Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344 Keluaran 8

Julai - Disember 2010

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Sertai kami di

Grup Planetarium Sultan Iskandar Grup Persatuan Astronomi Sarawak

sahabatPSI

Cikgu Senah Jan

Inspirasi Guru Astronomi

Bakat hiasan hidangan di Kem Astrophilia 2010 Paparan objek secara futuristik melalui Augmented Reality Sahabat Astronomi

Idea janaan pelajar untuk semua

Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dinasihatkan untuk mengemaskinikan nombor telefon bimbit mereka dengan menghantar kepada alfeanaziz@planetarium-sarawak.org bagi menerima aktiviti terkini secara SMS.


Kandungan

Julai - Disember 2010 • 2

www.sarawak-astronomy.org

Sebar astronomi untuk semua Bakat hiasan hidangan di Kem Astrophilia 2010 - 4 Sebar minat astronomi pada skala besar - 5 SM Agama TUNAZ juara Astrokuiz 2010 - 5 Cikgu Senah Jan - Inspirasi Guru Astronomi 6-7 Pengalaman menyertai Kem Astronomi dan Aeroangkasa Peringkat Kebangsaan 2010 8-9 Imbasan aktiviti-aktiviti astronomi separuh tahun pertama 2010 - 10-11 Paparan objek secara futuristik melalui Augmented Reality - 12 Siri Jerayawara Astronomi PSISAS - 13 Alat pendidikan kepada pengenalan astronomi: Planisfera - 14-16 Jadual langit malam 2010 - 17

K

eupayaan kami untuk menyebarkan astronomi amatlah terhad terutama dari segi kekangan tenaga manusia serta keupayaan untuk menyebarkan ilmu itu dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun kekangan ini tidak menghalang kami dari terus untuk menyebarkan minat astronomi di kalangan orang awam serta para pelajar yang ingin mengetahui dengan lanjut salah satu daripada cabang sains ini. Selama ini aspek penyebaran astronomi telah dilakukan melalui programprogram yang dijalankan sama ada dengan Program Sains Angkasa Cuti Sekolah ataupun melalui Kem Astrophilia serta melalui laman-laman web sosial untuk memastikan mereka yang berminat dengan astronomi terus sentiasa mendapat maklumat terkini tentang aktiviti yang bakal dijalankan. Bukan itu sahaja, melalui minat para pelajar yang telah menyertai program astronomi yang telah dianjurkan, mereka juga turut membantu untuk menyebarkan juga astronomi ini kepada para pelajar lain, sama ada melalui mulut-kemulut atau menggunakan laman sosial kegemaran mereka seperti Facebook atau Twitter. Bagaimanapun, usaha ini masih lagi perlu ditingkatkan terutama bagi mereka yang berada di luar Kuching, yang tidak mempunyai peluang sama seperti dialami oleh rakan-rakan mereka yang berada di bandar raya Kuching. Kaedah-kaedah seperti Jerayawara Astronomi di luar Kuching dijalankan dengan ia diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyebarkan ilmu astronomi kepada para pelajar dan orang ramai. Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak sentiasa ingin agar bidang astronomi ini menjadi sebutan orang ramai - bukan lagi sesuatu yang dianggap terlalu sukar, serius serta tidak menarik. Melalui pelbagai aktiviti alternatif seperti yang telah dijalankan melalui program Kem Astronomi, Kem Astrophilia serta Program Sains Angkasa Cuti Sekolah, aktiviti astronomi semakin diminati kerana ia bukan sahaja bertumpu kepada astronomi teras tetapi aspek-apek lain yang membolehkan para pelajar dan orang ramai belajar tentang sains dan astronomi.

Space Jokes - 18

Alfean Aziz Editor Aku & Bintang

Basic terms used in astronomy - 18-19 Top 10 Brightest Stars - 19 Sahabat Astronomi - Idea janaan pelajar untuk semua - 20

Muka depan: Cikgu Senah Jan berlatarkan gambar Eagle Nebula. Kredit: Alfean Aziz & T.A. Rector / University of Alaska Anchorage and B.A.Wolpa (NOAO / AURA / NSF).

Artikel Alfean Aziz Zurwina Sharkawi Ismandy Ali Liaw Sau Ling Fung Choo Ting Abd Rahman Hisyam Jenau Adam Noraizah Idris Foto Aidel Rejie Alfean Aziz Zurwina Sharkawi Mohd Zulfadli Yusuf

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org http://www.sarawak-astronomy.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • Julai - Disember 2010

PERUTUSAN Usaha lahir masyarakat kreatif dan inovatif Assalamualaikum dan selamat sejahtera

K

ejayaan sesuatu usaha itu boleh dinilai dengan kemampuan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dan mendapat maklum balas yang baik selepas aktiviti berkenaan diadakan. Selain itu, aktiviti–aktiviti yang diadakan itu bukan sahaja berjaya dilakukan secara praktikal kepada golongan sasaran, tetapi ia mampu memberi kesedaran, pengalaman baru serta merupakan tanggung sosial korporat kepada mereka. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi mendidik anak bangsa, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak terus giat meneruskan usaha ini bagi memastikan matlamat melahirkan masyarakat yang celik ilmu astronomi dan sains angkasa tercapai. Dalam pada itu, usaha untuk membantu meningkatkan pembangunan pendidikan dan kemahiran serta mewujudkan strategi baru di dalam bidang berkaitan menerusi agenda sosial negeri akan tercapai dengan jayanya sekiranya semua pihak termasuk kumpulan sasaran, masyarakat dan kerajaan bersama-sama memberi sokongan dan kerjasama

terhadap usaha yang dilakukan ini. Selaras dengan matlamat agenda sosial ini, aktiviti-aktiviti anjuran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak seperti jerayawara astronomi yang sebelum ini hanya tertumpu di Bahagian Kuching dan Samarahan, kini mulai bergerak ke kawasan utara Sarawak iaitu Bintulu bagi memastikan ilmu astronomi ini dapat disebarkan lebih luas lagi. Dalam pada itu, penglibatan kedua-dua organisasi ini di dalam Karnival Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri juga diharap dapat membantu memberikan maklumat kepada masyarakat setempat selain memperkenalkan astronomi kepada mereka. Adalah diharapkan bahawa pihak PSI dan SAS akan terus berusaha pada masa akan datang dengan pelbagai penganjuran aktiviti sains khususnya dalam bidang astronomi dan sains angkasa bagi membantu untuk menjayakan agenda sosial negeri selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.

