Page 1

www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344 Keluaran 5

Januari - Jun 2009

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Ulang Tahun ke-20 Planetarium Sultan Iskandar

Imbasan aktiviti-aktiviti Planetarium Sultan Iskandar sepanjang 20 tahun STAR kembali juara Astrokuiz IYA 2009 Sekolah Astronomi ke-2 anjur perkhemahan astronomi

Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dinasihatkan untuk mengemaskinikan nombor telefon bimbit mereka dengan menghantar kepada alfeanaziz@planetarium-sarawak.org bagi menerima aktiviti terkini secara SMS.


Kandungan

Januari - Jun 2009 •

www.sarawak-astronomy.org

2

Lahir generasi berilmu melalui budaya sains dan astronomi

T

empoh 20 tahun bukan merupakan tempoh yang singkat. Sekiranya seseorang itu telah berumur 20 tahun, individu tersebut pastinya kini sedang menuntut di universiti bagi menambahkan ilmu pengetahuannya agar ia bersedia untuk menempuhi dunia pekerjaan. Lahir generasi berilmu melalui budaya sains dan astronomi - 2 PSI bermula dengan idea teater angkasa pertama Malaysia - 3 Pemikiran ke hadapan melalui ilmu sains - 4 PSI pemangkin intelek belia Sarawak - 5 Persatuan Astronomi Sarawak terima sumbangan daripada PUSAKA - 6 Gerhana matahari separa tumpuan warga bandar raya Kuching - 6 STAR kembali juara AstroKuiz IYA 2009 - 7 Ulang Tahun ke-20 Planetarium Sultan Iskandar - 8 Imbasan aktiviti-aktiviti Planetarium Sultan Iskandar 20 tahun - 10 Rombongan KPSU lawat planetarium KL, Melaka - 12 YB Fadillah rasmi pertunjukan digital PSI - 12 PSI-SAS sertai Sarawak PreSchool Convention 2008 - 13 Pengenalan astronomi melalui ESMIC - 13 Jerayawara SMK Kota Samarahan bangkit minat astronomi pelajar - 14 Program kerjasama PSI-SAS dengan agensi luar - 14 Sekolah Astronomi ke-2 anjur Perkhemahan Astronomi - 15 Kreativiti pelajar diuji dalam PSACS V - 15 Namakan galaksi pilihan anda - 16 Aktiviti Planetarium Sultan Iskandar dan panduan fenomena langit malam - 17 Pakej galakan promosi sains angkasa - 18 Making water clock - 19 Fun space facts - 19 Larry Cat In Space pertunjukan digital untuk kanak-kanak - 20 International Year of Astronomy 2009 telah bermula! - 20 Rekaan buletin Alfean Aziz Gambar muka depan sumbangan Pusat Khidmat P.194 dan koleksi PSI-SAS.

Bagaimanapun, tempoh 20 tahun bagi Planetarium Sultan Iskandar menandakan perubahan perlu wujud agar masyarakat kita mempunyai kecelikan dalam bidang sains dan astronomi. Minat dan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap astronomi secara keseluruhan hanya bermula apabila Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah berjaya pergi dan kembali dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Pada ketika itu, orang ramai mula ingin mengetahui siapa sebenarnya hero mereka dan apakah tujuannya untuk ke angkasa lepas. Namun, institusi planetarium seperti Planetarium Sultan Iskandar telah wujud dengan tujuan untuk memberikan kesedaran sains dan astronomi di kalangan masyarakat. Planetarium Sultan Iskandar merupakan planetarium pertama di negara kita, dan ia kemudiannya disusuli oleh planetarium-planetarium seperti Planetarium Negara, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu serta Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka. Sekiranya dilihat secara mikro, penubuhan pusat-pusat berkaitan dengan sains di negara kita masih lagi pada tahap merangkak dan dalam

Artikel sumbangan: Alfean Aziz Ismandy Ali Zurwina Sharkawi

Dicetak oleh Rotovision Enterprise

tempoh 20 tahun kesedaran orang ramai terhadap ilmu sains dan astronomi masih lagi terbatas. Ini menyebabkan peranan planetarium sebagai pusat penyebaran ilmu sains dan astronomi perlu digerakkan lagi agar orang ramai mampu meramaikan lagi planetarium, seolah-olah mereka ingin melihat artis mengadakan konsert atau menonton perlawanan bola sepak di stadium. Masyarakat tidak perlu takut dengan istilah sains dan astronomi kerana tanpa disedari mereka hidup dalam dunia yang penuh dengan ciptaan sains dan teknologi astronomi. Diharapkan dalam tempoh 20 tahun yang akan datang, planetarium ini berjaya mendidik masyarakat dengan ilmu-ilmu yang diperlukan untuk melahirkan warga yang celik sains dan astronomi. Dengan tenaga kerja yang berdedikasi planetarium ini mampu menjalankan lebih banyak aktiviti yang berfaedah untuk melahirkan generasi pelapis yang berilmu dan berkemahiran. Alfean Aziz Editor

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Dewan Suarah Negeri 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-415806 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • Januari - Jun 2009

PSI bermula dengan idea teater angkasa pertama Malaysia

W

alaupun telah menulis beberapa artikel astronomi sama ada di dalam akhbar dan buletin sebelum ini, saya selalu merasakan bahawa menulis mesej di sini adalah agak payah. Apabila mula menekan papan kekunci komputer riba, saya akan mula terfikir untuk mengatakan terima kasih kepada mereka di sana atau yang berada di sini atas sumbangan, atau hendak mengembalikan kenangan silam sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Sememangnya Planetarium Sultan Iskandar ini memang harus mengucapkan terima kasih kepada ramai orang, mana tidaknya tanggal 19 Januari 2009, genap 20 tahun sebuah institusi yang mendidik pengunjungnya akan kehebatan alam semesta. Ya, PSI memang terhutang budi kepada ramai individu, dari pencetus idea sebuah teater angkasa pertama di Malaysia sehinggalah kepada adik-adik yang bersusah payah untuk menjadikan PSI ini menjadi pusat tumpuan semula. Terima kasih! Pada 17 Oktober 2008, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, YB Tuan Haji Fadillah Yusof dan Menteri Muda  Hal Ehwal Belia dan Pelancongan YB Tuan Haji Hamden bin Ahmad telah merasmikan efek digital mirrordome di PSI. Bermula dari situlah, ramai golongan bijak pandai mula datang untuk melihat pertunjukan planetarium baru yang ada di sini.  Ada antara mereka

