Issuu on Google+

&

Aku

www.sarawak-astronomy.org

Bintang

Januari - Jun 2008

ISSN 1985-0344 Keluaran 3

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & Planetarium Sultan Iskandar

Visual digital dalam planetarium Astrophilia bangkit minat astronomi

Wajah manusia di Marikh? Buruj penanda arah Astroinvention

PSI SAS: Dulu dan kini

Panduan Langit Malam dari Januari hingga Jun

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan pengumuman tentang aktiviti terkini www.sarawak-astronomy.org 1 dengan hanya menerima SMS. Kemas kini nombor telefon anda dengan segera.


Perutusan

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

Astronomi pemangkin paragdima masyarakat

P

erkembangan sains angkasa yang paling mutakhir bagi Malaysia adalah penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke angkasa lepas, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2007. Program angkasawan ini bukan sahaja telah menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang berjaya menghantar rakyatnya ke angkasa lepas, tapi ia juga merupakan pemangkin utama anjakan paradigma masyarakat untuk mempelajari pelbagai cabang ilmu berkaitan sains dan teknologi tinggi, termasuk astronomi. Berikutan perkembangan itu, pihak Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah mempelbagaikan program dan aktivitinya serta berusaha untuk meluaskan lagi impaknya kepada masyarakat, termasuk di kawasan luar bandar. Saya percaya menerusi usahasama PSISAS ini, ia berupaya untuk mewujudkan masyarakat yang celik sains angkasa dan astronomi, dan buktinya dengan kehadiran ratusan pengunjung yang hadir untuk menyertai pelbagai program yang telah dianjurkan. Saya turut diberitahu bahawa antara golongan yang hadir bersama ratusan pengunjung semasa AstroInvention 2007 yang lepas, adalah golongan ibu bapa serta warga emas yang turut sama menyertai anak-anak

mereka sepanjang aktiviti diadakan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat daripada pelbagai peringkat mula menyedari keistimewaan serta kepentingan bidang sains dan teknologi dalam kehidupan seharian mereka, dan bukan sekadar imaginasi semata-mata. Sebagai pembuka tirai tahun 2008 ini, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang serta bakal memenuhi jadual sepanjang tahun ini menerusi usaha sama PSISAS dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan serta bukan kerajaan (NGO). Penganjuran secara usaha sama ini bertujuan memberi peluang kepada semua pihak bersama-sama menyertai usaha untuk memperkasakan masyarakat ke arah sains dan teknologi angkasa, khususnya golongan muda yang bakal menjadi generasi pelapis kepada negara. Saya percaya dengan sokongan dan kerjasama yang kuat daripada pihak Kementerian Pembangunan Sosial Urbanisasi (KPSU) Sarawak, usaha ini akan dapat mencapai matlamatnya ke arah ‘Memperkasakan Masyarakat Melalui Astronomi.’ ROMIE DANIEL Presiden Persatuan Astronomi Sarawak

Artikel sumbangan: Alfean Aziz Ismandy Ali Shaiful Nizam Malek Zurwina Sharkawi Rekaan buletin Alfean Aziz Muka depan Paul Bourke

2

Januari - Jun 2008

pengumuman Untuk memudahkan ahli-ahli menerima maklumat tentang aktiviti terkini yang dijalankan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak, pihak kami telah memperkenalkan sistem pengumuman melalui mesej ringkas SMS. Ahli-ahli yang berdaftar dinasihatkan untuk mengemas kini nombor telefon mereka dengan menghubungi Planetarium atau menghantar e-mel kepada buletin@sarawak-astronomy.org. Nyatakan nama, kad pengenalan dan nombor telefon bimbit anda. Dicetak oleh Heng Sing Brothers Press


Memperkasakan astronomi negara

N

ampaknya dunia astronomi di negara kita telah bangkit pada tahun 2007 dengan membawa angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pergi dan kembali dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Ia merupakan peningkatan yang amat memberangsangkan memandangkan ramai di kalangan orang awam yang sedar tentang kewujudan ilmu astronomi yang memberikan banyak faedah kepada manusia sejagat. Ini merupakan keluaran ke-3 Buleting Aku dan Bintang yang menjadi madah untuk menyampaikan khabar kepada ahli serta orang ramai tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Boleh dikatakan bahawa tahun 2007 telah diisi dengan banyak aktiviti yang berfaedah terutama kepada ahliahli dan mereka telah berpeluang untuk memperkasakan ilmu mereka melalui penyertaan kem, kuiz, jerayawar dan banyak lagi atas usaha gigih ahli jawatankuasa Persatuan Astronomi Sarawak dan juga kakitangan Planetarium Sultan Iskandar. Tanpa usaha mereka ini, pastinya para pelajar dan orang ramai tidak berpeluang untuk mengetahui tentang perkembangan dunia astronomi di negeri ini yang perlu digerakkan lagi melalui sokongan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta sektor swasta, tidak lupa juga daripada sokongan orang ramai dan ahli-ahlinya. Jangan lupa untuk membelekbelek halaman dalam untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada separuh kedua tahun 2007 seperti Kem Astrophilia, AstroInvention dan yang terkini adalah pertunjukan digital dari Planetarium melalui teknologi cermin melengkung. Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar telah mula dikenali dengan lebih mendalam serta menjadi rakan baik kepada seko-

lah-sekolah dan ahli-ahli yang ingin berdamping dalam ilmu astronomi. Ramai ahli yang ingin agar banyak lagi aktiviti dijalankan pada tahun 2008 lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah. Ia bakal dijalankan dan tahun ini juga kita boleh mengharapkan aktiviti untuk menambahkan ilmu astronomi di kalangan ahli terus dijalankan melalui pelbagai aspek yang telah dirancangkan. Apa yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli adalah persediaan untuk menyertai aktiviti yang bakal berkali-kali ganda lebih baik berbanding aktiviti yang telah dijalankan. Persatuan Astronomi Sarawak juga memperkenalkan pengumuman melalui mesej ringkas (SMS) kepada mereka yang mempunyai telefon bimbit agar pengumuman aktiviti dapat disebarkan dengan cepat dan mudah. Jadi, bagi mereka yang belum mengemas kini nombor telefon, jangan lupa untuk melakukannya secepat mungkin agar pengumuman sampai kepada anda. Baiklah, setakat ini sahaja sorotan tentang apa yang bakal dijalankan oleh pihak Persatuan dan Planetarium. Diharapkan kita bersama-sama dapat membangkitkan semangat astronomi negeri ini melalui penyertaan kepada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2008. Sekiranya anda apa-apa komen, sila hantar kepada buletin@sarawakastronomy.org. Sekian, terima kasih. Alfean Aziz Editor

Bintang

Januari - Jun 2008

Kandungan

&

Aku

4 PUSAKA beri sumbangan derma kepada SAS Kejayaan astronomi SMK Matang Hilir STAR bergelar juara AstroKuiz Minat sains astronomi melalui PSACS III 6 Visual digital dalam planetarium

8 Lebih 500 orang sertai astroinvention 2007 10 Astrophilia bangkit minat astronomi 12 Wajah manusia di Marikh? 14 Buruj penanda arah: Belantik, Biduk Pari 16 Stesen angkasa penyatu masyarakat sedunia 18 PSI SAS - Dulu dan Kini 19 Did you know 20 Nebula Orion

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Dewan Suarah Negeri 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-415806 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org

www.sarawak-astronomy.org

3


Berita

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

PUSAKA beri sumbangan derma kepada SAS

Presiden Persatuan Astronomi Sarawak merangkap Residen Bahagian Betong, Romie Sigan Daniel menerima sumbangan derma yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Turut kelihatan Pengurus Besar PUSAKA, Datu Haji Len Talif Salleh (tengah).

