Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344 Keluaran 10

Julai - Disember 2011

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

EDISI KHAS: Dapatkan maklumat tentang Cuaca Angkasa dan kesannya kepada kehidupan kita di bumi ini.

POS TER K H Anc ama AS Ang n Cuac kasa a

Makhluk asing tarikan utama Hari Astronomi 2011 Menjejak tompokan matahari Teknologi skrin hijau pelbagaikan maklumat astronomi

Sertai perbincangan kami di Page Facebook dengan mengakses Planetarium Sultan Iskandar di Facebook dan @sahabatPSI di Twitter untuk mengetahui perkembangan terkini aktiviti yang akan diadakan.


Kandungan

Julai - Disember 2011 • 2

www.sarawak-astronomy.org

Media sebagai landasan komunikasi sains dan astronomi Makhluk asing tarikan utama Hari Astronomi 2011 - 4 Cuaca angkasa dan kesannya kepada kita - 6 Ancaman Cuaca Angkasa Lepas - 10 Teknologi skrin hijau pelbagaikan maklumat astronomi - 12 Kiosk pengantara ilmu astronomi interaktif - 13 Solar Motion Demonstrator untuk jejak kedudukan matahari - 14 Jerayawara Sahabat Astronomi sebar ilmu baru kepada pelajar - 15 Menjejak tompokan matahari - 18 Membuat buruj dengan origami - 20

Muka depan: Datuk Haji Fadillah bin Yusof, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia sedang mencuba teleskop bersama-sama Tuan Haji Soedirman bin Aini, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (dua dari kanan) semasa perasmian Hari Astronomi 2011. Turut sama Datu Romie Sigan, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, merangkap Residen Bahagian Betong (kiri) dan Tuan Haji Mohamad Atei bin Abang Medaan, Naib Presiden SAS.

K

embali lagi edisi kesepuluh Buletin Aku dan Bintang yang telah mula diterbitkan sejak 2007 sebagai media pengantara untuk menyampaikan maklumat astronomi dan sains angkasa kepada orang ramai. Bukan mudah untuk menghasilkan buletin seperti ini tanpa kerjasama daripada semua pihak kerana konteks maklumat yang ada adalah berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Melalui cara ini sahaja kita dapat memberitahu orang ramai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan disertakan dengan gambar-gambar aktiviti yang telah berlangsung. Namun, dengan perubahan arus teknologi, PSI-SAS turut menggunakan media lain untuk berkomunikasi dengan mereka yang sentiasa berminat dengan hal-ehwal astronomi dan sains angkasa. Media sosial seperti Facebook dan Twitter sentiasa menjadi pilihan utama disebabkan jumlah mereka yang berkomunikasi melalui media itu adalah ramai dan sentiasa aktif. Malah, ada yang menghasilkan kumpulan-kumpulan komunikasi sosial masing-masing selain menggunakan laman Facebook Planetarium Sultan Iskandar untuk mendapatkan maklumat terkini ataupun aktiviti yang telah dijalankan. Kumpulan Facebook seperti Sahabat Astronomi telah ditubuhkan untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli SAS dengan mereka yang baru berjinak dengan bidang astronomi. Kumpulan ini antara yang aktif bergerak menyebarkan ilmu astronomi kepada peminat terutama melalui soalan-soalan berkaitan dengan astronomi yang ditanya di laman tersebut. PSI-SAS turut mempunyai laman video sendiri di bawah kelolaan YouTube dengan menggunakan nama sahabatPSI sebagai tempat untuk menyimpan video-video aktiviti yang telah diadakan di kem atau dalam program-program yang dianjurkan. Di samping itu, PSI turut mempunyai laman web rasminya di www.planetarium-sarawak.org sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kalendar aktiviti, gambar, dokumen, pendaftaran kepada aktiviti serta tempahan bagi menonton pertunjukan secara berkumpulan. Sememangnya semua ini dapat dilakukan hasil daripada sumbangan dan penglibatan aktif mereka yang menganggap diri sebagai Sahabat Astronomi, yang bekerjasama dan sentiasa menyumpangkan idea, mahupun tenaga kerja secara sukarela untuk menjayakan aktiviti astronomi di bawah anjuran PSI-SAS.

Alfean Aziz Editor Artikel sumbangan: Alfean Aziz Ismandy Ali Zurwina Sharkawi Noraizah Idris Muhammad Athari Ismail Foto sumbangan: Aidel Rejie Mohd Zulfadli Yusof Azim Mortaza Noraini Othman

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org http://www.sarawak-astronomy.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • Julai - Disember 2011

PERUTUSAN

S

yukur ke hadrat Ilahi kerana pihak Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) kerana telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti astronomi yang mampu sampai ke seluruh negeri Sarawak selama enam tahun ini.

Dengan adanya penganjuran aktiviti-aktiviti dan program-program astronomi serta sains angkasa yang membabitkan masyarakat, PSI dan SAS mengambil inisiatif untuk menerbitkan Buletin Aku dan Bintang dan kini telah diterbitkan bagi edisi kesepuluh sejak tahun 2007. Penerbitan Buletin Aku dan Bintang ini bukan sekadar untuk berkongsi ilmu dan maklumat mengenai astronomi dan sains angkasa, malah ia digunakan sebagai saluran bagi peminat-peminat astronomi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar untuk berkongsi pengalaman, idea dan menjalinkan hubungan persahabatan menerusi Sahabat Astronomi. Dalam pada itu, buletin ini juga turut mencungkil bakat-bakat baru dalam penulisan dan ciptaan idea yang kreatif serta inovatif di kalangan mereka. Semangat kerja berpasukan dan bekerjasama di kalangan ahli-ahli PSI, SAS dan Sahabat Astronomi menjadi kekuatan kepada kejayaan bagi setiap aktiviti dan program yang dianjurkan. Ini dibuktikan menerusi kejayaan menarik lebih seribu pengunjung ke sambutan Hari Astronomi 2011 yang diadakan pada 28 Mei yang lepas. Syabas diucapkan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus menyediakan bahan-bahan bagi Buletin Aku dan Bintang ini, terutama bagi penyumbang-penyumbang kepada bahan-bahan untuk dimuatkan dalam buletin ini. Sumbangan anda telah membantu menyebarkan ilmu astronomi kepada semua.