yang bukan sahaja datang untuk menyaksikan pertunjukan, tetapi ada yang sanggup menghulurkan bantuan dan idea untuk dijadikan panduan ke arah menjadikan institusi ini terus ke hadapan. Pelbagai cadangan dan idea dikemukakan oleh pelbagai pihak dan malah ada cadangan tersebut telah kami realisasikan. Antaranya adalah membuka pendaftaran program secara online selain daripada cara konvensional seperti melalui faks dan telefon. Dengan membuka pendaftaran secara online, ia telah membolehkan liputan luas penyertaan kepada lebih ramai golongan masyarakat. Pendaftaran secara online itu telah pertama kalinya dibuka untuk tempahan secara berkumpulan. Aplikasi online yang paling mutakhir adalah pendaftaran individu untuk Program Sains Angkasa Cuti Sekolah. Sejak kaedah pendaftaran ini dibuka, ia telah banyak membantu mempromosikan PSI sebagai sebuah institusi yang memberi pengalaman kepada orang awam berkenaan alam semesta. Pihak kami sememangnya berharap bahawa aplikasi online ini akan berterusan dan akan melibatkan lebih banyak lagi aplikasi online lain dan multimedia pada masa akan datang.

Tujuannya hanya satu, iaitu sebagai medium yang telus untuk membolehkan lebih ramai pihak terlibat di dalam aktiviti anjuran Planetarium dan Persatuan Astronomi Sarawak. Walaupun dengan sumber yang terhad kami akan gunakan sumber yang ada untuk terus ke hadapan lagi di dalam mendidik dan Memperkasakan Masyarakat Melalui Astronomi. Sempena dengan usia 20 tahun Pla-netarium Sultan Iskandar dan sebagai mewakili Unit Planetarium Sultan Iskandar, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Zalia Morshidi–Esslinger, kurator kedua Planetarium Sultan Iskandar (1990– 1994), Encik Romie Daniel Residen Bahagian Betong merangkap Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, atas nasihatnya, Hajah Asmah Othman dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Urbanisasi Sarawak Encik Ik Pahon Joyik kerana memberi kepercayaan kepada pasukan kami untuk berkhidmat dan memajukan Pla-netarium Sultan Iskandar.

Ismandy Ali Kurator, Planetarium Sultan Iskandar

Jasamu dikenang.


Perutusan

Januari - Jun 2009 •

www.sarawak-astronomy.org

4

Pemikiran ke hadapan melalui ilmu sains

R

akyat Sarawak sememangnya patut berbangga kerana adanya pusat penyebaran ilmu astronomi pertama di Malaysia iaitu Planetarium Sultan Iskandar yang sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mempromosikan astronomi untuk masyarakat. Ia harus diteruskan selaras dengan langkah kerajaan pusat untuk meningkatkan kadar celik sains teknologi dan angkasa melalui Program Angkasawan yang telah dilaksanakan pada Oktober 2007. Fungsi planetarium sebagai pusat pendidikan sains membolehkan masyarakat memperolehi manfaat berdasarkan kelengkapan teknologi yang disediakan supaya ilmu dapat disebarkan dengan mudah serta efektif. Untuk maju, masyarakat harus dilengkapkan dengan ilmu, dan ilmu sains serta sains angkasa merupakan cabang ilmu yang dapat memberangsangkan pemikiran golongan muda untuk sentiasa berfikiran ke hadapan. Sumbangan serta usaha yang diberikan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dalam membangkitkan minat sains angkasa di kalangan golongan muda di negeri ini harus dipuji dan disokong bagi melahirkan masyarakat yang berilmu sains angkasa dan astronomi. Agensi Angkasa Negara atau ANGKASA yang merupakan sebuah agensi di dalam MOSTI akan

mengadakan kerjasama dengan planetarium-planetarium lain di Malaysia dan luar negara termasuk Planetarium Sultan Iskandar bagi menyambut International Year of Astronomy 2009. Pelbagai kerjasama aktiviti telah dirancang seperti sesi cerapan, jerayawara (roadshow), hari terbuka, kem, kursus astronomi dan penerbitan bahanbahan berkaitan dengan sambutan berkenaan. Saya benar-benar berharap sekiranya lebih banyak kerjasama akan dapat diwujudkan bersama Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dengan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membolehkan planetarium ini terus membangun dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti serta pertunjukan yang berkualiti kepada masyarakat untuk masa depan. Akhir kata saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-20 untuk Planetarium Sultan Iskandar sebagai planetarium yang tertua dan pertama di Malaysia. Sekian. Terima kasih.

YB Tuan Haji Fadillah B. Haji Yusof Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)


5 • Januari - Jun 2009

PSI pemangkin intelek belia Sarawak

P

ada tahun ini, genaplah 20 tahun penubuhan sebuah teater angkasa pertama di Malaysia, iaitu Planetarium Sultan Iskandar.

Sejak ia dibuka kepada orang ramai, pusat ini telah menjadi tumpuan bagi penganjuran aktiviti-aktiviti serta pusat maklumat bagi bidang astronomi dan sains angkasa. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar ini adalah dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak, telah menarik minat ramai golongan muda untuk turut serta Planetarium Sultan Iskandar yang turut disertai oleh hampir empat ratus ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak, telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan astronomi, cerapan bintang, program jerayawara ke sekolah-sekolah luar bandar, kuiz astronomi dan hari terbuka astronomi bagi menjana pemikiran ke arah sains teknologi dan astronomi. Ia secara langsung membuka minda masyarakat terhadap ilmu astronomi dengan mewujudkan faktor tarikan orang ramai untuk terus berkunjung ke planetarium ini. Sambutan dan maklum balas yang diterima daripada orang ramai yang berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar juga amat menggalakkan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat negeri ini peka kepada perkembangan ilmu astronomi dan sains angkasa, khususnya selepas pelancaran Program Angkasawan Negara pada tahun 2007. Dan diharap sambutan dan maklum balas ini akan terus meningkat, terutamanya selepas pengenalan penggunaan teknologi digital ‘mirror dome’ bagi pertunjukan tayangan di teater planetarium. Sebelum ini, Planetarium Sultan Iskandar hanya menggunakan teknologi manual bagi pertunjukannya. Bagaimanapun, seiring dengan arus perubahan

