Page 1

www.selangorkini.my selangortv.my

@Media_Selangor

MediaSelangor

PERCUMA PERCUMA 6 - 12 Disember 2 - 8 Ogos2018, 2018,2820Rabiul - 26 Zulkaedah Awal - 4 Rabiul 1439 Akhir 1440

MBI TAWAR 5,000 UNIT RUMAH SELANGORKU

muka 3

muka 5

INVEST SELANGOR RANGKA PROGRAM DEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 muka 7

TAMAT MONOPOLI BERNAS KERAJAAN JAMIN TIDAK ABAI PETANI muka 9

KEKAL PERCUMA

ED

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

PENSEJAJARAN TAMBAH BAIK IPR

A G A I N N E S E L FI U T N I P I A K U C &

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan pengecualian pembayaran cukai pintu dan juga fi lesen perniagaan penjaja kecil, menjelang 2019, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Katanya, namun ia tertakluk kepada pengecualian pembayaran cukai pintu rumah kos rendah dan rumah kampung. “Sebelum ini, Kerajaan Negeri sudah melaksanakannya dengan membelanjakan sebanyak RM69 juta. “Oleh itu, saya menyambut cadangan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, berhubung cadangan terbabit,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2019, di Sidang Dewan Negeri Selangor, pada 4 Disember lalu. Sebelum itu, Hilman ketika sesi perbahasan menyuarakan status pengecualian cukai dan fi lesen perniagaan buat golongan B40. Hilman berkata, hal itu kerana perkara terbabit tidak disebut ketika ucapan Belanjawan Selangor 2019. “Program pengecualian cukai dan fi lesen ini sememangnya mendapat perhatian rakyat. Ia secara langsung memberi kesan kepada golongan B40 di Selangor untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan mereka,” katanya.


Utama

2

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Sembilan Gugusan Selangor

Umum perkembangan Jun ���� OLEH NADIAH ZAMLUS

Sokongan Pelabuhan dan Maritim yang dikenal pasti di Pelabuhan Klang, Pulau Indah, Telok Gong serta Sijangkang. Kelima, Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan bagi kawasan Telok Panglima Garang, Rawang, Kuang, Bernam Jaya dan Lembah Beringin, sementara keenam ialah Gugusan Eko-Pelancongan bagi kawasan Kuala Selangor, Taman Negeri, Pesisiran Pantai Morib, dan Sungai Pelek. Ketujuh, Gugusan Perikanan dan Akuakultur di Kuala Selangor dan Sabak, sementara kelapan, Gugusan Pertanian dan Industri Asas Tani bagi kawasan Tanjung Karang serta Sungai Air Tawar. Sementara terakhir ialah Gugusan Pendidikan meliputi kawasan Gombak, Serdang dan Hulu Langat.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Perkembangan berkenaan sembilan Gugusan Selangor akan diumumkan bermula Jun tahun hadapan sebagai salah satu komponen utama, dalam Belanjawan Selangor 2019. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya komited memastikan pelaksanaan gugusan itu dijalankan dengan teliti dan setiap langkahnya diperhalusi. “Perjalanan bagi merealisasikan sembilan gugusan ini juga akan membabitkan Ahli Dewan Negeri berkaitan dan kita akan mengajak rakyat untuk memantaunya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2019, di Dewan Negeri Selangor, di sini, pada 29 November lalu.

Katanya, sejak enam bulan lalu, Unit Perancang Ekonomi Negeri sudah mendapatkan maklumat berkaitan aset semasa kerajaan, di setiap gugusan berkenaan. “Oleh sebab itu kita memilih Gombak, Serdang dan Hulu Langat sebagai Gugusan Pendidikan kerana Kerajaan Negeri mahu memantapkan institusi pendidikan sedia ada di situ, sekali gus memfokuskannya menjadi gugusan yang lebih gah,” katanya. Pada pembentangan belanjawan lalu, Kerajaan Negeri mencadangkan sembilan gugusan utama bagi memastikan Selangor terus melangkah ke depan dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ia termasuk Gugusan Industri Teknologi Tinggi dan ‘Science Park’ bagi kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Puchong dan Cyberjaya.

Kedua membabitkan Gugusan Industri Aeropolis dan Aeroangkasa bagi kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ketiga ialah Gugusan Industri Automotif dan Industri Sokongan bagi kawasan Serendah, Sungai Choh dan Bukit Beruntung, sementara keempat membabitkan Gugusan Industri

Bangun industri pelancongan masuk siri promosi, dalam dan luar negara,” katanya. Katanya, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program pembangunan pakej produk pelancongan, program hos komuniti pemandu pelancong Selangor dan program FAM Tour. “Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Tourism Selangor melaksanakan sesi FAM Tour yang dijalankan sepanjang tahun bersama agensi pelancongan serta media tempatan juga antarabangsa bertujuan mempromosikan produk pelancongan Selangor ke pentas global. “Sehingga kini, sebanyak 24 sesi lawatan FAM Tour sudah dijalankan Tourism Selangor dan

ED

SHAH ALAM - Industri pelancongan di negeri itu terus dipergiatkan melalui lawatan teknikal produk pelancongan membabitkan agensi kerajaan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Tourism Selangor. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, lawatan bersifat khidmat nasihat kepada pengusaha industri pelancongan itu akan menerangkan keperluan memenuhi syarat ditetapkan seperti memiliki lesen sah sehingga kepada cadangan pembangunan promosi. “Tourism Selangor pula akan memasukkan produk pelancongan yang dilawati ini ke dalam senarai produk pelancongan negeri, sekali gus dipromosikan pada landasan bersesuaian ter-

UPEN mengikut kepelbagaian pasaran yang dilihat amat berkesan membantu membangunkan produk pelancongan, di negeri ini,” katanya. Sementara itu, EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, pelancongan kesihatan akan terus dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong, ke negeri itu. Katanya, sejumlah 30 hospital kerajaan dan swasta sekitar Selangor berpotensi untuk menjadi pakar penjagaan kesihatan antarabangsa, di peringkat rantau serta ASEAN. “Hospital turut menawarkan fasiliti mengikut kriteria untuk menerima pelancong bagi mendapatkan rawatan. Justeru, beberapa pakej dan sesi lawatan turut ditawarkan kepada pesakit serta keluarga bagi memenuhi keperluan melawat beberapa tempat menarik, di bandar berdekatan,” katanya.

Kursus Pasca Perkahwinan didik ilmu kekeluargaan SHAH ALAM - Kursus Pasca Perkahwinan bakal menggantikan program Insentif Perkahwinan Belia yang dianjurkan sejak 2013, kata Dato’ Menteri Besar, Amiruddin Shari. Katanya, penganjuran kursus berkenaan bagi mengatasi jumlah kes penceraian yang sangat membimbangkan, di negeri itu. Katanya, Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan kursus terbabit merangkumi isu pengurusan kewangan, emosi dan spiritual, penjagaan anak dan pengurusan keluarga. “Kita akan menggunakan jumlah peruntukan yang digunakan untuk insentif perkahwinan belia bagi melaksanakan kursus kekeluargaan komprehensif kepada pasangan yang baru berkahwin.

“Mungkin pemberian elaun akan diberi kepada mereka yang datang ke kursus itu, namun ia belum diputuskan lebih lanjut,” katanya. Beliau berkata, pelaksanaan program pembangunan kekeluargaan itu bakal memberi impak berterusan untuk jangka masa panjang kepada pasangan. Katanya, kursus itu juga akan dibuka kepada pasangan bukan Islam dengan modulnya bakal diatur agensi berkaitan untuk dilaksanakan. “Selain itu, program pemantapan institusi kekeluargaan dengan kerjasama agensi lain seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara juga bakal diadakan untuk mengukuhkan modul serta kursus perkahwinan kekeluargaan sedia ada,” katanya.

Tiada permohonan kahwin bawah umur selepas pinda enakmen SHAH ALAM - Tiada permohonan perkahwinan bawah umur direkodkan di Selangor selepas Kerajaan Negeri meluluskan pindaan menaikkan had umur minimum perkahwinan, daripada 16 kepada 18 tahun. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, berbanding sebelum ini, sejumlah 48 permohonan perkahwinan bawah umur dicatatkan, sehingga Ok-

tober lalu. Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 34 permohonan diluluskan manakala 14 permohonan lagi ditolak. “Permohonan ini mengikut enakmen lalu iaitu sebelum diluluskan enakmen baru membabitkan permohonan lelaki bawah 18 tahun dan perempuan bawah 16 tahun. “Selepas enakmen baru dilu-

luskan, setakat ini masih tiada permohonan dibuat,” katanya menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS). Pada September lalu, DNS sebulat suara meluluskan pindaan had umur perkahwinan selepas ADN menyokong rang undang-undang Enakmen Keluarga Islam (Selangor) (Pin-

daan) 2018 dan Rang UndangUndang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) (Pindaan) 2018. Pindaan itu menjadikan Selangor negeri pertama yang menetapkan had umur perkahwinan orang Islam dinaikkan ekoran kontroversi pernikahan seorang kanak-kanak warganegara Thailand berusia 11 tahun dengan seorang

warganegara Malaysia, berusia 41 tahun. Pindaan itu dibuat ‘berdasarkan kemaslahatan semasa’ dan membabitkan fasal memastikan kebajikan perempuan berusia bawah 18 tahun terpelihara serta tatacara permohonan kebenaran untuk berkahwin bagi lelaki juga perempuan berusia bawah 18 tahun.


Utama SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

APA KATA MEREKA

Rakyat gembira IPR diteruskan Langkah Kerajaan Negeri mengekalkan Inisiatif Peduli Rakyat adalah tepat dan saya sebagai rakyat Selangor sangat gembira dengan pe-ngumuman ini. Hal itu membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa pedulikan rakyat, sejak dulu lagi - P Thiban Pillai, 24, Pekerja Swasta

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

Komited perkasa strategi

Pensejajaran tambah baik IPR OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Pensejajaran program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) hanya membabitkan beberapa program sahaja, manakala selebihnya masih diteruskan seperti biasa. Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu isu berkenaan menjadi salah faham, dalam kalangan rakyat. Malah katanya, pensejajaran berkenaan juga membabitkan penambahbaikan program antaranya Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). "Dalam hal ini, beberapa strategi dilaksanakan bagi memastikan ia diberdayakan daripada program pemberian kepada pemerkasaan. Kita mahu memastikan setiap program itu lestari dan tidak menjadi beban kepada pentadbiran, akan datang. "Sebagai Dato' Menteri Besar, saya bertanggungjawab memastikan ekonomi negeri ini terus kekal seimbang. Tidak guna bermewah jika akan datang menanggung beban," katanya ketika penggulungan perbahasan usul peruntukan pembangunan Belanjawan 2019, di Sidang Dewan Negeri,

di sini, pada 4 Disember lalu. Amirudin berkata, langkah berkenaan juga bagi mengelakkan pertindihan dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. "Seperti dalam penggulungan Belanjawan Negeri minggu lalu, setiap golongan sentiasa diberi perhatian tetapi fokusnya sedikit berbeza. "Golongan B40, kita memberi suntikan bagi mengurangkan bebanan kewangan. Manakala M40 pula, kita mempertingkatkan kemampuan sama ada kemahiran, modal perniagaan dan pendidikan," katanya. Pada masa sama, Amirudin turut memberikan contoh program Skim Mesra Usia Emas yang masih diteruskan dengan peruntukan RM19 juta, namun terdapat kajian untuk menghubungkannya dengan program baharu iaitu pusat warga emas. Katanya, Kerajaan Negeri diperingkat penyediaan kertas cadangan dan kos untuk mewujudkan program khas, di pusat itu. "Begitu juga dengan KISS, kita tidak potong tetapi tambah baik dengan memberi tambah nilai menerusi program pemberdayaan keusahawanan dan kemahiran serta memberdayakan Pusat Wanita Berdaya supaya ke-

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

Saya sebagai penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sentiasa menyokong apa sahaja yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan lagi program itu. Pada awalnya, saya agak khuatir kerana ada ura-ura KISS dihentikan, namun ternyata ia hanya khabar angin.

3

Informasi

- Wirda Mokhis, 41, Suri Rumah

Tidak akan susahkan rakyat

Peduli Sihat. Program ini juga ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi insurans, manakala program Tabung Warisan Anak Selangor juga sedang dikaji oleh Kerajaan Persekutuan untuk diberikan kepada negeri lain. "Bagi program pemberian Air Percuma pula, kita mengambil maklum bahawa golongan B40 lebih memerlukan. Oleh itu, kita menawarkan lebih meter padu kepada mereka kerana tahu nilai RM10 sangat besar ertinya bagi golongan B40," katanya kepada SelangorKini. Ir Izham berkata, tindakan pensejajaran beberapa program IPR juga bagi meningkatkan kualiti program supaya dana yang dibelanjakan dapat diberikan secara terbaik kepada rakyat.

ED

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang keputusan yang menyusahkan rakyat, sebaliknya sentiasa memikirkan kaedah dan pelaksanaan terbaik untuk mereka. EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, Kerajaan Negeri juga akan menyusun beberapa program lain yang terbaik untuk rakyat selain meneruskan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). "Tiada isu bagi IPR kerana ia masih berjalan seperti biasa. Lebih 40 program IPR masih dilaksanakan, jadi tidak ada isu Kerajaan Negeri tidak prihatin dalam hal ini. "Cuma ada beberapa program disejajarkan semula dan ditambah baik sebagai contoh Skim

ADN pembangkang beri respon positif

SHAH ALAM - Kesinambungan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bukan hanya mendapat respon positif wakil kerajaan, malahan ia turut disambut baik pembangkang. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, bersetuju pensejajaran program itu perlu dilaksanakan bagi memperkasakan manfaat IPR kepada rakyat. “Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sehingga sebelum pembentangan belanjawan, respon Kerajaan Negeri adalah meneruskan program ini, manakala persepsi rakyat ia diteruskan tanpa pindaan. “Saya melihat kedudukan kewangan negeri masa kini menyebabkan berlaku penjajaran IPR, malahan ia terus diperkasa tetapi bukan secara terpilih atau ambil

mudah,” katanya kepada SelangorKini. Bagaimanapun, beliau berpendapat pensejajaran itu juga tidak dibuat secara menyeluruh dan dibincangkan secara tuntas. “Sebagai contoh, tiada perkembangan baru program Skim Mesra Usia Emas walaupun mendapat respon meluas supaya diberikan juga kepada penerima ketika hayat. “Program Insentif Perkahwinan Belia turut mendapat bantahan ramai ADN kerajaan, malahan Pemuda AMANAH turut menghantar memorandum kepada kerajaan,” katanya. Pada masa sama, katanya, pengecualian fi lesen dan cukai taksiran perlu disemak semula kerana membabitkan pendapatan kepada negeri bagi mengurus keperluan rakyat.

luar daripada kelompok kemiskinan, dalam tempoh tertentu. "Manakala, bagi program Tabung Warisan Anak Selangor pula, kita memikirkan perlunya satu sistem yang menjana pelaburan supaya boleh menanggung pemberian RM1,500 kepada anak Selangor yang berdaftar. "Sebagai contoh, ketika ini sejumlah 330,000 anak Selangor berdaftar dalam program ini dan Kerajaan Negeri memerlukan RM400 juta bagi membuat bayaran apabila mereka berumur 18 tahun. "Justeru, Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan Permodalan Nasional Berhad bagaimana untuk kita melaksanakan pelaburan itu," katanya.