Haji Soedirman B. Haji Aini Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak


Berita

Julai - Disember 2010 • 4

www.planetarium-sarawak.org

Bakat hiasan hidangan di Kem Astrophilia 2010

K

em Astrophilia 2010 telah berlangsung dari 19 hingga 21 Februari 2010 di Kem Alapong, Lundu dengan penyertaan kira-kira 30 peserta dari beberapa sekolah menengah di Bandar Raya Kuching dan Kota Samarahan. Peserta-peserta adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, SMK Matang Jaya, SMK St. Joseph, SM Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Santubong, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut sama berkongsi ilmu astronomi mereka dalam sesi kem selama tiga hari ini. Beberapa fasilitator yang mengendalikan aktiviti sepanjang kem ini adalah merupakan pelajar-pelajar yang pernah menyertai program anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). Mereka merupakan ahli-ahli SAS yang sentiasa berdedikasi serta aktif dalam setiap program astronomi yang dianjurkan. Bagi memantapkan lagi kemahiran dalam bidang astronomi, mereka telah diberi peluang untuk menjadi fasilitator dalam Kem Astrophilia supaya dapat memberi pengalaman serta keyakinan kepada peserta-peserta baru serta untuk membiasakan diri dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang sama pada masa akan datang. Kebiasaannya, peserta-peserta

AKTIVITI yang dijalankan secara berkumpulan di Kem Astrophilia 2010.

PESERTA sedang menerangkan tentang hiasan makanan yang berkonsepkan astronomi kepada juri dalam salah satu aktiviti di Kem Astrophilia 2010, Lundu.

yang menyertai kem ini merupakan mereka yang baru mengenali astronomi secara asas dan masih baru di dalam penyertaan aktiviti-aktiviti astronomi. Bagi memperkenalkan ilmu asas astronomi kepada peserta-peserta baru ini, penganjur telah menyediakan beberapa aktiviti dan tajuk-tajuk astronomi di peringkat pengenalan bagi membolehkan peserta mendalami serta menghayati ilmu ini dengan mudah dan berkesan. Dalam pada itu, penganjur turut memuatkan beberapa aktiviti yang agak berlainan dengan astronomi, iaitu pertandingan memasak dan menghias hidangan secara berkumpulan dengan kreativiti masing-masing untuk meng-

hasilkan hiasan hidangan berunsurkan astronomi. Sepanjang kem ini juga para peserta turut diberi peluang untuk mendapat penilaian psikologi mereka berdasarkan sesi kumpulan yang dijalankan oleh para fasilitator. Bagi mewujudkan konsep persahabatan yang lebih mesra, penganjur turut menyediakan acara sampingan iaitu sambutan hari jadi bagi peserta. Dengan konsep persahabatan yang dipraktikkan sepanjang kem, ia berjaya mewujudkan hubungan yang lebih rapat di kalangan peserta. Dan pada masa yang sama, kem ini juga telah melahirkan logo dan konsep “Sahabat Astronomi” hasil daripada cetusan kreativiti para peserta.

SESI mencuba teleskop oleh peserta Kem Astrophilia.

SESI ‘ice-breaking’ yang dikendalikan oleh fasilitator di Kem Astrophilia 2010.


5 • Julai - Disember 2010

Sebar minat astronomi pada skala besar

PARA peserta Kem Astronomi 2010 sedang menguji roket air yang telah dihasilkan di Kem Belia Pueh, Sematan.

K

em Astronomi 2010 merupakan antara Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dalam usaha untuk memberikan peluang lebih ramai pelajar dapat menyertai aktiviti astronomi berbentuk perkhemahan. Pada tahun ini, seramai 80 pelajar sekolah menengah di Kuching, Kota Samarahan dan Sematan menyertai kem ini yang pertama kalinya diada-

kan di Kem Belia Pueh, Sematan pada 23 hingga 25 April 2010. Selain kakitangan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak (SAS), pegawai dari Planetarium Negara, Encik Jong Tze Kian, turut dijemput bagi turut serta menjadi fasilitator di dalam kem kali ini yang mengetengahkan idea dan teknologi pelancaran roket air. Dengan jumlah peserta yang ramai pada kem kali ini, peserta ber-

AKTIVITI-aktiviti yang sedang berlangsung semasa Kem Astronomi 2010 di Kem Belia Pueh, Sematan.

peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu astronomi, khususnya bagi mereka yang baru menyertai aktiviti astronomi seperti ini. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang kem selama tiga hari itu ialah membuat dan melancarkan roket air, sesi praktikal penggunaan teleskop manual Celestron dan teleskop robotik Meade GPS, serta menghasilkan video selama seminit mengenai topik-topik astronomi.

SM Agama TUNAZ juara Astrokuiz 2010

S

ekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) buat pertama kalinya menjuarai Pertandingan Astrokuiz 2010 setelah empat tahun menunggu untuk membawa balik Piala Astronomi KPSU. Pertandingan yang diadakan pada 26 Jun 2010 turut menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan memenangi tempat kedua, manakala Sekolah Menengah Sains Kuching mendapat tempat

ketiga, manakala peserta terbaik dimenangi adik Abdul Rahman Hisyam Zakaria dari SM Agama TUNAZ. Sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 2006, ia berjaya menarik minat sekolah-sekolah menengah untuk menyertainya dan ia telah dijuarai untuk pertama kalinya oleh SMK Batu Lintang, diikuti SMK Tunku Abdul Rahman yang memenanginya dua kali berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.


Eksklusif

Julai - Disember 2010 • 6

www.sarawak-astronomy.org

Zurwina Sharkawi

N

ama Cikgu Senah Jan memang tidak asing lagi di kalangan pelajar – pelajar astronomi di sekitar Kuching. Malah, nama beliau begitu sinonim dengan astronomi, khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, Kuching. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Penolong Kanan di SMK Matang Hilir dan mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Kemudian, beliau telah mengikuti kursus Kelayakan Pemimpin Profesional Untuk Pendidikan (National Professional Qualification for Educational Leaders) pada tahun 2009 di Genting selama setahun. Dan kini, beliau bertugas di SMK Demak Baru, Kuching. Walaupun sudah bertukar tempat bertugas dengan suasana baru, beliau tetap bersemangat untuk menyebarkan dan mempromosikan astronomi dalam kalangan pelajar dan guru-guru. Penulis Buletin Aku dan Bintang (A&B) berkesempatan untuk menemuramah Cikgu Senah Jan bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai minat dan pengalamannya di dalam astronomi. A&B: Bilakah Cikgu mula meminati astronomi dan berkecimpung secara aktif dengan aktivitiaktiviti astronomi? Cikgu Senah: Saya mula meminati ilmu astronomi semasa bertugas di Sibu pada tahun 1993. Pada ketika itu, agak sukar bagi saya untuk mempelajari astronomi kerana tidak tahu di mana hendak mendapatkan maklumat mengenai astronomi. Pada tahun 2003, setelah berpindah tempat bertugas di SMK Matang Hilir, Kuching, saya telah membawa

Cikgu Senah Jan

Inspirasi Guru Astronomi pelajar ke Planetarium Sultan Iskandar (PSI). Saya hanya mengetahui kewujudan PSI menerusi laman direktori Yellow Pages. Bermula dari situlah saya mula membabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti astronomi dalam skala yang kecil kerana kekurangan informasi dan sumber rujukan. Pada ketika itu, aktiviti astronomi yang diadakan di PSI juga kurang dipromosikan. Semasa di SMK Matang Hilir, saya telah meminta pihak sekolah untuk menubuhkan kelab astronomi kerana astronomi mempunyai kaitan dengan subjek Sains. Pada masa yang sama, ramai pelajar turut meminati astronomi kerana menganggap

ia berlainan dari subjek-subjek yang mereka pelajari di sekolah. A&B: Siapakah yang menjadi sumber inspirasi dan memberi sokongan kepada Cikgu ? Cikgu Senah: Minat yang mendalam terhadap astronomi menjadi inspirasi utama saya untuk bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti astronomi. Di samping itu, dorongan suami, anakanak dan bekas-bekas pelajar turut memberi semangat kepada saya untuk terus aktif bersama-sama PSI dan SAS dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti astronomi.

