Issuu on Google+

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2008

ISSN 1985-0344 Keluaran 4

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

INSPIRASI PROGRAM ASTRONOMI DAN SAINS ANGKASA SMK Matang Hilir juara reka cipta astronomi

Pembelajaran astronomi melalui Kem Astrophilia International Year of Astronomy 2009 Kemas kini nombor telefon bimbit bagi memudahkan anda untuk menerima maklumat aktiviti terkini secara SMS (untuk ahli sahaja).


Kandungan

Julai - Disember 2008 •

www.sarawak-astronomy.org

2

Tanamkan minat astronomi di sekolah

T

ahun ini Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar berasa amat bertuah kerana kita telah berpeluang untuk bertemu dengan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di bandar raya ini. Tanamkan minat astronomi di sekolah 2 Perubahan persepsi terhadap astronomi 3 SMK Tun Ahmad Zaidi: Sekolah Astronomi Kedua 4 Hari Astronomi Sedunia 2008: Penyemai minat astronomi semasa 5 Dr. Sheikh Muszaphar Shukor: Inspirasi Program Astronomi dan Sains Angkasa 6 SMK Matang Hilir juara reka cipta astronomi 8 Angkasawan Negara melawat Planetarium Pertama Malaysia 10 - 11 PSI-SAS usaha lahirkan generasi pelapis 12 Experience digital fulldome planetarium 13 Pembelajaran astronomi melalui Kem Astrophilia 14 Penjelajahan langit malam 16 Buran: Kapal angkasa Ulang-Alik Sulung Russia 17 Pakej galakan promosi sains angkasa 18 Did you know? 19 Kalendar aktiviti 19 International Year of Astronomy 2009 20 Rekaan buletin Alfean Aziz Gambar muka depan sumbangan Jefri Bakeri

Malah, apa yang lebih menarik adalah pertemuan itu diadakan di teater PSI dan ahli-ahli SAS telah diberikan peluang untuk bersemuka dengan idola mereka. Disebabkan itu, bagi keluaran A&B kali ini, wajah-wajah semasa sesi pertemuan Angkasawan Negara dengan ahli-ahli SAS telah menjadi muka hadapan buletin ini. Ini sebagai penghargaan kepada ahli-ahli persatuan yang sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun. Aktiviti awal tahun ini dimulakan dengan pertemuan antara agensi serta guru-guru bagi membincangkan program kerjasama yang boleh diadakan antara SAS dan PSI. Apa yang menarik adalah kehadiran wakil-wakil dari Planetarium Negara yang turut berkongsi idea serta aktiviti mereka semasa pertemuan yang diadakan di Kem Alapong, Lundu. Kem Astrophilia turut menjadi sambutan setiap ahli SAS yang ingin mendalamkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang sains angkasa dengan aktiviti ini telah disertai oleh ramai ahli-ahli persatuan yang turut

diadakan di Lundu. Namun begitu, aktiviti yang boleh dikatakan terbesar pada separuh pertama tahun ini merupakan Hari Astronomi Sedunia 2008 yang diadakan di SMK Matang Hilir, Kuching yang merupakan tuan rumah kepada aktiviti tersebut. Banyak aktiviti yang diadakan dengan penglibatan ramai pihak terutama dari sekolah yang mempunyai ahli-ahli dari SAS. Penglibatan ramai pihak telah membolehkan aktiviti diadakan dengan jayanya lebih-lebih lagi tahun ini kita telah mengumumkan penerima anugerah Sekolah Astronomi Kedua iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi. Diharapkan banyak lagi penglibatan daripada Sekolah Astronomi Kedua ini. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Pustaka Negeri Sarawak dan Yayasan Sarawak kerana menganjurkan pertemuan antara Angkasawan Negara dengan ahli-ahli SAS.

Artikel sumbangan:

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Dewan Suarah Negeri 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-415806 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org

Alfean Aziz Ismandy Ali Paul Bourke Shaiful Nizam Malek Zurwina Sharkawi Dicetak oleh Rotovision Enterprise

Editor Alfean Aziz


3 • Julai - Disember 2008

Perubahan persepsi terhadap astronomi

S

ejak Program Angkasawan Negara diperkenalkan pada tahun 2004 dan misi Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dilaksanakan pada bulan Oktober 2007, saya dapat rasakan terdapat perubahan kepada persepsi dan orientasi masyarakat terhadap bidang astronomi. Perubahan persepsi masyarakat terhadap astronomi ini yang secara mendadak dapat dirasai menerusi pelbagai pertanyaan dan kemusykilan yang diterima mengenai Dr. Syeikh Muszaphar Shukor serta Program Angkasawan Negara dalam beberapa siri program Jerayawara Astronomi (astronomy outreach) di luar bandar raya Kuching dan Siri Program Astronomi Cuti Sekolah (PACS) yang diadakan sejak dua tahun yang lalu. Menerusi Program Angkasawan ini jugalah kita dapat melihat serta menilai sejauh mana celiknya masyarakat terhadap astronomi dan sains angkasa sebelum ini berbanding sekarang. Ingin saya simpulkan tahap pendedahan masyarakat kita kepada dua kategori iaitu mereka yang mengetahui serta memahami astronomi serta sains teknlogi dan mereka yang tidak terdedah secara langsung terhadap bidang berkenaan. Bagi kategori pertama yang memahami program tersebut, mereka tahu bahawa Angkasawan kita pergi ke ISS yang mengorbit Bumi dan melakukan penyelidikan dalam keadaan graviti mikro di sana. Umumnya mereka juga mengetahuinya menerusi siaran langsung yang disiarkan oleh media massa, selain video streaming internet. Golongan ini yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi harus diberi lebih banyak pendedahan untuk menganjakkan minat mereka ke arah bidang tersebut dengan lebih serius, seterusnya melibatkan diri dalam sains dan teknologi ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi kategori kedua pula, golongan ini sering menggunakan istilah-istilah yang agak kuno untuk menggambarkan atau menjelaskan maksud program tersebut. Antara istilah kuno tersebut ialah ‘pergi ke langit’, ‘tinggal dan bertemu dengan manusia di langit’, malah ada juga yang mengatakan bahawa Angkasawan kita telah pergi ke bulan!

Sekiranya Program Angkasawan ini tidak diwujudkan, pastinya masyarakat kita masih jauh ketinggalan dalam kemajuan bidang astronomi dan sains angkasa, walaupun secara umumnya mereka tahu mengenai pelbagai program seperti pelancaran satelit, roket dan kapal angkasa Apollo yang telah menghantar manusia ke bulan. Pada masa yang sama, program berkenaan telah menjanakan stigma bahawa ‘masyarakat Barat adalah jauh amat maju dan baik berbanding dengan kita!’. Walaupun kita hanya ‘menumpang’ dan menggunakan teknologi negara lain untuk ke angkasa, namun yang paling penting negara kita telah berjaya mengukir nama di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara yang rakyatnya pernah pergi ke angkasa lepas, seterusnya mengorak langkah untuk maju dalam astronomi dan sains angkasa di peringkat yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, kita sebagai rakyat Malaysia sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju dalam perlumbaan ke angkasa lepas. Syabas kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya merealisasikan Program Angkasawan Negara yang kini telah menjadi kenyataan. Akhir sekali, sebagai wakil kepada peminatpeminat astronomi yang berpusat di Planetarium Sultan Iskandar Kuching, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak pengurusan Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) dan Yayasan Sarawak kerana telah mengatur sesi pertemuan antara Angkasawan Pertama Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dan peminatpeminat astronomi di Planetarium Pertama Malaysia - Planetarium Sultan Iskandar. KURATOR Planetarium Sultan Iskandar


