Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org

April 2012 - September 2012

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344 Keluaran 12

Jerayawara Bersama Mini Planetarium

Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI

SahabatPSI

Untuk mendapatkan berita ataupun pengumuman terkini, anda boleh melawat laman web Planetarium Sultan Iskandar atau ke laman Pages Facebook dengan menaip Planetarium Sultan Iskandar di ruang Search.


April 2012 - September 2012 • 2

www.planetarium-sarawak.org

Kandungan

Muzium sains pemangkin pembelajaran sains dan astronomi Mini Planetarium tarikan utama Jerayawara Sahabat Astronomi 2012 - 4 Kerjasasama Planetarium Negara, PSI dalam Perkhemahan Sahabat Astronomi 2012 - 5 Kiosk The Planisphere di PSI - 5 AMNH pusat sains dunia -6 Zooniverse - Projek Bima Sakti - 8 Tujuh sebab mengapa belajar astronomi di planetarium - 9 Mengenali ilmu di muzium sains dunia - 10 Pengisian ilmu dengan kunjungan ke Bibliotheca Alexandria - 12 Bumi akan diserang? - 14 New York Hall of Science uji minda pengunjung - 16

M

uka depan Buletin Aku dan Bintang keluaran ke-12 menunjukkan kolaj gambar Mini Planetarium yang telah dibawa dan digunakan semasa Jerayawara Sahabat Astronomi di Baram. Pembaca dapat melihat wajah-wajah kegembiraan para pelajar yang pertama kali melihat pertunjukan yang dibawa khas dari Planetarium Sultan Iskandar (PSI). PSI dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) membawa suasana menonton pertunjukan yang selalunya akan dinikmati oleh mereka yang berada di sekitar bandar raya Kuching dan mereka yang sanggup berkunjung jauh untuk ke planetarium. Planetarium di Sarawak ini bukan organisasi yang terbaru ataupun terkini di Malaysia, namun tujuan asalnya untuk membawa ilmu sains dan astronomi kepada masyarakat. Dengan tenaga kerja yang minimum, usaha juga dijalankan agar suasana pengajaran dan ilmu yang terdapat di planetarium ini dibawa kepada pelajar dan orang awam yang berada jauh di luar bandar. Namun, ia masih lagi tidak mencukupi sekiranya kita membandingkan apa yang terdapat di Sarawak ini berbanding di tempat-tempat lain di Malaysia seperti di Kuala Lumpur dan juga Kedah. Keperluan untuk memiliki pusat sains sebagai tempat tumpuan ilmu sains adalah amat tinggi memandangkan bukan semua yang mampu untuk membeli tiket dan berkunjung ke Semenanjung Malaysia. Minat terhadap sains dan teknologi di negara kita perlu ditingkatkan melalui adanya pusat-pusat sains yang mampu untuk memberikan pengajaran secara praktikal. Sifat manusia yang sentiasa ingin tahu akan membantu menyemarakkan lagi semangat terhadap sains dan astronomi ini, lebih-lebih lagi jika adanya tempat yang dapat memberikan aspek pengajaran ini. Kanak-kanak di negara Barat misalnya telah didedahkan dengan aspek-aspek sains dan astronomi yang dianggap amat rumit melalui permainan secara praktikal di muzium-muzium sains mereka. Secara tidak langsung wujudnya kaedah pembelajaran mereka ketika kanakkanak ini sibuk bermain permainan yang disediakan di muzium sains tersebut. Inilah yang diperlukan di tempat kita dengan kita perlu mendedahkan golongan kanak-kanak dan remaja terhadap aspek sains dan astronomi agar wujudnya minat mereka supaya ia terus menjurus kepada sains dan teknologi.

Lima sebab mengapa kita harus mengenali astronomi - 17 Koleksi pesawat terbesar muzium Smithsonian - 18 Pertunjukan sains isi ilmu pengunjung PSI - 19 Cerapan terakhir transit Zuhrah tarik 400 pengunjung - 20

Editor Alfean Aziz Sumbangan Ismandy Ali Faliq Asyraf Noraizah Idris Azzryn Zainurin Muhammad Athari Bin Ismail Alfean Aziz Muhd Zulfadhli Usop Zurwina Sharkawi

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • April 2012 - September 2012

Perutusan

S

alam Kemerdekaan yang ke-55 dan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada pembaca Buletin Aku dan Bintang. Semoga dengan kemerdekaan yang dikecapi hari ini akan terus membangunkan Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya status kemerdekaan ini jugalah kita berpeluang untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang sains angkasa dan astronomi. Pada tahun ini, kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) yang bertujuan untuk menggerakkan agenda pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia. Dengan bertemakan ‘Sains dan Inovasi Pemacu Transformasi’, tahun SGI2012 ini merupakan kesinambungan kepada Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia (Malaysia Inovatif 2010) dan Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011 yang secara berterusan untuk membudayakan serta mengamalkan sains, kreativiti dan inovasi di semua peringkat. Pelbagai program dan aktiviti telah dan akan dilaksanakan bagi menyokong usaha kerajaan di dalam memartabatkan sains dan teknologi serta mencetus minda untuk meningkatkan kesedaran terhadap aplikasi sains, kreativiti

dan inovasi terhadap kehidupan seharian. Ini termasuklah dengan usaha Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti seperti mengadakan jerayawara ke kawasan pedalaman dan luar bandar dengan menggunakan Dana Belia 1Malaysia bagi memperkenalkan bidang sains angkasa dan astronomi kepada golongan sasar. Selain itu, aktiviti lain seperti perkhemahan astronomi dan Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) turut diadakan secara berterusan bagi memastikan golongan sasar, khususnya pelajar-pelajar sekolah sentiasa peka dengan perkembangan terkini dunia sains angkasa dan astronomi. Dalam masa yang sama, mereka turut didedahkan dengan konsep kreativiti dan inovasi untuk diaplikasi di dalam bidang berkaitan bagi anjakan paradigma minda dan berdaya saing dengan perubahan semasa. Sokongan daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti amat diperlukan bagi memastikan usaha ini berjaya dilaksanakan dan mencapai sasarannya. Terima kasih diucapkan kepada anda yang sentiasa menyokong usaha dan memberi kerjasama kepada PSI-SAS selama ini di dalam memartabatkan dan membudayakan sains angkasa dan astronomi di kalangan masyarakat!