Saya juga rasa bangga kerana Sarawak mempunyai planetariumnya sendiri, malah yang pertama di Malaysia, serta Persatuan Astronomi Sarawak yang begitu aktif menganjurkan pelbagai aktiviti astronomi untuk menyedarkan masyarakat kita akan kepentingan astronomi di dalam kehidupan seharian. Cikgu Senah Jan


7 • Julai - Disember 2010

A&B: Apakah komen Cikgu terhadap perkembangan ilmu astronomi setakat ini di kalangan masyarakat di Sarawak? Cikgu Senah: Dahulu, astronomi kurang dikenali jika dibandingkan keadaan sekarang kerana dahulu skop pendidikan astronomi agak kecil dan tidak begitu menarik perhatian. Pada masa yang sama, dahulu agar sukar untuk mendapatkan sumber rujukan dan informasi berbanding sekarang. Namun, selepas Program Angkasawan Negara diperkenalkan pada tahun 2007, astronomi dan sains angkasa mula dikenali. Sambutan terhadap aktiviti-aktiviti astronomi turut menggalakkan. Pada masa yang sama, kemudahan untuk mendapatkan informasi mengenai astronomi terkini boleh diperolehi dengan mudah, terutamanya menerusi internet. Kini, tidak ada lagi alasan bagi kita untuk tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita kerana semua informsi terletak di hujung jari anda. Saya juga berbangga kerana Sarawak mempunyai planetariumnya sendiri, malah yang pertama di Malaysia, serta Persatuan Astronomi Sarawak yang begitu aktif menganjurkan pelbagai aktiviti astronomi untuk menyedarkan masyarakat kita akan kepentingan astronomi di dalam kehidupan seharian. A&B: Apakah perancangan dan misi Cikgu untuk mempro-

CIKGU Senah (kiri sekali) bersama-sama pelajar-pelajar Kelab Astronomi SMK Matang Hilir di Planetarium Sultan Iskandar.

mosikan astronomi setanding dengan bidang lain di kalangan masyarakat, khususnya golongan pelajar? Cikgu Senah: Perancangan saya pada masa depan ialah meneruskan kerjasama dengan pihak PSI dan SAS dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada golongan sasar mengenai bidang astronomi dan sains angkasa. Selain itu saya juga berharap golongan guru dapat membantu memupuk minat pelajar-pelajar terhadap astronomi kerana bidang ini semakin penting di negara kita. Dalam masa yang sama, penglibatan lebih ramai guru di dalam aktiviti-aktiviti seumpama ini amat diperlukan bagi memastikan semangat astronomi akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Saya juga ingin mencadangkan supaya lebih banyak aktiviti-aktiviti astronomi yang lebih kreatif dapat diadakan, bukan sahaja membabitkan kawasan bandar, tetapi juga di luar bandar kerana di kawasan ini mereka agak ketinggalan dari segi sumber informasi dan kurang mendapat pendedahan. Kemudahan-kemudahan astronomi seperti pusat sains perlu dinaiktaraf bagi memastikan orang ramai sentiasa mendapat maklumat terkini dan tidak ketinggalan. Sokongan daripada semua pihak juga amat diperlukan bagi memastikan usaha ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Eksklusif

CIKGU Senah (dua dari kiri) bersama-sama guru dan pelajar-pelajar di SMK Matang Hilir Kuching. Turut sama Kurator PSI, Ismandy Ali (tiga dari kanan).

CIKGU Senah sedang memberikan taklimat dalam sesi perbincangan strategi di Kem Alapong, Lundu.

CIKGU Senah sering membaca buku astronominya bagi menambahkan lagi ilmu tentang bidang astronomi.


Rencana

Julai - Disember 2010 • 8

www.planetarium-sarawak.org

Pengalaman menyertai Kem Astronomi dan Aeroangkasa Peringkat Kebangsaan 2010 Fung Choo Ting Abd Rahman Hisyam

K

em Sains Astronomi dan Aeroangkasa Peringkat Kebangsaan 2010 telah diadakan pada 22 sehingga 26 Mei 2010 bertempat di Hotel Naza, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Seramai 115 pelajar sekolah menengah dari setiap negeri di Malaysia, termasuk peserta dari negara Thailand serta Indonesia menyertai kem anjuran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang ini. Sarawak diwakili oleh enam pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, SM Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) dan SMK Santubong. Antara objektif kem ini diadakan ialah untuk memperkenalkan astronomi kepada pelajar selain mengeratkan hubungan integrasi nasional di kalangan peserta. Aktiviti pertama yang diadakan ialah sesi berkenalan atau ice breaking yang bertujuan untuk mengenali setiap peserta. Pada hari kedua, aktiviti riadah telah dimulakan seawal jam 6.30 pagi. Setelah bersarapan, aktiviti pertama yang diadakan ialah ceramah pengenalan mengenai astronomi bertajuk ‘Astronomi Bintang, Galaksi, Matahari dan Sistem Solar’ yang disampaikan oleh wakil dari Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang. Program diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk “Planet, Bulan, Komet, Meteor, Asteroid dan Meteroid” oleh Professor Madya Chong Hon Yew dari Universiti Sains Malaysia (USM). Ceramah kali ini lebih menjurus kepada pengenalan objekobjek di angkasa. Aktiviti sebelah petang pula diteruskan dengan pertandingan Space Cap-

WAKIL Kem Sains Astronomi dan Aeroangkasa Peringkat Kebangsaan 2010 dari Sarawak bersama-sama guru pengiring mereka, Cikgu Halimaton (tengah) bergambar kenangan di lokasi kem.

sule yang diilhamkan dari aktiviti popular Eggdrop. Aktiviti ini telah menguji semangat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk melepaskan Space Capsule yang berisi telur dari tingkat lima ke tingkat dua dengan ketinggian 15 kaki di bangunan hotel penginapan. Hanya empat daripada 20 kumpulan berjaya mendaratkan Space Capsule masing-masing dengan selamat tanpa telur pecah. Sebelah malamnya pula, program diteruskan dengan pertandingan membuat slaid berkaitan astronomi antara peserta-peserta dari setiap negeri. Para peserta diminta untuk membuat slaid berdasarkan tajuk

astronomi yang diberi. Bagi kumpulan kami pula, tajuk yang diberikan adalah berkenaan dengan Bumi dan Marikh. Pada hari ketiga, aktiviti bermula dengan ceramah mengenai teleskop dan mengesan tompok hitam matahari atau sunspot. Semua peserta telah dibawa ke luar dewan untuk mencerap matahari bagi mengesan tompok hitam matahari menggunakan teleskop yang disediakan. Program diteruskan dengan ceramah astrofotografi yang telah disampaikan oleh ahli Kelab Astronomi Pulau Pinang. Peserta telah didedahkan dengan kaedah mengambil gambar matahari dan planet-planet

Kami berasa amat bangga dan seronok kerana terpilih untuk menyertai kem ini. Di samping dapat menambah ilmu di dalam astronomi, kami turut berpeluang untuk berkenalan dengan lebih ramai kawan-kawan baru dari setiap negeri termasuk luar negara iaitu Thailand dan Indonesia.


