj yang lebih menjangkaui fikiran individu, meletakan material yang sebenar di permukaan yang diwarnakan, bagi mewujudkan sifat 3-dimensi. Namun sekiranya assemblaj yang dihasilkan membolehkan audien melaluinya, karya assemblaj yang bersaiz besar itu dikenali sebagai "seni pemasangan (installation art)".

5

17


KOLAJ EKSPERIMENTAL

MOZEK Seni mozek atau teknik menyusun dan memasang kepingan kertas kecil, jubin, marmar, seramik dan batu-batu sangat popular pada era Byzantine yang sering diliihat pada dinding dan lantai gereja dan kuil. Jika diperhatikan, sering kali dilihat penggunaan batu dan kaca yang berbeza warna yang lebih dikenali Terressae digunakan untuk membuat corak dan gambar. Penghasilannya juga tidak bertindih dan ditampal secara bersebelahan. Kulit telur yang dipecah-pecahkan lalu disusun semula dan diwarna antara teknik mozek yang banyak digunakan sebagai gantian. 6 6. Jesus berjanggut di dinding Basilica of Sant'Apollinare Nuovo, Ravenna,Abad ke-6. 7. Seha Shaharudin, Drawing collage I, A1 2012

DRAWING COLLLAGE Drawing collage merupakan gabungan teknik kolaj dan melukis yang dinpirasikan dari karya kolaj pablo picasso. Dimana jenis teknik ini menggabungkan jenis alatan lukisan seperti pen, pensil, pensil arang, pastel dan bahan media kering dengan perletakkan imej/gambar.

7

18


KOLAJ EKSPERIMENTAL

KOLAJ MEDIA CAMPURAN Teknik ini membenarkan pelbagai teknik dan bahan digunakan bersama teknik kolaj untuk menghasilkan karya yang kreatif. Penghasilan karya ini memerlukan panel atau sokongan yang kukuh seperti kanvas, kertas keras ataupun papan. Ini kerana ianya mengaitkan dengan lapisan dan komposisi disetiap elemen dan material yang cuba dipadankan. 8. Kurt Schwitters, 'Picture of Spatial Growths - Picture with Two Small Dogs' mixed media collage on board, 97 x 69cm, 1920 9. Juan Gris, Breakfast , 1914

8

PAPIER COLLÉ Papier collÊ yang bermaksud ditampal kertas merupakan sejenis kolaj ataupun teknik kolaj yang menampal bahan sebenar berasaskan dari kertas , sebagai contoh suratkhabar, tiket, resit pembelian, risalah-risalah, katalog, majalah serta potongan kertas yang menjadi cebisan-cebisan kecil.

9

19


KOLAJ EKSPERIMENTAL

COLLOGRAPH Teknik ini juga dikenali sebagai collagraph, dimana ianya adalah teknik asas cetakan yang hanya menggunakan kertas keras atau papan sebagai panel dengan menggunakan teknik kolaj untuk menampal pelbagai material kemudian ditampal ke atas permukaan panel sebelum membuat proses pencetakan. Jenis kolaj ini mudah untuk lapisan peringkat umur dan cuma hanya menekankan elemen warna dan tekstur untuk mendapatkan hasil cetakan kolaj yang berkesan.

10 10. Beth Ann Bynum, More than tea leaves, 2014 11.GeneviĂŠve Gauckler, Organic Robot, 2013

DIGITAL KOLAJ Digital kolaj adalah teknik menggunakan perisian kreatif komputer di dalam penciptaan kolaj untuk menggalakkan peluang unsur-unsur visual yang berbeza dan transformasi berikutnya memberi keputusan visual melalui penggunaan media elektronik. Ia biasa digunakan dalam penciptaan seni digital. Contohnya: illustrator cs6,Photoshop cs6

11

20


KOLAJ EKSPERIMENTAL

BAHAN ASAS memikirkan bahan asas yang perlu ada A pabila bersama kita ketika melakukan aktiviti seni kolaj, secara

umumnya,pasti akan mengatakan gunting dan gam. mungkin kerana telah ditanam pemikiran kita sejak dunia kanak-kanak apabila sebut KOLAJ pasti berkait rapat gunting dan gam. YA, itu betul. Namun sebagai artis/guru seni, kita perlu faham sifat material yang bakal digam, sama ada sesuai ataupun tidak untuk dilekatkan mengikut jenis panel sokongan. Selain itu, terdapat satu material asas yang perlu ada di dalam bahan asas iaitu berus. mengapa berus? kerana berus memudahkan individu menyapu pada atas permukaan bahan yang besar dan lebih cepat.

21


KOLAJ EKSPERIMENTAL

teknik potong

keratan, bentuk geometri, corak dan spontan Cebisan, merupakan rupa yang terhasil dari teknik potongan dalam kolaj.

Selalunya, material yang digunakan adalah kertas dan fabrik. HIRIS Terdapat beberapa teknik koyakan yang boleh diketengahkan: Teknik ini menghasilkan cebisan atau imej yang kelihatan berpetak dan MENGUNTING selalunya tidak terlalu mengikut bentuk imej yang sedia ada. Ianya memerlukan Penggunaan gunting dilihat lebih mudah dalam ketelitian dan keselamatan jari semasa pemotongan kertas dan kain. Ianya mudah untuk proses menghiris kertas memandangkan memotong mengikut bentuk imej dan corak. media utamanya ada pisau yang tajam.

KOYAKKAN Teknik mengoyak memberikan kesan berbulu, mempunyai tepi putih dan tidak sekata. Selalunya teknik koyakan digunakan untuk mengoyak secara saiz besar dan sederhana, kerana ianya mudah dan cepat, namun boleh juga untuk mengoyak bersaiz kecil, namun ianya agak payah dan kadang-kala tidak menepati kehendak potongan.

