Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344 Keluaran 9

Januari - Jun 2011

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Jerayawara bawa astronomi kepada masyarakat PSACS sebagai jambatan pupuk minat pelajar dalam astronomi Bengkel Sains, Matematik & Teknologi realisasi konsep sains kepada pelajar Pusat sains mini di PSI

Sertai perbincangan kami di Page Facebook dengan mengakses Planetarium Sultan Iskandar di Facebook dan @sahabatPSI di Twitter untuk mengetahui perkembangan terkini aktiviti yang bakal diadakan.


Januari - Jun 2011 •

www.sarawak-astronomy.org

2

Aktifkan jerayawara bagi 2011! Cetusan idea melalui Sesi Brainstorming - 4 Maklumat astronomi di Sejiwa Senada - 4

Kandungan

Penculikan makhluk asing di PSACSX - 5 Jerayawara bawa astronomi kepada masyarakat - 6 Perkhemahan astronomi cungkil bakat pelajar - 8 Imbasan aktiviti-aktiviti astronomi separuh tahun kedua 2010 - 10 PSACS sebagai jambatan pupuk minat pelajar dalam astronomi - 12 Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 - 14 Astrology, alien abduction and myth at PSACSX - 15 Bengkel Sains, Matematik & Teknologi realisasi konsep sains kepada pelajar - 16

K

eberkesanan sesebuah program biasanya akan dinilai berdasarkan jumlah peserta yang menghadiri program yang dianjurkan. Dalam aspek bilangan peserta yang menyertai program itu, ia pula dapat dilihat dari segi adakah mereka memperoleh maklumat yang betul atau mencukupi setelah menghabiskan masa menghadiri program yang dipilih. Bagi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak, aspek yang sama perlu dinilai kerana kita tidak ingin menjalankan program tanpa mengetahui maklum balas daripada mereka yang telah menghadiri aktiviti. Bagi tahun 2011 ini, program jerayawara menjadi keutamaan lebih-lebih lagi dijalankan di kawasan pedalaman. Ia bukan sahaja sebagai satu cara untuk mendedahkan tentang aspek astronomi dan sains angkasa kepada pelajar dan orang awam pedalaman, tetapi ia juga sebagai petanda aras bagi program-program yang telah dijalankan. Setakat manakah keberkesanan program jerayawara yang telah dijalankan? Bilakah tempoh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti? Berapa lamakah aktiviti perlu dijalankan dan adakah peralatan yang dibawa mencukupi dan sesuai? Semua persoalan ini menjadi tanda tanya kepada mana-mana penganjur program untuk mengetahui sama ada mereka berjaya dalam melaksanakan program atau sebaliknya. Diharapkan juga tahun 2011 ini menjadi tahun jerayawara yang bermakna dengan semua pihak mendapat faedah daripada aktiviti yang bakal dijalankan.

Alfean Aziz Editor

Pusat sains mini di PSI - 17 Gerhana bulan di Malaysia - 18 Jadual fasa-fasa bulan di Malaysia - 18 The solar system - 19 Terkini di teater Planetarium - 20

Muka depan: Seorang muridmurid dari SK Abang Man, Simunjan sedang mencuba teleskop robotik Meade 10 inci ketika program Jerayawara Sahabat Astronomi di tempat itu.

Sumbangan Alfean Aziz Ko Geok Sia Jenau Adam Noraizah Idris Muhammad Hazim Abdullah Abdul Rahman Hisyam Foto Aidel Rejie Alfean Aziz Mohd Zulfadli Yusuf Muhammad Hazim Abdullah Noraini Othman Ashrun Shadiran Azim Mortaza

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org http://www.sarawak-astronomy.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org

Dicetak oleh Heng Sing Brothers Press


3 • Januari - Jun 2011

PERUTUSAN

S

alam pertemuan di tahun 2011, tahun yang ke-22 bagi Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) untuk terus memperluaskan serta menyebarkan ilmu astronomi di kalangan masyarakat di Sarawak. Dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti astronomi, pada tahun ini PSI dan SAS akan lebih menumpukan aktiviti kepada jerayawara astronomi iaitu mengadakan aktiviti secara bergerak luar dari Planetarium Sultan Iskandar. Idea asal jerayawara astronomi ini telah diilhamkan pada tahun 2006 dan semenjak itu banyak aktiviti jerayawara telah diadakan di Kuching dan juga luar Kuching. Antara objektif utama jerayawara ini diadakan bagi membolehkan aktiviti astronomi dilaksanakan di luar planetarium dan memberi peluang kepada golongan sasar, khususnya pelajar luar bandar yang sukar untuk berkunjung ke planetarium untuk turut mempelajari astronomi. Dalam pada itu, ia juga bagi meluaskan lagi pengetahuan dan ilmu astronomi di kalangan masyarakat menerusi aktiviti astronomi secara ‘hands-on’ dan praktikal dengan menggunakan peralatan astronomi, bukan sekadar hanya mitos atau cerita dongeng. Satu program turut dihasilkan dari aktiviti jerayawara ini iaitu Sahabat Astronomi yang berjaya menghimpunkan lebih dari 3,000 peminat astronomi di Sarawak yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar sekolah.

Menerusi Sahabat Astronomi, aktiviti astronomi kini bukan sahaja tertumpu kepada ilmu astronomi semata-mata, tetapi ia turut memfokuskan hubungan persahabatan, keseronokan dan perkongsian ilmu di kalangan ahli. Bahkan ia turut memperkenalkan idea baru dalam proses penyampaian ilmu menerusi penggunaan internet dan laman sosial yang sebelum ini hanya tertumpu kepada aktiviti di dalam kelas. Mulai tahun ini, Jerayawara Astronomi akan turut memperkenalkan kajian mental bentuk muka bumi dan tarikan graviti bagi murid-murid yang berada dalam Tahun Empat sehingga Tahun Enam, manakala kajian konsep alternatif astronomi pula bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perkembangan pelajar dalam mempelajari subjek alam semesta dan astronomi. Selain itu, hasil kajian ini juga akan digunakan untuk memperbaiki projek serta program astronomi yang sedia ada selain berfungsi sebagai sokongan kepada silibus yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran di sekolahsekolah. Diharap, dengan adanya pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang, ia dapat membantu masyarat untuk terus mendalami ilmu astronomi. Salam 1Astronomi, 1Malaysia

