Issuu on Google+

www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344

Keluaran 2 Dwitahunan Julai - Disember 2007

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Program Astronomi Cuti Sekolah PUSAKAPhilia Jerayawara

Around The Universe In 30 Minutes Jana Ilmu Sains Angkasa Melalui Kerjasama Serantau

HARI ASTRONOMI DI PLANETARIUM


Kandungan

Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

3

Jana idea luar biasa untuk astronomi

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Astronomi Sarawak 2007

HARI ASTRONOMI Tanam minat astronomi di kalangan pelajar

6

4

Berkongsi ilmu astronomi melalui jerayawara ke SK Sampadi

ASTRONOMI Tak kenal maka tak cinta

8

Jana ilmu sains angkasa melalui kerjasama serantau

PSI dan SAS sertai program Pusakaphilia

13

12

Dalami ilmu astronomi melalui program cuti sekolah

Jam matahari sasaran program astronomi cuti sekolah II

15

7

14

Trivia!

Around the universe in 30 minutes

PERUTUSAN SETIAUSAHA TETAP

P

lanetarium Sultan Iskandar (PSI) telah menyusun pelbagai program bagi membolehkan orang awam meluangkan masa menghayati dan berseronok dengan astronomi. Konsep utama yang diketengahkan dan dipraktikkan bagi setiap program yang diadakan adalah ‘keseronokan sambil belajar’. Pendekatan yang digunakan menerusi konsep tersebut adalah berbentuk kem, program cuti sekolah, aktiviti praktikal, pertandingan dan acara hari terbuka. Pada tahun ini, PSI dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) menerusi SUPER telah mengadakan Hari Astronomi Sedunia 2007 buat pertama kalinya di peringkat negeri pada 21 April lalu, bertempat di kompleks PSI, Kuching. Sambutan Hari Astronomi Sedunia tahun ini yang bertemakan Bringing Astronomy to the People turut diadakan di seluruh dunia mulai 21 sehingga 28 April 2007. Selaras dengan gesaan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik ilmu sains, program-program yang telah dirancang adalah lebih menjurus kepada pendidikan astronomi dengan tujuan untuk menarik minat dan memberi pendedahan kepada orang awam bahawa astronomi merupakan satu bidang yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja, sama ada golongan muda ataupun dewasa, mahupun mereka daripada golongan profesional atau bukan profesional. Dengan sambutan dan sokongan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat serta peluang yang ada, kami telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk disertai oleh orang ramai bagi membolehkan mereka menghayati dan mendekati astronomi secara praktikal serta santai. Antaranya pameran teleskop untuk dicuba oleh orang ramai, pertunjukan planetarium dan video secara percuma serta permainan astronomi. Tujuan utamanya adalah supaya astronomi boleh diterokai dan dihayati oleh sesiapa sahaja Selain itu, Hari Astronomi Sedunia dan juga program-program astronomi yang bakal diadakan pada masa hadapan diharap dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada mereka yang baru menunjukkan minat atau yang ingin menjadikan bidang astronomi sebagai karier mereka. Terima kasih kepada mereka yang telah menyertai program ini serta selamat melangkah ke dalam pemikiran saintiďŹ k astronomi yang menakjubkan dan penuh misteri! IK PAHON JOYIK Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

16 Artikel sumbangan: Alfean Aziz Ahmad Zaiwin Ismandy Ali Zurwina Sharkawi

Rekaan buletin oleh Alfean Aziz Dicetak oleh Heng Sing Brothers Press 2

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Dewan Suarah Negeri 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-415806 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


Aku & Bintang

AHLI-AHLI Persatuan Astronomi Sarawak sedang berbincang semasa sesi Brainstorming di Lundu.

S

Jana idea luar biasa untuk astronomi

ESI PERCAMBAHAN IDEA (brainstorming) merupakan antara aktiviti terawal di-adakan oleh Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan juga Planetarium Sultan Iskandar (PSI) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta idea-idea baru yang boleh membantu untuk menambahkan lagi aktiviti yang bakal diadakan pada masa-masa akan datang. Aktiviti yang diadakan di Kem Alapong, Lundu ini telah disertai oleh pel-bagai pihak termasuk ahli persatuan daripada SMK Matang Hilir yang turut

berkongsi idea dalam memikirkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh SAS dan PSI dalam memantapkan aktivitinya. Sesi brainstorming dimulakan dengan pembahagian ahli-ahli kumpulan oleh fasilatator. Kemudian setiap kumpulan diberikan masa selama 15 minit untuk berbincang mengenai aktiviti 2007. Dalam sesi brainstorming tersebut, beberapa idea bernas telah berjaya menarik perhatian beberapa pihak terutama apabila dalam sesi yang dijalankan, tiada pihak boleh membantah atau mengkri-

tik idea yang dikeluarkan. Jadi dalam sesi yang dijalankan, idea yang dikeluarkan itu dicatat serta dibincangkan dan relevannya dengan PSI serta SAS bergantung kepada perbincangan yang diadakan pada masa hadapan. Sesi brainstorming yang dijalankan jauh dari tempat kerja ini sememangnya sebagai satu langkah untuk menjana pemikiran luar dari biasa atau apa yang digelar sebagai thinking outside the box. Penjanaan idea tersebut tidak ingin mengongkong pemikiran yang sepatutnya berada pada piawai-piawai tertentu kerana ia akan membantutkan dari segi penjanaan idea yang bernas. Diharapkan idea-idea yang diutarakan semasa sesi brainstorming ini mampu untuk mengubah serta menambahkan lagi jumlah tarikan ke PSI serta mengembangkan idea serta ilmu astronomi di Sarawak.

CIKGU SENAH JAN turut memberikan pendapat semasa sesi Brainstorming.