22


RUANG

JALINAN

WARNA

BENTUK

RUPA

GARISAN

EKSPERIMEN


KOLAJ EKSPERIMENTAL

GARISAN

EKSPERIMEN 1

PENERANGAN Kualiti garisan dihasilkan dari interaksi antara peralatan melukis seperti pensil,pen,berus,marker, dan arang, jenis permukaan dan juga kemahiran tangan individu itu sendiri yang memberikan pelbagai kualiti garisan, sekaligus menunjukkan emosi dan mood. Dalam eksperimen ini, kefahaman kualiti garisan berinsipirasikan garisan garisan yang terdapat pada karya Jackson Pollock, yang kita serba tahu, berus dan tuangan pigmen keatas permukakan mewujudkan pebagai garisan dan dalam aktiviti ini diterjemahkan melalui teknik kolaj media campuran.

LANGKAH-LANGKAH 1.Sediakan kertas lukisan bersaiz A3 dan lapiskan dengan 1 warna.Biarkan kering. 2.Lingkarkan dan tampal bahan yang telah dikumpulkan di permukaan kertas lukisan yang telah kering lapisan pertama seperti benang,tali rapia, kain percha yang telah dipotong panjang dan sebagainya. 3.Bancuhkan beberapa warna, buatkan beberapa jenis saiz dan berusan menggunakan beberapa jenis saiz berus di atas ruang permukaan kertas lukisan yang masih berbaki. 4.Setelah siap, biarkan untuk seketika bagi menggeringkan gam serta pigmen arkrilik.

MATERIAL 24


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1

3

2

TIPS

4

Sesuaikan penggunaan permukaan sebagai dasar karya mengikut kesesuaian material dan jenis gam.

Gunakan beberapa karya milik Jackson Pollock sebagai rujukan bagi memahami kualiti garisan.

25


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir

Jackson Pollock ARTIS RUJUKAN Artis catan Amerika abad ke-20an dalam seni moden barat teknik Abstrak Ekspresionisme dengan menonjolkan elemen garisan, warna, jalinan dan ruang menggunakan teknik mencampakkan pigmen menggunakan kayu, mencurah serta memlempar.

26


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

27


KOLAJ EKSPERIMENTAL

GARISAN

EKSPERIMEN 2

PENERANGAN Blind contour drawing merupakan salah satu teknik atau praktis melukis yang memerlukan individu melukis tanpa melihat kertas lukisan serta tidak mengangkat pen dari kertas bagi memahami garisan pada hal benda. Ianya merupakan tahap awal untuk pelajar/individu memahami kontur hal benda serta menilai tahap ketelitian dan kefahaman garisan apabila selesai melukis. Dalam eksperimen ini, pemilihan drawing kolaj menjadi pilihan untuk gabungan teknik bagi memberi pemahaman garisan kontur.

LANGKAH-LANGKAH

28

MATERIAL

1. Sediakan kertas lukisan dan membuat beberapa koyakan surat khabar kemudian ditampal. 2. Lapiskan dengan warna medium water color/ arkilik. Lapisan warna boleh dibuat menggunakan berus ataupun menyeretkan warna pilihan dengan kertas keras bagi menghasilkan lapisan lurus. 3. Setelah warna kering, hasilkan rupa bangunan yang bercantum kemudian digunting. Setelah siap, gunakan teknik gosokan dengan pensil arang bagi menghasilkan rupa pada atas lapisan yang diwarnakan tadi. 4. Akhir sekali, pilih objek untuk menghasilkan blind contour drawing menggunakan pen diatas kertas lukisan yang telah siap dilapiskan dengan tampalan kertas, warna watercolor dan arang.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1 2

3

4

TIPS

Sekiranya inginkan suatu yang menarik pada teknik blind contour drawing, cuba cadangkan kepada pelajar, pilih seorang kawan untuk hasilkan blind contour drawing dan duduk secara berdepan untuk melukis wajah mereka sesama sendiri.

5 29


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir

Stephen Smith ARTIS RUJUKAN Seorang artis ilustrasi mempunyai studio yang dinamakan Naesden Control Centre sejak tahun 2000. Ciri-ciri karya beliau menggabungkan lukisan tangan dengan pelbagai jenis displin dalam seni seperti tipografi, ilustrasi, gerakan dan seni pemasangan. Beliau banyak menghasilkan karya komersial untuk klien diseluruh dunia dan pameran di luar negara.

30


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

botol contour blind drawing

Figura contour blind drawing

31


KOLAJ EKSPERIMENTAL

rupa

EKSPERIMEN 1

PENERANGAN Rupa terdiri kepada geometri yang cirinya mempunyai sudut seperti segi tiga,bulatan dan bersudut lain, manakala rupa organik, ciri-cirinya bersifat rupa bebas dan sudutnya tidak dapat diukur sudutnya.ianya merupakan pengenalan asas di dalam unsur rupa.Untuk ekperimen unsur rupa, teknik yang digunakan adalah collage drawing dan menggunakan prinsip komposisi untuk susun atur perletakan rupa organik dan geometri. Mood warna yang digunakan adalah tradisional.

LANGKAH-LANGKAH

MATERIAL 32

1.Reka gabungan antara rupa organik dan geometri menggunakan prinsip komposisi untuk menentukan susun atur rupa mengikut kreativiti dan kefahaman komposisi. 2.Hasilkan lapisan pertama dengan menggunakan pigmen watercolor dengan teknik menyeret. 3.Setelah kering,pilih rupa yang telah direka tadi dengan ditampalkan menggunakan kertas berwarna dari majalah. 4.Gunakan kain percha bagi rupa organik serta garis lurus panjang. 5.Pilih rupa geometri yang mahu diwarnakan menggunakan watercolor. 6.Rupa geometri yang tinggal,boleh diwarnakan menggunakan pen dakwat basah berwarna biru mahupun hitam. 7.Akhir sekali, ambil warna pastel untuk warnakan rupa yang masih tidak diwarnakan.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

1

4

5 2

6 3 JOM EKSPERIMEN

7 33


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir

John D. Whitlock ARTIS RUJUKAN Beliau seorang artis dan pemuzik berasal dari Brooklyn, NY, menggunakan teknik potong dan tampal bagi menghasilkan karya kolaj dan asemblaj dengan menjadikan budaya grafik popular dan manupulasi media sebagai inspirasi. Ciri karyanya mementingkan ton, jalinan, komposisi, warna dan rupa dengan mnggunakan gaya seni abstrak.