Berita

Julai - Disember 2008 •

www.sarawak-astronomy.org

4

SMKA Tun Ahmad Zaidi

Sekolah Astronomi Kedua

S

etelah memperkenalkan Anugerah Sekolah Astronomi pada tahun 2006 dengan penganugerahan pertamanya disandang oleh SMK Matang Hilir, Kuching, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah mengumumkan penerima kedua Anugerah Sekolah Astronomi 2008 yang disandang oleh SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching. Anugerah Sekolah Astronomi Kedua ini telah diumumkan dan disampaikan oleh Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, Romie Sigan Daniel. Turut hadir ialah Pegawai Pelajaran Gabungan Kuching, Bedui Une; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak, Winston Bale dan Pengetua SMK Matang Hilir, Hajjah Dayang

Ahli jawatankuasa tertinggi Persatuan Astronomi Sarawak sesi 2008/2010

Mastura. Penganugerahan ini dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori serta kriteria yang telah ditentukan oleh pihak PSI dan SAS termasuk komitmen pelajar dan guru sekolah berkenaan yang secara aktif menyertai serta menganjurkan aktiviti berkaitan dengan astronomi. Penerima anugerah ini akan menerima bantuan serta subsidi daripada Planetarium Sultan Iskandar dari segi penganjuran aktiviti astronomi. Ia juga secara tidak langsung dapat menggalakkan lagi penglibatan aktif pelajar dan guru dalam bidang astronomi yang sebelum ini kurang diberi perhatian berikutan ia merupakan bidang baru di negara ini. Anugerah Sekolah Astronomi ini merupakan program yang bertujuan menggalakkan sekolah-sekolah untuk

PRESIDEN SAS, Romie Sigan Daniel menyampaikan plak kepada wakil sekolah Tunaz, Lee Hong Leng.

menubuhkan Kelab Astronomi agar para pelajar mereka berpeluang untuk mendalami ilmu astronomi secara aktif.

Peserta kenali astronomi melalui perkhemahan ilmu

Presiden: Romie Sigan Daniel Naib Presiden: William Nyigor Naib Presiden: Haji Abang Atei Meda’an Setiausaha: Zurwina Sharkawi Timb. Setiausaha: Aimy Shyariza Bendahari: Bernard Sim Ahli Jawatankuasa Dr Ong Puay Hoon Mohd Ismuain Rabuan Yazit Belon Senah Jan Rambli Ahmad Mokhsen Armat Noraini Yusof Ahli Co-opted Fareiny Morni Shaiful Nizam

Ahli Ex-Officio Ismandy Ali Alfean Aziz Abang Ibrahim Dona Repet Abu Bakar Sidek Auditor Jane Sebastian Marina Mardzuki

SERAMAI 60 peserta Perkhemahan Ilmu berjaya ‘menjejaki’ beberapa buruj seperti Scorpio dan Gemini dalam sesi cerapan bintang yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak pada 24 Mei 2008. Perkhemahan berkenaan yang diadakan secara tahunan oleh Pustaka Negeri Sarawak juga memberi peluang kepada peserta-pesertanya yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 hingga 6 sekitar Kuching untuk mengenali astronomi secara asas menerusi slot khas astronomi yang dikendalikan oleh pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.


5 • Julai - Disember 2008

Hari Astronomi Sedunia 2008

Penyemai minat astronomi semasa

S

AMBUTAN Hari Astronomi Sedunia 2008 telah diraikan di SMK Matang Hilir, Kuching yang merupakan pemegang gelaran kepada Sekolah Astronomi pertama dianugerahkan pada 2006 oleh Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). Pada 23 dan 24 Mei 2008, kawasan persekitaran dan kelas-kelas di SMK Matang Hilir, Kuching telah dihiasi dengan suasana astronomi kerana sekolah tersebut telah menjadi tuan rumah kepada perayaan untuk membawa astronomi kepada masyarakat. Hari Astronomi Sedunia bukan merupakan sambutan baru di negeri ini kerana sejak 2004 lagi, PSI dan SAS telah meraikannya sama ada dengan mengadakan aktiviti pencerapan ataupun dengan mengadakan hari terbuka serta karnival. Namun, pada tahun ini perubahan telah dilakukan oleh PSI

dan SAS dengan sambutan tersebut dicadangkan diadakan di Sekolah Astronomi agar orang ramai berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang astronomi. Selain SMK Matang Hilir, Kuching sebagai tuan rumah, sambutan Hari Astronomi Sedunia yang dianjurkan oleh PSI dan SAS ini turut mendapat kerjasama daripada sekolah-sekolah yang turut aktif dalam bidang astronomi seperti SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Tunku Abdul Razak, SMK Petra Jaya, SMK Santubong dan SK Siol Kanan. Dengan kerjasama daripada ahliahli SAS di sekolah-sekolah tersebut, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya dan ia telah menarik sambutan ratusan pengunjung ke SMK Matang Hilir, Kuching. Aktiviti astronomi Sambutan Hari Astronomi Sedunia tidak akan lengkap tanpa adanya

Pameran mini astronomi dapat sambutan PAMERAN Mini Sains Angkasa PSI-SAS yang mempamerkan gambar serta poster berkaitan astronomi termasuk gambar makhluk asing mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kebanyakan pengunjung yang terdiri daripada golongan pelajar serta orang ramai begitu tertarik gambar dan poster yang dipamerkan, walaupun bahan pameran berkenaan merupakan maklumat asas serta pengenalan kepada ilmu astronomi. Pameran mini berkenaan yang diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 28 Mei 2008 adalah anjuran Pustaka Negeri Sarawak dan Yayasan Sarawak sempena dengan program ceramah motivasi dan pelancaran buku ‘Every Baby a Book’ oleh Angkasawan Pertama Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Lebih 6,000 pengunjung menghadiri program ceramah tersebut.

sesi pencerapan yang dilakukan pada 23 Mei 2008 dengan pihak PSI dan SAS telah menjemput dua pakar teleskop masing-masing dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Looi KK serta Jerry merupakan pengedar teleskop optik di rantau ini dengan kepakaran mereka dalam mengendalikan teleskop yang dibawa telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung semasa sesi cerapan. Dengan keadaan langit yang cerah tanpa adanya awan serta kurangnya pencemaran cahaya menjadikan SMK Matang Hilir, Kuching lokasi sesuai bagi mengadakan sesi cerapan. Looi dan Jerry telah membawa teleskop optik 8 inci dan ETX90 bagi membolehkan para pengunjung terutama para pelajar untuk melihat dengan mata sendiri rupa permukaan bulan dan planet Zuhal yang telah berjaya dicerap pada malam itu. Malah, ramai yang mengerumuni Jerry yang telah memperkenalkan MySky merupakan alat digunakan untuk menentukan kedudukan bintang, nebula dan sebagainya dengan hanya menunjukkan ke arah objek tersebut. Lim Choon Keat pula adalah pengedar teleskop dari Pulau Pinang dengan dia telah dibawa ke Kuching untuk mengadakan sesi bengkel membuat teleskop. Dia bersama bapanya merupakan pakar astronomi amatur yang mempunyai pengetahuan luas tentang astronomi serta berjaya menarik perhatian para pelajar tentang objekobjek yang boleh dicerap pada malam itu. Biarpun lokasi SMK Matang Hilir, Kuching berada di luar sedikit dari pusat bandar raya, namun kirakira 300 pengunjung pada malam itu yang terdiri daripada pelajar sekolah dan orang awam mengambil kesempatan untuk berkumpul dalam sesi cerapan itu.