Datu Romie Sigan Daniel Presiden Persatuan Astronomi Sarawak


www.planetarium-sarawak.org

April 2012 - September 2012 • 4

Mini Planetarium tarikan utama Jerayawara Sahabat Astronomi 2012

B

uat pertama kali, rombongan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah membawa Mini Planetarium dalam program Jerayawara Sahabat Astronomi 2012. Mini Planetarium ini sebagai menampilkan sedutan pertunjukan yang terdapat di PSI dan rombongan jerayawara cuba membawa planetarium kepada mereka yang berada jauh dari Kuching. Bagaimanapun para pelajar dari Baram, Marudi sahaja yang berpeluang untuk mencuba mini planetarium ini dengan rombongan Sahabat Astronomi telah berkunjung ke SK Rumah Gudang, SK Sungai Setapang, SK Good Shepherd dan SMK Telang Usan pada 14 hingga 21 Julai 2012. Reaksi pelajar apabila pertama kali menonton sedutan pertunjukan dalam Mini Planetarium adalah penuh dengan rasa kagum dan seronok. Di samping itu, mereka turut berpeluang untuk terlibat dalam aktivitiaktiviti semasa program jerayawara seperti aktiviti mencari buruj, membuat carta bintang, mencerap bintang dan matahari dan mencuba roket air.

Sesi interaktif antara pelajar ketika jerayawara yang diadakan di Limbang.

Bagi jerayawara ini, seramai 800 orang telah mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan. Jerayawara Sahabat Astronomi turut diadakan di Bahagian Betong melibatkan SK Nanga Ajau dan SK Issu Bangat pada 21 dan 22 Mac 2012. Di Kapit pula melibatkan SK Sg. Amang, SK Sg. Kapit dan SMK Kapit pada 16 hingga 20 April 2012. Namun, di kedua-dua tempat ini, hanya aktiviti-aktiviti seperti membuat carta bintang, melancarkan roket air, mencari buruj, mencerap bintang

dan matahari serta Augmented Reality (AR) diadakan. Mini Planetarium belum lagi diperoleh pada ketika jerayawara diadakan di Bahagian Betong dan juga Kapit. Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak turut menjadi tenaga pengajar ketika jerayawa ini termasuk Muhd Zulfadhli Usop, Mohd Asyraf Affendi, Abdul Rahman Hisham, Mohamad Aiman Jamel dan Mohd. Lufti Mohd. Mortaza.

Mencari buruj di SK Nanga Ajau, Betong.

Membuat carta bintang di SK Sg Amang, Kapit.

Membuat latihan kajian mental bumi di SK Issu Bangat, Betong.

Seorang pelajar sedang bersedia untuk melancarkan roket air di SK Rumah Gudang, Baram.

Melihat matahari dengan menggunakan teleskop Coronado di SK Good Shepherd, Baram.

Kagum dengan teknologi Augmented Reality (AR) di SK Sg. Setapang, Baram.


5 • April 2012 - September 2012

Kerjasama Planetarium Negara, PSI dalam Perkhemahan Sahabat Astronomi 2012

P

erkhemahan Sahabat Astronomi 2012 telah diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2012 di Planetarium Sultan Iskandar dan Kompleks Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah. Perkhemahan ini telah membawa kira-kira 110 pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4 dari sekolah-sekolah di Sadong Jaya, Simunjan, Betong, Saratok, Roban dan Sematan, selain pelajar jemputan dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi dan SMK Tunku Abdul Rahman. Perkhemahan kali ini turut menampilkan jemputan tenaga pengajar dari Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara iaitu Lau Chen Chen, Nur’ Fazilah dan Redzuan Tahar yang memfokuskan pengajaran mereka kepada kesan cuaca angkasa dan astrofotografi. Di samping itu, terdapat juga penceramah jemputan, Paul Bourke dari University of Western Australia yang memberikan ceramah tentang visualisasi astronomi. Peserta juga telah berpeluang untuk menghasilkan jam hibrid matahari

Peserta sibuk membuat projek di lokasi Kompleks Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching.

serta mereka turut dikehendaki menghasilkan projek poster yang berkaitan dengan astronomi seperti teori relativiti umum, teori evolusi bintang dan lohong hitam. Apa yang menarik tentang posterposter ini adalah peserta perlu menghasilkan poster yang berbentuk tiga dimensi atau mempunyai jalinan sentuhan. Setelah menghasilkan poster terse-

but, peserta dikehendaki membentangkan poster-poster yang telah dihasilkan kepada hakim-hakim sebagai bukti bahawa mereka memahami apa yang telah dihasilkan. Seperti sebelumnya, perkhemahan sahabat astronomi ini telah berjaya mewujudkan semangat persahabatan antara peserta yang menjadi motif utama program selain berkongsi ilmu astronomi kepada peserta.

Kiosk The Planisphere di PSI Azzryn Zainurin Pelatih Industri UiTM

T

he Planisphere merupakan sebuah kiosk interaktif yang dibangunkan bertujuan untuk mendedahkan kepada orang awam mengenai carta bintang dan buruj melalui pendekatan yang baru iaitu menerusi interaktif multimedia. Pendekatan ini dipilih atas dasar lebih mudah menarik perhatian pengunjung kerana pendekatan ini sangat dekat kepada orang zaman intelektual kini. The Planisphere mengandungi empat bahagian : 1. Informasi Planetarium Sultan Iskandar

• Butiran mengenai PSI (alamat, nombor telefon, logo, laman sesawang rasmi, halaman Facebook, halaman Twitter dan saluran youtube) 2. Carta bintang (Utara dan Selatan) • Utara – bintang dan buruj yang kelihatan pada waktu malam di sebelah utara. • Selatan – bintang dan buruj yang kelihatan pada waktu malam di sebelah selatan. • Ciri-ciri Stellarium digunakan seperti menghilangkan dan mengembalikan kembali bintang dan buruj menggunakan kotak tanda (checkboxes). 3. Buruj • Cerita ringkas mengenai buruj. Sembilan belas jenis buruj yang

telah disediakan. (Andromeda, Aquila, Draco, Hercules, Leo, Cancer, Pisces, Perseus, Pegasus, Sagittarius, Aries, Capricon, Libra, Gemini, Taurus, Orion, Ursa major & Ursa minor, Aquarius and Scorpio) 4. Teka-teki atau permainan • ‘Puzzle’ disediakan bagi menampakkan The Planisphere lebih menarik. Secara ringkasnya, dengan kehadiran The Planisphere ini, kami berharap mampu memberi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai carta bintang dan buruj kepada orang awam terutamanya kepada pengunjung-pengunjung PSI. Untuk mencuba The Planisphere, sila kunjungi PSI setiap hari pada waktu pejabat.


www.planetarium-sarawak.org

P

April 2012 - September 2012 • 6

AMNH pusat sains dunia

enulis telah berpeluang untuk berkunjung ke salah sebuah muzium yang paling banyak menampilkan simpanan dan spesimen yang terletak di New York, Amerika Syarikat. Muzium yang terletak berhadapan dengan Central Park merupakan antara muzium yang paling besar dan kunjungan ke tempat ini pastinya memberikan kepuasan lebih-lebih lagi bagi mereka yang dahagakan ilmu. Alfean Aziz

A

merican Museum of Natural History atau AMNH terletak di bandar Manhattan, New York dan ia telah ditubuhkan sejak 1869 dengan kira-kira 5 juta pengunjung yang mengunjungi muzium ini setiap tahun. Muzium tersebut terdiri daripada 25 bangunan yang bersambung antara satu sama lain yang menempatkan 46 dewan pameran tetap, makmal penyelidikan dan perpustakaan. Pameran tetap Antara dewan-dewan pameran tetap di muzium tersebut termasuk; • Anne and Bernard Spitzer Hall of Human Origins - Pameran berkaitan dengan evolusi manusia. • Galeri Besar - Ruang utama muzium bertentangan dengan Central Park yang menempatkan rangka dinosaur Great Canoe setinggi 63 kaki. • Iridescent Opals - Pameran batu opal.

