Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344 Keluaran 7

Januari - Jun 2010

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Romie Sigan Daniel, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak atas penganugerahan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ dan Tuan Haji Mohamad Atei bin Abang Meda’an, Naib Presiden II atas penganugerahan Johan Bintang Sarawak (JBS) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin pada 24 Oktober 2009

Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dinasihatkan untuk mengemaskinikan nombor telefon bimbit mereka dengan menghantar kepada alfeanaziz@planetarium-sarawak.org bagi menerima aktiviti terkini secara SMS.


Kandungan

Januari - Jun 2010 • 2

www.sarawak-astronomy.org

Kongsi astronomi di pelbagai peringkat umur • Kongsi Astronomi Di Pelbagai Peringkat Umur - 2 • Berinovasi Melalui Astronomi - 3 • SAS Terima Sumbangan Derma PUSAKA - 4 • Pameran Mini Astronomi Maal Hijrah - 4 • Hari Ko-Kurikulum Bersepadu 2009 TUNAZ - 5 • Astro Camp Hasil Kerjasama Pelajar Tunaz - 5 • IYA2009 Dan Kaitannya Dengan Kehidupan Seharian - 6 • Meniti Pengalaman Bersama SASPSI - 8 • Imbasan Aktiviti-Aktiviti Astronomi Separuh Tahun Kedua 2009 - 9 • Kenangan Bersama Astronomi - 12 • Langit Malam Jan-Jun 2010 - 13 • Astronomi Tanpa Sempadan - 14 • 10 Things You Should Know About Earth - 15 • Persoalan Kemusnahan 2012 - 16 • Amazing Astronomy Facts - 18 • Hujan Meteor 2010- 18 • Pakej Galakan Promosi Sains Angkasa - 19 • Hobiku Warnai Hidup Orang Lain - 20

D

ua puluh tahun merupakan tempoh yang amat panjang bagi sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk memberikan kesedaran sains dan astronomi kepada orang awam. Persatuan Astronomi Sarawak masih lagi di peringkat ‘remaja’ dalam usahanya untuk menyebarkan minat astronomi namun pada usia ini, persatuan ini telah berjaya dalam menarik minat orang ramai, khasnya para pelajar bagi mengenali astronomi. Usaha Malaysia untuk bersama-sama terlibat sebagai warga astronomi dengan menghantar Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2008 telah membuka mata dan minda orang ramai tentang sumbangan astronomi dan sains kepada masyarakat. Boleh dikatakan masyarakat kita masih lagi di peringkat asas dalam mengenali sains angkasa serta astronomi kerana ramai yang sering menyalahertikan astronomi dengan astrologi. Tiadanya kaitan antara bulan dan planet dengan perhubungan cinta kita, tetapi adanya kaitan bulan, bintang serta angkasa dengan kehidupan kita. Ini kerana pada asasnya kita tinggal di atas bumi yang terapung-apung di angkasa lepas dan kewujudan bumi ini hasil daripada apa yang digelar sebagai Teori Big Bang. Persatuan Astronomi Sarawak dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar telah mengadakan pelbagai aktiviti sejak ia mula ditubuhkan pada 1990 dari aktiviti kecil-kecilan seperti cerapan kepada aktiviti besar-besaran yang melibatkan seminar, kuiz astronomi, hari astronomi dan sebagainya. Aspek yang penting adalah persatuan ini adalah mewujudkan konsep yang dikenali sebagai Sahabat Astronomi dengan ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dari pelbagai peringkat umur tidak kira lelaki ataupun perempuan dari sekolah yang berbeza, berkawan, berkongsi ilmu astronomi dan akhirnya bersama-sama untuk menganjurkan aktiviti astronomi bagi menyebarkan minat serta kesedaran astronomi mereka. Sebagai ahli Persatuan Astronomi Sarawak, adalah menjadi kebanggaan untuk melihat ahli-ahli lain berusaha dengan gigih untuk menyebar astronomi dan mengembangkan lagi ilmu serta minat tidak kira di mana mereka berada. Selamat menyambut ulang tahun ke-20 Persatuan Astronomi Sarawak! Alfean Aziz Editor Aku & Bintang

Artikel sumbangan: Latar belakang muka depan menunjukkan gambar kumpulan galaksi. Sumber: http://hubblesite.org/

Alfean Aziz Ismandy Ali Zurwina Sharkawi Shaiful Nizam Khairuddin Azizi Mohammad Nadia Abdullah dan Tiara Abdullah Dicetak oleh Abadi Design & Services

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org http://www.sarawak-astronomy.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • Januari - Jun 2010

PERUTUSAN

Berinovasi melalui astronomi

K

erajaan Malaysia telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovasi dan kreativiti atau Malaysia Inovatif 2010 dengan tema ‘Meraikan Kreativiti’ pada 27 Januari 2010. Pengisytiharan ini adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melakukan inovasi secara menyeluruh untuk membawa negara ke tahap yang lebih maju dalam semua bidang membabitkan semua lapisan masyarakat. Malaysia Inovatif 2010 adalah kaedah untuk membawa inovasi dan kreativiti ke dalam masyarakat menerusi pemberian ruang dan peluang kepada masyarakat untuk memberi dan mengaplikasi ideaidea mereka untuk pembangunan negara. Bidang astronomi dan sains angkasa juga tidak terkecuali daripada perubahan dan pembaharuan untuk inovasi serta kreativiti ini. Malah, bidang astronomi dan sains angkasa negara kini memerlukan lebih ramai pakar untuk membangunkan bidang ini ke arah yang lebih berinovasi supaya Malaysia setanding dengan negara-negara maju lain. Dengan bermulanya Program Angkasawan Negara dan penghantaran Angkasawan Pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007, ia telah membuka ruang dan peluang kepada masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar, untuk menceburkan diri di dalam astronomi dan sains angkasa.

Keberkesanan dan impak Program Angkasawan Negara itu kini boleh dilihat dengan penubuhan beberapa planetarium baru pusat-pusat sains, tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang astronomi dan sains angkasa, serta usaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dalam mempromosikan bidang berkaitan. Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) juga tidak ketinggalan untuk bergiat aktif dalam usaha memartabatkan astronomi di kalangan masyarakat tempatan. Menerusi pelbagai program dan aktiviti astronomi yang diadakan sepanjang tahun, SAS-PSI memberi peluang kepada golongan pelajar untuk berfikir secara kreatif bagi mendapatkan idea-idea yang bernas untuk memajukan bidang astronomi dan sains angkasa di Sarawak supaya lebih berdaya saing. Walaupun idea-idea yang dicetuskan mungkin agak kurang relevan dengan kemampuan yang ada, namun dengan usaha dan keyakinan yang tinggi, ditambah dengan nilai inovatif dan kreatif, ia mampu dilaksanakan dan dicapai dengan jayanya. Saya yakin dan percaya, golongan ini mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan pembaharuan di dalam bidang astronomi dan sains angkasa di Malaysia, khususnya di Sarawak. Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-20 Persatuan Astronomi Sarawak, semoga tahun ini kita lebih kreatif dan berinovasi dalam memantapkan bidang astronomi dan sains angkasa negara...