Datu Romie Sigan Daniel Presiden Persatuan Astronomi Sarawak

Perutusan

Salam sejahtera dan Salam Tahun Baru


Januari - Jun 2011 •

www.sarawak-astronomy.org

4

Cetusan idea melalui Sesi Brainstorming

Eksklusif

P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah mengadakan Sesi Brainstorming pada 12 hingga 13 Disember 2010 di Taman Negara Gading, Lundu. Kira-kira 30 peserta yang terdiri daripada ahli SAS telah menyertai sesi ini untuk mendapatkan idea-idea terkini tentang aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada 2011. Pelajar-pelajar yang dijemput untuk menyertai Sesi Brainstorming ini rata-rata telah lama menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PSI-SAS. Mereka telah diminta untuk memikirkan idea-idea baru yang sesuai untuk dilaksanakan bagi 2011, lebihlebih lagi apabila semakin ramai yang ingin menyertai aktiviti astronomi anjuran PSI-SAS. Dengan itu, mempelbagaikan aktiviti untuk tahun ini merupakan satu kemestian bagi PSI-SAS memandangkan ada juga ahli-ahli baru yang ingin menyertai aktiviti selain ahli-ahli yang sedia ada. Peserta telah diajar cara untuk

Atas: Salah satu kumpulan yang membentangkan hasil perbincangan mereka kepada ahli-ahli lain. Bawah: Sesi perbincangan peserta giat dijalankan.

menggunakan peta minda untuk menbentangkan idea mereka. Hasil daripada perbincangan, para pelajar ini telah mampu membentangkan banyak idea baru yang dapat digunakan bagi aktiviti-aktiviti akan dilaksanakan pada tahun ini.

Maklumat astronomi di Pameran Sejiwa Senada

Pengunjung yang mencuba melihat imej 3D semasa Pameran Sejiwa Senada di Betong.

P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah bekerja keras dalam memberikan kesedaran astronomi kepada masyarakat melalui penyertaan Pameran Sejiwa Senada

anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Pameran seperti ini telah memberikan peluang kepada PSI dan SAS untuk mendedahkan kepada setiap peringkat umur aspek-aspek astronomi yang tidak pernah dialami oleh

orang ramai sebelum ini. Tarikan utama di Pameran Sejiwa Senada merupakan teknologi augmented Reality (AR) hasil daripada kerjasama kumpulan ARTEC dari Fakulti Sains Kognitif dan Pengurusan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak yang membolehkan objekobjek angkasa muncul secara maya di layar skrin besar. Di samping itu, pengunjung turut dapat melihat gambar-gambar secara 3D yang juga tidak kurang menarik perhatian bagi pengunjung di ruang pameran PSI-SAS. Pameran Sejiwa Senada berlangsung dari Jun 2010 sehingga tahun ini ini di beberapa tempat seperti Sibu, Bintulu, Mukah, Betong, Kapit, Miri, Limbang, Lawas, Sri Aman serta Kuching. Ia menampilkan pameran daripada pelbagai agensi awam dan swasta di Sarawak.


5 • Januari - Jun 2011

Penculikan makhluk asing di PSACSX Jenau Adam

Eksklusif

Kenangan bersama... Para peserta PSACSX bergambar bersama-sama selepas selesai sahaja program itu diadakan di PSI pada November 2010.

P

rogram Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) antara program anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) yang sering ditunggu-tunggu semasa musim cuti sekolah. Dengan tema Astronomy Mythbuster, PSACSX yang diadakan dari 23 hingga 25 November 2010 telah berjaya menarik minat kira-kira 130 pelajar yang turut bersama-sama memeriahkan lagi aktiviti tersebut. PSACS kali ini berkisar dengan astrologi dari perspektif sainstifik, UFO dan penculikan makhluk asing yang dikaitkan sama ada fakta atau khurafat. Sambutan PSACS kali ini amat memberangsangkan dan mendapat maklum balas yang amat positif dengan terdapat juga murid-murid yang berumur seawal 7 tahun menyertainya. Dengan topik astrologi, ia dikaitkan dengan salah erti astrologi dengan astronomi. Ramalan astrologi pula dikaitkan dengan perhubungan seseorang yang sering dipopularkan dalam ruang media. Di samping itu terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan kemahiran dan kerjasama pelajar seperti menghasilkan video dengan menggu-

Aktiviti menerbangkan kapal terbang kertas.

Para peserta yang menikmati hidangan dikongsikan bersama dalam ‘potluck’ Sahabat Astronomi.

Sesi perbincangan dalam kumpulan digalakkan di kalangan peserta untuk membolehkan mereka meluahkan idea-idea yang bernas.

nakan telefon bimbit serta permainan yang menggunakan logik. Tarikan yang ada pada PSACS kali ini adalah aktiviti Alien Abduction dengan para pelajar yang ditemu ramah dikehendaki menceritakan semula apa yang telah mereka saksikan dan hasil-

nya banyak cerita-cerita sampingan daripada pihak yang ditemu ramah. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan termasuk Potluck Sahabat Astronomi, Astronomy Game, Astronomy Social Media, Teen Psychology, Alien on Mars dan What’s Your Sign?


Januari - Jun 2011 •

www.sarawak-astronomy.org

6

Jerayawara bawa astronomi kepada masyarakat

Rencana

Bagaimanakah kita tahu bahawa program atau aktiviti yang dijalankan itu mendapat sambutan yang positif daripada orang ramai atau peserta?

Alfean Aziz

Kegembiraan terukir pada wajah murid-murid SK Orang Kaya Muhamad, Bintulu setelah selesai sesi jerayawara di sekolah itu pada Julai 2010.