Eksklusif

Julai - Disember 2008 •

www.sarawak-astronomy.org

6

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Inspirasi Program Astronomi dan Sains Angkasa

Oleh Alfean Aziz

S

ejak Program Angkasawan diperkenalkan pada tahun 2004, ramai yang telah memberikan tanggapan dan maklum balas bahawa program ini merupakan satu pembaziran bagi kerajaan Malaysia kerana kos menghantar angkasawan ke angkasa lepas melibatkan jutaan ringgit.

Impian untuk menghantar angkasawan pertama ke angkasa lepas merupakan cita-cita untuk melihat negara kita setanding dengan negara-negara maju lain, namun secara tidak langsung ia memberikan kesedaran kepada rakyat negara ini bahawa astronomi dan sains angkasa merupakan sains yang setara pentingnya dengan bidang-bidang lain. Dengan itu, pada Oktober 2007, Angkasawan Negara telah berjaya pergi dan kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai ISS. Banyak pengalaman dan kajian telah dilakukan oleh Dr Sheikh Muszaphar ketika berada di ISS, termasuk menguji beberapa teori sesuai dengan suasana serta keadaan di Malaysia. Walaupun beberapa eksperimen dan kajian yang dijalankan itu pernah dilakukan oleh para angkasawan lain, namun tujuan ia dilakukan semula adalah untuk disaksikan sendiri oleh rakyat Malaysia. Malah rakaman dan hasil beberapa kajian yang diambil itu bakal ditunjukkan serta digunakan oleh golongan saintis dan pelajar di negara ini sebagai bahan pendidikan. Angkasawan Pertama Negara di Planetarium Pertama Malaysia Masa yang dinanti-nantikan sejak kepulangan Angkasawan Negara daripada ISS sudah tiba apabila Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akhirnya telah melawat ke Planetarium Sul-

PENGHARGAAN... Romie Sigan Daniel menyampaikan cenderamata sumbangan Persatuan Astronomi Sarawak kepada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ketika berada di Planetarium Sultan Iskandar 29 Mei 2008.

tan Iskandar pada 29 Mei 2008, untuk bertemu ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). Kunjungan Dr. Sheikh Muszaphar ini merupakan ganjaran kepada ahli-ahli SAS kerana mereka berpeluang untuk bersemuka dan berjumpa dengan lebih dekat ikon negara itu serta melihat tayangan video aktiviti-aktiviti yang beliau lakukan semasa di ISS. Kehadiran beliau ke PSI sememangnya membawa pengalaman yang ingin dikongsikan bersama-sama para pelajar, khususnya ahli-ahli SAS. Dalam kunjungan singkatnya itu,

beliau menceritakan pengalamannya sejak mula beliau dipilih menjadi calon angkasawan, termasuk semasa menjalani latihan di Malaysia dan Russia hinggalah pengalamannya ketika berada di ISS. Sesi bersama Angkasawan Negara ini sememangnya satu peluang bagi kita untuk mendengar sendiri kesukaran dan cabaran yang terpaksa beliau lalui untuk ke angkasa lepas. Malah, perkongsian pengalaman beliau ini turut menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada ahliahli SAS dan pelajar untuk mengikuti jejak beliau menjadi bakal angkasawan yang seterusnya.


7 • Julai - Disember 2008

BAGUS... Angkasawan Negara bersama-sama beberapa ahli SAS semasa sesi bergambar di Planetarium Sultan Iskandar. Turut kelihatan Presiden SAS, Romie Sigan Daniel (berkot) dan Kurator PSI, Ismandy Ali (tiga dari kiri).

Inspirasi Program Angkasawan Negara ini merupakan antara inspirasi yang digunakan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak untuk mengajak para pelajar serta orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat perkembangan sains angkasa. Penggunaan logo Most Unique Science atau perkataan singkatnya MUS pada maskot angkasawan PSISAS adalah antara tanda penghargaan dan sumber inspirasi ahli-ahli SAS serta peminat-peminat astronomi di negeri ini kepada Program Angkasawan Negara, khususnya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Most Unique Science atau MUS memberikan pengertian bahawa sains angkasa atau astronomi ini merupakan sains yang paling menarik dan unik untuk diterokai oleh setiap orang. Bayangkan banyak perkara yang ada di sekeliling kita ini merupakan hasil secara langsung atau tidak langsung daripada astronomi dan sains angkasa. Penamaan hari dalam seminggu, kalendar, air pasang-surut, ramalan cuaca, pemetaan, GPS (Global Positioning System) malah spin off seperti non sticky pan serta telefon bimbit juga berkaitan dengan hasil kajian terhadap keduanya. Aspek yang cuba ditekankan

menerusi program-program anjuran PSI dan SAS juga mampu untuk memberikan inspirasi kepada setiap peserta untuk melihat diri serta penglibatan mereka dalam bidang sains angkasa. Kita bukan ingin melahirkan angkasawan, tetapi kita ingin melahirkan generasi yang mempunyai cita-cita tinggi untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Mereka mungkin terlibat dalam bidang kejuruteraan, sains mekanikal, kedoktoran dan sebagainya, namun pada masa yang sama minat yang mendalam terhadap astronomi tidak akan menghalang mereka daripada terus memberi tumpuan serta sumbangan terhadap bidang sains angkasa. Negara kita mampu maju setanding dengan negara-negara Barat sekiranya kita memberikan tumpuan kepada astronomi dan sains angkasa, yang juga merupakan antara bidang yang paling tua wujud dan sejak manusia mula mendongak ke angkasa untuk mengenal bintang-bintang yang berada di langit. Untuk ke angkasa antara lainnya memerlukan kita untuk menguasai cabang ilmu sains di Bumi dan seterusnya mengaplikasikan serta memajukannya di angkasa sana. Misalnya di negara Jepun, mereka telah maju dalam tempoh yang

amat singkat setelah Perang Dunia Kedua disebabkan komitmen mereka yang begitu tinggi di dalam bidang sains angkasa. Difahamkan juga bahawa di setiap bahagian dan daerah kecil di negara itu terdapat planetarium, balai cerap serta pusat sains untuk mendidik anak-anak mereka mengenai sains angkasa. Dasar ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada negara kita untuk melangkah ke hadapan dengan lebih maju bersama generasi baru yang mempunyai tahap intelektual tinggi dalam bidang sains angkasa, matematik, fizik dan sebagainya. Setakat ini, kita hanya mampu menunding jari ke angkasa menerusi program-program astronomi yang dianjurkan, siapa tahu dalam tempoh 10 tahun akan datang, kita sendiri akan melihat ke arah bumi dengan mata kita sendiri dari angkasa raya.