Datu Romie Sigan Daniel Presiden Persatuan Astronomi Sarawak


Berita

www.sarawak-astronomy.org

Januari - Jun 2010 • 4

SAS terima sumbangan derma PUSAKA

P

ersatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menerima sumbangan derma daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak syarikatnya dalam satu majlis yang diadakan pada 11 September 2009 di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching. Majlis penyampaian derma disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA dan SAS diwakili Presidennya, Datu Romie Sigan Daniel. Turut hadir ialah Pengurus Besar PUSAKA, Datu Haji Len Talif Salleh dan Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Tuan Haji Hashim Haji Bojet. Pada tahun ini, PUSAKA dan anak-anak syarikatnya menderma sejumlah RM224,000.00 kepada 53 pertubuhan kebajikan dan sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak tahun 1982. Antara penerima sumbangan ialah pertubuhan kebajikan, badan-badan amal, sukan, agama dan pendidikan yang bertujuan untuk menyokong organisasi berkenaan dalam

Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, Datu Romie Daniel (kanan) menerima cek sumbangan PUSAKA daripada Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA (tengah).

menjalankan aktiviti mereka, di samping membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Pameran Mini Astronomi Maal Hijrah

Antara ahli-ahli SAS dan kakitangan PSI bergambar kenangan ketika pameran sambutan Maal Hijrah 1431H yang diadakan Masjid Jamek Kuching.

Sheril Anatasya (kanan) sedang memberikan penerangan tentang cara menggunakan jam matahari kepada pengunjung pameran.

ersatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar telah mengadakan pameran mini astronomi sempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H Peringkat Negeri Sarawak pada 17 hingga 19 Disember 2009. Pameran yang diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya adalah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan merupakan pameran yang pertama kali diser-

tai SAS-PSI sempena sambutan Maal Hijrah. Ia telah berlangsung selama tiga hari dan berjaya menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke booth pameran untuk mengenali dengan lebih dekat astronomi serta sains angkasa. Antara aktiviti yang diadakan demonstrasi roket air, carta bintang, planisfera, penggunaan teleskop dan perisian Stellarium serta Celestia.

P


5 • Januari - Jun 2010

Hari Ko-Kurikulum Bersepadu 2009 TUNAZ

S

esi taklimat ringkas “Pengenalan kepada Galaksi� berjaya menarik perhatian 240 pelajar Tingkatan 1 hingga 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) untuk mengenali secara asas mengenai astronomi. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Kurator PSI, Encik Ismandy Ali, kepada peserta-peserta yang terdiri daripada Kelab Astronomi TUNAZ, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Pengakap, Kadet Polis dan Kadet Bomba sempena dengan Hari Ko-Korikulum Bersepadu 2009 anjuran TUNAZ pada 11 dan 12 November 2009.

Sesi ceramah Pengenalan kepada Galaksi yang dijalankan oleh Ismandy Ali Kurator Planetarium Sultan Iskandar di SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (atas). Antara para pelajar yang mendengar sesi ceramah yang diadakan di SMK Agama Tun Ahmad Zaidi semasa Hari KoKurikulum Bersepadu 2009 (kiri).

A

Astro Camp hasil kerjasama pelajar Tunaz

stro Camp III telah dijalankan dengan jayanya oleh ahli-ahli Kelab Astronomi TUNAZ di Pusat Ko-Kurikulum, Santubong pada 7 hingga 9 Disember 2009. Ia merupakan kebanggaan bagi ahli-ahli kelab ini kerana mereka telah berjaya menganjurkan aktiviti sedemikian rupa dan berjaya menggabungkan para pelajar di sekitar Kuching untuk bersama-sama menghadiri kem tersebut. Kem yang diadakan selama 3 hari ini turut menampilkan aktiviti seperti membuat gugusan buruj, penyampaian mesej dari angkasa lepas dan banyak lagi.

Aktivti dalam kumpulan.

Para peserta sedang membuat aktiviti semasa Astro Camp.

Sesi aktiviti penyampaian mesej diadakan.


Eksklusif

Januari - Jun 2010 • 6

www.sarawak-astronomy.org

IYA2009 dan kaitannya dengan kehidupan seharian

U

niverse: Yours to Discover merupakan tema International Year of Astronomy 2009 (IYA2009) yang memberi gambaran bahawa alam semesta ini memerlukan kita untuk menerokainya. Dengan tema demikian, planetarium, pusat sains, balai cerap di seluruh dunia telah menggunakan sambutan ini untuk mempromosikan astronomi kepada masyarakat agar mereka berpeluang untuk mendapat pengetahuan daripada astronomi yang merupakan antara ilmu yang tertua di dunia. Masyarakat telah didedahkan dengan cara penggunaan teleskop, terutamanya teleskop Galileo yang pernah digunakan oleh saintis tersohor itu, kira-kira 400 tahun lalu untuk melihat objek di bumi dan planet-planet di sekitarnya. Tetapi dengan senario masyarakat kita sekarang, adakah dengan bermulanya penggunaan teleskop sebagai satu kaedah untuk mempromosikan astronomi dan diselangselikan dengan imej seperti galaksi serta nebula merupakan satu pendekatan permulaan yang sesuai? Astronomi dan teleskop di Barat Sejak 400 tahun lalu, saintis terutamanya masyarakat Barat telah membuat pembaharuan dari semasa ke semasa di dalam kaedah penggunaan teleskop. Dalam tempoh yang sama, perubahan bagi segi fizikal dan keupayaan teleskop juga turut diperbaiki, termasuklah lokasi ia ditempatkan. Di negara Barat, teleskop atau balai cerap besar boleh dilihat di lokasi yang sering dikaitkan dengan ilmu pengetahuan. Ia boleh dilihat terutamanya di universiti dan juga di rumah-rumah ahli astronomi amatur di kawasan-kawasan kediaman. Ini menunjukkan bahawa ilmu astronomi tidak terbatas hanya di lokasilokasi tertentu sahaja, malah teleskop boleh diletakkan di lokasi-lokasi

Sesi bergambar semasa aktiviti Program Sains Angkasa Cuti Sekolah VI yang diadakan pada 16 - 18 Mac 2009.

strategik yang membolehkan pemerhati mendapatkan maklumat ‘secara terus’ dengan hanya menghalakannya ke arah langit. Boleh dikatakan ‘pemandangan’ dan penggunaan teleskop adalah tidak asing di negara-negara barat dan ia sering dipaparkan di dalam filem-filem sains popular yang secara tidak langsung mempromosikan astronomi dan sains angkasa kepada penonton. Tetapi, bagaimana pula dengan masyarakat kita? Astronomi di Malaysia Di Malaysia, penggunaan perkataan astronomi agak janggal di kalangan masyarakat kita. Walaupun ia merupakan perkataan yang universal dan sering dikaitkan dengan kajian langit, bintang dan angkasa lepas, namun ia masih kurang mendapat perhatian di negara ini. Hanya selepas Program Angkasawan Negara diperkenalkan dan kejayaan Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr. Syeikh Muzaffar Shukor ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007, barulah as-

tronomi mula mendapat perhatian dan diperkenalkan secara rasmi kepada umum. Menerusi kejayaan program ini, lebih banyak usaha diperlukan bagi mendidik generasi muda untuk mengetahui dengan lebih mendalam ilmu astronomi, seterusnya mengembangkannya kepada masyarakat, dan bukan sahaja terhad kepada golongan pelajar dan profesional. Bagaimanapun, usaha ini bukan hanya terletak di bahu pihak tertentu sahaja seperti Kementerian Pelajaran, Agensi Angkasa Negara, Pusat Sains Negara atau mana-mana institusi yang berkaitan dengan pengajian astronomi atau angkasa lepas. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak bagi memastikan usaha kerajaan menerusi Program Angkasawan Negara itu akan terus diwarisi oleh generasi seterusnya. IYA2009 dan sambutannya di Sarawak Sempena dengan sambutan IYA2009 ini, pelbagai program telah diadakan untuk memperkenalkan as-