9 • Julai - Disember 2010

menggunakan teleskop. Bagi kami, ia merupakan pengalaman yang menarik kerana boleh mengambil gambar matahari dan objek-objek terus daripada teleskop. Selain ceramah, peserta turut berpeluang melawat beberapa tempat di sekitar Pulau Pinang. Antaranya ialah Pusat Falak Syeikh Tahir, Muzium dan Galeri Tunku Fauziah di Universiti Sains Malaysia. Sepanjang lawatan, peserta turut berpeluang melihat dan melukis sendiri batik serta bermain wayang kulit. Aktiviti malam diteruskan dengan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Pulau Pinang untuk aktiviti cerapan bintang dan praktikal astrofotografi. Bagaimanapun, keadaan langit yang tidak mengizinkan telah menghampakan kami untuk membuat praktikal cerapan langit dan astrofotografi. Keesokan paginya (hari keempat), peserta telah dibawa ke Taman Belia untuk aktiviti Astro Race. Aktiviti ini adalah hampir sama dengan aktiviti Treasure Hunt, bagaimanapun ia cuma berbeza dari aspek nama dan aktiviti yang diadakan adalah menggunakan istilah-istilah dan bercirikan astronomi. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan sebuah kumpulan dibahagikan lagi kepada dua kumpulan kecil. Satu kumpulan menyertai Astro Race dan satu kumpulan lagi dikehendaki menyiapkan roket air. Peserta yang menyertai Astro Race ditugaskan untuk menghabiskan sepuluh checkpoint dan di setiap checkpoint peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan mudah mengenai astronomi. Setelah selesai mengharungi setiap checkpoint,

WAKIL dari Sarawak bergambar semasa salah satu aktiviti kem.

SEMUA peserta dari seluruh negara termasuk dari Thailand dan Indonesia berkumpul di Pulau Pinang untuk menghadiri Kem Sains Astronomi dan Aeroangkasa Peringkat Kebangsaan 2010.

peserta dikehendaki berjumpa semula dengan ahli kumpulan yang menyiapkan roket air untuk dilancarkan sebagai aktiviti penamat. Walaupun letih, namun kegembiran tetap terpancar di wajah kami kerana berjaya menamatkan aktiviti hari keempat dengan jayanya. Pada hari terakhir kem astronomi ini, pihak penganjur telah menjemput Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk hadir pada sesi bersama peserta-peserta kem. Semasa sesi ini, beliau menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (International Space Station. Peserta juga diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada Angkasawan Pertama Negara itu. Bagi kami, ini merupakan peluang keem-

pat kami berjumpa dengan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan setiap pertemuan itu tetap menggembirakan! Majlis penutupan Perkhemahan Astronomi dan Aeroangkasa Peringkat Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Kami berasa amat bangga dan seronok kerana terpilih untuk menyertai kem ini. Di samping dapat menambah ilmu di dalam astronomi, kami turut berpeluang untuk berkenalan dengan lebih ramai kawan-kawan baru dari setiap negeri termasuk luar negara iaitu Thailand dan Indonesia. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Halimaton Ngah dari SMK Matang Hilir kerana sudi menjadi pengiring dan memberi tunjuk ajar sepanjang kem ini berlangsung

SESI DALAM KUMPULAN... Perbincangan dijalankan bagi salah satu aktiviti mereka.

Nur Azwin Azian (kiri) bersama-sama ahli kumpulannya dalam menjalankan salah satu aktiviti mereka.


Julai - Disember 2010 • 10

www.sarawak-astronomy.org

Imbasan aktiviti-aktiviti astrono

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12


11 • Julai - Disember 2010

omi separuh tahun pertama 2010

13

14

15

1. Muhd. Alwi Busrah sedang menerangkan cara penggunaan teleskop Celestron 8’ semasa Kem Astronomi 2010 di Kem Belia Pueh pada 23-25 April 2010. 2. Murid-murid dari SK St Mathew sedang mendengar penerangan daripada Encik Dona tentang teleskop semasa program Jerayawara Astronomi di sekolah tersebut pada 19 Mei 2010 di Kampung Mundai Jalan Padawan. 3. Para pelajar dari SM Teknik Sejingkat sedang mencuba teleskop Dobsonian semasa sesi Jerayawara Astronomi yang diadakan di sekolah tersebut pada 8 April 2010. 4. Encik Paul Bourke sedang menerangkan cara operasi kamera yang boleh mengambil gambar persekitaran 360 darjah semasa sesi ceramah teknologi dan visualisasi di PSI pada 3 Mei 2010. 5. Fatin Naqibah dari SAS sedang menerangkan cara menggunakan Orerrey kepada murid-murid SK St Mathew semasa sesi Jeraya-wara Astronomi di sekolah tersebut pada 19 Mei 2010. 6. Mas Mubarak (tengah) dari SAS sedang melakukan demonstrasi pelancaran roket air kepada pelajar-pelajar SM Sains Kuching semasa sesi Jerayawara Astronomi di sekolah itu pada 28 Januari 2010. 7. Para pelajar dari SM Sains Kuching sedang cuba melihat objek jauh semasa sesi Jerayawara Astronomi di sekolah itu pada 28 Januari 2010. 8. Para pelajar dari SMK Petra Jaya sedang mendengar penerangan daripada Alfean Aziz semasa sesi pameran di sekolah itu pada 29 Mac 2010 di sekolah itu. 9. Salah satu aktiviti yang dilakukan semasa lawatan kanak-kanak ke PSI. 10. Cubaan untuk meniup belon untuk aktiviti kereta angin semasa PSACS di PSI pada 16-18 Mac 2010. 11. Para pelajar sedang cuba menggunakan filem sinar-x untuk melihat fenomena gerhana matahari separa yang berlaku pada 15 Januari 2010. 12. Encik Jong Tze Kian (berdiri) sedang menunjukkan cara mengimbang roket air semasa Kem Astronomi 2010 di Kem Belia Pueh pada 23-25 April 2010. 13. Para peserta bergambar kenangan sebelum berakhirnya Kem Astronomi 2010 pada 23-25 April 2010. 14. Khairuldin Azahar (tengah) sedang menggunakan teleskop bagi sesi cerapan semasa Kem Astrophilia di Kem Alapong pada 1921 Februari 2010. 15. Para pelajar SMK Agama Pesantren, Sadong Jaya tidak sabar untuk mencuba teleksop bagi sesi cerapan semasa Jerayawara Astronomi di sekolah itu pada 27 Januari 2010.