NIGHT SKY July 2008 Time displayed in GMT +8 Date Time

Activity

1

12

Mars 0.7 degree N of Regulus

2

2

Mercury greatest elongation west. Visible in the morning

4

13

Earth at aphelion (furthest from sun) at 152 million km

9

16

Jupiter at opposition

11

14

Mars 0.7 degrees S of Saturn

20

21

Neptune occultation in E Asia, Japan, Alaska, NW Canada

28

0

Moon about a degree north of Pleiades (M45)

29

4

South Delta-Aquarids meteor shower peak


Hari Astronomi

Julai - Disember 2008 •

www.sarawak-astronomy.org

SMK Matang Hilir juara reka cipta astronomi

H

8

Oleh Alfean Aziz

ari Astronomi Sedunia 2008 Peringkat Negeri yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, Kuching pada 23 dan 24 Mei lalu telah memberikan kenangan manis kepada guru-guru dan para pelajar sekolah tersebut kerana mereka menjuarai Pertandingan Reka Cipta Astronomi anjuran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.

TAHNIAH... Ahli kumpulan Mank Crew dari SMK Matang Hilir Kuching, menerima hadiah utama daripada Pegawai Pelajaran Gabungan Kuching Bedui Une; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak, Winston Bale dan Presiden SAS Romie Sigan Daniel. Turut kelihatan Pengetua SMK Matang Hilir, Hajjah Dayang Mastura.

Sekolah berkenaan merangkul hadiah berupa sebuah teleskop menerusi usaha kumpulan Mank Crew yang telah berjaya menarik perhatian para hakim semasa berlangsungnya pembentangan hasil reka cipta masing-masing semasa sambutan hari berkenaan. Biarpun terdapat beberapa penyertaan dan saingan sengit daripada SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Petra Jaya, SK Siol Kanan dan SMK Green Road, namun rekaan, idea menyeluruh dan pembentangan yang begitu meyakinkan daripada kumpulan Mank Crew telah membolehkan mereka mendapat markah tertinggi, seterusnya menjuarai pertandingan ini.

Menurut salah seorang anggota Mank Crew, Mohd Amierjsa, mereka sekumpulan mengambil masa kirakira 3 hari untuk menyiapkan projek tersebut. Dengan bertemakan sistem suria, para pelawat akan dibawa untuk melihat model-model sistem suria yang direka dan di akhir lawatan mereka pula akan diberikan tayangan video tentang kejadian asteroid yang melanggar bumi, diiringi dengan penjelasan daripada anggota kumpulan. Apa yang menarik juga, ahliahli kumpulan ini turut bersusahpayah untuk mendapatkan hadiah berbentuk hamper kepada pengunjung yang bertuah. Hari Astronomi Sedunia 2008

merupakan pentas yang digunakan untuk memperkenalkan astronomi kepada orang ramai. Lebih 700 pengunjung menghadiri aktiviti yang diadakan selama dua hari di SMK Matang Hilir, Kuching dengan pemilihan sekolah berkenaan sebagai tuan rumah pada tahun ini. Penganjuran kali ini juga adalah dengan kerjasama SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Petra Jaya dan SK Siol Kanan. Selain Bandar Raya Kuching, Hari Astronomi Sedunia turut disambut di beberapa tempat lain di seluruh negara seperti di Planetarium Negara Kuala Lumpur dan juga Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka. Mars Rover, Astro Soyuz dan pertandingan melukis, mewarna Salah satu lagi tarikan pada sambutan Hari Astronomi Sedunia 2008 ialah pertandingan Mars Rover yang melibatkan cabaran para peserta untuk mengendalikan kereta alat kawalan jauh untuk meneroka kawasan yang telah diubah suai seperti permukaan planet Marikh. Dengan mengambil lokasi kawasan tempat letak kereta, ia telah berjaya menarik minat para pelajar mencuba kemahiran masing-masing dalam mengendalikan kereta alat kawalan jauh serta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sebagai syarat untuk melepasi setiap halangan pada laluan yang disediakan.


9 • Julai - Disember 2008

Mengambil nama roket yang telah dinaiki oleh Angkasawan Pertama, Astro Soyuz merupakan pertandingan yang menguji kemahiran peserta untuk melancarkan roket. Kategori Astro Soyuz ini memperlihat beberapa kumpulan pelajar mereka roket untuk diuji kepantasan serta jarak ia dilancarkan dari tapak pelancaran. Di samping itu, pelajar prasekolah, sekolah rendah dan menengah turut berpeluang untuk mempamerkan bakat masing-masing dalam pertandingan melukis serta mewarna. Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, peserta diberikan tema berkaitan dengan astronomi supaya mereka dapat meneroka imaginasi masing-masing dalam me-

nghasilkan lukisan menerusi warna dengan lebih kreatif. Bagi mereka yang berpeluang untuk hadir pada sambutan Hari Astronomi Sedunia 2008 yang lalu, tumpuan diberikan kepada kemahiran golongan pelajar terhadap kefahaman astronomi khususnya bagi mereka yang pernah menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PSI dan SAS sebelum ini. Malah, pentas Hari Astronomi Sedunia 2008 juga digunakan untuk mengumumkan ‘Program Satu Poster Satu Sekolah’ dengan setiap sekolah akan diedarkan poster berkaitan astronomi. Ia merupakan langkah permulaan bagi membolehkan pelajar memahami dengan lebih mudah dan mendalami ilmu astronomi.

INGIN TAHU... Jerry Looi sedang memberikan penjelasan tentang penggunaan MySky.

NIGHT SKY August Time displayed in GMT +8 Date Time

JAWAB SOALAN... Para pelajar menyertai pertandingan Mars Rover.

ASTRO SOYUZ... Cubaan untuk mencatat jarak roket air paling jauh.

Planisfera bantu peserta cari buruj AKTIVITI Eco-Camp anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) – Shell membantu pihak PSI-SAS memperkenalkan astronomi dan sains angkasa kepada 73 peserta yang diadakan pada 28 Jun 2008 di Taman Negara Kubah, Matang. Walaupun tidak berpeluang untuk mengadakan sesi cerapan bintang berikutan keadaan cuaca yang berawan, namun peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Enam dari Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong itu berpeluang untuk mempelajari kaedah mencari buruj dan bintang menerusi sesi membuat planisfera.

Activity

1

18

Total eclipse of the Sun. N Canada, Greenland, Arctic, central Russia, Mongolia, China

2

23

Venus 2 degrees N of Moon

12

19

Perseid meteor shower peaks

14

3

Venus 0.2 degrees S of Saturn

15

16

Neptune at opposition

16

8

Mercury 0.7 degrees S of Saturn

17

5

Partial eclipse of the moon. Best from Eastern Hemisphere, E S. America

23

13

Mercury 1.3 degrees S of Venus

24

6

Moon about a degree north of Pleiades (M45)


Julai - Disember 2008 • 10

www.sarawak-astronomy.org

Angkasawan Planetarium P Foto Jefri Bakeri


11 • Julai - Disember 2008

Negara melawat Pertama Malaysia


Berita

Julai - Disember 2008 • 12

www.sarawak-astronomy.org

PSI-SAS usaha lahirkan generasi pelapis

B

ukan mudah untuk melahirkan generasi pelapis untuk mewarisi apa yang kita ingin tinggalkan untuk kegunaan generasi seterusnya pada masa depan. Oleh Zurwina Sharkawi