Peniaga kecil gembira pengecualian fi lesen SHAH ALAM - Peniaga kecil menjadi kumpulan paling gembira apabila Kerajaan Negeri terus komited meneruskan pengecualian pembayaraan fi lesen, pada 2019. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, kumpulan berkenaan memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi menambah baik ekonomi mereka. “Saya sambut baik pengumuman Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, begitu juga pengecualian bayaran cukai pintu bagi rumah kos rendah dan kampung sebagai usaha murni kerajaan untuk memastikan rakyat terus hidup selesa. “Namun sebagai rakyat, kita perlu terus komited untuk bersama membangunkan negeri ini,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, beliau turut melahirkan kegembiraan apabi-

la Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) turut diteruskan Kerajaan Negeri. “Kita tidak mahu bantuan IPR ini hanya diterima sekumpulan

golongan sahaja sehingga menyebabkan ada yang terabai, maka disebabkan itulah penjajaran semula dilakukan,” katanya.

APA KATA MEREKA

Pengecualian fi lesen dan pengekalan cukai pintu disambut baik

Berita menggembirakan terutama kepada peniaga seperti saya. Keputusan untuk mengekalkan pengecualian fi lesen terhadap peniaga kecil amat tepat. Kebanyakan golongan peniaga bukan memilih berniaga sepenuh masa, namun ia sebagai tambahan untuk menampung perbelanjaan harian. - Nur Mimi Nazira Nazri, 28, Peniaga

Pengecualian cukai pintu bagi penduduk kampung dan rumah kos rendah sangat disokong, sekali gus membuktikan Kerajaan Negeri prihatin kepada golongan seperti kami kerana adakala perlu bekerja lebih untuk membayar pelbagai cukai. Terima kasih Kerajaan Negeri. V Kamala, 48, Pekerja Swasta


Utama

4

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Rumah Selangorku

Sasar ��,��� unit siap menjelang ���� OLEH SHEEDA FATHIL

ini, manakala 4,486 unit pada 2019; 3,372 (2020) dan 8,032 (2021). Rumah Selangorku atau rumah mampu milik menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri, pada harga berpatutan. Langkah itu selaras hasrat Kerajaan Negeri memastikan rakyat Selangor memiliki satu rumah bagi satu keluarga.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Sebanyak 20,386 unit Rumah Selangorku bakal disiapkan secara berperingkat sehingga 2021, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau berkata, ia membabitkan 39 fasa pembangunan Rumah Selangorku di seluruh negeri, pada masa akan datang. “Bagi tempoh 2014 hingga kini,

sejumlah 6,303 unit Rumah Selangorku siap dibina dan sudah diserahkan kunci kepada pembeli,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin, pada sidang Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini. Dilaporkan terdapat 4,496 unit Rumah Selangorku bakal disiapkan secara berperingkat pada tahun

RM�� juta baik pulih rumah terbengkalai ta, bagaimanapun peruntukan terbabit hanya tertakluk kepada projek tanpa lesen dan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. "Setakat ini, terdapat tiga projek rumah terbengkalai sedang diberi perhatian oleh Kerajaan

ED

SHAH ALAM - Sebanyak RM18 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai untuk membantu memulihkan projek terbengkalai, di Selangor. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berka-

SIDANG PENGARANG

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib : hapizantaib@mediaselangor.com, Nazli Ibrahim : nazli@mediaselangor.com, Afix Redzuan : syafiq@mediaselangor.com, Norhayati Umor : hayati@mediaselangor.com, Sheeda Fathil : sheeda@mediaselangor.com Nadiah Zamlus : sitinadiah@mediaselangor.com Zareef Muzammil : zareefmuzammil@mediaselangor.com

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Nadhrah Azlan : nadhrah@mediaselangor.com l 03-5523 4856 (ext 109) Shafiq Hamsi : Shafiqhamsi@mediaselangor.com | 03-5523 4856 (ext 109) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri Yusof GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: info@mediaselangor.com

Negeri termasuk di Permatang, Kuala Selangor; Projek Melayu Rasa dan Sungai Chong, keduaduanya di Kuala Kubu Bharu. “Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai perunding pengurusan projek untuk menjalankan kerja baik pulih,” katanya ketika sesi soal jawab, di Dewan Negeri Selangor. Katanya, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari turut turun padang ke tapak perumahan terbengkalai yang terletak di Hulu Selangor bagi meninjau keadaan sekitar. Pada September lalu, Amirudin melalui Program Jelajah Maju Bersama turun padang ke Kampung Melayu Rasa, Kuala Kubu Bharu, bagi mendengar permasalahan penduduk yang menderita hampir 20 tahun ekoran projek perumahan terbengkalai. Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju membantu penduduk kampung berkenaan daripada segi infrastruktur dengan kos RM4 juta.

Sidang Dewan Negeri Selangor bermula sejak 23 November lalu

Maklum balas bantuan perlu tepati kehendak SHAH ALAM - Sekolah bukan bantuan penuh kerajaan yang mendapat peruntukan Kerajaan Negeri perlu membuat maklum balas, dari semasa ke semasa. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu bagi mengelakkan peruntukan disalurkan tidak memenuhi kehendak atau keperluan semasa. “Komitmen penuh diberikan khususnya kepada bidang pendidikan, justeru kita mahu maklum balas pihak berkenaan sama ada Jabatan Agama Islam Selangor atau pengurusan sekolah lain supaya mengambil maklum perkara ini. “Kerajaan Negeri juga mengutamakan pembangunan infrastruktur terlebih dahulu berbanding keperluan sumber

manusia bagi memartabatkan institusi pendidikan," katanya. Beliau berkata, dasar memberi bantuan kepada sekolah bukan bantuan penuh juga akan terus dilaksanakan, manakala bagi sekolah penuh bantuan kerajaan, ia masih terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Katanya, ia bagi mengelakkan pertindihan atau gangguan kos jika Kerajaan Negeri turut sama membantu sekolah bantuan penuh kerajaan. "Pada masa sama, semua Ahli Dewan Negeri disaran menjalin hubungan baik dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudahkan aduan disalur membabitkan infrastruktur berdekatan sekolah," katanya

Lebih � juta pengguna WiFi Smart Selangor SHAH ALAM - Pengguna Wifi Smart Selangor (WiFiSS) yang berdaftar kini mencecah 1,143,855 dalam tempoh tiga tahun sejak ia mula beroperasi, pada September 2015. EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan WiFiSS, setakat ini. Katanya, jaminan tahap perkhidmatan dalam lingkungan 95 peratus turut berada dalam julat yang dipersetujui. “Bagaimanapun, prestasi perkhidmatan WiFiSS sentiasa dalam pemantauan dan usaha untuk mempertingkatkan kelajuan dan liputannya

sentiasa dijalankan bersama pihak pembekal,” katanya. Terdahulu, sebanyak 3,834 perkhidmatan jaringan WiFiSS diwujudkan, di sekitar negeri itu dengan sasaran kepada kawasan tumpuan awam dan penduduk berpendapatan rendah. Pembangunan infrastruktur telekomunikasi melalui capaian jalur lebar (WiFi) di Selangor bakal diperluaskan dengan 4,000 ‘hotspot’ ke seluruh negeri, menjelang akkhir tahun ini. Pelaksanaan itu menjadi saksi kepada inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan semua rakyat mendapat akses melalui capaian jalur lebar berkelajuan tinggi secara percuma, sekali gus merapatkan jurang digital khususnya, di Selangor.


Utama SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

5

Informasi

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

Sultan Sharafuddin berkenan terima zakat perniagaan RM�.��� juta 2016 yang diwakili Ketua Pentadbirnya, Razana Ghazali. QSR Brands (M) Holdings Berhad pula menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017 berjumlah RM1.81 juta yang diserahkan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Johor Corporation, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, sementara Central Spectrum (M) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Mahmud Abbas menyerahkan zakat RM1.26 juta juga bagi tahun kewangan sama. Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Mohammed Khusrin Munawi; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Timbalan Pengerusi LZS, Prof Dato’ Dr Aziuddin Ahmad.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menerima bayaran zakat daripada empat syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM7.503 juta, di Istana Bukit Kayangan, pada 4 Disember lalu. Syarikat terbabit adalah Kumpulan SIRIM Berhad, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), QSR Brands (M) Holdings Berhad dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd. Kumpulan SIRIM Berhad diwakili Pengerusi merangkap Ketua Eksekutifnya, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohd Hani dengan jumlah zakat perniagaan bagi 2017 sebanyak RM2.308 juta diikuti NAFAS (RM2.12 juta) bagi tahun kewangan

OLEH NORHAYATI UMOR

MBI tawar �,��� unit Rumah Selangorku

Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif pendemokrasian perumahan melalui MBI dengan pembangunan 100 peratus rumah mampu milik, di atas tanah milik MBI

ED

KAJANG - Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor dijangka akan memulakan tiga projek pendemokrasian Rumah Selangorku pada tahun hadapan dan dijangka siap, dalam tempoh tiga tahun. Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, tiga projek berkenaan membabitkan 5,000 unit iaitu di Bangi Lama (1,100 unit), Sungai Sering, Hulu Klang (2,500 unit) dan Paya Jaras (1,400 unit). Katanya, ia menawarkan keluasan lebih 1,000 kaki persegi serta dua parkir kereta dilengkapi perabot seperti kabinet dapur dan kabinet bilik tidur, pemanas air serta penghawa dingin, di setiap bilik tidur. “Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif pendemokrasian perumahan melalui MBI dengan pembangunan 100 peratus rumah mampu milik, di atas tanah milik MBI. “Ia ditawarkan dengan harga tidak melebihi RM250,000 seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri 2019 oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, baru-baru ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke rumah contoh Rumah Idaman Rakyat Selangor, di Pangsapuri Im-

Realisasi hasrat rakyat miliki kediaman sendiri

pian, di sini, pada 2 Disember lalu. Hadir sama, EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha. Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Maybank yang bersetuju

SOFFAN AFFENDI

Ketua Pegawai Operasi MBI

menggunakan kaedah Rent-ToOwn (RTO) pada harga asal ketika mula menduduki rumah berkenaan. Dalam lawatan kerja itu, MBI turut melawat salah satu tapak projek Rumah Selangorku yang bakal dibi-

na di Bangi Lama berkeluasan lebih 4,0469 hektar. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, bank itu bercadang memperluaskan skim RTO, iaitu program

B�� disaran ambil peluang KAJANG - Golongan B40 disaran mengambil peluang keemasan ditawarkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) melalui pembinaan Rumah Selangorku sebanyak 5,000 unit, bermula tahun hadapan. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, hal itu kerana tawaran

diberikan termasuk kelengkapan perabot dengan harga berpatutan tidak akan diperolehi, di pasaran lain. Katanya, ia adalah usaha murni MBI memberikan pulangan terbaik dan istimewa khusus untuk penduduk Selangor. “Menerusi tiga projek itu nanti, MBI berjaya mengenepi-

kan ‘cakap-cakap’ bahawa pembinaan Rumah Selangorku ini tidak mendatangkan keuntungan. “Sedangkan, langkah berani MBI Selangor ini berjaya memberi satu tawaran yang sangat istimewa kepada rakyat negeri ini,” katanya. Justeru, Haniza berkata,

HouzKEY Maybank Islamic, kepada rumah dalam lingkungan harga mampu milik. “Penyelesaian RTO yang ditawarkan adalah sebahagian daripada inisiatif pengantaraan berasaskan nilai iaitu memberikan penyelesaian berdaya maju dan mampan untuk memiliki rumah serta cara bank menyokong agenda nasional Malaysia dalam pemilikan rumah,” katanya.

Pengumuman rakyat yang berminat boleh menghantar permohonan kepada Maybank atau Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. “Kerajaan Negeri turut memudahkan pembeli selepas bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan urusan pinjaman,” katanya.

Orang ramai sekitar Klang diminta tidak panik kerana acara Tembakan Kehormat 21 Das Meriam akan diadakan sempena Hari Keputeraan ke-73 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada 10 dan 11 Disember ini (Isnin dan Selasa)


Utama

6

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

PBT laksana pemantauan secara komprehensif

Naik taraf imej ‘food truck’ OLEH ZAREEF MUZAMMIL

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Peniaga kendera saji (food truck) diingatkan supaya mematuhi garis panduan ditetapkan ketika menjalankan operasi perniagaan masing-masing. EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, hal itu bagi memudahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat pemantauan dan penyelarasan permit secara komprehensif juga teratur. Katanya, ia secara tidak langsung membantu peniaga lebih memahami kaedah pengurusan kendera saji bagi memastikan perniagaan berjalan lancar. “Pada asasnya, perniagaan ‘food truck’ hanyalah penjenamaan semula dengan mengambil kira susun atur supaya mudah dipantau PBT. “Selain itu, dengan mematuhi garis panduan ini, maka ia boleh menaik taraf imej perniagaan ‘food truck’ itu sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pengguna Bebas

Pada asasnya, perniagaan ‘food truck’ hanyalah penjenamaan semula dengan mengambil kira susun atur supaya mudah dipantau PBT. Selain itu, dengan mematuhi garis panduan ini, ia boleh menaik taraf imej perniagaan ‘food truck’ itu sendiri

HEE LOY SIAN

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi

Plastik dan ‘Food Truck’ 2018, peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di Dataran Kemerdekaan, Persiaran Bandaraya Seksyen 14, di sini, pada 1 Disember lalu. Turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad; Timbalan Setiausaha MBSA, Rosli Bakar; Timbalan Pengarah Seksyen PBT Selangor, Ahmad Zaki Yusof dan Ketua Pasaran dan Pendidikan World Wide Fund for Nature, Thiagarajan Nadeson.