teknologi telah memerlukan kita untuk menaik taraf peralatan yang sedia ada di dalam planetarium ini untuk menarik minat lebih ramai golongan lebih muda untuk merasai dan mengalami sendiri suasana angkasa lepas yang sebenar. Perubahan dan keperluan kepada teknologi terkini sebagai pemangkin kepada pembangunan intelektual golongan belia negeri ini mampu mewujudkan masyarakat yang celik teknologi maklumat (IT), sains angkasa, dan astronomi. Walaupun dipisahkan oleh Lautan China Selatan, Planetarium Sultan Iskandar turut mengadakan kerjasama aktif dengan Planetarium Negara di Kuala Lumpur seperti aktiviti yang bakal diadakan iaitu International Year of Astronomy atau IYA 2009. Ia merupakan sambutan hari astronomi sedunia yang disambut di peringkat antarabangsa. Malah, sebelum ini juga telah wujud kerjasama di antara kedua-dua pihak dari aspek perkongsian ilmu dan pengalaman yang boleh digunakan bagi merancang serta melaksanakan aktiviti bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan kemudahan digital juga boleh digunakan untuk pembelajaran beberapa bidang sains seperti perubatan dan kejuruteraan, malah ia juga sesuai untuk keperluan pelancongan dengan pakej ilmu sains untuk rakyat Malaysia sendiri atau pelancong dari luar negara. Dengan perkembangan ini, ia mampu menjadikan Sarawak, khususnya dan Malaysia amnya sebagai antara

destinasi pelancongan dan pendidikan di rantau ini yang menyediakan pelbagai pakej menerusi penggunaan teknologi tinggi yang interaktif serta menarik. Sehubungan itu, masyarakat negeri ini, khususnya golongan pelajar dan belia, perlu mengambil peluang ini untuk menggunakan kemudahan yang telah disediakan untuk meningkatkan daya saing dan tahap intelektual dalam bidang berkaitan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), institusi–institusi pengajian tinggi serta pihak swasta yang turut serta dan memberi sokongan kepada penganjuran aktiviti-aktiviti Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak selama ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ‘Selamat Ulang Tahun ke-20 Planetarium Sultan Iskandar’ dan berharap Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak akan terus berkhidmat kepada masyarakat dalam menyebarkan ilmu astronomi, seterusnya melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang ini.

YB Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia Sarawak


Eksklusif

Januari - Jun 2009 •

www.sarawak-astronomy.org

6

Persatuan Astronomi Sarawak terima sumbangan daripada PUSAKA

P

ersatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menerima sumbangan derma daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak syarikatnya dalam satu majlis yang diadakan pada 19 September 2008 di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching. Majlis penyampaian sumbangan derma berkenaan disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan selaku Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA dan SAS diwakili oleh Timbalan Presidennya, Encik William Patrick Nyigor. Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengurus Besar PUSAKA, Encik Hashim Haji Bojet. Pada tahun ini, PUSAKA dan anak-anak syarikatnya menderma sejumlah RM259,000.00 kepada 53

Timbalan Presiden SAS William Nyigor menerima cek sumbangan PUSAKA daripada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.

pertubuhan kebajikan dan sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak tahun 1982. Antara penerima sumbangan ialah pertubuhan kebajikan, badan-badan

amal, sukan, agama dan pendidikan yang bertujuan untuk menyokong organisasi berkenaan dalam menjalankan aktiviti mereka, di samping membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Gerhana matahari separa tumpuan warga bandar raya Kuching

B

iarpun ramai warga Cina yang menyambut tahun Tahun Baru Cina pada 26 Januari 2009, namun terdapat sebilangan warga bandar raya Kuching yang berkumpul di perkarangan Planetarium Sultan Iskandar untuk melihat fenomena gerhana matahari separa. Seawal jam 3.30 petang, orang ramai telah mula memenuhi teater PSI untuk mendengar taklimat dan simulasi yang disampaikan oleh Kurator, Ismandy Ali tentang gerhana matahari separa yang bakal berlaku pada jam 5 petang. Bagaimanapun, gerhana matahari separa itu tidak dapat disaksikan berikutan keadaan awan tebal dan hujan. Pada masa yang sama, keadaan gelap yang berlaku lebih awal berbanding biasa dapat dirasai disebabkan fenomena gerhana tersebut.


7 • Januari - Jun 2009

STAR kembali juara AstroKuiz IYA 2009

Juara AstroKuiz IYA 2009 jatuh kepada SMK Tunku Abdul Rahman yang telah menjuarai kuiz ini dua kali berturut-turut sejak 2007.

Zurwina Sharkawi

T

eka-teki bagi sekolah menengah yang bakal merangkul Piala Pusingan Astronomi Astronomi Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) akhirnya terjawab apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman menjuarai Pertandingan AstroKuiz IYA 2009. Kemenangan kali ini juga meru-

pakan yang kedua berturut-turut bagi SMK Tunku Abdul Rahman selepas menjuarainya pada tahun 2007, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Kota Samarahan dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi. Manakala, pada tahun 2006, SMK Batu Lintang telah menjuarai pertandingan ini. Pertandingan yang diadakan pada

Pertama kali menyertai AstroKuiz, peserta dari SMK Kota Samarahan telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini.

31 Januari 2009 itu menyaksikan enam sekolah menengah di Bahagian Kuching dan Samarahan bersaing sengit bagi merebut Piala Pusingan Astronomi KPSU dan sekolah-sekolah yang bertanding ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, SMKA Tun Ahmad Zaidi, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Santubong, SMK Kota Samarahan dan SMK Sungai Maong. Pada tahun ini, penganjuran AstroKuiz IYA 2009 oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak bagi tahun ketiganya adalah bersempena dengan sambutan International Year of Astronomy 2009 (IYA 2009) yang disambut di seluruh dunia. Tema pertandingan kali ini adalah selaras dengan visi IYA 2009 untuk membantu masyarakat dunia menemui semula kewujudan manusia di alam semesta melalui langit serta menghargai sumbangan astronomi terhadap kehidupan manusia. Selain itu, tujuan pertandingan ini juga adalah untuk membolehkan pelajar berkongsi ilmu astronomi bersama rakan-rakan mereka dan masyarakat serta menyemai minat terhadap astronomi dan sains, khususnya dikalangan generasi muda. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran KPSU, Encik Sebastian Sujang.