Wee Pin Pin

Chong Mui Lu

Tanpa usaha yang bersungguhsungguh serta komitmen yang tinggi, agak sukar untuk kita mewujudkan generasi yang diidamkan bagi meneruskan perjuangan generasi terdahulu. Atas keprihatinan terhadap perkembangan bidang astronomi dan sains angkasa negara, Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) kini giat berusaha untuk melahirkan generasi pelapis bagi memartabatkan masyarakat berastronomi. Bersesuaian dengan slogan ‘Memperkasakan Masyarakat Melalui Astronomi’, PSI-SAS menerusi program serta aktiviti astronominya, kini boleh dikatakan berjaya melahirkan generasi pelapis astronomi yang terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa usaha PSISAS ini berjaya sepenuhnya, namun ia boleh dibanggakan kerana usaha PSI-SAS sudah mula menampakkan hasilnya. Usaha ini bukan sahaja untuk melahirkan generasi pelapis yang mempunyai ilmu astronomi dan

sains angkasa yang tinggi, tetapi juga generasi yang berjati diri serta berdaya saing dalam memperkembangkan pendidikan astronomi. Ini terbukti menerusi Program Sekolah Angkat Astronomi PSI-SAS bermula tahun 2006 dan penganugerahan Sekolah Astronomi kepada dua sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, yang aktif dengan program astronomi serta memberi komitmen yang tinggi terhadap setiap penganjuran aktiviti astronomi. Penganjuran program dan anugerah ini juga berjaya melahirkan beberapa kumpulan pelajar serta guru yang berpotensi untuk menjadi fasilitator serta duta astronomi sekiranya diberi lebih banyak peluang untuk mempraktikkan segala yang dipelajari dan menyampaikannya kepada generasi seterusnya. Malah aktiviti jerayawara di sekolah-sekolah luar bandar termasuk murid-murid pra-sekolah juga merupakan antara usaha PSISAS untuk melahirkan generasi pelapis astronomi bagi kawasan luar bandar. Walaupun dengan

kemudahan yang serba kekurangan, adalah tidak mustahil suatu hari nanti akan muncul seorang pakar astronomi daripada kalangan pelajar luar bandar. Selain itu, dengan komitmen, kesungguhan dan kreativiti ideaidea yang ditunjukkan oleh beberapa kumpulan ini dalam penganjuran aktiviti-aktiviti astronomi sejak beberapa tahun ini turut membuktikan generasi pelapis astronomi boleh dilahirkan di Sarawak, seterusnya bakal menerajui bidang astronomi dan sains angkasa di negara ini. Bagi Chong Mui Lu, pelajar Tingkatan 3, SMK Matang Hilir, Kuching, dia mula mengenali astronomi menerusi abangnya yang aktif dengan aktiviti astronomi sekolahnya. “Sebelum ini, saya tidak tahu apaapa mengenai astronomi. Tetapi setelah melihat abang saya yang sering mendongak ke langit melihat bintang dan ramai kawan saya juga meminati astronomi, kini saya mula mengenali astronomi dengan tunjuk ajar daripada mereka dan ia merupakan bidang yang menarik untuk diceburi,” katanya. Begitu juga dengan Wee Pin Pin, pelajar Tingkatan Lima, minat terhadap astronomi bermula dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh rakannya yang juga merupakan pelajar aktif di dalam astronomi di sekolah. “Walaupun pada mulanya agak sukar untuk memahami apa yang diajar, namun perasaan ingin tahu terhadap bintang dan astronomi menyebabkan saya meminati astronomi. “Dan saya berharap suatu hari nanti giliran saya pula yang akan memberi tunjuk ajar kepada kawankawan atau generasi seterusnya mengenai astronomi,” katanya.


13 • Julai - Disember 2008

Experience digital fulldome planetarium

T

raditionally planetariums have concentrated on providing an educational experience based upon the stars, planets, and constellations. To achieve this, they installed dedicated projectors that could create very high quality and accurate star fields as well as represent the positions of other astronomical bodies and events. particularly so for the small portable planetariums one might like to take to remote sites, or operate within

By Paul Bourke In the past, planetariums that wanted to create images over the whole dome would employ a collection of slide projectors but of course these could only create single images. For animation they could usually only project onto a small part of the dome and therefore not exploit the full experience a fulldome projection can create. When people wanted to take smaller portable domes to more remote locations the same limitations applied, they could produce good star fields with dedicated equipment or they could show video on a small part of the dome. More recently planetariums have started installing fulldome projection systems, that is, the whole dome is filled with imagery playing at 30 frames per second. While such projection systems are not in general able to reproduce star fields at the same quality as dedicated star projectors, they do enable a planetarium to expand the range of educational material into many other areas. For example a planetarium with a fulldome digital projection system can now present a wider range of astronomy content than before but also education content from chemistry, physics, biology, and so on. One of the issues with fulldome digital projection is the cost, this is

a school where it may be a problem transporting the school children to a central planetarium. Up until a few years ago, the most affordable projection system for fulldome video was a projector with a fisheye lens. Not only were these quite expensive but they also had a number of other disadvantages. In 2003, I tested the idea of using a spherical mirror in order to scatter light across the whole surface of a dome. The tricky part was warping the fisheye images so that the result looked correct on the dome surface, rather than looking all weird and distorted. This image warping problem was solved and the result is now a (comparatively) low cost method of fulldome digital projection using a single projector. This technique is ideally suited to small portable dome operations but can also be employed in larger standard planetariums. Another big advantage over fisheye systems is that the projection hardware (a data projector and mirror) are located near the rim of the dome, unlike a fisheye lens system that usually sits near the middle of the dome taking up the best seats in the house. This spherical mirror projection is now being used in a number of fixed

planetariums around the world and is particularly popular in small inflatable domes. The technology is not very complicated, all the hardware items are standard, and the software required for the warping is not expensive. The result is that most sites can set it up themselves and manage the system without external contractors being involved. The main web site for learning more can be found here http://local. wasp.uwa.edu.au/~pbourke/projection/ domemirror/ in particular the FAQ should be read by those considering creating a spherical mirror system. NIGHT SKY September Time displayed in GMT +8

Date

Time

1

Activity Aurigid meteor shower peaks

7

11

Antares occultation in E Australasia, Polynesia, SW S. America

11

12

Mercury greatest elongation east. Visi-ble after sunset

12

4

Venus 0.3 degrees N of Mars

13

10

Uranus at opposition

20

12

Moon about a degree north of Pleiades (M45)

23

0

Autumn Equinox in Northern Hemisphere, Spring Equinox in Southern Hemisphere

26

23

Regulus 1.7 degrees N of Moon

30

19

Mercury 1.1 degrees N of Moon


Astrophilia

Julai - Disember 2008 • 14

www.sarawak-astronomy.org

Pembelajaran astronomi melalui Kem Astrophilia

Oleh Alfean Aziz

M

enanam minat dan pengetahuan dalam bidang sains astronomi merupakan sasaran utama apabila pihak Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) menganjurkan Kem Astrophilia yang diadakan di Kem Alapong berdekatan Lundu baru-baru ini. Kem yang diadakan setiap tahun itu telah dihadiri oleh pelajarpelajar dari SMK Matang Hilir, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Petra Jaya, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Santubong yang ingin menimba ilmu dalam bidang sains astronomi melalui suasana santai. Di Kem Astrophilia para pelajar berpeluang untuk mendalami aspekaspek sains astronomi yang diadakan dalam tempoh hampir 3 hari dengan penekanan aktiviti berbentuk praktikal kepada pelajar. Kakitangan daripada PSI dan sukarelawan persatuan telah mengolah modul program bermula pada waktu petang Jumaat sehinggalah pada Ahad dengan memberikan tumpuan kepada nilai dan pembelajaran astronomi bagi membolehkan para pelajar

mendalami bidang yang mereka minati ini. Kira-kira 30 pelajar yang mengikuti program Kem Astronomi dengan ada di kalangan mereka yang belum mempunyai pengetahuan dalam astronomi, dan ada juga yang telah lama terlibat dalam apa-apa program yang dianjurkan oleh pihak PSI dan SAS. Dalam aspek penekanan kepada modul, ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teori dan praktikal dengan keadaan pantai di Kem Alapong yang luas memberikan peluang bagi fasilitator untuk menjalankan aktiviti secara praktikal seperti aktiviti mencerap matahari yang telah dikelolakan oleh seorang pelajar senior, Khairuldeen Azahar yang sememangnya bukan muka

KHAIRULDEEN sedang mengajar kaedah untuk mencerap tompokan matahari semasa Program Astrophilia di Lundu baru-baru ini.