I

a selalunya akan dilihat berdasarkan jumlah pengunjung yang berkunjung atau bilangan peserta yang telah mendaftar untuk mengikuti satu-satu program. Bagaimanapun, bagi kami, ia masih tidak mencukupi untuk menyebarkan kesedaran astronomi di kalangan masyarakat, terutama di kalangan para pelajar yang adakalanya berminat dengan astronomi, tetapi tidak tahu tempat untuk mendapatkan ilmu tersebut. Aspek jerayawara astronomi telah memainkan peranan penting dalam membantu Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak untuk terus memberikan kesedaran astronomi kepada para pelajar, baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tahun lalu telah menyaksikan PSI dan SAS terlibat dalam beberapa siri jerayawara astronomi dan pameran dengan tujuan untuk membawa astronomi kepada masyarakat. Siri jerayawara yang telah dijalankan melibatkan beberapa tempat di

Bintulu dan Miri yang sememangnya antara tempat yang belum pernah dikunjungi oleh pihak PSI dan SAS. Daripada program jerayawara yang telah dijalankan, rata-rata ramai yang menyatakan bahawa mereka telah memperoleh maklumat baru tentang astronomi. Ada yang berminat tentang astronomi, tetapi mereka tidak mempunyai rakan atau maklumat cara untuk menyalurkan minat mereka. Malah, sebelum ini terdapat pelajar yang ditemui dalam sesi jerayawara yang mengakui bahawa mereka amat berminat dengan astronomi, malah mempunyai bahan-bahan rujukan yang mencukupi untuk dikongsikan bersama-sama rakan. Siri jerayawara yang telah kami lakukan juga menggalakkan lagi para pelajar ini untuk berkunjung ke PSI dan menyertai apa-apa aktiviti yang kami anjurkan. Bukan itu sahaja, malah siri jerayawara Sahabat Astronomi ini sebagai penghubung bagi pihak PSI dengan

masyarakat, terutama kepada sekolahsekolah dalam membantu menyebarkan ilmu astronomi dan sains angkasa. Apabila PSI dan SAS menjalankan program jerayawara ini, aspek yang dititikberatkan adalah sekolah-sekolah yang berada di luar bandar disebabkan kekangan di tempat itu yang menyebabkan pihak kami ingin ‘membawa’ Planetarium ke tempat mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukanlah kompleks, namun sambutan yang kami dapat amatlah membanggakan. Ini membuktikan bahawa para pelajar masih lagi mempunyai sifatsifat ingin tahu, terutama bagi aspek astronomi dan sains angkasa. Malah, pengetahuan mereka terhadap ilmu-ilmu yang berkaitan dengan astronomi seperti buruj, graviti, planet dan alam semesta juga amat baik biarpun kurang mempunyai bahan rujukan berkaitan dengan astronomi. Astronomi dan masyarakat PSI dan SAS ingin mendekatkan


7 • Januari - Jun 2011

Rencana

Keinginan untuk mencuba teleskop optik semasa sambutan Maal Hijrah di Masjid Jamek di kalangan orang ramai menjadi tarikan utama di ruang pameran.

nya yang dimaksudkan dengan astronomi dan sains angkasa. Masa yang diluangkan, terutama mereka yang melawat ruang pameran hanyalah pendek dan ia bergantung kepada tarikan yang ada pada pameran tersebut juga. Begitu dengan sesi jerayawara yang dijalankan separuh hari dan terhad kepada jumlah 100 hingga 450 orang pelajar di satu-satu sekolah. Dengan itu amat penting sekiranya terdapat sesi susulan selepas aktiviti jerayawara bagi membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dalam pada itu, biasanya PSI dan SAS akan menjemput sekolah yang

Pengunjung cuba melihat melalui teleskop optik semasa Pameran Sejiwa Senada.

lagi astronomi dan sains angkasa dengan masyarakat. Ia bukan mudah disebabkan persepsi astronomi dan sains angkasa merupakan perkara yang amat jauh daripada mereka. Melalui program pameran seperti Pameran Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Pameran Sejiwa Senada yang dijalankan di bandar-bandar seperti Sibu, Bintulu, Kapit, Mukah, Miri, Limbang, Lawas, Sri Aman, Serian serta Kuching, astronomi dan sains angkasa diperkenalkan kepada orang awam agar mereka sedar bahawa sains ini bukanlah terlalu kompleks seperti yang disangkakan. Dengan pengenalan teknologi Augmented Reality (AR), astronomi dan sains angkasa boleh dibawa secara menarik serta informatif dengan selain gambar-gambar yang boleh muncul di layar skrin, orang ramai boleh menge-

Melihat imej 3D juga antara tarikan pameran yang diadakan oleh Planetarium Sultan Iskandar.

tahui komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah planet melalui maklumat yang disertakan. Teknologi AR membolehkan gabungan pembelajaran secara menyeronokkan di kalangan orang ramai yang berkunjung ke ruang pameran PSI dan SAS selain dapat juga diberikan maklumat lain tentang astronomi dan sains angkasa melalui interaksi di kalangan kakitangan PSI. Maklumat yang dibawakan semasa pameran serta jerayawara ini hanya sebagai pengenalan sahaja tentang aspek astronomi dan sains angkasa kepada orang ramai dan para pelajar. Kami tidak mengharapkan semua yang akan berminat dengan astronomi dan sains angkasa selepas sekali bertemu atau memperoleh maklumat tentangnya, tetapi ia sekurang-kurangnya ia memberikan idea apakah sebenar-

Encik Dona Repet sedang memberikan penjelasan kepada para pelajar tentang cara mengendalikan teleskop optik semasa salah satu sesi jerayawara.

berminat untuk menghadiri aktiviti Program Sains Angkasa Cuti Sekolah ataupun Kem Sahabat Astronomi agar para pelajar dapat berkongsi ilmu dengan lebih mendalam lagi.


Januari - Jun 2011 •

www.sarawak-astronomy.org

8

Perkhemahan astronomi cungkil bakat pelajar

Rencana

Ideanya bukan lain untuk memperkasakan masyarakat melalui astronomi. Dan dengan ini, Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah membawa Perkhemahan Sahabat Astronomi di Mukah, bertempat di Kem Belia Mukah pada 22 hingga 24 Oktober 2010.

Alfean Aziz

Penerangan cara menggunakan Solar Motion Demonstrator.

Peserta perkhemahan sedang menayangkan roket air yang telah siap untuk dilancarkan.