Encik Sebastian Sujang menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ketiga yang jatuh kepada SMK Agama Tun Ahmad Zaidi.


Eksklusif

Januari - Jun 2009 •

www.sarawak-astronomy.org

8

Ulang tahun ke-20 Planetarium Sultan Iskandar Alfean Aziz

T

idak sangka institusi yang berdedikasi dalam mewujudkan kesedaran tentang sains angkasa dan astronomi ini telah berusia 20 tahun. Kewujudan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) ini adalah dengan memberikan peluang kepada rakyat Sarawak untuk mengembangkan minda mereka dengan lebih luas dalam bidang sains dan astronomi. Tentang sejarah kewujudan PSI, ia merupakan planetarium yang pertama di Malaysia dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8, Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil Alallah Al-Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 19 Januari 1989. Dilengkapi dengan projektor Carl Zeiss M1015, PSI menjadi tumpuan orang ramai di setiap peringkat kerana terpegun dengan keupayaan untuk membawa mereka ke angkasa lepas dan menyebabkan siang menjadi malam dengan penggunaan simulasinya yang unik. PSI juga aktif menjalankan pelbagai aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah berdasarkan silibus di sekolah bagi memastikan mereka mampu mengenali dengan lebih mendalam tentang sains angkasa.

DR Zalia Morshidi–Esslinger ketika dalam salah satu sesi program cuti sekolah yang diadakan di teater PSI.

Aktiviti cerapan bintang dan program cuti sekolah antara yang menjadi tarikan, terutamanya bagi mereka yang mengambil peluang untuk melihat langit pada waktu malam melalui teleskop yang dimiliki oleh PSI. Malah, aktiviti cerapan dan program cuti sekolah ini tidak hanya tertumpu di bandar raya Kuching sahaja dengan aktiviti jerayawara, tetapi ia juga turut diadakan sehingga ke Kapit bagi mengembangkan minat astronomi di kalangan pelajar dan orang ramai. Melalui Kurator kedua, Dr Zalia Morshidi–Esslinger, dia telah mampu

(ATAS) Program Hari Astronomi Sedunia 2004 yang diadakan di PSI. (Kanan) Ismandy Ali sebagai ahli Persatuan Astronomi Sarawak sedang menunjukkan cara untuk membuat cerapan bintang dengan menggunakan teleskop pada 2002.

membangkitkan semangat astronomi dan sains angkasa dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bersifat astronomi walaupun dengan sumber yang terhad. Walaupun Dr Zalia telah meninggalkan PSI untuk melanjutkan pelajaranya di luar negara pada pertengahan 1990, semangat dan dedikasi Persatuan Astronomi Sarawak telah membantu dalam menganjurkan aktiviti untuk pelajar dan awam. PSI pada era digital PSI telah mengalami banyak perubahan dari segi kemampuan in-


9 • Januari - Jun 2009 frastruktur pada era ini, namun minat di kalangan pelajar terhadap astronomi tidak berubah bagi mereka yang menjadi pencetus semangat untuk menjadikan astronomi sebagai minat utama mereka. Dengan adanya Kurator iaitu Ismandy Ali, dia cuba mengembalikan tujuan asal PSI diwujudkan iaitu untuk memberikan kesedaran dan ilmu sains angkasa kepada orang ramai. Pertunjukan manual yang sebelum ini menggunakan projektor kini telah digantikan dengan penggunaan ‘mirrordome’ rekaan rakan kepada PSI, Paul Bourke seorang penyelidik dari Universiti Western Australia. Dengan menggunakan ‘mirrordome’, PSI dengan kubah yang diameter 15 meter serta keupayaan tempat duduk sehingga 170 orang telah berjaya membawa suasana yang seakanakan di angkasa lepas dengan keupayaan grafik 3D yang jauh berbeza ketika PSI mula beroperasi 20 tahun lalu. PSI dengan wajah baru cuba mengembalikan kegemilangan planetarium sebagai pusat kepada sumber maklumat sains dan astronomi. Ia tidak hanya tertumpu kepada aktiviti yang dilakukan di dalam teater, tetapi juga aktiviti keluar bagi memperkenalkan kembali planetarium kepada

KECERIAAN pada wajah pelajar-pelajar SMK Matang Hilir Kuching dan Kurator Ismandy Ali (bertopi) dan bekas Kurator Dr Zalia Morshidi–Esslinger selepas program ceramah yang dijalankan di PSI.

orang ramai. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan jerayawara, perkhemahan Astronomi (Astrophilia), Hari Astronomi Sedunia, Astrokuiz serta kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam menjayakan program-program yang berkaitan dengan astronomi. Malah, PSI juga telah memilih dua sekolah iaitu SMK Matang Hilir Kuching dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi sebagai Sekolah Astronomi berdasarkan sumbangan dan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti astronomi yang dianjurkan oleh PSI

serta atas usaha mereka sendiri. Perubahan yang telah dialami serta sokongan daripada sekolah-sekolah yang berminat dengan astronomi membolehkan kita melihat perkembangan dan kesedaran orang ramai serta pelajar dalam ilmu astronomi. Biarpun ilmu astronomi di negara ini merupakan suatu bidang yang baru, de-ngan galakan serta kesedaran yang diwujudkan oleh PSI, ia mampu melahirkan generasi yang berilmu terutama dalam bidang sains dan angkasa serta melihat ilmu ini sebagai aspek utama dalam kehidupan mereka.

Murid-murid SK Sempadi menunjukkan hasil mereka semasa jerayawara PSI-SAS.

Pelajar-pelajar giat aktif membiasakan diri mereka di PSI.

PENERANGAN tentang teleskop di SMK Sematan oleh Shaiful Nizam.

CERAMAH kepada pelajar sempena Hari Sains dan Matematik di SMK Sematan.

Pelajar bergambar kenangan selepas program Astrophilia di Kem Alapong, Lundu.

KURATOR Ismandy Ali memberikan ceramah kepada pelajar yang menyertai Kem Astronomi di Santubong.