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Astronomi Sarawak 2007

P

ADA 17 Mei 2007, Persatuan Astronomi Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Blok Menara Dewan Suarah Kuching. Mesyuarat yang dihadiri oleh Presidennya, Romie Sigan Daniel serta ahliahli Persatuan telah membincangkan tentang aktiviti yang dijalankan pada tahun sebelumnya dan aktiviti yang bakal

dijalankan pada tahun ini. Pada tahun ini, pihak Persatuan dan Planetarium telah merangka banyak aktiviti yang akan dijalankan secara berperingkat-peringkat terutama dari segi menambahkan ilmu sains angkasa di kalangan pelajar sekolah. Selain program ceramah yang dijalankan di sekolah, pada tahun ini pihak persatuan dan Planetarium bakal

terlibat dalam program jerayawara di Betong sempena dengan perasmian pejabat pentadbiran baru di Betong. Bagaimanapun, banyak aktiviti yang telah sedia dirancang dalam usaha untuk menonjolkan lagi sains astronomi dalam minda masyarakat serta mendidik masyarakat untuk mengenali bidang astronomi serta peranannya dalam hidup. 3


HARI ASTRONOMI

Tanam minat astronomi di kalangan pelajar

M

EMANG tidak disangkakan aktiviti yang pada awalnya diadakan secara kecil-kecilan berjaya menarik minat bilangan pelawat yang ramai ke Planetarium Sultan Iskandar, ujar Ismandy Ali, selaku Kurator sempena Hari Astronomi yang berlangsung pada 21 April 2007. Hari Astronomi yang diadakan buat pertama kalinya pada tahun ini di Planetarium Sultan Iskandar adalah bersempena dengan Minggu Astronomi Sedunia merupakan aktiviti yang dianjurkan untuk berkongsi keseronokan astronomi di kalangan orang awam dengan temanya ‘Membawa Astronomi Kepada Orang Ramai’. “Pada Hari Astronomi, mereka yang tidak berpeluang untuk melihat bintang melalui teleskop akan berpeluang untuk berbuat demikian seperti yang telah dilakukan oleh ahli astronomi amatur dan profesional sebelum ini,” tambah Ismandy lagi. “Sempena hari yang bersejarah ini, pihak Planetarium dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak dan SUPER telah mengadakan hari terbuka di kompleks Planetarium dengan orang ramai berpeluang untuk melakukan banyak aktiviti yang berkaitan dengan astronomi,” kata Ismandy. Pada hari tersebut, ratusan pelajar pelbagai tahap di sekitar bandar raya Kuching telah tiba di kompleks seawal jam 8 pagi untuk menunggu aktiviti pertama yang dilakukan. Ramai yang berpusu-pusu untuk menonton tayangan yang diadakan seawal 9 pagi di Planetarium dengan pertunjukan kegemaran ramai pastinya, Aku dan Bintang. Aku dan Bintang merupakan pertunjukan ketiga Planetarium selain Pertemuan Planet Gergasi dan Deep Impact. Biarpun Planetarium Sultan Iskandar merupakan planetarium pertama di Malaysia, ramai yang tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat itu dan masuk untuk menonton pertunjukan-pertunjukan yang diadakan pada hari tersebut. Ini memberikan peluang kepada orang ramai, terutama bagi mereka yang pertama kali ke kompleks Planetarium untuk mengalami suasana sebenar ke ketika berada di angkasa lepas melalui pertunjukan yang ditayangkan. Di sam-ping pertunjukan percuma yang diadakan sehingga tengah hari itu, pihak Planetarium dan Persatuan Astronomi Sarawak turut mengadakan aktiviti mencerap


Aku & Bintang

Biarpun Planetarium Sultan Iskandar merupakan planetarium pertama di Malaysia, ramai yang tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat itu dan masuk untuk menonton pertunjukan-pertunjukan yang diadakan pada hari tersebut.

matahari dengan beberapa teleskop yang dipamerkan serta digunakan untuk melihat tompokan matahari pada hari tersebut. Sesi membuat carta bintang atau planisfera turut diadakan dengan bantuan ahli-ahli Kelab Astronomi SMK Matang Hilir. Biarpun merupakan aktiviti mudah, namun ramai tidak melepaskan peluang untuk membuat carta bintang yang membolehkan pemerhati untuk menjejak dan mengenal pasti kedudukan bintang di langit. Malah, apa yang menarik carta bintang itu juga digunakan untuk melihat keadaan langit sebenar dalam aktiviti mencerap bintang yang diadakan pada sebelah malamnya dengan orang ramai datang untuk melihat rupa sebenar bulan dan untuk mengenal pasti burujburuj yang kelihatan di langit.

Jumlah yang hadir bukan sahaja melibatkan golongan pelajar sekolah rendah dan menengah, tetapi ia turut melibatkan orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang astronomi. Untuk mengisi aktiviti-aktiviti yang terdapat pada Hari Astronomi, turut diadakan permainan AstroGuess dengan mereka yang hadir berpeluang untuk meneka jumlah bintang yang terdapat dalam balang kaca. Kemeriahan pada hari itu juga diserikan dengan permainan dart anjuran SUPER dengan seramai sepuluh pemenang telah berjaya membawa pulang hadiah yang ditawarkan. AstroKuiz juga menjadi pilihan pada hari itu dengan muka-muka ceria pelajar menunggu-nunggu pengumuman kuiz diadakan yang membolehkan mereka

berpeluang untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh Planetarium. Dengan aktiviti pertunjukan Planetarium yang diadakan pada sebelah pagi serta mencerap bintang pada sebelah malamnya, aktiviti yang diadakan sempena Hari Astronomi ini sememangnya telah membuka minda warga bandar raya Kuching bahawa betapa pentingnya komuniti astronomi di kalangan kita untuk menyebarkan maklumat sains astronomi kepada generasi akan datang. Di samping itu, pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak berharap komuniti astronomi ini terus berkembang dan penyertaan orang ramai dalam aktiviti astronomi ini akan juga bertambah melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang akan datang.


Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

S

EKOLAH-SEKOLAH di kawasan luar Kuching merupakan antara sasaran utama bagi jerayawara yang diadakan oleh Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dalam berkongsi ilmu astronomi kepada pelajar-pelajar sekolah. Pada Februari tahun ini, kedua-dua badan ini dengan kerjasama Unit Belia Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi telah mengadakan sesi je-rayawara astronomi di SK Sampadi, yang berada di kawasan Lundu. Dengan perjalanan kira-kira sejam

pelajar dari kelas Tahun Empat, Lima dan Enam telah diberi peluang untuk menghadiri program setengah hari yang diadakan di dewan sekolah itu. Biarpun dengan kemudahan yang serba kekurangan, namun dapat dilihat dari raut wajah para pelajar ini bahawa mereka amat mengalu-alukan kedatangan pihak luar dalam usaha untuk menyebarkan kesedaran kepada mereka. “Pada mulanya mereka (pelajar) agak takut apabila kami tiba di sekolah ini kerana mungkin jarang orang luar yang datang membuat program di sekolah ini,� kata Ismandy Ali, Kurator

berikan dengan hadiah berupa cenderamata daripada KPSU, PUSAKA serta Agensi Angkasa Negara. Aktiviti lain yang turut diadakan semasa sesi jerayawara pada kali ini adalah taklimat yang disampaikan Dayang Naziah binti Anuar daripada Unit Belia KPSU tentang Sudut Pertemuan Remaja (SUPER) yang kini turut bertempat di Dewan Suarah Kuching. Para pelajar juga dicabar dengan menjawab kuiz ringkas daripada Unit Belia. Menurut salah seorang guru sekolah itu, pihaknya amat menggalakkan mereka yang berminat untuk

Berkongsi ilmu astronomi melalui jerayawara ke SK Sampadi

PARA pelajar dari SK Sampadi yang menyertai jerayawara.

dari bandar raya Kuching, pasukan daripada Planetarium dan persatuan yang berjumlah empat orang serta tiga orang daripada Unit Belia KPSU sampai ke destinasi di sekolah rendah SK Sampadi yang mempunyai hanya kira-kira 237 pelajar sahaja. Tujuan jerayawara ini diadakan sebagai usaha untuk memperkenalkan sains astronomi kepada golongan pelajar yang juga merupakan antara subjek yang dipelajari di sekolah. Ia juga merupakan tindakan susulan daripada maklum balas yang diterima oleh pihak PSI dan SAS terhadap sambutan yang menggalakkan daripada aktiviti jerayawara yang lalu di kawasan luar bandar Kuching. Kira-kira 100

Planetarium Sultan Iskandar Kuching. “Namun, lama-kelamaan jurang yang wujud antara kami sebagai penganjur aktiviti kian rapat apabila kami memperkenalkan teleskop yang dibawa dan ini menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar yang ada di situ,� jelasnya lagi. Selain diperkenalkan dengan teleskop, Ismandy bersama-sama tiga ahli exco SAS telah mengajar cara menggunakan carta bintang yang berguna bagi memperkenalkan kedudukan buruj di langit. Malah, tarikan pelajar ini terhadap sains angkasa dapat dilihat dengan betapa aktif mereka terlibat dalam menjawab soalan-soalan kuiz yang telah di-

Biarpun dengan kemudahan yang serba kekurangan, namun dapat dilihat dari raut wajah para pelajar ini bahawa mereka amat mengalualukan kedatangan pihak luar dalam usaha untuk menyebarkan kesedaran astronomi kepada mereka. 6

DAYANG NAZIAH dari SUPER turut menyertai jerayawara ke SK Sampadi.

mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar kawasan tersebut memandangkan kedudukan sekolah yang jauh dari pusat bandar. Malah, menurut Ismandy lagi melalui program Jerayawara Astronomi ini, ia sebagai satu cara untuk memperkenalkan Planetarium kepada pelajar-pelajar sekolah yang kurang didedahkan dengan perkembangannya di Kuching. Katanya lagi, pihak Planetarium akan berusaha sedaya-upaya untuk membawa para pelajar ini untuk melawat Planetarium sebagai sebahagian daripada program lawatan sambil belajar agar mereka turut berpeluang untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak Planetarium. Aktiviti Jerayawara Astronomi ini merupakan jerayawara pertama tahun ini dan ia merupakan susulan kejayaan jerayawara yang diadakan tahun lalu termasuk yang diadakan di Betong.


Aku & Bintang

ASTRONOMI

T

Tak kenal maka tak cinta

AK kenal maka tak cinta. Itulah hakikatnya. Demikian juga dengan astronomi. Walaupun setiap waktu, 24 jam sehari dan sepanjang tahun tidak kira di mana anda berada dan siapa anda. Sama ada anda pelawat Planetarium di Kuching atau penyanyi keroncong di Muar mahupun selebriti di Hollywood atau peminat bola di AnďŹ eld atau pun sekadar peminat keropok lekor di Kemaman, selagi anda penghuni bumi pastinya anda dibumbungi langit yang sama dalam cakerawala yang sama. Itulah hakikatnya. Analoginya pula astronomi sentiasa dekat dengan kita cuma kita yang menjauhinya kerana kita tidak mengenalinya. Kita cinta orang di sekeliling kita kerana kita kenal mereka. Banyak perihal mereka yang kita kenal, nama sudah pasti, rupa paras, umur, hobi, malah kadangkala bau mereka pun turut dapat dikenal pasti. Semakin banyak yang kita kenal terhadap sesuatu semakin tinggilah cinta kita terhadap sesuatu itu. Teorinya ia berkadar terus, maka janganlah berputus asa dalam proses menambahkan maklumat terhadap sesuatu. Teruskan kenal, tahu, erti, faham kerana di hujung hari anda akan tersenyum dengan kadar cinta yang meningkat itu. Astronomi, mungkin bunyinya agak asing bagi sesetengah orang. Malah tidak kurang juga yang merasa berat, rumit atau tidak selesa untuk mendekatinya. Kebanyakan beranggapan ia sukar untuk difahami malah merupakan beban untuk dikenali, didekati, dan dipelajari. Namun begitu harus diingat, ilmu pengetahuan bukanlah sesuatu yang membebankan atau mengusutkan minda kita, sebaliknya ia memperhebatkan minda kita. Kajian mengatakan potensi untuk menjadi senile/nyanyuk adalah tinggi kepada golongan yang kurang menggunakan minda berbanding dengan mereka yang kerap berďŹ kir, membaca dan sentiasa menuntut ilmu. Anggaplah minda seumpama dewan atau chamber yang gelap dan menambah ilmu seperti menambah cahaya di dewan tersebut, cahaya tidak berjisim