APA JAWAPANNYA... Para peserta sedang mencari jawapan kepada permainan yang diadakan.

baru dalam menyertai program-program yang telah dianjurkan oleh dua badan ini. Kehadiran Khairuldeen yang kembali sebagai fasilitator telah membuktikan bahawa program Kem Astronomi yang dijalankan sebelum ini telah menampakkan hasil dengan bekas peserta-peserta tersebut ingin kembali untuk menyumbangkan tenaga mereka kepada perkembangan sains angkasa. Khairuldeen telah diberikan peluang bagi mengajar para pelajar untuk mencerap matahari menggunakan teleskop dengan ia membolehkan para pelajar mengutip data berbentuk kelajuan putaran matahari berdasarkan kedudukan tompokan matahari. Sesi kegemaran para pelajar merupakan sesi mencerap bintang yang dilakukan di sebelah malamnya dengan mereka telah diberikan tugas untuk mengenal pasti buruj-buruj yang terdapat di langit pada malam tersebut. Para pelajar turut didedahkan dengan teori ukuran menggunakan ‘parallax’ yang dikendalikan oleh Ismandy Ali, yang merupakan Kurator PSI serta fasilitator di kem itu.


15 • Julai - Disember 2008

DONGAK KE ANGKASA... Sesi bergambar kenangan di akhir Program Astrophilia yang diadakan di Lundu.

Pelajar juga diajar panduan untuk menulis log cerapan setelah melakukan aktiviti pencerapan kerana aktiviti log ini kurang diterapkan di kalangan peminat astronomi di negara kita dan log-log itu juga merupakan bukti yang dapat didokumentasikan untuk dikongsi kepada orang ramai dan sebagai rujukan umum. Selain itu, aktiviti penulisan turut diterapkan melalui penulisan blog bagi membolehkan mereka menyatakan pandangan dan juga cetusan minda tentang bidang sains astronomi. Bagi mengelakkan para pelajar berasa bosan serta tertekan dengan aktiviti teori dan praktikal, turut diadakan permainan astronomi yang juga bertujuan menambahkan pengetahuan mereka dalam ilmu astronomi.

Di samping itu, diselitkan juga kuiz-kuiz yang berbentuk astronomi dengan pelajar yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersaing untuk mendapatkan markah tertinggi bagi kumpulan mereka. Dalam sesi ini, terdapat beberapa pelajar yang terbukti mempunyai kemahiran yang mendalam dalam astronomi dan minatnya terhadap astronomi telah menyebabkan mereka mampu untuk menjawab soalan kuiz dengan baik. Sesi Kem Astrophilia ini juga menyaksikan kehadiran dua pelajar Tingkatan Satu yang merupakan sesuatu yang baru bagi kem ini yang sebelum ini melihat kehadiran para pelajar dari Tingkatan Empat dan juga Lima. Pelajar dari SMK Petra Jaya ini mampu menunjukkan keupayaan

Aktiviti Minggu Sains dan Matematik

PARA pelajar dari SMK Semerah Padi berpeluang untuk melihat tompokan matahari dengan menggunakan teleskop optik dalam pameran Minggu Sains dan Matematik yang diadakan di sekolah itu pada 25 Jun 2008. PSI-SAS turut menyertai aktiviti yang mendapat tarikan pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu astronomi.

mereka bergaul bersama-sama rakanrakan mereka dalam bersama-sama mempelajari ilmu astronomi. Biarpun ia merupakan sesuatu yang baru bagi pelajar-pelajar ini, namun ia tidak melunturkan semangat mereka untuk belajar sesuatu yang baru bagi pelajar-pelajar ini. Kem Astrophilia yang telah diadakan sejak 2004 ini rata-ratanya mewujudkan suasana hubungan antara pelajar dan pada masa yang sama belajar tentang ilmu astronomi. Philia bermakna rakan, dan Kem Astrophilia ini dijadikan sebagai tapak untuk mewujudkan persahabatan di kalangan pelajar di sekolah yang berbeza atas dasar astronomi. Ia berbeza dengan kem-kem lain yang menekankan kepada disiplin ketat bagi para peserta, namun bagi Kem Astrophilia pula ia lebih mementingkan wujudnya suasana pembelajaran yang santai dan keseronokan. Konsep ini diterima baik oleh para peserta yang menganggap per-khemahan selama tiga hari itu sebagai sesuai bagi pengisian minda mereka dalam ilmu astronomi dikelilingi oleh suasana keseronokan. NIGHT SKY October Time displayed in GMT +8 Date

Time

Activity

7

15

Jupiter 2 degrees N of Moon

8

9

Draconid meteor shower peaks

10

18

Neptune occultation in E Asia, Philippines. Japan, W Alaska

17

19

Moon about a degree north of Pleiades (M45)

21

12

Orionid meteor shower peaks

22

18

Mercury at greatest elongation west. Visible before sunrise.

24

5

Regulus 1.9 degrees N of Moon

30

Vesta at opposition


Info Angkasa

Julai - Disember 2008 • 16

www.sarawak-astronomy.org

Penjelajahan langit malam

S

ejak berkecimpung dengan astronomi hampir dua dekad yang lepas, soalan yang ditanya kepada saya biasanya sama sahaja. Antaranya adalah seperti berikut, “Saya meminati astronomi tapi saya tidak tahu hendak bertanya soalan dengan siapa, boleh tolong saya?” Oleh Ismandy Ali