Tuan Haji Soedirman Bin Aini Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak


Berita

Julai - Disember 2011 • 4

www.sarawak-astronomy.org

Makhluk asing tarikan utama Hari Astronomi 2011

Tuan Haji Soedirman Bin Aini, Setiausaha Tetap KPSU (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Haji Fadillah Bin Yusof, Timbalan Menteri MOSTI semasa perasmian Hari Astronomi 2011. Turut hadir Datu Romie Sigan, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) (tengah) dan Tuan Haji Mohamad Atei bin Abang Medaan, Timbalan Presiden SAS.

P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menganjurkan Hari Astronomi 2011 pada 28 Mei 2011 di kawasan sekitar PSI dan teater PSI serta Dewan Suarah Negeri, Kuching. Ia telah diadakan sejajar dengan Minggu Astronomi Sedunia yang disambut pada bulan Mei. Sempena dengan Hari Astronomi, tema ‘Universe Unites Us’ telah dipilih sebagai tema utama untuk menyalurkan idea-idea astronomi kepada pengunjung yang berkunjung untuk memeriahkan lagi Hari Astronomi tersebut. Dengan tema ‘Universe Unites Us’, makhluk asing telah digunakan sebagai gimik untuk menarik perhatian orang ramai agar mereka ingin berkunjung ke PSI sempena sambutan Hari Astronomi 2011. Sambutan yang diadakan dari jam

8.30 pagi hingga 2 petang ini telah membariskan beberapa aktiviti menarik kepada semua golongan masyarakat seperti tayangan planetarium percuma, pertandingan mewarna dan melukis bagi kategori pra-sekolah, sekolah rendah dan juga sekolah menengah, Lucky Astronomy dengan hadiah utamanya adalah sebuah teleskop, cabaran Mars Rover, cabaran menerbangkan kapal terbang kertas, Astro Hunt dan banyak lagi. Malah, pihak PSI dn SAS turut menganjurkan pertandingan mencari keluarga makhluk asing dengan keluarga yang berkunjung ke Hari Astronomi digalakkan untuk mengubah diri mereka seperti makhluk asing dan terdapat juga pertandingan mencari makhluk asing paling menarik semasa sambutan tersebut. Malah, sekolah-sekolah di sekitar bandar raya Kuching turut serta dalam memeriahkan lagi sambutan ini dengan menghantar pelajar-pelajar untuk

Ismandy Ali, Kurator PSI menyampaikan hadiah kepada penerima teleskop bagi kategori Lucky Astronomy.

Salah seorang kanak-kanak gigih menghasilkan lukisannya sempena Hari Astronomi 2011.


5 • Julai - Disember 2011

terlibat dalam sesi selari bagi memberikan maklumat kepada pengunjung yang berkunjung ke ruang pameran yang disediakan. Antara sekolah yang menyertai pameran selari termasuk SMK Santubong, SMK Matang Hilir, SMA Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), SMK Tun Abdul Rahman dan SMK Kota Samarahan. Di samping itu, terdapat juga pameran daripada agensi kerajaan serta kelab-kelab seperti Kelab Penerbangan Petra Jaya dan Kelab Paintball. Kira-kira 2000 orang telah berkunjung ke PSI untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Astronomi dengan kepelbagaian yang ditawarkan kepada semua peringkat umur. Malah, mereka yang menyertai pertandingan yang diadakan ada yang tidak pulang dengan tangan kosong terutama bagi kanak-kanak serta pelajar-pelajar sekolah yang menyertai pertandingan mewarna dan melukis. Peserta pertandingan menerbangkan kapal terbang kertas, kejohanan Mars Rover dan AstroHunt masing-masing turut bertuah menerima hadiah yang disumbangkan oleh pihak penaja. Acara utama iaitu pemilihan makhluk asing turut menyaksikan pemenangnya yang menerima sebuah binokular dan bagi Lucky Astronomy pula, pemenangnya dari SMK Santubong bertuah untuk menerima sebuah teleskop.

Barisan ‘makhluk asing’, yang dihakimi semasa pemilihan pencarian Makhluk Asing semasa Hari Astronomi pada Mei 2011 di PSI.

Hari Astronomi tahun ini amat meriah kerana kebanyakan tenaga kerja serta sukarelawan adalah daripada ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak atau lebih suka dikenali sebagai Sahabat Astronomi. Mereka dengan aktif melibatkan diri dalam menyusun aktiviti-aktiviti kecil, menganjurkan pertandingan, menjadi koordinator semasa pertandingan yang dijalankan serta turut giat terlibat dalam sesi selari pada sambutan tersebut. Sasaran PSI dan SAS melalui Hari Astronomi ini menjadikan astronomi ini sebagai subjek yang diminati oleh

Kanak-kanak berebut-rebut untuk menjawab soalan kuiz astronomi bagi mendapatkan hadiah semasa Hari Astronomi 2011.

setiap pelajar dan aspek yang sering diingati dalam kehidupan masingmasing. Acara sambutan ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Turut hadir sama Tuan Haji Soedirman Haji Aini, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Datu Romie Sigan Presiden Persatuan Astronomi Sarawak dan Tuan Haji Abang Atei Abang Medaan, Timbalan Presiden 2 SAS.

Sesi mewarna muka menyerupai makhluk asing oleh para Sahabat Astronomi semasa Hari Astronomi 2011.


Eksklusif

Julai - Disember 2011 • 6

www.sarawak-astronomy.org

Cuaca angkasa

dan kesannya kepada kita

Ismandy Ali

J

ika diteliti maksud cuaca angkasa sekali imbas seolah-olah terdapat pergerakan angin, perubahan suhu dan tekanan yang menyebabkan hujan ribut yang berada di angkasa. Tapi adakah cuaca angkasa benarbenar bermaksud demikian? Cuaca angkasa bermaksud aktiviti pada permukaan matahari dan angin suria (aliran proton dan elektron) yang mempengaruhi keadaan pada lapisan magnetosfera, atmosfera dan teknologi di permukaan Bumi serta yang mampu memberi kesan kepada manusia. Aktiviti yang disebabkan oleh matahari seperti pecutan jisim corona dan nyalaan suria menyebabkan radiasi adalah faktor utama penyebab cuaca matahari. Disebabkan matahari penyebab utama kepada cuaca angkasa, haruslah kita mengenali terlebih dahulu matahari khususnya yang berkaitan dengan tajuk rencana ini. Sila lihat Gambar 1.0.