34


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

rupa geometri rupa organik

rupa geometri rupa organik

35


KOLAJ EKSPERIMENTAL

rupa

EKSPERIMEN 2

PENERANGAN Huruf (letterform) adalah sebahagian jenis elemen rupa dalam tipografi yang dibahagikan kepada teks dan muka taip. Sesetengah budaya menunjukkan seni mereka melalui perkataan. Ini dapat dibuktikan, teks dan muka taip di dalam grafiti, gaya seni jalanan, kaligrafi dan gerakan seni pop. Di dalam eksperimen ini, jenis teknik kolaj yang digunakan berdasarkan teknik papier colle/ drawing collage.

LANGKAH-LANGKAH

MATERIAL 36

1. Sediakan kertas lukisan, kumpulkan dan tampal kertas yang mudah didapati seperto beberapa tiket wayang, resit dari mesin atm atau resit pembelian mahupun pembayaran untuk ditampalkan. 2. Tampalkan cardboard mengikut kreativiti sendiri. 3. Pilih perkataan yang terdapat di majalah dengan pelbagai jenis muka taip dan cuba susunkan perkataan seakan permainan sambung perkataan dari huruf perkataan lain. 4. Lukiskan ataupun pilih 1 huruf yang bersaiz besar di dalam majalah kemudian guntingkan 5. Pilih 1 warna dan warnakan pada negatif huruf F, supaya ianya meninggalkan kesan rupa F dan ulangi beberapa kali. 6. Proses akhir, gunakan pensil arang dan gosokan di ruang tepi untuk memberikan kesan menarik.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1

TIPS

Boleh juga menggunakan huruf/ nombor melebihi 1huruf. Ianya terpulang kepada kreativiti individu bagi menonjolkan prinsip kepelbagaian dari segi saiz, huruf atau jenis huruf/ nombor.

2

3

4

5 37


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir

Harold Hollingsworth ARTIS RUJUKAN Ciri-ciri karya beliau adalah dari refleksi unsur seni iaitu rupa,warna dan jalinan yang dilihat berdasarkan imaginasi dan material yang digunakan. Gaya yang dihasilkan adalah abstrak. Tema yang digunakan adalah fon dan grafik lama.

38


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

39


KOLAJ EKSPERIMENTAL

BENTUK

EKSPERIMEN 1

PENERANGAN Bentuk terhasil dari kesinambungan dari elemen rupa serta garisan, dengan mewujudkan pencahayaan dan bayang membentuk sebuah imej. Di dalam eksperimen elemen ini, teknik kolaj tradisional digunakan untuk memberi kefahaman mengenai setiap keretan kerja berwarna membentuk imej dengan dibantu oleh pencahayaan dan teknik bayangan. Menggunakan imej seperti gelas minuman yang mudah untuk difahami kontur, pencahayaan dan bayangan memudahkan untuk menwujudkan ilusi 3-dimensi.

LANGKAH-LANGKAH 1. Cari imej/gambar yang mudah untuk memahami sifatnya, seperti gelas, kasut dan pelbagai lagi. 2. Kumpulkan pelbagai jenis majalah untuk diaplikasikan diatas kertas. 3. Lukiskan outline kasut pada permukaan kertas. 4. Gunting/koyak dan tampal serpihan kain mengikut percahayaan imej kasut, sama ada dimulakan dengan bahagian ke terang ataupun terang ke gelap 5. Tampalan boleh dilakukan secara berlapis, untuk memastikan warna cebisan kertas yang dikoyakkan mengikut pencahayaan seperti imej yang ditiru. 6. akhir sekali, perkemaskan tampalan.

MATERIAL 40


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1 3

2

TIPS

Selain mencari imej dari sumber internet, tidak salah jika mengambil gambar sendiri untuk mencari sudut gambar yang diingini untuk dijadikan salah satu kefahaman komposisi.

4

5

41


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir

Derek Gores ARTIS RUJUKAN Artis kolaj dari New York. Mengkitar semula pelbagai jenis majalah, labels, data , katalog yang didapati serta bahan cetakan digital untuk menghasilkan kolaj potrait dengan menggunakan teknik koyak dan tampal secara rawak dan spontan. Ciri karyanya tertumpu pada menggambar pengalaman sebenar dengan menonjolkan figura dan objek di dalam ruang.

42


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

teknik koyakan

teknik hiris

43


KOLAJ EKSPERIMENTAL

44


KOLAJ EKSPERIMENTAL

45


KOLAJ EKSPERIMENTAL

46


KOLAJ EKSPERIMENTAL

47


KOLAJ EKSPERIMENTAL

warna

EKSPERIMEN 1

PENERANGAN Roda warna/Colour wheel adalah asas kefahaman warna. Roda warna merupakan peringkat memahami bagaimana untuk mencampuri warna untuk menjadi primary,sekunder dan linear color. Selalunya roda warna dihasilkan menggunakan cecair seperti watercolor,arkilik dan sebagainya. Kali ini,lebih mencabar kerana perlu berimaginasi warna yang sesuai untuk menghasilkan roda warna.

LANGKAH-LANGKAH 1. Lukis bulatan di atas kertas lukisan kemudian bahagikan kepada 6. 2. Warnakan sedikit ditengah bulatan menggunakan watercolor mengikut campuran warna, merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu dan merah. 3. Gunting imej mahupun warna di majalah mengikut kesesuaian warna roda warna sekunder dan primary seperti warna yang telah diwarnakan tadi 4. Sesuaikan warna. 5. Setelah siap memperhalusi potongan bahagian tepi imej barulah ditampal agar kelihatan lebih kemas. 6. Tampalkan kesemua imej yang telah disusun atur mengikut warna dan perkemaskan.