Rajah B

Rajah A

Satu lagi soalan yang sering ditanya adalah, “Saya mahu memulakan minat di dalam astronomi, tapi teropong apakah yang paling sesuai untuk saya?” Semestinya saya akan tersenyum puas dan berasa bangga dengan soalan tersebut. Mungkin saya terasa sedikit bangga kerana usaha untuk menyebarkan astronomi ini mampu untuk menarik minat orang ramai untuk bersama mempelajari bintang di langit dan menikmati hobi yang sama. Paling kurang pun saya mampu untuk menunjukkan mereka ke arah yang betul. Pada masa dahulu, dengan penuh minat saya akan melayan mereka dengan apa yang ada di sekeliling saya untuk dijadikan analogi konsep buruj. Dari mengatur biji-biji merah saga untuk dijadikan contoh-contoh bintang di langit sehinggalah melihat cerobong asap dan dasar botol kaca rosak untuk dijadikan teleskop pemantul! Tapi itu semua dahulu. Dengan menjawat jawatan sebagai kurator di planetarium yang pertama di Malaysia, semestinya

saya akan memulakan nasihat untuk melihat pertunjukan “Aku & Bintang”. Mana tidaknya, pertunjukan tersebut menceritakan asas kepada ilmu astronomi dengan mata kasar seperti buruj penunjuk arah iaitu biduk dan pari sehinggalah kepada cerita mitos pendek mengenainya. Dengan menggunakan buruj-buruj tersebut, saya mengajak mereka untuk menggunakan planisfera, iaitu carta bintang mudah yang boleh digunakan setiap masa. Cari lokasi yang gelap di malam yang cerah dan jauh dari cahaya jalanan. Lengkapkan diri dengan lampu suluh yang ditutup dengan kain merah untuk menghasilkan cahaya berwarna merah. Gunakan lampu suluh bercahaya merah ini untuk melihat bintang pada planisfera sekiranya sudah siap. Walaupun begitu, planisfera ini agak berbeza kedudukannya berdasarkan kedudukan mereka di Bumi. Oleh itu, untuk planisfera yang mudah dan percuma ia boleh dimuat turun dari portal web planetarium di http://www.planetarium-sarawak.

org dan muat turunkan sekali video menggunakannya. Setelah planisfera itu siap, saya menyarankan supaya memulakan penjelajahan langit malam bermula dari buruj pari dan biduk. Gunakan kaedah melompat-lompat sebagai contoh dari ekor biduk boleh digunakan untuk menunjuk bintang Arcturus di dalam Bootes manakala sebelah atas biduk menunjuk kepada Leo. Lihat rajah A. Sekiranya berdasarkan planisfera tersebut tidak terdapat biduk, bolehlah menggunakan buruj Cassiopeia, iaitu buruj berbentuk ‘M’. Berdasarkan ‘M’ ini bolehlah melompat ke buruj lain yang ada di sekitarnya. Bermula dari Pegasus kemudian ke Andromeda, Aquila, Cygnus dan Lyra. Lihat rajah B. Untuk lebih mudah mencari Pegasus, ciri mudah lihat padanya adalah ia membentuk segi empat sama dan Andromeda bersambung dengannya. Untuk menari Buruj Aquila Cygnus dan Lyra pula mungkin agak susah. Walaupun begitu, masing-masing daripada mereka mempunyai bintang cerah. Cuba cari tiga bintang yang berikut – Vega, Deneb dan Altair. Vega terutamanya sungguh cerah di kawasan ini kerana ia meruakan bntang ke lima paling terang dilangit. Gunakan Vega yang berwarna putih kebiruan ini untuk mencari Deneb, bintang berwarna kemerahan di dalam Cygnus. Sekiraya dua buah bintang ini ditemui, maka usahakan untuk membentuk sebuah bintang terang bersebelahan, Altair di dalam Aquila. Dengan ini, terbentuk gugusan bintang terang dipanggil Segitiga Musim panas.


17 • Julai - Disember 2008

Buran: Kapal angkasa ulang-alik sulung Russia ita mungkin selalu mendengar Space Shuttle Columbia, Atlantis, Discovery, dan Endevour, namun tahukah anda selain Amerika Syarikat yang memiliki kapal angkasa ulangalik (space shuttle) ini, terdapat negara lain juga memiliki kapal angkasa ulang aliknya sendiri? Negara yang dimaksudkan itu adalah Russia yang mempunyai kapal angkasa yang dikenali sebagai Buran (Shuttle Buran). Kapal angkasa ini mirip kapal angkasa ulang-alik Amerika Syarikat. Kapal angkasa ulangalik Buran dibina di bawah program Buran yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kapal angkasa ini. Program ini bermula sekitar tahun 70-an dengan tujuan untuk menyaingi program kapal angkasa ulang-alik Amerika Syarikat pada ketika itu. Satu-satunya penerbangan yang dilakukan oleh Shuttle Buran

Pameran Astronomi SMKA TUNAZ PERMAINAN ASTRONOMI... Pelajar dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi menyertai salah satu permainan astronomi yang diadakan di dewan sekolah tersebut sempena Hari Sains dan Matematik pada 11 April 2008. Para pelajar dari SAS sekolah tersebut secara kreatif telah mereka permainan dan pameran bermaklumat untuk memberikan kesedaran tentang astronomi kepada rakanrakan mereka.

ialah pada 15 November 1988 apabila dilancarkan dengan menggunakan roket Energia dan ia mengorbit bumi selama 206 minit. Kapal angkasa ulang-alik ini tidak mempunyai pemandu ketika dilancarkan dan mendarat semula secara kawalan automatik di Baikanour Cosmodrome, Russia. Bagaimanapun ia merupakan penerbangan Buran yang sulung dan terakhir. Ia disebabkan beberapa isu yang timbul pada ketika itu seperti masalah kos dan juga pergolakan politik dalaman yang akhirnya menyebakan Russia terpaksa mengambil keputusan untuk menamatkan program ini. Program Buran secara rasminya ditamatkan oleh Presiden Borris Yeltsin pada 20 Jun 1993. Dengan tamatnya program Buran, berakhirlah program kapal angkasa ulang-alik Russia. (Sumber Wikipedia)

NIGHT SKY November Time displayed in GMT +8 Date Time

Activity

2

13

Jupiter 1.9 degrees N of Moon

5

12

S. Taurid meteor shower peaks

12

12

N. Taurid meteor shower peaks

14

4

Moon about a degree north of Pleiades (M45)

17

18

Leonid meteor shower peaks

22

Alpha-Monocerotid meteor shower peaks

Info Angkasa

K

Diselenggara oleh Shaiful Nizam


Pakej

Julai - Disember 2008 • 18

www.sarawak-astronomy.org

Pakej galakan promosi sains angkasa

P

lanetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dalam menyokong promosi pembelajaran sains di peringkat tinggi dalam Misi Angkasawan Malaysia tahun lepas telah menyediakan beberapa aktiviti bagi faedah lawatan daripada pihak sekolah. Pakej-pakej tersebut telah bermula 25 Mac 2008 sehingga akhir tahun ini. Sila hubungi PSI di talian 082-415806 utnuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut. Pakej 2

Pakej 1 Khusus untuk murid-murid tadika, prasekolah dan ke bawah

Khusus untuk sekolah rendah

Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman. Alat bantu mengajar untuk menerangkan konsep Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) - pergerhana dan model sistem suria (20 minit) menggunakan tunjukan prarakaman. Mari mengenal buruj dan melihatnya di langit (20 carta bintang planisfera untuk memahami dan mencari bintang sepanjang tahun (30 minit) - pelajar dibekalkan minit) - gerak kerja. Klip video “Larry Cat in Space” dan “Darkstar” (10 dengan carta bintang (planisfera) secara berkumpulan. Konsep buruj dan simulasi planet menggunakan minit). Stellarium pada MirrorDome (20 minit). Simulasi sistem solar Masa: 9:00 am Isnin sehingga Khamis Jumlah masa: 1 jam 30 minit

Masa: 9:00 am Isnin sehingga Khamis Jumlah masa: 1 jam

Pakej 3

Khusus untuk sekolah menengah

Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman. Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit). Konsep-konsep astronomi seperti: a. Gerhana, transit b. Bulan-bulan mengelilingi planet c. Buruj dan ilustrasi kepercayaan langit pelbagai tamadun purba d. Simulasi rover marikh “MarsLab” dan rancangan NASA ke Bulan (projek Orion). Menggunakan Stellarium pada MirrorDome (40 minit). e. Simulasi angkasa lepas Masa: 9:00 am Isnin sehingga Khamis Jumlah masa: 1 jam 30 minit

Pakej 4

Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan pra rakaman. Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit). Konsep-konsep astronomi seperti: a. Gerhana, transit b. Bulan-bulan mengelilingi planet c. Simulasi matahari dan aktiviti matahari (prominence dan tompok matahari) di dalam pelbagai tapisan seperti sinar UV dan X-ray. Menggunakan Stellarium pada MirrorDome (30 minit) d. Mencerap permukaan matahari untuk melihat tompok matahari menggunakan teleskop, 8” celestron (sekiranya cuaca membenarkan) (20 minit) e. Simulasi angkasa lepas Masa: 9:00 am Rabu dan Khamis Jumlah masa: 2 jam


19 • Julai - Disember 2008

DID YOU KNOW?