P

ersatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menerima sumbangan derma daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak syarikatnya dalam satu majlis yang diadakan pada 5 Oktober 2007 di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching. Majlis penyampaian sumbangan derma berkenaan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, selaku Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA dan SAS diwakili oleh Presidennya, Romie Sigan Daniel. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar PUSAKA, Datu Haji

Len Talif Salleh. Pada tahun ini, PUSAKA dan anak-anak syarikatnya menderma sejumlah RM248,000 kepada 48 pertubuhan kebajikan dan sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak tahun 1982.

Kejayaan astronomi SMK Matang Hilir Ahli-ahli Kelab Astronomi SMK Matang Hilir bergambar bersama-sama guru mereka, Cikgu Senah Jan (berdiri dua dari kiri), Cikgu Halimaton Amirah (sebelah). Turut kelihatan Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali (dua dari kanan).

A

cara hujung tahun bagi setiap sekolah selalunya diisi dengan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar cemerlang serta telah muncul dengan pencapaian ter4

Januari - Jun 2008

baik sama ada di peringkat kategori kurikulum, mata pelajaran ataupun sahsiah. Selain sebagai menghargai pencapaian yang telah dicapai oleh sebi-

Antara penerima sumbangan ialah pertubuhan kebajikan, badan-badan amal, sukan, agama dan pendidikan yang bertujuan untuk menyokong organisasi berkenaan dalam menjalankan aktiviti mereka, di samping membantu golongan yang kurang bernasib baik. langan pelajar, ia juga bertujuan untuk membakar semangat serta pemangkin usaha pelajar agar mereka terus berusaha untuk mendapatkan keputusan terbaik serta penglibatan dalam kokurikulum sebagai mengimbangi antara kedua-dua aspek itu. Sebagai aktiviti akhir tahun, SMK Matang Hilir, Kuching, telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar ke-20 yang diadakan di Dewan Sri Cemerlang sekolah itu pada 8 November 2007 yang telah dihadiri oleh ibu bapa, pelajar dan guru-guru. Sebagai sekolah yang telah mendapat anugerah Sekolah Astronomi oleh Planetarium Sultan Iskandar, beberapa pelajar daripada sekolah tersebut juga telah menerima anugerah masing-masing kerana pencapaian mereka secara aktif dalam aktiviti kelab dan persatuan yang turut dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.


STAR bergelar juara AstroKuiz Kumpulan dari SMK Tun Abdul Rahman berjaya merangkul Piala Pusingan Astronomi KPSU bagi pertandingan AstroKuiz 2007 yang dijalankan di Planetarium Sultan Iskandar baru-baru ini.

E

ra angkasa bermula pada 4 Oktober 1957 dengan pelancaran Sputnik 1. Sejajar dengan itu, Minggu Angkasa Sedunia 2007 diraikan bagi menandakan ulang tahun ke50 bermulanya era angkasa. Sempena dengan Minggu Angkasa Sedunia 2007, Persatuan Astronomi Sarawak dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar telah menganjurkan pertandingan AstroKuiz 2007 untuk tahun kedua ia dianjurkan bagi merebut Piala Pusingan Astronomi

KPSU. Pada tahun lalu, SMK Batu Lintang menjadi juara dengan mengalahkan tiga sekolah lain yang turut menyertai pertandingan tersebut. Tahun ini pula menyaksikan lima buah sekolah iaitu SMKA Tun Ahmad Zaidi, SMK Santubong, SMK Tun Abdul Rahman, SMK Petra Jaya dan SMK Matang Hilir. Bagi pertandingan ini, setiap sekolah menghantar enam orang wakil yang dibahagikan kepada dua kum-

minat sains astronomi melalui PSACS III

P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak telah menganjurkan Program Sains Angkasa Cuti Sekolah ke-3 (PSACS III) di Planetarium Sultan Iskandar. Ia merupakan program yang tidak asing lagi bagi pelajar di sekitar bandar raya Kuching yang ingin mendekatkan diri mereka de-ngan pengetahuan astronomi. PSACS III ini merupakan program tahunan yang dijalankan pada setiap musim cuti sekolah sebagai salah satu aktiviti pengisian berfaedah de-ngan pelbagai program dirancangkan bagi membolehkan para pelajar mendapat maklumat yang berguna untuk membantu mereka dalam menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang sains angkasa. Bagi program yang dijalankan se-

lama 3 hari ini ia secara tidak langsung cuba mendedahkan pelajar kepada pelbagai cabang astronomi seperti kosmologi dan penemuan awal astronomi dalam matematik. Selain itu, pelajar juga belajar tentang asas-asas astronomi seperti membaca carta bintang dan sifat-sifat bintang serta mencerap bintang menggunakan teleskop. Dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi kali ini pula terdapat perubahan serta peningkatan yang ketara dalam penglibatan pelajar yang aktif melalui persembahan projek yang diberikan kepada mereka. Program yang dihadiri oleh kirakira 80 pelajar ini telah dibahagikan kepada beberapa slot yang berfaedah bagi membolehkan para pelajar mempelbagaikan pengetahuan mereka dalam astronomi.

Bintang

Berita

&

Aku

pulan dan pertandingan diadakan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Sesi saringan diadakan bagi mencari pasukan yang akan bertanding di pusingan akhir yang turut diadakan pada hari yang sama. Pelbagai hadiah ditawarkan dengan hadiah utamanya adalah Piala Pusingan Astronomi KPSU (Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi) selain hadiah sampingan berupa buku astronomi bernilai sehingga RM150, hamper dan sijil penyertaan. Kedua-dua sekolah mendapat markah yang sama di pusingan akhir, bagaimanapun SMK Tun Abdul RAhman berjaya menjawab soalan tambahan, seterusnya menjuarai AstroKuiz 2007. Night sky JANuary 2007 Time is in GMT +8 Date

Events

4

Quadrantid meteor shower peaks

5

The moon passes south of Venus 1 p.m The Moon passes 0.5 degress south of Antares 19h

7

Venus passes 6 degress antares 11 a.m

20

The Moon passes 1.1 degrees Norths Mars at 9h

21

Mercury is at its greatest elongation 14h

25

The Moon passes 0.7degress south of regulus 0h

www.sarawak-astronomy.org

5


Planetarium

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

T

Visual digital dalam planetarium

eknologi digital visual memainkan peranan penting sebagai media untuk membantu dalam menyampaikan mesej yang jelas serta realistik kepada penonton yang ingin menonton sesuatu yang baru dalam dunia teknologi moden. Oleh Alfean Aziz Foto oleh Paul Bourke