• Rare Jade Slab - Spesimen mineral batu jed. • Iridescent Ammolite - Pameran fosil batu gem berusia 80 juta tahun. • Spectacular Stibnite - Pameran batu stibnite • Dewan Fosil - Dewan yang menampilkan rangka-rangka dinosaur. • The Arthur Ross Hall of Meteorites - Dewan yang menampilkan beberapa koleksi batu meteorit termasuk batu besi meteorit seberat 34 tan digelar Ahnighito. • The Milstein Hall of Ocean Life - Dewan yang menempatkan pelbagai jenis diorama hidupan laut termasuk model ikan paus sepanjang 94 kaki. • The Gottesman Hall of Planet Earth - Dewan pameran yang menempatkan koleksi geologi. Rose Center For Earth and Space Pusat Rose menempatkan Planetarium Hayden yang menjadi sebahagian daripada muzium sejak tahun 2000 lagi. Bagaimanapun, ia merupakan planetarium yang telah ditubuhkan pada 1933 sebelum ia menjadi sebahagian daripada Pusat Rose. Planetarium ini berbentuk sfera dengan kedudu-

kannya seperti terapung-apung disokong oleh tiang-tiang di empat sudut. Di sekeliling planetarium ini terdapat ruang pameran sistem suria berskala, evolusi galaksi, pameran meteorit dan kedai cenderamata planetarium. Teater Planetarium Hayden pula memberikan tayangan digital dengan menggunakan Projektor Zeiss Star yang mampu mewujudkan persekitaran angkasa lepas yang berkualiti tinggi. Di sfera bawah planetarium pula menempatkan pameran Big Bang dengan pengunjung akan dibawa ke permulaan pembentukan alam semesta sejak 13 bilion tahun lalu. Untuk menonton tayangan planetarium, pengunjung perlu membeli tiket tambahan sebanyak AS$25. Pameran bertema AMNH juga menempatkan ruang-ruang bagi pameran-pameran bertema termasuk; • Creatures of Light: Natures’ Bioluminescence - Pengenalan kepada makhluk yang mampu mengeluarkan cahaya seperti kelip-kelip. • Beyond Planet Earth: The Future of Space Exploration - Pameran tentang misi robotik ke angkasa lepas seperti penerokaan ke planet


7 • April 2012 - September 2012 Marikh. • Journey to the Stars - Tayangan planetarium yang diolah suara oleh Whoopi Goldberg yang membawa pengunjung 13 bilion tahun ke zaman silam apabila alam semesta mula terbentuk. • Born to Be Wild IMAX Film Tayangan filem IMAX yang menampilkan bagaimana manusia berusaha untuk menyelamatkan orang utan dan gajah terbiar. • Picturing Science: Museum Scientist and Imaging Technologies - Pameran yang menampilkan 20 set imej berformat besar tentang penyelidikan yang dijalankan di muzium. • Highway of An Empire: The Great Inca Road - Pameran fotografi yang menampilkan perjalanan sejauh 25,000 batu jalan yang dibina oleh masyarakat Inca enam abad lalu di Amerika Selatan. Ulasan Perjalanan ke AMNH amat mudah dengan menggunakan Subway, yang merupakan perjalanan utama bagi warga New York dengan hanya membayar AS$2.50 bagi setiap perjalanan ke mana-mana sahaja. AMNH mempunyai beberapa pintu masuk termasuk yang dihubungkan terus dari Subway. Pengunjung mempunyai beberapa pilihan untuk membeli tiket sama ada untuk membeli tiket bagi kemasukan umum sebanyak AS$22, namun sekiranya anda membeli tiket termasuk tayangan planetarium, IMAX dan Creatures of Light: Natures’ Bioluminescence, anda hanya perlu membayar sebanyak AS$33 sahaja. Muzium sains ini amatlah besar yang menghubungkan dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Dengan pelbagai koleksi spesimen serta pameran yang ada dalam bangunan tersebut, tidak mustahil pengunjung perlu menghabiskan masa kira-kira beberapa hari untuk melihat semua pameran yang ada di dalam muzim tersebut. Rombongan kami hanya dapat menghabiskan masa yang amat singkat dari jam 10 pagi (waktu dibuka) sehingga 5.30 petang (waktu ditutup), dan berpendapat kami belum lagi selesai meneroka keseluruhan pameran di dalam muzium tersebut.

Pengunjung dibenarkan untuk mengambil gambar semua bahanbahan pameran yang menampilkan ribuan spesimen kerana tidak logik bagi pihak pengurusan muzium untuk melarang pengunjung untuk berkongsi pengalaman mereka ketika berada di dalam muzium tersebut. Biarpun ratusan pengunjung yang berkunjung ke muzium tersebut pada hari lawatan, namun pihak muzium mampu mengawal dari segi kemasukan pengunjung, terutama apabila setiap pengunjung perlu membuka beg masing-masing untuk mengelakkan antara pengunjung yang membawa senjata ke dalam muzium. Laluan pengunjung juga terkawal dan pihak pengawal keselamatan juga membantu para pengunjung yang tersesat ketika berada di dalam muzium. Apa yang menarik tentang muzium ini adalah ia dihidupkan melalui sumbangan daripada orang ramai yang merupakan salah satu daripada sumber kewangan muzium. Ini menyebabkan terdapatnya dewan-dewan ataupun ruang pameran yang mempunyai nama penyumbang kepada muzium. Malah, kerusi-kerusi yang terdapat di dalam planetarium turut mempunyai nama-nama setiap penderma. Ia mewujudkan seakan-akan adanya komuniti yang memberikan

sumbangan dan menjaga bahan-bahan pameran bagi generasi-generasi akan datang. Penglibatan komuniti dalam memberikan sumbangan ini patut dijadikan contoh bagi masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan agar kewujudan muzium serta pusat sains tidak hanya menjadi tanggungan pihak kerajaan sahaja. Selain pengunjung melihat-lihat bahan pameran di muzium, wujudnya juga aspek interaktif dengan mereka yang mempunyai telefon bimbit pintar seperti iPhone digalakkan memindah turun apps dan ‘menangkap’ simbolsimbol dalam pameran angkasa lepas untuk koleksi dikumpul dalam telefon bimbit masing-masing. Tujuannya agar setiap pengunjung melalui setiap laluan pameran dan sebagai bukti dengan adanya sistem koleksi pameran tersebut. Ilmu yang diperoleh semasa berada di AMNH amatlah bernilai kerana ia merangkumi semua bidang dari astronomi, kajian manusia, fosil, haiwan, budaya dan banyak lagi. Tidak dinafikan mengapa kanak-kanak di New York mempunyai peluang dan minat tersendiri ketika membesar kerana mereka mempunyai kemudahan yang menggalakkan percambahan ilmu pengetahuan melalui penerokaan minat masing-masing.