7 • Januari - Jun 2010

tronomi kepada masyarakat global, antaranya  Galileoscope, 100 Hours in Astronomy, She is an Astronomer, Dark Sky Awareness, Galileo Teacher Training Programme dan lain-lain. Di Malaysia, sambutan IYA2009 ini juga telah diadakan dengan pelbagai aktiviti dan program, termasuklah cadangan pembinaan model sistem solar di sepanjang lebuh raya PLUS, duit syiling peringatan IYA2009, kajian semula silibus pendidikan negara, seminar astronomi, membukukan cerita rakyat yang berkaitan dengan astronomi dan banyak lagi. Manakala di Sarawak, sejak awal tahun ini, dengan gabungan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) atau PSI-SAS, telah mengatur beberapa program yang sesuai untuk mempromosikan IYA2009, terutamanya kepada golongan sasaran iaitu pelajar dan guru. Bermula dengan fenomena gerhana matahari separa pada 26 Januari 2009, PSI-SAS telah mengambil kesempatan untuk mempromosikan astronomi ke semua lapisan masyarakat dengan kehadiran kira-kira 200 orang ramai yang berkumpul di teater PSI menerusi aktiviti simulasi dan ceramah gerhana tersebut. Pada bulan Mac berikutnya, PSISAS sekali  lagi menganjurkan aktiviti untuk golongan pelajar dengan memasukkan elemen reka cipta iaitu membuat roket air. Selain memberi peluang kepada golongan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam mencipta sesuatu, ia juga mampu menarik minat mereka untuk meminati astronomi. Seterusnya, pada 16 hingga 17 April 2009, seminar pendidikan bertajuk ‘Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa’ telah diadakan dan ia merupakan seminar astronomi yang pertama pernah diadakan di Sarawak. Seminar ini telah berjaya menarik perhatian hampir 300 peserta dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada guru, pensyarah, peminat astronomi amatur dan juga pelajar, yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman bersama-sama penceramah mengenai bidang serta pendidikan astronomi di Malaysia.

Sepanjang seminar selama dua hari itu, peserta berpeluang untuk menyertai sesi selari (concurrent session) seperti demonstrasi aktiviti praktikal astronomi untuk pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah astronomi, kaedah penggunaan teleskop dan demonstrasi astronomi menerusi simulasi di Planetarium Sultan Iskandar selama 60 minit. Seminar itu juga turut menyaksikan pelbagai soalan diajukan kepada penceramah mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang berkaitan dengan penerapan subjek sains angkasa di dalam silibus berkaitan, masa hadapan bidang sains angkasa selepas Program Angkasawan di lancarkan pada tahun 2007 dan peranan pendidikan serta maklum balas masyarakat terhadap bidang ini untuk pembangunan negara. Soalan yang diajukan bagi setiap sesi merupakan soalan yang pendek, namun ia memerlukan jawapan dan penerangan yang lebar serta terperinci bagi merungkai persoalan sebelum ini. Peminat baru Penggunaan tema IYA2009 ‘The Universe: Yours to Discover’ dan tema Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa iaitu ‘Astronomy & Us’ cuba membawa astronomi di dalam kehidupan seharian manusia dengan sasaran utamanya adalah mereka yang tidak mengenali astronomi. Adakah program-program yang disusun secara global berkaitan astronomi oleh agensi di peringkat antarabangsa seperti International Astronomy Union (IAU) atau di peringkat negara seperti Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) serta PSI-SAS sudah memadai untuk menjadikan ‘Yours to Discover’ atau ‘Astronomy and You’ sebagai asas atau platfom bagi mereka untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai astronomi? Sudah tentu ia tidak mencukupi untuk menyebarkan ilmu astronomi ini untuk semua golongan masyarakat dengan hanya mengharapkan usaha kecil daripada pihak-pihak berkenaan. Ia memerlukan kerjasama, sokongan dan komitmen daripada semua pihak bagi memastikan usaha ini berjaya, se-

terusnya berkembang untuk diaplikasikan pada masa akan datang. Dari segi psikologi, untuk menarik perhatian seseorang individu untuk meminati sesuatu, ia memerlukan suatu faktor atau elemen yang dapat mempengaruhinya untuk terus meminati sesuatu perkara itu dengan lebih serius, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Setelah mengetahui faktor-faktor yang mampu memotivasikannya untuk minat terhadap sesuatu perkara itu, di situlah kita menggunakan faktor berkenaan sebagai kekuatan untuk membawa mereka lebih jauh lagi, dan dalam konteks ini adalah astronomi, untuk terus meneroka bidang yang sebelum ini agak janggal bagi mereka ke tahap yang tinggi. Dengan menggunakan penekanan seperti definisi sehari adalah sebenarnya pusingan Bumi mengelilingi matahari, sebulan adalah definisi bulan membuat pusingan lengkap matahari, nama hari-hari dalam seminggu dan penentuan tarikh penting berkaitan dengan astronomi, mampu menarik minat masyarakat untuk meneroka dan ‘menjelajah’ bidang yang tertua di dunia ini.  Persoalan Adakah dengan hanya menggunakan gambar-gambar nebula, planet atau galaksi yang letaknya berjuta tahun cahaya dari Bumi yang hanya dapat dilihat menerusi teleskop yang mahal mampu menarik minat masyarakat terhadap astronomi? Memang diakui, pameran seperti ini sememangnya cukup menarik perhatian bagi golongan yang sudah mengetahui astronomi dan aplikasinya. Tetapi, bagaimana pula bagi golongan yang baru berjinak atau mereka yang ‘buta’ astronomi? Adakah sekadar memadai menggunakan sejarah astronomi daripada nenek moyang kita yang diaplikasikan di dalam kehidupan seharian untuk mendidik mereka mengenai astronomi? Apakah kaedah yang lebih efektif yang boleh digunakan bagi menarik minat masyarakat untuk meminati dan memartabatkan astronomi setanding dengan bidang-bidang lain? Renungrenungkan.


Rencana

Januari - Jun 2010 • 8

www.sarawak-astronomy.org

Meniti pengalaman bersama SAS-PSI

Peserta Program Cuti Sekolah bergambar kenangan bersama-sama peneramah dan fasilitator setelah tamatnya program tersebut anjuran PSI-SAS. - Gambar hiasan

Khairuddin Azizi Mohammad

M

ungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Persatuan Astronomi Sarawak telah menjangkau usia dua dekad sejak ia ditubuhkan pada tahun 1990. Walaupun pada usianya yang sebegitu muda, persatuan ini telah berjaya melahirkan masyarakat yang meminati bidang astronomi. Semua ini adalah ilham dan usaha anak Sarawak sendiri untuk mendidik masyarakat agar mempunyai sifat ingin tahu mengenai kejadian alam dan menyalurkan sifat ini ke angkasa lepas. Malah bukan itu sahaja, persatuan ini turut berjaya menanam sifat untuk meminati ilmu sains dan teknologi serta menjadi pemangkin dalam melahirkan para intelek dan cendekiawan yang telah berkecimpung dalam bidang penyelidikan sains, yang bermula dengan hanya menggunakan sepasang teropong. Di Planetarium Sultan Iskandar (PSI) inilah bermulanya episod pengembaraan indah dalam menjejaki ilmu sains yang begitu halus dan teliti,

sama ada dari segi pengiraan mahupun dari segi penemuan saintifik yang amat memberangsangkan minda. Saya mula mendekatkan diri dalam bidang astronomi apabila mengikuti Program Cuti Sekolah dan Bengkel Astronomi yang dianjurkan pada sekitar tahun 1992. Pada masa itu, saya baru menjejaki Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Bantuan (SMB) St. Joseph, Kuching. Kurator Planetarium pada ketika itu ialah Puan Zalia Morshidi. Beliau telah menjemput setiap sekolah menengah di sekitar bandar raya Kuching untuk menghantar seramai lima orang wakil dan dihimpunkan di Planetarium Sultan Iskandar (PSI) bagi menyertai aktiviti-aktiviti astronomi selama seminggu. Kami telah diajar untuk mengenal pasti bintang dan planet di angkasa serta membuat jam matahari atau sundial menggunakan kad manila. Dengan konsep pengiraan yang begitu komplikated dan di luar tahap pembelajaran seorang pelajar tingkatan menengah rendah, ia memang agak sukar dan mengelirukan. Namun, dengan kesabaran dan sikap ingin tahu