Loy Sian melawat salah satu perniagaan kendera saji dan menyerahkan kit bebas plastik kepada peniaga Pada masa sama, Loy Sian turut menyifatkan perniagaan kendera saji pada masa kini semakin berkembang luas apabila ramai usahawan khususnya belia mula berjinak, dalam perusahaan itu. Katanya, peniaga terbabit

‘Made in Sepang’ bawa produk usahawan ke mata dunia

ED

SEPANG - Jenama ‘Made in Sepang’ bakal membawa produk daerah itu ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memperkasakan usahawan, di kawasan terbabit. Pegawai Daerahnya, Mohd Yazid Sairi berkata, Sepang sememangnya terkenal dengan pelbagai produk dilahirkan usahawan berjaya termasuk buah naga dan nenas premium. Katanya, ia turut merangkumi produk pertanian seperti ubi kayu, terung dan betik yang mendapat permintaan luas, sehingga ke luar negara. “Justeru, penggunaan jena-ma ‘Made in Sepang’ diyakini mampu melebarkan lagi sayap usahawan di daerah ini kerana kita mempunyai ‘branding’ tersendiri,” katanya ketika berucap pada Jelajah Usahawan Selangor (JUSEL) peringkat daerah Sepang, di Tapak Penjaja Putra Perdana, Puchong, di sini. Hadir sama, EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail. Mohd Yazid berkata, jelajah berkenaan membuka mata ma-

Antara produk yang menggunakan jenama ‘Made in Sepang’

syarakat setempat berhubung peluang diberi Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat menjadi usahawan berjaya. Katanya, pelbagai agensi Kerajaan Negeri seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga dan pihak perbankan bersedia membantu orang ramai yang berminat menjadi usahawan. “Saya juga menggesa supaya persepsi memiliki ijazah sebagai kejayaan utama dalam kehidu-

pan seseorang perlu diubah. “Kita tidak mahu lagi pemilik ijazah hanya mencari kerja sahaja, sebaliknya mereka perlu mewujudkan peluang pekerjaaan buat orang lain melalui bidang usahawan. “Oleh itu, gunakan peluang sebaiknya apabila program seperti JUSEL ini diadakan, datang dan ambil segala maklumat daripada agensi kerajaan yang ingin disalurkan kepada anda,” katanya.

perlu membentuk komuniti mereka sendiri memandangkan perniagaan itu boleh memberi pulangan yang lumayan. “Kebiasaannya, produk dijual peniaga ini adalah berasaskan makanan walaupun adakala

dalam kalangan mereka menjual produk selain makanan. “Jenis makanan yang dijual pula ada had ditentukan kerana keadaan fizikal diubah suai mempunyai ruang terhad,” katanya.

Etika pemakaian DNS sejak ���� SHAH ALAM - Etika pemakaian 'long suit' ketika persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) perlu dipatuhi dan menjadi amalan serta tradisi, sejak 1959. Speaker DNS, Ng Suee Lim berkata, mengikut amalan berkenaan, kod pemakaian bagi ‘nombor satu’ dipakai pada sesi perasmian, manakala baju Melayu, pada hari pembukaan. “Saya menegur Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzah, kerana gagal mematuhi etika pemakaian supaya lebih berdisiplin. “Saya faham jika ADN yang masih baru kurang memahami peraturan DNS, namun 14 atau 21 hari sebelum DNS bersidang, dalam surat jemputan sudah dinyatakan dengan jelas berhubung etika pemakaian,” katanya. Bagaimanapun, ADN Sekinchan itu berkata, perkara berkenaan boleh dibahaskan jika merasakan ia perlu diubah mengikut keperluan

Saya faham jika ADN yang masih baru kurang memahami peraturan DNS, namun 14 atau 21 hari sebelum DNS bersidang, dalam surat jemputan sudah dinyatakan dengan jelas berhubung etika pemakaian NG SUEE LIM Speaker DNS

semasa. “Selepas berbahas, kita boleh mengambil maklum hal itu seterusnya boleh bersidang dalam Jawatankuasa Peraturan Tetap,” katanya. Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua ADN supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan agama serta provokasi untuk mengelakkan ketegangan kaum.


Ekonomi SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Invest Selangor rangka program

Depani Revolusi Industri �.� OLEH SHEEDA FATHIL

“Bagi memastikan institusi pendidikan bersedia mengharungi revolusi ini, maka Invest Selangor turut menghubungkan kerjasama antara Universiti Selangor dan Universiti Malaya. “Pada masa sama, Invest Selangor juga mengadakan sesi dialog antara syarikat IKS yang mempunyai potensi seperti DreamEdge dan Robopreneur dengan universiti berkaitan,” katanya. IR4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baru seperti automasi, ‘Internet of Things’ (IoT), analisis dan ‘big data’, simulasi, integrasi sistem serta penggunaan ‘robotic and cloud’ yang bakal merancakkan lagi kemajuan landskap dunia moden juga teknologi.

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

Perkasa peluang kerjaya hijau di ASEAN KUALA LUMPUR - Malaysia berharap dapat menggalakkan pengenalpastian potensi dan prospek untuk industri serta pekerjaan hijau dalam kalangan negara anggota sepanjang penggalnya sebagai pengerusi sektor buruh ASEAN. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia juga berharap untuk membangunkan dasar serantau yang sepadan berkaitan industri hijau sepanjang tempoh tiga tahun, bermula tahun ini hingga 2020. “Marilah kita mulakan perjalanan kita sekarang. Malaysia akan lakukan yang terbaik untuk memacu sektor buruh ke depan dengan menggembleng pekerjaan dan kemahiran hijau di bawah naungan kepimpinan

kami,” katanya. Beliau berkata demikian pada perasmian Mesyuarat Menteri Buruh ASEAN ke-25, di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran. Dr Mahathir berkata, ASEAN juga bersedia untuk bekerja dengan rakan dialognya iaitu China, Korea Selatan dan Jepun bagi membuka peluang lebih luas kepada masa depan pekerjaan serta kemahiran hijau, di rantau itu. Beliau turut meluahkan keyakinan sektor buruh ASEAN akan menyaksikan hasil yang signifikan dalam menggalakkan dan mempermudah usaha menghijaukan industri serta pekerjaan juga kemahiran.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) komited merangka beberapa program dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi membuka peluang pekerjaan kepada belia. EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, pelbagai program awalan sudah dilaksanakan sebelum ini membabitkan IR4.0. “Invest Selangor adalah sebahagian daripada IR4.0 yang diorganisasikan Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor dan menyediakan lan-

dasan untuk industri juga syarikat IKS, kerajaan serta akademik. “Ia bertujuan mengadakan sesi dialog berhubung hala tuju, strategi dan cabaran akan dihadapi semua pihak berkenaan IR4.0, pada masa depan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sijangkang, Dato’ Ahmad Yunus Hairi, di Dewan Negeri Selangor, di sini, pada 29 November lalu. Katanya, Kerajaan Negeri pernah melaksanakan pelbagai program berkaitan IR4.0 antaranya ‘Bavaria Industry 4.0 Workshop’ di Istana Selangor dan ‘Malaysian Smart Factory 4.0’

7

Informasi

Tumpu aktiviti pemasaran bantu SITEC-SDCC terima usahawan IKS anugerah status Digital Hub

ED

SHAH ALAM - Invest Selangor melaksanakan pelbagai program dengan tumpuan kepada aktiviti pemasaran bagi membantu pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), di negeri itu. EXCO Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan serta IKS, Dato’ Teng Chang Khim berkata, antara aktiviti itu adalah program latihan bagi pemasaran produk secara dalam talian dan penyertaan usahawan IKS melalui pameran, di luar negara. “Program latihan bagi tujuan itu melalui inisiatif Majlis Teknologi Maklumat & E-Dagang Selangor (SITEC) dan penyertaan di luar negara dijalankan Invest Selangor bagi membolehkan usahawan tempatan menembusi pasaran luar. “Selain itu, setiap tahun Kerajaan Negeri juga memperuntukkan belanjawan membantu usahawan bagi meningkatkan hasil pendapatan dan menjana ekonomi negeri,” katanya. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib, pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, pada 26 November lalu. Katanya, bantuan disediakan untuk perniagaan mikro yang ditakrifkan sebagai perniagaan mempunyai jualan kurang RM300,000 setahun dan mempunyai pekerja tetap sebanyak dua hingga lima orang ialah Dana Usahawan Mikro Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan memberi bantuan kepada usahawan mikro melalui sembilan Pejabat Daerah atau Tanah di Selangor untuk melaksanakan program khas bagi meningkatkan hasil jualan, sekali gus melahirkan usahawan berdaya tahan. “Setiap tahun, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM250,000 bagi setiap daerah untuk disalurkan kepada mereka yang layak dengan setiap pemohon menerima bantuan, sehingga RM30,000. “Sekurang-kurangnya, 100 usahawan mendapat manfaat daripada bantuan ini, setiap tahun,” katanya. Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri melalui HIJRAH Selangor

turut menyediakan pinjaman kewangan berperingkat, bermula pada 2015 yang sebelumnya dikenali sebagai mikrokredit bersepadu menggabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA. “Ia adalah satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan penjaja serta peniaga kecil yang menghadapi kekurangan modal juga peluang mendapatkan modal tambahan. “Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim satu hingga empat dan jumlah kelulusan diberi sehingga RM50,000 mengikut syarat tertentu. “Sehingga kini, sebanyak 32,146 peminjam menerima manfaat daripada program ini,” katanya.

SHAH ALAM - Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) melalui Selangor Digital Creative Centre (SDCC) berjaya merangkul anugerah status Digital Hub oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia adalah pengiktirafan cemerlang diterima agensi terbabit yang baharu beroperasi, sejak tiga tahun lalu. “Kerajaan Negeri begitu agresif sejak tempoh tiga tahun lalu untuk mencari inisiatif baharu khususnya berkaitan perniagaan e-dagang. “Justeru, Kerajaan Negeri menubuhkan SITEC sebagai salah satu peluang dan galakan kepada masyarakat untuk menerokai atau terbabit khusus dalam bi-

dang e-dagang,” katanya. Katanya, dengan kewujudan pelbagai insiatif berunsurkan kreatif, ia sekali gus dapat merealisasikan Selangor ke arah ‘Smart State’, menjelang 2025. “Setakat ini, perniagaan dalam talian belum lagi menepati secara keseluruhan, justeru SITEC diwujudkan bagi menggalakkan pembudayaan edagang dalam kalangan peniaga dan usahawan kecil,” katanya. SITEC membimbing 425 usahawan kecil dan sederhana dengan jumlah jualan RM10 juta setahun, manakala 50 ‘startups’ dilahirkan menerusi ‘Selangor Accelerator Programme’, ‘StartupQuest Selangor Programme’ dan ‘Smart City Hackathon’, dalam tempoh tiga tahun ini.


Nasional

8

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Contohi negara maju

Malaysia kawal ketat kemasukan buruh asing OLEH NADIAH ZAMLUS

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal mengikut jejak langkah beberapa negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong bagi mengawal kemasukan buruh asing, ke negara ini. Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, antara langkahnya ialah mewajibkan setiap buruh asing yang bekerja dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan pengeluaran untuk pulang ke negara asal, selepas permit tamat tempoh. “Itu hasrat mana-mana negara tetapi di Malaysia, kita berdepan masalah apabila buruh asing

Mewajibkan setiap buruh asing yang bekerja dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan pengeluaran untuk pulang ke negara asal, selepas permit tamat tempoh.

mereka. “Kita tidak mahu membebankan agensi penguatkuasaan, selain memperuntukkan kos penghantaran pulang dan penahanan buruh asing yang degil,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25, di sini, pada 28 November lalu. Kulasegaran berkata, mesyuarat itu disertai menteri buruh dari 10 negara anggota ASEAN termasuk Malaysia dengan sokongan Sekretariat ASEAN dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Katanya, ia adalah mesyuarat tertinggi yang berperanan menggubal dan membuat keputusan berkenaan program serta aktiviti perburuhan berdasarkan Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN. “Menteri Buruh ASEAN akan menyatakan sokongan terhadap ‘ASEAN Declaration on Promoting Green Jobs for Equity and Enclusive Growth of ASEAN Community’,” katanya.

Kulasegaran mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25, di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur

M KULASEGARAN Menteri Sumber Manusia

terus menetap di sini sehingga agensi penguatkuasaan terpaksa mengerahkan operasi memburu

KWSP semak semula Kompleks Seri Perdana dibuka kuantum simpanan kepada orang awam mulai ���� setiap tiga tahun atau yang lebih awal dengan semakan terakhir, pada 2017. Beliau berkata, dengan semakan semula itu, anggota perlu mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan ia layak menyertai Skim Pelaburan Anggota KWSP. “Skim pelaburan itu menyediakan anggota dengan opsyen untuk mempunyai sebahagian daripada simpanan KWSP mereka dalam akaun 1 dilaburkan dalam unit amanah atau melalui mandat swasta yang diuruskan institusi pengurus dana yang dilantik,” katanya. Untuk maklumat lanjut, anggota boleh menghubungi Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000 atau rujuk laman sesawang di www.kwsp. gov.my atau kunjungi manamana 67 cawangan KWSP, di seluruh negara.

ED

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menyemak semula kuantum bagi simpanan asas daripada RM228,000 sekarang kepada RM240,000, berkuatkuasa 1 Januari 2019. Ketua Jabatan Pengurusan Strateginya, Balqais Yusoff berkata, simpanan asas itu mewakili jumlah yang dianggap mencukupi untuk menyokong keperluan asas anggota KWSP selama 20 tahun sebelum bersara, pada umur 55 tahun. “Kuantum baharu itu menjadi penanda aras berbanding pencen minimum bagi pekerja sektor awam yang ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan, pada 28 November lalu. Katanya, kuantum simpanan asas KWSP akan disemak semula dari semasa ke semasa mengikut pencen minimum bagi pekerja sektor awam atau

KUALA LUMPUR - Kompleks Seri Perdana yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, kini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan. Menurut laman sesawang rasmi kompleks berkenaan, bahagian tertentu iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet akan dibuka untuk lawatan selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat. Katanya, waktu lawatan dibuka pada jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan ditutup pada jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang serta kembali beroperasi seperti biasa, pada jam 2 hingga 4 petang. “Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan. “Tempoh melawat adalah selama 1 jam 30 minit secara datang terus (walk in) dan lawatan berpandu, namun lawatan berpandu hanya dibenarkan, pada hari Isnin hingga Khamis,” katanya. Katanya, pelawat dinasihatkan supaya mematuhi peraturan ketika berada di dalam kompleks seperti berpakaian kemas dan sopan serta tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk kamera atau telefon berkamera ke dalam kawasan kompleks. Selain itu, pelawat dari dalam dan luar negara juga diingatkan membawa kad pengenalan diri atau pasport untuk tujuan pendaftaran.

“Namun, pihak pengurusan boleh meminda jadual lawatan jika terdapat majlis rasmi ketika waktu lawatan terbabit,” katanya. Seri Perdana dibina pada 1997 di atas tapak seluas 17.199 hektar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah

bandar raya taman. Ia mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam juga Eropah. Jika terdapat pertanyaan, orang ramai boleh layari laman sesawang www.seriperdana.gov. my atau hubungi 03-88888200 untuk maklumat lanjut.