Matahari Cuaca angkasa adalah berasal dari matahari. Sekurang-kurangnya terdapat empat fenomena utama yang dihasilkan oleh matahari menjadi perkara utama untuk memahami proses cuaca angkasa dan bagaimana ia memberi kesan kepada Bumi. Fenomena matahari tersebut adalah cetusan jisim korona, nyalaan

solar, lohong korona dan prominen. Cetusan jisim korona terdiri daripada jirim yang dicetuskan ke luar dari corona, iaitu lapisan paling luar matahari. Jangkauan paling jauh korona serta kepadatannya adalah ditentukan oleh medan magnet yang dihasilkan oleh keadaan di bawah permukaan (fotosfera) Bumi. Apabila medan magnet terpintal

Gambar 1.0 Struktur dalam matahari.


7 • Julai - Disember 2011

sinar-x tersebut berjuntai jauh ke angkasa lepas. Sila lihat Gambar 4.0. Prominen pula terjadi dari “awan” jirim matahari yang wujud di atas permukaan matahari dan jika dibandingkan ia nampak seperti cetusan lahar gunung berapi yang berbentuk seperti lengkungan dan terbebas ke angkasa lepas. Sila lihat Gambar 1.0.

Gambar 2.0 Cetusan jisim korona

kepada dirinya sendiri, jirim bercaj (dipanggil plasma) terkumpul dan termampat sehingga berbillion-billion tan. Pada tahap tertentu ia akan tercetus keluar dan apa yang kita akan lihat kemudiannya sebagai satu cetusan yang terhambur pada kelajuan berjuta-juta kilometer sejam. Sila lihat Gambar 2.0. Nyala suria pula adalah cetusan tenaga yang kuat yang berasal dari lapisan kromosfera matahari, iaitu dari lapisan “nipis” di antara korona dan fotosfera. Tempoh nyala suria boleh berlaku dari beberapa minit sehingga ke beberapa jam. Ia berbentuk seperti letupan di atas permukaan matahari.

Gambar 3.0 Nyala suria

Tenaga yang dihasilkan oleh letupan pada nyala suria adalah lebih kuat dari 40 billion kali ganda dari bom atom yang pernah digugurkan di Hiroshima semasa Perang Dunia Kedua. Sila lihat Gambar 3.0. Lohong korona yang hanya nampak di dalam spektrum sinar-x (anda memerlukan peralatan khas untuk membolehkan sinar-x dapat dikesan) adalah sebenarnya ‘lohong’ di dalam korona. Lohong tersebut boleh berlanjutan selama berbulan-bulan lamanya dan disebabkan oleh medan magnet tunggal di atas permukaan matahari (fotosfera). Medan magnet tunggal tersebut yang memberi bentuk kepada

Angin suria Jirim yang “ditiup” ke luar secara berterusan dari matahari dipanggil angin suria. Angin suria yang sampai ke Bumi seperti juga angin yang terdapat di Bumi berubah kelajuannya. Bagaimanapun, kelajuannnya di antara satu juta sehingga dua juta kilometer sejam. Tidak seperti angin di Bumi, angin suria ini berkepadatan amat rendah iaitu menyamai dengan keadaan paling vakum yang mampu dihasilkan di dalam makmal di Bumi. Walaupun ia amat nipis, kesan secara langsung boleh dilihat pada komet yang mana ekornya sentiasa menjauhi apabila menghampiri Matahari. Kandungan angin suria adalah proton, elektron, ion hidrogen, ion helium dan juga terdapat unsur-unsur lain seperti oksigen dan helium. Sila lihat Gambar 5.0. Kepadatan angin suria yang dihasilkan bergantung kepada sama ada ia disebabkan oleh cetusan jisim korona, lohong korona dan lain-lain seperti

Gambar 4.0 Lohong korona


Eksklusif

Julai - Disember 2011 • 8

www.sarawak-astronomy.org

yang telah disebutkan. Nyala suria yang membebaskan tenaga berbentuk sinar-x semestinya akan sampai ke Bumi dalam masa 8 minit seperti kelajuan cahaya yang kita ketahui iaitu bergerak di dalam 300,000 kilometer sesaat. Sila lihat Gambar 6.0 untuk Spektrum Elektromagnet. Bumi Bumi kita pula menyumbang kepada cuaca angkasa kerana kita mepunyai lapisan medan magnet yang dipanggil magnetosfera. Magnetosfera ini asalnya adalah seperti ‘belon’ yang melindungi Bumi. Oleh kerana ia ditolak oleh angin suria maka bentuknya adalah seperti di dalam gambar 5.0. Bahagian magnetosfera yang berhadapan dengan angin suria ini dipanggil magnetopause dan ia bersaiz lebih kurang 6 kali ganda dari diameter Bumi. Manakala bahagian belakang magnetosfera Bumi pula boleh menjangkau sehingga 100 kali diameter Bumi. Apabila jirim yang dihasilkan oleh cetusan jisim korona (jirim lebih padat) sampai ke magnetosfera, ia seolaholah menembusi magnetosfera dan sebahagian kecilnya masuk ke dalam bahagian dalam magnetosfera yang dipanggil Van Allen Belt sebelum beberapa proses berlaku dan diarahkan ke kutub Bumi lalu membentuk aurora. Sila lihat kembali Gambar 5.0. Atmosfera Bumi Bahagian atas atmosfera Bumi iaitu mesosfera dan termosfera yang berjarak dari 50km sehingga ke 800 km. kedua-dua lapisan ini menyerap tenaga terutama dari dan sinar ultra lembayung dan sinar-x dari matahari dan seterusnya atom yang terionkan