mengenai astronomi yang menebal di hati, akhirnya kami berjaya menghasilkan jam matahari dan menyiapkan beberapa tugasan yang diberikan. Selain itu, kami juga sempat melukis dan memplot tompok hitam matahari atau sunspot menggunakan teleskop di belakang taman perkarangan letak kereta Dewan Suarah Negeri. Dalam pada itu, kami juga berpeluang untuk mendengar cerita dan seloroh Encik Rambli Ahmad yang meminati kajian sastera Yunani dan beliau telah berkongsi pengalamannya mengenai legenda Venus dan juga cerita-cerita rakyat dari benua yang lain. Begitu juga dengan Encik Jacob V. Sebastian yang begitu informatif dan penuh semangat menceritakan kisah dan sejarah buruj-buruj di langit kepada kami. Di samping mempelajari ilmu matematik dan astronomi, kami juga sempat berkenalan dengan rakanrakan sebaya dari beberapa sekolah yang meminati bidang sama. Malah, sehingga kini, hubungan persahabatan yang terjalin sejak 18 tahun lalu masih kukuh dan hubungan ini telah digunakan untuk meneruskan usaha


9 • Januari - Jun 2010

memperkenalkan astronomi kepada masyarakat di Bumi Kenyalang. Sejak itu, cuti sekolah kami diisi dengan menelaah majalah dan bukubuku rujukan di perpustakaan untuk mengetahui ilmu astronomi dengan lebih lanjut. Maklumlah, pada ketika itu alam siber dan internet belum lagi bertapak di Kuching. Perpustakaan Dewan Suarah yang dahulunya terletak di tingkat bawah Dewan Suarah Negeri menjadi pusat kunjungan utama kami, dan tidak kurangnya juga berulangalik ke Perpustakaan Negeri (yang ketika itu terletak di belakang Wisma Hopoh) untuk mendalami bidang astronomi. Saya juga sempat berkenalan dengan beberapa orang pelajar dari sekolah lain termasuk saudara Ismandy Ali dari Kolej DPAH Abdillah. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang bergiat aktif dalam bidang astronomi. Pada masa itu, Kolej DPAH Abdillah telah menubuhkan Kelab Astronomi dan merupakan yang pertama di Kuching bagi peringkat sekolah menengah. Dalam usia yang begitu muda, kira-kira pada usia 15 tahun, saudara Ismandy sudah mempunyai teleskop sendiri. Perwatakannya yang ceria dan suka bergurau sering menjadi tumpuan rakan-rakan untuk meminta nasihat, berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat mengenai pencerapan beliau. Alhamdulillah, pada setiap cuti sekolah kami telah diisi dengan program astronomi walaupun ia cuma diadakan selama dua atau tiga hari sahaja. Menerusi sesi pencerapan malam, saya telah dapat mengenal pasti dan membezakan antara bintang dan planet berdasarkan kerlipan cahaya. Kami juga telah diajar kaedah untuk membaca peta bintang menggunakan lampu suluh yang dibalut dengan plastik atau kain merah untuk memudahkan pembacaan peta bintang semasa pencerapan. Semua aktiviti ini diadakan di perkarangan letak kereta Dewan Suarah Negeri. Encik Dona Repet, pakar teleskop dari PSI juga sudi meluangkan

masa untuk setiap cerapan. Beliau begitu mahir mengendalikan teleskop yang berat untuk membolehkan kami melihat planet-planet seperti Musytari, Marikh dan Zuhal. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, kami akan mendengar cerita atau menonton video yang diterbitkan oleh persatuan astronomi dari negara lain seperti Amerika Syarikat dan Australia. Pada tahun 2000, selepas menamatkan pelajaran di luar negara, saya segera mencari saudara Ismandy untuk membincangkan aktiviti pencerapan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan bahawa saudara Ismandy masih lagi aktif menganjurkan program mencerap tahi bintang dan juga planet-planet di rumah beliau. Beliau juga bertanggungjawab untuk memberi nafas baru dalam bidang astronomi di Planetarium Sultan Iskandar. Sumbangan beliau terhadap bidang astronomi di Sarawak patut mendapat perhatian. Sekiranya saudara berkunjung ke PSI, saudara pasti kagum dengan perubahan yang ketara. Persatuan Astronomi Sarawak dan PSI juga mengendalikan ceramah umum yang menjemput para penceramah daripada ahli astronomi amatur Jepun hinggalah ke Jurutera NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL), Amerika Syarikat. Kini, kami berjaya menghidupkan semula Persatuan Astronomi Sarawak setelah beberapa tahun tidak aktif berikutan kebanyakan ahli-ahlinya ti-

dak berada di Kuching kerana melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi (IPT). Dengan kebangkitan semula Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar, pelbagai aktiviti dan program astronomi telah diadakan sejak tahun 2004. Antara aktiviti Program Cuti Sekolah menjadi semakin hebat dengan adanya pertandingan seperti Mars Rover, roket air dan trading card game yang menjangkau dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Walaupun galeri astronomi bersebelahan dengan PSI kini telah tiada, namun kenangan manis semasa menghadiri Program Cuti Sekolah bersama rakan-rakan masih begitu jelas tersemat dalam diri saya. Di dalam galeri itu juga, sajak bertajuk ‘Kejora dan Bintang Senja’ pernah dideklamasikan oleh saudara Safakhruddin Sitam semasa upacara penutupan Program Cuti Sekolah. Pengalaman manis sedemikian begitu sukar untuk dilupakan dalam meniti hari bersama Persatuan Astronomi Sarawak. Tidak lupa juga kepada Planetarium Sultan Iskandar yang menjadi pusat dan nadi segala aktiviti Persatuan Astronomi Sarawak. Dengan minat yang mendalam dan kesungguhan daripada semua ahli, saya yakin Persatuan Astronomi Sarawak mampu bertahan dan menjadi persatuan astronomi yang unggul di Malaysia kelak.

PAmeran yang disertai oleh Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar yang membawa astronomi kepada masyarakat. - Gambar hiasan