Nasional SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

9

Informasi

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

SPR kenal pasti ��,��� pemilih warga emas

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

KUALA LUMPUR - Sebanyak 73,000 pemilih berusia 90 tahun dan ke atas termasuk seorang pengundi dikatakan berusia 150 tahun masih berada dalam rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, daripada jumlah itu, 11,000 pemilih dikenal pasti masih hidup dan mengundi, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. Manakala katanya, baki 62,000 pemilih itu masih belum dikenal pasti sama ada masih hidup atau meninggal dunia. “SPR sedang dalam proses pembersihan daftar pemilih bagi memastikan jumlah pemilih sebenar tepat dan ia proses berterusan kerana setiap hari ada pemilih yang meninggal dunia,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Roundtable on Electoral Reform: The Way Forward for Free and Fair Elections’ di Parlimen, pada 30 November lalu. Azhar berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara dalam usaha mewujudkan sistem pembersihan daftar pemilih secara

Tamat monopoli BERNAS

Kerajaan jamin tidak abai petani Pemain industri padi dan beras baharu diharap dapat terus mengutamakan bekalan beras daripada petani tempatan, berbanding luar SIM TZE TZIN

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

tri itu sihat,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, pada 29 November lalu, lapor BERNAMA. Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parli-

ED

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan memberi jaminan golongan petani tempatan tidak akan diabaikan jika monopoli Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) ditamatkan. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, pemain industri padi dan beras baharu diharap dapat terus mengutamakan bekalan beras daripada petani tempatan berbanding luar. “Kami akan beri tanggungjawab itu kepada syarikat baharu yang ingin sertai kerana jika mereka hendak dapatkan keuntungan daripada import beras, maka perlu laksanakan tanggungjawab sosial. “Kita mahu syarikat itu memperoleh keuntungan padi. Jadi, mereka perlu tunai tanggungjawab mereka, barulah indus-

men Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang ingin tahu jika pemecahan monopoli beras memberi kesan kepada golongan pesawah yang selama ini memberi bekalan beras kepada Bernas. Pada 17 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan sedang mengkaji untuk membuka monopoli Bernas sebanyak 30 peratus pada 2019 kepada pemain industri padi dan beras yang lain sebelum konsesi syarikat itu tamat sepenuhnya, pada 2021. Kajian lanjut berkenaan model baharu bagi menggantikan monopoli Bernas sedang dalam perbincangan yang mengambil kira semua aspek. Ia merangkumi sekuriti makanan negara dan kebajikan pemain industri termasuk petani, pengilang serta rakyat sebagai pengguna akhir.

Jaga keselamatan ketika di stesen minyak SHAH ALAM - Polis menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan ketika berada di stesen minyak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Melalui kenyataan di Facebook, polis berkata, amaran itu ekoran kekerapan kes jenayah samun yang kini turut berlaku, di stesen minyak. “Polis memberi beberapa langkah keselamatan yang boleh diikuti antaranya elak mengisi minyak pada lewat malam atau awal pagi jika anda berseorangan, khususnya kepada wanita. “Jangan lupa untuk segera mengunci pintu sejurus keluar daripada kenderaan kerana walaupun meninggalkan kenderaan

tidak berkunci selama lima saat, ia boleh dijadikan peluang kepada penjenayah untuk menyamun atau melarikan kenderaan anda,” katanya. Polis berkata, tindakan segelintir pemandu yang meninggalkan telefon pada ‘phone holder’ di cermin kenderaan ketika mengisi minyak turut mendatangkan bahaya. Katanya, orang ramai tidak seharusnya mengambil mudah dan merasakan keadaan sentiasa selamat. “Peka dengan keadaan sekeliling walaupun waktu siang dan segera laporkan kepada pekerja stesen jika terlihat individu mencurigakan.

“Sebagai maklumat tambahan, polis sudah bekerjasama dengan beberapa syarikat minyak melalui Program ‘Go To Safety Point’ (GTSP) yang menjadikan stesen minyak sebagai lokasi alternatif untuk orang ramai mendapatkan bantuan ketika berdepan kecemasan,” katanya. Maklumat lanjut berkenaan GTSP boleh dilayari di laman sesawang http://www.rmp.gov. my/program-pdrm/go-to-safetypoint-(gstp).

automatik bagi pengundi yang meninggal dunia. Sementara itu, mengulas berkenaan tarikh Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, beliau berkata, ia hanya akan diputuskan selepas menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hassan. “Mereka ada enam bulan untuk membuat keputusan berhubung rayuan itu tetapi saya fikir mereka akan putuskan lebih awal. Selalunya lebih awal,” katanya. Pada 16 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi DUN Rantau pada PRU14 terbatal dan tidak sah.

Sedia cari semula MH��� jika ada bukti kukuh KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia memulakan semula usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak empat tahun lalu jika ada bukti kukuh berkenan keberadaannya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan tidak menutup sepenuhnya ruang untuk kemungkinan meneruskan misi pencarian, namun menegaskan pencarian tidak boleh dibuat sepanjang masa tanpa bukti kukuh. “Kerajaan sudah menyatakan, jika ada bukti kukuh dan penemuan meyakinkan, maka kita dapat mencari pesawat itu dan akan mempertimbangkan semula,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbeka-

lan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan, pada persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini. Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada 8 Mac 2014. Kehilangan pesawat itu disifatkan antara yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia. Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung pencarian selama dua tahun bagi pesawat terbabit, pada Januari tahun lalu.


Global

10

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Akhiri penderitaan Palestin

Pergiat kempen seluruh dunia gilan mereka,” katanya. Pada masa sama, Saifuddin berkata, beliau akan terus mendokong pendirian Malaysia membantu rakyat Palestin bukan hanya dalam aspek diplomatik, malahan menyediakan pelbagai bantuan termasuk kewangan, kemanusiaan serta pembangunan infrastruktur. Beliau berkata, rakyat Malaysia terus teguh dan komited terhadap saudara di Palestin bagi menamatkan pendudukan haram Israel, di wilayah itu. “Kerajaan dan rakyat Malaysia kekal dan akan terus komited memperjuangkan sokongan dalam mengembalikan hak rakyat Palestin memerintah serta menubuhkan sebuah kerajaan merdeka,” katanya. Pada 1977, Perhimpunan Agung PBB menetapkan 29 November sebagai Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin sebagai menandakan kejayaan Ketetapan 1947. Menurut laman sesawang PBB, acara sambutan akan diadakan di Ibu Pejabat PBB, di New York, bermula 28 hingga 30 November termasuk pameran foto bertemakan ’70 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia – Nakba Palestin’.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

tegas menyuarakan pendiriannya melalui pelbagai forum antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam dan Pergerakan Negara Berkecuali,” katanya kepada BERNAMA. Katanya, PBB harus campur tangan dengan lebih berkesan melalui penubuhan misi atau membenarkan kehadiran wakil antarabangsa bagi memantau keadaan, meredakan ketegangan dan mengekalkan ketenteraman serta keselamatan, di wilayah bergolak itu. Beliau turut menyuarakan kekecewaannya kerana 71 tahun selepas Perhimpunan Agung PBB menerima pakai Resolusi Pemisahan Kawasan, hanya satu pihak membentuk negara (Israel) daripada Ketetapan Penyelesaian Dua Negara, manakala Palestin terus berjuang menuntut keadilan. “Usaha antarabangsa mendapatkan penyelesaian adil untuk isu itu kebanyakannya tidak membuahkan hasil dan dunia berulang kali menyaksikan pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel. “Negara yang kononnya digelar kuasa besar dunia dilihat seakan tidak berdaya atau tidak mahu menegur Israel atas kede-

KUALA LUMPUR - Kempen besar-besaran membabitkan masyarakat global diperlukan bagi menamatkan penderitaan penduduk Palestin yang bergolak, sejak tujuh dekad lalu. Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, masyarakat antarabangsa perlu menerajui usaha dan memperkukuhkan sistem ‘multilateral’ bagi mencari penyelesaian adil serta berkekalan dalam

konflik Palestin-Israel ekoran kegagalan rundingan dua hala, sejak berdekad lalu. Katanya, komuniti antarabangsa juga tidak seharusnya mengecewakan rakyat Palestin dan Malaysia sentiasa bersedia memainkan peranannya. “Kegagalan seumpama itu hanya mengakibatkan keadaan kembali kepada status quo di Wilayah Palestin yang diduduki. “Atas semangat ini, Malaysia sentiasa

Pemanasan global tingkat kematian, penyakit

ED

LONDON - Perubahan iklim menjadikan lebih ramai penduduk di dunia terdedah kepada haba, sekali gus meletakkan mereka berisiko lebih besar mendapat penyakit jantung dan buah pinggang, tekanan haba serta pembunuh berkaitan haba lain. Seorang profesor dari Universiti York, Britain, Prof Hilary Graham berkata, kesan pemanasan global paling serius kepada penduduk berusia dan di bandar serta mereka dengan keadaan kesihatan kronik. Katanya, penduduk Eropah dan timur Mediterranean lebih terdedah berbanding Afrika serta Asia Tenggara ekoran ramai warga emas tinggal di bandar dengan kepadatan penduduk tinggi. “Aliran dalam kesan perubahan iklim, pendedahan dan ancaman menunjukkan risiko tinggi yang tidak boleh diterima untuk kesihatan ketika ini dan pada masa akan datang,” katanya melalui analisis dalam jurnal perubatan The Lancet. Pengiraan Kesihatan dan Perubahan Iklim Lancet membabitkan hasil kerja daripada 27 institusi akademik dalam pelbagai disiplin daripada kesihatan sehingga kejuruteraan, ekologi serta kepakaran daripada Pertubu-

han Bangsa-bangsa Bersatu juga agensi antara kerajaan, di seluruh dunia. Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perubahan iklim menjejaskan banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan termasuk udara dan air bersih, makanan serta perlindungan. Ia menganggarkan antara 2030 dan 2050, perubahan iklim mungkin mencetuskan tambahan 250,000 kematian setahun ekoran kekurangan nutrisi, cirit-birit, malaria serta tekanan haba. “Laporan mendapati, pada 2017 kira-kira 157 juta orang terdedah kepada gelombang haba dengan 153 bilion jam tenaga buruh dibazirkan tahun lalu ekoran pendedahan haba. “Ia juga mendapati, perubahan kecil dalam suhu dan hujan boleh mengakibatkan perubahan besar dalam pemindahan penyakit berjangkit tertentu melalui air juga nyamuk seperti taun, malaria serta demam denggi,” kata WHO.

Russia kerah pasukan perang ke Crimea MOSCOW - Russia akan menghantar lebih banyak kapal perang dan sistem peluru berpandu S-400 ke Crimea ke kawasan berhampiran ketika ketegangan dengan Ukraine meningkat susulan rampasan kapal tentera laut Kiev. Russia secara berterusan menghantar perkakasan baharu tenteranya ke Crimea sejak mendudukinya dari Ukraine pada 2014 dan menjadikannya sebagai kubu. Negara itu berkata, pengerahan peluru berpandu terbabit diikuti rampasan tiga kapal tentera laut Ukraine dan kru mereka, baru-baru ini. Kiev memperkenalkan undang-undang tentera di sebahagian negara itu selepas insiden terbabit selain menyatakan kebimbangan terhadap pencerobohan Russia. Episod itu berisiko menghalang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin dalam sidang G20, di Argentina. Trump berkata, beliau mungkin membatalkan pertemuan itu susulan insiden terbabit, namun Kremlin berkata, ia beranggapan perbincangan masih diteruskan. Seorang jurucakap tentera

daerah selatan Russia, Vadim Astafyev berkata, satu batalion baharu peluru berpandu S-400 akan dihantar ke Crimea tidak lama lagi dan boleh beroperasi, menjelang akhir tahun ini. Crimea sudah menempatkan tiga batalion sistem peluru berpandu anti pesawat yang memiliki jarak sehingga 400 kilometer, membolehkan Russia mengawal sebahagian besar ruang udara, di atas Laut Hitam. Sementara itu, Putin berkeras, pasukan keselamatannya berhak merampas tiga kapal Ukraine, hujung minggu lalu. Katanya, kapal Ukraine memasuki perairan milik Russia dan enggan menjawab permohonan supaya berhenti daripada bot peronda miliknya.

Pasukan keselamatan berhak merampas tiga kapal Ukraine, hujung minggu lalu. Kapal Ukraine memasuki perairan milik Russia dan enggan menjawab permohonan supaya berhenti daripada bot peronda miliknya. VLADIMIR PUTIN Presiden Russia


DARI KACA MATA MB

11

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Informasi

TAWAS - Hadiah Anak Kelahiran Selangor

Amirudin Shari Dato’ Menteri Besar

ED

abung Warisan Anak Selangor atau dikenali sebagai TAWAS dimulakan, sejak tahun 2008. Objektif utama penubuhannya adalah untuk memberi tabungan bernilai RM1,500 kepada anak Selangor yang layak dan hanya boleh dikeluarkan apabila mereka mencapai usia 18 tahun. Pada 17 Ogos 2015, Mesyuarat Kedua Penggal 3 Sidang Dewan Negeri Selangor kali Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor diluluskan bertujuan memastikan ahli TAWAS menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri dan bermula dari 1 Mac 2014, YAWAS memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500 yang akan diberikan kepada waris ahli

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, dapat saya hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Program Bantuan Masuk Sekolah ahli TAWAS kelahiran tahun 2012

TAWAS jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri sudah memutuskan untuk memberi manfaat tambahan kepada semua ahli TAWAS dengan apabila anak TAWAS memasuki tahun 1 sekolah rendah, maka mereka akan menerima bantuan persekolahan bernilai RM50. Bagi tahun 2019, seramai 34,050 ahli TAWAS kelahiran 2012 akan memulakan sesi persekolahan tahun 1. Sebagai tanda meraikan anak yang bakal masuki alam persekolah tidak lama lagi, maka

Bagi tahun 2019, seramai 34,050 ahli TAWAS kelahiran 2012 akan memulakan sesi persekolahan tahun 1. Sebagai tanda meraikan anak yang bakal masuki alam persekolah tidak lama lagi, maka dengan ini mereka layak untuk mendapat manfaat terbabit, pada kali ini. Tuntutan bantuan persekolahan ini boleh dibuat, di kawasan Pusat Khidmat DUN masing-masing. dengan ini mereka layak untuk mendapat manfaat terbabit, pada kali ini. Tuntutan bantuan persekolahan ini boleh dibuat, di kawasan Pusat Khidmat DUN masingmasing. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap masalah yang dialami oleh ibu bapa dan penjaga khususnya apabila musim persekolahan bermula. Dengan pemberian bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga ahli TAWAS bagi menampung keperluan membeli peralatan sekolah untuk anak yang bakal memasuki alam persekolahan tidak lama lagi. Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dapat menjadi pemangkin kecemerlangan anak dalam bidang akademik dan kokurikulum. Dikesempatan ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAWAS kerana menjemput saya untuk hadir dan seterusnya merasmikan Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran 2012. Ucapan ketika Majlis Perasmian Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran 2012, pada 2 Disember 2018


Album 12

Klik!