Model sistem suria yang terdapat di Rose Center For Earth and Space, American Museum of Natural History.


www.planetarium-sarawak.org

April 2012 - September 2012 • 8

Zooniverse - Projek Bima Sakti

P

embaca pastinya ingat kepada dua artikel yang pernah saya tulis sebelum ini mengenai projek Zooniverse. Zooniverse adalah projek ‘Citizen Scientist’ iaitu projek saintis mudah yang boleh disertai oleh orang awam. Projek Galaxy Zoo sebagai contoh, membantu peserta membuat pengkelasan bentuk galaksi melalui pilihan sama ada galaksi berbentuk pilin, lingkaran atau membujur. Projek Planet Hunter pula membantu peserta mencari planet yang extrasolar melalui pengecaman ‘isyarat amplitud yang diganggu’. Projek Bima Sakti ini pula membantu peserta mencari bintang muda iaitu dengan cara membulatkan calon bintang muda. Tetapi, apakah kewajarannya membulatkan gambar yang mempunyai bintang muda? Apabila peserta masuk (login) ke dalam sistem (lihat Gambar 1.0), peserta akan dipaparkan dengan beberapa siri gambar yang diambil oleh teleskop angkasa Spitzer sebagai sebahagian dari projek yang dipanggil GLIMPSE. Ia melibatkan 440,000 imej yang terdiri daripada bintang muda, gas dan debu. Garisan melintang Galaksi Bima Sakti (lihat Gambar 2.0) adalah garisan pertengahan yang membelah Galaksi Bima Sakti yang kita dapat lihat pada waktu malam. Ini bermakna gambar ini adalah gambar dari jaluran Bima Sakti yang kita lihat pada waktu malam yang cerah dan tidak berawan di kawasan yang gelap. Jadi apa kaitannya dengan membulatkan bintang muda? Inilah perkara yang kita hendak ketahui di dalam projek ini. Jika dilihat menerusi teori evolusi, bintang di kawasan ini adalah bintang muda yang berjisim tinggi dan sungguh terang dengan cahaya yang dihasilkan telah menyebabkan impak kepada gas berada di sekelilingnya sehingga seperti buih (lihat Gambar 3.0). Kawasan berwarna merah bermaksud kawasan pasca impak manakala yang berwarna

Gambar 1.0 Peserta projek akan dipaparkan dengan imej untuk dibulatkan sekiranya dapat mengecam objek seakan buih.

Gambar 2.0 Garisan lintang Bima Sakti yang dapat dilihat di kawasan gelap sewaktu langit tidak berawan (sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Milky_ Way_Arch.jpg).

hijau adalah kawasan yang sedang berlaku impak. Hasil dari tolakan ini juga meningkatkan peluang bahan ke satu keadaan kepadatan jirim. Kepadatan jirim akan meningkatkan graviti dan ini akan memberi peluang kepada graviti bagi menarik lebih banyak jirim yang ada di sekitarnya untuk membentuk bintang. Membulat buih Jika dilihat pada sidebar tool se-

belah kiri pada Gambar 1.0 di atas, terdapat alat khas yang digunakan untuk membulatkan buih-buih yang disepadankan. Sila rujuk Gambar 3.0 untuk menggunakan sidebar tool untuk membulatkan buih. Langkah pertama yang harus dibuat ialah: 1. Bulatkan buih yang telah disepadankan. 2. Padam bahagian buih yang Bersambung di muka 9


9 • April 2012 - September 2012

Tujuh sebab mengapa belajar astronomi di planetarium 1. Sebarang sahaja topik yang melibatkan langit boleh dilihat secara tiga dimensi. Teks pada papan hitam dan slaid tidak dapat menghasilkan perspektif omni-arah seperti di dalam planetarium. 2. Langit boleh dilihat tanpa gangguan cuaca. 3. Pelajar tidak perlu untuk menunggu lama selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) daripada guru untuk praktikal cerapan. Ini akan meningkatkan daya ingatan pembelajaran di sekolah. 4. Langit boleh ditunjukkan dari pelbagai lokasi sama ada dari Bumi atau planet lain serta boleh ditunjukkan mengikut masa atau tarikh yang dikehendaki, sama ada masa lepas atau masa akan datang. 5. Pergerakan objek samawi di langit dapat diilustrasikan, dengan setiap kitaran dapat dipermudah dan dipendekkan bagi membolehkan pelajar menghayati keadaan sebenar perger-

akan objek di langit yang mempunyai tempoh berkala tertentu. 6. Ramai kanak-kanak yang membesar di kawasan bandar tidak sedar akan aspek langit malam yang mempunyai kadar pencemaran cahaya yang tinggi. Hanya kanak-kanak di luar bandar dapat melihat langit malam yang cerah dengan ribuan bintang di samping

dapat melihat jujukan Galaksi Bima Sakti. Planetarium dapat menunjukkan Bima Sakti dan pergerakan jasad samawi yang lain di dalam kegelapan teater. 7. Efek-efek tambahan seperti sistem bunyi tiga dimensi dapat menambahkan lagi pengalaman berada di langit malam dan angkasa.

tiada. 3. Sesuaikan bahagian buih dengan yang ketiga. 4. Hantar Butang-butang yang lain pula agak jarang digunakan. Adalah dicadangkan supaya peserta mencubanya sendiri. Kesimpulan Projek membulatkan buih ini adalah salah satu dari enam buah projek mudah yang membolehkan orang awam terlibat dengan projek saintis. Projek ini memerlukan pengkelasan secara manual kerana komputer belum lagi mampu untuk membuat pengecaman. Ia merupakan cara mudah untuk orang awam terlibat dengan projek saintis tanpa melibatkan formula matematik yang agak adalah merumitkan. Jadi sekiranya anda belum terlibat dengan mana-mana projek Citizen

Gambar 3.0 Menggunakan sidebar tools untuk memilih buih yang telah dicamkan.