Dalam tempoh beberapa tahun ini, kita telah diberikan dengan imej digital yang sepenuhnya melalui filem-filem yang diimport dari Hollywood dengan tiadanya pelakon sebenar melakonkan filem tersebut tetapi hanya disumbangkan melalui suara-suara mereka. Apa yang menarik tentang filemfilem berunsurkan digital ini disebabkan ia dihasilkan secara sepenuhnya melalui perisian komputer bagi memberikan imej yang seakan-akan imej sebenar, berbeza dengan imej berbentuk kartun seperti yang kita lihat sebelum ini. Selain imej visual bagi filem, terdapat juga teknologi digital visual yang digunakan bagi memancarkan imejimej digital dalam kubah planetarium agar ia mampu memberikan imej yang realistik berbeza daripada imej manual yang dipancarkan melalui projektor sebelum ini. Imej digital dalam planetarium Paul Bourke, Felo Penyelidikan Kanan dari Universiti Western Australia telah berada di bandar raya Kuching pada 23 Jun 2007 ini atas jemputan Planetarium Sultan Iskandar untuk memberikan ceramah tentang Scientific Visualisation for Astronomy Research and Public Outreach. Dalam ceramah yang disampaikan oleh Paul Bourke, dia cuba memberikan gambaran faedah mempunyai visual digital dipancarkan ke layar kubah planetarium berbanding menggunakan projektor manual. Malah, kebanyakan planetarium moden telah dilengkapi dengan pro6

Januari - Jun 2008

jektor yang dapat memancarkan imej berbentuk digital yang dapat menumpukan keseluruhan imej ke atas kubah. Untuk memancarkan imej digital yang berbentuk melengkung, sesebuah planetarium itu terpaksa menggunakan projektor berkanta fisheye agar keseluruhan imej dipancarkan ke atas permukaan kubah. Namun, untuk merealisasikan impian untuk menggunakan imej digital sepenuhnya, sesebuah planetarium terpaksa menanggung perbelanjaan sehingga berjuta-juta ringgit bagi membeli projektor dan juga pakej filem digital yang ditawarkan. Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh Paul Bourke, dia telah mewujudkan cermin yang dapat memancarkan imej pada keseluruhan kubah planetarium agar imej yang di-

Paul Bourke

pancarkan itu dapat memenuhi hampir seluruh permukaan kubah tersebut. Cermin yang dimaksudkan itu bukanlah cermin biasa tetapi cermin melengkung yang telah direka bentuk sendiri berdasarkan ukuran lengkungan yang tepat agar ia dapat memancarkan imej seperti yang dikehendaki. Selain cermin melengkung, ia turut memerlukan projektor berdefinisi tinggi (high definition) dan juga komputer Macintosh yang mampu menggunakan perisian yang telah direka oleh Paul. Apa yang menarik tentang rekaan Paul adalah kos bagi menghasilkannya jauh lebih murah berbanding memasang projektor kanta fisheye. Teknologi warping Bagaimanapun untuk merealisa-


Bintang

Cermin yang dibentuk pada kedudukan melengkung serta projektor dan komputer mampu menghasilkan imej pada kubah seakan-akan menggunakan projektor berkanta fisheye.

sikan idea itu, Paul terpaksa menggunakan teknologi warping yang membolehkan imej diubah agar apabila ia dipancarkan ke atas kubah, ia tidak kelihatan herot-benyot (distort). Cara ia berfungsi adalah projektor berdefinisi tinggi akan memancarkan visual ke atas cermin melengkung dan ia kemudian memancarkan ke atas keseluruhan kubah. Hasil imej yang dipancarkan itu adalah sama seperti menggunakan projektor kanta fisheye. Imej yang diherot-benyot diperlukan disebabkan keadaan kubah yang melengkung memerlukan imej sedemikian agar imej yang dipancarkan itu boleh mencapai ke keseluruhan kubah. Ia diherot-benyot dengan menggunakan perisian yang telah direka oleh Paul agar imej itu serasi dengan keadaan kubah planetarium. Ia berbeza dengan projektor kanta fisheye tetapi fungsinya sama kerana ia mampu memberikan imej digital yang lebih jelas bergantung kepada perisian serta kerangka yang ada. Oleh itu dalam merealisasikan semua ini, projektor berdefinisi tinggi dan juga komputer Macintosh diperlukan memandangkan perisian untuk mengherotbenyotkan imej dihasilkan dengan perisian Macintosh. Planetarium mudah alih Menurut Paul, teknologi yang direkanya sesuai untuk menonton imej dengan menggunakan kubah planetarium mudah alih. Ini memandangkan untuk menjayakannya. Ia hanya membolehkan projektor, komputer riba, cermin serta kubah mudah alih.

Jadi ia sesuai untuk melakukan aktiviti jerayawara terutama bagi memberikan peluang bagi para pelajar luar bandar untuk mengalami suasana ketika berada di dalam planetarium. Ia berbeza dengan planetarium lain yang terpaksa membawa projektor yang berharga berjuta-juta ringgit yang mungkin mempunyai risiko rosak akibat sentiasa digerakkan. Apa yang penting di sini adalah dengan adanya projektor serta cermin tersebut, aktiviti pertunjukan planetarium dapat didigitalkan selain menggunakan projektor manual. Cermin serta projektor itu bukan sahaja terhad digunakan dalam pertunjukan berbentuk astronomi, tetapi ia dapat diluaskan dengan menayangkan pertunjukan berbentuk sains untuk menarik minat golongan pelajar kerana ia lebih berbentuk interaktif

Cermin yang diletakkan pada sudut kubah Planetarium Sultan Iskandar ketika Paul Bourke membuat demonstrasi.

Planetarium

&

Aku

seperti yang didemonstrasikan oleh Paul ketika berada di Kuching. Melalui teknologi digital yang direalisasikan melalui cermin dan perisian rekaan Paul, diharapkan ia dapat membantu Planetarium Sultan Iskandar dalam mempertingkatkan mutu pertunjukan agar ia lebih mantap dalam memberikan maklumat berbentuk astronomi untuk generasi akan datang.

Night Sky FEBRUARY 2007 Time is in GMT +8 Date

Events

1

Venus 0.6degrees north of Jupiter 22h

2

The Moon passes 0.6 degrees south of Antares 3h

7

Mercury is in inferior conjunction 3h

16

The Moon passes 1.6degrees north of Mars 17h

24

Saturn is at its opposition, 19h

26

Mercury passes 1.3degrees north of venus 12h

29

The Moon passes 0.6 degrees south of Antares 12h

www.sarawak-astronomy.org

7


Astroinvention

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

Lebih 500 orang sertai ASTROINVENTON 2007

W

ALAUPUN laluan Mars Rover yang disediakan penganjur agak sukar untuk dilalui, namun peserta pertandingan tetap sabar dan mencuba sedaya upaya untuk melepasi setiap halangan yang ada di setiap laluan. Oleh Zurwina Sharkawi

Malah, sorakan sokongan, katakata motivasi dan kerjasama yang ditunjukkan daripada guru, ahli pasukan dan penonton berjaya membantu mereka untuk menempuhi halangan yang ada walaupun gagal mencapai misi yang telah ditetapkan. Itulah situasi yang dapat digambarkan sepanjang pertandingan Mars Rover sempena program AstroInvention yang telah diadakan pada 7 Julai 2007 di perkarangan foyer Kompleks Dewan Suarah Negeri, Kuching. Program AstroInvention kali kelima ini sejak tahun 2003 merupakan anjuran bersama Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dengan kerjasama SUPER, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Sebanyak lima sekolah telah menyertai pertandingan ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, SMK Matang Hilir, SMK Tunku Abdul Rahman, SM Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching. Dengan model Mars Rover yang telah disiapkan terlebih dahulu, peserta pertandingan begitu teruja dan tidak sabar untuk bertanding bagi menguji dan menandingi pasukan lain serta menunjukkan kehebatan masing-masing. Bagi penyertaan pertandingan ini, penganjur telah menyediakan sebuah kereta mainan dengan alat kawalan jauh dengan kuasa bateri AA kepada setiap peserta dan mereka diberi masa 8