Rencana

Julai - Disember 2010 • 12

www.planetarium-sarawak.org

Paparan objek secara futuristik melalui Augmented Reality Liaw Sau Ling

A

ugmented Reality atau dikenali sabagai AR merupakan hasil daripada evolusi sains komputer yang membolehkan objek grafik komputer dapat dilihat di dalam dunia sebenar menerusi bantuan skrin komputer atau cermin mata khas. Potensi aplikasi ini boleh dipelbagaikan kegunaannya selain dijadikan pembangunan serta kajian dalam bidang yang berkaitan bagi membolehkan sesuatu pekerjaan itu dapat dijalankan dengan lebih efisien dan efektif Di dalam sektor pendidikan, AR kini diiktirafkan sebagai alat bantu mengajar bagi meningkatkan pemahaman di kalangan pelajar. Baru-baru ini, beberapa Projek AR telah dihasilkan di Planetarium Sultan Iskandar dengan kerjasama pelajar Latihan Industri, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang telah menghasilkan Planet in Cube, Space Shuttle, Fiction Space Craft, Solar System, Galaksi dan beberapa lagi program. Dalam melaksanakan sistem AR ini, terdapat beberapa perisian yang diperlukan, antaranya Autodesk 3D Studio Max, Microsoft Visual C++, dan Adobe Photoshop. Peralatan lain yang diperlukan pula ialah kamera web, pembesar suara, marker dan komputer. Marker merupakan kad yang membolehkan objek 3D dipaparkan di atasnya secara realiti maya. Namun, terdapat beberapa kelemahan wujud pada AR yang tidak dapat dielakkan seperti objek kompleks yang sukar dipaparkan ke atas marker kerana ia boleh menyebabkan sistem menjadi perlahan. Hal ini berlaku disebabkan objek yang kompleks mempunyai poligon yang rumit. Selain itu, pencahayaan juga meru-

ANTARA contoh objek-objek yang dapat dihasilkan secara maya dengan menggunakan teknologi AR.

pakan faktor utama bagi pemaparan objek pada marker. Kekurangan cahaya atau pencahayaan yang berlebihan juga boleh menyebabkan objek sukar dipaparkan pada marker. Secara teknikalnya, objek-objek dimodelkan menggunakan perisian 3D Studio Max. Manakala bagi paparan objek pada marker pula, koding diubahsuai dengan menggunakan Microsoft Visual C++. Pengetahuan dalam bidang program amat diperlukan bagi memahami sistem koding. Marker dihasilkan dengan menggunakan Adobe Photoshop. Semua data marker akan diambil sebelum marker tersebut dapat digunakan.

Bagi penggunaan AR, pengguna hanya perlu menekan butang run.bat file pada skrin komputer dan hanya menunggu paparan kamera web tertera pada desktop. Selepas itu, marker digunakan dengan cara meletakkannya di hadapan kamera web. Sekiranya objek tidak muncul, berkemungkinan pencahayaan menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan, selain pengguna juga harus berhati-hati semasa memegang marker supaya tidak memegang pada ruangan segi empat yang berwarna hitam kerana ia boleh menyebabkan objek gagal dipaparkan.

CONTOH marker atau penanda untuk membolehkan objek dikenal pasti.


13 • Julai - Disember 2010

Siri Jerayawara Astronomi PSI-SAS

P

ada tahun 2010, Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah memulakan beberapa siri Jerayawara Astronomi dengan tujuan untuk mempromosikan astronomi serta memberi kesedaran mengenai astronomi kepada golongan sasar, khususnya pelajar sekolah. Siri Jerayawara Astronomi 2010 dimulakan di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya, Samarahan, pada 27 Januari 2010. Kira-kira 450 pelajar telah menyambut ketibaan rombongan PSISAS ke sekolah tersebut pada jam 9.30 pagi dari Kuching yang mengambil selama dua jam. Menerusi jerayawara yang singkat itu, para pelajar berpeluang menguji pengetahuan dan kefahaman astronomi mereka dengan menjawab soalan-soalan astrokuiz yang dikemukakan oleh fasilitator, mencuba sendiri pelancaran roket air dan mencerap matahari menggunakan teleskop. Jerayawara kedua pula telah diadakan di Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching pada 28 Januari 2010 sebagai pengenalan kepada aktiviti PSI-SAS di sekolah tersebut. Para pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tiga telah diberikan pende-

dahan kepada aktiviti astronomi dan maklum balas yang diterima sepanjang aktiviti diadakan amat membanggakan kerana mereka mempunyai pengetahuan astronomi yang amat baik walaupun kurang didedahkan dengan ilmu astronomi secara langsung. Siri Jerayawara Astronomi ketiga seterusnya telah diadakan di SM Teknik Sejingkat, Demak Laut, Kuching. Beberapa pelajar dari sekolah ini merupakan ahli-ahli SAS yang aktif dengan aktiviti-aktiviti astronomi. Destinasi keempat jerayawara astronomi ialah Sekolah Kebangsaan St. Matthew yang terletak di Jalan Kuching-Serian. Kira-kira 70 pelajar menyertai aktiviti jerayawara ini yang diadakan selama setengah hari. Bagi murid sekolah rendah, aktiviti-aktiviti mudah diperkenalkan seperti pengenalan kepada sistem matahari dengan menggunakan Orerry, mitos angkasa melalui penggunaan Stellarium, teleskop Dobsonian dan juga teleskop optik. Program jerayawara ini secara langsung telah memberikan kesedaran astronomi di kalangan pelajar serta guru yang sebelum ini mungkin tidak mengetahui wujudnya agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu astronomi di kalangan masyarakat.

SESI mencuba teleskop di SMK Agama Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya pada 27 Januari 2010.

Berita

JERAYAWARA yang dijalankan di SM Teknik Sejingkat, Demak Laut Kuching diadakan pada 8 April 2010.

PENERANGAN tentang teleskop oleh Cik Noraini Othman di SM Teknik Sejingkat.

KECERIAAN di wajah para pelajar SK St. Mathew, Kpg Mundai semasa Jerayawara Astronomi diadakan pada 15 Mei 2010.