Scientist ini, marilah bersama-sama ke portal http://www.zooniverse.org dan pilih “The Milky Way Project�

untuk menyumbang kepada pembangunan pengetahuan astronomi!


April 2012 - September 2012 • 10

www.planetarium-sarawak.org

Mengenali ilmu di m

1

2

3

4

5

6

7


11 • April 2012 - September 2012

muzium sains dunia 9

8

11

12

10 Model Rover Marikh Spirit yang dipamerkan di American Museum of Natural History, New York. 2. Tulang-tulang dinosaur dalam Hall of Ornithischian Dinosaurs yang menjadi tarikan pengunjung di American Museum of Natural History, New York. 3. Sebuah meteorit besar dipamerkan di bahagian Dorothy and Lewis B. Cullman Hall of the Universe, American Museum of Natural History, New York. 4. Kapsul angkasa lepas antara pameran yang dilihat di Smithsonian National Air and Space Museum, Washington DC. 5. Model Sputnik, satelit buatan manusia pertama yang dilancarkan oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957 dipamerkan di Smithsonian National Air and Space Museum, Washington DC. 6. Model satelit yang dipamerkan di Smithsonian National Air and Space Museum, Washington DC. 7. Meteorit yang dipamerkan di American Museum of Natural History, New York. 8. Bangunan Rose Center for Earth and Space yang menjadi sebahagian daripada American Museum of Natural History, New York. 9. Hidupan laut yang telah diawet dipamerkan di Hall of Biodiversity, di American Museum of Natural History, New York. 10. Sejarah sains yang dipamerkan di New York Science Center. 11. Model teleskop Hubble yang dipamerkan di Smithsonian National Air and Space Museum, Washington DC. 12. Sebahagian daripada pameran alam semesta yang dipamerkan di Smithsonian National Air and Space Museum, Washington DC. 1.


www.planetarium-sarawak.org

April 2012 - September 2012 • 12

Penulis (kanan) menerangkan cara penggunaan Jam Matahari kepada rakannya.

Pengisian ilmu dengan kunjungan ke Bibliotheca Alexandria Faliq Asyraf Mesir

A

ssalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian, apa khabar semuanya? Mudah-mudahan semua dalam keadaan yang sihat, bahagia di samping orang yang tersayang. Pada kesempatan kali ini, saya ingin membawa sahabat-sahabat sekalian ke bumi Mesir, yang popular dengan binaan piramidnya, juga digelar sebagai qiblat ilmu, kerana di situlah lahirnya ramai ulama-ulama hebat dalam pelbagai bidang. Dan di situ jugalah terletaknya universiti pertama di dunia yang mengeluarkan sijil iaitu Univer-

siti Al-Azhar Asy-Syarif. Kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman ketika melawat Planetarium di Bibliotheca Alexandria, Iskandariah, Mesir. Perjalanan ke Iskandariah mengambil masa kira-kira dua jam dari ibu negara Mesir iaitu Kaherah. Bandar Iskandariah ini merupakan antara bandar pelancongan yang begitu indah kerana dikelilingi oleh laut yang biru dan pantai yang putih, memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Maka tidak hairanlah bandar ini, dengan keadaan persekitarannya yang kondusif dijadikan lokasi untuk mewujudkan sebuah bandar ilmu bagi negara Mesir. Di sini jugalah terletaknya salah sebuah mercu tanda kebanggaan rakyat Mesir iaitu Biblio-

theca Alexandria atau lebih popular dengan istilah Maktabah Iskandariah (Perpustakaan Iskandariah). Siap dibina pada tahun 2002 dengan kos pembinaan mencecah USD220 juta, Bibliotheca Alexandria ini dilengkapi dengan perpustakaan yang mengandungi tidak kurang daripada satu juta buah buku, dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet, sebuah Planetarium, empat buah muzium, empat galeri seni, 15 pusat pameran, lapan buah pusat penyelidikan, sebuah dewan persidangan, serta beberapa buah bilik mesyuarat. Turut menarik perhatian pengunjung, adalah replika jam matahari yang dibina berdekatan Planetarium. Pengunjung dikenakan bayaran sebanyak 5-10 Egyptian pound atau


13 • April 2012 - September 2012

bersamaan RM3.00 hingga RM6.00 untuk masuk ke Planetarium ini bergantung kepada jenis pertunjukan. Pertunjukan akan ditayangkan dalam bahasa Arab, namun bagi yang tidak mempelajari Bahasa Arab, anda boleh mendengar terjemahan dalam Bahasa Inggeris menggunakan headphone yang disediakan. Ruang tayangan dilengkapi dengan projektor fish-eye yang terkini dan dilengkapi sistem bunyi yang berkualiti. Planetarium ini juga mempunyai ruang pameran yang menempatkan peralatan-peralatan astronomi seperti astrolabe dan permainan interaktif serta berinformasi untuk para pelawat mengenali astronomi dengan lebih mendalam. Peralatanperalatan tersebut sebahagiannya dibeli oleh kerajaan Mesir sendiri, manakala sebahagian lagi adalah sumbangan negara-negara lain seperti Belanda dan Perancis. Planetarium ini juga sering menganjurkan program-program astronomi terutamanya pada cuti musim panas setiap tahun. Diharap perkongsian ini mampu memberikan gambaran secara ringkas mengenai Planetarium dan Bibliotheca Alexandria secara umumnya. Sehingga berjumpa lagi dalam penulisan yang akan datang, Assalamualaikum wbt.

Alat mengukur berat anda di bumi dan di planet-planet lain.

Penulis bergambar dengan pakaian angkasawan.

Keadaan di dalam ruang pameran Pusat Sains Planetarium.


April 2012 - September 2012 • 14

www.planetarium-sarawak.org

Gambar dari filem War of The Worlds (2005).

Bumi akan diserang?

Muhammad Athari Bin Ismail UiTM

A

dakah benar planet yang didiami manusia ini akan ditakluk oleh makhluk daripada planet lain? Perkara ini telah dinyatakan oleh pihak National Aeronautic Space Administration (NASA) sendiri bahawa terdapat dua objek dari luar Sistem Suria seperti kapal angkasa sedang menghampiri ke arah Sistem Suria kita. Objek yang berukuran sebesar dua buah padang bola sepak itu diekori bersama empat objek kecil seolah-olah anak kapal yang kecil. Ia menuju ke arah Bumi dengan berkelajuan cahaya dan dijangka tiba ke dalam Sistem Suria kita November ini. Pihak Searching for Extraterres-