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

13

ADN Bandar Utama

JAMALIAH JAMALUDDIN Turun padang bagi menjalankan Program gotong-royong, di Pangsapuri Sri Ara 2

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

l Aksi dua kanak-kanak mempamerkan kebolehan bermain catur pada program Back to School, di Batu Caves

ADN Taman Medan

l Keindahan arca di Taman Tasik Perdana menjadi daya tarikan pelancong ke Putrajaya

SYAMSUL FIRDAUS

Mewakili pihak Masjid Jumhuriyah menyampaikan sumbangan bantuan dana kepada anak yatim kariah Taman Dato' Harun

l Dua pelajar sedang mencari bahan bacaan serta rujukan, di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

l Reaksi seorang kanakkanak sedang melihat kecantikan ikan laga, di Pasar Malam Morib, Banting

l Pelajar sekolah sedang melihat dron, di Selangor Innovation & Creativity Exposition

ADN Hulu Kelang

ZAWAWI MUGHNI Turun padang bagi menjalankan program Jom Sukan DUN berkenaan

SAARI SUNGIB Turun merasmikan Majlis Khatan Perdana anjuran Persatuan Kejiranan Pangsapuri Bukit Baru, Keramat Hujung

ADN KUANG

SALLEHUDIN AMIRUDDIN

Turun padang melawat tanah tebing sungai yang runtuh, di Lorong Bidan Saunah, Kampung Gombak Kuang

ED

ADN Sungai Kandis

ADN Sungai Air Tawar

RIZAM ISMAIL Menyantuni pengantin dan memenuhi jemputan walimatulurus, di Kampung Dato’ Hormat Sungai Air Tawar

l Seorang kanak-kanak sedang mencuba permainan '3D Education Toys' di sebuah gerai Siri Jelajah 360 Smart Selangor

l Seorang peniaga sedang menyusun buah-buahan di gerainya, di Jalan Hulu Langat l Suasana orang ramai berbilang kaum yang mendapat sumbangan daripada Kerajaan Negeri ketika Perasmian Program Bantuan Masuk Sekolah, di Batu Caves


ADN

14

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Tidak hanya bergantung kepada cukai tanah

Teroka sumber ekonomi baharu Kejayaan WHB melaksanakan kerja menaik taraf dan memulihara tapak pelupusan seperti Tapak Pelupusan Air Hitam Puchong yang kini dikenali sebagai ‘Worldwide Landfills Park’ iaitu sebuah taman rekreasi di atas 6.2 juta tan sampah adalah suatu rekod yang perlu dibanggakan

OLEH NORHAYATI UMOR

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak boleh hanya bergantung kepada hasil premium dan cukai tanah kerana ia tidak akan dapat menjamin pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang mampan. Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, statistik menunjukkan hasil pendapatan negeri bagi 2018 menurun ekoran penurunan hasil berasaskan tanah. Justeru katanya, Kerajaan Negeri perlu bergerak proaktif dalam meneroka sumber ekonomi dan kekayaan baharu bagi menjana pendapatan. “Pakar ekonomi meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi Selangor akan terus kukuh pada 2019 dan hasil pendapatan negeri dianggar RM2.2 bilion dengan perolehan utamanya adalah hasil daripada premium tanah sebanyak 44.21 peratus dan hasil cukai tanah (26.2%). “Anggaran ini menunjukkan sebahagian besar atau majoriti hasil pendapatan

Pada masa sama, beliau menyambut baik langkah berani Kerajaan Negeri yang menjadikan Worldwide Holdings Berhad (WHB) sebagai peneraju kepada pelaksanaan sistem pelupusan pepejal moden melalui pembangunan ‘Integrated Solid Waste Management Centre ‘ (ISWMC). Beliau yakin, Selangor bersedia mendakap teknologi baru yang canggih dan selamat seperti dilaksanakan di negara maju seperti Eropah dan Jepun menerusi kaedah ‘Waste To Energy’ (WTE). “Kejayaan WHB melaksanakan kerja menaik taraf dan memulihara tapak pelupusan seperti Tapak Pelupusan Air Hitam Puchong yang kini dikenali sebagai ‘Worldwide Landfills Park’ iaitu sebuah taman rekreasi di atas 6.2 juta tan sampah adalah suatu rekod yang perlu dibanggakan. “Selain itu, WHB juga menjalankan dua projek ‘renewable energy’ menggunakan ‘landfill gas’ dan membekal tenaga elektrik yang lestari kepada Tenaga Nasional Berhad,” katanya.

MUHAMMAD HILMAN Ahli Dewan Negeri Gombak Setia

negeri ini bergantung kepada hasil yang diperolehi daripada tanah dengan jumlah 70.41 peratus,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2019, di sini.

KENYATAAN TENDER

Bas Smart Selangor lebih efisien berbanding bas awam

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar mengikut syarat-syarat pendaftaran di bawah dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:No Butir-Butir Tawaran A

No. Tender: WHB/PU/OT/ ENV/13/18

Harga

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

1. Berdaftar dengan CIDB. Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Tender RM200.00 kepada AZMAN, LIM & ASSOCIATES SDN. BHD. Bayaran dalam bentuk bank draf/cek dan tidak akan dikembalikan)

6 Disember 2018 sehingga 14 Disember 2018

Gred : G4 dan/atau G5 Kategori : CE01,CE21 2. (Kontraktor dikehendaki untuk membawa SSM,cop syarikat & Sijil CIDB sewaktu pembelian tender dokumen) 3. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman yang serupa di bidang berkaitan.

ED

PROPOSED CONSTRUCTION, COMPLETION AND UPGRADING WORKS OF WASTE RECEPTION AREA AT JERAM SANITARY LANDFILL, MUKIM JERAM, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.

Syarat-Syarat Pendaftaran

B

No. Tender: WHB/PU/OT/ ENV/14/18

1. Berdaftar dengan CIDB. Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor

PROPOSED DESIGN, PILOT TESTING, CONSTRUCTION, TESTING AND COMMISSIONING OF A TERTIARY TREATMENT (FINAL POLISHING) SYSTEM FOR LEACHATE TREATMENT PLANT AT JERAM SANITARY LANDFILL, MUKIM JERAM, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.

Gred : G4 dan/ atau G5 Kategori : M12,M15,M19 2. (Kontraktor dikehendaki untuk membawa SSM,cop syarikat & Sijil CIDB sewaktu pembelian tender dokumen) 3. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman yang serupa di bidang berkaitan.

Di pejabat: AZMAN, LIM & ASSOCIATES SDN. BHD. 59, Jalan 3/23A, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan T: 03- 4143 9415 F: 03- 4143 9412

Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat 9.00pg - 12.30 tgh 2.30ptg - 5.00 ptg

Bayaran Dokumen Tender RM200.00 kepada MENTOR ENVIRO SDN. BHD. (Bayaran dalam bentuk bank draf/cek dan tidak akan dikembalikan

6 Disember 2018 sehingga 14 Disember 2018

Di pejabat: MENTOR ENVIRO SDN. BHD. A-35-1, Level 35, Tower A, Menara UOA Bangsar, Menara UOA Bangsar, 5 Jalan Bangsar Utama 1, 59100 Bangsar Kuala Lumpur T: 03-2284 2170 F: 03- 2284 2175

Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat 9.00pg - 12.30 tgh 2.30ptg - 5.00 ptg

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:TENDER BOX B JABATAN PEROLEHAN LOT 01-03-01 WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD NO 1 WORLDWIDE@7 JALAN LAZUARDI 7/29 40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN No. Tel : 03-5510 2525 No. Fax 03-5510 4448

Tarikh Tutup Tender:3.00 pm 20 Disember 2018 (Khamis)

1. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 2. Pihak Worldwide Landfills Sdn Bhd tidak terikat menerima Sebutharga terendah atau mana-mana Sebutharga.

SHAH ALAM - Perkhidmatan Bas Smart Selangor di sekitar bandar Rawang diharap dapat dipertingkatkan bagi menampung permintaan tinggi pengguna kenderaan awam, di kawasan terbabit. Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat berkata, hal itu kerana perkhidmatan bas awam di Rawang masih berada pada tahap tidak memuaskan, berbanding perkhidmatan Bas Smart Selangor. “Perkhidmatan Bas Smart Selangor jauh lebih baik daripada pengangkutan awam yang ada, di Rawang,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019, di Dewan Negeri Selangor. Beliau turut mencadangkan supaya penggunaan bas mini diaktifkan semula bagi mengatasi isu penyelenggaraan tinggi dalam kalangan pengusaha bas awam. Bas Smart Selangor adalah salah

Perkhidmatan Bas Smart Selangor jauh lebih baik daripada pengangkutan awam yang ada di Rawang CHUA WEI KIAT ADN Rawang

satu skim di bawah Inisiatif Peduli Rakyat bagi membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan bas percuma. Malah, perkhidmatan itu juga dilihat dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar. Waktu pengoperasian bas itu adalah dari jam 6 pagi hingga 9 malam dengan kekerapan perjalanan selama 15 minit untuk tiba ke setiap hentian.


ADN SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Informasi

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

15

PERCUMA

Terima peruntukan besar

Hadiah terbesar dalam sejarah

KENYATAAN TENDER Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar mengikut syarat-syarat pendaftaran di bawah dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:No

A

Butir-Butir Tawaran

No. Tender: WHB/PU/OT/ ENV/15/18

Syarat-Syarat Pendaftaran

Harga

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

1. Berdaftar dengan CIDB. Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Bayaran Dokumen Tender RM200.00 kepada AZMAN, LIM & ASSOCIATES SDN. BHD. Bayaran dalam bentuk bank draf/cek dan tidak akan dikembalikan)

6 Disember 2018 sehingga 14 Disember 2018

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

Ini (peruntukan) paling besar pernah Paya Jaras terima yang juga manifesto saya, dalam kempen Pilihan Raya Umum lalu. Saya juga tidak menyangka Dato’ Menteri Besar mendengar keluhan rakyat Paya Jaras

(6430-P)

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pelbagai peruntukan disalurkan kepada penduduk Paya Jaras melalui Belanjawan Selangor 2019 dan ia disifatkan sebagai hadiah terbesar, dalam sejarah kawasan itu. Ahli Dewan Negerinya, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia merujuk kepada pembinaan 1,400 projek Rumah Selangorku, projek tebatan banjir bernilai RM50 juta dan RM8 juta untuk laluan alternatif. “Ini (peruntukan) paling besar pernah Paya Jaras terima yang juga manifesto saya, dalam kempen Pilihan Raya Umum lalu. “Saya juga tidak menyangka Dato’ Menteri Besar mendengar keluhan rakyat Paya Jaras,” katanya kepada SelangorKini,

MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN Ahli Dewan Negeri Paya Jaras

di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, pada 27 November lalu. Pada masa sama, beliau yang juga Timbalan Speaker DNS akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya memberi keutamaan kepada penduduk Sungai Buloh untuk membeli rumah mampu milik, di kawasan berkenaan. Beliau juga berharap, peristiwa banjir besar yang berlaku beberapa minggu lalu dapat dielakkan selepas projek tebatan banjir siap. “Selain itu, saya juga sedang mengusahakan beberapa projek pembangunan seperti pasar bertingkat,” katanya.

ED

Azmizam sambut baik usaha Kerajaan Negeri SHAH ALAM - Keputusan Kerajaan Negeri mahu menaik taraf jalan sekitar Kampung Telok Gong disambut baik Azmizam Zaman Huri. Azmizam berkata, peruntukan yang diumumkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, pada pembentangan Belanjawan Selangor 2019 baru-baru ini sememangnya berita gembira khusus kepada penduduk, sekitar kawasan terbabit. “Saya bersyukur kerana perkara ini sudah lama diusulkan supaya ia mendapat perhatian Kerajaan Negeri dan akhirnya bakal menjadi realiti. “Keputusan Kerajaan Negeri mahu menaik taraf jalan terbabit bakal mengurangkan kesesakan yang sering berlaku terutama apabila waktu puncak,” katanya kepada SelangorKini. Terdahulu, Amirudin mengumumkan mahu menaik taraf Jalan Negeri B 148, Jalan Telok Gong dari persimpangan Glenmarie Cove sehingga persimpangan Jalan Ikan Tenggiri. Difahamkan, sejumlah RM10 juta diperuntukkan untuk menaik taraf jalan berkenaan. Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri

PROPOSED CONSTRUCTION, COMPLETION AND UPGRADING WORKS OF EXISTING ACCESS ROAD AT TANJUNG DUA BELAS SANITARY LANDFILL, MUKIM TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

Gred : G4 dan/ atau G5 Kategori : CE01,CE21 2. (Kontraktor dikehendaki untuk membawa SSM,cop syarikat & Sijil CIDB sewaktu pembelian tender dokumen) 3. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman yang serupa di bidang berkaitan.

Di pejabat: AZMAN, LIM & ASSOCIATES SDN. BHD. 59, Jalan 3/23A, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan T: 03- 4143 9415 F: 03- 4143 9412

Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat 9.00pg - 12.30 tgh 2.30ptg - 5.00 ptg

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:TENDER BOX B JABATAN PEROLEHAN LOT 01-03-01 WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD NO 1 WORLDWIDE@7 JALAN LAZUARDI 7/29 40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN No. Tel : 03-5510 2525 No. Fax 03-5510 4448

Tarikh Tutup Tender:Sebelum atau pada jam 3.00 pm 20 Disember 2018 (Khamis)

1. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 2. Pihak Worldwide Holdings Berhad tidak terikat menerima Sebutharga terendah atau mana-mana Sebutharga.

JABATAN KERJA RAYA KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:Pejabat yang Memanggil Tender

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor

Tajuk Projek

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Bandar Teknologi Kajang Dalam Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan

JKR/SEL/ (N)/002(T)/2018

Taraf/ Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/ Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/ Kelas, Kepala & Sub Kepala

Harga Tempat, Dokumen Tarikh & Waktu & Bayaran Tender Atas Nama Tutup

Bahagian RM1000.00 Kontrak & Ukur Bahan, (Draf Bank/ Syarikat Gred: JKR Kiriman Wajib Daftar G7 Selangor. Wang/ Dengan Wang Pos) Unit Kategori: 12/12/2018 (Bayaran Perancang B (Rabu) tidak akan Ekonomi dikembaliNegeri Pengkhususan: Hingga kan) Selangor B04 26/12/2018 Atas Nama: (Rabu) Bendahari Negeri Selangor Bumiputera T1

SPKK, PPK, STB & UPEN

Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor, Tingkat Bawah Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pada: 02/01/2019 (Rabu)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari. (Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan)

Keputusan Kerajaan Negeri mahu menaik taraf jalan terbabit bakal mengurangkan kesesakan yang sering berlaku terutama apabila waktu puncak

AZMIZAM ZAMAN HURI ADN Pelabuhan Klang

turut memperuntukkan RM194 juta kepada Jabatan Kerja Raya bagi 2019 untuk kerja pembinaan dan naik taraf jalan, jambatan serta jejantas.

Lawatan Tapak Diwajibkan pada 12/12/2018 (Rabu) jam 09.30 pagi bertempat di Pejabat JKR Hulu Langat. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 5545 9800 Samb: 1221 / 1226

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendaharai Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan) *Jenis Pendaftaran :

T1 A1 A2

- Syarikat 100% milik tempatan - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara. - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.