Gambar 5.0 Angin suria dan magnetosfera

membentuk lapisan ionosfera. Oleh kerana ia bersifat mengkonduksi elektrik, ia berinteraksi mudah dengan magnetosfera dan juga mudah berubah dengan kehadiran angin suria. Ribut elektromagnet yang disebabkan oleh matahari akan mudah memberi kesan terhadap lapisan ionosfera. Ini menyebabkan lapisan ionosfera ia akan mengembang dan menyebabkan geseran dengan satelit dan memendekkan hayat satelit di orbit. Pada masa yang sama juga medan magnetik yang dihasilkan oleh ionosfera ini juga memberi kesan kepada manusia dan teknologinya. Kesan cuaca angkasa kepada manusia Seringkali jika disebut kesan cuaca angkasa kepada Bumi, yang selalu menjadi contoh adalah di mana ia

Aktiviti yang disebabkan oleh matahari seperti pecutan jisim corona dan nyalaan suria menyebabkan radiasi adalah faktor utama penyebab cuaca matahari.

telah menyebabkan kerosakan besar kepada grid kuasa di Quebec, Kanada pada satu ketika dahulu. Tapi sebenarnya gangguan tersebut sebenarnya adalah lebih dari itu. Gangguan satelit Disebabkan komponen satelit menjadi semakin kecil, pada masa yang sama ia juga turut terdedah kepada partikel dari angin solar seperti cip mikro dan perisian di dalamnya. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem elektronik dan sehingga boleh mematikan operasinya. Selain itu, pengembangan lapisan ionosfera menyebabkan lapisan tersebut sampai ke kawasan di mana satelit mengorbit. Ini boleh memendekan hayat satelit mengorbit dan menyebabkan satelit jatuh ke Bumi. Gangguan komunikasi Banyak sistem komunikasi menggunakan ionosfera untuk menghantar isyarat radio untuk jarak yang jauh. Ribut ionosfera sebagai contoh menyebabkan beberapa frekuensi radio diserapkan manakala sebilangannya dipantulkan dengan ini menyebabkan isyarat tidak stabil. TV dan isyarat radio komersial bagaimanapun tidak diganggu oleh keadaan ini, tapi komunikasi dari darat ke udara dan kapal ke


9 • Julai - Disember 2011

Gambar 6.0 Spektrum elektromagnetik

pantai sememangnya terganggu.

nyebabkan transfomer terbakar.

Gangguan sistem navigasi Sistem navigasi seperti OMEGA dan LORAN akan terjejas teruk apabila aktiviti solar menganggu penghantar isyarat. Sistem OMEGA sebagai contoh terdiri dari lapan pemancar di seluruh dunia. Kapal terbang dan kapal laut menggunakan frekuensi rendah kepada pemancar ini untuk menentukan kedudukan. Semasa fenomena solar dan ribut geomagnetik (kesan langsung yang diakibatkan oleh pecutan jisim korona), sistem ini boleh menyebabkan sasaran tersasar beberapa kilometer. Kesan gangguan ini juga turut mengganggu sistem navigasi seperti LORAN - C dan sistem navigasi yang terkini iaitu GPS (Global positioning system).

Gangguan rangkaian paip Medan magnet juga boleh menyebabkan arus mengalir di dalam talian paip (seperti talian paip air dan minyak) yang mana boleh menyebabkan meter memberi bacaan yang kurang tepat. Selain daripada itu, ia juga boleh menggalakkan berlakunya hakisan dan menyebabkan paip mudah berkarat.

Gangguan grid kuasa elektrik Apabila medan magnet bergerak di dalam konduktor seperti kabel, arus elektrik akan dijanakan. Ini berlaku di dalam skala yang lebih besar semasa ribut geomagnetik. Kuasa dialirkan menggunakan arus ulang-alik kepada pengguna mengguna kabel penghantar kuasa yang panjang, tapi arus terus yang dihasilkan oleh ribut geomagnetik ini menyebabkan kesesakan sehingga me-

Kesimpulan Oleh kerana matahari adalah punca utama kepada cuaca angkasa, dan dilihat situasi sekarang di seluruh dunia, seharusnya kajian interaksi di antara fenomena pada matahari dan kesannya kepada magnetosfera dan atmosfera Bumi patut difahami dengan lebih teliti dan lebih meluas. Pada masa kini, fenomena yang berlaku pada permukaan matahari dan angin suria serta kesannya kepada Bumi semakin giat dibuat kajian tetapi tertumpu kepada negara-negara maju. Adalah amat diharapkan bahawa artikel pendek ini mampu memberi pengenalan kepada faktor yang menyebabkan cuaca angkasa dan diharap dapat membantu meningkatkan lagi kajian yang lebih meluas khususnya bagi generasi muda kita di Malaysia, paling tidak pun ia akan dapat dijadi-

kan titik tolak pemahaman orang ramai serta meminimakan kesan negatif cuaca angkasa kepada kita pada masa akan datang. Rujukan 1. Wentzel, Donat G. (1989). The Restless Sun. Washington D.C: Smithsonian Institution Press 2. http://sohowww.nascom.nasa. gov/spaceweather/ dicapai pada 7 ogos 2011 3. Rethinking Space Weather.http://www.youtube.com/ watch?v=19yrzPBSdM4 4. http://www.vsp.ucar.edu/Heliophysics/ di capai pada 7 ogos 2011 5. http://www.solarstorms.org/ dicapai pada 7 ogos 2011 6. http://www.swpc.noaa.gov/ dicapai pada 6 ogos 2011 7.http://www.spaceweather. com/ dicapai pada 6 ogos 2011 8.http://www.climate. gov/#climateWatch dicapai pada 5 ogos 2011 9. Forecasting Space Weather.http://www.youtube.com/ watch?v=_4nzvAIiUIQ 10.http://www.spaceweather. gc.ca/se-gps-fra.php? dicapai pada 5 ogos 2011 11. http://www.colorado.edu/geography/gcraft/notes/gisloran/gisloran.html dicapai pada 4 ogos 2011


www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2011 • 10


11 • Julai - Disember 2011


Berita

Julai - Disember 2011 • 12

www.sarawak-astronomy.org

Kiosk pengantara ilmu astronomi interaktif Muhammad Athari

K

iosk adalah alat yang digunakan sebagai media maklumat, transaksi, promosi, internet, penjualan tiket dan sebagainya. Secara umumnya kiosk berbentuk seperti mesin ATM, dengan para pengguna boleh menggunakannya untuk mendapatkan maklumat. Aplikasi yang digunakan juga mestilah interaktif dan padat dengan maklumat. Aplikasi yang digunakan di dalam kiosk adalah amat penting dan merupakan salah satu spesifikasi untuk menjadikan kiosk tersebut lebih menarik. Planetarium Sultan Iskandar melalui pelajar latihan industri UiTM sedang membangunkan aplikasi komputer yang akan dimasukkan ke dalam kategori perkhidmatan untuk kemudahan organisasi. Fungsi aplikasi media interaktif ini digunakan untuk memberikan maklumat kepada pengunjung Planetarium Sultan Iskandar dan juga merupakan salah satu medium dalam memberi pengetahuan dan juga alternatif lain selain daripada menggunakan khidmat planetarian yang sedia ada.