Astronomi, mungkin bunyinya agak asing bagi sesetengah orang. Malah tidak kurang juga yang merasa berat, rumit atau tidak selesa untuk mendekatinya. untuk dianggap beban sebaliknya ia hanya menerangi dewan tersebut dan akan terus meneranginya hingga inďŹ niti. Terangilah dewan anda! Ramai yang akan menyokong jika dikatakan sukar sekali untuk mendedahkan golongan veteran dengan teknologi masa kini seperti contoh komputer, telefon bimbit, kamera digital dan pelbagai gizmo lain yang ironinya dianggap mainan oleh remaja masa kini. Usahlah terperanjat jika usahawan berjaya mahupun jutawan yang anda kenal hanya mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 untuk menjawab panggilan. Sebagaimana sukar mendedahkan teknologi kepada golongan veteran sesukar itulah juga bagi mereka untuk menjelaskan soal psikologi terhadap para remaja. Lain padang lain pula belalangnya. Kesimpulanya setiap orang berkecenderungan untuk menjauhkan diri atau menolak sesuatu yang dianggapkan rumit. Perkara terbaik di sini adalah untuk dapat membezakan antara yang rumit dan kompleks (complicated vs complex). Rumit adalah apabila anda buntu dengan hujung dan yang mana pula pangkalnya maka carilah bantuan untuk me-

nyelesaikanya. Sebaliknya, jika ia kompleks maka anda hanya perlu bermula biarpun ia hanya sedikit (once step at a time). Kompleks beli-belah adalah contoh kompleks terbaik, walaupun anda rasa sangat asing dan runsing pada hari pertama tetapi jika anda terus mengunjunginya, bukan sahaja nama-nama kedai anda kenal malah produk serta pemiliknya juga dapat dikenali dan tidak mustahil perabot, dekorasi, warna dan corak kedai juga mampu untuk dikenal pasti. Akhirnya kompleks beli-belah tersebut hanyalah sekadar mainan buat anda namun jika diingat kembali saat pertama anda menjejakinya pasti anda akan tersenyum mengenangkan perbezaannya. Pastinya, astronomi bukanlah sesuatu yang rumit, ia cuma kompleks dan perlukan langkah pertama untuk mengenalinya. Tentunya, astronomi milik semua kerana setiap seorang daripada kita mampu untuk mendongak ke langit, maka mengapa tidak kita biarkan pandangan kita ke langit menjadi lebih bermakna? zaiwin@sarawak-astronomy.org 7


Jana ilmu sains angkasa melalui kerjasama serantau

P

ENGALAMAN selama sembilan hari ketika berada di Semenanjung Malaysia untuk melihat sendiri planetarium dan balai cerap yang ada di seberang laut merupakan satu pengalaman yang berbeza bagi misi ahli Persatuan Astronomi Sarawak dan Kurator Planetarium Sultan Iskandar. Objektif utama program lawatan ke planetarium dan balai cerap ini sebagai mempelajari cara operasi dan promosi tempat-tempat tersebut serta ia juga bakal mewujudkan perhubungan antara planetarium dan balai cerap dengan Planetarium Sultan Iskandar di Sarawak.

BALAI Cerap Negara di Langkawi.


Rombongan lawatan 9 hari ini melibatkan lawatan ke PSKT, Planetarium Negara, Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Balai Cerap Negara dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan meluaskan rangkaian perhubungan. Ia merupakan program yang julung-julung kali diadakan dengan kami berharap apa yang telah kami capai melalui lawatan ini berupaya dapat memberikan idea kepada SAS dan PSI untuk membangunkan lagi program yang lebih mantap serta berkesan untuk pembangunan bidang sains astronomi di negeri ini. Lawatan ke PSKT Dalam program selama sembilan hari yang diadakan pada April lalu, kami telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di Terengganu, Planetarium Negara di Kuala Lumpur, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka dan Balai Cerap Negara di Langkawi. Perjalanan yang kami ambil adalah jauh dari utara hinggalah ke selatan tetapi apa yang kami dapat adalah lebih dari apa yang kami harapkan. Lokasi pertama kami dalam rangka lawatan ini adalah ke PSKT yang merupakan pusat sains dan juga planetarium di Kuala Terengganu. Lokasinya yang terletak hampir dengan kawasan bandar menjadikannya sebagai tempat sesuai untuk membangunkan bidang sains dan teknologi terutama kepada golongan pelajar. Kami disambut baik oleh pegawai sains pusat itu iaitu Razuan Long serta kakitangan lain yang telah memberikan penerangan de-

PLANETARIUM Negara di Kuala Lumpur.

ngan lebih lanjut tentang fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PSKT. Berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh Razuan Long, kami dapat melihat bahawa PSKT amat mencerminkan perkembangan sains dan teknologi dan pertumbuhan sains angkasa negeri itu dengan sumbangan kerajaan negeri serta agensi-agensi berkaitan dalam membantu memastikan masyarakat dapat berkongsi ilmu dalam perkembangan sains angkasa. Lawatan ke Planetarium Negara Setelah berada dua hari di Terengganu, rombongan kami pun pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat ke Planetarium Negara yang merupakan planetarium yang kedua dibina selepas PSI. Sebagai pusat untuk menyebarkan ilmu sains angkasa utama di Kuala Lumpur, Planetarium ini menawarkan pelbagai kemudahan serta kelengkapan bagi memudahkan usaha untuk mendidik masyarakat sekeliling tentang pentingnya ilmu sains angkasa. Apabila siap dibina pada 1994, Planetarium Negara telah menjadi tumpuan utama dalam mengorak langkah bagi memajukan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi serta menghidupkan kesedaran bidang sains angkasa di kalangan masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh

PUSAT Sains dan Kreativiti Terengganu di Kuala Terengganu.

KOMPLEKS Falak Al-Khawarizmi di Melaka.


KARZAMAN dari Balai Cerap Negara sedang menunjukkan cara menggunakan teleskop robotik.

