Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org www.sarawak-astronomy.org

September 2011 - Mac 2012

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344 Keluaran 11

Saksikan Transit Kejora 2012 Planetarium Sultan Iskandar 6 Jun 2012 Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI

SahabatPSI

Untuk mendapatkan berita ataupun pengumuman terkini, anda boleh melawat laman web Planetarium Sultan Iskandar atau ke laman Pages Facebook dengan menaip Planetarium Sultan Iskandar di ruang Search.


Kandungan

September 2011 - Mac 2012 • 2

www.sarawak-astronomy.org

Berkongsi ilmu melalui Jerayawara Sahabat Astronomi Berkongsi ilmu melalui Jerayawara Sahabat Astronomi - 2 Sistem Pengangkaan Mesir Purba - 4 Fenomena Transit Kejora 2012 - 5 Memburu planet extrasolar - 6 Apa kata mereka di sebalik Sahabat Astronomi - 8 Infografik - 9 - 10 Big Bang 1400 tahun dahulu - 12 Pengalaman bersama PSACS - 14 Sekilas Pandang Aktiviti PSI - 16 Cerap langit dengan komputer, telefon bimbit - 18 Pusat Sains Mini terima bahan pameran - 19 Pertunjukan terbaru Planetarium Sultan Iskandar - 20

Gambar depan menunjukkan simulasi Transit Kejora yang bakal berlaku pada 6 Jun 2012 serta boleh disaksikan dari bandar raya Kuching. Planetarium Sultan Iskandar bakal mengadakan aktiviti mencerap Transit Kejora pada 6 Jun 2012 bermula 8 am.

T

ahun ini kita bakal menyaksi aktiviti yang lebih giat lagi dijalankan oleh Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dalam menyebarkan ilmu astronomi melalui program Jerayawara Sahabat Astronomi. Ramai yang tertanya-tanya apakan itu perkataan jerayawara. Sebenarnya jerayawara ini merupakan istilah yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa yang bermaksud ‘roadshow’ iaitu kita mewar-warkan apa yang kita ada kepada orang ramai. Apabila mengimbau kembali aktiviti jerayawara yang pertama kali diadakan oleh SAS pada 2006, ia diadakan atas jemputan Presiden SAS, merangkap Residen Betong, Datu Romie Daniel Sigan dengan tujuan yang asas untuk memperkenalkan ilmu astronomi kepada orang ramai. Mungkin para pelajar dari Semenanjung Malaysia beruntung dengan aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh organisasi seperti Planetarium Negara dan juga Pusat Sains Negara dalam menyebarkan sains dan astronomi kepada pelajar dan masyarakat. Namun, kita tidak harus meminggirkan mereka yang berada jauh dari bandar raya Kuching kerana jerayawara ini diadakan untuk menimbulkan rasa minat para pelajar kepada dunia astronomi. Atas kepuasan dalam menyebarkan ilmu astronomi, aktiviti jerayawara ini telah berkembang kepada aktiviti tahunan dalam kalendar PSI-SAS dalam menyebarkan ilmu astronomi kepada mereka yang berada di luar bandar dan pedalaman. Ada juga yang bertanya, mengapakah program jerayawara ini tidak diadakan di sekitar bandar raya Kuching? Mudah sahaja jawapannya. Ia adalah sebagai program pendedahan ilmu astronomi di kawasan luar bandar dan pedalaman, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berpeluang untuk berkunjung ke PSI. Dalam tempoh terdekat ini, nama program jerayawara telah ditukar kepada Jerayawara Sahabat Astronomi selaras dengan penyertaan rakan-rakan Sahabat Astronomi yang turut menyumbangkan tenaga dan berkongsi ilmu yang mereka perolehi semasa menyertai aktiviti anjuran PSI-SAS. Mereka boleh dianggap sebagai duta kepada PSI kerana golongan sasaran mereka adalah hampir sebaya dan ini mendekatkan lagi hubungan Sahabat Astronomi dengan para pelajar yang ingin berjinak-jinak dalam ilmu astronomi. Apa yang pasti, Sarawak adalah sebuah negeri yang amat besar, dan mempunyai kawasan muka bumi yang amat mencabarkan, namun ini tidak melunturkan usaha PSI-SAS dan Sahabat Astronomi untuk terus berkongsi ilmu astronomi kepada pelajar di luar bandar dan pedalaman.

Editor Alfean Aziz Fazrul Mustaqim Sahmat Ismandy Ali Abang Muhamad Zulfadhli Bin Abang Ariffin Mohd Zul Hafiz bin Mohd Fadzli Muhammad Nazirul bin Hamdan Mohd. Zul Haziq bin Mohd. Fadzli Faliq Asyraf Aslina Asmaniah Jenau Adam Noraizah Idris

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org http://www.sarawak-astronomy.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • September 2011 - Mac 2012

Perutusan

S

yukur alhamdulillah kerana kita dipertemukan lagi di tahun 2012 dengan misi dan visi yang lebih mencabar. Walaupun masih baru di Kementerian Pembangunan Sosial ini, namun saya melihat peranan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) agak besar dan penting dalam pembangunan pendidikan astronomi dan sains angkasa terhadap masyarakat. Saya dimaklumkan bahawa pihak PSI-SAS turut mengadakan aktiviti di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman di Sarawak bersama pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Usaha penyebaran ilmu astronomi dan sains angkasa di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman ini akan giat diteruskan lagi pada tahun ini dan diharap lebih banyak penyertaan terutamanya daripada pihak agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, penglibatan Persatuan Astronomi Sarawak bersama Planetarium Sultan Iskandar dalam penganjuran pelbagai aktiviti dan program astronomi sejak lebih 20 tahun lalu amat diperlukan. Keahliannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk golongan pelajar, kakitangan awam dan pihak

swasta banyak membantu kelancaran dan kejayaan penganjuran aktiviti-aktiviti astronomi. Menerusi perkongsian ilmu, idea dan pengalaman serta kepakaran masing-masing mampu menjadikan Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar sebagai satu gabungan yang mantap dalam usaha menyebarkan ilmu sains angkasa kepada golongan sasaran terutamanya pelajar. Penyertaan Persatuan Astronomi Sarawak di dalam Program Sejuta Impian TV3 turut membantu PSI-SAS mempromosikan astronomi serta melahirkan golongan belia yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan karya dan modul pengajaran astronomi dan sains angkasa yang ringkas. Bertepatan dengan dasar transformasi sosial kerajaan, usaha ini perlu diteruskan dan disokong sepenuhnya bagi menghasilkan kepakaran di dalam bidang berkaitan untuk generasi masa depan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak di atas usaha gigih ini dan diharap akan lebih ramai pihak akan tampil untuk turut serta bagi sama-sama menjayakan program serta aktiviti astronomi dan sains angkasa ini. Syabas dan tahniah sekali lagi...!!!