MATERIAL 48


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

3

1

2

TIPS

Menghasilkan bulatan/roda warna boleh juga gunakan Jangka lukis bagi memudahkan pelajar.

Selain warna sekunder, di roda warna terdapat juga tertiar dan primary color yang boleh digabungkan untuk memberi fahaman keseluruhan bahagian warna.

4 49


KOLAJ EKSPERIMENTAL

Roda warna sekunder setelah siap

Peter Blake ARTIS RUJUKAN Sir Peter Thomas Blake merupakan seniman barat inggeris yang dirujuk sebagai “Godfather� dalam Seni Pop British serta telah mereka kulit album kumpulan The Beatle's iaitu Sgt. Pepper's Lonely Club Band. Beliau mengetengahkan budaya popular,nostalgia, politik,kemanusiaan dan ikon popular. Teknik yang digunakan kolaj, fotomontaj, litografi dan silk screen. Beliau sangat menitik beratkan warna bagi mengekalkan kualiti seni pop serta komposisi.

50


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

Tertiar Sekunder Primary RODA WARNA

Tertiar Sekunder Primary RODA WARNA

51


KOLAJ EKSPERIMENTAL

warna

EKSPERIMEN 2

PENERANGAN Suhu warna boleh dibahagikan kepada warna panas yang diwakili seperti merah dan kuning, dimana menimbulkan suasana bertenaga, sinaran matahari dan api, dan warna sejuk pula seperti warna biru dan hijau yang lalu dikaitkan dengan suasana aman, ais, air dan warna sayuran. Suhu warna boleh dilihat melalui penglihatan dan dirasai melalui perasaan individu. Bagi eksperimen suhu warna, warna sejuk dan warna panas akan dipisahkan untuk melihat tahap kefahaman campuran warna. Teknik yang digunakan pula, sepenuh kolaj berasaskan majalah.

LANGKAH-LANGKAH

MATERIAL 52

1.Gunakan kertas lukisan bersaiz A3, kemudian bahagikan kepada dua berbentuk segi empat menegak. 2.Bahagikan kepada warna panas dan warna sejuk bagi memudahkan penampalan kertas mengikut suhu. 3.Cari imej atau warna yang boleh mewakili suhu warna panas seperti, merah, kuning, campuran merah-oren, oren dan kuning-oren. warna sejuk diwakili berdasarkan warna biru, Penambahan warna kuning menjadi kuning-hijau, hijau serta biru-hijau. 4.Setelah siap,perkemaskan dengan membuat bingkai/ dasar berwarna hitam dari cardboard seperti ditunjukkan dalam TIPS.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1 3

2

TIPS

Bagi kekemasan, sekiranya tidak mempunyai pemotong bersatah 45 darjah, boleh juga menggunakan pisau untuk menghasilkan bingkai dari cardboard.

4

5 53


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir

Henry metisse ARTIS RUJUKAN

Kemunculannya pada abad ke-20 di gerakan post-impressions dan kemudian mejadi pengerusi gerakan fauvisme Prancis. Beliau merupakan artis kolaj, pelukis pelan dan pecatan yang digelar sebagai “The greatest of colorist�. Warna

54

menjadi elemen asas di dalam karyanya bagi memberi mood dan ekpresi. Di hujung hayatnya, beliau telah menghasilkan siri kolaj menggunakan potongan bentuk segi empat berwarna.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

55


KOLAJ EKSPERIMENTAL

jalinan

EKSPERIMEN 1

PENERANGAN Jalinan sentuh, secara mudah untuk difahami adalah permukaan yang dapat disentuh dengan jari jemari, sama ada memiliki sifat sebenar ataupun tiruan. Di dalam aktiviti ini, teknik penghasilan yang cuba diketengahkan adalah asemblaj yang merupakan salah satu jenis dalam teknik kolaj. Asemblaj memberi kefahaman perletakan atau susun atur hal benda yang bersifat 3-Dimensi ataupun asli diatas karya.

LANGKAH-LANGKAH 1. Gunakan kertas lukisan bersaiz A3 ataupun A4. 2. Kumpulkan bahan-bahan yang telah tidak dipakai yang sesuai sama ada cardboard, kertas lukisan,kanvas ataupun papan nipis 3. Tampalkan kesemua bahan-bahan mengikut komposisi dan kreativiti sendiri.

TIPS

Bagi memberi kepelbagaian di dalam setiap karya yang dihasikan, material yang dibawah boleh dikongsi sesama pelajar. Jenis gam perlulah sesuai untuk bahan yang hendak ditampalkan agar bahan tidak tercabut semula.

MATERIAL 56


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1 3

2

TIPS

Gunakan barangan yang mudah didapati disekitar kita terutama dirumah seperti bahan kering masakan, pengbungkusan makanan, bekas telur ataupun apa jua jenis bahan kitar semula yang berbentuk kering

4

5 57


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir Pablo Picasso Picasso antara tokoh terpenting di abad ke-20 sepanjang perjalanan seni moden barat. Sepanjang kareernya lebih dari 78 tahun, beliau telah menghasilkan 13,500 catan,100,000 cetakan dan 34,000 ilustrasi. Karyanya dipengaruhi oleh beberapa gerakan seperti kiubisme, post-impressionsme, menggabungkan

58

ARTIS RUJUKAN konsep moden dengan neo-klasik dan surealism. Ciri-ciri karya menggunakan warna seperti semula jadi, warna gelap dan monokromatik, objek asal, rupa geometri, jalinan, dan kepelbagaian.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

59


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JALINAN

EKSPERIMEN 2

PENERANGAN Jalinan tampak yang dikenali sebagai visual texture, menjelaskan hal benda yang dapat melihat jalinanya tanpa dapat menyentuhnya. Contoh di sekeliling kita adalah imej pada majalah ataupun imej di televisyen mahupun di papan iklan. Jika dari segi pengkaryaan, catan antara penghasilan visual antara jalinan tampak yang paling mudah untuk di fahami. Untuk eksperimen elemen jalinan tampak, catan kolaj dipilih sebagai teknik. Pemilihan imej berdasarkan diri pengkarya.