Planetarium Negara sama seperti PSI tetapi ia berskala yang lebih besar dengan jumlah kakitangan yang ramai dan mantap. Selain pertunjukan yang turut menjadi penarik utama di planetarium itu, ia turut mempunyai ruang pameran yang cukup menarik dan juga balai cerap di bahagian atasnya membolehkan pakar untuk melakukan aktiviti pencerapan langit malam. Lawatan ke Kompleks Falak AlKhawarizmi Perjalanan kami diteruskan untuk ke Melaka dalam perjalanan kira-kira 2 jam dengan menggunakan bas. Kompleks Falak Al-Khawarizmi terletak di kawasan hutan dan pantai. Ia merupakan gabungan planetarium dan juga balai cerap seperti yang terdapat di Planetarium Negara. Ketika berada di Al-Khawarizmi, ia pada waktu itu sedang menganjurkan Hari Astronomi seperti yang turut dianjurkan oleh PSI. Al-Khawarizmi merupakan kompleks falak baru yang beroperasi pada tahun lalu dengan tujuan untuk mempromosikan ilmu astronomi melalui pendidikan dan juga penyelidikan. Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini mengamalkan konsep 3P seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pegawai sainsnya iaitu ia dibina dengan tujuan penyelidikan, pendidikan dan juga pelancongan. Perkembangan sains astronomi di negeri Melaka amat membanggakan terutama dari segi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri membuktikan bahawa komitmen mereka dalam membangunkan ilmu falak kepada masyarakat sekitar. Lawatan ke Balai Cerap Negara Lawatan rombongan kami berakhir dengan lawatan ke Balai Cerap Negara 10

di Langkawi yang merupakan kebanggaan negara kerana mempunyai balai cerap yang mampu untuk menjadi tonggak kepada pertumbuhan sains astronomi di negara kita. Balai Cerap Negara terletak di Empangan Bukit Malut dan ketika berada di balai cerap itu, kami telah disambut oleh salah seorang pegawainya iaitu Karzaman Ahmad yang telah memberikan penerangan yang lengkap tentang peranan yang dimainkan oleh balai cerap itu. Boleh dikatakan bahawa kemudahan yang terdapat di Balai Cerap Negara amat membanggakan dengan teleskop optik robotik mampu memberikan keputusan imej yang baik. Di samping itu, teleskop robotik di Langkawi itu boleh digunakan untuk melakukan aktiviti mencerap secara remote walaupun di mana anda berada. Idea, galakan dan pembangunan Planetarium

LAU CHEN CHEN dari Planetarium Negara menerangkan tentang teleskop robotik.

Sepanjang lawatan ini, kami telah memperoleh banyak idea cara untuk membangunkan PSI dan SAS. Semua ini dilakukan bagi memajukan bidang sains angkasa di negeri ini yang secara tidak langsung berguna untuk pembangunan minda masyarakat terutama di kalangan pelajar. Ketika melihat dari segi keupayaan planetarium di tempattempat itu, wujudnya perasaan rendah diri terhadap keupayaan planetarium dan juga perkembangan sains astronomi di Sarawak yang jauh ketinggalan biarpun kita mempunyai planetarium pertama dibina di Malaysia. Namun, selepas lawatan ini kami berharap ia dapat memajukan lagi bidang sains angkasa di negeri ini dan PSI serta SAS dapat merangka banyak lagi aktiviti yang menarik minat orang ramai dalam bidang sains angkasa. ISMANDY ALI sedang memberikan penerangan tentang perkembangan astronomi di PSKT.


& Aku & Bintang

Aktiviti Penggal Pertama Januari hingga Jun 2007

TARIKH

AKTIVITI

TEMPAT

20 Januari

Ceramah pengenalan astronomi

SMK Matang Hilir

27 Januari

Slot astronomi semasa Pusakaphilia I anjuran PUSAKA

PUSAKA

3-4 Februari

Aktiviti brainstorming astronomi

Kem Alapong

27 Februari

Jerayawara astronomi I

SK Sampadi

3 Mac

Slot astronomi semasa Pusakaphilia II anjuran PUSAKA

PUSAKA

13-14 Mac

Program astronomi cuti sekolah I

Planetarium Sultan Iskandar

7 April

Slot astronomi semasa Pusakaphilia III anjuran PUSAKA

PUSAKA

16 April

Jerayawara astronomi II

SMK Sematan

17 April

Program alam semula jadi anjuran Kementerian Pendidikan

Planetarium Sultan Iskandar

21 April

Hari Astronomi/Cerapan bintang

Planetarium Sultan Iskandar & Dewan Suarah Negeri

6 Mei

Kursus astronomi anjuran Kelab Sains Matematik SMKA Tun Ahmad Zaidi

SMKA Tun Ahmad Zaidi

7 -8 Mei

Pameran astronomi semasa Karnival Sains & Matematik SMK Matang Hilir

SMK Matang Hilir

16 Mei

Slot cerapan bintang semasa Kem Alam Dewan Kokurikulum Semula jadi anjuran Lembaga Alam SMK Santubong Sekitar dan Sumber Alam (NREB)

19 Mei

Slot astronomi semasa Pusakaphilia IV anjuran PUSAKA

PUSAKA

26 - 29 Mei

Program astronomi cuti sekolah II

Planetarium Sultan Iskandar

Aktiviti Penggal Kedua Julai hingga Disember 2007 TARIKH 22 Jun

AKTIVITI Ceramah dan demonstrasi oleh Paul Bourke dari University of Western Australia

TEMPAT Planetarium Sultan Iskandar

26 Jun

Jerayawara III

Bau

7 Julai

AstroInvention 2007

Dewan Suarah Kuching

20 –24 Julai

Pameran astronomi sempena perasmian Kompleks Kerajaan Betong

Betong

6-7 Ogos atau 9-10 Ogos

Jerayawara IV

Belawai, Mukah

18-20 Ogos

Astrophilia 2007

Kem Alapong, Lundu

1 September

Astroweek 2007

Planetarium Sultan Iskandar

(* Perubahan tarikh bergantung kepada keputusan pihak penganjur)

Night Sky Events JULY 2007 Date Events 7 Earth farthest from the sun. 10 Moon about a degree from north of Pleaides 5hrs. 12 Venus at its brightest 22hrs. 21 Mercury visible in the morning. 28 South Delta Aquarids meteor shower peaks. AUGUST 2007 Date Events 7 Moon about a degree north of Pleaides 10 hrs. 13 Neptune at opposition. 18 Venus at inferior conjunction 12hrs. 28 Total eclipe of the moon best seen from PaciďŹ c Ocean, North America and East Australia 19hrs. SEPTEMBER 2007 Date Events 1 Aurigids meteor shower. Possibility of a very good meteor shower. 3 Moon about a degree north of Pleaides 18hrs. 24 Venus at greatest brilliancy in the morning. 30 Mercury about a degree north of Pleaides. OCTOBER 2007 Date Events 4 Mars about a degree south of M35 4hrs. 8 Draconids meteor shower peaks. 21 Orionids meteor shower peaks. 28 Moon about a degree north of Pleaides 9hrs. NOVEMBER 2007 Date Events 3 S taurid meteor shower peaks. 9 Mercury at greatest elongation visible before sunrise. 11 N taurid meteor shower peaks. 17 Leonid meteor shower peaks. 22 Alpha-monocerotids meteor shower peaks. 24 Moon about a degree north of Pleaides 24hrs. DECEMBER 2007 Date Events 6 Phoenicids meteor shower. Pupid velid meteor shower peaks. 19 Mars closest to earth. 22 Winter solstice in northern hemisphere. 23 Ursid meteor shower peaks. 25 Mars at opposition. Magnitude -1.6. 11


Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

PSI dan SAS sertai program PUSAKAPHILIA

GURU turut memberikan semangat dan ideaidea kepada anak muridnya.