Januari - Jun 2009 • 10

www.sarawak-astronomy.org

Imbasan aktiviti-aktiviti Planetarium

2

1

4

7

3

5

6

8


11 • Januari - Jun 2009

Sultan Iskandar sepanjang 20 tahun

9

10

11

12

13

14

1.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

16

15

Perasmian Planetarium Sultan Iskandar oleh Yang Dipertuan Agong ke-8 bersama-sama Ketua Menteri Sarawak. Turut kelihatan Timbalan Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu, Allahyarham Tun Datuk Patinggi Dr Ahmad Zaidi Adruce (kanan) dan Datuk Dr Mazlan Othman (1989). Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud memberikan ucapan ketika merasmikan Planetarium Sultan Iskandar pada 19 Januari 1989. Jacob Sebastian bersama-sama Dato Sri Haji Adenan Haji Satem. Pameran yang diadakan di Galeri PSI (1991). Ismandy Ali sedang menerangkan fungsi replika ‘Stonehege’ (1992). Aktiviti cerapan yang dilakukan oleh ahli-ahli SAS. Dr. Zalia bersama-sama Presidan SAS, Romie Daniel (1993). Pameran yang disertai oleh PSI-SAS di Betong yang turut dilawati oleh Timbalan Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu (2007). Perasmian ‘‘mirrordome’’ oleh Timbalan Menteri MOSTI YB Fadillah Yusof bersama-sama Menteri Muda YB Haji Hamden bin Haji Ahmad (2008). Jacob Sebastian bersama-sama Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila Taib di salah satu pameran astronomi (1992). Pengiktirafan SMK Matang Hilir sebagai Sekolah Astronomi Pertama (2007). Aktiviti pencerapan yang disertai oleh ahli-ahli SAS (2002). Para pelajar yang giat membuat projek semasa PSACS di teater PSI (2007). Peserta-peserta Mars Rover semasa Hari Astronomi Sedunia di PSI (2007). Aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh Dona Repet semasa fenomena gerhana matahari di Bintulu. Terkini, kakitangan PSI dan ahli-ahli SAS bergambar kenangan selepas majlis perasmian pertunjukan digital oleh YB Fadillah Yusof pada 17 Oktober 2008.


Berita

Januari - Jun 2009 • 12

www.sarawak-astronomy.org

Rombongan KPSU lawat planetarium KL, Melaka Setiausaha Tetap, Ik Pahon sedang melihat pemandangan dari balai cerap sambil mendengar penerangan daripada Pengarah Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali.

YB Hamden (tengah), sedang mendengar penerangan daripada Puan Azreena Ahmad, Pengarah Planetarium Negara. Turut kelihatan Setiausaha Tetap KPSU, Encik Ik Pahon Joyik.

D

alam usaha untuk meningkatkan lagi kemudahan dan struktur organisasi bagi Planetarium Sultan Iskandar, rombongan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) yang diketuai oleh Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia

Sarawak YB Hamden bin Haji Ahmad dan Setiausaha Tetap KPSU, Encik Ik Pahon Joyik serta kakitangan daripada PSI dan Bahagian Kebudayaan telah membuat lawatan sambil belajar ke Planetarium Negara di Kuala Lumpur dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka.

Gambar kenangan kakitangan Planetarium Negara dan rombongan KPSU yang diketuai oleh YB Hamden (tengah depan).

Lawatan inin bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk membantungkan infrastruktur yang berkatitan dengan astronomi di Sarawak.

YB Fadillah rasmi pertunjukan digital PSI

YB Fadillah menyatakan keinginan dalam menaik taraf PSI melalui peruntukan daripada MOSTI.

Perasmian... (Dari kiri), Romie Daniel, YB Hamden bin Haji Ahmad, YB Fadillah Yusof; Ik Pahon Joyik, dan William Nyigor.

T

imbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, YB Fadillah Yusof telah merasmikan ‘mirrordome’ di PSI pada 17 Oktober 2008 sebagai tanda PSI telah mula bergerak ke

arah pertunjukan digital dan 3D. Dalam majlis ringkas itu, tetamu jemputan berpeluang untuk melihat demonstrasi tayangan 3D menggunakan ‘‘‘mirrordome’’ yang merupakan hasil penyelidikan daripada penyelidik

Australia, Paul Bourke. Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia Sarawak, YB Hamden bin Haji Ahmad; Presiden SAS yang juga merangkap Residen Betong, Encik Romie Sigan Daniel; Setiausaha Tetap KPSU Encik Ik Pahon Joyik dan Timbalan Presiden SAS, Encik William Nyigor.


13 • Januari - Jun 2009

PSI-SAS sertai Sarawak Pre-School Convention 2008

M

embimbing pelajar untuk membina keyakinan diri untuk memberikan penerangan kepada guru-guru sekolah merupakan antara aktiviti PSISAS semasa Sarawak Preschool Convention 2008 anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar raya Kuching pada Ogos 2008. Beberapa pelajar yang terlibat aktif dalam SAS telah diberi peluang untuk menjalankan aktiviti gerak kerja bagi memberikan demonstrasi kepada guru-guru sekolah tadika mengenai asas kepada astronomi. Penglibatan aktif sebelum dan semasa konvensyen ini telah memberi peluang kepada ahli-ahli SAS untuk mempromosikan astronomi kepada guru-guru tadika, dan maklumat ini kemudiannya akan digunakan bagi mengajar kanak-kanak tadika di sekolah nanti. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti membuat roket, sistem suria, membuat kawah bulan, pengenalan tokoh astronomi dan banyak lagi.

PEnerangan tentang ‘flip book’ oleh Muhd. Alwi dari SMK STAR.

Gambar kenangan antara pelajar yang terlibat dalam aktiviti.

PARA guru yang diberi tugas untuk mendapatkan maklumat.

Faliq Asraf dari SMK TUNAZ sedang memberikan penerangan tentang perubahan bulan kepada salah seorang peserta konvensyen.

