Issuu on Google+

Baka Anjing Terlarang ( Banned Dogs)

Istilah Anjing Terlarang merujuk kepada anjing yang nalurinya semulajadinya untuk membunuh . Anjing yang dikuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada orang awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik. Isu-isu anjing yang tidak terkawal perilakunya terjadi apabila anjing tersebut tidak menurut perintah dan arahan dan juga boleh menyebabkan kecederaan yang dahsyat kepada mangsa. Maka Baka Anjing Terlarang ( Banned Dogs) dilarang sama sekali di bawa masuk ke Negara Malaysia.. ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Baka Anjing Terlarang Dibawa Masuk ( Banned Dogs) ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Akita / Akita Inu, Japanese Akita Negara asal: Jepun Ketinggian: 60-71cm Berat: 34-50kg Perilaku: Aktif, Berdikari Akita mempunyai telinga yang tegak dan ekor yang melengkung kearah badan menandakan baka ini berasal daripada stok spitz. Kepalanya besar dan lebar mempamirkan ekspresi seperti beruang. Baka Akita dikatakan berasal dari wilayah Akita, dikepulauan Honshu. Baka ini dahulunya digunakan secara berpasangan untuk tujuan berburu. Baka ini kebanyakannya dijumpai di negara Jepun dan merupakan sejenis baka yang garang dan menyerang manusia jika diganggu. Akita secara rasminya sebagai sebahagian warisan kebangsaan Jepun pada tahun 1931

American Bulldog / Old Country Bulldog Negara asal: Amerika Syarikat Ketinggian: 48-71cm Berat: 30-58kg Perilaku: Aktif, gagah American Bulldog dikatakan hampir serupa dengan bentuk lama British Bulldog pada abad ke 16. Asalnya digunakan sebagai umpan dalam laga lembu. Kepalanya besar serta leher dan bahunya tegap dan kuat. Asal stok baka asli ini dibawa masuk dari Britain dan dibawa masuk ke Anerika Syarikat dan ianya menjadi terkenal sebagai anjing pemburu dan ladang ( field dog). Baka ini merupakan anjing kerja yang mempunyai variasi yang luas dari segi ketinggian dan berat badan berbanding dengan baka yang sama di Britain yang digunakan sebagai anjing kesayangan dan baka untuk pertunjukan.


American Pit Bull Terrier Negara asal: Amerika Syarikat etinggian: 46-56cm Berat: 23-36kg Perilaku: Berani American Pit Bull Terrier adalah baka yang sangat ditakuti didunia pada masa ini. Mempunyai kepala yang lebar, rahang yang sangat kuat dan otot yang tebal pada bahagian leher dan badan. Baka ini dibiakkan khusus untuk pertarungan anjing dan masih digunakan bagi tujuan ini sehingga ke hari ini secara tidak sah. Baka ini terhasil daripada kacukan Staffordshire Bull Terriers dengan Bulldog. Di UK pemilikan hanya untuk anjing didaftar dan dimandulkan sahaja.

Canary Dog/ Perro de Presa Canario Negara asal: Kepulauan Canary Ketinggian: 55-65cm Berat: 38-48kg Perilaku: Berani Canary Dog mempunyai persamaan yang sangat kuat seperti Perro de Presa Mallorquin. Bentuk badanya tegap dan mempunyai bentuk kepala segi empat seperti anjing baka mastiff. Fawn atau brindle adalah warna bulu yang biasa walaupun tanda-tanda putih boleh kelihatan dan bulunya adalah pendek serta kasar pada kesuluruhan badan. Baka ini berasal daripada kacukan diantara Baedino Majero yang telah pupus dengan Mastiff dan mula diperkenalkan di Canaries pada tahun 1800 an. Dihasilkan khusus bagi pertarungan anjing. Baka ini hampir pupus pada tahun 1960 berikutan kepada larangan aktiviti pertarungan anjing namun kini bilangannya kini sudah bertambah.


Dogo Argentino / Argentinian Mastiff Negara asal: Argentina Ketinggian: 61- 69cm Berat: 36-45 kg Perilaku: Gagah, Berani Dogo Argentino ialah anjing yang kuat dan berwarna putih yang merupakan satu diantara beberapa baka yang dihasilkan di Amerika Selatan. Mempunyai kepala berbentuk segi empat yang menandakan keturunan asalnya daripada Mastiff dan dikenali kerana ganas, tidak gentar secara semula jadi dan kebiasaanya digunakan untuk memburu. Meskipun begitu, anjing ini boleh dipercayai dan sangat setia. Baka ini berasal daripada Old Fighting Dog yang mana asalnya adalah dari Sepanyol. Anjing ini diharamkan di pelihara di Great Britain berikutan kepada kebimbangan terhadap sifat nalurinya.