P

LANETARIUM Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menyertai program PUSAKAphilia anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Program PUSAKAphilia atau dengan maksud ‘persahabatan PUSAKA’ (‘philia’ adalah perkataan Greek yang bermaksud ‘sahabat’) yang diadakan sekali sebulan pada hari Sabtu itu telah dimulakan pada Januari lalu dengan penyertaan pertama daripada tiga sekolah rendah sekitar bandar raya Kuching. Menurut Pengurus Perhubungan Korporat PUSAKA, Sharifah Norolah Wan Ahmad, program berkenaan diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada golongan pelajar tentang peranan PUSAKA dalam pembangunan industri perkayuan dan industri perabot di negeri ini. Selain itu, katanya, ia juga bagi menyemai kesedaran dan semangat cintakan alam sekitar, khususnya kawasan hutan yang akan menjadi khazanah kepada generasi akan datang serta memperkembangkan bidang sains dan teknologi di negeri ini. Manakala bagi Kurator PSI, Ismandy Ali, pihaknya amat berbesar hati kerana dijemput untuk menyertai program ini. Katanya, menerusi program seperti ini pihak PSI dan SAS dapat menjalinkan persahabatan dan kerjasama dengan masyarakat, khususnya golongan

12

sies flora dan fauna terlindung, spesiesspesies kayu di hutan Sarawak, sejarah perhutanan, peralatan dan produkproduk yang dihasilkan oleh kayu serta mengalami sendiri suasana di dalam hutan menerusi diorama hutan. Selain itu, peserta juga diberi taklimat ringkas tentang PUSAKA dan tayangan video korporat. Manakala aktiviti kreativiti pula dikendalikan PUSAKA dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). Bagi sesi ini, antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat ringkas tentang astronomi oleh Ismandy. Dalam pada itu, peserta juga ditugaskan untuk membina “Mars Cable” dengan menggunakan belon panjang, pencucuk sate, straw dan pita pelekat. Tujuan aktiviti membina “Mars Cable” adalah bagi menguji tahap kreativiti peserta dan mengaplikasi subjek sains serta fizik tentang kebolehan kabel masing-masing membawa beban kayu (pencucuk sate) ketika menuruni laluan tali mengikut hukum graviti. Selain itu, ia juga bagi memperkenalkan serta mengaplikasi ilmu sains dan teknologi yang digunakan dalam industri perkayuan dan sains angkasa. Pertandingan “Mars Cable” ini dinilai menerusi beberapa kriteria seperti kreativiti, kerja berpasukan dan kebolehan kabel bergerak mengikut laluan tali dengan jarak terjauh, telah dimenangi oleh SMK Tunku Abdul Rahman.

pelajar serta agensi-agensi lain dalam memperkembangkan bidang sains dan teknologi, khususnya sains angkasa. Selain itu, katanya, tidak mustahil menerusi penyertaan aktiviti dengan pihak PUSAKA dapat membantu bagi menghasilkan ciptaan atau rekaan terbaru dan unik berasaskan kayu yang boleh digunakan di dalam bidang sains angkasa. “Dengan gabungan yang sedia ada, kita boleh menghasilkan idea yang mungkin pada asalnya agak mustahil. Namun dengan usaha dan minat yang mendalam, mungkin kita boleh mencipta bahan-bahan daripada kayu yang boleh digunakan di angkasa lepas. “Sama seperti dengan penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke zurwina@sarawak-astronomy.org angkasa yang dulunya dianggap mustahil, namun kini, ia bakal menjadi kenyataan,” katanya. Antara aktiviti yang diadakan bagi program PUSAKAphilia ialah lawatan ke Muzium Perkayuan PUSAKA dengan peserta berpeluang untuk mengetahui dengan dekat mengenai jenisjenis hutan, spePARA pelajar sedang memikirkan cara untuk mem-

bawa pencucuk sate dengan menggunakan belon.


Aku & Bintang

Dalami ilmu astronomi melalui Program Cuti Sekolah

Program musim cuti sekolah ini tidak lagi bertumpu kepada kegiatan astronomi amatur yang lebih kepada membuat roket, melihat buruj di langit, menonton persembahan dan lain-lain, tetapi ia lebih daripada itu iaitu menganalisis data-data yang diperoleh daripada kegiatan tersebut.

ISMANDY Ali bersama-sama peserta Program Astronomi Cuti Sekolah.

M

USIM cuti sekolah sememangnya masa yang sesuai bagi pelajar-pelajar untuk meluangkan masa dengan aktiviti-akiviti berfaedah yang dapat meluaskan minda dan pada masa yang sama minat mereka, dalam kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap kepada subjek-subjek dibelajar di sekolah. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab sekolah sama ada aktiviti perkhemahan ataupun bengkel yang dipercayai berguna bagi pelajar lebihlebih lagi apabila mereka mempunyai minat dalam bidang tersebut. Dengan itu, untuk memupuk minat pelajar dalam bidang astronomi di negeri ini, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dengan kerjasama Sudut Pertemuan Pelajar (SUPER) telah mengadakan program musim cuti sekolah untuk mengisi ruang bagi mendidik para pelajar sedikit-sebanyak tentang dunia astronomi. Planetarium dan SAS sememangnya berdedikasi dalam memberikan maklumat dan pendidikan kepada para pelajar dalam bidang astronomi dengan pada musim cuti sekolah ini bengkel selama dua hari telah digunakan bagi menyuntik semangat astronomi di kalangan pelajar. “Kali ini kami bercadang untuk memberikan pendedahan kepada astronomi dalam mengumpul dan meng-

