Issuu on Google+

www.planetarium-sarawak.org www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344 Keluaran 6

Julai - Disember 2009

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

PSACS VI menampilkan aktiviti pelancaran roket Seminar Astronomi dan Sains Angkasa sebar ilmu kepada peserta BBoy tarikan Astronomy Day 2009 Planetarium Bangkok, Rangsit, satu pengembaraan astronomi

Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dinasihatkan untuk mengemaskinikan nombor telefon bimbit mereka dengan menghantar kepada alfeanaziz@planetarium-sarawak.org bagi menerima aktiviti terkini secara SMS.


Kandungan

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 2

Pengenalan astronomi kesedaran kepada IYA2009 Pengenalan astronomi kesedaran kepada IYA2009 - 2 Kerjasama, sumbangan astronomi daripada pelbagai pihak - 3 Galakan astronomi melalui rakan sebaya - 4 Sekitar Kem Astrophilia 2 2009 -5 Seminar Astronomi dan Sains Angkasa sebar ilmu kepada peserta - 6 BBoy tarikan Astronomy Day 2009 - 7 PSACS VI menampilkan aktiviti pelancaran roket - 7 Planetarium Bangkok, Rangsit, satu pengembaraan astronomi - 8 Imbasan aktiviti-aktiviti astronomi separuh tahun pertama 2009 - 10 Sumbangan Islam terhadap Astronomi - 12 Gerhana matahari separa seluruh Sarawak 22 Julai 2009 - 14 Sekitar Minggu Sains dan Matematik SK Gita - 16 Kembara angkasa melalui Stellarium -17 Jadual langit malam - 18 Astronomy Fun Facts - 19 Astronaut - 20

Gambar muka depan menunjukkan aktiviti pelancaran roket air yang diadakan di Planetarium Sultan Iskandar semasa PSACSVI 2009 yang diadakan dengan kerjasama Planetarium Negara. Dalam aktiviti ini, para pelajar telah diberi peluang untuk mereka roket air yang kemudiannya dilancarkan menggunakan pelancar khas yang dibawa oleh pihak PN. Aktiviti ini telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2009.

T

ahun 2009 telah diiktiraf sebagai International Year of Astronomy 2009 (IYA2009) dan tahun ini juga kita telah melihat pelbagai aktiviti astronomi yang dijalankan bagi membuktikan terdapatnya sokongan terhadap pengiktirafan IYA2009. Kita di Sarawak juga tidak ketinggalan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang turut memberikan kesedaran dan pendidikan astronomi kepada orang ramai. Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa 2009 merupakan aktiviti astronomi pertama di peringkat kebangsaan telah dijalankan dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak serta pihakpihak lain yang telah memastikan perjalanan aktiviti tersebut berlangsung dengan lancar. Para guru, pegawai kerajaan dan orang awam dari seluruh Malaysia telah didedahkan dengan asas astronomi dan ia telah memberikan sedikit kesedaran kepada pengamal astronomi yang sebelum ini tidak sedar bahawa terdapat aspek asas astronomi kurang menjadi perhatian tetapi merupakan sesuatu yang baru bagi mereka yang baru berjinak dalam bidang ini. Program kerjasama dengan Planetarium Negara turut dijalankan dengan para peserta telah berpeluang untuk mereka cipta roket air sendiri dan melakukan pelancarannya bagi melihat sama ada ia berjaya melepasi jarak yang ditetapkan. Program Astronomy Day 2009 turut menjadi tumpuan kepada IYA2009 dengan tema tahun ini agak berbeza apabila pihak penganjur turut menyelitkan unsur-unsur BBoy dalam kejohanan BBoy Astronomy sebagai sebahagian daripada aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Rata-rata aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PSI-SAS tahun ini telah berjaya menarik muka-muka baru untuk berjinak-jinak dalam bidang astronomi. Pihak sekolah juga tidak harus membiarkan IYA2009 ini berlalu dengan begitu sahaja dan perlunya aktiviti-aktiviti pengenalan astronomi diadakan seperti aktiviti pameran, Hari Sains dan Matematik, perkhemahan yang menjadi agenda aktiviti masing-masing. Biarpun begitu, mari kita sambut perayaan IYA2009 ini dengan kesedaran astronomi yang lebih mendalam. Alfean Aziz Editor Aku & Bintang Artikel sumbangan: Alfean Aziz Ismandy Ali Zurwina Sharkawi Mohd. Khairuddin Azizi Dicetak oleh Abadi & Services

Untuk maklumat lanjut hubungi: Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi 93000 Jalan Budaya Kuching, Malaysia Tel: 082-251275 Faks: 082-258059 http://www.planetarium-sarawak.org http://www.sarawak-astronomy.org e-mel: curator@planetarium-sarawak.org