Hadiah Sastera Selangor

16

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Hadiah Sastera Selangor 2018

Iktiraf karya seluruh negara OLEH NADIAH ZAMLUS

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Hadiah Sastera Selangor 2018 melabuhkan tirai dengan menyaksikan pelbagai karya diangkat dan menerima pengiktirafan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, acara yang memasuki tahun ketiga penganjurannya menampilkan kelainan kali ini apabila turut membabitkan peserta luar dari Selangor. “Terima kasih kepada akhbar SelangorKini yang menyambut baik idea saya untuk menganjurkan pertandingan ini, sejak 2015. “Ini membuktikan Selangor bukan sahaja menekankan kemajuan ekonomi semata-mata, namun ia turut terkandung unsur kuat bagi memperkukuhkan aspek kebudayaan dan kesenian,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Hadiah Sastera Selangor 2018, di Galeri Shah Alam di sini, pada 30 November lalu. Amirudin berkata, beliau turut dimaklumkan lebih ramai penulis menghantar karya mereka untuk dimuatkan dalam akhbar SelangorKini, pada tahun ini. Katanya, ia sekali gus membuktikan program itu dikenali secara meluas walaupun umurnya masih muda. “Tidak kira dalam kalangan pe-

nulis yang mapan atau baharu menceburkan diri dalam dunia penulisan. Sudah tentu ini adalah petanda baik terhadap masa depan sastera kita,” katanya. Pada acara sama, beliau turut menghangatkan suasana dengan mendeklamasikan sajak karya tokoh Islam Nahdatul Ulama atau Gus Mus atau nama sebenar, Ahmad Mustofa Bisri. selain hadirin dihiburkan dengan persembahan Papa Rock Malaysia, Datuk

Ramli Sarip. Hadiah Sastera Selangor mempertaruhkan tiga kategori iaitu penulisan cerpen, sajak dan esei dengan hadiah keseluruhan RM30,000. Pemenang bagi kategori utama membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sementara hadiah penghargaan menyaksikan pemenang membawa pulang RM1,000 setiap seorang.

Seniman digalak ‘rakam’ sejarah � Mei

ED

SHAH ALAM - Kejayaan Pakatan Harapan meSementara itu Abdul Rashid berkata, anumbangkan Barisan Nasional (BN), pada 9 Mei nugerah Hadiah Sastera Selangor 2018 lalu seharusnya dirakam melalui karya seni bagi mampu memartabatkan aktiviti kesusasmembolehkan detik bersejarah itu dikenang teraan dan kebudayaan, sekali gus anak bangsa. melahirkan masyarakat pemikir. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Katanya, anugerah itu juga menpenghasilan karya melalui cerpen, sajak, lukisan jadi pendorong kepada penggiat dan esei membolehkannya menjadi rujukan, sastera meningkatkan mutu karya pada masa depan. masing-masing. “Saya percaya bukan sahaja rakyat Malaysia “Saya harap dengan adanya karmenantikan tulisan baik berkenaan peristiwa ya mereka sama ada dalam bentuk itu tetapi masyarakat dunia seluruhnya. Justeru, cerpen, buku atau novel yang disaya menggesa seniman untuk menyahut caba- hasilkan akan menambah pengetaran ini. huan rakyat Selangor khasnya dari“Sudah tentu apa saya maksudkan bukanlah pada segi kebudayaan,” katanya. tulisan bersifat propaganda untuk menyokong kerajaan sedia ada, sebaliknya apa diperlukan adalah analisa yang memberikan konteks dan perspektif terhadap perubahan ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Hadiah Sastera Selangor 2018, di Galeri Shah Alam di sini, pada 30 November lalu. Hadir sama, EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari dan Ketua Pegawai Eksekutif Communication Corporation Sdn Bhd, Ed- Pada majlis itu, Amirudin juga melancarkan antologi Si Pena II yang menghimpunkan karya pemenang Hadiah Sastera Selangor 2018 die Khodzali.

l Seperti Apakah Rasanya

Pizza (Haniff Yusoff)


Advertorial

17

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

ED

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Informasi


PBT

18 OLEH ZAREEF MUZAMMIL

Shah Alam Trees For Life 2018

MBSA komited hijaukan Shah Alam MBSA, Rosli Bakar, yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Andrew Koh. Pada program sama, Canon juga menyumbang wang tunai RM30,000 kepada pihak berkuasa tempatan terbabit. Shahrin berkata, pihaknya mengadakan pelbagai program lain bagi merealisasikan hasrat menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030. Antaranya program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Perintis Hijau Dusun@My Sekolah Shah Alam, Kebun Komuniti Shah Alam, Penyediaan Trek Basikal Shah Alam dan Bas SMART Selangor.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Sebanyak 6,075 anak pokok ditanam di sekitar kawasan hijau Seksyen 4, di sini, sempena program Shah Alam Trees For Life 2018, baru-baru ini. Program kerjasama antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Canon buat kali ketiga itu bertujuan menghijaukan landskap bandar raya Shah Alam. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jenis pokok yang ditanam adalah manggis, durian belanda, ‘leucophyllum frutescens’ (texas ranger), ‘acalypha wilksiana red’ (akalifa merah) dan acalypha wilkesiana java white’ (akalifa putih-hijau). “Ia membabitkan penyertaan 293 peserta terdiri daripada 200 warga kerja Canon, 14 warga kerja Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd dan MBSA termasuk badan bukan kerajaan seperti Eco-warrior, Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2, MAHSA University serta sukarelawan individu,” katanya. Terdahulu, program itu disempurnakan Timbalan Setiausaha

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

ED

Caj parkir kawasan industri elak salah guna

‘Big Girls Talk’ beri kesedaran kesihatan remaja SHAH ALAM - Program ‘Big Girls Talk’ peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di Laman Tun Teja, Kompleks 3C, di sini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 150 peserta terdiri daripada remaja wanita berusia 12 hingga 18 tahun. Dianjurkan buat kali ketiga sejak mula diperkenalkan pada 2016, program itu bertujuan mewujudkan kesedaran dan menyalurkan informasi berkaitan isu kesihatan seksual sebagai salah

satu cara mendidik serta memperkasa keyakinan juga memupuk rasa hormat diri dalam kalangan remaja wanita. Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, program itu dilihat dapat membantu remaja mengenali dan mempertingkatkan kesedaran berkenaan keselamatan diri mereka sendiri sama ada ketika berada di rumah, tempat kerja atau tempat awam. “Diharapkan, pelaksanaan program ini akan dapat menimbulkan kesedaran serta membantu

remaja wanita membuat pilihan bijak untuk tidak membabitkan diri dalam gejala seksual sebelum perkahwinan. “Melalui program ini, kita juga harap dapat melahirkan remaja cemerlang yang menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat madani yang gemilang,” katanya. Katanya, penganjuran itu juga selaras Pelan Strategik MPSJ 2012 – 2030 (Pindaan 2013) di bawah Teras 5: Pembentukan Masyarakat Madani MPSJ.

SHAH ALAM - Kutipan caj parkir di beberapa kawasan perindustrian di Selangor bertujuan mengawal penyalahgunaan kawasan berkenaan. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, hal itu kerana banyak aduan diterima Pihak Berkuasa Tempatan berhubung penyalahgunaan parkir, di kawasan terbabit. “Penyalahgunaan parkir ini termasuk meletakkan kenderaan berat dan jentera kepunyaan industri di kawasan parkir awam serta menjadikannya sebagai tempat letak kenderaan buruk atau rosak. “Kutipan caj parkir di kawasan perindustrian perlu dilaksanakan dan petak parkir perlu diwartakan kerana bilangan terhad serta sering berlaku penyalahgunaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Teratai, Lai Wai Chong, pada persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini, pada 30 November lalu. Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dalam mempertimbangkan permohonan untuk mengkaji semua pelaksanaan kutipan caj parkir. “Kita akan mempertimbang-

Kutipan caj parkir di kawasan perindustrian perlu dilaksanakan dan petak parkir perlu diwartakan kerana bilangan terhad serta sering berlaku penyalahgunaan

NG SZE HAN

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru kan dan berbincang berkenaan caj parkir di tapak perindustrian supaya ia dapat memberi kebaikan kepada semua pihak,” katanya.


PBT SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

19

Informasi

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

Berganding bahu tangani denggi Ekstrem Gua Damai, di sini, barubaru ini. Katanya, masyarakat perlu memainkan peranan dengan menjaga persekitaran kediaman bagi mengelakkan penyakit berjangkit itu terus berlarutan. Pada masa sama, Suliman berkata, statistik terkini kes denggi semasa sehingga minggu epid ke-46 di daerah Selayang mencatatkan enam lokaliti ‘hotspot’, tujuh lokaliti wabak tidak terkawal dan 42 lokaliti terkawal. “Jika dibandingkan pada tahun lalu, pada minggu epid yang sama, statistik ini mencatatkan penurunan sebanyak 7.8 peratus,” katanya. Pada majlis sama, MPS turut menyerahkan watikah pelantikan kepada 24 Ahli Majlis yang turut bertanggungjawab melaksanakan aktiviti berkaitan denggi seperti gotong-royong dan pemusnahan tempat pembiakan. MPS turut memperuntukkan RM5,000 sebagai tanda sokongan kepada setiap Ahli Majlis untuk digunakan bagi penganjuran program berkaitan Aedes dan denggi.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Tanggapan masyarakat bahawa denggi adalah isu yang perlu ditangani sepenuhnya Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan kesihatan daerah harus dikikis. Sebaliknya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Suliman Abd Rahman berkata, masyarakat dan pihak berkuasa perlu berganding bahu memainkan peranan dalam usaha mencegah denggi. “MPS secara agresif sudah menjalankan aktiviti kawalan membabitkan pemeriksaan tempat pembiakan di 9,495 lokasi, semburan 'larviciding' di 103,016 premis kediaman dan semburan ULV di 111,638 lokasi, pada tahun ini. “Malah, kita juga menjalankan operasi kesihatan dengan memeriksa 1,362 premis dan mengeluarkan 240 kompaun atas pelbagai kesalahan serta menyita 16 premis,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival Sihat Selangor 2018 peringkat MPS, di Taman

Pertandingan 'push bike' membabitkan peserta kanak-kanak antara tarikan Karnival Sihat Selangor 2018

Sahut seruan Kerajaan Negeri

MPS sedia kemudahan amal gaya hidup sihat OLEH SHEEDA FATHIL

ED

BATU CAVES - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) komited menjayakan hasrat Kerajaan Negeri mempromosi budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, terutama di Selangor. Yang Dipertuanya, Suliman Abd Rahman berkata, demi menyokong budaya itu, maka MPS memainkan peranan aktif dalam memastikan penyediaan infra dan aktiviti berkaitan, di kawasan pentadbirannya. “Di MPS, pelbagai infra disediakan untuk masyarakat

melakukan aktiviti riadah antaranya Stadium Selayang, Kompleks Sukan Siantan yang mempunyai kolam renang bersaiz olimpik, hampir 400 kawasan lapang dan padang serta 17 taman rekreasi juga kemudahan ‘outdoor gym’. “Malah, MPS turut membina trek basikal sepanjang empat kilometer di sekitar Bandar Baru Selayang bagi membudayakan hidup sihat. Justeru, saya optimis masyarakat dapat menggunakannya sebaik mungkin,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran

Karnival Sihat Selangor 2018 peringkat MPS, di Taman Ekstrem Gua Damai, di sini, baru-baru ini. Katanya, kemudahan itu adalah peluang menarik untuk orang ramai melakukan aktiviti riadah, sekali gus menyihatkan badan. Terdahulu, MPS turut mengadakan Karnival Sihat Selangor 2018 dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik diadakan. Antara aktiviti itu adalah senamrobik, 'rock climbing', 'flying fox', sukan kasut roda, pertandingan 'push bike' dan pertandingan mewarna.

Lapor kepada PBT jumlah rumah terbiar

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri disaran melaporkan jumlah rumah terbiar di kawasan masing-masing kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi melengkapkan data untuk tindakan lanjut. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, terdapat 4,907 rumah terbiar di 12 kawasan yang diterima Kerajaan Negeri, dari seluruh PBT. “Itu fakta terbaharu Kerajaan Negeri terima, namun jika Ahli Yang Berhormat kurang yakin, maka saya galakkan anda laporkan jumlah rumah terbiar, di kawasan masing-masing. “Ini kerana, besar kemungkinan masih ada rumah terbiar tidak dilapor-

kan kepada PBT,” katanya ketika sesi soal jawab, di Dewan Negeri Selangor, pada 29 November lalu. Statistik menunjukkan terdapat 1,995 rumah terbiar di sekitar Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (178), Majlis Perbandaran Klang (114) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (360). Selain itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (568), Majlis Perbandaran Selayang (190), Majlis Perbandaran Kajang (119) dan Majlis Perbandaran Sepang (152). Manakala, di Majlis Daerah Kuala Langat sebanyak 988, Majlis Daerah Hulu Selangor (63), Majlis Daerah Kuala Selangor (150) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (30).


Pendidikan

20

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Bantuan pendidikan RM33.2 juta

OLEH HAFIZAN TAIB

Ringan beban lebih 6�,��� anak asnaf

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

CYBERJAYA - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan persekolahan kepada lebih 60,420 anak asnaf fakir dan miskin di seluruh negeri dengan peruntukan kira-kira RM33.2 juta bagi membiayai persiapan persekolahan sesi 2019. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemberian bantuan itu adalah program yang dijayakan LZS setiap tahun bagi mengurangkan bebanan anak asnaf dalam menangani kos sara hidup tinggi, masa kini. “Ia salah satu skim zakat dilaksanakan LZS kepada anak asnaf yang berdaftar dengan kita mempunyai dua skim iaitu bantuan sebelum Aidilfitri dan sebelum pembukaan sekolah, tahun depan. “Dua peringkat ini adalah tempoh agak tinggi penggunaan kewangan dalam setiap isi rumah dan untuk golongan asnaf, sudah pasti ia memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian mereka,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Program Agihan Perdana Bantuan Pendidikan Asnaf Fakir dan Miskin Selangor sesi 2019 anjuran LZS, di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, di sini, barubaru ini. Pada masa sama, katanya, jumlah bantuan LZS pada tahun ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu lebih 50,000 anak asnaf. Katanya, ia ekoran faktor peningkatan jumlah kelahiran dan komuniti termasuk penghijrahan. “Secara tidak langsung, Selangor mempunyai rekod peningkatan penduduk agak signifikan, setiap tahun,” katanya.