Aplikasi komputer ini terdiri daripada topik-topik tertentu dalam bidang astronomi dengan kandungan yang ringkas lagi padat serta mudah untuk difahami. Topik termasuk pengetahuan dalam sistem solar, latar belakang PSI, cuaca angkasa, dan mitos buruj serta maklumat-maklumat yang lain dalam ilmu astronomi. Aplikasi ini dilengkapi dengan ciriciri GUI (Graphical User Interface) yang menarik dan reka bentuk yang canggih

dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash CS5. Objektif kiosk ini sebagai salah satu alternatif dalam perkongsian maklumat dan juga sebagai alat membantu mengajar bagi pelawat. Selain itu, projek ini mampu membawa Planetarium Sultan Iskandar untuk menghasilkan produk sendiri seiringi dengan aplikasi Augmented Reality yang sedia ada. Dengan menggunakan aplikasi media interaktif, ia akan membawa manfaat kepada pengunjung terutama kepada kanak-kanak yang memerlukan bimbingan untuk memperolehi pengetahuan di mana planetarium maya ini akan membantu untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran bagi mencari maklumat. Tiga langkah mudah yang ditekankan oleh Planetarium Sultan Iskandar dalam menyebarkan maklumat astronomi adalah ia haruslah menyeronokkan, dibentangkan dengan sempurna, dan juga bermanfaat. Diharapkan alat pengajaran seperti ini akan membawa Planetarium Sultan Iskandar sebagai salah satu daripada Planetarium berdaya saing di negara ini sesuai dengan namanya sebagai planetarium pertama di Malaysia.


13 • Julai - Disember 2011

Contoh set berita yang direka daripada paparan skin hijau.

T

eknologi skrin hijau atau Green Screen adalah asas kepada kesan-kesan yang menarik yang dapat anda lihat dalam sesebuah tayangan Hollywood dan juga untuk ramalan kaji cuaca. Dengan berlatarbelakangkan skrin hijau, kita boleh menggantikan latarbelakang tersebut dengan imej atau klip video yang sesuai selain mudah untuk memanipulasikan keadaan dan juga watak yang dirakamkan. Sebagai contoh, ia boleh ‘membawa’ anda ke bulan, menerbangkan anda di angkasa dan sebagainya. Planetarium Sultan Iskandar kini sedang di dalam proses untuk mewujudkan satu kaedah penyampaian maklumat dengan menggunakan teknologi skrin hijau. Teknologi ini mampu membentuk platform maya bagi menyampaikan berita terkini tentang keadaan cuaca di angkasa. Antara kelebihan projek skrin hijau adalah ia mampu mengurangkan kos dari segi menghasilkan set dan juga menjimatkan masa. Dengan menggunakan aplikasi terkini untuk suntingan, skrin hijau mampu mewujudkan suasana seperti

di dalam set sebenar. Ia juga mampu menarik minat para pelajar untuk mencuba teknologi tersebut dan mengaplikasikannya di sekolah masing-masing. Selain itu ia juga salah satu usaha bagi pihak PSI untuk menjadikan sistem pembelajaran dan aktiviti interaktif lebih menyeronokkan untuk para pelajar. Seiring dengan misi PSI dalam

mempermudahkan penyampaian maklumat lebih efektif, kaedah ini berkemungkinan akan memberi satu revolusi dalam sistem penyampaian maklumat dalam bidang astronomi untuk lebih menarik. Bagaimanapun, projek ini masih lagi dalam percubaan dan akan diaplikasikan dalam program-program PSI masa hadapan khususnya program sains angkasa cuti sekolah.

Keadaan sebenar ketika sesi rakaman untuk berita berlatarkan skrin hijau.

Rencana

Teknologi skrin hijau pelbagaikan maklumat astronomi


Rencana

Julai - Disember 2011 • 14

www.sarawak-astronomy.org

Solar Motion Demonstrator untuk jejak kedudukan matahari Ismandy Ali

S

olar motion demonstrator (SMD) telah pertama kali digunakan semasa Program Sains Angkasa Cuti Sekolah ke-10 pada Jun 2010 di Planetarium Sultan Iskandar. SMD secara asasnya adalah satu alat pembelajaran untuk menunjukkan kedudukan pergerakan matahari di langit di pelbagai latitud di Bumi. Ia adalah ciptaan Professor Joseph Snider dari Kolej Oberlin, Amerika Syarikat pada tahun 1992. SMD secara ringkasnya terdiri daripada dua komponen utama iaitu bahagian bumi dan bahagian langit serta kedudukan matahari kemudiannya dilihat secara relatif dengan kedudukan pemerhati dari permukaan “pusat” Bumi. Ini bermakna arah mata angin utara, selatan, timur dan barat serta zenith iaitu satu titik khayalan di atas kepala adalah semuanya berdasarkan seorang pemerhati dari “pusat” Bumi tersebut. Secara asas, SMD boleh digunakan untuk menunjukkan arah matahari terbit dan terbenam, kedudukan paling tinggi matahari pada waktu tengahari, perjalanan matahari dalam sehari dan dengan kedudukan matahari jika dilihat dari beberapa lokasi di seluruh dunia. Bagaimanapun, SMD ini dicipta khas untuk lokasi di kawasan hemisfera utara dan dapat digunakan dihemisfera selatan dengan sedikit perubahan. Cukup menarik apabila dengan menggunakan SMD ini kita boleh dapati bahawa matahari tidak terbenam untuk beberapa tempoh dan malah terdapat juga matahari tidak terbit untuk beberapa tempoh di kawasan ekstrem sebelah utara. Semuanya dapat dilihat dan