Sesi membuat roket air.

ni merupakan pertama kali PSI-SAS mengadakan aktiviti perkhemahan di luar Kuching dan ini juga memberikan peluang untuk memberikan kesedaran astronomi kepada para pelajar yang belum pernah berkunjung ke PSI. Sebanyak lima buah sekolah telah menghantar pelajar ke kem Sahabat Astronomi iaitu SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro, SMK St Patrick, SMK Oya, SMK Mukah dan SMK Belawai yang rataratanya suatu baru bagi mereka lebihlebih lagi hampir kebanyakan aktiviti astronomi bertumpu di bandar raya Kuching dan kawasan sekitarnya. Bagi aktiviti yang dijalankan jarak mereka yang jauh dari bandar raya

kan, para peserta berpeluang untuk mengenal pasti beberapa buruj yang muncul pada malam tersebut lebihlebih lagi buruj popular seperti Orion serta buruj-buruj lain seperti Gemini dan planet yang dapat dilihat dengan mata kasar termasuk Musytari. Keseronokan para peserta yang dapat mengenal pasti objek-objek langit pada malam itu telah memberikan rangsangan kepada mereka untuk mencuba beberapa teleskop yang telah dibawa dari Kuching untuk mencerap planet dan juga bulan. Malah, mereka turut berpeluang untuk menggunakan teleskop optik GPS Meade 10 inci dalam sesi menggunakan teleskop serta memasang dan menggunakan teleskop Dobsonian

I

Kuching tidak bermakna mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang astronomi. Ada pelajar yang tahu menjawab soalan-soalan berkenaan dengan astronomi semasa sesi pengenalan dan terdapat juga kumpulan yang telah berpeluang untuk mewakili sekolah mereka dalam kejohanan melancarkan roket air anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Memandangkan belum pernah diadakan sama ada aktiviti jerayawara ataupun perkhemahan di sini, aktiviti yang diadakan lebih kepada pengenalan terutama dalam membuat carta bintang serta mengenali buruj-buruj di langit. Ketika aktiviti pencerapan dilaku-


9 • Januari - Jun 2011

Sesi mencuba teleskop optik oleh peserta perkhemahan.

Rencana

Salah satu kumpulan yang berjaya melancarkan roket air pada jarak yang paling jauh semasa Perkhemahan Sahabat Astronomi di Mukah pada Oktober 2010.

Peserta tekun mendengar ceramah yang diadakan oleh Kurator, Ismandy Ali.

yang sesuai bagi aktiviti latihan pengenalan teleskop. Aktiviti pelancaran roket air turut dijalankan dengan para peserta telah diberi peluang untuk membuat sendiri roket air mereka berdasarkan bahanbahan mudah untuk membuat roket air. Di akhir sesi membuat roket air, peserta yang dibahagikan dalam kumpulan sekolah masing-masing turut mengambil bahagian dalam pertandingan melancarkan roket air yang diadakan di padang kem. Pelbagai bentuk dan kreativiti telah dilihat berdasarkan bentuk roket dan juga sirip roket agar ia boleh terbang dengan lebih jauh dan kadangkala berpusing ketika dilancarkan un-

Peluang sentiasa tidak dilepaskan di kalangan peserta untuk mencuba teleskop optik semasa perkhemahan.

tuk memberikan daya tolakan kepada roket tersebut. Seperti juga aktiviti-aktiviti astronomi lain, para peserta diberi peluang untuk menonjolkan kreativiti mereka dengan menghasilkan video selama 2 minit hanya dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing. Hasilnya, yang boleh ditonton di laman web YouTube sahabatPSI telah membuktikan ramai yang dapat menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing melalui video mereka. Rata-rata Perkhemahan Sahabat Astronomi yang diadakan di Mukah ini merupakan lembaran baru bagi PSI-SAS untuk meluaskan lagi sayap astronomi ke kawasan yang lebih jauh.

Para peserta menunjukan carta bintang yang telah siap dipotong.

Biarpun wujudnya kekangan, tetapi semangat untuk menyebarkan kesedaran astronomi kepada masyarakat ini membuka peluang yang lebih luas lagi kepada para pelajar walaupun di mana sahaja mereka berada.


Januari - Jun 2011 • 10

www.sarawak-astronomy.org

Imbasan aktiviti-aktiviti astrono

1

2

3

4

5

6

8

7

9


11 • Januari - Jun 2011

omi separuh tahun kedua 2010

10

11

13

12

1. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang (kanan) sedang mencuba melihat imej 3D semasa Pameran Sejiwa Senada diadakan di Betong pada 2010. Turut sama Datu Romie Sigan, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak merangkap Residen Betong (tengah). 2. Datu Romie Sigan, Presiden Astronomi Sarawak (kanan), Haji Mohamad Atei Bin Abang Medaan, Naib Presiden 2 (kiri) dan Encik Jacob Sebastian Mantan Naib Presiden (tengah) semasa Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 di Pusat Maklumat Islam (IIC). 3. Sesi pertandingan melancarkan roket air di SMK Demak Baru pada Oktober 2010. 4. Para pelajar SMK Luak Miri sedang melakukan demonstrasi melancarkan roket air pada Oktober 2010. 5. Bergambar kenangan bersama-sama pelajar selepas sesi Jerayawara Sahabat Astronomi di SMK Demak Baru pada Oktober 2010. 6. Dari kanan Datu Romie Sigan Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, Tuan Haji Soedirman Haji Aini Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Datuk Fadillah Bin Yusof Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak dan Haji Mohamad Atei Bin Abang Medaan, Timbalan Presiden Persatuan Astronomi Sarawak semasa Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 di Pusat Maklumat Islam (IIC). 7. Gambar staf PSI dan ahli-ahli SAS semasa pameran sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Jamek Kuching pada Disember 2010. 8. Sesi membuat roket air semasa Perkhemahan Sahabat Astronomi di Mukah pada Oktober 2010. 9. Pengunjung sedang mencuba teleskop optik semasa Pameran Sejiwa Senada di Betong pada Julai 2010. 10. Seorang pelajar berpeluang untuk mencuba roket air semasa Jerayawara Sahabat Astronomi di SMK Baru, Bintulu pada Jun 2010. 11. Guru dan pelajar-pelajar sedang mencuba melihat objek melalui teleskop optik semasa Jerayawara Sahabat Astronomi di SMK Taman Tunku, Miri pada Oktober 2010. 12. Para peserta Perkhemahan Sahabat Astronomi Mukah sedang mencari objek dengan menggunakan teleskop Dobsonian pada Oktober 2010. 13. Para peserta PSACSX bergambar kenangan semasa salah satu sesi diadakan pada November 2010.