Pengenalan astronomi melalui ESMIC

S

etiap tahun PSI-SAS akan dijemput untuk turut serta dalam Kem Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (ESMIC) yang diadakan di SMK Sematan. Melalui Program ESMIC, penerapan tentang sains angkasa dan astronomi merupakan salah satu cara bagi memberikan kesedaran astronomi di kalangan pelajar, selaras dengan subjek sains yang diajar di sekolah. Dalam program selama setengah hari itu, beberapa aktiviti telah diadakan seperti permainan astronomi untuk membolehkan pelajar mengenal pasti objek dekat dan jauh di alam semesta serta cara-cara untuk membuat planisfera bagi membantu pelajar mencari buruj-buruj di langit. Pada sebelah malam pula, para pelajar berpeluang untuk membuat cerapan bintang, bagaimanapun aktiviti terpaksa dipendekkan disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.

SALAH satu aktiviti yang dijalankan oleh Kurator PSI, Ismandy Ali.

AHLI SAS, Fareiny Morni sedang melakukan sesi pengenalan.

PENJELASAN cara menggunakan planisfera oleh Zurwina Sharkawi, ahli SAS.

SALAH seorang pelajar telah siap menghasilkan planesfera.


Januari - Jun 2009 • 14

www.sarawak-astronomy.org

Jerayawara SMK Kota Samarahan bangkit minat astronomi pelajar

S

perkembangan ilmu tentang sains angkasa dan astronomi. Maklum balas daripada jerayawara ini mendapati ramai pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam bidang astronomi, namun mereka tidak tahu cara dan kaedah untuk mendalami pengetahuan dalam astronomi.

Sesi demonstrasi teleskop.

Jerayawara

MK Kota Samarahan merupakan antara lokasi rombongan PSI-SAS dalam menjalankan aktiviti jerayawara bagi memberikan kesedaran astronomi di kalangan pelajar. Jerayawara ini merupakan aktiviti pertama rombongan PSI-SAS mengadakan aktiviti jerayawara di Kota Samarahan dan sambutan para pelajar terhadap aktiviti ini amatlah menggalakkan. Malah, lebih mengejutkan bahawa para pelajar ini tidak ketinggalan dalam mengetahui sedikit

Para pelajar mendengar taklimat daripada Kurator PSI, Ismandy Ali.

Wajah ceria pelajar ketika mengikuti aktiviti yang diadakan semasa jerayawara.

Program kerjasama PSI-SAS dengan agensi luar

PeSERTA program perkhemahan anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menunjukkan kemahiran mereka menghasilkan planisfera.

Program anjuran Bahagian Belia KPSU turut menjemput PSI-SAS sebagai salah satu sesi mewujudkan kesedaran astronomi di kalangan remaja.

Pelajar sekitar Bau yang mengikuti program perkhemahan anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC) turut berpeluang belajar menghasilkan planisfera dalam sesi bersama PSI-SAS.


15 • Januari - Jun 2009

Sekolah Astronomi ke-2 anjur Perkhemahan Astronomi

A

tas dedikasi dan usaha untuk mengangkat nama sebagai Sekolah Astronomi Ke-2, ahli-ahli Kelab Astronomi dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) telah menganjurkan perkhemahan astronomi yang diadakan di Pusat Kokurikulum di Santubong selama tiga hari. Inisiatif pelajar-pelajar ini menjadi kebanggaan pihak PSI kerana melihat anak didik mereka mampu merancang dan melakukan dengan sendiri aktiviti seperti ini bagi membangkitkan kesedaran minat terhadap astronomi. Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada guru-guru serta kakitangan PSI -SAS, mereka berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik minat peserta. PSI-SAS juga turut memberikan sokongan menerusi bantuan khidmat nasihat dan ceramah astronomi yang telah disampaikan oleh Ismandy Ali. Kejayaan dalam penganjuran aktiviti seperti ini juga telah mewujudkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta yang telah mengikuti perkhemahan astronomi ini.

Malah, peserta juga berpuas hati dengan penganjuran perkhemahan itu serta mencadangkan agar lebih banyak lagi aktiviti sepeti ini dijalankan pada masa hadapan.

ANTARA aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan astronomi.

GAMBAR kenangan para peserta perkhemahan astronomi yang diadakan di pantai Santubong.

Kreativiti pelajar diuji dalam PSACS V

K

reativiti pelajar diuji pada kali ini dalam sesi Program Sains Angkasa Cuti Sekolah V (PSACS V) yang diadakan di Planetarium Sultan Iskandar. Peserta yang terdiri daripada beberapa sekolah di sekitar bandar raya Kuching dan Samarahan telah berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka dalam membina roket yang akan membawa manusia ke Marikh. Dalam program selama tiga hari ini, peserta turut diajar untuk merancang misi saintifik ke planet Marikh.

Antara aktiviti yang disertai oleh peserta PSACS V.


Info Angkasa

Januari - Jun 2009 • 16

www.sarawak-astronomy.org

Namakan galaksi pilihan anda Ismandy Ali

S

aya berani kata “tugas utama” bagi individu yang selalu melayari internet adalah hala dan klik? Halakan penunjuk menggunakan tetikus atau pad kekunci dan klik pada sesuatu butang untuk melaksanakan sesuatu tugas. Mudah sahaja bukan? Tetapi hadiahnya adalah nama kamu akan lebih diingati dengan melakukan perkara mudah dan ringkas itu sekiranya kamu mendaftarkan diri ke http://www.galaxyzoo.com. Seorang guru sekolah rendah dari Belanda, Hanny Van Arkel telah menemui sebuah objek yang dikenali sebagai Arkel voorwerp (bermaksud Objek Arkel) dengan hanya menjadi salah salah seorang antara sukarelawan maya dalam galaxyzoo.com Galaxyzoo.com adalah sebuah portal web kerjasama maya antara saintis dengan orang awam secara sukerela. Ia telah dimulakan pada tahun 2007 dan sehingga penghujung tahun 2008, seramai lebih daripada 150,000 orang telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan. Pada fasa pertama Galaxy Zoo, saintis telah memilih 1 juta imej galaksi dari pangkalan daa Sloan Digital Sky Survey (SDSS) dan membiarkan sukarelawan untuk mengklasifikasikannya.

Galaksi elips.

Laman web Galaxy Zoo.