Contoh Solar Motion Demonstrator yang telah disiap dihasilkan.

didemonstrasikan secara rasional melalui SMD ini. Untuk menjawab soalan-soalan berikut, pembaca disarankan untuk membuat turun SMD ini dari laman web PSI di http://www.planetariumsarawak.org dan cuba saksikan video demonstrasi di laman Youtube SahabatPSI di http://www.youtube.com/ watch?v=L-KExKWSxls Cuba jawab soalan tersebut menggunakan SMD yang telah siap dipotong: • Di manakah kedudukan matahari terbit dan terbenam semasa Equinox Mac dan September di kedudukan latitud di beberapa kawasan di

Malaysia? Bagaimana pula dengan di negeri seperti Jepun dan Finland? Di manakah kedudukan matahari terbit semasa solsetis Jun dan Disember di beberapa kawasan di Malaysia? Bagaimana pula dengan di negeri seperti Jepun dan Finland? Berapakah kedudukan matahari paling tinggi semasa Solsetis 21 Disember di Frankfurt Jerman misalnya? Apakah jarak paling jauh terbit matahari ke utara atau selatan dari jarak mata angin timur dalam setahun? Bilakah ia akan berlaku? Bagaimana keadaan perjalanan matahari dalam setahun di kutub utara?


15 • Julai - Disember 2011

Jerayawara Sahabat Astronomi sebar ilmu baru kepada pelajar Alfean Aziz

P

lanetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah mengadakan beberapa siri Jerayawara Sahabat Astronomi bermula Januari tahun ini sebagai salah satu usaha untuk menyebarkan kesedaran astronomi di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak. Dalam siri Jerayawara Sahabat Astronomi ini, PSI dan SAS telah memilih beberapa lokasi di luar dan sekitar Kuching bagi memberikan peluang kepada pelajar yang belum mempunyai pengalaman untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang astronomi dan sains angkasa.

Daerah Simunjan Jerayawara Sahabat Astronomi yang pertama dijalankan pada 2011 adalah diadakan di Daerah Simunjan dengan kedudukannya kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar raya Kuching. Dua sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah telah menjadi pilihan lokasi jerayawara iaitu SMK Simunjan No. 1, SMK Sri Sadong dan SK Abang Man. Rata-rata, sambutan para pelajar sekolah menengah dan sekolah menengah ke atas program jerayawara ini amat menggalakkan lebih-lebih lagi apabila mereka dapat mencuba aktiviti baru terutama dalam membuat carta bintang, mengenali buruj melalui perisian Stellarium serta menggunakan teleskop. Bagaimanapun, rancangan untuk mengadakan cerapan umum di kawasan lapang Daerah Simunjan gagal diadakan disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan pada kedua-dua malam ketika jerayawara diadakan.

Muhd. Alwi (kiri) dan Abg Mohd. Fadhli memberikan penerangan tentang sistem suria di SK Mukah dan SK Penangkup Ulu, Mukah.

Mukah Jerayawara Sahabat Astronomi Mukah telah diadakan pada bulan April dan bagi jerayawara ini, dua ahli Persatuan Astronomi Sarawak iaitu Muhammad Alwi Busrah dan Abang Muhamad Zulfadhli bin Abang Ariffin telah bersama-sama untuk menyampaikan maklumat astonomi dan sains angkasa kepada pelajar dan murid sekolah. Ini bukanlah pertama kali PSI dan SAS berada di Mukah dan sebelum ini telah diadakan Kem Sahabat Astronomi di Kem Belia Mukah sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan astronomi kepada para pelajar di lokasi tersebut dan sekitarnya. Bagaimanapun, disebabkan jumlah sebaran maklumat semasa kem amatlah terhad, tahun ini diadakan lagi program jerayawara sebagai cara untuk mendekatkan lagi para pelajar dan warga Mukah dengan ilmu astronomi.

Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih bagi program jerayawara ini yang melibatkan SK St Patrick, SK Mukah dan SK Penangkup Ulu, SK Kpg Tellian Mukah dan SMK Oya Dalat, Mukah. Bilangan pelajar yang menyertai program jerayawara ini amat menggalakkan memandangkan bukan selalu pihak PSI dan SAS berkunjung ke Mukah untuk mengadakan aktiviti sebegini. SK St Patrick telah menghantar bilangan murid paling ramai dengan kira-kira 400 murid berkumpul dengan meriahnya untuk belajar tentang ilmu astronomi. Malah, apa yang menarik, pihak kami turut mengadakan sesi mencerap bintang pada sebelah malamnya di ketiga-tiga sekolah tersebut kecuali SMK Oya, Dalat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Selain murid-murid sekolah yang


Aktiviti

www.sarawak-astronomy.org

Para pelajar SMK Simunjan No. 1 sedang cuba untuk menerbangkan roket air.