Encik Affandi Bin Keli Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak


Eksklusif

September 2011 - Mac 2012 • 4

www.sarawak-astronomy.org

Sistem Pengangkaan Mesir Purba Fazrul Mustaqim Sahmat, Kota Samarahan

Hieroglif Mesir

M

anusia mula menghitung dengan menggunakan jari, iaitu dengan padanan satu kepada satu. Kaedah ini kemudiannya berubah dari semasa ke semasa. Antara sistem pengangkaan purba yang terkenal ialah sistem pengangkaan Mesir Purba. Sistem ini merupakan satu sistem angka perpuluhan dan menggunakan asas 10. Nombor-nombor ini dibentuk dengan huruf Hieroglif, iaitu sistem tulisan yang digunakan oleh masyarakat Mesir Purba. Nilai terbesar dalam sistem ini ialah satu juta (1,000,000). Namun, sistem ini mempunyai kelemahan berbanding sistem nombor yang kita gunakan sekarang (Sistem HinduArab), iaitu sistem Mesir Purba ini tidak mempunya simbol untuk sifar. Dalam sistem pengangkaan Mesir Purba ini, angka satu hingga Sembilan adalah berasaskan tanda gundalan iaitu garis mencancang. Gambar di bawah menunjukkan simbol yang digunakan untuk mewakili angka satu

hingga sembilan : Seterusnya, selepas angka sembilan satu simbol yang berbeza digunakan iaitu yang mewakili angka 10. Satu simbol khusus akan digunakan

bagi setiap nombor yang berkuasa sepuluh. Simbol-simbol yang digunakan di dalam angka Mesir ditunjukkan di bawah :

Bersambung di muka 13


5 • September 2011 - Mac 2012

Fenomena Transit Kejora 2012 Ismandy Ali Pengenalan ejora merupakan sebuah planet yang dikenali oleh tamadun manusia sejak beribu-ribu tahun lamanya. Rekod tentang pergerakan planet ini telah direkodkan oleh tamadun purba dunia seperti Mesir kuno, Babylonia, China - malah turut juga direkodkan oleh tamadun Mesoamerica seperti Maya. Tamadun Maya sebagai contoh walaupun menganggap planet Kejora ini sebagai tuhan mereka sehinggakan memanggilnya sebagai Noh Ek dan telah membuat pencerapan yang teliti, tidak terdapat sebarang rekod berkenaan dengan transit planet Kejora ini dengan Matahari.

K

Definisi Transit Kejora adalah salah satu daripada fenomena astronomi yang amat dinanti-nantikan pada tahun 2012 ini. Planet Kejora atau turut juga dikenali dengan nama Zuhrah ini akan bergerak melintas di antara Bumi dan Matahari. Pada masa ini kita akan melihat terdapat tompok hitam bergerak pada permukaan Matahari dari satu hujung ke satu hujung permukaan Matahari. Rujuk Gambar 1.0. Transit Kejora, berbeza dengan gerhana Matahari yang mampu menyebabkan bulatan Matahari nampak sumbing, transit pula hanya dapat dilihat dengan lebih jelas jika kita kita menggunakan filem gelap yang tebal seperti bekas x-ray atau cermin mata khas yang amat gelap. Ia akan kelihatan seperti sebuah titik kecil yang bergerak di hadapan Matahari. Jika dilihat kembali, pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak pernah mengadakan aktiviti ceramah dan cerapan yang

Gambar 1.0 Imej planet Kejora yang diambil selang beberapa minit untuk menunjukkan pergerakannya melintas di hadapan Matahari.

sama pada tahun 2004 yang lepas. Semasa waktu itu, beratus-ratus orang awam yang hadir ke PSI tidak dapat untuk melihatnya kerana langit pada waktu itu berawan tebal. Ramai pengunjung telah pulang dengan kecewa walaupun telah menanti hampir dua jam untuk melihat fenomena tersebut. Bagaimanapun, fenomena ini akan berulang lagi pada tahun ini untuk yang terakhir dan tidak akan berlaku sehingga kurun yang seterusnya. Transit Kejora abad ke-21 Transit Kejora ini berlaku pada selang lapan tahun sekali dan kemudian diikut setiap 121.5 tahun dan 105.5 tahun sebelum kitaran tersebut berlaku lagi lapan tahun berturut-turut kemudiannya. Ini bermakna jika anda terlepas mencerap pada 4 Jun 2004 yang lepas dan 6 Jun 2012 ini, anda hanya akan dapat mencerap fenomena ini kemudianya pada tahun 2117 dan 2125! Semestinya individu yang hidup pada hari ini tidak akan berpeluang melihat fenomena yang akan datang. Lihat Jadual 1.0. Untuk transit yang bakal berlaku nanti, ia akan dapat dilihat pada 6 Jun 2012 dan mengambil masa kira-kira enam jam. Lihat Jadual 2.0

Bil.

Tahun

Selang tahun

1.

23 November 1396

-

2.

25–26 Mei 1518

121.5

3.

23 Mei 1526

8

4.

7 Disember 1631

105.5

5.

4 Disember 1639

8

6.

6 Jun 1761

121.5

7.

3–4 Jun 1769

8

8.

9 Disember 1874

105.5

9.

6 Disember 1882

8

10.

2 Jun 2004

121.5

11.

5 Jun 2012

8

12.

10 Disember 2117

105.5

Jadual 1.0 - Lihat jujukan tahun yang berkitar sekitar 121.5,105.5 dan 8 tahun. sumber http://en.wikipedia.org/ wiki/Transit_of_Venus

Fasa transit dilihat dari Bumi Fasa

Waktu tempatan (GMT +8)

Contact I

06:09:38

Contact II

06:27:34

Greatest

09:29:36

Contact III

12:31:39

Contact IV

12:49:35

Jadual 2.0 - Jadual ini menunjukkan jadual fasa yang berlaku. Sila rujuk Gambar 2.0 Bersambung di muka 13


Aktiviti

September 2011 - Mac 2012 • 6

www.sarawak-astronomy.org

Memburu planet extrasolar

Adik Zaheed Hanafi salah seorang Sahabat Astronomi sedang menunjukkan calon sebuah planet extrasolar.