LANGKAH-LANGKAH

MATERIAL 60

1. Sediakan kertas lukisan bersaiz A3, 2. Lapiskan dengan warna yang tidak terlalu gelap secara menyeret menggunakan kertas keras beberapa kali untuk berikan kesan tebal dan nipis dan biarkan kering. 3. Pilih imej yang sesuai dan susun atur perletakan imej dahulu sebelum ditampal sama ada sesuai mahupun tidak. 3. Gunakan kertas keras yang dipotong panjang untuk menghasilkan garisan tebal dengan menggunakan berus dan watercolor. Hasilkan empat garisan menegak secara berjarak dan tindankan lagi sekali garisan secara melentang atau senget. 4. Akhir sekali, lapiskan dengan warna yang nipis secara keseluruhan menggunakan teknik seret.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1 3

2

TIPS

4

Pemilihan imej dari majalah boleh juga menggunakan tema mengenai diri individu, propaganda, isu semasa ataupun bersifat kenegeraan, seperti konsep sejarah, malaysianess, multicultural, #SWAG ataupun budaya popular pada masa kini.

61


KOLAJ EKSPERIMENTAL hasil akhir

Charles Wilkin ARTIS RUJUKAN Selain seorang artis kolaj berasal dari Brooklyn, NY, Charles juga seorang pembela lebah. Tema yang diterapkan dalam karya-karya kolaj banyak mengupas mengenai kekejaman dunia dan disebalik keindahan hidup sebenarnya tersembunyi isu-isu yang sebenarnya merosakan kehidupan manusia. Ciri-ciri karya lebih kepada kolaj catan,di mana terhasil beberapa warna nipis dan penampalan kertas bercetak dari majalah, selain itu prinsip seni seperti komposisi dan keseimbangan juga diberi penekanan.

62


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

63


KOLAJ EKSPERIMENTAL

RUANG

EKSPERIMEN 1

PENERANGAN

Terdapat 3 ruang ilusi yang menjadi asas di dalam karya 2 dimensi iaitu ruang rata bermaksud tiada jarak diantara objek dan hanya warna yang memainkan peranan. Ruang cetek dilihat lebih kepada jarak yang berdekatan seperti susun atur/ komposisi di dalamruang bilik, manakala ruang dalam merujuk kepada ruang yang boleh dirasai kedalamannya. Teknik yang digunakan untuk eksperimen ini adalah drawing collage dengan mengetengahkan elemen dan imej-imej reka dalaman serta landskap.

LANGKAH-LANGKAH

MATERIAL 64

1.Sediakan kertas lukisan dan bahagikan kepada 3 bahagian yang mewakili ruang rata, cetek dan dalam. Kemudian lukiskan untuk ruang rata dengan rupa geometri secara spontan dan ruang dalam, lukiskan seakan lorong untuk menunjukkan kedalaman. 2.Kemudian pilih imej untuk ruang cetek mengikuti susunatur yang diinginkan dan pilih imej yang kelihatan jauh untuk ruang dalam. 3.Mulakan dengan mewarna menggunakan pastel pada latar belakang ruang cetek dan dalam serta warnakan lorong untuk ruang dalam mnggunakan pensil arang (charcoal). 4.Gamkan imej yang telah dipilih. 5.Gunting dan tampal fabrik mengikut bentuk geometri dan warna. 6.Akhir sekali, perkemaskan lukisan.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

JOM EKSPERIMEN

1 3

2

TIPS

4

Sekiranya tidak mahu pigmen pastel dan pensil kayu tertanggal dan melekat pada lukisan lain, dicadangkan untuk semburkan dengan spray clear agar pigmen melekat dan lebih tahan

lama.

5 65


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir Beliau merupakan pengasas Pop Art , bermula lewat 1940an sehingga 2011. Cara penghasilan karyanya dilihat lebih sistematik memandangkan beliau mementingkan elemen ruang (cetek dan dalam) dan perspektif susun atur imej dengan imej-imej lain. Di dalam hasil kerjanya, Hamilton lebih suka mengambil

66

Richard Hamilton ARTIS RUJUKAN pendekatan bereksperimentasi dengan kaedah seni cetak, kolaj dan teknik digital, perletakan imej dengan imej lain serta ciri - ciri hal benda yang ditonjolkan di dalam karya kolaj boleh dilihat lebih kepada reka bentuk dalaman yang lebih bersifat kontemporari di ruang rumah, dan wanita pada di era beliau.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

Ruang rata Ruang cetek Ruang dalam RUANG TAMPAK/ILUSI

Ruang rata Ruang cetek Ruang dalam RUANG TAMPAK/ILUSI

67


KOLAJ EKSPERIMENTAL

RUANG

EKSPERIMEN 2

PENERANGAN Perspektif mempunyai kaitan dengan ruang, dimana perspektif membentuk perletakan objek 3D secara metamitical di permukaan 2-dimensi dengan dibantu oleh titik lenyap dan garisan. Bagi praktis kedua ruang ini, jenis perspektif yang digunakan adalah satu titik perspektif dengan tema digunakan adalah kombinasi imej rekaan dalaman/seni bina. memilih imej ini kerana element dalam bidang architecture juga memerlukan perspektif dan ruang. Motif eksperimen ini untuk membantu kefahaman membentuk ilusi 3- dimensi melalui penggunaan perspektif dalam ruang.