Eksklusif

Januari - Jun 2011 • 12

www.sarawak-astronomy.org

PSACS sebagai jambatan pupuk minat pelajar dalam astronomi Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) telah bermula pada tahun 1990 dan merupakan aktiviti pertama anjuran Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) sejak kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1989. Abdul Rahman Hisyam

Peserta PSACSX bergambar kenangan ketika menyertai program itu pada November 2010.

B

agaimanapun, aktiviti PSACS ini telah ditangguhkan beberapa tahun dan telah diadakan semula pada Mac 2007 semasa cuti persekolahan. Dengan pengenalan kepada tajuk Lohong Hitam (Black Hole) dan teori Hukum Kepler, PSACS berjaya mengumpul seramai 120 pelajar untuk menyertai program ini yang dijalankan selama tiga hari. PSCAS II pula diadakan pada Mei 2007 dengan aktiviti yang lebih tertumpu kepada perbincangan di kalangan peserta bagi persediaan menyertai AstroInvention 2007 dengan membina jam matahari dan sebuah rover secara kawalan jauh yang bersesuaian dengan keadaan Planet Marikh. Bagi siri ketiga PSACS, peserta telah didedahkan dengan teori diameter dan transit bagi Pluto dan Charon. Selain itu, peserta turut dikehendaki

menterjemah mesej makhluk asing yang dipercayai dihantar ke prob angkasa Voyager 1. Kembara PSACS diteruskan bagi siri keempat yang diadakan pada 10 hingga 12 Mac 2008 dengan peserta dibawa ’mengembara’ ke planet Zuhrah untuk menghitung jarak transit planet berkenaan antara Bumi dan Matahari. Dalam masa yang sama, peserta turut diminta untuk menyiapkan projek astronomi masing-masing untuk dipamerkan sempena Hari Astronomi Sedunia pada Mei 2008. Bagi PSACS siri 5, peserta dibawa ‘mengembara’ ke planet Marikh dan dikehendaki untuk menyiapkan prob angkasa yang bakal mendarat di planet Merah itu, selain mengkaji keadaan geografi planet Marikh seperti di kawasan Olympus Mons, Cydonia Mensae dan Valles Marineris.

Seterusnya, bagi PSACS VI hingga VIII telah diadakan dengan kerjasama dari Planetarium Negara dengan pengenalan kepada pembinaan dan pelancaran roket air. Program kerjasama dengan Planetarium Negara ini telah memberi ruang baru kepada PSI dan SAS untuk menambah aktiviti-aktiviti astronomi secara lebih praktikal dan ‘hands-on’. Selain Planetarium Negara, PSACS dan aktiviti-aktiviti astronomi turut diadakan dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak (NREB). Menerusi PSACS ini, beberapa idea baru telah dihasilkan, antaranya penghasilan video aktiviti astronomi oleh peserta-peserta yang memberi cabaran baru kepada mereka untuk


Aktiviti pelancaran roket air yang diadakan pada 2009 serta diselia oleh penceramah daripada Planetarium Negara.

Aktiviti yang dijalankan secara kumpulan.

SPACE JOKES! Prepared by Muhammad Hazim Abdullah

• Why did the boy become an astronaut? Because he was no earthly good! • What do astronauts wear to keep warm? Apollo-neck sweaters! • Where do astronauts leave their spaceships? At parking meteors! • How do you get a baby astronaut to sleep? You rock-et! • How do spacemen pass the time on long trips? They play astronauts and crosses! • Why did Captain Kirk go into the ladies toilet? To boldly go where no man has been before!

Kumpulan yang berjaya mendapat habuan berbentuk hamper.

• First Spaceman: I’m hungry. Second Spaceman: So am I, it must be launch time! • What do you call a loony spaceman? An astronut ! • What do you call a space magician? A flying sorcerer! • I want to be an astronaut when I grow up. What high hopes you have! • What do you call an overweight ET? An extra cholesterol ! • What did the metric alien say? Take me to your litre! • What did the alien say to the gas pump? Don’t you know its rude to stick your finger in your ear when I’m talking to you! • How does a robot shave? With a laser blade! • What do you call a robot that always takes the longest route round?

menghasilkan aktiviti astronomi yang lebih berdaya kreatif dan inovatif. Selain itu, idea Sahabat Astronomi yang dihasilkan menerusi PSACS ini juga telah membantu menjalinkan hubungan persahabatan berasaskan astronomi di kalangan peserta dan pelajar-pelajar yang pernah mengikuti aktiviti Jerayawara Astronomi. Interaksi mengenai perkongsian ilmu astronomi menerusi laman sosial turut membantu peserta dan ahli-ahli Sahabat Astronomi memperluaskan lagi pengetahuan mereka, selain dapat bertukar idea, pandangan dan pengalaman. Secara keseluruhannya, PSACS berjaya membantu memupuk minat para pelajar terhadap ilmu astronomi. Selain itu, program ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan di kalangan pelajar, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi. Ini menunjukkan bahawa penguasaan ilmu dan aktiviti astronomi bukan saja terhad kepada golongan pelajar, tetapi juga di kalangan masyarakat dan orang awam.