Galaksi yang terdiri daripada berbilion bintang, adalah asas kepada struktur yang memberi cahaya walaupun jauh di dalam angkasa lepas sana. Setiap galaksi mempunyai saiz dan rupa bentuk yang berbeza, walaupun terdapat beberapa persamaan. Ciri-ciri galaksi boleh dilihat seperti besar atau kecil, tua ataupun muda, merah ataupun biru, terang atau malap, pilin atau membujur, malah ada galaksi wujud sama ada di dalam kumpulan atau sendirian. Dengan kata lain, alam semesta ini mengandungi pelbagai ‘spesies’ galaksi dan inilah yang kita panggil zoo galaksi. Selama lebih seratus tahun,

Galaksi lingkaran.

ahli astronomi telah membincangkan kaedah galaksi harus diklasifikasikan dan menentukan hubungan mereka berkait rapat di antara satu sama lain. Walaupun begitu, untuk mengklasifikasikan galaksi-galaksi ini ia tidak mampu dilakukan oleh ahli-ahli astronomi sahaja, walaupun ia melibatkan 10,000 ahli astronomi professional di seluruh dunia. Berbilion galaksi yang terdapat di luar sana memerlukan penyertaan orang awam sebagai sukarelawan un-tuk mengklasifikasikan galaksigalaksi ini. Menjadi sukarelawan adalah sungguh mudah. Anda hanya perlu mendaftar seperti biasa ke portalportal yang lain. “Tugas” anda hanyalah mengklasifikasikan sama ada gam-bar galaksi yang ditunjukkan adalah galaksi berbentuk elips atau lingkaran (spiral). Bagi kita, perkara seperti ini jauh lebih mudah dilakukan dengan kaedah penilaian manusia, dan kaedah ini tidak mampu dilakukan oleh komputer biasa pada masa sekarang. Berikut adalah beberapa galaksi yang memerlukan anda untuk melihat dan mengklasifikasikannya. Sekiranya klasifikasi anda tepat, anda boleh terus mendaftar ke http:// www.galaxyzoo.org.


17 • Januari - Jun 2009

Tarikh

Aktiviti/Fenomena

Januari 3 -4 Januari 11

Hujan meteor Quadrantids. Kemuncak dari 3 sehingga 4 Januari. Bulan penuh Gerhana matahari separa. Gerhana yang bermula dari Afrika selatan dan bergerak sehingga ke Borneo. Di Kuching boleh dilihat sehingga 80.6 peratus. Ceramah, simulasi dan cerapan diadakan di Planetarium Sultan Iskandar. AstroQuiz IYA 2009. Peserta adalah dari sekolah-sekolah sekitar bandar raya Kuching. Bulan penuh. Gerhana bulan berlaku tetapi Bulan hanya dilitupi oleh bayang-bayang penumbra Bumi. Istiqbal Musytari, Utarid dan Marikh pada waktu Subuh. Waktu terbaik untuk melihat ketiga-tiganya adalah kira-kira setengah jam sebelum matahri terbit. Pakej aktiviti untuk rombongan astronomi ke PSI dimulakan. Anak bulan astronomi. Planet berada di lokasi yang sungguh dekat dengan Bumi. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengambil gambar Zuhal dan bulan-bulannya. Pameran imej-imej astronomi ‘Windows to the Universe’ dimulakan. Bulan penuh Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS VI). Vernal Equinox Kem Astrophilia di Kem Alapong, Lundu. Venus boleh dilihat semasa senja dan semasa subuh berpusat pada hari ini. Peristiwa ini hanya berlaku setiap lapan tahun. Anak bulan astronomi Seminar Pengenalan Astronomi Peringkat Negeri di Islamic Information Centre (IIC). Bulan penuh Hujan meteor Lyrid. Kemuncak hujan meteor Lyrid. Bulan sabit, Zuhrah dan Marikh membentuk segi tiga yang indah. Anak bulan astronomi Sambutan Hari Astronomi Sedunia. Hujan meteor Aquarids. Kemuncak Hujan meteor Aquarids. Bulan penuh Anak bulan astronomi Bulan penuh Perkhemahan Astronomi di Kem Pueh, Sematan. Poster Astronomi: Skala Alam semesta. Solsetis musim panas di hemisfera utara Anak bulan astronomi

Januari 26 Januari 31 February 9 February 22 Februari 23 Februari 25 Mac 8 Mac 8 Mac 11 Mac 16 – 18 Mac 20 Mac 21-22 Mar 25 Mac 26 April 6 -8 April 9 April 16 -25 April 21-22 April 22 April 25 Mei 2 Mei 4-7 Mei 5-6 Mei 9 Mei 24 Jun 7 Jun 13- 14 Jun 18 Jun 21 Jun 22

Info Aktiviti

Aktiviti Planetarium Sultan Iskandar dan panduan fenomena langit malam


Pakej

Januari - Jun 2009 • 18

www.sarawak-astronomy.org

Pakej galakan promosi sains angkasa

P

lanetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dalam menyokong promosi pembelajaran sains peringkat tinggi menyediakan beberapa aktiviti bagi faedah lawatan daripada pihak sekolah. Sila layari www.planetarium-sarawak.org untuk membuat tempahan secara online atau mendapatkan maklumat lanjut. Pakej 2

Pakej 1 Khusus untuk murid-murid tadika, prasekolah dan ke bawah

Khusus untuk sekolah rendah

Pertunjukan Larry Cat In Space (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman. Alat bantu mengajar untuk menerangkan konsep Pertunjukan Larry Cat In Space (30 minit) - pergerhana dan model sistem suria (20 minit) menggunakan tunjukan prarakaman. Mari mengenal buruj dan melihatnya di langit (20 carta bintang planisfera untuk memahami dan mencari bintang sepanjang tahun (30 minit) - pelajar dibekalkan minit) - gerak kerja. dengan carta bintang (planisfera) secara berkumpulan. Konsep buruj dan simulasi planet menggunakan Simulasi sistem solar Stellarium pada MirrorDome (20 minit). Masa: 9:00 am Masa: 9:00 am Isnin sehingga Khamis Isnin sehingga Khamis Jumlah masa: 1 jam Jumlah masa: 1 jam 30 minit

Pakej 3

Khusus untuk sekolah menengah

Pertunjukan Oasis in Space (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman. Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit). Konsep-konsep astronomi seperti: a. Gerhana, transit b. Bulan-bulan mengelilingi planet c. Buruj dan ilustrasi kepercayaan langit pelbagai tamadun purba d. Simulasi rover marikh “MarsLab� dan rancangan NASA ke Bulan (projek Orion). Menggunakan Stellarium pada MirrorDome (40 minit). e. Simulasi angkasa lepas Masa: 9:00 am Isnin sehingga Khamis Jumlah masa: 1 jam 30 minit