Rencana

Julai - Disember 2010 • 14

www.sarawak-astronomy.org

Alat pendidikan kepada pengenalan astronomi: Planisfera

Ismandy Ali

P

lanisfera telah diperkenalkan pertama kalinya semasa Discover Astronomy: School Holiday Programme iaitu program cuti sekolah astronomi yang berlangsung selama lima hari pada tahun 1992. Ia merupakan alat pendidikan mencari buruj di langit dengan berkesan, mudah dan mampu dimiliki di Planetarium Sultan Iskandar (PSI). Planisfera mudah ini adalah antara alternatif kepada planisfera plastik yang dijual dengan berharga RM10 yang boleh didapati di kedai-kedai teleskop terpilih di seluruh negara. Bagaimanapun, planisfera plastik bermutu tinggi ini hanya mampu dimiliki oleh segelintir pelajar sahaja, dan hasilnya pendidikan asas astronomi yang sepatutnya percuma, hanya terhad kepada pelajar yang berkemampuan sahaja. Pada tahun 2006 , PSI telah merekabentuk semula satu planisfera mudah yang berkonsepkan ‘mesra pengguna’ dan diedarkan secara percuma kepada pengunjung dan pelajar yang datang ke PSI. Rombongan pelajar yang mengadakan lawatan ke PSI akan diajar dan ditunjukkan kaedah penggunaan planisfera serta demonstrasi praktikal langit malam menerusi

penggunaan optomekanikal projektor Zeiss M1015 dan Stellarium. Dengan tempoh masa lawatan yang agak terhad, kaedah penggunaan planisfera dapat membantu pelajar mengenali langit malam dan mencari buruj seperti yang dipelajari di sekolah dalam masa yang singkat. Kebanyakan pelajar yang sudah mengetahui cara mencari buruj menggunakan planisfera, mampu mengenali beberapa buruj dengan mudah, antaranya buruj Belantik, Biduk dan Pari (Sila rujuk gambar 1.0). Semenjak planisfera diperkenalkan semula pada tahun 2006, PSI telah mencetak beribu-ribu keping planisfera utara dan selatan setiap tahun. Selain itu, templat planisfera yang sama juga boleh di muat turun dari laman web http://www.planetariumsarawak.org. Selain pengunjung PSI, planisfera turut digunakan untuk program-program astronomi di luar PSI seperti Astrophilia, Projek Remaja Astronomi di Kem Alapong Lundu, Kem Astronomi di Kem Belia Pueh, Jerayawara Astronomi di luar Kuching serta pelbagai program kerjasama dengan agensi lain. Selain kaedah pengajaran secara ‘hands-on’ mengenai planisfera, PSI turut mengambil inisiatif sendiri menghasilkan video kaedah membuat

dan menggunakan planisfera secara dalaman (in-house) bagi memudahkan penerangan kepada rombongan yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai. Tetapi apakah faktor motivasi yang dapat menarik minat pelajar untuk meminati penggunaan planisfera bagi mencerap langit malam? Faktor motivasi berkenaan ialah dengan menggunakan buruj yang berkaitan dengan 12 zodiak yang mempunyai kaitan dengan personaliti mereka. Penggunaan 12 zodiak seperti Pisces, Aries, Taurus dan Gemini secara automatik berjaya menarik perhatian golongan sasar ini. Satu lagi cara mudah untuk menarik perhatian mereka ialah dengan mengaitkan rupa bentuk buruj-buruj bintang di langit ke pada tarikh kelahiran mereka. Pendekatan seperti ini harus diadakan sebagai salah satu cara untuk mendekatkan pelajar kepada astronomi kerana kebanyakan pemikiran pelajar mengenai bintang adalah amat sedikit serta mereka beranggapan ia tidak begitu penting di dalam kehidupan mereka. Perlu ditekankan di sini bahawa buruj yang mereka kenali itu iaitu 12 zodiak yang mempunyai kaitan dengan tarikh, perjalanan hidup termasuk percintaan, persahabatan, nasib

SEORANG peserta dengan menghasilkan carta bintang.

tekun


15 • Julai - Disember 2010

MUHD Alwi sedang menerangkan cara menggunakan carta bintang kepada Ahmad Burhanuddin dalam sesi Kem Astronomi 2010 baru-baru ini.

Kaitan bintang-bintang dengan kehidupan seharian Sebelum memulakan sesi penggunaan planisfera, maklumat asas mengenai astronomi dan bintang-bintang di langit perlu diterangkan terlebih dahulu. Secara umumnya, kita sudah biasa menggunakan frasa pembahagian masa seperti sehari, seminggu, sebulan, setahun dan banyak lagi istilah astronomi di dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, kita kurang mengetahui maksud sebenar istilahistilah berkenaan ke dalam istilah yang lebih kompleks. Antara kaedah untuk membiasakan pelajar dengan astronomi dan seterusnya melibatkan diri mereka dengan planisfera adalah dengan menerangkan maksud sebenar sehari iaitu tempoh Bumi berputar di atas paksinya, maksud sebulan iaitu tempoh lengkap Bulan mengelilingi Bumi, maksud setahun iaitu tempoh lengkap Bumi mengelilingi Matahari dan nama-nama asal bagi hari-hari di dalam seminggu. Selain itu, nama asal hari-hari dalam seminggu adalah berdasarkan kepada tujuh objek-objek suci di langit iaitu matahari, bulan serta lima planet yang dapat dilihat dengan mata kasar

semenjak 5000 tahun ketamadunan manusia iaitu planet Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. (Sila rujuk Rajah 1.0 di muka 16) Dalam pada itu, golongan pelajar juga harus diterangkan dari segi konteks astronomi moden bahawa Bumi kita ini terapung-apung di angkasa lepas. Untuk kepentingan manusia pada masa akan datang, mereka harus belajar mengenai Bumi dan sekitarnya untuk membolehkan keboleh-hidupan (survivality) manusia pada masa akan datang. Kesimpulan Ilmu astronomi sebenarnya sudah sebati dalam kehidupan seharian manusia. Bagaimanapun ia kurang disedari kerana tiada pendedahan secara formal dilakukan bagi memperkenalkan astronomi sebagai ilmu yang penting di dalam kehidupan kita. Selain itu, kita juga mungkin kurang mengenali astronomi itu sebagai satu ilmu penting kerana kita beranggapan bintang dan planet itu berada sangat jauh dari Bumi yang sukar untuk dicapai. Dengan adanya pengenalan kaedah mencerap langit menggunakan planisfera yang mudah, diharap ia dapat membantu kita untuk mengenali dengan lebih lanjut apakah itu astronomi, impak serta pengaruhnya terhadap kehidupan seharian manusia.

Rencana

adalah separuh sains (pseudoscience) dan tidak dapat dibuktikan secara saintifik kesahihan ramalan itu. Ramalan ini lebih dikenali sebagai astrologi dan ia bukannya astronomi.

CARTA bintang yang telah siap dihasilkan menjadi kebanggan pelajar.

SALAH satu carta bintang yang juga boleh menjadi rujukan.

MENGETAHUI cara menggunakan cara bintang merupakan latihan asas kepada peminat astronomi.


Rencana

Julai - Disember 2010 • 16

www.planetarium-sarawak.org

Alat pendidikan kepada pengenalan astronomi: Planisfera Nama hari

Penerangan •

Diambil dari perkataan latin yang bermaksud dies solis, atau “hari matahari” iaitu sun’s day. Turut dipanggil sebagai Dominica - hari Tuhan. Hari pertama di dalam seminggu. Bahasa Melayu pula mengambil nama hari ini dari bahasa Arab iaitu Ahad bermaksud satu dan begitu juga dengan hari-hari yang seterusnya berdasarkan angka. Ia tetap mengambil tujuh sebagai bilangan hari dalam seminggu.