R2 detour! • Do robots have sisters? No, just transistors! • How do computers make sweaters ? On the interknit! • Why was the computer in pain? It had a slipped disk ! • Why was the computer so thin? Because it hadn’t had many bytes! • Why did the mouse sit on the computer ? To keep an eye on the mouse! • What sits in the middle of the world wide web? A very, very big spider! • What’s small, expensive and being constructed at Greenwich, London? The millenium gnome ! http://www.scatty.com/jokes/ other/spacejokes2.html

Eksklusif

13 • Januari - Jun 2011


Januari - Jun 2011 • 14

www.sarawak-astronomy.org

Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010

Aktiviti

Sebagai usaha untuk memberikan penjelasan dengan lebih lanjut tentang kaitan falak dengan astronomi, Planetarium Sultan Iskandar (PSI), Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Pejabat Mufti Negeri Sarawak telah menganjurkan Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Pusat Maklumat Islam (IIC) pada 6 Ogos 2010.

S

eminar ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberitahu peserta tentang ilmu falak serta kepentingannya kepada masyarakat, khasnya bagi umat Islam. Di samping itu, para peserta juga mendapat faedah dalam aspek-aspek ilmu falak yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadat dan kehidupan seharian. Ia berkaitan dengan penentuan waktu solat dari perspektif ilmu falak. Seminar selama sehari ini telah dirasmikan oleh Datuk Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), serta turut dihadiri oleh Tuan Haji Soedirman Aini, Setiausaha

Alfean Aziz

Dari kiri Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak, Tuan Haji Soedirman Aini, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Datuk Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Datu Romie Daniel Sigan, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak merangkap Residen Bahagian Betong dan Jacob Sebastian Mantan Naib Presiden SAS bersama-sama berbincang sebelum bermulanya Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 di Pusat Maklumat Islam (IIC).

Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak; Datu Romie Daniel Sigan, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak merangkap Residen Bahagian Betong; Haji Mohamad Atei Bin Abang Medaan, Timbalan Presiden Persatuan Astronomi Sarawak merangkap Datuk Bandar Kuching Utara, Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak; serta ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan, imam-imam dan bilal-bilal di sekitar Kuching dan Kota Samarahan serta guru-guru dan orang awam. Dengan tema seminar bertajuk

‘Inovasi Menerusi Falak dan Astronomi’, tiga pembentang yang pakar dalam bidang masing-masing telah dijemput dalam membentangkan kertas kerja mereka. Antaranya adalah Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer Al Hussaini dari Persatuan Falak Syar’i Malaysia yang membentangkan kertas kerja bertajuk Pengenalan Kepada Ilmu Falak, Dr.(H) Kassim Bahali dari Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kertas kerja bertajuk Penentuan Waktu Solat Dari Perspektif Falak dan Sistem Taqwim Hijri serta En. Fairos Assilam dari Agensi Angkasa Negara dengan kertas kerja bertajuk Ilmu Falak: Menangani Cabaran Zaman.


15 • Januari - Jun 2011

Tuan Haji Soedirman Aini menyampaikan cendera hati kepada Datuk Fadillah Yusof sambil disaksikan oleh Haji Mohamad Atei Bin Abang Medaan (dari kiri), Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli dan Datu Romie Sigan.

Aktiviti

Di samping pembentang kertas kerja oleh pembentang-pembentang tersebut, terdapat juga sesi dialog yang dikendalikan oleh En. Rambli Ahmad, Exco SAS yang mengutarakan persoalan-persoalan menarik menjadi perbincangan setelah selesai setiap sesi. Seminar ini telah berjaya me-narik minat bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut ilmu falak dan astronomi. Waktu solat misalnya berdasarkan kepada kesan pergerakan Matahari ketara iaitu panjang bayang, terbenam Matahari, mega merah dan fajar. Waktu solat bergantung kepada pergerakan Matahari dalam setahun yang berubah dari hari ke hari di sepanjang laluannya. Waktu-waktu solat boleh dihitung dengan mengetahui sudut waktu Matahari bagi setiap waktu solat yang telah menarik minat ramai peserta dalam seminar tersebut. Biarpun diadakan dalam tempoh sehari, ia telah banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada setiap peserta dan ramai yang telah hadir di seminar itu ingin agar ia diadakan lagi tapi dalam tempoh yang panjang.

Para peserta sedang mendengar ceramah semasa Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 di Pusat Maklumat Islam (IIC).

Astrology, alien abduction and myth at PSACSX Written by Ko Geok Sia

P

rogram Sains Cuti Sekolah X, PSACSX was held from 23 to 25 November 2010 at Planetarium Sultan Iskandar. This programme was to educate all participants that misbelieving and fault conception in astrology, existences of UFO and alien abductions. Participation of students in this programme may establish the mind of students that all astrological phenomena were incorrect, nonsense and cannot be proved scientifically. Besides that, students can fulfil their free time and gain extra knowledge during school holiday. There were about 130 participants with ages ranged from 7 to 16 years

old had joined this programme. Upon this programme, several fun and interesting sessions including games, short tests, video clips, and presentations were prepared for participants. Through the theory and main concepts incorporated in all sessions, this may demolished the misbelieving of UFO existence among the participants, besides learning all knowledge and general commons sense in astronomy. For the past few decades, most people believe that horoscopes can actually influencing our daily life. However, to prove that the horoscopes was incorrect and it has nothing to do with actual human’s fortune, all participants were given opportunities to discover themselves by comparing the same horoscope within a

group of people comprising famous leaders and criminals. Besides that, all participants were thought to make their own star chart. Planisphere can help students to predict and to identify the certain type of constellation presence during night sky at particular time. Moreover, PSACS also shared astronomy information by using social media, such as Facebook, Twitter, and Youtube. At the last sessions of the programme, participants were asked to give a multicast presentation with the topic called ‘Bad Astronomy’. All participants were divided into 12 teams, while each team have to use their own creativity and comprehensions to explain the topic on why misbelieving of astrology could aggravate towards the astronomy.


Januari - Jun 2011 • 16

www.sarawak-astronomy.org

Bengkel Sains, Matematik & Teknologi realisasi konsep sains kepada pelajar

Rencana

Sebagai cara untuk merapatkan jurang ilmu antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar, sub-unit Aktiviti Sains dan Matematik dan Teknologi, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Sarawak telah menganjurkan Bengkel Sains Matematik dan Teknologi Anak Pedalaman yang diadakan di SMK Kapit No. 2, Kapit dari 25 hingga 29 September 2010.

Ceramah yang disampaikan oleh Ismandy Ali, Kurator PSI.