menyertai sesi cerapan itu, para ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pada malam tersebut turut sama belajar untuk mencari buruj di langit. Cuaca pada malam tersebut yang cerah membolehkan banyak bintang boleh dikesan oleh para murid sekolah dan ini menggalakkan lagi ramai yang datang di lokasi cerapan, iaitu di sekolah masing-masing. Di samping itu, PSI turut mengadakan beberapa kajian pendek semasa mengadakan program jerayawara iaitu kajian mental bentuk sfera bumi dan tarikan graviti bagi murid-murid berumur 4 hingga 12 tahun. Dalam kajian ini, model saintifik Bumi di angkasa dan graviti adalah antara model yang murid-murid akan lalui semasa belajar dalam kelas yang berkaitan dengan sains. Pemahaman konsep model ini amat penting untuk perkembangan konsep yang selanjutnya dalam pembelajaran astronomi. Cadangan kajian ini adalah melalui tiga fasa iaitu fasa pra-ujian, fasa aktiviti dan fasa pasca ujian. Di dalam fasa pra-ujian, murid-murid akan melalui ujian pendek yang terdiri dari 4 soalan. Semasa fasa aktiviti, murid-murid akan diberikan aktiviti seperti berkaitan subjek bentuk Bumi dan tarikan graviti Bumi melalui kaedah demonstrasi. Fasa terakhir iaitu fasa pasca-ujian, ujian yang sama akan diberikan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pra-ujian dan pasca ujian ini, tinjauan berkenaan mental Bumi dan tarikan graviti muridmurid dapat didapati selain keberkesanan aktiviti juga turut diperolehi. Bagi kajian kedua pula adalah kajian model mental konsep alternatif astronomi bagi pelajar-pelajar berumur 13 hingga 15 tahun. Model mental konsep alternatif astronomi adalah antara model yang pelajar-pelajar akan lalui semasa kelas berkaitan dengan sains. Pemahaman konsep model mental ini adalah amat penting untuk mengetahui bagaimana dan mengapa wujudnya refleksi dan maklum balas tentang salah faham mengenai konsep ini oleh pelajar-pelajar di dalam pembelajaran astronomi. Cadangan kajian ini adalah melalui dua fasa iaitu fasa

Julai - Disember 2011 • 16

Sesi mencerap bintang yang diadakan di SK Mukah dan SK Penangkup Ulu, Mukah.

Jerayawara diadakan di SK Kpg Tellian, Mukah.

Murid-murid SK Kpg Tellian sedang mencuba teleskop optik ketika program jerayawara di sekolah itu.

Murid-murid dari SK St. Patrick, Mukah terpegun dengan pergerakan Orrery, model sistem suria.


17 • Julai - Disember 2011

aktiviti dan fasa pasca-ujian. Semasa fasa aktiviti, pelajar-pelajar akan diberikan aktiviti seperti berkaitan subjek konsep astronomi berkaitan Bumi dan alam semesta dan sains angkasa melalui kaedah demonstrasi pendidikan. Fasa kedua iaitu fasa pasca-ujian, ujian berbentuk pelbagai pilihan  akan diberikan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pasca-ujian ini, tinjauan berkenaan mental konsep alternatif dapat membantu mengetahui

Murid-murid dari SK Tellian, Mukah bergambar kenangan selepas program Jerayawara Sahabat Astronomi.

kenapa dan bagaimana wujudnya tentang salah faham konsep alternatif astronomi di kalangan para pelajar berlaku, khususnya berkaitan matahari, gerhana matahari, fasa bulan dan gerhana bulan, graviti, musim, penjelajahan kapal angkasa, pusat alam semesta, bintang, buruj, dan angkasawan sekaligus ini akan dapat membantu mencari penyelesaian tentang kaedah membetulkan refleksi dan tanggapan salah (incorrect) mereka. Jadi, konsep alternatif digunakan untuk merujuk kepada salah faham

refleksi dan maklum balas tentang pendapat dan pengetahuan serta pemahaman terhadap beberapa konsep astronomi di kalangan para pelajar sekolah. Selain dua jerayawa utama, PSI dan SAS turut mengadakan jerayawa-jerayawa di kawasan berdekatan Kuching seperti di SK Siol Kanan, SMK Matang Hilir, SMK Tun Abdul Rahman dan SK Agama Tun Ahmad Zaidi serta SK St Peter, Padawan sebagai salah satu promosi menjelang Hari Astronomi.

Membuat buruj dengan origami Dari muka 20

For a slightly more sophisticated look, use your fingers to curl the bottom of the rabbit into an arc. This gives the impression of fore and hind legs. Selain “Constellation of Rabbit/ Lepus”, terdapat juga, origami lain yang digunakan oleh PSI untuk menarik minat para pelajar dalam mempelajari bidang astronomi dengan cara yang menyeronokkan antaranya ialah : • Origami Boat • Origami Swan • Origami 4-pointed-star • Origami Fish • Origami Rocket • Origami Airplanes Bagi Origami di atas, cara-cara untuk membuat nya sila layari laman web yang diberi :

http://www.origami-instructions. com/origami-boat.html http://www.marcels-kid-crafts. com/origami-swan.html http://www.origami-instructions. com/origami-4-pointed-star.html

http://en.origami-club.com/ easy/fish/fish/index.html http://en.origami-club.com/ easy/rocket/rocket/index.html http://www.origami-instructions. com/paper-airplanes-best.html

Aktiviti

Murid-murid dari SK Abg Man, Simunjan ketika program jerayawara di sekolah itu.


Info Aktiviti

Julai - Disember 2011 • 18

www.sarawak-astronomy.org

Menjejak tompokan matahari Ismandy Ali

M

enjejak tompok matahari adalah salah satu daripada aktiviti berkenaan dengan matahari yang seringkali diadakan semasa program astronomi. Ia telah diadakan buat kali pertama pada tahun 1991 dan mula di-adakan semula selepas beberapa tahun sejak 2004 yang lepas di kem Astronomi di Kem Alapong, Lundu oleh fasilitator dari Persatuan Astronomi Sarawak. Sejak itu, aktiviti menjejak tompok matahari sering diadakan sebagai sebahagian dari tentatif program yang menjangkau lebih dari dua hari. Ini termasuk beberapa siri Program Sains Angkasa Cuti Sekolah dari tahun 2007-2010 dan Kem-kem Sahabat Astronomi di Bahagian Kuching dan Mukah. Untuk rekod, terdapat beberapa ‘anomali’ yang agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya telah dikesan iaitu hampir tidak terdapat tompok matahari bagi tahun 2008 sehingga 2009 dan ia adalah agak ‘ganjil’ bagi sesetengah pelajar yang pernah mengikuti program anjuran PSI dan SAS sejak beberapa tahun sebelum ini (‘anomali’ tersebut sebenarnya berkaitan dengan kitaran matahari di dalam tempoh 11 tahun). Selain anomali tersebut, keadaan cuaca yang berawan tebal sering menyebabkan cerapan menggunakan teleskop ditukarkan kepada media alternatif iaitu data dari internet. Walaupun begitu, keseronokan memanipulasi data yang diperolehi sendiri tidak sama dengan data yang diperolehi dari Internet, walaupun data tersebut adalah diperolehi dari satelit canggih seperti STEREO dan SOHO. Tapi apakah sebenarnya tompok matahari? Tompok matahari sebenarnya adalah kawasan yang agak rendah