Januari - Jun 2008

selama sebulan bagi menyiapkan serta mengubahsuai kereta masing-masing kepada sebuah rover. Setiap rover yang diubahsuai perlu menepati ciri-ciri dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur. Walaupun kesemua peserta berjaya menempuhi halangan di laluan yang disediakan, namun tiada pasukan yang berjaya memenangi pertandingan ini kerana gagal sampai ke destinasi pada masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, panel hakim bersetuju untuk memberi ‘Anugerah Khas Juri’ kepada SM Agama Tun Ahmad Zaidi kerana berjaya melepasi halangan sehingga sampai ke titik penamat walaupun telah melebihi had masa yang telah ditetapkan iaitu enam

minit. Pada tahun ini, program yang hanya diadakan selama setengah hari itu juga berjaya memecah tradisi tahuntahun sebelumnya dengan kehadiran dan penyertaan peserta dan orang ramai melebihi 500 orang. Menurut Kurator PSI, Ismandy Ali, dia agak terkejut dan gembira dengan sambutan yang diterima pada tahun ini. “Tahun ini sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan dianggarkan lebih 500 orang hadir pada program kali ini. Walaupun kita tidak mempromosikan program ini menerusi media, namun sambutan dan sokongan yang diterima begitu menggalakkan. “Malah penyertaan sekolah-sekolah daripada luar bandar Kuching cukup mengagumkan Mungkin ramai yang sudah mula dan ingin untuk mendalami bidang astronomi, dan usaha kita selama ini mula menampakkan hasil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai astronomi,” katanya. Selain Mars Rover, beberapa aktiviti lain turut diadakan iaitu AstroDraw, AstroPaint, AstroDart, AstroDJ,

Para peserta bergambar bersama-sama setelah selesai menyertai AstroInvention 2007 di Planetarium Sultan Iskandar, Kuching.


AstroShow dan AstroQuiz. Bagi AstroDraw, lebih 40 pelajar sekolah menengah menyertai pertandingan ini dan mereka dikehendaki melukis lukisan dengan tajuk ‘Makhluk Asing’ mengikut imaginasi masing-masing. Manakala hampir 200 peserta menyertai AstroPaint atau pertandingan mewarna yang terbuka bagi tiga kategori iaitu pra-sekolah, sekolah rendah 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun. AstroQuiz dan AstroDJ juga berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi (IPT) serta orang ramai untuk sama-sama memeriahkan lagi program AstroInvention. Mereka berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan penganjur dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah yang berkaitan astronomi serta memilih lagu kesukaan mereka. Selain itu, pertandingan AstroDart

juga dibuka kepada orang ramai dengan menggunakan papan dart yang berlatarbelakangkan planet-planet di dalam sistem solar. Bagi pengunjung yang tidak pernah mengunjungi Planetarium Sultan Iskandar, mereka berpeluang untuk menyaksikan dua tayangan AstroShow

Bintang

Astroinvention

&

Aku

iaitu ‘Aku dan Bintang’ dan ‘Around the Universe in 30 Minutes’ secara percuma yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. MAC 2007

Night Sky

Time is in GMT +8 Date

Events

3

The Moon passes 4 degrees south of Jupiter 10h

3

Mercury is at its greatest elongation 20h

5

The Moon passes 0.2 degrees south of Mercury, 23h

15

The Moon passes 1.7 degrees north of Mars 11

19

The Moon passes 3 degrees outh of saturn 23h

20

Spring equinox 14h

23

Mercury passes 1.0 degress south of Venus 18h www.sarawak-astronomy.org

9


astrophilia

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

K

Astrophilia bangkit minat astronomi

em Astrophilia yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dengan kerjasama Persatuan Astro-nomi Sarawak (SAS) telah kembali lagi pada 25 dan 26 Ogos 2007, dan kali ini seramai 33 pelajar pelbagai sekolah di sekitar Kuching telah terlibat dalam pelbagai aktiviti bagi memperkasakan ilmu astronomi. Oleh Alfean Aziz

Para pelajar menulis impian mereka untuk dimasukkan ke dalam kapsul masa.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kem Alapong di Lundu telah dipilih sebagai tempat untuk mengadakan aktiviti tahunan ini memandangkan lokasinya sesuai bagi penganjuran program serta sesuai untuk mengadakan aktiviti mencerap bintang. Pelajar-pelajar dari sekolah SMK Matang Hilir, SMK Santubong, SMK Petra Jaya, SMK Tunku Abdul Rahman, SMKA Tun Ahmad Zaidi telah berkumpul dalam program tahunan PSI dan SAS ini yang cuba untuk mendidik mereka yang berminat dalam bidang astronomi. Program selama dua hari ini telah diseliakan oleh fasilitator-fasilitator dari PSI dan SAS yang merangka pro10

Januari - Jun 2008

Pelajar yang menyertai Kem Astrophilia mendengar taklimat sebelum bermulanya aktiviti.

gram yang bersesuaian dengan minat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang dunia astronomi. Program yang dirangka pada kali ini mudah sahaja dengan ia lebih kepada ceramah astronomi, makmal astronomi, ceramah motivasi, kuiz astronomi serta aktiviti riadah pantai dan meditasi. Ceramah Bagi sesi yang diadakan, para pelajar telah berpeluang untuk mendengar ceramah tentang isu pendaratan Apollo pada tahun 1960-an dan 70-an yang dibuktikan bahawa ia bukanlah satu konspirasi. Para pelajar juga telah dijelaskan

tentang pengenalan kepada astronomi bagi pelajar yang ingin belajar tentang dunia astronomi. Dengan rata-rata pesertanya daripada adalah Tingkatan 4 ke bawah. Di samping itu, para pelajar turut mengikuti makmal astronomi dengan para pelajar telah diajar cara untuk mentafsir dokumen cerapan astronomi dan kelengkapan astronomi, terutamanya cara untuk membaca carta bintang. Dalam sesi ini, ia membolehkan para pelajar untuk mengetahui kedudukan buruj-buruj tertentu yang terdapat di langit serta mengenali kedudukan bintang-bintang dalam buruj-buruj itu.


Kenangan... Para peserta bergambar bersama-sama setelah berakhirnya aktiviti.

Malangnya keadaan langit malam yang berawan disebabkan keadaan hujan pada petang itu telah menghalang para pelajar untuk mengadakan aktiviti cerapan bintang. Aktiviti cerapan bintang merupakan aktiviti yang sering ditunggu-tunggu oleh pelajar kerana ia membolehkan mereka untuk mempraktikkan segala yang telah mereka pelajari dalam sesi makmal, khususnya terutama dalam mengenal pasti buruj-buruj yang terdapat di langit. Pada masa sama ketika aktiviti ceramah dan makmal diadakan, turut diadakan juga adalah sesi kuiz bagi menguji pengetahuan pelajar tentang apa yang telah disampaikan kepada mereka. Malah, apa yang menarik bahawa para pelajar juga telah dibahagikan ke-

pada lima kumpulan dan mereka dikehendaki bersaing untuk menjadi juara. Sesi riadah pantai Di samping sesi yang dianjurkan oleh pihak PSI dan SAS, pihak Kem Alapong juga telah mengadakan aktiviti riadah berbentuk permainan yang diadakan di tepi pantai. Dalam permainan itu, setiap pasukan dikehendaki membina menara yang diperbuat daripada bahan yang terdapat di sekitar mereka. Menara itu akhirnya diletakkan Jalur Gemilang yang perlu dirampas semula sementara dilindungi oleh para fasilitator dalam pertempuran menggunakan beg plastik berisi air. Bagi sesi kedua pula, para pelajar pula diminta untuk mengambil Jalur Gemilang yang dipacakkan di dalam air dan mereka dikehendaki untuk membina jambatan untuk mendapatkan bendera itu. Kedua-dua permainan ini sebenarnya cuba untuk menguji setiap kumpulan tentang taktik yang digunakan dalam merancang strategi serta bekerja secara berpasukan. Kapsul masa Di akhir sesi sebelum para pelajar pulang ke Kuching, mereka telah diminta untuk mengisi impian, cita-cita dan harapan mereka pada satu kertas yang akhirnya dimasukkan ke dalam botol. Setiap kumpulan telah ditugaskan untuk mengisi harapan, impian dan cita-cita masing-masing yang akan ditanam di sekitar Kem Alapong serta