LANGKAH-LANGKAH

MATERIAL 68

1. Sediakan kertas lukisan dan hasilkan seberapa mungkin garisan/grid dari satu titik perspektif. 2. Fahamkan pelbagai komposisi dari 1titik lenyap dengan melukis bentuk geometri berdasarkan grid/garisan yang dihasilkan tadi sebelum membuat pemilihan imej. 3. Pilih imej dari majalah reka dalaman seperti Impiana, Deko, Dapur dan lain-lain bagi memudahkan pilihan imej. Cuba membuat pilihan berdasarkan 1 titik perspektif dari pelbagai sudut iaitu kecil, besar, atas, tepi, kiri, kanan, pandangan hadapan mahupun bawah seperti yang ditetapkan. 4. kemudian tampalkan imej seperti yang dirancang.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

1

JOM EKSPERIMEN

2

TIPS Sebaiknya, cuba membuat padanan imej dengan perspektif sebelum digam. Pastikan komposisi imej sesuai mengikut titik perspektif yang ditentukan. Gunakan pelekat untuk sementara sebelum menampalan sebenar. Tack-it ini membantu imej yang telah disusun mengikut komposisi tidak berubah kedudukan.

3 69


KOLAJ EKSPERIMENTAL

hasil akhir

Artis thailand yang lebih dikenali sebagai Mr.Big dengan stail karyanya adalah gambar digital kolaj yang mengumpulkan bandar - bandar utama dalam dunia dengan menggunakan perspektif, selain itu beliau juga mengeluarkan

70

Pariwat A-nantachina ARTIS RUJUKAN ilustrasi, rekaan grafik dan catan. Beliau merupakan pereka grafik yang menjadi inspirasi kepada artis Thailand yang lain sebagai jurugambar, pelukis, pakar dalam komposisi, pencatan dan pereka.


KOLAJ EKSPERIMENTAL

CONTOH LAIN

SATU TITIK PERSPEKTIF

SATU TITIK PERSPEKTIF

71


KOLAJ EKSPERIMENTAL Abstrak gambaran yang telah diolah, diubah suai serta dipermudahkan menjadi rupa bentuk tertentu. Anti-seni aliran seni dalam dadaisme /sekelompok individu yang menolak hukum seni dan nilai estetik yang telah sedia ada. Arca hasil seni bersifat 3-dimensi yang dihasilkan berdasarkan salah satu empat proses: pembinaan, ukiran,pemodelan dan pemilihan. Artis individu yang terlibat dalam menghasilkan pengucapan hasil seni, mengamalkan, menunjukkan dan mewujudkan seni. Asemblaj salah satu jenis pengucapan hasil seni kolaj yang bersifat 3-dimensi dengan menampal objek 3D yang ditemui pada permukaan yang dicat. Avant-garde untuk menggambarkan mana-mana artis, kumpulan atau gaya, yang menjadi pertama memulakan dan aplikasikan sesuatu teknik atau tema. Berasal dari bahasa francis iaitu "vanguard" bermaksud "barisan hadapan") Bahasa visual salah satu jenis konsep perantaraan/ hasil pengucapan seni yang berbentuk tampak atau boleh dilihat. Bentuk bersifat 3-dimensi yang ada struktur jisim dan isipadu dan mempunyai lebih dari satu permukaan serta mempunyai bayang/ pencahayaan. Blind contour drawing latihan melukis yang memerlukan individu itu melukis garisan asas objek dan mata perlu fokus pada objek tanpa melihat kertas serta tidak mengangkat pen sepanjang melukis. Byzantines mosaics nama untuk pengucapan seni baru yang diketengahkan oleh estern roman (byzantine) , dengan menggunakan mozek untuk menvisualkan ritual mereka di dinding dan lantai gereja.

72

glosari Cabang seni genre atau jenis hasil pengucapan seni yang telah dikategorikan. Catan hasil kerja seni yang mengaplikasikan pigmen, warna atau lain medium pada permukaan panel atas kanvas. CollĂŠ berasal dari perkataan francis yang bermaksud "gam." Collograph salah satu jenis seni cetakan yang menggunakan teknik kolaj. Dadaisme nama aliran/gerakan seni moden barat (1916 -1924) yang tidak memfocuskan pada estetik konsep seni sebaliknya menghasilkan kerja seni yang berkaitan ketidak puasan terhadap era itu. Decoupage salah satu teknik kolaj yang lebih dikenali kraf pada masa kini, proses meletakan imej/gambar serta potongan kertas warna pada objek untuk hiasan. Drawing collage gabungan teknik kolaj dan melukis yang menggunakan jenis alatan lukisan seperti pen, pensil, pensil arang, pastel dan bahan media kering dengan perletakkan imej/ gambar. Eksperimen ujian, percubaan, atau prosedur sementara; satu tindakan atau operasi bagi maksud menjumpai sesuatu yang tidak diketahui atau menguji prinsip, dan andaian.


KOLAJ EKSPERIMENTAL Eksplorasi tindakan/perbuatan mencari atau meneroka sesuatu yang baru tujuan penemuan maklumat atau sumber-sumber. Ekspresi tindakan meluahkan perasaan dan pemikiran Estetik sesuatu yang dilihat cantik dan mempunyai nilai-nilai seni dan memberi makna dan bentuk. Fauvisme perkembangan aliran seni barat eropah (1905 -1908), yang bercirikan lukisan yang menggunakan warna terang,bersemangat dan tidak natural. Fotomontaj hasil teknik kolaj yang mencantumkan dari satu imej/ gambar dengan beberapa imej lain untuk membentuk satu imej yang baru. Futurisme pergerakan seni Itali (1909-1944) yang bercirikan teknologi, kelajuan dan kemodenan sebagai inspirasi. Garisan kesinambungan dari satu titik bergerak ke titik lain di atas satu permukaan dan medium yang digunakan mampu membentuk perbezaan jenis garisan. Gerakan seni digambarkan sebagai gaya atau cara melakukan karya seni yang menjangkau lebih satu tempoh masa yang halus atau yang jelas berbeza daripada yang gerakan seni lain. Grafiti lukisan atau bertulis dengan cara menconteng, menulis sesuatu, atau disembur pada dinding atau permukaan lain di tempat awam Gotik gaya seni bina Eropah, arca, lukisan serta fesyen yang mengaitkan seni Romanesque zaman pertengahan dengan awal Renaissance. High-culture merujuk produk budaya yang mempunyai nilai estetik yang tinggi, terutama karya catan. Penghasilan dan pemilikannya dipandang tinggi serta mempunyai kelas yang tersendiri.

