Issuu on Google+

Pengenalan Pada suatu hari, tiga sekawan iaitu Wani, Sakinah & Surinie dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dalam keadaan hujan, mereka berpayung ke perhentian bas. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi suara anak kucing. Mereka mencari-cari arah mana bunyi itu datang, lalu Sakinah ternampak seekor anak kucing berada didalam longkang yang besar. Mereka cuba menyelamatkan anak kucing itu & mereka berjaya. Mereka membawa anak kucing itu bersama ke perhentian bas. Mereka berasa sangat sedih untuk meninggalkan anak kucing itu disitu. Tetapi masing-masing mempunyai halangan, Sakinah teringatkan pesanan ibunya yang melarang Sakinah membela anak kucing di rumah. Manakala Wani teringatkan adiknya yang menghidap penyakit asma. Surinie pula mempunyai terlalu ramai adik-beradik & keadaan rumahnya yang terlalu sempit. Ketika mereka berfikir, datang seorang pak cik menyapa mereka & bertanya kepada mereka kenapa mereka masih belum pulang ke rumah masing-masing, sedangkan hari sudah lewat. Mereka menyatakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Kemudian, pak cik itu menawarkan dirinya untuk mengambil anak kucing itu untuk diberikan kepada anak perempuannya yang baru kematian anak kucingnya. Dengan rela hati, mereka memberikan anak kucing itu kepada pak cik itu. Mereka pulang ke rumah dengan rasa gembira & senang hati.

Plot a) Perkenalan karakter & situasi Tiga sekawan iaitu Wani, Sakinah & Surinie dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dalam keadaan hujan, mereka berpayung ke perhentian bas. b) Perkenalan konflik Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi suara anak kucing. Mereka pun cuba menyelamatkan anak kucing itu. c) Pembanguan konflik Mereka berasa sangat sedih untuk meninggalkan anak kucing itu disitu. Masing-masing mempunyai halangan. d) Klimaks Ketika mereka berfikir, datang seorang pak cik menyapa mereka & bertanya kepada mereka kenapa mereka belum pulang ke rumah masing-masing. e) Penyelesaian Kemudian, pak cik itu menawarkan dirinya untuk mengambil anak kucing untuk diberikan kepada anak perempuannya yang baru kematian anak kucingnya. Mereka pulang ke rumah dengan gembira & senang hati


Karakter i.

ii.

Wani •

Seorang yang peramah

Perwatakan yang periang dan ceria

Seorang yang memakai cermin mata

Seorang yang suka membaca buku

iii.

Sakinah •

Seorang yang baik hati

Seorang yang suka pada haiwan

Seorang yang bertanggungjawab

Seorang yang periang

iv.

Surinie •

Seorang yang ceria

Seorang yang berjiwa seni

Seorang yang gemar melukis

Seorang yang sentiasa mengambil berat

v.

Pak cik •

Seorang yang prihatian dengan keadaan sekelilingnya

Seorang yang gemar menolong orang lain

Seorang bapa yang penyayang terhadap anaknya

Anak kucing

Nilai Murni  Kita mestilah mempunyai sikap tolong-menolong satu sama lain  Kita hendaklah sentiasa bekerjasama dalam menyelesaikan masalah


 Kita haruslah prihatian pada keadaan sekeliling kita  Kita perlu menyayangi haiwan  Kita perlulah mempunyai sifat setia kawan dalam menjalinkan persahabatan  Kita perlulah mempunyai sikap bertanggungjawab walaupun terhadap haiwan


Tiga Kawan