Gambar kedudukan tompokan matahari yang boleh dilihat dengan menggunakan teleskop.

suhunya berbanding dengan kawasan lain di sekitarnya. Bilangan tompok matahari adalah berdasarkan kitaran lebih kurang 11 tahun. Kitaran yang terkini yang menunjukkan kenaikan bilangan tompok matahari adalah antara tahun 1989 sehingga 2000. Sekiranya anda mempunyai teleskop atau ‘snapshot’ harian matahari dari Internet, anda boleh menjejaki kedudukan tompok matahari dalam tempoh sehingga lebih dari seminggu. Pada tahun 1612, Galileo telah merekodkan pergerakan tompok matahari. Berdasarkan lakaran beliau untuk tempoh lama, beliau dapat merumuskan bahawa matahari berpusing sekali dalam masa 27 hari. Untuk menjejak tompok matahari, berikut adalah persiapan yang perlu ada: Capaian imej matahari seperti dari Misi Stereo atau SOHO melalui internet atau menggunakan teleskop • Pensel

Templat menjejak tompok matahari (sila rujuk templat di bawah)

Kaedah 1. Buat beberapa salinan templat penjejak tompok matahari 2. Pada setiap hari, lebih kurang pada waktu yang sama, gunakan imej yang dapat untuk melihat kedudukan dan saiz tompok matahari. 3. Lukiskan tompok tersebut pada templat tersebut dengan menggunakan pensel. Pastikan anda melukis pada kedudukan yang betul. Pastikan anda menulis tarikh dan waktu merekod. 4. Ulang aktiviti tersebut sekurangkurang lebih dari seminggu dan anda akan dapati kedudukan tompok tersebut berubah. 5. Cadangan ialah anda boleh mencantumkan imej tersebut seperti sebuah buku kecil atau kamu imbas dan cantumkan imej tersebut untuk membentuk seperti sebuah pertunjukan slaid.


19 • Julai - Disember 2011

Info Aktiviti

Templat penjejak tompok matahari

Analisa 1. Cuba ambil dua daripada lakaran harian berturutan bandingkan kedudukan dan bentuk tompok matahari. • adakah bentuknya berubah? • berapa jauhkah ia telah bergerak? 2. Garisan tegak pada templat adalah penunjuk sudut dari pusat matahari. Ukur jarak berapa darjah tompok

tersebut telah bergerak dan cuba anggarkan berapa masa yang diambil untuk membuat satu pusingan. Formula (360/jarak yang dilalui x masa yang diambil). Sebagai contoh jika tompok bergerak 60 darjah dalam lima hari, maka ia mengambil masa 360/60 x 5 = 30 hari untuk membuat satu tempoh kitaran. 3. Untuk lebih berkesan, buat aktiviti cerapan ini beberapa kali pada

lokasi tompok yang berlainan dan ambil purata nilai tempoh tersebut (unit dalam ‘hari’). Berapakah nilai yang kamu dapat? Rujukan 1. sohowww.nascom.nasa.gov/ classroom/docs/Spotexerweb.pdf 2. http://www.sciencebuddies. org/science-fair-projects/project_ ideas/Astro_p005.shtml


Membuat buruj dengan origami Noraizah Idris

P

lanetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah memperbaharui kaedah mengajar ilmu astronomi melalui kaedah “Constellation Origami” kepada yang berkunjung ke PSI. Golongan sasaran bagi kaedah ini khususnya kanak-kanak dan guruguru dalam membantu menanam minat terhadap astronomi dan sains angkasa sekaligus memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa pentingnya ilmu astronomi dalam kehidupan kita seharian.

Selain itu, “Constellation Origami” boleh membantu dalam memperkasakan keupayaan kreativiti dan imaginasi di samping dapat membantu dari segi penceritaan yang berkaitan dengan astronomi dan buruj-buruj. Selain menambah ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi, kaedah ini juga membawa keseronokan kepada para pelajar jika dibandingkan

dengan kaedah pembelajaran yang sedia ada di sekolah. Kaedah origami mempunyai caracara atau simbol-simbol tersendiri dan fungsi simbol-simbol origami ini adalah untuk membantu memahami tahap-tahap arahan lipatan yang terdapat pada suatu diagram origami sehingga seseorang dapat membuat bentuk origami.

Simbol-simbol utama dalam origami adalah: 1. Lipatan Lembah 

Ditandai dengan garis putus-putus, bentuk lipatan seperti  Lembah.

Simbol Panah yang digunakan untuk menjelaskan arahan “dibalik ke dalam”. 4. Lipatan dibalik ke luar (outside reverse)

2. Lipatan Gunung

Ditandai dengan garistitik-garis-titik dst., bentuk lipatan seperti Gunung.

3. Lipatan dibalik ke dalam (inside reverse) Dengan melakukan dua macam jenis lipatan dalam satu kali balik, pertama lipatan gunung kemudian diikuti dg lipatan lembah pada bagian dalamnya.

Seperti halnya inside reverse, lipatan ini dilakukan ke dalam. Simbol Panah yang digunakan untuk menjelaskan arahan “dibalik ke luar”. 5. Membalik kertas Simbol panah ini untuk arahan membalik kertas yang sedang dilipat dengan tujuan untuk melipat permukaan sebaliknya

Origami Of Rabbit (Constellation of Lepus) Take a square sheet of paper and position it so it looks like a diamond shape. Fold in half and unfold. Fold the bottom left and bottom right edges towards the center crease. It will look like a kite shape. Fold the top of the kite (small triangular flap) downwards. Fold the tip of the kite back up approximately 2/3 of the way. The protruding triangle will be the bunny’s tail. Fold the model in half. Rotate clockwise a quarter turn. Cut the top crease a little less than half the length of the paper. Fold the two flaps upwards to make ears. Curl the ears and decorate with eyes. Notes: If you do not want to use scissors, you can skip step 7. The bunny’s ears will stick up as in step 9 but you will not be able to curl the ears independently. Bersambung di muka 17


Aku dan Bintang 10