Pakej 4

Pertunjukan Oasis in Space (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan pra rakaman. Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit). Konsep-konsep astronomi seperti: a. Gerhana, transit b. Bulan-bulan mengelilingi planet c. Simulasi matahari dan aktiviti matahari (prominence dan tompok matahari) di dalam pelbagai tapisan seperti sinar UV dan X-ray. Menggunakan Stellarium pada MirrorDome (30 minit) d. Mencerap permukaan matahari untuk melihat tompok matahari menggunakan teleskop, 8� celestron (sekiranya cuaca membenarkan) (20 minit) e. Simulasi angkasa lepas Masa: 9:00 am Rabu dan Khamis Jumlah masa: 2 jam


19 • Januari - Jun 2009

Making a water clock

W

ater clocks, like sundails, were used by the ancient Egypiants, Greeks, Romans and Chinese. Unlike sundails, water clocks don’t depend on sunlight, so they can keep track of the time on cloudy days or during the night. To make a kind of water clock based o a Chinese design, just follow the directions below. 1. Use a thumbtack to punch a hole in the bottom of each cup. Tack the five cups to the cardboard, one under another. 2. Tape the strip of paper vertically on the glass jar, and put the jar beneath the bottom cup. 3. For a test run, fill the top cup with water and make sure the water

drips smoothly through each cup. 4. Now pour out the water from the test run and fill the top cup again. Use a timer and, at the end of every five minutes, mark the water level on the paper taped to the jar. 5. When all the water has dripped into the jar, you’ll be able to use this “clock” to keep track of time.

6. For example, start your water clock again. Use the five-minute marks to time how long it takes you to do your homework, practice playing an instrument, or setting the table. Source : http://www.nationalgeographic.com/ngkids/trythis/try10. html

Fun space facts

T

he sun is over 300000 times larger than earth. Venus is the hottest planet in our solar system with a surface temperature of over 450 degrees celcius. The moon appears to have more craters and scars than Earth because it has a lot less natural activity going on, the Earth is constantly reforming its surface through earthquakes, erosion, rain, wind and plants growing on the surface, while the moon has very little weather to alter its appearance. Saturn isn’t the only ringed plan-

et, other gas giants such as Jupiter, Uranus and Neptune also have rings, they are just less obvious. Footprints and tyre tracks left behind by astronauts on the moon will stay there forever as there is no wind to blow them away. In 2006, astronomers changed the definition of a planet. This means that Pluto is now referred to as a dwarf planet. Because of lower gravity, a person who weighs 100kg on earth would only weigh 38kg on the surface of Mars. The only planet that rotates on its

side like a barrel is Uranus. The only planet that spins backwards relative to the others is Venus. The first man made object sent into space was in 1957 when the Russian satellite named Sputnik was launched. Jupiter’s 4 biggest moons are named Europa, Ganymede, Callisto and Io. It is because of the Sun & Moons gravity that we have high & low tides. Source : http://www.sciencekids. co.nz/sciencefacts/space.html


Larry Cat In Space pertunjukan digital untuk kanak-kanak

L

arry Cat In Space merupakan pertunjukan digital terkini yang ditayangkan di Planetarium Sultan Iskandar sesuai untuk tontonan kanak-kanak serta dewasa. Larry Cat In Space bukan sekadar tayangan digital biasa untuk menghiburkan penonton, tetapi membawa penonton kepada sudut pandangan seekor kucing terhadap bulan. Larry ini merupakan kucing yang amat disayangi oleh tuannya dan Larry juga menyayangi tuannya sehingga tidak ingin berpisah dengannya. Bagaimanapun, tuannya terpaksa bekerja di bulan dan ini telah menyebabkan Larry berasa sedih. Kesedihannya telah bertukar menjadi marah dan kemarahannya telah dihalakan kepada bulan kerana telah menyebabkan dia kehilangannya. Namun, Larry mempunyai rancangan sendiri untuk pergi ke bulan untuk bertemu dengan tuannya dan mempunyai rancangan supaya dia boleh terus tinggal di tempat. Cara penceritaan Larry Cat In Space yang bersahaja dan mengajak penonton untuk bersama-sama ‘menjadi’ Larry ini merupakan olahan yang menarik daripada Loch Ness Productions yang bertanggungjawab mengeluarkan pertunjukan planetarium ini. Malah, apa yang menariknya, pertunjukan Larry Cat In Space ini diil-

hamkan daripada kucing sebenar yang bernama Lawrence E. Katt yang telah menetap di Planetarium Fiske dari 1982-1999. Kebolehan Larry untuk menjadi teman kepada kakitangan di planetarium itu telah menyebabkan dia dipilih untuk membintangi salah satu pertunjukan yang dihasilkan oleh Loch Ness Productions. Pertunjukan Larry Cat In Space boleh disaksikan setiap hari kecuali Ahad dari jam 3 petang bagi Isnin hingga Khamis, 3.15 petang bagi Jumaat dan 11.45 untuk hari Sabtu. Bayaran masuk adalah RM1 bagi

International Year of Astronomy 2009 telah bermula!

B

agi mereka yang tidak mengetahuinya, IYA2009 telah bermula sejak awal tahun ini dengan ia telah disambut di seluruh dunia.

Ia sebenarnya menandakan ulang tahun ke-400 Galileo Galilei mencerap menggunakan teleskop buat pertama kalinya dalam sejarah astronomi moden. Perayaan ini merupakan sambutan sedunia yang menekankan sumbangan astronomi kepada masyarakat dan budaya serta penekanan diberikan terhadap pen-

didikan serta orang awam. Visi IYA2009 untuk membantu, masyarakat dunia menemui semula kewujudan mereka di alam semesta melalui langit dan seterusnya membangkitkan semula perasaan takjub dan penemuan. Setiap manusia harus sedar akan sumbangan astronomi dan sains dalam kehidupan seharian dan bagaimana pengetahuan saintifik dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat yang sejahtera. (Sumber: http://www.astronomy2009.org/

kanak-kanak dan pelajar serta RM2 bagi dewasa. (Sumber: http://www.lochnessproductions. com/shows/lcs/lcs.html)

Aku dan Bintang Vol 5  

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you