Fila Brasileiro / Brazillian Mastiff Negara asal: Brazil Ketinggian: 61-76 cm Berat:41-50kg Perilaku: Gagah, agresif Fila Brasileiro adalah hasil daripada kombinasi stok mastiff yang kuat dengan Bloodhound, memperlihatkan lipatan kulit yang jelas diatas kepalanya yang luas sehingga ke bahagian leher. Pertalian yang rapat dengan Bloodhound dapat di lihat melalui deria baunya yang sangat tajam dan muncung yang panjang. Pertama kali dibiak untuk sifatnya yang ganas bertujuan untuk mengurangkan populasi kucing liar dan mengawal pergerakkan lembu di ladang. Anjing agresif yang digeruni ini turut digunakan untuk menjejaki hamba abdi yang terlepas pada masa dahulu.


Kai Dog / Tora Dog Negara asal: Jepun Ketinggian: 46-58cm Berat: 16-18kg Perilaku: berdikari Kai Dog yang tegap dan mantap di hasilkan dengan baik dimana kakinya yang kuat menjadikannya sesuai bagi tujuan memburu di kawasan yang berbukit bukau di Jepun dan mempunyai warna brindle. Baka yang berwarna merah dikenali sebagai Aka Tora, medium bernama Chu Tora dan hitam pula ialah Kuro Tora. Nama baka ini berasal dari bahagian tengah Jepun yang dikenali sebagai Yamanashi. Anak anjing Kai Dog kebiasaannya dilahirkan berbulu hitam. Warna sebenar akan hanya menyerlah apabila ianya besar dan matang.

Owtcharka Negara asal: Jerman Ketinggian: 74-88cm Berat:46-82 kg Perilaku: Berani sentiasa berjaga-jaga Owtcharka terdiri daripada dua jenis mengikut kawasan iaitu pergunungan atau dataran. Anjing jenis dataran mempunyai bulu yang lebih pendek dan tinggi manakala jenis pergunungan adalah lebih panjang bulunya dan lebih berotot.


Perro de Pastor Mallorquin / Ca de Bestiar Negara asal: Kepulauan Balearic Ketinggian: 48-56cm Berat: 20.5-27kg Perilaku: Agresif, berani Perro de Pastor Mallorquin mempunyai muncung tirus yang memberikannya identiti tersendiri. Ekornya panjang dan tirus di penghujungnya dan mempunyai dua jenis bulu iaitu sama ada berbulu panjang atau pendek. baka ini berasal dari kepulauan Balearic dipersisiran pantai Sepanyol dan digunakan sebagai haiwan pelbagai guna. Anjing ini dibiakkan sebab ianya tahan pada kepanasan di Meditterranean dan boleh bertindak garang serta agresif

Russo- European Laika / Karelian Bear Laika Negara asal: Russia dan Finland Ketinggian: 53-61cm Berat: 20.5-23kg Perilaku: Berdikari , berani Russo- European Laika merupakan anjing yang dikenali melalui warna bulunya yang putih dan hitam dan telinganya yang terpacak. Ekornya bergulung tetapi baka ini kebanyakannya dilahirkan tanpa ekor. Baka ini dievolusikan berhampiran dengan sempadan yang dikongsi bersama Russia dan Finland. Dikenali sebagai anjing pemburu serigala, kacukan dengan Utchak Sheepdog iaitu anjing yang garang membuka nalurinya yang luas bagi tujuan pemburuan beruang. Anjing ini tidak boleh dipelihara sebagai anjing yang tinggal serumah atau haiwan kesayangan.


Tibetan Mastiff Negara asal: Tibet Ketinggian: 61-71cm Berat: 64-82kg Perilaku: Berani, setia Tibetan Mastiff mempunyai Saiz yang mengagumkan dan adalah anjing pengawal yang baik, responsive kepada latihan dan lazimnya terbukti baik terhadap kanak-kanak. Ekornya terletak tinggi dan bergulung kearah sisi dan adalah lumrah untuk dipakaikan dengan kolar sebagai tanda statusnya di tibet. Ada kemungkinan bahawa baka European Mastiff pada hari ini berasal daripada Tibetan Mastiff.

Tosa Inu / Tosa Fighting Dog Negara asal: Jepun Ketinggian: 62-65 cm Berat: 90kg Perilaku: Berani Tosa Inu mempunyai susuk badan dan otot yang tegap dan kuat serta rahang dan gigi yang sangat kukuh, menjadikannya sebagai baka anjing yang sukar ditandingi dalam sebarang pertarungan. Anjing agresif ini telah diharamkan ( terlarang) di United Kingdom tetapi masih dipelihara di Amerka Syarikat.


Baka Anjing Terlarang