Amirudin menyerahkan bantuan kepada salah seorang anak asnaf bagi sesi persekolahan 2019

ED

�T�K �.� rapat jurang digital

SHAH ALAM - Seramai 80 mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menjayakan program ‘1 Telecenter 1 Komuniti’ (1T1K 3.0), bagi mendedahkan ilmu perniagaan terkini membabitkan elektronik dagang, di sini, baru-baru ini. Timbalan Dekan Pejabat Hal Ehwal Pelajar FSKM, Dr Shaharudin Cik Soh berkata, program bersama komuniti Seksyen 24 itu bagi membantu menambah pendapatan penduduk dengan memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat luar melalui rangkaian elektronik dagang. Beliau berkata, pelaksanaannya turut membuka ruang dan peluang terbaik melalui penyediaan landasan ideal sebagai latihan praktikal, sekali gus merapat-

kan jurang digital penduduk yang kurang pendedahan dalam aspek berkenaan. “Pelajar adalah komuniti yang datang daripada masyarakat berbilang kaum, berbeza latar belakang dan etnik. Jadi, penerapan nilai positif dalam diri mereka diperlukan untuk disumbangkan kepada masyarakat lain. “Program yang amat bermanfaat ini memang perlu dibuat pada setiap semester kerana kita mahu memberi peluang kepada pelajar baharu mendapat pengalaman seperti ini selain mengeratkan silaturahim juga membawa nama baik UiTM, di mata masyarakat,” katanya. Hadir sama, Pensyarah FSKM, Prof Dr Haryani Haron; Penasihat Program, Azhar Abd Aziz dan Nazir Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Badaruddin Dawam.

Tetap matlamat kewangan, beringat sebelum kena

SHAH ALAM - Golongan belia khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi perlu menetapkan matlamat betul dalam aspek pengurusan perbelanjaan bagi mengelakkan mereka daripada dibelenggu kemelut kewangan. Penasihat Unit Trust Permodalan Nasional Berhad (PNB), Siti Hawa Zainuddin berkata, strategi dan pengurusan kewangan sistematik juga perlu dititikberatkan supaya pelajar dapat menilai antara kehendak dan keperluan sebenar. Katanya, apabila seseorang itu menyediakan pelan perancangan jangka panjang secara bijak, maka tidak mustahil matlamat kewangan terbabit akan selari dengan kemampuan mereka. “Pelajar perlu ada sikap ‘ber-

ingat sebelum kena’ dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada kemudian hari kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku seperti kemalangan atau sakit teruk yang memerlukan kos rawatan tinggi. “Tidak dinafikan, untuk jangka masa panjang, mereka ada perancangan untuk berkahwin, beli rumah dan pendidikan anak pada masa hadapan. Maka, sebagai langkah persediaan, pelajar harus mempunyai perancangan di peringkat awal bagi membolehkan mereka mengikut rapat setiap matlamat kewangan,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata demikian ketika

Pelajar perlu ada sikap ‘beringat sebelum kena’ dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada kemudian hari kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku seperti kemalangan atau sakit teruk yang memerlukan kos rawatan tinggi

SITI HAWA ZAINUDDIN Penasihat Unit Trust PNB

ditemui pada program Smart Financial for Young Millennials, di Dewan Pro Cansnelor, Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam, di sini, baru-baru ini. Turut hadir, Penasihat Kelab Kewangan UNISEL, Hasnita Halim; wakil penceramah PNB iaitu Dr Alif Bakar dan Amir Syafik Matsahuri serta Presiden Kelab Kewangan UNISEL, Ahmad Mursyidin Mohd Shamsul Bahrin. Sementara itu, Ahmad Mursyidin berkata, program terbabit menjadi landasan kukuh bagi memberi pendedahan secara meluas khususnya terhadap generasi milenium berkenaan kepentingan pelaburan. Katanya, kerjasama antara Kelab Kewangan UNISEL dan

PNB mampu menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih jelas berkaitan elemen pelaburan pada masa hadapan selaras visi utama ‘society profit’ kelab berkenaan. “Kami mahu memberi gambaran keseluruhan pelaburan yang berguna di dunia nyata kepada pelajar. Sememangnya, itu menjadi hasrat kami untuk mendedahkan lebih luas berkenaan pengurusan kewangan. “Diharapkan, inisiatif ini boleh menghasilkan impak baik untuk menjadikan pelajar UNISEL khasnya yang berilmu dalam bidang pelaburan seterusnya membawa imej universiti ini ke peringkat lebih tinggi dan berdaya saing,” katanya.


Agama SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

Informasi

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

21

PERCUMA

WAKTU SOLAT

SELANGOR

6 - 12 Disember 2018

28 Rabiulawal - 4 Rabiulakhir 1440H Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak

Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

5:35 5:36 5:36 5:37 5:37 5:37 5:38

5:45 5:46 5:46 5:47 5:47 5:47 5:48

7:04 7:04 7:05 7:05 7:06 7:06 7:07

1:07 1:07 1:08 1:08 1:09 1:09 1:10

4:29 4:30 4:30 4:31 4:31 4:32 4:32

7:04 7:05 7:05 7:05 7:06 7:06 7:07

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

06 Khamis 07 Jumaat 08 Sabtu 09 Ahad 10 Isnin 11 Selasa 12 Rabu

Persidangan NGO-i MAIS bertujuan memberi pendedahan kepada peserta bagi berkongsi cabaran dakwah dalam mendepani ancaman akidah dan sosial umat Islam

Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Pertubuhan Islam bukan kerajaan terima sumbangan dana

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Tingkat aktiviti dakwah OLEH ZAREEF MUZAMMIL

ED

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan dana antara RM10,000 hingga RM25,000 kepada 81 badan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) berdaftar melalui aktiviti dakwah yang dijalankan. Pengerusinya, Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata, sumbangan fasa kedua untuk tahun ini membabitkan jumah keseluruhan RM2.2 juta bagi memperkasa aktiviti dakwah NGO-i selain meningkatkan pembangunan sahsiah umat Islam. Katanya, daripada jumlah itu, RM1.5 juta adalah melalui peruntukan tambahan Asnaf Fisabilillah Lembaga Zakat Selangor. “Antara NGO-i yang menerima sumbangan adalah Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan, Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor dan Persatuan Ulamak Malaysia cawangan Selangor. “Penambahan ini menunjukkan prestasi dan komitmen sangat baik diberikan sepanjang aktiviti dakwah. Ia harus dikekalkan bagi memastikan kelangsungan program dakwah kepada masyarakat dapat dilaksana dengan lebih berkesan, pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS

06 Khamis 07 Jumaat 08 Sabtu 09 Ahad 10 Isnin 11 Selasa 12 Rabu

5:38 5:38 5:39 5:39 5:39 5:40 5:40

5:48 5:48 5:49 5:49 5:49 5:50 5:50

7:06 7:07 7:07 7:07 7:08 7:08 7:09

1:09 1:10 1:10 1:10 1:11 1:11 1:12

4:32 4:32 4:33 4:33 4:33 4:34 4:34

7:05 7:06 7:06 7:07 7:07 7:07 7:08

8:20 8:20 8:21 8:21 8:22 8:22 8:23

Bil.2/2018, di Hotel Concorde, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Klang dan Kuala Langat Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, Dato’ Pahlawan Mohd Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Shukri Dahlan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sela06 Khamis 5:35 5:45 7:05 1:07 4:30 7:05 8:19 ngor, Dato’ Haris Kasim. 07 Jumaat 5:35 5:45 7:05 1:08 4:31 7:05 8:20 Majlis sama turut menyaksikan penyerahan sumba08 Sabtu 5:35 5:45 7:06 1:08 4:31 7:06 8:20 ngan Geran Tahunan Rumah Kebajikan Perlindungan 09 Ahad 5:36 5:46 7:06 1:09 4:32 7:06 8:21 10 Isnin 5:36 5:46 7:07 1:09 4:32 7:07 8:21 Anak Yatim kepada 12 rumah anak yatim berjumlah 11 Selasa 5:37 5:47 7:07 1:10 4:33 7:07 8:22 RM220,000. 12 Rabu 5:37 5:47 7:08 1:10 4:33 7:07 8:22 Pada masa sama, Mohammed Khusrin berkata, NGO-i perlu lebih amanah dalam menggunakan bantuan dana yang diterima mengikut garis panduan ditetapkan. JABATAN KERJA RAYA “Program yang diKENYATAAN TENDER laksanakan perlu dirancang terlebih dahulu dan Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri fokus kepada kumpulan Pembinaan Malaysia / PUKONSA / UPKJ / dalam gred / kategori / Pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut : sasaran dengan konPejabat Tajuk Projek Taraf/ Gred, Kategori, Tempat Harga Tempat, sisten serta sistematik. yang Jenis Pengkhususan/ & Tarikh Dokumen Tarikh & Waktu Memanggil Syarikat* Kelas,Tajuk & Dokumen & Bayaran Tender “Sebaiknya mengTender Tajuk Kecil/ Mulai Dijual Atas Nama Tutup utamakan pelaksanaan Kelas, Kepala & Sub Kepala program yang memberi Bahagian Cadangan T1 SPKK, PPK, Bahagian RM270.00 Bahagian penjelasan tepat berkaiKontrak dan Menaiktaraf STB & UPEN Kontrak & Kontrak & Ukur Ukur Bahan, Perpustakaan Syarikat Ukur Bahan, (Draf Bank/ Bahan, tan perkara agama Islam JKR Negeri Awam Daerah adalah Gred: JKR Kiriman Kompleks Selangor Hulu Selangor, diwajibkan G5 Selangor. Wang/ Ibu Pejabat berlandaskan al-Quran, Selangor Darul berdaftar Wang Pos) JKR Negeri al-sunah dan ijma’,” kaEhsan. dengan Unit Kategori: Pada (Bayaran Selangor, Perancang B 13/12/2018 tidak akan Tingkat Bawah tanya. No. Tender : Ekonomi (Khamis) dikembali- Persiaran Jubli JKR/SEL/ (N)/021(T)/2018

NGO-i MAIS kian bertambah SHAH ALAM - Badan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menunjukkan peningkatan daripada 72 kepada 93, pada tahun ini. Pengerusinya, Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata, peningkatan itu membuktikan pertubuhan terbabit komited melaksanakan tanggungjawab menjaga dan memartabatkan kesucian Islam daripada anasir yang boleh menggugat kedudukan agama berkenaan. “Bagaimanapun, pihak kami menerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan menetapkan had jumlah pendaftaran NGO-i kepada 100 sahaja. “Hal ini bagi membolehkan jawatankuasa dapat memberi fokus kepada program yang lebih berkesan membabitkan isu ancaman akidah dan sosial umat Islam khususnya, di Selangor,” katanya. Pada masa sama, beliau turut mengingatkan NGO-i berdaftar supaya menyusun

8:19 8:19 8:19 8:20 8:20 8:21 8:21

program meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan Islam sebenar kepada kumpulan sasaran tepat, mulai tahun hadapan. Katanya, pertubuhan terbabit harus menjalankan program yang boleh meningkatkan akidah masyarakat Islam dengan melaksanakan strategi dakwah terbuka atau ceramah menerusi kaedah lebih kreatif dan proaktif. “Manakala, jawatankuasa pembangunan NGO-i menerusi sektor pembangunan sosial akan membantu mereka dengan memantau keberkesanan program yang dilaksanakan melalui borang ‘survey’ dan temubual berkaitan bagi memastikan tujuan sebenar MAIS terlaksana. “Selain itu, NGO-i perlu bebas daripada fahaman politik kepartian dalam setiap tindakan, bersedia menerima pelbagai percanggahan pendapat dan bersifat positif dalam semua perkara dengan mengutamakan hal menjaga Maqasid Syariah, dari semasa ke semasa,” katanya.

Negeri Selangor (UPEN)

Pengkhususan: B04 & B28

Hingga

26/12/2018 (Rabu)

kan)

Atas Nama: Bendahari Negeri Selangor

Perak, Seksyen 17 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pada: 8/1/2019 (Selasa)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari. (Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan)

LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN pada 12/12/2018 (Rabu) Jam 10.00 pagi. Berkumpul di JKR Daerah Hulu Selangor. Sebarang pertanyaan sila hubungi no. Telefon : Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor No. Tel : 03-5545 9800

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan) *Jenis Pendaftaran :

T1 A1 A2

- Syarikat 100% milik tempatan - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara. - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.


Wanita & Kebajikan

22

SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

‘Work From Home’

Jana pendapatan sampingan OLEH ZAREEF MUZAMMIL

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang bakal terpilih menyertai program ‘Work From Home’ (WFH) perlu menggunakan peluang keemasan itu untuk menjana lebih pendapatan sampingan keluarga. Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad (gambar) berkata, pelaksanaan program ‘empowerment’ golongan wanita yang dijangka bermula pada tahun hadapan itu mampu melatih mereka berdikari untuk mencari sumber kewa-ngan sendiri. “Apabila mereka menjalankan sesuatu pekerjaan dari rumah, maka ia bergantung sepenuhnya

dapat syarikat menawarkan peluang pekerjaan hasil kemahiran dan nilai tambah dimiliki oleh golongan wanita terbabit. “Jika dilihat, kerja jahitan manik misalnya, walaupun pendapatan agak sedikit pada peringkat permulaan, namun tidak mustahil lama-kelamaan mereka boleh membuka butik sendiri. “Kita tidak tahu rezeki, pada masa akan datang. Sebab itu, saya berharap supaya usaha dan kerja keras mereka ini sentiasa berterusan serta jangan sesekali cepat berputus asa,” katanya.

kepada usaha seseorang itu. Jika rajin, maka mereka akan memperoleh lebih daripada itu. “Yang penting, kerja keras untuk mendapatkan pulangan hasil yang baik,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ke-

cergasan Jom Sihat bertemakan ‘Wanita Ceria, Rumahtangga Bahagia’, di Dewan Melawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, pada 1 Disember lalu. Pada masa sama, Masdiana

yang juga isteri kepada Dato’ Menteri Besar berkata, program terbabit turut menyediakan landasan pemasaran khususnya kepada penerima KISS untuk mengembangkan lagi bidang pekerjaan mereka. Katanya, kemungkinan ter-

Karnival Kerjaya OKU dapat sambutan Guru ANIS

ED

SHAH ALAM - Lebih 2,000 pengunjung hadir ke program Karnival Kerjaya Orang Kelainan Upaya (OKU), di Atrium SACC Mall, di sini, pada 25 November lalu. Pegawai Jobs Malaysia Selangor, Mohammad Yusri Mustafa Kamal berkata, Kerajaan Selangor antara perintis yang menganjurkan karnival khas buat golongan OKU. “Golongan OKU turut memuji inisiatif Kerajaan Negeri, malahan ada juga dalam kalangan mereka baru tahu jawatan itu sebenarnya wujud. “Malah, majikan juga berpuas hati dengan calon yang hadir kerana mereka mempunyai keyakinan dan semangat untuk bekerja,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata, golongan OKU yang malu atau tidak tahu skop kerja bersesuaian boleh mengunjungi Jobs Malaysia terdekat atau hubungi talian tertera, di laman sesawang. “Melihat kepada sambutan menggalakkan, maka kita akan cuba menguaruarkan lagi peluang kerjaya kepada golongan ini, pada masa akan datang. “Kepada golongan OKU, saya berharap kekurangan anda adalah pemangkin untuk berjaya,” katanya.

didik kanakkanak istimewa

Dr Siti Mariah melawat salah satu gerai yang menawarkan pekerjaan kepada OKU Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor kerana berusaha menganjurkan karnival itu. Terdahulu, Karnival Kerjaya OKU di-

sempurnakan EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud. Sebanyak 11 syarikat membuka gerai bertujuan menawarkan pekerjaan khusus buat OKU.