Januari - Jun 2010 • 10

www.sarawak-astronomy.org

Imbasan aktiviti-aktiviti astrono

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12


11 • Januari - Jun 2010

omi separuh tahun kedua 2009

13

14

15

1. Tuan Haji Soedirman Airi (kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) menerima cenderamata daripada Ismandy Ali, Kurator PSI, disaksikan oleh Datu Romie Daniel, Presiden SAS merangkap Residen Bahagian Betong semasa lawatan Tuan Haji Soedirman ke PSI pada 28 Oktober 2009. 2. YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka (kanan) bercakap dengan Ismandy Ali, Kurator PSI semasa rangka lawatannya ke PSI pada 30 Julai 2009. 3. Datu Romie Daniel, Presiden SAS menyampaikan cenderamata kepada Encik Ik Pahon anak Joyik, mantan Setiausaha Tetap KPSU dalam majlis perpisahannya yang diadakan di PSI. Turut hadir ialah Encik William Patrick Nyigor (kiri), selaku Timbalan Presiden SAS merangkap Ketua Pengarah Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, pada 6 Oktober 2009. 4. Ahli-ahli SAS sempat bergambar dengan Dr. Faiz Khaleed semasa Pameran Karnival Sains MOSTI yang diadakan di Kompleks Pelancongan Kuching pada 15 Ogos 2009. 5. Wakil-wakil dari Pusat Sains Negara sedang mengadakan demonstrasi sains di SMK Tun Abdul Rahman dalam program Sekolah Angkat pada 12 Ogos 2009. 6. Demonstrasi pelancaran roket air yang dilakukan oleh Dr. Faiz Khaleed semasa Pameran Karnival Sains MOSTI yang diadakan di Kompleks Pelancongan Kuching pada 15 Ogos 2009. 7. Aktiviti membuat robot mudah oleh pelajar SMK Tun Abdul Rahman semasa program Sekolah Angkat oleh Pusat Sains Negara pada 12 Ogos 2009. 8. Peserta mendengar ceramah mengenai astronomi semasa Hari Ko-Kurikulum Bersepadu Tunaz pada 11 November 2009. 9. Sesi perbincangan para peserta semasa Program Sains Angkasa Cuti Sekolah VII di PSI pada 24 November 2009. 10. Para pelajar mencuba menggunakan teleskop Meade GPS 10 inci semasa pameran Karnival Sains MOSTI di Kompleks Pelancongan Kuching pada 15 Ogos 2009. 11. Ahli-ahli SAS sedang membuat persiapaan bagi pameran Maal Hijrah yang diadakan di Majid Jamek, Kuching pada 17 Disember 2009. 12. Salah seorang pelajar mencuba teleskop semasa rangka lawatan sambil belajar ke PSI pada 16 Oktober 2009. 13. Gambar kenangan peserta dan penceramah semasa Program Sains Angkasa Cuti Sekolah VII pada 24 November 2009. 14. Sesi membuat planet dalam satu aktiviti Program Sains Angkasa Cuti Sekolah VII di PSI pada 24 November 2009. 15. Gambar kenangan pelajar SMK Matang Hilir bersama-sama guru mereka, Cik Halimaton semasa pameran Karnival Sains MOSTI di Kompleks Pelancongan, Kuching pada 15 Ogos 2009.


Rencana

Januari - Jun 2010 • 12

www.sarawak-astronomy.org

Kenangan bersama Astronomi

Ahli-ahli Kelab Astronomi TUNAZ bergambar kenangan setelah berakhirnya program Hari Sains dan Matematik yang diadakan di SMK Agama Tun Ahmad Zaidi.

Nadia binti Abdullah & Tiara binti Abdullah

P

ertengahan tahun 2007 membawa pengertian baru kepada diri saya dan adik. Pada ketika inilah pengembaraan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muzaffar Syukor ke angkasa lepas membawa sejarah baru untuk negara Malaysia. Kami masih ingat lagi berita mengenai angkasawan itu sering mendapat tempat utama dalam akhbar tidak kira akhbar Mingguan, Utusan Sarawak dan tidak ketinggalan Borneo Post. Selain selalu menjadi perbualan ramai tidak kira sekolah, tempat awam lebihlebih lagi di planetarium. Dengan itu, fenomena ini dinilai secara bijak oleh Saudara Khairuddin Azahar, senior kami dalam usaha memupuk minat astronomi di kalangan pelajar dengan mengadakan Kem Astronomi yang diadakan sempena cuti sekolah pada 2007. Sejak itulah kami mula mengembangkan sayap

“ Demi langit dan yang datang pada malam hari, Apakah engkau mengetahui apa yang datang pada malam itu. (iaitu) bintang yang sinaran cahayanya menembusi kegelapan malam..� Surah al-Tariq, Ayat 1, 2, 3. ke bidang astronomi. Antara program astronomi yang sentiasa kekal dalam ingatan kami ialah Kem Astropilia 2008 yang telah diadakan di Kem Alapong, Santubong. Sejak itulah bermulalah titik tolak minat astronomi dalam diri kami. Astrophilia berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud persahabatan astronomi. Pengalaman yang paling tidak akan kami lupakan adalah semasa sesi mencerap bintang. Pada mulanya, kami tidak pernah menghayati keindahan langit malam. Namun setelah menghadiri sesi mencerap bintang, barulah kami berpeluang melihat gugusan bintang yang menyinari langit malam. Gugusan bintang tersebut apabila digabungkan akan menghasilkan satu bentuk yang dipanggil buruj. Untuk

melihat buruj tersebut dengan lebih jelas, seseorang itu haruslah bijak berimaginasi. Pada malam tersebut kami berdua berjaya menemui buruj Leo dan Bootes. Selain itu, pengalaman yang paling berharga buat kami berdua adalah kami berpeluang berkayak buat kali pertama. Perasaan gembira dan teruja tidak dapat diekspresikan dalam katakata. Di akhir program, kami berdua mendapat banyak ilmu yang sangat bernilai di samping menambah kenalan dari pelbagai sekolah. Pada tahun 2008 juga, kami turut serta dalam program Kids Convention. Kami diberi tugasan untuk memberi taklimat kepada guru prasekolah mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan astronomi yang mereka boleh dikongsikan dengan murid-murid


13 • Januari - Jun 2010

mereka. Di samping itu, tahun ini juga merupakan tahun yang amat membanggakan bagi sekolah kami kerana berjaya dinobatkan sebagai Sekolah Astronomi 2008. Augerah ini merupakan anugerah yang kedua selepas SMK Matang Hilir diumumkan sebagai sekolah Angkat Astronomi Pertama pada tahun 2006. Sepanjang hampir tiga tahun pengembaraan astronomi ini, terdapat banyak kenangan manis yang telah kami lalui. Melibatkan diri dalam program astronomi bukanlah perkara yang sia-sia, tetapi ia merupakan pengalaman yang dapat dibawa pada masa hadapan. Bagi kami berdua, pengembaraan Aku dan Bintang sudah bermula. Anda, bila lagi?

Penulis (kiri) ketika menyertai Kem Astrophilia pada 2008.

Langit Malam Jan-Jun 2010 Januari 2010

Februari 2010

Tarikh

Perkara

Tarikh

Perkara

3

Kemuncak hujan meteor Quadrantid

2

Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

6

Bulan melintasi Planet Zuhal 8 darjah

7

Bulan melintasi antares 1.1 darjah

11

Bulan 1.1 darjah ke utara Antares

12

Bulan melintasi Utarid 2 darjah

15

Gerhana matahari separa

18

Asteroid boleh dilihat dengan mata kasar

18

Bulan melintasi planet Musytari 5 darjah

25

Bulan melintasi Marikh 5 darjah

29

Marikh di dalam kedudukan dekat dengan Bumi

28

Musytari berselisih dengan matahari

Mac 2010

April 2010

Tarikh

Perkara

Tarikh

Perkara

11

Bulan melintasi Musytari 6 darjah

2

Bulan melintasi planet Zuhal 8 darjah

15

Bulan melintasi Utarid 1.5 darjah

17

Bulan melintasi zuhrah 7 darjah

16

Bulan melintasi Marikh 5 darjah

20

Equinoks

22

Kemuncak hujan meteor Lirid

21

Zuhal di dalam kedudukan terdekat dengan Bumi

25

Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

25

Bulan melintasi Marikh 5 darjah

29

Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

29

Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

Mei 2010

Jun 2010

Tarikh

Perkara

6

Bulan mendekati Musytari 7 darjah

 

Marikh mendekati Regulus 1 darjah

9

Zuhrah mendekati Pollux 5 darjah

Tarikh

Perkara

3

Planet Zuhrah akan mendekati Aldebaran 6 darjah

6

Kemuncak hujan meteor ta Aquarid

10

Bulan mendekati Utarid 5 darjah

9

Bulan mendekati Musytari 6 darjah

15

Bulan mendekati Zuhrah 4 darjah

12

Bulan mendekati Utarid 8 darjah

 