Ismandy Ali

M

encari planet melalui Projek Planethunter adalah satu aktiviti yang menggunakan data sebenar dari saintis di internet untuk mencari planet yang mengelilingi bintang yang lain. Dalam sistem solar kita terdapat lapan (8) buah planet yang mengelilingi matahari di samping terdapat objek-objek kecil lain seperti bulan, asteroid, komet dan banyak lagi. Koleksi kepelbagaian inilah yang kita kenali sebagai sistem solar dan ia telah kita ketahui sejak di bangku sekolah lagi. Disebabkan matahari hanya sebuah bintang biasa seperti bintangbintang lain, saintis telah berpendapat bahawa mungkin terdapat planetplanet yang wujud dan mengelilingi

bintang-bintang lain sama seperti matahari kita. Pada awal tahun 1990-an, sekumpulan saintis yang diketuai oleh Dale Frale dan Aleksander Wolszczan telah menggunakan teleskop radio Arecibo di Puerto Rico dan menemui sebuah

Teleskop radio Arecibo di Puerto Rico.

planet yang mengelilingi bintang (sebenarnya pulsar) yang dinamakan sebagai 51 Pegasi. Sejak penemuan pertama itu dan sehingga hari ini kira-kira 770 buah planet telah dijumpai mengelilingi bintang-bintang yang lain. Atas inisiatif berkongsi pengalaman sains iaitu memproses data dari satelit dan peralatan sains yang bernilai berbillion dolar, pihak Citizen Science Alliance telah mewujudkan satu program bergelar Zooniverse. Program ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet untuk turut menyumbang sama dalam penemuan sains yang mengujakan! Bermula dari projek Zooniverse yang pertama Galaxy Zoo iaitu program klasifikasi bentuk galaksi, ia telah berkembang menjadi pelbagai program dan antara yang popular ialah projek Planet Hunter. Planethunter yang telah dimulakan kira-kira setahun selepas inisiatif utama Dr. Debra Fischer adalah projek yang berdasarkan satelit Kepler. Kepler adalah sebuah kapal angkasa yang mempunyai CCD (kamera digital pada telefon bimbit mempunyai cip CCD) yang amat besar. Tugasnya mudah iaitu hanya perlu bertumpu pada satu bahagian langit tanpa berkelip dalam kawasan buruj Cygnus dan merekodkan perubahan kecerahan cahaya bintang. Perubahan cahaya sedikit ini adalah disebabkan


7 • September 2011 - Mac 2012

Gambaran Kapal angkasa kepler dengan berlatarbelakangkan buruj Cygnus, iaitu kawsan fokus projek Kepler.

oleh planet yang lalu di hadapannya apabila dilihat dari Kepler. Rekod perubahan cahaya ini kemudiannya direkodkan dan dihantar ke Bumi. Bagaimanapun, perekodan ini melibatkan billion bait data dan walaupun komputer boleh melakukannya, ia tidak sebaik otak manusia dalam menganalisis corak. Apa yang menarik adalah keupayaan manusia untuk melihat corak perubahan cahaya ini dan dengan latar belakang yang bukan saintis membolehkan lebih ramai atau sesiapa sahaja boleh terlibat mencari planet extrasolar. Atas kapasiti yang sama ini, Planetarium Sultan Iskandar telah menganjurkan satu program yang menggunakan Program Citizen Scientist semasa Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACSXII - Bonus Track) pada November 2011.

Perubahan cahaya melalui titik plot pada graf dikesan yang menunjukkan kemungkinan planet telah dijumpai.

Untuk menyertai program Ctizen Scientist adalah mudah. Peserta hanya perlu membuat akaun masing-masing di http://www.planethunter.org dan selepas daftar masuk, mereka akan ditunjukkan video bagaimana untuk mencari calon-calon planet yang mungkin mengorbit bintang. Seramai kira-kira 30 orang pelajar lepasan PMR dan SPM yang terlibat di dalam program tersebut dan mereka dikehendaki membawa komputer riba masing-masing. Walaupun pada mulanya terdapat seribu satu tanda tanya bagaimana sebuah planet dicari berdasarkan kecerahan cahaya bintang dan selepas perbincangan teori pendek, barulah para peserta memahami bahawa apa yang mereka lihat sebenarnya adalah kesan daripada secara langsung apabila planet tersebut melintasi di hadapan bintang. Dengan kata lain, planet tersebut

dikesan secara tidak langsung melalui perubahan cahaya dan oleh kerana kesan perubahan cahaya inilah yang kemudiannya cuba dicari oleh para peserta. Adalah diharapkan bahawa para peserta tersebut dapat melibatkan diri dengan program planethunter dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain untuk mengisi masa lapang sebagai alternatif kepada trend remaja masa kini yang banyak menghabiskan masa di laman sosial. Berkemungkinan sememangnya terdapat planet yang dikesan pada calon-calon planet yang dijumpai dan kredit juga diberikan kepada peserta yang berkenaan. Rujukan 1. http://www2.astro.psu.edu/ users/alex/ 2. http://www.womanastronomer.com/dfischer.htm

Gambar muka depan portal planet hunter di http://www.planethunters.org


Eksklusif

September 2011 - Mac 2012 • 8

www.sarawak-astronomy.org

Apa kata mereka di sebalik Sahabat Astronomi Abang Muhamad Zulfadhli Bin Abang Ariffin @ Fadhley Antares

A

ktiviti pertama yang disertai ialah Perkhemahan Astronomi atau Kem Astrophilia yang diadakan di Kem Alapong, Lundu. Pada mulanya semasa menyertai aktiviti ini saya berasa agak kekok kerana tidak mengenali peserta-peserta lain dari sekolah yang berbeza. Bagaimanapun, setelah menyertai program ini selama tiga hari, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan peserta dari sekolah yang berlainan dan berkenalan dengan senior Abang Alwi, Abang Azim, Abang Khai, Abang Fadh Sr, Abang Azri dan Abang Rahman. Bermula di sinilah, hubungan persahabatan wujud di kalangan peserta selain dapat mempelajari ilmu astronomi yang sebelum ini agak asing bagi saya dan hanya berpeluang untuk mempelajarinya di sekolah sahaja. Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti astronomi ini membina keyakinan diri bagi saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan Sahabat Astronomi serta berani untuk menyuarakan pendapat semasa sesi pembentangan diadakan.