Bintang

astrophilia

&

Aku

akan dibuka dalam tempoh tiga tahun lagi oleh mereka yang bakal menghadiri kem yang sama. Kem Astrophilia ini secara langsung mendidik para pelajar untuk menghargai sains astronomi dan penekanan kepada betapa pentingnya astronomi kepada manusia. Ia juga mampu untuk membangkitkan minat pelajar agar mereka berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan astronomi pada masa hadapan sejajar dengan impian kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang celik sains.

Night Sky April 2007 Time is in GMT +8 Date

Events

5

The Moon passes 1.2 degress north of Venus 9h

15

The Moon passes 0.9 degress south of Regulus 14h

16

The Moon passes 3 degress south of Saturn 2h

16

Mercury is in superior conjunction 15h

22

Lyrid meteor shower peaks

27

The Moon passes 3 degress south of Jupiter 13h

29

30

Mars passes 5 degress south of Pollux 4h The Moon passes 0.3 degrees north of Neptune, 3h

www.sarawak-astronomy.org

11


Marikh

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

Wajah manusia di Marikh?

S

etiap tahun semenjak tahun 2003, seringkali kita akan mendapat e-mel yang menyatakan bahawa Marikh akan mendekati Bumi pada 23 Ogos. Pada malam tersebut, kita akan melihat planet Marikh berada pada kedudukan dekat dengan Bumi sehinggakan seolah-olah Bumi mempunyai dua buah Bulan! Oleh Ismandy Ali

Walaupun ia dilihat sebagai satu penipuan internet, sekurang-kurangnya kita tahu bahawa fenomena langit ini masih mampu untuk menarik perhatian rakyat Malaysia. Saya pernah dihubungi oleh sebuah persatuan berkaitan dengan seni foto bertanyakan hal tersebut. Sedikit pun saya tidak melihat ia sebagai satu perkembangan yang negatif, malah ia satu perkembangan positif sehinggakan sebuah pertubuhan yang tidak berkait secara langsung dengan astronomi boleh bertanyakan tentang hal itu. Melalui soalan yang sering kali diaju12

Januari - Jun 2008

kan kepada saya semenjak terlibat dengan pendidikan astronomi hampir 20 tahun yang lepas, sememangnya ramai yang masih ingin tahu sama ada terdapat hidupan di planet Marikh. Pengaruh filem Hollywood memang merupakan faktor utama kepada kepercayaan ini. Jika dibandingkan de-

ngan fakta asal, beberapa misi kapal angkasa, pendarat dan rover telah pergi ke Marikh semenjak tahun 60-an yang lepas tidak menemui apa-apa pun tanda bahawa Marikh mempunyai hidupan. Bagaimanapun, formula mudah untuk mengenali dan mencari hidupan di Marikh adalah seperti kita mengenali dan mencari hidupan di Bumi.


Bintang

Gambar persekitaran Cydonia Mensae. Kelihatan seperti wajah manusia (dibulatkan).

Air, oksigen dan suhu yang tidak keterlaluan merupakan resipi utama dalam pencarian kewujudan makhluk di sana. Persoalannya adakah makhluk Marikh bernafas menggunakan oksigen? Adakah mereka memerlukan air? Adakah mereka perlu untuk hidup dalam suhu seperti di Bumi? Sememangnya banyak persoalan yang wujud dalam mencari makhluk asing di luar Bumi. Malah saintis ahli astrobiologi memang tahu akan kekurangan kaedah ini. Tapi mereka perlu untuk memfokuskan skop kajian dan pencarian mereka, hasilnya adalah seperti yang kita sebutkan tadi. Sejarah zaman moden menyatakan terdapat hidupan di permukaan Marikh telah disegarkan semula oleh misi kapal angkasa Viking 1 semasa mengorbit planet tersebut pada 25 Julai 1976. Adalah tidak sukar bagi sesiapa sahaja yang melihat imej ini akan mengatakan bahawa terdapat ‘wajah manusia’ pada ketinggian ribuan meter di atas permukaan tersebut. Selepas imej tersebut didedahkan kepada orang awam melalui media, pelbagai spekulasi yang timbul. Antara spekulasi yang paling popular adalah wajah manusia itu adalah tinggalan tamadun purba yang wujud di planet Marikh. Malah, terdapat juga cadangan bahawa adanya piramid-piramid yang terdapat di sekitar sekiranya pencarian lebih teliti dilakukan. Dakwaan demi dakwaan telah muncul sehinggakan NASA dan kerajaan Amerika Syarikat dikatakan berkonspirasi untuk menyembunyikan kebenaran perkara tersebut daripada pengetahuan umum. Malah, spekulasi ini digembar-gemburkan lagi melalui pelbagai dokumen-

tari dan diselitkan dalam pelbagai filem untuk tahun-tahun yang berikutnya. Misi-misi ke Marikh selepasnya yang mempunyai keupayaan kamera mempunyai resolusi yang lebih tinggi semakin ‘menggoyahkan’ wajah manusia tersebut. Tidak sehingga tahun 1997 apabila Mars Global Surveyor menghampiri planet tersebut dengan kamera yang mempunyai resolusi yang lebih tinggi. Didapati bahawa wajah manusia itu yang dipanggil Cydonia Mensae hanyalah formasi geologi dan bayang yang secara kebetulan membentuk muka tersebut. Walaupun begitu, ia masih tidak mampu untuk mengurangkan kepercayaan tersebut sehinggalah pada tahun lepas apabila sebuah kapal angkasa dari ESA (Europe Space Agency) Mars Express menghantar beberapa siri imej dan pelbagai ukuran ke-tinggian sehingga dengan maklumat terbaru ini ia mampu menghasilkan model 3D formasi ‘wajah manusia tersebut’. Sememangnya penemuan wajah manusia itu adalah formasi cahaya serta bayang-bayang yang biasa dan hanya kebetulan sahaja semasa Viking 1 mengambil imej tersebut. Walaupun begitu, dengan kehadiran Marikh yang paling hampir dengan Bumi pada malam Krismas 2007 ini yang tidak akan muncul sehingga tahun 2016 akan datang, kemunculannya sebagai sebuah bintang berwarna merah yang terang di langit sebelah timur selepas terbenam matahari memang akan cukup membuatkan pelbagai spekulasi serta misteri tentang Marikh bakal muncul. Bagi saya, mengapakah spekulasi se-