Utarid mendekati Aldebaran 5 darjah

18

Bulan mendekati Zuhrah 0.1 darjah

17

Bulan mendekati Marikh 6 darjah

20

Bulan mendekati Zuhal 8 darjah

19

Bulan mendekati Zuhal 18 darjah

23

Bulan mendekati Zuhal 8 darjah

21

Solsetis

26

Gerhana bulan separa


Rencana

Januari - Jun 2010 • 14

www.sarawak-astronomy.org

Astronomi tanpa sempadan Shaiful Nizam

A

stronomi merupakan satu cabang ilmu yang boleh dipelajari oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, latar belakang politik dan sebagainya. Berkhidmat sebagai guru sandaran di bahagian pendidikan khas (penglihatan) telah memberikan saya serba sedikit pengalaman tentang pengajaran dan pembelajaran untuk pelajarpelajar khas. Ilmu astronomi untuk pelajar yang mempunyai masalah penglihatan agak sukar untuk dibayangkan. Seperti yang kita tahu dan faham, astronomi melibatkan imej-imej alam semesta yang menakjubkan. Namun, bagaimanakah pula bagi golongan istimewa ini? Di Amerika Syarikat, golongan ini tidak dipinggirkan begitu saja. Penyelidik dari National Aeronautic and Space Administration (NASA) telah menghasilkan beberapa program yang membolehkan pelajar yang mempunyai masalah penglihatan terlibat dalam pembelajaran tentang angkasa lepas. Satu projek untuk tujuan ini telah dihasilkan oleh kakitangan NASA sendiri, Daniel Wong, untuk menghasilkan bahan bacaan bagi pelajar peringkat rendah yang mempunyai

Contoh gambar yang membantu golongan kurang upaya untuk mengenali bentuk-bentuk di sekitar mereka.

masalah penglihatan yang dikenali sebagai “Our Very Own Star�. Bahagian penerangan akan melalui proses ‘braille’. Proses ini akan membolehkan semua perkataan akan diterjemahkan ke dalam satu bentuk sistem penulisan yang universal untuk pelajar atau mereka yang mempunyai masalah penglihatan. Tulisan ini dipanggil sebagai Braille. Selain itu, bahagian gambar pula agak sedikit berbeza, rajah timbul akan digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang boleh disentuh melalui jari walaupun tidak setepat melihat gambar. Sekurang-kurangnya ia memberikan idea tentang rupa bentuk matahari dan bumi dengan bantuan penerangan orang awam atau guruguru kepada para pelajar ini. Satu lagi bahan pengajaran yang

berpotensi untuk dibawa dan didedahkan kepada pelajar atau orang awam yang mempunyai masalah penglihatan adalah melalui bidang kajian astronomi radio. Bahan-bahan cerapan radio ini telah diubah suai bagi membolehkan bahan audio diperolehi digunakan untuk memberikan idea tentang bentuk bunyi yang dihasilkan oleh sistem suria serta alam semesta. Oleh itu, terdapat banyak lagi usaha yang boleh dijalankan dan diperkenalkan bagi membolehkan golongan kurang upaya ini supaya tidak ketinggalan dalam usaha negara memperkenalkan ilmu astronomi yang kita sedia maklum telah membawa kejayaan angkasawan negara kita, serta Malaysia terlibat dalam penerokaan angkasa lepas.


15 • Januari - Jun 2010

10 Things You Should Know About

sizes of the Sun and the Moon, and concluded that the Earth orbited the Sun, this view didn’t attract followers until Nicolaus Copernicus, a Polish astronomer, published “On the Revolutions of the Celestial Spheres” in 1543. 6. Earth has four distinct seasons This is a result of a result of Earth’s axis of rotation being tilted more than 23 degrees. Seasons changes as the tilt of Earth’s axis changes during it’s revolution around the Sun. 7. Earth has an atmosphere that sustains life Earth’s atmosphere is 77 percent nitrogen, 21 percent oxygen, with traces of argon, carbon dioxide and water. This atmosphere affects Earth’s long-term climate and shortterm local weather; shields us from nearly all harmful radiation coming from the Sun; and protects us from meteors as well - most of which burn up before they can strike the surface. 8. Earth has one natural satellite Earth’s Moon (called Luna) orbits at a distance of 384,000km, with a radius of 1738km and a mass of 7.32e22kg. However, there are thousands of small artificial satellites which have been placed in orbit around the Earth. Also, asteroids 3753 Cruithne and 2002 AA29 have complicated orbital relationships with the Earth; they’re not really moons, the term “companion” is being used. Because of its size and rocky composition, the moon has also been called a terrestrial planet along with

Mercury, Venus, Earth, and Mars. It has no atmosphere, but there is water ice in some deep craters. The moon is the only extra-planetary body that a human has visited. 9. Earth has a magnetic field Our planet’s rapid spin and molten nickel-iron core give rise to a magnetic field, which the solar wind distorts into a teardrop shape. The magnetic field does not fade off into space, but has definite boundaries. Just like the field around a magnet, ours is also polarized. When charged particles from the solar wind become trapped in Earth’s magnetic field, they collide with air molecules above our planet’s magnetic poles. These air molecules then begin to glow and are known as the aurorae, or the Northern and Southern Lights. 10. Our close proximity prevents us from seeing Earth in its entirely To completely view our own planet, we must leave its surface and journey into space. From the vantage point of space we are able to observe our planet globally, as we do other planets, using similar sensitive instruments to understand the delicate balance among its oceans, air, land, and life. Viewing Earth from the unique perspective of space provides the opportunity to see Earth as a whole. Scientists around the world have discovered many things about our planet by working together and sharing their findings. (Source: http://space.about.com/ od/earth/tp/Earth_10_Things.htm)

Info

E

arth, our home planet, is the only planet whose name is not derived from Greek/ Roman mythology. In Roman Mythology, the goddess of the Earth was Tellus - the fertile soil, while the Greek goddes was Gaia, terra mater - Mother Earth. The name we use today, Earth, comes from Old English and Germanic. 1. Earth is the third planet from the Sun The Earth’s average distance from the Sun is 149,597,890 km (92,955,820 miles) or one astronomical unit (AU). Located between Venus and Mars, some people have called it the “third rock from the sun.” 2. Earth is the fifth largest planet The diameter of the earth at the equator is about 7926 miles, but that’s not the whole story. Because the earth is not a perfect sphere but is slightly flattened at the poles, the diameter of the earth measured around the North Pole and the South Pole is about 7899 miles. 3. Earth is the only planet known to harbor life All of the things we need to survive are provided under a thin layer of atmosphere that separates us from the uninhabitable void of space. Earth is made up of complex, interactive systems that are often unpredictable. Air, water, land, and life - including humans - combine forces to create a constantly changing world that we are striving to understand. 4. Earth is mostly covered in water While the word earth is often used synonymously with dirt, seventy-one percent of the its surface is covered with water. It is the only planet where it exists in its liquid form on the surface. This is probably part of the reason that the Earth is the only planet known to contain life. 5. Early philosophy had the Earth as the center of the universe Although Aristarchus of Samos, in the 3rd Century B.C., figured out how to measure the distances to and


Rencana

Januari - Jun 2010 • 16

www.sarawak-astronomy.org

Persoalan kemusnahan 2012 Kalendar yang digunakan oleh kaum Maya sebagai rujukan yang mungkin berlakunya bencana 2012 seperti dalam filem yang mempunyai tajuk yang sama.

Hentaman yang akan memusnahkan kehidupan di bumi. Adakah ini bakal menimpa kita pada 2012?