Sekolah: SMK Santubong, Kuching Mula terbabit dengan aktiviti astronomi: 19-21 Februari 2010 (Kem Astrophilia @ Kem Alapong)

P

ada mulanya, saya mengangap astronomi ini membosankan, rupa-rupanya ia lebih menarik daripada permainan video. Saya telah diperkenalkan dengan dunia astronomi ini oleh seorang senior saya di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman pada tahun 2008. Bermula dari situlah saya mula berjinak-jinak dan bergiat aktif dengan dunia astronomi termasuk membantu pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak mengadakan pameran di Masjid Jamek pada tahun 2009 sempena dengan sambutan Maal Hijrah. Pada masa yang sama,saya juga mula mengenali sahabat-sahabat yang lain seperti Mas, Hamzah, Mordi, Aiman, Kak Fatin, Abang Fadeli dan yang lain-lain serta berkongsi minat, idea dan pendapat mengenai aktiviti astronomi. Semenjak Sahabat Astronomi diperkenalkan, hubungan persahabatan kami menjadi semakin rapat bagaikan sebuah keluarga besar. Kesimpulannya,astronomi ini merupakan sebuah titik permulaan kepada pencarian ilmu, sahabat baru mahupun pengalaman. Sekolah: SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching Mula terbabit dengan aktiviti astronomi: Tahun 2008

Mohd Zul Hafiz bin Mohd. Fadzli @ Hafiz Antlia


9 • September 2011 - Mac 2012

P

ada mulanya, astronomi ini agak mengelirukan dan sukar menarik minat saya untuk mempelajarinya. Namun begitu, kerana perasaan ‘ingin tahu’ telah menarik minat saya untuk mempelajarinya dan seterusnya telah menjadikan saya sebagai peminat setia subjek astronomi. Dalam mempelajari astronomi menerusi penyertaan di dalam pelbagai program anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS), saya juga mempelajari sesuatu yang amat bermakna dalam hidup iaitu persahabatan dan tanggungjawab. Pelbagai peristiwa pahit dan manis telah saya alami bersama rakan-rakan Sahabat Astronomi seperti rakan saya, Masz Mubarak yang telah mengajak saya bersamasama dalam merealisasikan ‘multistage rocket’ pertama di Malaysia. Selain itu,saya amat berterima kasih kepada pihak PSI dan SAS kerana

S

aya mula menyertai aktiviti astronomi ini pada tahun 2010. Bagaimanapun, saya mula meminati astronomi ketika usia saya 8 tahun kerana abang saya sering menceritakan sesuatu yang menarik mengenai alam semesta. Selain itu, perasaan ingin tahu mengenai mengapa abang saya sering mengunjungi Planetarium Sultan Iskandar (PSI) telah menambahkan lagi minat saya kepada astronomi. Dan akhirnya, pada tahun 2010 saya menjejakkan kaki ke PSI bersama abang bagi menyertai Program Astronomy 4U dan saya begitu kagum melihat teater PSI yang mempunyai kubah untuk melihat keadaan langit malam walaupun pada ketika itu adalah siang hari. Pada ketika itulah saya berkenalan dengan Abang Ismandy, Abang Alfean dan Kak Zurwina selaku penyelaras dan fasilitator program berkenaan. Saya juga begitu teruja kerana dilantik sebagai ketua kumpulan dan diberi kepercayaan untuk mengetuai kumpulan kami walaupun saya agak junior berbanding rakan-rakan lain yang agak senior. Seterusnya, saya dan abang saya

Muhammad Nazirul bin Hamdan memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menganggotai Jawatankuasa Hari Astronomi 2011 serta berkongsi pengalaman semasa aktiviti astronomi dijalankan. Astronomi telah membuka minda saya untuk lebih mendalami ilmu astronomi dan juga teori-teori fizik yang hebat dan menarik serta Sahabat Astronomi yang prihatin untuk berkongsi pengalaman dan maklumat dari semasa ke semasa.

Nama Sekolah: Tingkatan 5, SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching Mula terbabit dengan aktiviti astronomi: Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) Bonus Track Tahun 2009

Mohd. Zul Haziq bin Mohd. Fadzli

menyertai Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) dan berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan dari beberapa sekolah dan institusi pe-ngajian tinggi. Dengan adanaya aktivitiaktiviti ini membolehkan saya lebih berdikari dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah semasa cuti sekolah.

Nama Sekolah: Tahun 5, SK Petra Jaya, Kuching Mula terbabit dengan aktiviti astronomi: Selama satu tahun sejak Astronomy 4U diperkenalkan pada 2010


www.sarawak-astronomy.org

September 2011 - Mac 2012 • 10


11 • September 2011 - Mac 2012


Eksklusif

www.sarawak-astronomy.org

September 2011 - Mac 2012 • 12

Big Bang 1400 tahun dahulu Faliq Asyraf, Mesir

P

ada zaman dahulu, antara aktiviti manusia pada waktu malam bagi menghiburkan diri adalah dengan memerhati keindahan bintang-bintang di langit. Mereka mengibaratkan langit itu seperti suatu medan tayangan yang luas, seterusnya mewujudkan daya imaginasi yang kuat sehingga lahirlah corak-corak dilangit dengan pelbagai bentuk yang kita kenali sekarang sebagai buruj. Bahkan setiap jenis buruj itu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Inilah antara bukti bahawa alam semesta ini merupakan suatu karya seni yang agung. Namun, sebahagian daripada mereka terus berfikiran lebih jauh dan bukan sekadar suatu hiburan, hingga timbul satu persoalan, siapakah di sebalik keindahan karya agung itu? Siapakah yang melakarkan alam semesta sehingga menjadi begitu kompleks? Siapakah yang menciptakan hidupan dari air? Maka kajian demi kajian telah mereka lakukan dengan mencari bagaimana bermulanya alam semesta ini. Menurut kajian yang dilakukan

oleh Arno Penzias dan Albert Wilson, dua orang pakar fizik di Bell Telephone Laboratories di New Jersey pada tahun 1965, mereka membuktikan teori bahawa wujudnya suatu fenomena yang dikenali sebagai pengembangan alam semesta ‘the expanding universe’ yang menunjukkan bahawa jarak di antara galaksi di angkasa semakin hari semakin jauh antara satu sama lain. Maka lahirlah teori ‘big bang’ yang mengatakan, jika alam ini mengembang, pasti pada awal kejadian alam dahulu, ada satu titik pertemuan di mana semua jisim di alam semesta ini bersatu dalam satu gumpalan kecil yang begitu panas dan mempunyai isi padu yang begitu tinggi dan seterusnya meletup sehingga terjadinya alam semesta pada masa kini. Teori ini telah disokong dan diperkukuhkan lagi oleh Stephen Hawking dalam bukunya ‘A Brief History of Time’. Teori ‘big bang’ ini hanya ditemui dan dibuktikan kebenarannya pada abad ke-20 hingga ke-21 dengan kemudahan serta alat yang canggih seperti teleskop bintang Hubble. Namun, tanpa kita sedari, perkara