trial Intelligence (SETI) menyatakan memang benar terdapat objek yang sedang menghampiri Sistem Suria kita, akan tetapi belum dapat dipastikan kesahihannya. Ini kerana mereka tidak ingin sebarang kekecohan berlaku di kalangan penduduk Bumi yang boleh mengancam keamanan sejagat. Jika benar perkara ini berlaku, persoalannya “adakah makhluk asing wujud” mungkin akan terjawab sekiranya berlakunya penaklukan ini. Sekiranya kita mengkaji semula kesan unsur “WOW!” yang ditemui SETI, kesahihan gelombang tersebut amat diragui disebabkan saintis berpendapat bahawa ia mungkin gelombang siaran radio atau televisyen yang tidak berhala, atau siaran daripada puluhan atau mungkin ratusan tahun dulu yang terperangkap dalam ruang vakum angkasa dan menghasilkan gelombang lemah yang tidak berhala yang masih berlegar di ruang angkasa kita. Gelombang ini secara tidak lang-

sung ditarik oleh satelit bumi dan menyebabkan berlakunya unsur “WOW!” seperti yang direkodkan oleh pihak SETI. Artikel ini juga sedikit sebanyak menerangkan mengenai kajian ‘Extraterrestrial’ atau kajian terhadap hidupan luar bumi yang mungkin menjadi persoalan kebanyakan ahli yang baru menceburi dalam bidang astronomi. Soalan seperti “Adakah makhluk wujud?”, “Dari mana datangnya UFO?”, “Benarkah ada hidupan di planet lain?” sering diajukan kepada planetarian termasuklah pengunjung yang berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar. Walaupun isu ini sering diperkatakan berulang kali, namun segala persoalan terhadap perkara ini tidak mampu dijawab oleh planetarian kerana pemikiran manusia adalah terbatas dan kewujudan ketamadunan “mereka” adalah tidak jelas. Kebarangkalian terdapatnya hidupan lain di luar bumi sentiasa ada,


15 • April 2012 - September 2012

dengan terdapatnya penemuan fosil oleh NASA pada permukaan planet Marikh, malangnya ia hanyalah mikrobakteria yang bersaiz mikroskopik. Namun, penemuan ini membuktikan bahawa wujudnya hidupan lain di luar Bumi, cuma ia tidak wujud dalam bentuk hidupan yang kompleks dan tidak membentuk sebuah koloni mahupun mempunyai teknologi canggih seperti yang diwar-warkan. Ada juga berpendapat bahawa makhluk asing, piring terbang dan kejadian aneh yang berlaku di luar bumi mungkin direka-reka dan didalangi oleh sesetengah pihak yang sengaja mereka cerita terutamanya oleh masyarakat Barat. Mereka terkenal dengan filem sains fiksyen dan ada juga berpendapat bahawa piring terbang dikaitkan dengan teknologi ketenteraan yang sudah lama dibangunkan oleh Barat. Kemunculan objek di ruang angkasa yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi itu adalah hasil daripada ciptaan yang hebat dan telah disalah tafsir oleh orang awam yang tidak mengetahui asal usul objek tersebut. Ahli-ahli sejarah turut mengesahkan bahawa kejadian makhluk asing dan objek aneh dari luar ruang angkasa telah lama berlaku, malahan ia telah berlaku ribuan tahun dahulu. Perkara ini juga telah dibuktikan dengan lukisan pada dinding-dinding piramid di Mesir yang menunjukkan seakan-akan kapal angkasa dan juga dua bentuk makhluk yang berupa makhluk asing dari angkasa lepas pada

Garisan Nazca.

lukisan tersebut. Selain itu, di Peru, terdapat lukisan besar yang digelar sebagai Nazca Line oleh penduduk tempatan yang juga merupakan salah satu keajaiban dunia, merupakan lukisan geometri yang terbesar di dunia yang dilakarkan di atas permukaan gurun. Lukisan yang berskala besar itu mempunyai ketepatan geometri yang mengagumkan dan wujud sekitar 1500 tahun dahulu. Amat mustahil jika manusia boleh melukis lukisan sebesar itu, ini kerana ketepatan geometrinya yang tepat dan penghasilannya amatlah sukar tanpa menggunakan teknologi yang boleh dilihat dari pandangan atas. Kemudian timbul persoalan apakah mungkin terdapat teknologi canggih dalam menghasilkan lakaran ini? Ini kerana motif lakaran tersebut didapati mempunyai unsur-unsur futuristik dan geometrikal yang tidak terdapat pada lukisan yang kebiasaan dilukis oleh manusia zaman dahulu seperti lukisan pada dinding gua. Penemuan motif lakaran berbentuk manusia yang sedang memakai sut angkasa lepas dengan kewujudan angkasawan adalah amat mustahil pada ketika itu. Ini telah menimbulkan tanda tanya kepada ahli sejarah dan juga saintis di seluruh dunia? Anda juga mungkin berpendapat bahawa semua kejadian ini adalah satu kebetulan, bagaimanapun banyak bukti sahih telah ditemui mengenai kewujudan makhluk tersebut. Oleh itu, persoalan demi persoa-

lan sering bermain di dalam pemikiran manusia yang ingin mengetahui kejadian sebenarnya yang berlaku di galaksi lain dan adakah wujudnya tamadun yang mempunyai teknologi yang canggih? Perkara ini memerlukan kajian secara terperinci dan bukannya teori semata-mata dengan saintis perlu berusaha menggunakan pelbagai cara untuk berhubung, merekodkan kemunculan, mengkaji dan mengesan ruang Sistem Suria dan sebagainya. Dan bagaimana kajian ini dijalankan akan diulas dengan lebih lanjut pada siri Aku dan Bintang akan datang. Rujukan 1. Johnson M. (2012, June 3). NASA’s Kepler Mission Confirms Its First Planet in Habitable Zone of Sun-like Star: http://www. nasa.gov/mission_pages/kepler/ news/kepscicon-briefing.html 2. Lake F. (2012, May 13). Alien Spaceship to Attack Earth In November 2012: http://weeklyworldnews.com/aliens/26535/ alien-spaceships-to-attack-earthin-2011/ 3. Klotz I. (2009, Nov 27). Have You Heard the one About Life On Mars?: http://news.discovery. com/space/have-you-heard-theone-about-life-on-mars.html 4. Lumir G. Janku (2012, June 5). Spaceship and Aircraft on Pyramid Wall: http://www.enigmas.org/ aef/lib/archeo/abydosm.shtml


www.planetarium-sarawak.org

April 2012 - September 2012 • 16

New York Hall of Science uji minda pengunjung

N

YHS merupakan sebuah muzium sains interaktif kecil, namun penuh dengan bahan-bahan pameran interaktif yang boleh dicuba oleh pengunjung. Mereka yang datang ke muzium ini tidak akan berasa bosan dengan banyak bahan-bahan yang boleh dicuba untk menguji kecerdasan minda.