analisis data seperti yang diamalkan oleh peminat-peminat astronomi di seluruh dunia,” menurut Ismandy Ali, Kurator Planetarium Sultan Iskandar yang menganjur program itu. “Buat masa kini, tumpuan diberikan lebih kepada kaedah menganalisis data-data yang telah dikumpul setelah membuat pemerhatian dengan menggunakan teleskop dan sebagainya,” tambahnya lagi. Menurut Ismandy lagi, program musim cuti sekolah ini tidak lagi bertumpu kepada kegiatan astronomi amatur yang lebih kepada membuat roket, melihat buruj di langit, menonton persembahan dan lain-lain, tetapi ia lebih daripada itu iaitu menganalisis data-data yang diperoleh daripada kegiatan tersebut. Sehubungan itu, para pelajar dengan 120 orang semuanya dan 10 guru pengiring telah dilatih tentang cara untuk mengukur tahap pergerakan dan kelajuan tompokan matahari dengan menggunakan teleskop pantulan serta pengiraan orbit planet Marikh menggunakan set trigonometri dan kalkulator saintifik. Sebanyak lapan buah sekolah telah menyertai bengkel dua hari ini termasuk SMK Matang Hilir, SMK Santubong, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), SMK St. Theresa, SMK Petra Jaya dan SM Teknik Sejingkat, Kuching selain daripada penyertaan individu perseorangan. Bersama-sama ahli Persatuan Astronomi Sarawak, bengkel tersebut sedikit-sebanyak membantu memberikan perspektif baru kepada pelajar tentang dunia astronomi yang sebelum ini difikirkan hanya melibatkan mencerap bintang di langit. “Ia lebih daripada itu, malah bidang-

nya lebih luas berbanding aktiviti-akiviti yang kita saksikan sebelum ini kerana banyak data yang kita perolehi hasil daripada pencerapan boleh melatih pelajar untuk membuat pengukuran dan penganalisisan,” tambah Ismandy. “Ia secara tidak langsung turut melatih para pelajar untuk mengukuhkan lagi kepakaran mereka dalam bidang sains dan matematik yang merupakan asas kepada bidang astronomi, selain subjek fizik,” kata Ismandy. Apa yang menarik sempena program musim cuti sekolah ini, ia bukan sahaja menarik minat di kalangan pelajar Tingkatan 4 dan juga 5, malah ia berjaya menarik minat pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang mula berjinak dengan bidang astronomi. Malah, mereka tidak terkecuali daripada membuat analisis dan memplot data, dengan mereka mendapat bimbingan dan bantuan daripada pelajar senior. Aktiviti-aktiviti ini turut membantu guru-guru yang hadir mempelajari cara untuk menganalisis data bersama pelajar mereka.

PARA pelajar diajar cara untuk membuat analisis data.


AKTIVITI membuat jam matahari antara aktiviti dalam Program Astronomi Cuti Sekolah II.

Jam matahari sasaran Program Astronomi Cuti Sekolah II

C

UTI sekolah penggal kedua yang bermula pada 26 Mei lalu telah diisi dengan Program Astronomi Cuti Sekolah II anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS), Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (KPSU). Kursus selama tiga hari bermula 26 Mei dan 28 hingga 29 Mei itu, bertempat di Planetarium Sultan Iskandar berjaya menarik minat kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelajarpelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk guru-guru sekitar bandar raya Kuching. Sasaran kursus kali ini untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan astronomi. Oleh itu, pendekatan kali ini adalah mudah, lebih kepada kerja-kerja praktikal dan kurang matematik kompleks. Modul kursus seperti bagaimana membuat carta bintang, memahami atlas bintang, konsep teori relativiti, skala alam semesta dan banyak lagi. Aktiviti utama semasa kursus ini ialah membuat jam matahari atau hybrid sundial. Modul ini termasuklah cara

14

pengiraan skala bagi membina jam matahari, maklumat tentang matahari, dan mengekstrak maklumat matahari daripada graf. Sepanjang tiga hari berkursus, peserta begitu menunjukkan minat dan ingin tahu tentang tajuk yang dibincangkan menerusi sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Kurator PSI, Ismandy Ali. Menurut Ismandy Ali, walaupun modul membina jam matahari ini membabitkan pengiraan yang agak rumit, namun kesungguhan dan minat yang ditunjukkan peserta terhadap astronomi membantu mereka untuk berusaha mendapatkan jawapan serta jalan penyelesaian kepada masalah pengiraan berkenaan. “Bagi murid-murid sekolah rendah yang kurang mahir dalam pengiraan formula, mereka suka bertanya cara pengiraan dibuat walaupun tidak memahami simbol-simbol yang digunakan. Malah, mereka juga dibantu oleh rakan-rakan daripada sekolah menengah yang lebih arif tentang pengiraan berkenaan. Inilah yang membuatkan kursus kali ini lebih unik daripada yang pernah diadakan se-

belum ini,” katanya. Pada hari pertama kursus (26 Mei), peserta telah diberi manual untuk membuat jam matahari dan taklimat telah disampaikan oleh Ismandy Ali. Dalam sesi pertama berkenaan, peserta diminta untuk membuat pengiraan menggunakan kalkulator saintifik. Pengiraan berkenaan turut menggunakan matematik yang berasaskan trigonometri. Manakala pada hari kedua (28 Mei), peserta telah diberi kad manila dan bahan-bahan berkaitan bagi membuat jam matahari berdasarkan pengiraan yang telah dibuat pada hari sebelumnya. Peserta juga diminta untuk membuat jam matahari mengikut kreativiti masing-masing kerana turut diadakan pertandingan jam matahari yang dihakimi berdasarkan ketepatan skala dan kreativiti tercantik. Seterusnya, pada hari ketiga (29 Mei), peserta diberikan masa untuk menyiapkan jam matahari masing-masing sebelum dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan penghakiman. Sesi penghakiman telah dibuat pada sebelah petang di ruang foyer PSI dan penganjur telah menerima lebih 100 jam matahari untuk dihakimi. Semasa penghakiman, setiap jam matahari akan diuji di bawah sinaran matahari dan mengikut arah kompas ke utara. Antara kriteria yang diambil kira bagi setiap jam matahari ialah ketepatan bayang-bayang gnomon, ‘jarum jam’ yang jatuh ke atas skala waktu. Sepanjang sesi berkenaan dibuat, semua peserta begitu ghairah dengan jam matahari masing-masing bagi memastikan jam ciptaan mereka tepat, mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan seterusnya terpilih ke peringkat seterusnya. Lebih 20 jam matahari berjaya melepasi ujian ketepatan, bagaimanapun hanya tiga jam matahari yang terpilih berdasarkan kepada kreativiti reka bentuk tercantik. Dua hadiah dirangkul oleh guru dan pelajar dari SMK Santubong dan sebuah hadiah lagi oleh pelajar dari SMK Tunku Abdul Rahman, dengan mereka menerima sebuah buku astronomi sumbangan PSI. Setiap peserta kursus juga turut menerima sijil penyertaan masing-masing. zurwina@sarawak-astronomy.org