Marikh

&

Aku

perti ini sentiasa timbul? Ia sebagai menambah ‘perisa’ kepada Marikh dan ‘perisa’ ini akan memangkinkan wujud perasaan ingin tahu untuk mendapatkan tentang maklumat yang tepat dan benar planet merah tersebut. May 2007

night Sky

Time is in GMT +8 Date

Events

2

The Moon passes 3 degrees north of Uranus 7h

4

Eta Aquarid shower peaks

7

The Moon passes 3degrees north of Mercury 6h

10

Mercury pases 8 degrees north of Aldebaran, 14h

meteor

The Moon passes 0.2 degrees north of Mars 22h

13

The Moon passes 3 degrees south of Saturn, 3h

20

The moon passes 0.2 degrees south of Antares, 19h

www.sarawak-astronomy.org

13


Buruj

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

Buruj penanda arah

Belantik, Biduk, Pari

S

ebagai seorang pendidik yang kerjanya hampir setiap hari melayan kerenah budak-budak dan para pelajar tentang bulan serta bintang, karier tersebut sememangnya memerlukan banyak kesabaran. Malah, mungkin sehingga cuba untuk mendalami perasaan dan terujanya mereka saya juga harus mesti menjadi seperti mereka! Oleh Ismandy Ali

Buruj pari yang terletak di bahagian selatan merupakan penanda arah Selatan. Pernah satu ketika dahulu terdapat seorang anak kecil yang pada mulanya menangis di dalam teater Planetarium terdiam apabila ditunjukkan dengan langit malam. Mulanya menangis tetapi kemudiannya digantikan dengan sorakan ‘wahhhhh!’ Sememangnya tugas untuk men14

Januari - Jun 2008

didik anak-anak berkenaan astronomi ini semakin seronok. Jauh lebih seronok daripada apa yang dialami oleh budak-budak ini. Malah ada yang tidak mahu balik dan mahu pihak Planetarium menjalankan aktiviti yang menumpukan kepada ‘banyak bintang’ untuk mer-

eka! Antara soalan-soalan yang selalu saya dengar adalah apakah itu bintang? Adakah tahi bintang itu memang benar-benar dari bintang? “Bagaimana abang boleh tibatiba buat hari jadi malam? Abang ada magik?”. Soalan macam itu membuat saya ketawa di dalam gelap. Untuk murid-murid yang pernah belajar tentang buruj di sekolah, sudah pasti mereka akan diperkenalkan dengan buruj-buruj mudah seperti Belantik (Orion), Pari (Crux) dan Biduk (Ursa Major). Sememangnya tidak keterlaluan kalau saya katakan mereka tahu bagaimana rupa Belantik. Dengan tiga bintang yang mewakili tali pinggang seorang pemburu merupakan buruj yang paling popular di kawasan Khatulistiwa. Jika di bahagian hemisfera utara, buruj Biduk lebih popular, manakala mereka yang berada di hemisfera selatan pula lebih mengenali buruj Pari. Bagi kita di Malaysia, Belantik paling popular kerana selain rupanya yang jelas, ia terbit di sebelah timur dan akan terletak di atas kepala kita pada masa-masa tertentu. Dengan tiga butir bintang (Mintaka, Alnilam dan Alnitak) yang dikatakan menunjuk ke arah kiblat menambahkan lagi popularitinya. Selain itu, tiga butir bintang itu


Bintang

Biduk atau Ursa Major (beruang besar) juga turut dikenali sebagai Big Dipper atau senduk besar.

juga menunjukkan ke arah Sirius, bintang paling terang di langit. Satu arah yang berlawanan pula menunjuk ke arah bintang merah berwarna Aldebaran. Imej ini merupakan sesuatu sukar untuk terlepas pandang. Belantik paling mudah dilihat sekitar jam 8 hingga 10 malam dengan kedudukannya di atas kepala iaitu sekitar bulan Disember dan awal Januari. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk berjaga sehingga larut malam, masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk mencari buruj tersebut. Biduk atau Ursa Major (Beruang Besar) juga turut dikenali sebagai Big Dipper atau senduk besar. Sebenarnya ia lebih mirip kepada senduk atau gayung jika dibandingkan dengan namanya sebagai beruang besar. Ia adalah buruj yang amat mudah dikenali dengan mudah dilihat sekitar jam 8 hingga 10 malam dari Februari sehingga Jun. Biduk juga mempunyai pelbagai kegunaan dengan selain paling popular untuk menunjukkan arah ke utara benar (true north), ia juga boleh digunakan untuk menentukan kedudukan kita di permukaan bumi dan menentukan masa. Jika dilihat di dalam sejarah penamaan bintang menggunakan sistem Bayer, ia merupakan buruj yang pertama menggunakan siri huruf Greek alpha, beta, gamma dan seterus-

nya untuk penamaan bintang. Disebabkan itu jujukan huruf tersebut mengikut urutan bintang dan bukan berdasarkan kecerahan – khas hanya untuk Biduk. Sekiranya dilihat dengan teliti, terdapat dua bintang kembar (double star), yang kelihatan kembar tetapi sebenarnya ia kelihatan sedemikian kerana dilihat dari lokasi kita. Bintang kembar tersebut adalah bintang Mizar-Alcor yang terletak pada bahagian pemegang Biduk. Menurut cerita, pada masa dahulu, orang Arab menggunakan dua bintang tersebut untuk menguji ketajaman penglihatan mereka. Buruj pari yang terletak di bahagian selatan merupakan penanda arah Selatan. Crux atau Southern Cross merupakan nama yang dikenali di Barat dan membawa maksud Salib Selatan. Selain membawa reputasi sebagai buruj yang paling mudah dikenali di bahagian hemisfera selatan dan penunjuk ke arah Selatan, ia juga dikenali sebagai buruj yang mempunyai kawasan yang paling kecil. Reputasinya sebagai buruj yang mudah dilihat di hemisfera selatan dan dikaitkan dengan Kristian mungkin membuatkan ia sebagai satu entiti yang terdapat di dalam bendera dan simbol Australia, Brazil, New Zealand, Samoa dan banyak lagi negara-negara kecil, negeri-negeri dan malah beberapa pertubuhan.

Buruj

&

Aku

Disebabkan kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa, buruj Pari nampak hanya mendominasi kawasan hujung sebelah selatan sementara buruj Biduk pula mendominasi hujung sebelah utara. Jika dibandingkan dengan Belantik yang nampak gagah, terbit di sebelah timur dan mencapai ‘kemuncak’ di atas kepala dengan tiga bintang terang serta menunjukkan ke arah kiblat, ia merupakan buruj yang lebih dikenali di kawasan kita. Tidak hairan buruj yang mempunyai jolokan ‘jula-juli bintang tiga dan menunjuk ke arah kiblat’ merupakan soalan yang paling selalu diajukan kepada saya semenjak berkecimpung di dalam bidang pendidikan astronomi lebih 20 tahun yang lepas.

Night Sky June 2007 Time is in GMT +8 Date

Events

7

Mercury is in inferior conjunction , 11h

8

The Moon passes 0.8 degrees south of Mars, 10h

9

The Moon passes 3 degrees south of Saturn, 17h

20

The Moon passes 2 degrees south of Jupiter, 21h

29

Asteroid ceres is in conjunction with the Sun, 1h

www.sarawak-astronomy.org

15


Angkasa

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

Stesen angkasa penyatu masyarakat sedunia Oleh Shaiful Nizam

D

r. Sheikh Muszaphar Shukor telah berjaya mengharumkan nama Malaysia sebagai salah seorang angkasawan Malaysia pertama yang berjaya ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007.