Monday/ Isnin Lundi (Perancis) Lunedi (Itali) Lunes (Sepanyol)

• • •

Diambil dari perkataan anglo saxon “Monandaeg” - moon’s day. Roman memanggilnya sebagai lunae dies. Merupakan hari suci dikaitkan dengan dewi bulan.

Tuesday/Selasa Mardi (Perancis) Martedi (Itali) Martes (Sepanyol)

• • •

Diambil sempena nama Dewa Viking Tyr. Roman memanggilnya sebagai dies Mars iaitu Tuhan Peperangan. Dikaitkan dengan planet Marikh (Mars).

• •

Diambil sempena nama Dewa Viking iaitu Wodan (Odin). Roman memanggil hari ini dies Mercurii, Tuhan Mercury iaitu planet Utarid (Mercury).

Thursday/Khamis Jeudi (Perancis) Giovedi (Itali) Jueves (Sepanyol)

• •

Diambil sempena nama Tuhan Viking Thor. Roman memanggil hari ini sebagai dies Jovis selepas Jove atau Jupiter, Raja dewa iaitu Jupiter. Dikaitkan dengan planet Musytari(Jupiter)

Friday/Jumaat Vendredi (Perancis) Venerdi (Itali) Viernes (Sepanyol)

• •

Sunday/Ahad Dimanche (Perancis) Domenica (Itali) Domingo (Sepanyol)

Wednesday/Rabu Mercredi (Perancis) Mercoledi (Itali) Miercoles (Sepanyol)

Saturday/Sabtu Samedi (Perancis) Sabato (Itali) Sabado (Sepanyol)

• • •

• • •

Diambil sempena nama Tuhan Viking iaitu Freya. Roman memanggil hari ini sebagai dies Veneris selepas dewa cinta iaitu Venus. Dikaitkan dengan planet Zuhrah (Venus) Diambil sempena nama tuhan Roman iaitu dies Saturni selepas dewa Saturn. Dikaitkan dengan planet Zuhal (Saturn)

Rajah 1.0 Asal usul nama hari yang digunakan sehingga sekarang Rujukan: http://www.calendar-origins.com/day-name-origins.html


17 • Julai - Disember 2010

Jadual langit malam 2010 Ogos

Julai Bulan Apogee 405,000 km Zuhrah 40.03 Timur Bulan suku terakhir Aphelion 1.0167 AU Bulan-Pleaides: 0.6° Bulan-Regulus: 1 ° Anak Bulan Astronomi Bulan Perigee: m361100 km Bulan-Zuhrah: 6° Bulan suku pertama Bulan-Antares: 1.9° Bulan Penuh Utarid-Regulus 0.3 ° Dealta Aquarid: ZHR=20 Bulan Apogee: 406 000 km

Bulan-Pleaides: 0.9° Zuhrah 45.3° Timur Bulan Suku Pertama Marikh-Spica: 2.1 ° Bulan-Perigee: 357200 km Anak Bulan astronomi Bulan-Venus: 0.3° Utarid-Regulus: 5.7° Bulan suku pertama Bulan Apogee: 406200 Ijtimak Musytari Equinox september Bulan Penuh Bulan-Pleides 1.1 °

01 01 01 07 08 10 10 12 15 19 22 23 25 31

Suku bulan terakhir Zuhrah-Marikh: 6.5° Zuhrah: 34.7 ° Bulan Perigee 359500 km Anak Bulan Astronomi Bulan-Zuhrah: 3.3 ° Bulan-Marikh: 3.6° Bulan-Antares: 2.4° Bulan suku pertama Bulan Apogee: 405400 km Hujan Meteor Orionid: ZHR=20 Bulan Penuh Bulan-Pleaides: 1.3 ° Bulan suku terakhir

Disember

November 01 04 06 06 08 08 11 13 14 15 16 18 18 21 22 22 29

Zuhrah 44.9 Timur Bulan separuh terakhir Bulan-Pleaides: 0.6° Zuhrah-Zuhal: 2.8° Anak Bulan Astronomi Bulan Perigee: 357900 km Bulan-Utarid 2.3° Bulan-Zuhrah 4.5° Bulan suku pertama Bulan-Antares: 2° Zuhrah-Marikh: 1.9° Bulan Penuh Bulan Apogee: 406400 km

Oktober

September 01 01 02 06 08 08 12 13 15 21 21 23 23 28

01 03 05 09 10 11 12 13 17 18 19 25 25

Zuhrah: 7.6 ° Timur Bulan Perigee: 364200 km Hujan Meteor Taurid: ZHR=10 Anak Bulan astronomi Bulan-Marikh: 1.7 ° Bulan-Antares: 2.6 ° Marikh-Antares: 3.9° Hujan Meteor: ZHR=15 Bulan Suku pertama Bulan Apogee: 404600 km Utarid-Antares: 2.4 ° Zuhra-Spica: 3.9° Hujan Meteor Leonid: ZHR = 15 Utarid-Marikh: 1.7° Bulan Penuh Bulan-Pleaides: 1.3° Bulan Suku terakhir

01 01 03 06 07 13 14 14 19 21 21 22 26 28

Zuhrah 38.6 ° Bulan Perigee: 369400 km Bulan-Zuhrah: 6.6 ° Anak Bulan Astronomi Bulan-Utarid: 1.9 ° Bulan Apogee: 404400 km Bulan suku pertama Hujan Meteor Geminid: ZHR=120 Bulan-Pleaides: 1.3 ° Bulan Penuh Gerhana Bulan Penuh Solsetis Disember Bulan Perigee: 368500 km Bulan suku terakhir

Info

01 01 05 07 08 10 12 13 13 18 22 26 28 28 29


Fun Activity

Julai - Disember 2010 • 18

www.sarawak-astronomy.org

Space Jokes Diselenggara oleh Jenau Adam 1. How do we know that Saturn was married more than one? Answer: Because he has a lot of rings 2. Which chocolate bars do you eat in Space? Answer: Milky-ways and Mars Bars 3. When does Astronauts (US) or Cosmonauts (Russia) or Angkasawan (Malaysia) have lunch? Answer: At lunch time 4. What kind of saddle do you put on space horse? Answer: A saddle-lite 5. What kind of plates do they serve food on in outer space? Answer: Flying Saucers 6. What do you call A Crazy Moon? Answers: A Luna-Thick 7. Why didn’t the Dog Star laugh at the joke? Answer: It was too Sirius 8. How does the solar system hold up its pants? Answer: With an Asteroid Belt 9. Why wouldn’t you want to give Saturn a bath? Answer: He would leave a ring around the tub 10. Why did the robot cross the road? Answer: Because he was carbon bonded to the kitchen 11. What kind of cartoons do Martians watch? Answer: Loonertunes

http://www.infoaddict.com/tag/aliens 12. If a meteorite hits a planet what do we call the ones that miss? Answer: Metiowrongs 13. Why didn’t the Astronauts get burned when he visited the Sun? Answer: He went at night 14. What do you get when you cross A Comet with the guppy? Answer: A Starfish 15. What do you call A Crazy Spaceman? Answer: An Astro-nut 16. How many balls of string would it take to reach the Moon? Answer: One. It very large one 17. What did the boy star say to the girl star? Answer: I really glow for you 18. Why was the baby constellation sillier than the daddy constellation? Answer: Because he was a

little dipper 19. What kind of the light goes around the Earth? Answer: A Satel-lite 20. What kind of songs do the planets like to sing? Answer: Nep-tunes 21. What did the Astronaut cook for lunch? Answer: An Unidentified Frying Object 22. What kind of stars wears sunglasses? Answer: A Movie Star 23. How did the Astronaut serve drinks? Answer: In Sunglasses 24. What did Saturn says to Jupiter when he asked if he could call him? Answer: Don’t call me, I’ll give you a ring 25. What is An Alien’s normal eyesight? Answer: 20 20 20 Sumber: http://www.kidsastronomy. com/jokes/jokes.htm