ini telah diberitahu dan disampaikan kepada umat manusia sejak 1,400 tahun yang lalu oleh seorang manusia agung yang bernama Muhammad S.A.W. Bayangkan pada ketika itu, tiada peralatan canggih seperti kini, dan pada masa yang sama juga manusia pada zaman itu kebanyakannya adalah buta huruf termasuk Nabi Muhammad S.A.W. Apakah mungkin manusia zaman itu, yang buta huruf, menyampaikan teori ‘big bang’ kepada manusia? Tanpa peralatan yang canggih seperti sekarang, adalah mustahil bagi seorang manusia pada zaman itu, untuk mengungkapkan penerangan yang begitu kompleks. Jika begitu, kalimah siapakah yang disampaikan Nabi Muhammad S.A.W? Siapakah di sebalik keindahan langit dan bumi, yang menjadikan hidupan dari air, yang menghamparkan bumi untuk kita hidup, yang mengetahui rahsia kejadian alam, yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui? Inilah kalimah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W Bersambung di muka 15

Sumber gambar: grandunificationtheory.com


13 • September 2011 - Mac 2012 Sambungan dari muka 4

Dalam gambar tersebut, menunjukkan simbol bagi nilai 100 berupa seakan-akan simpulan tali, satu ribu (1,000) pula berupa bunga teratai, sepuluh ribu (10,000) pula jari, seratus ribu (100,000) pula berupa katak atau berudu dan akhir sekali satu juta (1,000,000) berupa manusia yang sedang mengangkat kedua-dua tangannya. Nilai digit dalam sistem pengangkaan Mesir Purba ini ditentukan dengan kedudukannya. Selain itu, sistem ini juga berasaskan penambahan. Gandaan nilai-nilai di atas diungkapkan dengan mengulang simbol-simbol berdasarkan nilai yang dikehendaki. Contohnya, nombor 30 ditulis dalam sistem Mesir Purba sebagai; = 10 + 10 + 10 + 10 22 pula ditulis sebagai, = (10 + 10 ) + (1+1)

Sambungan dari muka 5

Bagi nombor 5,423 pula ditulis sebagai ;

=(1,000+1,000+1,000+1,000) + (100+100+100+100) =(10+ 10) + (1+1+1) = 5,423

Sekarang anda telah memahami bagaimana nombor ditulis dalam sistem pengangkaan Mesir Purba. Untuk melatih diri anda menggunakan sistem ini, anda boleh cuba menukar nombor-nombor di bawah dalam bentuk sistem pengangkaan Mesir Purba. 1. 1,234 2. 5,432 3. 51,279 4. 12,256 Jawapan

Rujukan: • http://ms.wikipedia.org/wiki/Angka_ Mesir • http://ms.wikipedia.org/wiki/Hieroglif_Mesir • http://www.eyelid.co.uk/numbers. htm • http://euler.slu.edu/escher/index. php/History_and_Numbers

jora menghampiri konjuksi dengan Matahari pada salah satu dari nod, iaitu pada longitud dengan planet Kejora melintas satah orbit Bumi, yang kita panggil sebagai ekliptik. Walaupun kecondongan di antara dua orbit ini hanyalah 3.4 darjah, Kejora boleh dilihat sejauh 9.6 darjah dari Matahari apabila dilihat di bumi semasa konjunksi inferior. Jujukan transit berlaku di dalam corak yang berulang seGambar 2.0 Fasa I sehingga fasa IV menun- tiap 243 tahun, dengan transit jukkan pergerakan planet Kejora melintasi perberlaku di antara selang 8 tahun mukaan Matahari. Sumber http://eclipse.gsfc. dan kemudiannya selalng 121.5, nasa.gov/OH/transit12.html kemudiannya selang 8 tahun Disebabkan planet Kejora terletak dan selang 105.5 tahun. Corak jujukan di antara Bumi dan Matahari, secara ini berlaku setiap 243 tahun. logik semestinya transit ini akan berlaku setiap tahun. Aktiviti di Planetarium Sultan Tapi oleh kerana orbit planet KeIskandar jora menyenget sebanyak 3.4 darjah Transit Kejora pada 6 Jun 2012 relatif dengan orbit Bumi, ia selalunya nanti menjanjikan pelbagai aktiviti akan melintas “di bawah” atau “di akan diadakan di planetarium dan puatas” Matahari semasa kedudukan ia sat sains di seluruh dunia. paling dekat dengan Matahari jika diliPSI pula menjanjikan pelbagai hat dari Bumi (inferior conjunction). aktiviti bermula April 2012 sebagai Dengan kata lain, satu-satu tranpromosi kepada transit ini. Aktiviti sit akan berlaku apabila planet Ke-

tersebut adalah seperti aktiviti video fulldome pendek menerangkan fenomena ini selepas setiap pertunjukan diadakan. Untuk rombongan sekolah pula aktiviti berkumpulan pula diadakan yang mensimulasikan menerangkan pergerakan planet Kejora menggunakan model kertas yang dihasilkan oleh pelajar sendiri. Bahan-bahan promosi, risalah dan bahan-bahan bacaan pendek juga akan turut diedarkan. Kemuncak aktiviti transit ini nanti adalah pada 6 Jun 2012 iaitu aktiviti ceramah, simulasi dan cerapan diadakan untuk orang awam bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga tengah hari. Pada waktu itu nanti, teleskop berkuasa tinggi yang mempunyai penapis solar dan cermin mata khas diedarkan kepada orang awam yang hadir untuk melihat fenomena tersebut. Harapan kami sebagai penganjur adalah semoga cuaca menyebelahi kita pada hari tersebut dan hadirin yang bakal hadir nanti akan dapat memanfaatkan sesi tersebut dan ketahuilah bahawa itulah fenomena astronomi transit Kejora yang terakhir untuk abad ini.