N

ew York Hall of Science (NYHS) terletak di kawasan Queens, yang memerlukan perjalanan yang agak jauh sekiranya kita berada di bandar Manhattan, New York City. Bagaimanapun, perjalanan dimudahkan dengan menggunakan perkhidmatan Subway. Ia merupakan pusat sains yang kecil sekiranya dibandingkan dengan pusat-pusat sains lain di Amerika Syarikat. NYHS telah ditubuhkan pada 1964 di Flushing Meadows-Corona Park sebagai sebahagian daripada World Fair sebelum ditutup pada 1979. Muzium ini kemudian mengalami proses pengubahsuaian secara besar-besaran dan dibuka semula pada 1984. Pameran Muzium sains ini memfokus ke-

pada pendidikan pelajar berumur 1-17 tahun dan pengunjungnya terdiri daripada kanak-kanak daripada kawasan berdekatan yang ingin belajar tentang sains. Muzium sains tersebut mempunyai koleksi pameran tetap besar serta beberapa pameran bergerak. Antara pameran tetap muzium sains tersebut termasuk; • Connections: The Nature of Networks • Feedback • Hidden Kingdoms: The World of Microbes • Mathematica: A World of Numbers... and Beyond • Marvelous Molecules- The Secret of Life • Preschool Place • Realm of the Atom • Rocket Park • Science Playground • Science Technology Library

• The Search for Life Beyond the Earth • Seeing the Light • Sound Sensations: The Inside Story of Audio • The Sports Challenge • Technology Gallery • Amateur Radio Station Ulasan NYHS merupakan sebuah pusat sains interaktif sesuai bagi pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Kedudukannya agak jauh dari Manhattan dan pengunjung terpaksa menggunakan perkhidmatan Subway untuk ke lokasi muzium tersebut. Untuk masuk ke muzium sains pengunjung perlu membayar sebanyak AS$5.50, namun untuk menonton pertunjukan Imax, pengunjung perlu membuat pembayaran tambahan sebanyak AS$3. Terdapat beberapa


17 • April 2012 - September 2012

pilihan filem dan pengunjung hanya perlu memilih tayangan yang sesuai bagi mereka. Muzium sains ini dibina bagi faedah komuniti kawasan berdekatan. Saiznya kecil, namun bahan-bahan pameran yang terdapat dalam muzium tersebut adalah berbentuk interaktif. Ketika kami mengadakan lawatan, terdapat ramai kanak-kanak yang giat aktif untuk mencuba pelbagai jenis bahan-bahan pameran interaktif yang disediakan. Ia merangkumi bahan-bahan pameran yang mengajar cara menggunakan ‘Mars rover’ kepada menjelaskan secara saintifik melalui demonstrasi-demonstrasi yang mudah dan menyeronokkan. Apa yang penting perlu kita lihat di sini adalah setiap pengunjung berpeluang untuk mencuba bahan-bahan pameran yang terdapat di muzium sains tersebut. Tidak kurang juga, selain aktiviti di dalam bangunan, banyak juga aktiviti di luar bangunan disediakan agar wujudnya penglibatan pengunjung dalam setiap aspek ruang pameran.

Si cilik sentiasa ingin mencuba bahan pameran interaktif di dalam muzium sains.

Muzium sains ini dibina bagi faedah komuniti kawasan berdekatan. Saiznya kecil, namun bahan-bahan pameran yang terdapat dalam muzium tersebut adalah berbentuk interaktif.

Lima sebab mengapa kita harus mengenali astronomi 1. Astronomi adalah asas kepada sains dan antara bidang ilmu yang tertua. Ia memberi setiap individu perspektif bagi masa dan ruang. Secara intuitif, manusia ingin mengenali alam di sekelilingnya semata-mata untuk menolak ruang lingkup kejahilan dan memahami alam semesta yang lebih luas. Sebab itulah wujud pelbagai mitos mengenai kejadian Bumi dan alam semesta di dalam semua budaya serta sejarah sejak beribu tahun yang lalu. 2. Astronomi adalah ilmu berguna bagi setiap individu. Masa adalah berdasarkan kepada pergerakan jasad astronomi. Takrif sehari, nama hari, kalendar dan empat musim telah wujud di dalam kalendar, dan ia merupakan aspek penting dalam sosiopolitik dan budaya kita semenjak sebelum wujud-

nya tamadun awal manusia pada zaman Mesopotamia lagi. 3. Astronomi sering dikaitkan dengan subjek berkenaan tenaga. Matahari adalah sumber kepada bahan api fosil, angin dan tenaga solar. Unsur-unsur radioaktif adalah penting di dalam tenaga nuklear serta sumber tenaga geoterma dan ia merupakan hasil dari proses yang pernah berlaku di dalam bintang yang telah menghabiskan riwayatnya melalui letupan yang dahsyat (supernova). Tenaga air pasang-surut pula adalah disebabkan oleh tarikan graviti Matahari dan Bulan. Perlu diingatkan bahawa untuk mencari sumber tenaga pada masa hadapan manusia tidak perlu lagi melihat ke bawah (dalam Bumi) tapi seba-

liknya harus melihat ke atas. 4. Astronomi wujud di dalam pelbagai subjek: subjek fiksyen atau bukan fiksyen, malah di dalam lagu-lagu atau kesenian, malah di dalam komik sekalipun! Ia juga wujud di dalam pseudosains seperti UFO dan asas kepada ramalan bintang. 5. Kajian berkenaan alam semesta seperti proses kejadian bintang dan data yang diambil dari misi kapal angkasa mampu mempromosi pemikiran yang konstruktif di dalam isu-isu falsafah dan psikologi di dalam menjawab misteri satu soalan yang sering dikemukakan sejak berzaman: Adakah terdapat hidupan lain di alam semesta yang luas selain di Bumi? Adakah kita keseorangan?


April 2012 - September 2012 • 18

www.planetarium-sarawak.org

Koleksi pesawat terbesar muzium Smithsonian

M

uzium Smithsonian National Air and Space membawa pengunjung untuk belajar tentang sejarah penerokaan angkasa dunia, dari sejarah penerbangan sehingga ke penjelajahan permukaan bulan. Penulis amat kagum dengan muzium ini yang menempatkan pelbagai saiz dan bentuk model dan pesawat saiz sebenar dalam koleksi muzium yang paling besar dunia.