Aku & Bintang

TRIVIA!

T

AHUKAH anda sistem suria terletak di dalam galaksi yang bernama Bima Saksi yang merupakan antara berjuta galaksi di alam semesta. Tahukah anda “Planet� berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “pengembara� kerana planetplanet ini kelihatan bergerak laju apabila dilihat melalui teleskop. Tahukah anda planet-planet yang mengorbit matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Pluto pula secara rasminya tidak lagi diiktiraf sebagai planet berkuat kuasa pada 24 Ogos 2006. Tahukah anda jika anda mengira bintang di langit pada kadar 1 bintang per saat maka anda perlukan lebih dari 3000 tahun untuk menghabiskan ki-

raanya. Tahukah anda bintang yang paling terang di malam hari adalah bintang bernama Sirius, pastikan ia berkelip jika tidak apa yang ada lihat itu adalah planet Zuhrah. Tahukah anda ramai orang telah dan akan terpegun apabila melihat Zuhal melalui teleskop kerana keunikannya malah Zuhal juga dilabel sebagai planet yang tercantik. Tahukah anda jika anda membuat carian astronomi di Google akan terdapat lebih dari 50 juta laman web yang berkaitan dengannya. Trivia tersebut sengaja diutarakan

sebagai salam perkenalan buat astronomi. Teruskanlah berkenalan dengan astronomi kerana dari semasa ke semasa kita akan sedar yang kita tidak lagi jauh dengan astronomi. zaiwin@sarawak-astronomy.org

Around the Universe in 30 minutes (Dari muka 16) Daripada gumpalan debu dan gas yang termampat serta bersuhu cukup tinggi, ia mampu beransur-ansur menghasilkan bintang yang menghasilkan cahaya dan haba. Malah terdapat juga bintang menghasilkan planet. Bintang juga mempunyai pelbagai variasi dan ciri-ciri variasi ini ditentukan oleh jisimnya. Malah jisim ini merupakan penentu kepada bagaimana sesuatu bintang itu akan mengakhiri hayatnya. Bintang seperti matahari kita akan menjadi sebuah bintang raksasa merah sebelum mengecut dengan senyap dan hilang. Tetapi bagi sebuah bintang yang mempunyai jisim yang amat tinggi, ia akan mengakhiri hidupnya dengan letupan dramatik. Hasil daripada letupan dramatik itu mungkin juga menghasilkan sebuah objek yang menarik apa sahaja yang berdekatan dengannya. Itulah lohong hitam. Realiti lohong hitam yang menelan cahaya itulah merupakan satu kengerian dalam kegelapan berada di angkasa lepas. Daripada permulaan alam semesta sehinggalah kepada kematian

Realiti lohong hitam yang menelan cahaya itulah merupakan satu kengerian dalam kegelapan berada di angkasa lepas. bintang merupakan satu pengembaraan yang mencakupi ruang dan masa, malah pengembaraan merentas masa dan ruang itu mengambil masa kira-kira 14 billion tahun. Dalam pengembaraan seterusnya, pengunjung diajak untuk kembali ke bumi. Semasa dalam perjalanan pulang ke planet bumi pengunjung akan melihat bagaimana rupa sistem suria kita dari pinggir. Sebuah bintang kuning dengan dikelilingi oleh objek yang memantulkan cahaya itulah antara bintang-bintang pengembara ataupun planet yang dilihat oleh umat manusia semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Episod seterusnya, pengunjung akan melihat semua planet ini dari dekat satu

demi satu dan diakhiri dengan pemandangan planet bumi dan bulannya dari orbit yang mengelilinginya. Untuk mengakhiri pertunjukan ini, OTU30M mengajak pengunjung untuk memikirkan dua perkara secara objektif. Perkara pertama ialah alam semesta ini sungguh besar dan luas tetapi adakah mungkin hanya bumi yang menghuni alam ini? Manakala perkara yang kedua ialah semua 12 buruj yang membentuk langit malam itu letaknya berbillion-billion kilometer dari bumi dan peluangnya untuk mempengaruhi kehidupan manusia sehari-sehari adalah hampir tiada. Ini sebenarnya menidakkan apa yang cuba ditekankan dalam ilmu astrologi. 15


A

round The Universe in 30 minutes (OTU30M) adalah pertunjukkan terbaru PSI untuk mendidik pengunjung bahawa betapa besar alam semesta ini. Jika dilihat daripada keadaan sekarang ini dengan semua galaksi menjauhi satu sama lain, ahli kosmologi telah membuat kesimpulan bahawa alam semesta ini bermula daripada satu titik.

Ini bermakna, ia telah dicipta dan bukan seperti anggapan dalam teori lain yang mengatakan bahawa alam ini memang sudah sedia ada sejak azali lagi. Daripada penciptaan alam semesta yang merupakan titik permulaan masa dan ruang, semua elemen-elemen yang membentuk alam semesta itu terjadi seperti nebula,bintang, galaksi dan sebagainya terjadi beransur-ansur

untuk membentuk apa yang kita panggil sebagai alam semesta. Bintang-bintang di langit malam yang kita lihat sebagai contoh merupakan sebahagian daripada berbilion trilion trilion trilion yang ada di alam semesta. Walaupun begitu, persis seperti benda hidup, bintang juga mempunyai evolusinya yang tersendiri. (Bersambung di muka 15)


Aku dan Bintang Vol 2