1. There are gold-plated records flying away from Earth towards aliens on both the NASA Voyager 1 and Voyager 2 spacecraft (launched in 1977). These contain information on finding our Solar System and planet, images of culture and diversity on Earth, and greetings in a LOT of different languages. How to actually communicate with aliens.These craft passed Pluto in 1990 and are now roughly 8 billion miles from the sun (90 times farther than the Earth). 2. At a cost of $1.5B and the

size of a school bus, the Hubble Space telescope was launched in 1990. Using its 94.5-inch primary mirror, Hubble transmits about 120 gigabytes of data every week! This mirror is such a smooth curve that if it was scaled up to the diameter of the Earth, the largest bump would only be 6 inches tall. 3. The universe is so vast in relation to the matter it contains that it can be compared with a building twenty miles long, twenty miles wide, and twenty miles high that contains

Kalendar aktiviti awam PSI-SAS Julai – Disember 2008 Aktiviti

Tempat

Tarikh*

Tayangan perdana Pertunjukan Digital Planetarium Pertama “Oasis di angkasa lepas”

PSI

1 Ogos

Kids Convention Space Science

Crowne Plaza

17 - 19 Ogos

PSI

20 – 21 Ogos

Kem Alapong

22 - 24 Ogos

World Space Week – AstroQuiz

PSI

18 Oktober

Program astronomi lepas PMR

PSI

27 – 28 Oktober

Program Astronomi Cuti Sekolah VI (PSACS VI)

PSI

17 – 19 November

Program Astronomi Cuti Sekolah V (PSACS V) – Apa istimewanya Marikh? Kem Astrophilia

only a single grain of sand. 4. The rings of Saturn are so thin that if you shrunk them so that they are as thick as a music record, they would still be 8 miles wide. SOURCE: http://www.factme. com/category7.htm

NIGHT SKY December Time displayed in GMT +8 Date Time

Activity

1

8

Venus 2 degrees S of Jupiter

1

23

Jupiter 1.3 degrees N of Moon

4 6

Pallas at opposition 6

6

Dec Phoenicid meteor shower peaks (southern hemisphere)

7

Puppid/Velid meteor shower peaks (southern hemisphere)

11

16

Moon about a degree north of Pleiades (M45)

14

7

Geminid meteor shower peaks

21

20

Winter Solstice in Northern Hemisphere, Summer Solstice in Southern Hemisphere

25

15

Antares occultation in S half Africa, Madagascar, SE Asia

27

9

Venus 1.5 degrees S of Neptune

29

12

Mercury occultation in E Asia, Japan, N Indonesia

* Perubahan cadangan tarikh bergantung kepada keputusan penganjur.

Pengumuman Beberapa siri pertunjukan pendek berkenaan ‘Deep space object’ yang merangkumi nebula dan galaksi sedang ditayangkan di PSI. Ia merupakan salah satu daripada persembahan pendek untuk mengenali astronomi angkasa lepas dengan lebih mendalam. Percuma kepada tempahan secara berkumpulan 20 orang ke atas. Hubungi 082-415806 atau hantar e-mail kepada curator@planetarium-sarawak.org untuk tempahan.

Mars in conjunction with the Sun


I

nternational Astronomical Union (IAU) telah menjadikan tahun 2009 sebagai International Year of Astronomy 2009 (IYA2009) dengan tema “The Universe, yours to discover.�

International Year of Astronomy 2009

Ia sebenarnya menandakan ulang tahun ke-400 Galileo Galilei mencerap menggunakan teleskop buat pertama kalinya dalam sejarah astronomi moden. Perayaan ini merupakan sambutan sedunia yang menekankan sumbangan astronomi kepada masyarakat dan budaya serta penekanan diberikan terhadap pendidikan serta orang awam. IYA telah diluluskan oleh badan antarabangsa UNESCO dengan ia telah mengusulkan cadangan tersebut kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hasilnya, pada penghujung tahun 2007 Perhimpunan Agung PBB telah sebulat suara untuk menjadikan tahun 2009 sebagai International Year Of Astronomy. Visi

Visi IYA2009 untuk membantu, masyarakat dunia menemui semula kewujudan mereka di alam semesta melalui langit dan seterusnya membangkitkan semula perasaan takjub dan penemuan. Setiap manusia harus sedar akan sumbangan astronomi dan sains dalam kehidupan seharian dan bagaimana pengetahuan saintifik dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat yang sejahtera. Objektif 1. Menambahkan kesedaran saintifik di kalangan orang awam melalui hubungan dari penemuan saintifik termasuk hasil penyelidikan dan pemikiran kritikal. 2. Mempromosikan capaian ke pengertahuan dalam pemerolehan asas sains melalui astronomi dan pengalaman cerapan yang menarik. 3. Memperkukuhkan komuniti astronomi dalam negara membangun melalui pelbagai kerjasama antarabangsa. 4. Menyokong dalam menaik taraf pendidikan sains formal dan secara tidak formal melalui pusat sains dan planetarium. 5. Memberi imej moden untuk sains untuk menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara karier sains dan memangkinkan penglibatan jangka panjang pelajar dalam sains dan teknologi dan

untuk masa-masa seterusnya. 6. Membantu dalam membentuk, menguatkan hubungan yang sedia ada antara ahli astronomi amatur, pendidik, saintis dan ahli komunikasi profesional melalui pelbagai aktiviti baik negeri, kebangsaan serta antarabangsa. 7. Membaiki imbangan antara gender dalam penglibatan bidang sains dan kejuruteraan. 8. Membantu dalam mengekalkan langit malam gelap di dalam perlindungan warisan kebudayaan dan semula jadi di taman-taman negara dan pusat-pusat astronomi dan kepentingan langkah tersebut. Antara projek-projek dan aktiviti IYA2009 Malaysia * Bringing the solar system to you

* Hari IYA 2009 Malaysia * Astronomy On screen * Persidangan Asia Pacific IYA * Pelancaran metodologi pembelajaran baru (institusi pelajaran) * Karnival IYA 2009 * Penerbitan bahan promosi * Pelbagai persembahan 3D subjek astronomi seperti Deep Space Object, Sistem Solar, evolusi bintang dan kosmologi * Pertunjukan planetarium untuk semua peringkat umur * Astronomi Jalanan di tempat-tempat tumpuan orang awam * Pelbagai program astronomi cuti sekolah * Hari Terbuka Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.astronomy2009.gov.my


aku dan bintang Vol 4