Idea pembentukan buah fikiran/pelan dalam satu kaedah terhadap suatu perkara. Ideologi cara fahaman/pemikiran Ilustrasi lukisan yang menggambarkan / memperjelaskan suatu idea. Imaginasi keupayaan kreatif untuk membentuk imej,idea- idea, dan pemikiran yang diluar jangkaan tanpa perlu melihat atau mendengar. Jalinan kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan yang boleh dirasai melalui deria sentuh atau deria melihat. Jalinan Tampak kesan yang boleh dilihat namun tidak dapat disentuh permukaannya dengan deria sentuh. Jalinan Sentuh kesan permukaannya boleh dirasai dan disentuhi dengan deria sentuh. Kaligrafi tulisan cantik, gaya tulisan tangan mewah. karya hasil kerja seni seperti lukisan,catan, cetakan, arca Kepelbagaian salah satu prinsip seni reka yang merujuk kepada satu cara menggabungkan unsur-unsur visual untuk menggelak terlalu banyak pengulangan dan menjadi membosankan. Kubisme gaya karya catan dan arca yang dibangunkan pada abad ke-20 awal oleh Pablo picasso, bercirikan penekanan kepada struktur formal, pengurangan bentuk semula jadi dan bersifat geometri; gaya lukisan yang bersegisegi. Kolaj teknik menggambar, hasil kerja seni yang dihasilkan oleh teknik memotong dan menampal menggunakan pelbagai material di atas permukaan 2-dimensi; kadangkala digabungkan dengan pigmen warna dan lain teknik. Kolaj Catan mengaplikasikan teknik kolaj dalam proses penghasilan karya catan.

73


KOLAJ EKSPERIMENTAL Kolaj Digital teknik kolaj menggunakan perisian komputer di dalam penciptaan kolaj; adobe photoshop Kolaj Kayu jenis bahan yang muncul agak lewat daripada kolaj kertas. Jenis kolaj ini menggunakan kayu asli sahaja; seperti kayu hanyut, atau bahagian-bahagian log ditemui dan tidak diubah, atau kulit kayu. Kolaj media-campuran proses penghasilan karya menggunakan lebih dari satu bahan dengan teknik kolaj Kombinasi menggabungkan beberapa objek dari satu kelompok tanpa perlu memperhatikan susunan dan turutannya Komposisi susunatur/struktur/ perletakkan atau susunan unsur-unsur visual atau bahan-bahan dalam kerja-kerja seni di atas permukaan 2-dimensi. Kontour garisan di dalam garisan besar (outline) yang memberikan isipadu objek atau bentuk. Kontemporari gaya dalam aliran seni moden, dimana hasil kerja yang mengikut peredaran semasa. Kualiti garisan ciri-ciri garisan yang ditentukan oleh jenis,berat, cara, hala tuju, keseragaman dan ciri lain. Lakaran garisan kasar/garisan ringkas untuk memberi idea/panduan awal terhadap suatu hal benda; lukisan tidak detail; sebagai kajian awal sebelum memasuki langkah seterusnya. Landskap pemandangan semula jadi dengan unsur-unsur visual disusun dalam komposisi yang ada kesinambungan koheren) Litografi salah satu teknik seni cetakan, di mana imej yang hendak di cetak dilukiskan di atas permukaan yang rata, seperti kepingan zink atau aluminium menggunakan besi tajam dan direndam di asid.

74

Lukisan hasil karya seni yang menggunakan garisan sebagai elemen utama. Malaysianess karakter atau tindakan yang menjadi simbol Kemalaysiaan, contoh tindakan rakyat malaysia yang selalu mengangkat tangan tanpa disedari di dalam beberapa situasi, sikap suka barang percuma apabila membeli, bahasa rojak, ataupun memakai jaket terbalik ketika menaiki motosikal. Manifesto satu kenyataan bertulis mengisytiharkan secara terbuka mengenai niat, motif, atau pandangan si pelaku. Mass-culture produk, idea dan nilai-nilai budaya yang berkembang daripada pendedahan kepada media massa, sumber berita, muzik, dan seni. Material bahan-bahan Media elektronik alat menyebarkan maklumat seperti televisyen, radio. Medium media perantaraan Memorabilia objek disimpan atau dikumpulkan kerana kepentingan sejarah mereka, terutama yang berkaitan dengan orang penting sebagai kenangan atau peristiwa. Memori ruang minda yang mana maklumat dikodkan, disimpan, dan didapatkan semula (Atkinson & Shiffrin, 1968); kenangan;ingatan Menggambar proses keupayaan kita untuk merealisasikan imej Monochrome menggunakan satu warna sebagai warna utama dalam membuat kombinasi dengan lain-lain warna. Mood Warna warna yang membawa/ menunjukkan emosi seseorang/suasana/ tempat, sama ada positif atau negatif, semangat, ceria dan lain-lain Motion tindakan atau proses yang bergerak atau digerakkan