Ismandy Ali

T

railer filem 2012 menggambarkan bahawa satu malapetaka amat dashyat akan menimpa Bumi pada 21 Disember 2012. Benua merekah, batu besar dari angkasa lepas menghentam Bumi, malah gelombang tsunami yang mampu sampai hingga ke kawasan pergunungan Tibet juga akan berlaku pada masa itu. Sebenarnya idea pembikinan filem “2012” bernilai USD200 juta yang akan mula ditayangkan di pawagam pada November 13 ini adalah hasil daripada pelbagai karangan buku-buku yang terdapat di pasaran ketika ini. Pencarian dengan menggunakan kata kunci “2012” dari amazon.com menujukkan terdapat kira-kira lebih 200 buah buku berkenaan hari kiamat atau apocalypse ini. Alasan utama yang menarik perhatian saya untuk menulis artikel ini kerana sering kali ditanya oleh peminat astronomi yang melawat ke Planetarium Sultan Iskandar (PSI) mengenai malapetaka tersebut. Soalan mereka mudah, bagaimanakah malapetaka dashyat seperti itu boleh ber-

laku pada tarikh tersebut? Jika kita bercakap tentang hari kemusnahan dunia, kita tidak dapat lari daripada membincangkan dan mengaitkannya dengan astronomi. Jika dilihat dari jiran kita yang paling dekat, “rumah” kita atau Bumi ini, ia hanyalah satu bola berwarna biru terapungapung di angkasa lepas. Malapetaka besar yang mampu menghancurkan Bumi sudah semestinya berasal dari angkasa lepas. Ia sebenarnya memberi implikasi yang amat mudah, sekiranya Bumi hancur, ke mana lagi manusia akan hidup? Sehingga kini, kita masih tiada jawapan untuk persoalan itu. Oleh kerana implikasi yang cukup besar terhadap kebolehlangsungan (survavility) bangsa manusia ini, sekiranya apa sahaja bencana yang cukup besar menimpa Bumi, ia sering dan mudah menjadi perhatian umum. Sebagai contoh, peristiwa Pepijat Y2K yang berlaku apabila kalendar bertukar ke tarikh 1 Januari 2000. Tak kisahlah apa yang berlaku pada pepijat Y2K yang meresetkan tarikh kepada 1 Januari 1900 dan menyebabkan komputer bercelaru di dalam pengiraan selang masa. Idea kiamat akan berlaku pada berubahnya milenium baru ini telah

dimulakan oleh seorang pengarang buku, Charles Berlitz, yang meminjam idea tersebut daripada Nostradamus – seorang ahli psikik yang kononnya boleh meramal masa depan. Berlitz meramalkan di dalam bukunya bertajuk ‘Doomsday’ yang dikarang pada tahun 1981, dengan mengatakan bahawa pertukaran tahun (dari 1999 ke 2000) tersebut akan menyebabkan berlakunya banjir besar, kebuluran, pencemaran dan penyongsangan kutub Bumi. Malah beliau turut meramalkan, semasa planet-planet berada di dalam garisan lurus pada waktu itu, ia akan menyebabkan bencana yang lebih besar akan berlaku seperti nyalaan matahari (solar flare) secara tibatiba, gempa bumi amat dashyat, Bumi merekah dan banyak lagi. Bermula sinilah semakin ramai pengarang mengambil kesempatan untuk menulis buku berkaitan dengan kemusnahan dunia atau kiamat. Kita semua sudah cukup maklum apa yang telah berlaku semasa tempoh peralihan ke abad 21. Selain kemeriahan sambutan menyambut milenium baru,tiada bencana besar yang berlaku. Keadaan normal seperti biasa dan tiada sebarang bencana dashyat menimpa.


17 • Januari - Jun 2010

Berlitz meramalkan di dalam bukunya bertajuk ‘Doomsday’ yang dikarang pada tahun 1981, dengan mengatakan bahawa pertukaran tahun (dari 1999 ke 2000) tersebut akan menyebabkan berlakunya banjir besar, kebuluran, pencemaran dan penyongsangan kutub Bumi. Kalendar kaum Maya Kisah bencana kemusnahan Bumi pada tahun 2012 ini bermula dari kalendar kaum Maya. Pernahkah anda menonton filem Apocalypto? Ia mengisahkan bangsa Indian yang maju dan mendiami kawasan Semenanjung Yucatan - Belize, Guatemala, Mexico dan Honduras sekarang dan mereka pada waktu itu mengamalkan korban manusia kepada Tuhan yang dipanggil Kukulkan. Bangsa ini maju dari pelbagai bidang seperti senibina, sains, matematik terutamanya astronomi. Salah satu hasil daripada kemajuan yang dicapai adalah penciptaan sistem kalendar mereka yang kompleks. Pada 21 Disember 2012, kalendar mereka akan seperti ’diresetkan’ kepada jujukan nombor sifar dari 13.0.0.0.0 kepada 0.0.0.0.0 seperti odometer kereta anda. Tetapi di dalam kes kalendar Maya ini, ia tidak mengambil masa 1000 tahun, tetapi pengakhiran tahun mengikut tempoh 13 baktun. Kalendar maya ini adalah berdasarkan beberapa kitaran masa dan kelompok baktun adalah salah satu daripadanya. Satu baktun adalah bersamaan 144, 000 hari, lebih sedikit daripada 394 tahun atau bersamaan 143,810 hari. Kalendar Maya juga seperti kalendar yang biasa kita gunakan, di mana kalendar kita bermula dari tarikh kelahiran Nabi Isa. Dengan menggunakan konsep yang sama, jika dibandingkan antara kalendar Maya dengan kalendar Masehi kita, ia bermula apabila alam semesta (menurut kalendar Maya) dicipta pada 0.0.0.0.0 atau bersamaan dengan 11 Ogos 3114 Sebelum Masihi. Kalendar ini mempunyai tempoh

yang berdasarkan kelompok 20. Satu tempoh bersamaan 7,200 hari sebagai contoh adalah daripada 360 hari x 20 = 7,200 hari, dan ia dikenali sebagai satu katun. 20 katun pula membentuk satu baktun (20 katun x 7,200 hari = 144,000 hari). Berdasarkan sistem tempoh kelompok 20 ini, semestinya selepas 13 baktun, kelompok baktun seterusnya akan diteruskan sehingga 14 baktun sehingga 20 baktun untuk membentuk kelompok besar seterusnya iaitu satu pictun. Jadi, bermula di sinilah 13 baktun digunakan sebagai titik tolak bagi tahun pengakhiran kalendar Maya kepada 0.0.0.0.0 seperti yang telah dinyatakan di atas. Kalendar ini memang menarik, tetapi apakah kaitannya dengan pengakhiran dunia? Ia adalah SIFAT manusia semata-mata yang memikirkan

sesuatu yang ekstrem. Walaupun kalendar Maya ini sememangnya menarik untuk dipelajari tetapi ia tetap dikaitkan dengan kemusnahan dunia. ‘Khabar angin murahan’ yang mengaitkan batu besar akan menghentam Bumi, sinaran kosmik dari pusat galaksi Bima Sakti akan tersekat apabila matahari terletak di pusat koordinat galaktik, planet di dalam sistem solar bergerak di dalam satu garisan, hipotesis kewujudan planet Nibiru yang kononnya bakal berlanggar dengan Bumi dan banyak lagi fenomena ngeri yang digambarkan, semakin menakutkan manusia. Ini ditambah lagi dengan terbitnya sebuah filem bertajuk 2012 yang diarahkan oleh Roland Emmerich. Ia sebenarnya hanyalah sebuah filem yang dieksploitasi untuk mengaut keuntungan, hasil daripada kisahkisah dan khabar-khabar angin yang semakin ‘menggila dan menakutkan’. Bagaimanapun, seperti filem yang telah dikeluarkan oleh Hollywood sebelum ini iaitu Armageddon, Deep Impact dan The Knowing memang ada asas kaitannya dari segi astronomi, kita sebagai warga yang ‘waras’ perlu menerima filem-filem dan buku-buku ini sebagai hiburan semata-mata, dan bukannya sebagai penentu kepada pastinya kemusnahan dunia akan berlaku pada tahun 2012!.

Salah satu adegan yang boleh ditonton dalam filem Apocalypto.