S

mithsonian National Air and Space Museum terletak di Washington D.C dengan ia merupakan sebahagian daripada 19 buah muzium yang terdapat di sekitar Washington serta dua terletak di New York City dan sebuah di Chantilly, Virginia. Muzium ini telah ditubuhkan pada 1946 sebagai National Air Museum dan ia merupakan muzium yang mempunyai koleksi pesawat bumi dan angkasa lepas paling besar dunia yang dimuatkan dalam ruang sebesar 161,145 kaki persegi. Hampir kesemua pesawat angkasa lepas yang dipamerkan di dalam muzium adalah pesawat sebenar ataupun ‘backup’ kepada pesawat yang asal. Ulasan Muzium ini amat besar dari segi bilangan pesawat yang dipamerkan di muzium tersebut. Kedudukannya tidak jauh dari Capitol City dan juga

National Mall serta tugu peringatan di Washington DC menyebabkannya mudah dikunjungi memandangkan dikelilingi oleh muzium-muzium Smithsonian lain. Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran untuk melihat bahan-bahan pameran di muzium ini, namun pengunjung perlu membayar untuk menonton tayangan   sebanyak USD9.00 dan USD6 bagi tayangan di Einstein National Planetarium. Setiap ruang di dalam muzium ini mempunyai tema masing-masing dengan lobi utama menempatkan pelbagai jenis pesawat moden serta modul angkasa lepas dengan di bahagianbahagian lain seperti berikut; • • • • • •

World War II Aviation Sea-Air Operations Milestones of Flight Lunar Exploration Vehicles Apollo to the Moon Exploring the Planets

• Early Flight, The Samuel P. Langley Gallery • Jet Aviation • The Golden Age of Flight • Looking at Earth • Voyager: Around the World without a Pit Stop • Legend, Memory, and the Great War in the Air (WWI Aviation) • How Things Fly • Space Race • Explore the Universe • Voyage - A Journey Through Our Solar System • The Wright Brothers & The Invention of the Aerial Age • America by Air • Military Unmanned Aerial Vehicles (UAV) • Moving Beyond Earth • Pioneers of Flight, Barron Hilton Di samping itu, terdapat juga ruang-ruang pameran bertema dengan konsep pamerannya berubah


19 • April 2012 - September 2012 dari semasa ke semasa. Untuk menambahkan lagi kemeriahan pengunjung yang berkunjung ke muzium tersebut, mereka juga dihiburkan oleh persembahan muzik secara ‘live’ yang dibawakan oleh anggota tentera bergantung kepada acara atau majlis. Semasa kami melawat muzium tersebut terdapat persembahan daripada kumpulan anggota tentera sempena dengan Hari Veteran. Dengan bilangan pesawat yang amat banyak pelbagai saiz dan buatan, ternyata muzium ini amat popular terutama bagi mereka yang berminat dengan sejarah penerbangan dan angkasa. Malah terdapat juga ruang khas bagi perkembangan sains angkasa daripada sejarah pembuatan teleskop kepada model teleskop Hubble yang berada di angkasa lepas. Terdapatnya planetarium di muzium ini yang menyediakan tayangan planetarium digital dan ia juga mempunyai projektor optikal mekanikal yang hampir sama dengan projektor Planetarium Sultan Iskandar bagi

K

Model ‘moon lander’ yang dipamerkan di muzium ini.

menunjukkan bintang-bintang, buruj dan planet dengan jelas. Sambutan pengunjung kepada muzium ini amat menggalakkan me-

mandangkan terdapat banyak bahan pameran yang boleh diterokai di samping melibatkan aktiviti interaktif kepada kanak-kanak.

Pertunjukan sains isi ilmu pengunjung PSI

ebiasaannya, Planetarium Sultan Iskandar (PSI) akan dikunjungi oleh pelajar-pelajar sekolah terutamanya pada setiap hujung tahun bagi mengadakan lawatan sambil belajar serta mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu astronomi. Kunjungan rombongan pelajar-pelajar ini bukan sahaja dari sekitar bandar raya Kuching, malah ada yang datang sejauh dari Daerah Marudi. Bagi pengisian kunjungan tersebut, PSI telah menyediakan beberapa aktiviti pertunjukan sains dan astronomi untuk para pelajar yang bertujuan memberi pendedahan secara ringkas sementara menunggu giliran untuk menonton tayangan di dalam teater. Antara pertunjukan yang bakal ditayangkan bertajuk ‘Mitos Sistem Suria’ mengenai pendapat masyarakat zaman Yunani terhadap planet-planet dan kisah-kisah legenda serta kedudukan bagi setiap planet yang ada dalam

Sistem Suria kita. Selain itu, turut disediakan beberapa kelengkapan dan peralatan pandang dengar bagi melambangkan legenda sesebuah planet. Pertunjukan sains dan astronomi ini sesuai bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah kerana ia melibatkan tahap kefahaman yang cekap. Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti-aktiviti lain yang turut menjadi pengisian kepada pelajar-pelajar seperti Membuat Klip Kertas Terapung, Menghasilkan Bunyi Melalui Penyedut

Minuman dan banyak lagi. Bagi pelajar tadika pula, aktiviti yang sesuai turut disediakan seperti Saya dan Graviti. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ringkas seperti ini, ia dapat membantu pelajar-pelajar memperoleh pengalaman dalam mempelajari ilmu astronomi yang dapat kongsikan bersama rakan-rakan. Dalam pada itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan maklumat-maklumat menerusi aktiviti-aktiviti secara praktikal dan lebih interaktif.


Cerapan terakhir transit Zuhrah tarik 400 pengunjung

F

enomena transit Zuhrah yang berlaku pada 6 Jun 2012 telah berjaya menarik minat 400 orang berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk menyaksikan transit planet Zuhrah yang terakhir pada abad ini. Transit yang seterusnya akan berlaku pada 2117. Sesi aktiviti telah dibahagikan kepada beberapa bahagian dengan 200 pengunjung telah berkumpul di dalam teater PSI seawal 9 pagi untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Jacob Sebastian, salah seorang pengasas Persatuan Astronomi Sarawak. Sesi seterusnya dijalankan oleh salah seorang ahli SAS, Encik Rambli Ahmad dengan mengadakan sesi taklimat dan tayangan video streaming transit bagi pengunjung yang tidak berpeluang untuk masuk ke dalam teater. Kemuncak aktiviti pada kira-kira jam 11 pagi apabila pengunjung dibawa ke tapak cerapan untuk menyaksikan transit yang sedang berlangsung pada hari tersebut. Dengan menggunakan beberapa teleskop dan teleskop solar Coronado, orang awam dapat melihat fenomena tersebut dengan wajah gembira yang sebelum ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan internet. ‘Welding glass’ turut diedarkan kepada orang ramai bagi pengunjung yang ingin menyaksikan fenomena itu dengan menggunakan mata kasar.

Dari atas: 1. Zurwina Sharkawi (kiri), ahli SAS bersama-sama kakitangan PSI mencerap fenomena transit di atas kertas yang dipancarkan oleh teleskop. 2. Encik Rambli Ahmad, ahli SAS sedang memberikan taklimat transit kepada pengunjung. 3. Ramai yang menunggu untuk mencerap transit dengan menggunakan teleskop. 4. Salah seorang pengunjung yang mencuba teleskop untuk melihat transit planet Zuhrah. 5. Mencerap dengan menggunakan teleskop matahari Coronado.


Aku dan Bintang 12