Rencana

www.sarawak-astronomy.org

September 2011 - Mac 2012 • 14

Pengalaman bersama PSACS Aslina Asmaniah, Kuala Terengganu

I

lmu Astronomi merupakan ilmu yang sangat luas dan amat menarik untuk diterokai. Astronomi telah memberi banyak pengalaman kepada saya terutamanya bersama Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Sebelum ini saya sememangnya tidak pernah terfikir untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang ilmu falak ini kerana bagi saya, cukuplah sekadar pengetahuan di dalam buku teks. Sebelum mencintai ilmu astronomi seperti sekarang, pemikiran saya sama seperti pihak yang menganggap bahawa ilmu astronomi ini hanya sesuai bagi seseorang yang diberi gelaran “ulat buku” sahaja. Namun begitu, selepas mengenali dan memahami konsep serta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan, saya merasakan bahawa astronomi bukan sekadar teori semata-mata. Astronomi adalah sesuatu yang berlaku di persekitaran kita dan sesungguhnya kita sendiri merupakan

Aslina bersama-sama rakan Sahabat Astronomi semasa Kem Astrophilia, Lundu.

elemen Astronomi itu sendiri. Sebelum bergiat aktif dalam Astronomi, setiap kali perkataan “Astronomi” muncul, apa yang saya bayangkan hanyalah angkasa lepas, bintang-bintang dan planet-planet. Pemikiran saya hanya tertutup kepada elemen angkasa lepas. Namun begitu, selepas diberi pendedahan kini barulah saya sedar bahawa angkasa lepas itu hanya sebahagian daripada ilmu astronomi. Saya telah menyedari bahawa ilmu astronomi adalah lebih dari itu. Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan saya yang telah berjaya memupuk minat saya terhadap Astronomi. Sesungguhnya, minat saya bermula daripada salah seorang rakan saya yang telah memberi peluang untuk saya memahami dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu astronomi melalui sebuah buku kepunyaannya yang bertajuk “Space”. Setelah membaca buku tersebut,

saya sering merujuk kepada beliau sekiranya ada perkara yang saya tidak faham dan tidak pasti. Hal ini secara tidak langsung telah memupuk minat saya terhadap Astronomi. Selain itu, jemputan ke salah sebuah Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) juga telah menemukan saya dengan Planetarium Sultan Iskandar. Sebelum ini, secara jujurnya saya tidak mengetahui bahawa planetarium yang pertama di Malaysia terdapat di Kuching, Sarawak. Sewaktu pertama kali saya mengikuti program tersebut, saya merasa amat kagum bahawa terdapat ramai pelajar yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang datang untuk menimba ilmu astronomi ini. Sesungguhnya saya merasa amat kerdil kerana terdapat adik-adik yang lebih muda daripada saya yang mempunyai ilmu astronomi yang lebih daripada saya. Namun begitu, hal ini tidak pernah menjadi penghalang kepada minat


15 • September 2011 - Mac 2012

saya, malah menjadi pembakar semangat saya untuk mengenali dengan lebih dalam lagi mengenai Astronomi. Sewaktu PSACS, saya menyedari bahawa ketinggian pengetahuan tentang ilmu Astronomi ini tidak diukur dengan umur seseorang. Seseorang yang lebih berumur tidak semestinya mempunyai lebih banyak ilmu astronomi. Kesemuanya bergantung kepada sejauh mana seseorang itu telah meneroka ilmu tersebut. Selepas melibatkan diri dalam PSACS beberapa kali, saya telah diberi penghormatan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Astrokuiz. Sememangnya Astrokuiz ini telah menjadikan minat saya terhadap ilmu falak semakin membuak-buak. Kemenangan dalam Astrokuiz bersama-sama tiga orang rakan saya yang lain semakin mendorong minat saya untuk meneroka dengan lebih lagi. Selepas Astrokuiz, saya bersamasama dengan kumpulan saya turut diberi peluang untuk menyertai Pameran Inovasi. Setelah mengikuti beberapa program dan juga kem yang dianjurkan oleh pihak Planetarium Sultan Iskandar, saya telah menyedari bahawa masih banyak yang perlu saya pelajari daripada rakan-rakan saya sama ada yang lebih tua daripada saya, malah

Salah satu aktiviti cerapan matahari semasa program Jerayawara Sahabat Astronomi.

juga daripada adik-adik yang lebih lama mendalami ilmu Astronomi ini serta pihak Planetarium yang telah memberi banyak pendedahan kepada saya sebagai salah seorang yang baru dalam bidang ini. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak amat membantu mengembangkan ilmu Astronomi ini terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kem-kem yang dianjurkan bukanlah sekadar untuk memberi informasi tentang Astronomi, tetapi turut menyelitkan unsur-unsur persahabatan, ka-

sih sayang, tanggungjawab, kerjasama dan keseronokan. Begitu juga dengan programprogram lain yang dianjurkan, seperti PSACS, Astronomy Day dan sebagainya. Saya amat kagum dengan tenaga kerja yang ditunjukkan oleh semua pihak bagi menjayakan kesemua program-program yang telah dilaksanakan. Oleh itu, saya amat berharap bahawa titik peluh dan penat lelah ini akan menjadikan ilmu astronomi sebagai salah sebuah ilmu yang membawa kepada kemajuan masyarakat.

Sambungan dari muka 12

1400 dahulu, yang diwahyukan kepadanya : Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ‘Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan

mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?’ (Quran:Al-Anbia’ayat 30) Inilah antara bukti kebenaran kalimah yang diwahyukan seterusnya disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. kepada umat manusia seterusnya mendorong kita agar terus menggali rahsia khazanah keunikan kejadian alam semesta dan semuanya hanya dapat dilakukan dengan satu kata, seribu makna,iaitu ‘ilmu’. Iqra’, bacalah, tuntutlah seberapa banyak ilmu agar kelak kita mampu memberi manfaat kepada yang lain. Selamat maju jaya, salam perkenalan dan Assalamualaikum.


Info Aktiviti

www.sarawak-astronomy.org

September 2011 - Mac 2012 • 16

Sekilas Pandang Aktiviti PSI

Gambar kenangan semasa Kem Sahabat Astronomi di Kem Belia Pueh, Sematan.