KOLAJ EKSPERIMENTAL Mozek gambar/corak/rekaan yang dihasikan dari pemasangan lepingan kecil berwarna seperti jubin, kaca dan lain bahan. Multicultural melibatkan pelbagai budaya dan etnik didalam sesuatu kelompok. Multimedia satu medium penyampaian yang menggunakan gabungan bentuk kandungan yang berbeza seperti teks, audio, imej,animasi, video, aplikasi dan interaktif lain. Neo-klasik aliran/gaya yang mendominankan pergerakan seni eropah dan seni bina semasa lewat abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Pameran seni kegiatan yang dilakukan untuk mempamerkan idea hasil kerja seni dengan diuruskan oleh sebuah organisasi/ sekumpulan individu secara teratur. Pencahayaan membentuk objek. Papier collĂŠ sejenis kolaj ataupun teknik kolaj akan menampal bahan sebenar berasaskan dari kertas. Perekaan proses menghasilkan dan mereka bentuk hasil karya yang bersifat komersial yang menekankan terhadap fungsi hasil produk. Perisian kreatif aplikasi kreatif digunakan didalam komputer yang memudahkan proses merekabentuk karya; adobe creative suite Perspektif sistem kefahaman yang digunakan untuk menghasilkan ilusi 3-dimensi di atas permukaan 2-dimensi. Pigmen mineral, pewarna, atau bahan kimia sintetik dengan ciri-ciri warna kekal. pigmen ditambah dalam bahan cecair untuk menghasilkan warna cat atau dakwat. Popular art bergantung pada teknologi untuk pengeluaran dan peredaran bahan seni. Post-impressionisme sebuah gerakan seni Prancis yang muncul pada tahun 1886 hingga 1905 yang mementingkan pencahayaan dan warna.

Realistik menyerupai/hampir sama yang asli Roda warna susunan warna berdasarkan turutan warna dalam spektrum yang boleh dilihat, disusun mengikut pencampuran warna yang ditetapkan dan selalunya dibahagikan kepada 12 jejari roda. Ruang jarak antara objek/hal benda yang berkaitan dengan perspektif dan komposisi. Ruang cetek jarak antara objek kelihatam berdekatan namun bersifat 3-D; objek dalam ruang bilik. Ruang dalam kelihatan jauh dan jaraknya kelihatan ketara; dikenali sebagai ruang terbatas. Ruang rata jarak antara objek tidak kelihatan dan sama rata yang hanya dapat dibezakan dengan warna. Rupa garisan luar sesuatu objek/hal benda yang bersifat rata dan 2-dimensi Rupa geometri mempunyai ciri bersudut dan berbentuk mekanikal yang mudah ditakrifkan oleh formula matematik. Rupa organik rupa yang bersifat bebas dan tidak terikat dengan sudut. satu titik perspektif sejenis kaedah lukisan perspektif, dimana semua garisan dalam lukisan wujud dari satu titik tertentu yang dipanggil sebagai titik lenyap. Ianya memberikan kesan 3-D dan realistik Seni cetakan hasil kerja seni yang memerlukan proses terapan blok/plat ke atas sesuatu permukaan yang boleh menghasilkan banyak keping karya yang sama dan semuanya diangggap asli. Seni formal konsep seni visual yang merangkumi aspek hal benda, elemen dan prinsip seni dan kandungan.

75


KOLAJ EKSPERIMENTAL Seni halus bidang kajian ilmu dan praktis yang tertumpu pada penghasilan seni tampak yang mempunyai nilai yang terbahagi kepada cabang asas iaitu arca, cetakan, catan dan lukisan. namun takrifan seni sentiasa berubah mengikut peredaran gaya dan zaman memandangkan hasil pengucapan seni sentiasa mengalami pembaharuan dan sentiasa dibina. Seni jalanan apa-apa jenis karya seni yang dihasilkan diruang/kawasan awam Seni moden barat penggantian gaya/ gerakan dalam seni yang menguasai kebudayaan barat semasa abad ke-19 , perubahan pesat di eropah barat dan amerika utara membentuk pandnagan barat terhadap seni; dari seni untuk pelanggan elit berubah ke seni mengenai isu persekitaran mereka Seni pop perkembangan gerakan seni moden barat pada 1958 - 1965 yang merujuk pada material,jenama, individu popular serta budaya popular. Seramik dihasilkan menggunakan tanah liat dan dibakar mengikut suhu yang ditetapkan. Surrealisme gaya/gerakan yang bermula pada tahun 1920-an yang berekperimen dengan imej imaginasi bawah sedar. Susun atur strategi/perletakan objek sama ada dirancang atau secara rawak/spontan;proses pengolahan semula. Swag satu perkataan inggeris yang menggambarkan sesuatu yang bergaya dan mengikut peredaran masa;banyak digunakan oleh generasi muda remaja. Teks salah satu jenis tulisan dalam tipografi Teressae kiub kecil daripada marmar berwarna atau kaca digunakan untuk membuat mozek, dari perkataan latin "tessera " yang bermaksud "berbentuk persegi"

76

Tipografi displin yang khusus dalam mempelajari dan memilih tentang huruf serta mengatur huruf @ mukataip yang mencipta kesan terhadap pembacaan pembaca. Ton campuran sesuatu warna dengan mencampurkan warna putih untuk terang dan hitam untuk gelap; nilai pancaran membawa keterangan dan kegelapan. Varnis sejenis cecair polyurethane perintang haba dan melindungi permukaan bahan dari kerosakan dan tahan lama. Warna tindak balas cahaya terhadap sesuatu permukaan menghasilkan pelbagai jenis warna; persepsi kepada gelombang cahaya yang boleh dilihat yang dinamakan merah, hijau, biru dan sebagainya; mempunyai sifat-sifat warna, ketepuan dan kecerahan. Warna primary warna asas iaitu kuning,biru dan merah. Warna sekunder warna yang terhasil dari dua campuran warna asas yang menghasilkan hijau, jingga dan ungu. Warna tertier warna yang terhasil dari campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder. 2-dimensi memiliki dimensi ketinggian dan lebar, permukaan yang rata. 3-dimensi ilusi memiliki dimensi kedalaman, serta ketinggian dan lebar.


Collage guidebook  

This collage guidebook is still under process of developing for my thesis project.

Collage guidebook  

This collage guidebook is still under process of developing for my thesis project.

Advertisement