Sesi demonstrasi roket air di SMK Kapit No. 2.

B

engkel ini diadakan untuk memupuk minat, kesedaran dan penghayatan serta menukar persepsi para pelajar di luar bandar terhadap mata pelajaran sains dan matematik. Bengkel tersebut telah diadakan melalui kaedah hands-on untuk memberikan rangsangan positif terhadap perubahan sikap dan meningkatkan kreativiti pelajar luar bandar dalam menentukan persepsi terhadap permasalahan harian. Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah dijemput dan diberi peluang untuk memberikan pendedahan astronomi kepada kira-kira 70 pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari SMK Kapit, SMK Kanowit, SMK Balleh, SMK Kapit No. 2, SMK Song, SMK Datuk Haji Abdul Rahman Yakub, SMK Ba-

kun serta SMK Belaga. Pelajar-pelajar ini telah berpeluang untuk mempelajari asas astronomi seperti membuat carta bintang serta menggunakan carta bintang itu untuk mencari buruj-buruj di langit dalam sesi pencerapan yang diadakan pada malam itu juga. Di samping itu, pelajar turut diajar cara untuk membuat roket air dan mereka telah mengadakan pertandingan melancarkan roket air untuk menguji keberkesanan roket air yang telah dihasilkan. Selain PSI, Center for Educational, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETRREEE) turut dijemput bagi membolehkan pelajar belajar cara merealisasikan konsep kenderaan solar dan kecekapaan tenaga dan tenaga diperbaharui.

Sesi pengenalan oleh Cikgu Norman Suhaili.

Perbincangan untuk menghasilkan roket air.

Aktiviti menghasilkan carta bintang.


17 • Januari - Jun 2011

Pusat sains mini di PSI

Promosi

Saiznya tidaklah sehebat Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur ataupun di cawangan Pusat Sains di Kedah, namun kewujudannya cukup untuk mewujudkan rasa ingin tahu tentang sains.

L

okasinya bersebelahan dengan Teater Planetarium di Planetarium Sultan Iskandar, namun ia merupakan tempat yang sesuai bagi orang ramai untuk belajar tentang sains. Pusat Sains Mini ini diwujudkan dengan tujuan sebagai pelengkap kepada PSI yang menganjurkan pertunjukan planetarium dan setelah selesai menonton pertunjukan itu, pelawat pastinya akan meluangkan masa untuk melihat dan mencuba bahan-bahan pameran interaktif yang terdapat di pusat sains tersebut.

Setakat ini, beberapa bahan pameran interaktif telah ditempatkan di Pusat Sains Mini tersebut seperti teknologi AR yang membolehkan pengunjung melihat objek-objek astronomi secara maya dengan berdasarkan penanda atau ‘marker’ yang disediakan. Teknologi AR ini sentiasa menarik perhatian pengunjung kerana mereka berupaya untuk mencuba bahan pameran dan pada masa sama belajar tentang astronomi. Di samping itu, terdapat juga bahan-bahan pameran seperti teleskop

optik dan juga teleskop Dobsonian yang boleh dicuba oleh pengunjung untuk melihat bagaimana para pencerap melihat objek-objek di angkasa. Pusat Sains Mini ini turut menempatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan astronomi serta cenderamata sebagai kenangan. Ia turut dijadikan tempat bagi rombongan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti mereka seperti aktiviti mewarna. Pusat Sains Mini ini beroperasi setiap hari kecuali Ahad dari jam 8 pagi hingga 5 petang.


Januari - Jun 2011 • 18

www.sarawak-astronomy.org

Gerhana bulan di Malaysia Diselenggara oleh Muhammad Hazim Abdullah

Info Umum

P

ada awal pagi 16 Jun 2011, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.    Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.  Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.  Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.   Bulan dalam peringkat penumbra: 16 Jun 2011  01:22:52 Bulan dalam peringkat umbra: 16 Jun 2011  02:22:24 Gerhana sepenuhnya: 16 Jun 2011  03:21:57 Gerhana tahap maksimum:

Gambar hiasan.

16 Jun 2011  04:12:24 Berakhir gerhana penuh: 16 Jun 2011  05:02:50 Bulan meninggalkan umbra: 16 Jun 2011  06:02:22 Bulan meninggalkan penumbra: 16 Jun 2011  07:02:02   Magnitud umbra: 1.705

Magnitud penumbral: 2.712 Tempoh gerhana penuh: 1j 40m 52s Tempoh fasa umbral: 3j 39m 58s Tempoh fasa penumbral: 5j 39m 10s http://www.falak-online.net/ portalfalak/gerhana-penuh-bulan-16jun-2011

Jadual fasa-fasa bulan di Malaysia Jadual di bawah merujuk kepada fasa-fasa bulan yang utama untuk sepanjang tahun 2011 (Waktu fenomena telah pun ditukar ke waktu Malaysia). Bulan baru: 04:46  05-Mac-2011 Suku pertama: 07:45  13-Mac-2011 Bulan purnama: 02:10  20-Mac-2011 Suku akhir: 20:07  26-Mac-2011   Bulan baru: 22:32  03-Apr-2011 Suku pertama: 20:05  11-Apr-2011 Bulan purnama: 10:44  18-Apr-2011 Suku akhir: 10:47  25-Apr-2011   Bulan baru: 14:50  03-Mei-2011 Suku pertama: 04:33  11-Mei-2011 Bulan purnama: 19:08  17-Mei-2011 Suku akhir: 02:52  25-Mei-2011  

Bulan baru: 05:02  02-Jun-2011 Suku pertama: 10:10  09-Jun-2011 Bulan purnama: 04:13  16-Jun-2011 Suku akhir: 19:48  23-Jun-2011   Bulan baru: 16:54  01-Jul-2011 Suku pertama: 14:29  08-Jul-2011 Bulan purnama: 14:39  15-Jul-2011 Suku akhir: 13:02  23-Jul-2011   Bulan baru: 02:40  31-Jul-2011 Suku pertama: 19:08  06-Ogos-2011 Bulan purnama: 02:57  14-Ogos-2011 Suku akhir: 05:54  22-Ogos-2011   Bulan baru: 11:04  29-Ogos-2011 Suku pertama: 01:39  05-Sep-2011 Bulan purnama: 17:27  12-Sep-2011 Suku akhir: 21:38  20-Sep-2011  