P

lanetarium Sultan Iskandar, Planetarium Pertama di Malaysia telah secara rasminya dibuka pada 19 Januari 1989 oleh Yang Dipertuan Agong ke-VIII, DYMM Almuttawakkil Alallah Al-Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Jenau Adam PSI (Planetarium Sultan Iskandar) kini berusia 23 tahun sejajar dengan sumbangannya kepada pembangunan komuniti khususnya sebagai pusat pembelajaran sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti interaktif dalam pengisian ilmu astronomi di Sarawak. PSI dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah mempelbagaikan modul program pendidikan sains angkasa dan aktiviti interaktif astronomi dalam memangkin cita-cita PSI mencapai status penyalur informasi astronomi terkini dan pendidikan sains. Di samping itu, diwujudkan juga perkongsian yang dikenali sebagai Sahabat Astronomi yang merupakan duta kepada PSI, sedikit sebanyak membantu mendedahkan dan mem-

promosi bahawa PSI adalah pusat pembelajaran sains angkasa khususnya di Sarawak. Jerayawara Sahabat Astronomi Program Jerayawara Sahabat Astronomi menjadi tulang belakang kepada program-program pameran bergerak tentang astronomi seperti pameran di Sejiwa Senada Peringkat Negeri dengan pengunjung untuk belajar tentang sains angkasa termasuk penggunaan aplikasi teknologi Augmented Reality, perisian yang membolehkan objek secara maya seperti planet, galaksi, asteroid, teleskop dan sebagainya dipaparkan di skrin komputer. Sesi cerapan juga diadakan semasa jemputan sesi pameran dan sesi perkhemahan gabungan unit-unit beruniform di sekitar Kuching dan Samarahan masing-masing seperti di SMK Gedong, Samarahan dan SMK Sg Tapang, Kota Sentosa.

PSI melalui Jerayawara Sahabat Astronomi tetap pada objektif utamanya, membolehkan interaktif aktiviti astronomi dilaksanakan di luar Planetarium dan memberi peluang kepada golongan sasar, khususnya pelajar luar bandar yang sukar untuk berkunjung ke Planetarium untuk mempelajari astronomi. Modul Jerayawara Sahabat Astronomi 2011/2012 lebih memfokuskan kajian mental bentuk muka bumi dan tarikan graviti bagi murid-murid yang berada dalam Tahun 4 sehingga Tahun 6, manakala kajian mental konsep alternatif astronomi pula bagi para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kajian ini bagi memantau dan melihat sejauh mana perkembangan pelajar dalam aspek mempelajari alam semesta dan astronomi di Sarawak. Kem Sahabat Astronomi dan kerjasama


17 • September 2011 - Mac 2012

sendiri, perhubungan di antara peserta dan juga elemen psikologi remaja di mana rata-rata segala akitiviti dibentuk dalam suasana harmoni dan santai. PSI juga terlibat dengan progam anjuran Pusat Sains Negara iaitu Program Penggalakkan Sains & Teknologi peringkat negeri di Uma Belor, Sg Asap Belaga pada 22 hingga 25 Julai 2011 dalam memupuk minat cintakan sains dan matematik serta astronomi khususnya di Bahagian Kapit yang memfokuskan etnik minoriti serta anak pedalaman.

Jenau Adam sedang bersama-sama pelajar yang berminat untuk mengetahui tentang astronomi.

Seminar Selain itu, PSI telah menganjurkan Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa pada 2009 yang merupakan aktiviti astronomi pertama di peringkat kebangsaan dengan kerjasama SAS. Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi peringkat negeri Sarawak juga diadakan pada 6 Ogos 2010 di Pusat Maklumat Islam (IIC) sebagai usaha menjelaskan dengan lanjut tentang kaitan falak dengan astronomi dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sarawak.

Sekumpulan pelajar sedang membuat aktiviti semasa program Jerayawara Sahabat Astronomi.

PSACS sentiasa ditunggu-tunggu pelajar

P

rogram Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) antara program anjuran PSI & SAS yang sering ditunggu-tunggu semasa cuti sekolah yang menampilkan pelbagai tema hasil seprti Astronomy Mythbuster serta Alien Planets dan sebagainya. PSACS memfokuskan pengisian ilmu astronomi secara aktiviti interaktif termasuk origami story telling berkaitan mitos-mitos buruj di samping flying origami (kapal terbang kertas dalam penerapan pendedahan awal aspek aerodinamik), mars rover challenge (simulasi kembara penerokaan planet Marikh), membina model spacecraft (Kepler’s Law) serta pelancaran roket air dengan kerjasama Planetarium Negara dan sebagainya. Selain itu, aktiviti sampingan yang

memerlukan kemahiran dan kerjasama pelajar seperti menghasilkan video dengan menggunakan telefon bimbit, video kamera dan lain-lain gajet, malah sesi lakonan teater berdasarkan mitos buruj yang menggunakan logik serta sesi teori tentang alam semesta dan astronomi turut terdapat dalam mana-mana slot PSACS. Hari Astronomi telah kembali dalam kalendar PSI dengan seramai 2000 pengunjung membanjiri PSI bagi Hari Astronomi 2011, bertemakan Universe Unites Us diadakan pada 28 Mei dengan kerjasama SAS. Aktiviti-aktiviti seperti AstroDart, AstroHunt, Mars Rover Challenge, Flying Origami, pelancaran roket air, Solar Motion Demonstrator, jam matahari, melukis dan mewarna dan sebagainya berjaya menggamit serta

menarik minat pengunjung ke Hari Astronomi 201. Di PSI sendiri, setiap rombo-ngan akan disusuli oleh pasca aktiviti berkaitan demonstrasi pendidikan astronomi dan aktiviti interaktif berdasarkan golongan sasaran atau umur, seperti kanak-kanak tadika akan mewarna dan mencuba cermin mata 3D serta cermin mata rainbow light, aplikasi solarscope, augmented reality technology – paparan objek secara maya dalam imej 3D di skrin komputer, aplikasi model sistem suria orrery, penggunaan teleskop, universe video serta ringkasan kembara angkasa melalui aplikasi stellarium. Teater kini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad kecuali Cuti Umum, pada pukul 9 pagi (rombongan), serta pada pukul 11 pagi, 12 tengah hari, 1 petang.

Info Aktiviti

Kem Astronomi dan Kem Astrophilia pula menekankan aspek praktikal mempelajari sains astronomi dalam menanam minat dan pengetahuan para peserta seumpama Kem Astronomi Pueh, Sematan pada 8 hingga 10 Julai 2011 dan sebagainya, selain seperti Kem Astophilia Alapong, Lundu atau perkhemahan Sahabat Astronomi di Mukah, bertempat Kem Belia Mukah pada 22 hingga 24 Oktober 2010. Objektifnya, mementingkan semangat persahabatan, mengenali sifat


Info Aktiviti

September 2011 - Mac 2012 • 18

www.sarawak-astronomy.org

Cerap langit dengan komputer, telefon bimbit Noraizah Idris

P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) menggunakan pelbagai aplikasi untuk memudahkan para pelajar menyerap ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi selain yang telah didedahkan oleh guru mereka di sekolah.