Basic terms used in astronomy

Asterism A named group of stars that is part of a constellation, the Big Dipper is one. Asteroid Small, rocky world. Most asteroids are between the orbits of Mars and Jupiter. Astronomical Unit The average distance between Earth and the sun, 1.5 x 108 km. Aurora The glowing light from solar particles interact with Earth’s magnetic field. Celestial Equator The imaginary line around the sky directly above the Earth’s equator.

Celestial Pole Points above the Earth’s north and south poles. Celestial Sphere An imaginary sphere surrounding the Earth where the sun, planets and stars are, a 3 dimensional map of the universe. Comet One of the small, icy bodies that orbit the sun that make tails of gas and dust when they get close to the sun. Constellation A pattern of stars usually named after animals or people in stories. Ecliptic The path the sun seems to follow

in the sky. Emission Nebula A cloud of glowing gas. Globular Star Cluster A group of stars that look like a shape of a ball. Light Pollution Wasted light from city and outdoor lights that makes it hard to see the stars at night. Light-year The distance light travels in a year. Meteor Small rocks or sand making a bright trail through the sky as it burns in the atmosphere. Continue on page 19


19 • Julai - Disember 2010

Top 10 Brightest Stars 10. Betelgeuse Betelgeuse is the tenth brightest star in the sky. It is a red supergiant about 13,000 times brighter than our sun and over 1000 times larger. If you placed Betelgeuse in the place of our sun, it would extend past the orbit of Jupiter. • Distance: ~1400 LY • Spectral Type: Red

Basic terms used in astronomy Diselenggara oleh Noraizah Idris 1. Sirius Sirius, also known as the Dog Star, is the brightest star in the sky. It is also the sixth closest star to Earth. at 8.6 light years. • Distance: 8.6 LY • Spectral Type: Light Blue 2 Canopus Named either for an ancient city in northern Egypt or the helmsman for Menelaus, Canopus is the second brightest star in the sky. • Distance: 74 LY • Spectral Type: White 3. Rigil Kentaurus Rigel Kentaurus, also known as Alpha Centauri, is the third brightest star in the sky. Its name literally means foot of the centaur. • Distance: 4.3 LY • Spectral Type: Yellow 4. Arcturus Arcturus is the brightest star in the constellation Bootes, which is one of the oldest constellations in the night sky. It is the 4th-brightest star in the entire sky. • Distance: 34 LY • Spectral Type: White 5. Vega

Vega is the fifth brightest star in the sky. Its name comes from the Arabic for the swooping eagle. Vega is about 25 light-years from Earth. • Distance: 25 LY • Spectral Type: Light Blue 6. Capella The sixth brightest in the sky, capella’s name is from the Latin for little she-goat. Capella is yellow giant star, like our sun but much larger. • Distance: 41 LY • Spectral Type: Yellow 7. Rigel The seventh brightest star in the sky, Rigel’s name is from the Arabic for foot, indicating its place in the constellation Orion. It is a blue supergiant and part of a 4 star system. • Distance: 1400 LY • Spectral Type: Baby Blue 8. Procyon Procyon is the eighth brightest star night sky. It is a yellow-white star and at 11.4 light years, one of the closer stars to Earth. • Distance: 11.4 LY • Spectral Type: White 9. Achernar The ninth brightest star night sky is Achernar. It is a bluish-white white super giant star that is about 69 light years from Earth. • Distance: 69 LY • Spectral Type: Baby Blue

From page 18 Meteorite A meteor that has landed on the Earth. Nebulae A glowing clouds of gas or dust reflecting the light of nearby stars. Open Star Cluster A group of stars that look close together in the sky. Orbit The path an object takes as it moves around another object. Planetary Nebula An expanding ring of gas around a star. Reflecting Telescope A telescope that uses a mirror to focus light. Reflection Nebula Dust and gas reflecting light from stars close by. Refracting Telescope A telescope that uses a lens to focus light by bending it. Rotation An object spinning about its center. SETI The Search for Extra-Terrestrial Intelligence. Solar Eclipse The name of the event when the moon comes between the sun and Earth. Zenith The point in the sky directly overhead. http://www.kidscosmos.org/kidstuff/astronomy-facts.html


Sahabat Astronomi Idea janaan pelajar untuk semua

B

agi mereka yang pernah berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar (PSI) atau menyertai aktiviti anjuran oleh PSI dan Persatuan Astonomi Sarawak (SAS) pasti telah menerima atau memiliki butang yang berwarna putih dan terdapat gambar tiga kanak-kanak yang sedang memikirkan satu idea, iaitu astronomi. Tema ‘Sahabat Astronomi’ merupakan hasil rekaan Rheema Andrews dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST. Joseph Kuching. Beliau merupakan salah seorang peserta Kem Astrophilia 2010 yang telah diadakan

pada 19 hingga 21 Februari 2010 di Kem Alapong, Lundu. Idea ‘Sahabat Astronomi’ ini lahir menerusi aktiviti yang diadakan semasa kem itu yang meminta mereka untuk menghasilkan logo atau imej yang dapat melambangkan persahabatan dan astronomi. Logo mudah yang dihasilkan oleh Adik Rheema ini telah diubah menjadi imej baru bagi melambangkan bahawa astronomi ini membentuk pesahabatan di kalangan para pelajar yang menyertai program astronomi yang dianjurkan oleh PSI dan SAS. Menerusi gambar ‘Sahabat As-

tronomi’, ia menjelaskan suasana persahabatan di kalangan pelajar yang digambarkan menerusi imej hati di dada mereka. Gambaran awan di atas kepala pula dengan imej roket, galaksi, komet, bulan dan bintang yang melambangkan perkongsian ilmu astronomi di kalangan pelajar. ’Sahabat Astronomi’ merupakan idea yang ingin kami kongsikan bersama semua lapisan masyarakat dan ia juga menjelaskan bahawa kita boleh berkomunikasi serta mempelajari ilmu astronomi di mana sahaja tanpa batasan.


Aku dan Bintang Vol 8