Info

Januari - Jun 2010 • 18

www.sarawak-astronomy.org

Amazing Astronomy Facts • When you look at the Andromeda galaxy (which is 2.3 million light years away), the light you are seeing took 2.3 million years to reach you. Thus you are seeing the galaxy as it was 2.3 million years ago. • Light from the sun takes 8 minutes to reach you, thus you see the sun as it was 8 minutes ago. It might have blown up 4 minutes ago and you wouldn’t know about it! • The Earth is not a sphere! It actually is an oblate spheroid, it is squashed slightly at the poles and bulges out at the equator due to its rotation. • Spare a thought for the constellations that never made it into the official list... these include Machina Electrica (the electricity generator), Officina Typographica (The Printing Office), and Turdus Solitarius (the solitary thrush). • When Galileo viewed Saturn for the first time through a telescope, he described the planet as having “ears”. It was not until 1655 that Christian Huygens suggested the crazy theory that they might be an enormous set of rings around the planet. • If you could put Saturn in an enormous bathtub, it would float. The planet is less dense than water. • A teaspoon-full of Neutron star

• •

• • •

would weigh about 112 million tonnes. Jupiter is heavier than all the other planets put together. Even on the clearest night, the human eye can only see about 3,000 stars. There are an estimated 100,000,000,000 in our galaxy alone! The tallest mountain in the solar system is Olympus Mons, on Mars at a height of about 15 miles, three times the height of Mount Everest. It covers an area about half the size of Spain. If the sun were the size of a dot on an ordinary-sized letter ‘i’, then the nearest star would be 10 miles away. Half-a-billionth of the energy released by the sun reaches the Earth. Temperatures on Venus are hot enough to melt lead. If you could travel at the speed of light (186,000 miles per second) it would take 100,000 years to cross our galaxy! Only one side of the moon ever faces Earth. The moons period of rotation is exactly the same as it’s period of orbit. Betelgeuse, the bright star on Orion’s top-left shoulder, is so big that if it was placed where the

• •

Hujan meteor 2010 Nama

Tarikh kemuncak

Quadrantids Lyrids Eta Aquarids Delta Aquarids Perseids Orionids Leonids Geminids

3-4 Januari 21-22 April 5-6 Mei 28-29 Julai 12-13 Ogos 21-22 Oktober 17-18 November 13-14 Disember

Ramalan Frekuensi per jam

Sumber: Amateur Meteor Shower Association

40 20 10 20 60 20 30 40

• •

sun is, it would swallow up Earth, Mars and Jupiter! If you stand on the equator, you are spinning at about 1,000 mph in as the Earth turns, as well as charging along at 67,000 mph round the sun. On the equator you are about 3 percent lighter than at the poles, due to the centrifugal* force of the Earth spinning. The atmosphere on Earth is proportionately thinner than the skin on an apple. On Mercury a day (the time it takes for it to spin round once) is 59 Earth-days. Its year (the time it takes to orbit the sun) is 88 daysthat means there are fewer than 2 days in a year! If a piece of the sun the size of a pinhead were to be placed on Earth, you could not safely stand within 90 miles of it! Its estimated that the number of stars in the universe is greater than the number of grains of sand on all the beaches in the world! On a clear night, we can see the equivalent of a handful of sand. Every year the sun evaporates 100,000 cubic miles of water from Earth (that weighs 400 trillion tonnes!) Jupiter acts as a huge vacuum cleaner, attracting and absorbing comets and meteors. Some estimates say that without Jupiters gravitational influence the number of massive projectiles hitting Earth would be 10,000 times greater. Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic metre. Saturn is not the only planet with rings- Neptune has it’s own ring system.

Sumber: http://www.astronomyforbeginners.com/astronomy/facts.php


19 • Januari - Jun 2010

Pakej galakan promosi sains angkasa

P

lanetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dalam usaha menyokong promosi pembelajaran sains peringkat tinggi menyediakan beberapa aktiviti bagi faedah lawatan daripada pihak sekolah. Sila layari www.planetarium-sarawak.org untuk membuat tempahan secara online atau mendapatkan maklumat lanjut. Pakej 2

Khusus untuk murid-murid tadika, prasekolah dan ke bawah Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) - pertunjukan prarakaman. Mari mengenal buruj dan melihatnya di langit (20 minit) - gerak kerja. Simulasi sistem solar Masa: 9:00 pagi Isnin sehingga Khamis Tempoh: 1 jam

Pakej 3

Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman. Alat bantu mengajar untuk menerangkan konsep gerhana dan model sistem suria (20 minit) menggunakan carta bintang planisfera untuk memahami dan mencari bintang sepanjang tahun (30 minit) - pelajar dibekalkan dengan carta bintang (planisfera) secara berkumpulan. Konsep buruj dan simulasi planet menggunakan Stellarium pada MirrorDome (20 minit). Masa: 9:00 pagi Isnin sehingga Khamis Tempoh: 1 jam 30 minit

Khusus untuk sekolah menengah

Pertunjukan Astronaut (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman. Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit). Konsep-konsep astronomi seperti: a. Gerhana, transit b. Bulan-bulan mengelilingi planet c. Buruj dan ilustrasi kepercayaan langit pelbagai tamadun purba d. Pengesanan planet extrasolar menggunakan model. Masa: 9:00 pagi Isnin sehingga Khamis Tempoh: 1 jam 30 minit

Khusus untuk sekolah rendah

Pakej 4

Pertunjukan Astronaut (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan pra rakaman. Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit). Konsep-konsep astronomi seperti: a. Gerhana, transit b. Bulan-bulan mengelilingi planet c. Simulasi matahari dan aktiviti matahari (prominence dan tompok matahari) di dalam pelbagai tapisan seperti sinar UV dan X-ray. Menggunakan Stellarium pada MirrorDome (30 minit) d. Mencerap permukaan matahari untuk melihat tompok matahari menggunakan teleskop, 8� celestron (sekiranya cuaca membenarkan) (20 minit) e. Simulasi angkasa lepas Masa: 9:00 pagi Rabu dan Khamis Tempoh: 2 jam

Pakej

Pakej 1


Hobiku warnai hidup orang lain

P

eluang bercuti panjang sememangnya tidak disia-siakan dengan melakukan perkaraperkara yang tidak berfaedah bagi Muhammad Alwi Busrah, yang telah lama terlibat dalam aktiviti-aktiviti astronomi dalam SAS. Dengan hobinya yang suka melukis dia telah bertekad untuk mengubah kawasan laluan tangga dari pejabat PSI ke teater planetarium yang tidak bermaya kepada imej-imej astronomi yang menarik. Selama sebulan, Muhammad Alwi telah berjaya mengisi dinding kosong tersebut dengan imej-imej bulan, nebula serta galaksi dengan menggunakan media cat Pelaka dan juga semburan cat agar kawasan dinding yang dahulunya kelihatan pudar kini menjadi tatapan setiap pengunjung yang melalui kawasan laluan itu. Malah, keinginannya untuk mengecat kawasan laluan telah disuarakan sejak dia berada di Tingkatan 5 lagi apabila dia kerap berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk menghadiri aktiviti-aktiviti yang diadakan. Menurutnya, ia merupakan hobinya untuk berseni dan juga menggu-

Muhd. Alwi berdiri di sebelah hasil Horsehead Nebula.

nakan seni untuk ‘menambah warna’ di dalam kehidupan orang lain. Muhammad Alwi merupakan bekas pelajar SMK Tun Abdul Rahman sememangnya tidak asing bagi SAS kerana amat proaktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti astronomi semasa sekolahnya dan setelah menin-

Atas, hasil galaksi dan nebula yang telah siap. Kanan atas, Muhd. Alwi sedang sibuk membuat kemasan asas pada hasilnya. Kanan bawah, Muhd. Alwi menunjukkan petikan kata-kata yang dijadikan penghias kepada salah sebuah dinding di PSI.

ggalkan bangku sekolah. Sebelum melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, masanya telah diisi untuk mendidik junior-junior yang baru berkenalan dalam astronomi melalui kem astronomi serta aktiviti jerayawara.


Aku dan Bintang Vol 7