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa

Di angkasa lepas, Dr. Sheikh Muszaphar telah berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Space Station (ISS) dengan dia telah berjaya menjalankan beberapa ekspe-rimen dalam keadaan graviti mikro. Stesen angkasa lepas ditakrifkan sebagai sebuah binaan manusia yang berada di ruang angkasa lepas. Stesen ini membolehkan angkasawan tinggal untuk satu jangka masa pendek, sederhana atau panjang. Sebelum ISS dibina, terdapat beberapa lagi stesen angkasa lepas yang telah dilancarkan seperti Mir, Salyut dan juga Skylab. Salyut Salyut merupakan program stesen 16

Januari - Jun 2008

angkasa lepas yang telah dilancarkan oleh Rusia ketika era perang dingin. Sebagai sebuah stesen angkasa Salyut yang dikategorikan sebagai Monolithic, Salyut telah dipasang di bumi secara menyeluruh dan selepas itu dilancarkan ke angkasa lepas. Apabila stesen angkasa ini telah digunakan untuk satu tempoh tertentu, ia seterusnya ditinggalkan setelah kelengkapan dan bahan di atas stesen angkasa lepas habis digunakan. Dalam Program Salyut, Russia telah melancarkan sebanyak sembilan stesen Salyut dari tahun 1971 sehingga 1986. Salyut secara umumnya digunakan sebagai sebuah stesen untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan. Namun begitu, ia turut digunakan untuk tujuan ketenteraan seperti pro-

gram Almaz yang berselindung di sebalik stesen angkasa Salyut 2, Salyut 3 dan juga Salyut 5. Stesen angkasa lepas Salyut yang terakhir berada di orbit bumi merupakan Salyut 7 yang dilancarkan pada 19 April 1982 dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi pada 7 Februari 1991. Skylab Stesen angkasa lepas yang kedua pula dikenali sebagai Skylab yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat pada 14 Mei 1973. Skylab juga merupakan sebuah stesen angkasa lepas jenis Monolithic dan hanya sebuah sahaja Skylab sahaja yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Skylab B juga telah dirancang namun program stesen kedua ini dibatalkan atas sebab kos dan juga tumpuan lebih diberikan kepada program kapal angkasa ulang alik Space Shuttle. Skylab turut digunakan untuk tujuan penyelidikan sains dan untuk tujuan ketenteraan. Seperti stesen angkasa Salyut, Skylab juga akhirnya ditinggalkan dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi pada 11 Julai 1979. Mir Stesen angkasa lepas yang paling berjaya setakat ini adalah stesen angkasa Mir. Mir dalam bahasa Russia bermaksud dunia dan keamanan. Sesuai dengan nama stesen angkasa ini, Mir berjaya mewujudkan kembali hubungan antarabangsa antara Amerika Syarikat dan juga Rusia yang sebelum ini dalam keadaan tegang serta dingin. Di samping itu, Mir juga telah menerima ramai angkasawan dari pelbagai negara.


Stesen angkasa Mir

Mir juga dianggap berjaya kerana ia telah menempatkan sebanyak 28 misi angkasawan untuk satu tempoh yang lama. Antara angkasawan yang paling lama dan masih lagi memegang rekod berada di luar angkasa ialah angkasawan Rusia iaitu Valeri Polyakov. Dia telah menghabiskan masa sebanyak 437.7 hari berada di stesen angkasa Mir. Di samping mengumpul data untuk tujuan saintifik, data yang diperoleh terutamanya dalam misi jangka masa panjang adalah penting bagi membolehkan manusia mewujudkan penempatan stesen angkasa baru lebih-lebih lagi di bulan. Pangkalan di bulan ini juga akan menjadi sebahagian daripada misi manusia untuk menjelajah ke planet lain terutamanya ke Marikh yang dilihat sebagai sebuah planet yang mampu untuk menjadi tempat kediaman manusia yang baru. Mir berada pada orbit bumi selama 5511 hari, disebabkan faktor keselamatan seperti kerosakan serta usia stesen angkasa yang lama dan usang, ia akhirnya dimusnahkan apabila ia memasuki orbit bumi pada 23 Mac 2001. Serpihan Mir yang tidak musnah dan terbakar jatuh di kawasan selatan Lautan Pasifik. Cadangan untuk membina stesen angkasa Mir 2 juga telah dibuat oleh pihak Rusia namun ia akhirnya telah dibatalkan. Namun begitu sebahagian dari projek Mir 2

telah diserapkan dalam pembangunan rangka asas ISS. ISS Stesen angkasa ISS merupakan usaha gabungan lima buah agensi angkasa iaitu NASA dari Amerika Syarikat, RKA Russia, JAXA Jepun, CSA Canada dan ESA yang merupakan gabungan beberapa buah negara rantau Eropah. Umumnya setakat ini stesen ini digunakan untuk tujuan penyelidikan dan menempatkan misi jangka masa

Bintang

Angkasa

&

Aku

panjang. Terdapat beberapa elemen dari projek-projek yang dibatalkan diserapkan dalam projek ISS ini, antaranya Mir 2 dan juga Space Station Freedom oleh Amerika Syarikat. Pemasangan ISS mula dilakukan November 1998 dan dijangka siap pada 2010. ISS berada pada ketinggian purata 360 km dari permukaan bumi dan ia bergerak dengan kelajuan 27,744 km sejam. Berat stesen angkasa ini setakat 22 Februari 2007 ialah 232,693 kg. Apabila stesen ini siap kelak sepenuhnya berat keseluruhan stesen ini ialah 471,736 kg. Pembangunan stesen angkasa lepas yang mula-mulanya didominasikan oleh pihak Russia dan Amerika Syarikat yang juga bermula dengan perlumbaan akhirnya berakhir dengan satu pembinaan stesen angkasa yang unik. Stesen ini membolehkan rakyat dari seluruh dunia datang bekerja serta menjalankan penyelidikan dan menyumbang usaha untuk pembangunan, pemesatan bidang sains dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan kerjasama antarabangsa dalam bidang angkasa lepas. (Sumber Wikipedia)

Stesen angkasa Salyut

Stesen angkasa Skylab

www.sarawak-astronomy.org

17


Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

“

Dulu dan Kini

Awak berminat nak masuk AstroCollege?� Itulah soalan pertama yang dikemukakan oleh Ismandy Ali, Presiden Kelab AstroCollege, kepada penulis kira-kira 16 tahun yang lepas. Oleh Zurwina Sharkawi

Soalan itu telah membawa penulis terus aktif dalam penganjuran aktivitiaktiviti Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) sehingga kini, bersama rakanrakan yang lain. Dan pada masa yang sama, rakan yang dulunya adalah Presiden Kelab AstroCollege, kini telah menjalankan tugas sebagai Kurator Planetarium Sultan Iskandar (PSI). Keadaan SAS ketika itu amat berbeza dengan SAS kini. Pada awal penubuhan PSI dan SAS, setiap penganjuran aktiviti atau program astronomi hanya dikendalikan oleh Kurator PSI yang ketika itu dipegang oleh Zalia Morshidi, secara bersendirian dan dia dibantu oleh beberapa kakitangan PSI serta ahli-ahli senior SAS seperti Jacob V. Sebastian dan Ramli Ahmad. Walaupun dengan sumber bantuan tenaga, kelengkapan dan kemudahan yang amat terhad, namun aktiviti serta program yang diadakan berjaya 18