Latihan khusus tangani masalah mental SHAH ALAM - Semua aktivis dan petugas Pusat Khidmat Dewan Negeri serta Pusat Wanita Berdaya akan menerima latihan intensif bagi menangani masalah mental, di negeri ini. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, hal itu bagi memudahkan pesakit mendapatkan maklumat atau rawatan lanjut daripada kaunselor yang disediakan. Katanya, setakat ini terdapat empat pusat kaunseling disediakan antaranya Shah Alam, Ampang Jaya, Sepang dan Se-

layang bagi rujukan pesakit. “Kita juga membangunkan ‘e-psy’ iaitu sistem temujanji maya bagi memudahkan urusan pesakit dengan kaunselor di manamana tempat. “Kerajaan Negeri turut membuat hebahan terhadap pelbagai aktiviti dan terdapat 10 program termasuk pameran, di karnival serta institusi,” katanya menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, di Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini. Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, pihaknya menjalin kerjasama erat de-

ngan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan khidmat kaunseling dan ujian psikologi selain program pendidikan bersama badan bukan kerajaan. “Kita juga mengalu-alukan setiap ADN untuk memberi maklumat atau pendidikan supaya pesakit ini tidak malu mendapatkan rawatan kerana stigma ketakutan mendapatkan bantuan itu perlu dihapuskan. “Kita bimbang masalah stigma ini menjadi lebih parah dan akan menyebabkan pesakit tidak mahu mendapatkan rawatan,” katanya.

SHAH ALAM - Khidmat guru Anak Istimewa Selangor (ANIS) di beberapa taska setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal diwujudkan bagi mengasuh kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU). EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, inisiatif itu bagi meringankan beban ibu bapa yang terpaksa menghantar anak OKU ke tadika khas yang menelan kos tinggi. “Setakat ini, projek ‘pilot’ sedang berjalan dan kita sudah memilih 75 guru ANIS dalam kalangan guru taska sekitar Selangor untuk melatih mereka cara mengasuh dan mendidik kanak-kanak OKU. “Kita menyasarkan seorang guru ANIS akan dilantik di empat task setiap DUN apabila ia mula dilancarkan kelak, sekali gus ibu bapa sudah tidak perlu menghantar anak ke taska khas,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya OKU Peringkat Selangor 2018, di Atrium SACC Mall, di sini, baru-baru ini. Pada masa sama, beliau yakin seluruh taska mampu menerima golongan istimewa terbabit selain tiada lagi jurang pergaulan antara kanak-kanak OKU dan normal. Beliau juga komited Selangor bakal menjadi perintis dalam meningkatkan akses terhadap golongan OKU. “Dengan cara ini, kanak-kanak istimewa tidak akan rasa tersisih, malahan kanakkanak normal pula sedikit sebanyak dapat belajar menerima golongan terbabit sebagai rakan. “Kita mahu hapuskan sentimen mempunyai anak OKU adalah satu beban, sebaliknya mereka adalah rezeki yang Allah SWT kurniakan,” katanya.


Sukan SelangorKini 6 - 12 Disember 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

MUAT TURUN

di jari anda

APLIKASI

Terkini

PERCUMA

Jom Sihat PEKAWANIS

Ajar teknik senaman kreatif

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Kira-kira 100 wanita menyertai program kecergasan bertemakan ‘Wanita Ceria, Rumahtangga Bahagia’ anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), di Dewan Melawati, Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini, pada 1 Disember lalu. Program julung kali diadakan persatuan itu menggabungkan beberapa teknik senaman seperti aerobik, ‘aerodance’ dan aerobik bhangra selama hampir tiga jam bagi memberi kepuasan kepada peserta. Yang Dipertuanya, Masdiana Muhamad berkata, aktiviti berbentuk kecergasan bertujuan menyahut cabaran amalan hidup sihat dengan menggunakan teknik senaman betul dan kreatif. Katanya, wanita perlu mengutamakan aspek penjagaan kesihatan dengan baik kerana mereka adalah tonggak utama dalam sesebuah institusi rumah tangga. “Hal ini kerana, jika wanita tidak memiliki kesihatan yang baik, maka ia boleh menjurus kepada pengabaian anak. “Jika dilihat banyak program kesihatan

di luar sana diadakan secara percuma atau berbayar tetapi kita mahu memfokuskan kepada wanita supaya dapat melakukan senaman dengan betul bukan sekadar bersenam sahaja,” katanya kepada SelangorKini. Program berkenaan mengetengahkan beberapa jurulatih pakar yang berkongsi dan memberi tunjuk ajar berkaitan teknik senaman yang betul juga kreatif. Masdiana berkata, beliau optimis untuk mengadakan program sama pada masa akan datang memandangkan penerimaan daripada peserta amat menggalakkan. Katanya, PEKAWANIS juga dalam perancangan menjadikan aktiviti terbabit sebagai acara berkala setiap bulan, pada Sabtu minggu pertama. “Kita akan mendapatkan maklum balas daripada ahli PEKAWANIS dan jika mereka rasa ia bagus, maka kita akan meneruskannya. “Tambahan pula, sudah menjadi hasrat kita untuk menerima sebarang cadangan bagi pelaksanaan program lain seperti program ‘talk’ atau mungkin berkaitan cara pemakanan yang betul,” katanya.

23

Informasi

AMPANG - Pasukan Anak Muda Gombak (AMG FC) menjuarai kejohanan bola sepak Piala Dato’ Menteri Besar Selangor, sekali gus mengalahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) FC, di Stadium

ED

AMG FC juara Piala Dato’ Menteri Besar Selangor

Peserta melakukan senaman aerobik sebagai galakan kepada gaya hidup sihat khususnya dalam kalangan wanita Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pada 2 Disember lalu. AMG FC melangkah cemerlang pada separuh masa pertama perlawanan apabila mendahului kedudukan dengan jaringan 1-0. Namun, MPS FC cuba mengejar kedudukan pada separuh masa kedua, sekali gus menyamakan kedudukan 1-1. Juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1, pada masa penuh perlawanan. Bagaimanapun, tuah akhirnya berpihak kepada AMG FC apabila sepakan penalti mereka mendahului MPS FC. Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau berharap supaya kejohanan terbabit dapat melahirkan lebih ramai pemain profesional bola sepak buat negara dan Selangor. Katanya, pelbagai inisiatif dilakukan Kerajaan Negeri termasuk mewujudkan Akademi

Merah Kuning bagi membolehkan mutu bola sepak negeri itu terus cemerlang. “Melalui akademi berkenaan, kita ingin mengesan bakat pemain berusia lapan hingga 10 tahun. Jika sebelum ini hanya ada 200 hingga 300 pemain, namun kini sudah meningkat naik kepada 800 orang. “Begitu juga dengan misi Kerajaan Negeri yang mahu pengurusan bola sepak Selangor perlu disatukan di bawah satu payung bagi memastikan ia kembali gemilang seperti era sebelumnya,” katanya. Turut hadir pada perlawanan berkenaan ialah Yang Dipertua (YDP) MPS, Suliman Abd Rahman dan YDP MPAJ, Abd Hamid Hussain serta kira-kira 200 penyokong. Kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Gombak (Gombak FA) itu turut mendapat kerjasama MPAJ dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor.

�� perlawanan pemanas badan untuk Red Giants

STA rai pemain tenis musim ���8

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih baharu Selangor, B Sathianathan, merancang mengadakan 10 aksi pemanas badan untuk skuad Gergasi Merah sebagai persiapan rapi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019. Pengendali berusia 60 tahun itu berkata, beliau sudah mengenal pasti pasukan yang akan diuji skuad Red Giants pada aksi persahabatan berkenaan, namun akan merujuk kepada pihak pengurusan untuk perbincangan mendalam. “Saya akan mengadakan perjumpaan dengan semua pemain sebelum memulakan latihan pramusim (4 Disember) dan harap mereka dapat memberikan komit-

SHAH ALAM - Lebih 80 pemain bersama jurulatih dan pegawai Persatuan Tenis Selangor (STA) diraikan dalam satu Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah ke-12, di Blackbox @ SACC Mall, baru-baru ini. Lima pemain menerima penghargaan berdasarkan pencapaian terbaik sepanjang 2018 dan hadiah disampaikan Presiden STA, Dato’ Mohamad Taufik Omar bersama Naib Presiden, YDM Tengku Dato’ Mohamed Tengku Harun. Hayden Khoi-Menon memenangi Anugerah Most Improved Player 2018 selepas memenangi tiga kejohanan tempatan serta mewakili Malaysia, pada kejohanan ITF

men terbaik,” katanya lapor BERNAMA. Beliau berkata, pihaknya sedang mengintai khidmat beberapa pemain tempatan berpengalaman selain beberapa pemain import untuk memperkuatkan skuad Red Giants. Katanya, Selangor sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap kebangsaan, Mohd Syazwan Zainon dan Abdul Halim Saari dari Kedah selain mengintai peluang mengikat bekas perancang tengah kebangsaan, Safiq Rahim. “Pihak pengurusan sedang me-ngadakan perbincangan dengan pemain import kita, Ru-

fino Segovia (dari Sepanyol), manakala selebihnya saya akan menilai mereka, pada aksi persahabatan. “Jika pemain masih ada kontrak, saya akan beri peluang memandangkan kita boleh mendaftarkan sehingga 30 pemain dan saya lihat Selangor antara pasukan yang ba-nyak menampilkan pemain muda,” katanya. Pencapaian terbaik Selangor pada musim ini adalah muncul naib juara Piala FA selain menduduki tangga kelapan daripada 12 pasukan dalam Liga Super. Skuad Red Giants bagaimanapun gagal melepasi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia.

World Junior Tennis, Sri Lanka. Anugerah Most Promising Player (Lelaki) 2018 dimenangi pemain di kedudukan kelima ATF, Christian Andre Liew Sheng, dengan pencapaian tempat kedua dan ketiga keseluruhan dalam dua kejohanan antarabangsa selain terpilih menyertai pasukan Asia ke Eropah bagi kejohanan bawah 14 tahun Eropah. Sharifah Elysia Wan Rahman pula mengungguli kategori Most Promising Player (Wanita) 2018 dengan tiga kejayaan kejohanan tempatan mewakili Malaysia di Junior Fed Cup di Kuching Sarawak serta mewakili Selangor, pada SUKMA 2018, di Perak.


Selangor Cyber Games

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

Acara terbesar tahun hadapan

Malaysia layak ke final Piala Suzuki AFF BANGKOK - Harimau Malaya menunjukkan taring sebenar apabila layak ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018 walaupun terikat 2-2 dengan pasukan Thailand dalam kejohanan yang berlangsung, di Stadium Rajamangala, Thailand. Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan 2-2 selepas tamat 90 minit yang menyaksikan permainan sengit. Malaysia layak ke final dengan agregat 2-2 pada perlawanan kedua menerusi peraturan gol, di tempat lawan.

OLEH NORHAYATI UMOR

ED

SUBANG JAYA - Kerajaan Negeri merancang untuk menjadikan Selangor Cyber Games (SCG) sebagai acara terbesar di Malaysia, tahun hadapan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, SCG akan ditingkatkan kualiti dan tahap penganjurannya ekoran respon positif daripada penggiat serta pemain industri e-sukan, “Kali pertama SCG diadakan pada 2014, ketika itu kita menerima maklum balas yang skeptikal. Masyarakat tidak begitu prihatin terhadap sukan elektronik ini. “Namun, kecekalan dan keyakinan akan masa depan sukan ini, maka Kerajaan Negeri menganjurkan kembali,

pada 2015. “Kita menerima peserta dari luar negara selain menarik perhatian pemain tempatan, sekali gus berjaya melahirkan pemain berpotensi, dalam bidang ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Program Selangor E-Sport Experience, di The Pantheon, di sini, pada 3 November lalu. Amirudin berkata, pengalaman lima tahun dalam menganjurkan SCG itu juga turut diikuti di peringkat Penggerak Belia Tempatan (PeBT) kepada komuniti kawasan masing-masing. “Dengan kejayaan ini, saya percaya Selangor boleh dikatakan ke hadapan berbanding negeri lain. “Saya juga percaya, dengan jaminan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, maka SCG akan menjadi acara terbesar di Malaysia, tahun hadapan,” katanya. Selangor terus menjadi pe-neraju dalam bidang e-sukan di Malaysia dan SCG yang bermula pada 2014 menjadi jenama yang disegani dalam kalangan penggiat e-sukan, di negara ini. SCG 2018 berjaya menarik 1,100 peserta dengan hadiah terkumpul berjumlah RM250,000. Bagi 2019, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM400,000 untuk pembangunan dan penganjuran e-sukan. Kerajaan Negeri turut menyasarkan peruntukan RM1 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi melonjakkan pembangunan e-sukan ke peringkat serantau.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Malaysia melalui Twitternya. “Kecekalan dan semangat juang pemain Malaysia yang tidak mengenal erti putus asa membuktikan kita setanding dengan juara Asia Tenggara. “Tahniah kepada Tan Cheng Hoe, pemain Malaysia dan ekor Harimau Malaya. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Syabas ! “One of the most dramatic football game ever played by Malaysia. Congratulations Malaysia!,” tulis Amirudin. Perlawanan akhir bakal berlangsung, pada 11 dan 15 Disember ini.

Bangun e-sukan lahir pemain profesional SHAH ALAM – Kerajaan Negeri komited merangka pelan jangka panjang bagi membangunkan sukan e-sukan yang semakin mendapat perhatian. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri yakin pemain profesional dalam bidang itu dapat dilahirkan, dalam tempoh beberapa tahun akan datang. “Ketika ini, banyak pemain amatur yang menyertai per-

tandingan yang dianjurkan, namun mereka mampu menjana pendapatan lumayan. “Oleh itu, kita percaya menerusi pelan jangka panjang nanti, maka kita dapat melahirkan pemain profesional. “Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan aktiviti sukan gem-s kerana mempunyai potensi luas,” katanya bagi menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menganjurkan Selangor Cyber Games (SCG) dengan menawarkan hadiah lumayan, sehingga RM250,000. Tahun ini, SCG memasuki edisi kelima dan kian popular dalam kalangan pemain e-sukan dan kualiti penganjuran terus dipertingkatkan saban tahun dengan pelbagai pembaharuan termasuk jumlah hadiah ditawarkan.

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

Selangorkini newspaper  

Selangorkini newspaper

Selangorkini newspaper  

Selangorkini newspaper

Advertisement