Bulan baru: 19:08  27-Sep-2011 Suku pertama: 11:15  04-Okt-2011 Bulan purnama: 10:06  12-Okt-2011 Suku akhir: 11:30  20-Okt-2011   Bulan baru: 03:56  27-Okt-2011 Suku pertama: 00:38  03-Nov-2011 Bulan purnama: 04:16  11-Nov-2011 Suku akhir: 23:09  18-Nov-2011   Bulan baru: 14:10  25-Nov-2011 Suku pertama: 17:52  02-Dis-2011 Bulan purnama: 22:36  10-Dis-2011 Suku akhir: 08:48  18-Dis-2011   Bulan baru: 02:06  25-Dis-2011 http://www.falak-online.net/portalfalak/fasa-bulan-tahun-2011


19 • Januari - Jun 2011

The solar system

their sides. Composition Of The Solar System The Sun contains 99.85 percent of all the matter in the Solar System. The planets, which condensed out of the same disk of material that formed the Sun, contain only 0.135 percent of the mass of the solar system. Jupiter contains more than twice the matter of all the other planets combined. Satellites of the planets, comets, asteroids, meteoroids, and the interplanetary medium constitute the remaining 0.015 percent. The following table is a list of the mass distribution within our Solar System. Sun: 99.85% Planets: 0.135% Comets: 0.01%? Satellites: 0.00005% Minor Planets: 0.0000002%? Meteoroids: 0.0000001%? Interplanetary Medium: 0.0000001%? Interplanetary Space Nearly all the solar system by volume appears to be an empty void. Far from being nothingness, this vacuum of “space” comprises the interplanetary medium. It includes various forms of energy and at least two material components: interplanetary dust and interplanetary gas.

Interplanetary dust consists of microscopic solid particles. Interplanetary gas is a tenuous flow of gas and charged particles, mostly protons and electrons -- plasma -- which stream from the Sun, called the solar wind. The solar wind can be measured by spacecraft, and it has a large effect on comet tails. It also has a measurable effect on the motion of spacecraft. The speed of the solar wind is about 400 kilometers (250 miles) per second in the vicinity of Earth’s orbit. The point at which the solar wind meets the interstellar medium, which is the “solar” wind from other stars, is called the heliopause. It is a boundary theorized to be roughly circular or teardrop-shaped, marking the edge of the Sun’s influence perhaps 100 AU from the Sun. The space within the boundary of the heliopause, containing the Sun and solar system, is referred to as the heliosphere. The solar magnetic field extends outward into interplanetary space; it can be measured on Earth and by spacecraft. The solar magnetic field is the dominating magnetic field throughout the interplanetary regions of the solar system, except in the immediate environment of planets which have their own magnetic fields. http://www.solarviews.com/ eng/solarsys.htm

General Info

O

ur solar system consists of an average star we call the Sun, the planets Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, and Pluto. It includes: the satellites of the planets; numerous comets, asteroids, and meteoroids; and the interplanetary medium. The Sun is the richest source of electromagnetic energy (mostly in the form of heat and light) in the solar system. The Sun’s nearest known stellar neighbor is a red dwarf star called Proxima Centauri, at a distance of 4.3 light years away. The whole solar system, together with the local stars visible on a clear night, orbits the center of our home galaxy, a spiral disk of 200 billion stars we call the Milky Way. The Milky Way has two small galaxies orbiting it nearby, which are visible from the southern hemisphere. They are called the Large Magellanic Cloud and the Small Magellanic Cloud. The nearest large galaxy is the Andromeda Galaxy. It is a spiral galaxy like the Milky Way but is 4 times as massive and is 2 million light years away. Our galaxy, one of billions of galaxies known, is traveling through intergalactic space. The planets, most of the satellites of the planets and the asteroids revolve around the Sun in the same direction, in nearly circular orbits. When looking down from above the Sun’s north pole, the planets orbit in a counter-clockwise direction. The planets orbit the Sun in or near the same plane, called the ecliptic. Pluto is a special case in that its orbit is the most highly inclined (18 degrees) and the most highly elliptical of all the planets. Because of this, for part of its orbit, Pluto is closer to the Sun than is Neptune. The axis of rotation for most of the planets is nearly perpendicular to the ecliptic. The exceptions are Uranus and Pluto, which are tipped on


Terkini di teater Planetarium Diselenggara oleh Noraizah Idris

P

Passport to the Universe

asport to the Universe membawa pengunjung ke pengembaraan alam semesta dengan pandangan yang menakjubkan yang julung kali ditonton oleh pengunjung. Apa yang ditonton oleh pengunjung adalah data-data yang diperoleh oleh saintis melalui teleskop Hubble, katalog bintang dan pencerapan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Daripada data tersebut, mereka telah menghasilkan gambaran alam semesta yang pastinya akan menyebabkan pengunjung berasa bahawa betapa kecilnya bumi ini. Pertunjukkan Pasport to the Universe ditayangkan di Planetarium Sultan Iskandar bermula 8 Nov 2010 hingga 8 Nov 2011. Sila rujuk jadual pertunjukan tayangan untuk mengetahui lebih lanjut tentang masa tayangan di laman web rasmi kami http://www.planetarium-sarawak. org.

Legends of the Night Sky: Orion

L

egends of the Night Sky: Orion menceritakan tentang mitos buruj yang paling popular di langit iaitu Orion. Orion terkenal dengan kehebatannya sebagai seorang pemburu yang aktif memburu pada malam hari. Dalam pada masa yang sama, Orion jatuh cinta dengan dewi bulan iaitu Artemis yang bertanggungjawab untuk membawa bulan keluar pada setiap malam. Tetapi, hubungan mereka telah dihalang oleh abang kepada Artemis iaitu Apollo yang bertanggungjawab membawa matahari keluar pada siang hari. Untuk mengetahui bagaimana perkembangan kisah percintaan mereka, kunjunglah kami di Planetarium Sultan Iskandar.


Aku dan Bintang Vol 9