Januari - Jun 2008

menarik perhatian ramai pelajar dan orang awam serta sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Bagi kelengkapan dan kemudahan untuk sesi pengajaran, kurator hanya menggunakan projektor overhead secara manual yang dipancarkan ke kubah planetarium. Slaid yang digunakan untuk projektor overhead juga kebanyakannya ditulis menggunakan tulisan tangan. Begitu juga tayangan video dan slaid yang ditayangkan secara manual selain pertunjukan planetarium daripada projektor Carl Zeiss. Jika dibandingkan sekarang, penggunaan teknologi yang canggih termasuk perisian astronomi yang lebih menarik banyak membantu kurator memberi penerangan dengan lebih mudah dan berkesan. Kemudahan perpustakaan mini dengan jumlah buku dan majalah astronomi yang terhad serta ketiadaan komputer pada masa itu tidak mema-

tahkan semangat peserta dan pelajar untuk menyiapkan tugasan masingmasing. Malah dengan faktor kekurangan itu, mereka berjaya menghasilkan tugasan astronomi yang diberi dengan lebih menarik, kreatif dan inovatif. Subjek atau tajuk aktiviti astronomi yang dibentangkan pada masa itu juga begitu sukar dan aktiviti adalah lebih tertumpu kepada pengiraan formulaformula yang memeningkan kepala peserta dengan seribu satu persoalan. Dalam masa yang sama, peserta juga dikehendaki menghabiskan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan dengan rujukan yang begitu terhad. Walaupun agak sukar untuk difahami dan dipelajari, namun dengan kesungguhan dan minat yang mendalam terhadap astronomi, peserta dapat menghabiskan tugasan yang diberi menerusi perbincangan secara berkumpulan.


Hubungan mesra yang terjalin antara peserta ketika itu telah mengwujudkan suasana program yang lebih meriah dan hubungan berkenaan dikekalkan sehingga kini dengan beberapa pesertanya masih menjadi ahli SAS sehingga sekarang. Ketika itu juga, jumlah penyertaan bagi setiap bengkel dan program astronomi yang diadakan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada seratus penyertaan, walaupun setiap peserta perlu membayar yuran penyertaan sekurang-kurangnya RM15. Aktiviti dan program astronomi pula biasanya diadakan semasa cuti sekolah selama seminggu dengan jadual aktiviti yang ketat bermula dari pagi sehingga malam. Komitmen dan sokongan daripada pihak sekolah termasuk guru dan pelajar-pelajarnya juga begitu menggalakkan bagi setiap penganjuran aktiviti termasuk pertandingan astronomi di peringkat sekolah dan kebangsaan. Antara sekolah-sekolah yang aktif ketika itu ialah SMK Batu Lintang, SMK St. Joseph, SMK St. Thomas, SMK St. Mary, SMK St. Theresa, SMK Green Road dan Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Selain itu, peserta-peserta program juga berpeluang untuk mempamerkan hasil kreativiti sepanjang program astronomi di galeri astronomi. Pengunjung yang datang untuk menyaksikan pertunjukan di PSI juga berpeluang untuk melihat hasil kerja peserta program astronomi dan ini telah menyemarakkan lagi minat serta semangat astronomi di kalangan pe-

ngunjung ketika itu. Jumlah dan jenis aktiviti astronomi pada masa itu juga terhad. Ia hanya diadakan di PSI dan sekitar Kompleks Dewan Suarah Kuching, berbanding kini, peserta dan ahli-ahli SAS berpeluang menyertai aktiviti astronomi di luar Kuching menerusi aktiviti jerayawara serta kem astronomi. Penganjuran aktiviti-aktiviti astronomi SAS kurang aktif sekitar tahun 1994 hingga 2000 berikutan kebanyakan ahli-ahli SAS melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Bagaimanapun, SAS aktif semula pada tahun 2001 sehingga sekarang apabila ahli-ahlinya yang terdahulu kembali dengan semangat dan imej SAS yang baru. Kini, dengan inisiatif dan komitmen ahli-ahli SAS, setiap aktiviti yang diadakan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Aktiviti SAS dan PSI. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi membolehkan aktiviti yang diadakan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar serta berjaya. Ahli-ahli SAS junior dan pelajarpelajar sekarang begitu bertuah kerana disediakan segala kemudahan dan keperluan dalam setiap aktiviti-aktiviti astronomi yang disertai tanpa dikenakan sebarang bayaran. Selain itu, silibus dan tajuk yang diajar semasa program juga agak mudah, di samping dengan sumber rujukan yang begitu banyak termasuk secara terus daripada laman web. Bagaimanapun, berbekalkan pengalaman masa lalu dan menyertai aktiviti-aktiviti astronomi dengan kemudahan yang serba kekurangan, ia

Bintang

info

&

Aku

membantu ahli-ahli SAS memperbaiki, menghargai serta menggunakan sumber yang ada dengan lebih kreatif, efektif dan produktif. Dan diharap, ahli-ahli SAS junior yang seterusnya akan meneruskan usaha SAS dan menjadi generasi pelapis bagi menjayakan aktiviti dan program astronomi pada masa akan datang.

DID YOU KNOW 1. The US was the 1st nation to put a man on the moon. The USSR had the following: • 1st orbital spacecraft, Sputnik • 1st spacecraft to carry an animal (a dog Laika), Sputnik 2 • 1st spacecraft to reach another celestial body, Luna 2 • 1st spacecraft to photograph the far side of the moon, Luna 3 • 1st spacecraft to land safely on another planet, Venera 7 • 1st manned spacecraft, Vostok 1, which carried the ... • 1st human into space (Yuri Gagarin) 2. The NASA rovers on Mars have lasted seven times as long as they were intended to. NASA’s robotic space explorers, the Mars rovers Spirit and Opportunity, have survived for a full Martian year (687 Earth days) on the red planet! When Spirit first landed on Jan. 3, 2004, scientists hoped that the rovers would last 90 sols, a Martian days which is just a few minutes longer than an Earth day. 3. There are three lunar rovers still sitting on the moon, left over from Apollo 15, 18, and 17. They were first used on July 31, 1971 during Apollo 15. The Lunar Module from the Apollo missions required less computer power to land on the moon than today’s average cellphone! Source : http://www.factme.com/ category7.html www.sarawak-astronomy.org

19


N

ebula Orion atau juga dikenali sebagai M42 atau NGC1976 merupakan antara nebula yang paling cerah dan boleh dilihat dengan mata kasar pada waktu malam dengan kedudukannya terletak di bawah tali pinggang Orion. M42 mempunyai saiz anggaran 24 tahun cahaya dan ia adalah nebula yang paling banyak digambar serta dikaji disebabkan ciri-cirinya. Nebula Orion merupakan satu contoh nurseri samawi dengan bintang baru dilahirnya. Pemerhatian yang dilakukan ke atas nebula itu mendedahkan kira-kira 700 bintang dalam pelbagai peringkat terbentuk di dalam nebula itu.

Diambil oleh PSI@LNO ANGKASA Optik: 20� f/8 RCOS Ritchey-Chretien Cassegrain Mount: Paramount ME Kamera: SBIG STL-1001E Pendedahan: LRGB = 10 : 10 : 10 : 10 minit Proses: MaximDL dan Photoshop CS Tarikh: 1 Disember 2007 Lokasi: Balai Cerap Negara, Langkawi


Aku dan Bintang Vol 3