Stellarium Antara aplikasi yang selalu digunakan oleh PSI ialah Stellarium. De-ngan menggunakan aplikasi ini ia dapat membantu dalam menerangkan simulasi tentang kedudukan planet, bulan, bintang, buruj dan matahari mengikut masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan seperti yang kita ingin. Terdapat beberapa kelebihan apabila aplikasi ini untuk sistem pembelajaran termasuk imej yang di paparkan adalah realistik secara 3D dan serupa dengan objek yang sebenar dan setiap objek boleh dibesarkan supaya pengguna dapat melihat objek tersebut dengan lebih dekat. Selain itu, dengan menggunakan aplikasi ini juga para pelajar boleh pergi ke masa lampau, masa sekarang dan

Google Sky Map pilihan bagi mereka yang memiliki telefon bimbit dan tablet menggunakan sistem operasi Andriod.

masa hadapan untuk melihat kedudukan planet, bulan, bintang, buruj dan matahari. Stellarium ini boleh dimuat turun secara percuma di http://www. stellarium.org/ untuk komputer yang mempunyai sistem beroperasian Mac OSX, Linux dan Windows bagi sesiapa yang berminat menggunakan aplikasi yang menarik ini. Google Sky Map Selain Stellarium yang dimuat turun ke dalam komputer, terdapat beberapa aplikasi lain iaitu Google Sky

Aplikasi Starwalk yang terdapat pada sistem operasi iOS.

Map dengan aplikasi ini boleh dimuat turun dengan mengunakan telefon bimbit yang mempunyai system beroperasian Android yang ada pada telefon bimbit berjenama Samsung, Sony Ericsson dan Galaxy Tablet. Fungsi aplikasi ini dengan Stellarium adalah sama cuma Google Sky Map hanya sesuai untuk penggunaan di telefon bimbit dan Tablet sahaja. Aplikasi ini juga boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna telefon bimbit yang menggunakan system beroperasian Android di perisian Android Market. Dengan Google Sky Map ini para pengguna boleh mencerap langit malam dengan hanya menggunakan telefon bimbit yang senang untuk dibawa mana-mana sahaja. Starwalk Aplikasi Starwalk ini fungsinya juga sama seperti Google Sky Map tetapi Starwalk hanya sesuai untuk system beroperasian iOS yang terdapat dalam telefon bimbit berjenama iPhone dan iPad sahaja. Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan Starwalk contohnya tempat, masa dan tarikh boleh ditetapkan ke masa lampau, masa sekarang atau masa hadapan.


19 • September 2011 - Mac 2012

Pandangan Stellarium yang boleh didapati secara percuma

Pusat Sains Mini terima bahan pameran

S

ebelum ini, bahan pameran yang ada di Pusat Sains Mini PSI hanya Teknologi Augmented Reality (AR), Kiosk maklumat, Teleskop, model sistem suria dan gambar-gambar yang berkaitan dengan angkasa sahaja. Kini, bahan-bahan pameran Pusat Sains Mini PSI telah bertambah apabila menerima 12 buah bahan-bahan pameran yang disumbangkan dari Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur pada 4 Disember 2011 yang lalu atas inisiatif YB Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Semua bahan pameran tersebut adalah yang berkonsepkan gabungan teknologi dan sains. Dengan adanya bahan pameran ini, para pengunjung juga boleh mengisi masa terluang sebelum melihat tayangan dengan mencuba bahan pameran yang menarik di Pusat Sains Mini PSI.

Ketuk paip yang terdapat nombor di bawahnya dengan menggunakan pengetuk yang telah disediakan. Ikut nombor kod yang telah diberi bagi menghasilkan melodi dari satu paip ke paip yang lain.

Letakkan telinga pada hujung paip yang sama panjang dan dengar dengan teliti. Ulangi langkah yang sama dari satu paip ke paip yang lain.

Berdiri tegak dan lihat diri anda di dalam cermin tersebut dengan membuka tangan. Imej yang terbentuk adalah berbeza dari imej sebenar apabila menggunakan cermin yang melengkung.

Pusing pemegang hitam di tengah kolum yang terdapat pada periskop tersebut untuk melihat imej yang terhasil daripada cermin di dalam periskop tersebut.

Info Aktiviti

Selain itu, Starwalk juga membantu pengguna dalam memahami apa yang telah dipaparkan pada skrin dan menyediakan pelbagai soalan kuiz yang berkaitan dengan apa yang telah dipaparkan. Dengan kuiz tersebut pengguna dapat mempelajari ilmu astronomi dengan lebih mendalam walau di mana saja berada. Ia boleh di muat turun di Apps Store untuk iPhone dan iPad. Dengan menggunakan aplikasiaplikasi seperti ini, tiada halangan untuk kita mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu astronomi. Selain itu, para pengguna juga boleh mencerap langit tidak kira di mana lokasi anda berada.


Pertunjukan terbaru Planetarium Sultan Iskandar Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

Kategori: Umum dan Kanak-kanak Tempoh: 18 minit Sinopsis: Puteri Andromeda bakal dikorbankan oleh raksasa Cetus. Namun, apabila Perseus terpandang wajah cantik Andromeda, dia terus jatuh cinta kepada puteri itu. Dapatkah dia menyelamatkan puteri sebelum raksasa Cetus bakal menjadikannya sebagai mangsa?

Space Opera

Kategori: Umum Tempoh: 45 minit Sinopsis: Anda akan dibawa untuk mengembara dengan menggunakan kapal angkasa mengelilingi sistem suria. Perjalanan anda akan diiringi oleh maklumat serta hiburan yang merangkumi aspek artistik, falsafah, muzikal, saintifik yang tentunya akan memberikan pengalaman baru kepada penonton.

Jadual tayangan 2012 Isnin - Jumaat Sabtu, Ahad & Cuti Umum Masa

Kategori

Tajuk

8.45-10.15 am

Rombongan sekolah

Space Opera/Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

10.30 am

Umum

Space Opera

11.30 am

Umum

Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

2.15 pm

Umum

Larry Cat In Space

3.00 pm

Umum

Space Opera

4.00 pm

Umum

Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

Harga tiket: RM1 (pelajar/kanak-kanak) RM2 (dewasa)

Masa

Kategori

Tajuk

9.00 am

Rombongan sekolah

Space Opera/Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

11.00 am

Umum

Space Opera

12.00 pm

Umum

Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

1.00 pm

Umum

Larry Cat In Space

Teater PSI dibuka setiap cuti umum kecuali dinyatakan oleh pihak Pengurusan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi PSI untuk membuat tempahan bagi rombongan kumpulan atau mendaftar terus di laman web kami.


Aku dan Bintang 11