3 • Julai - Disember 2009

Kerjasama, sumbangan astronomi daripada pelbagai pihak

B

anyak kemajuan telah dicapai dalam membangunkan dan menjadikan sebuah planetarium sebagai sebuah pusat ilmu yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan komuniti. Dengan hanya menyandarkan tugas berkenaan kepada Planetarium Sultan Iskandar, Planetarium Pertama di Malaysia, adalah tidak mencukupi. Usaha ini memerlukan komitmen dan sokongan padu daripada pelbagai pihak bagi memastikan perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang positif kepada masyarakat. Penglibatan pelbagai bahagian dan seksyen di dalam Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi sejak kebelakangan ini di dalam aktiviti anjuran PSI telah memangkinkan lagi usaha untuk meningkatkan jumlah penganjuran aktiviti dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak. Dalam pada itu, penglibatan dan sokongan banyak pihak di pelbagai peringkat termasuk daripada pihak agensi persekutuan pada tahun ini juga sangat menggalakkan. Penglibatan mereka ini secara tidak langsung telah membantu menjayakan beberapa program seperti Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa 2009 dan Hari Astronomi Sedunia 2009. Malah beberapa rancangan dan persediaan sedang dilakukan untuk menjadikan PSI sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Selain berfungsi sebagai pusat maklumat dan pendidikan astronomi, PSI juga kini sedang berusaha untuk menjadikan planetariumnya sebagai sebuah pusat yang memberikan maklumat mengenai penemuan dan pembelajaran sains. Dengan adanya pusat maklumat dan pendidikan sains diharap ia dapat menjadikan masyarakat kita lebih celik ilmu sains dan lebih kompetitif. Marilah kita sama – sama berdoa semoga cita-cita dan usaha untuk memangkinkan dan mewujudkan masyarakat berilmu saintiďŹ k tercapai.

Ik Pahon Joyik Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi


Eksklusif

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 4

Galakan astronomi melalui rakan sebaya Zurwina Sharkawi

W

alaupun sudah meninggalkan alam persekolahan dan kini melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), namun disebabkan semangat dan minat yang tinggi, mereka kembali aktif dengan aktiviti astronomi. Bagi Izzie Hasfierul Hashim, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR) dan Kamilia Fasiha Abdul Aziz, 18, bekas pelajar SMK Petra Jaya, yang dulunya aktif dengan aktiviti-aktiviti astronomi di sekolah, kini meneruskan usaha mereka dengan terus aktif membantu PSI-SAS dalam penganjuran aktiviti astronomi. Izzie dan Kamilia kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak. Manakala bagi Farhan Hakim Roslan, 16, pelajar SMK Tunku Abdul Rahman, dia kini mula aktif dengan aktiviti astronomi di sekolahnya dan bakal menjadi pelapis bagi meneruskan usaha senior-seniornya. Aku & Bintang sempat menemu-

ramah mereka mengenai usaha, harapan dan rancangan mereka dalam mengaktifkan astronomi di kalangan pelajar dan remaja. Soalan: Bilakah anda mula mengenali dan aktif dengan aktiviti astronomi? Izzie: Saya mula mengenali astronomi setelah dipilih oleh pihak sekolah untuk mengikuti Program Astrophilia 2008 dan bermula dari program itulah saya mula meminati astronomi kerana pendekatan yang digunakan sepanjang program adalah menarik dan mudah. Kamilia: Saya mula mengenali astronomi menerusi Kelab Astronomi yang ditubuhkan di sekolah pada tahun 2007. Sejak itu, saya mula aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Farhan: Saya berminat dengan astronomi selepas diperkenalkan oleh rakan-rakan sekolah pada awal tahun 2009. Walaupun masih baru dalam astronomi, saya mula berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut astronomi kerana astronomi mempunyai kaitan dengan kehidupan harian saya. Soalan: Apakah usaha yang dilakukan setakat ini dalam mempromosikan dan menarik minat rakan-rakan dan pelajar lain terhadap astronomi?

IZZIE Hasfierul Hashim, 18.

Izzie: Untuk menarik minat orang ramai terhadap astronomi, kita perlu tahu bidang yang mereka minati. Sebagai contoh, ramai golongan muda sekarang meminati tarian ‘bboy (breakdance)’. Menerusi minat mereka itu, saya bersama-sama rakan-rakan lain yang juga merupakan peminat ‘bboy’, cuba mempromosikan astronomi dengan mencadangkan penganjuran pertandingan ‘bboy’ iaitu ‘BBoy As-

Kamilia Fasiha Abdul Aziz, 18 (kiri) dan rakannya Fatin Naqibah, 18.

tronomy’ menggunakan tema astronomi . Secara tidak langsung, bagi mereka yang sebelum ini tidak mengetahui apa-apa mengenai astronomi, kini mula mengenali astronomi seiring dengan minat ‘bboy’ mereka. Kamilia: Banyak yang boleh diusahakan untuk mempromosikan astronomi kepada masyarakat. Saya yang juga merupakan peminat ‘bboy’(penari breakdance perempuan digelar ‘bgirl’) merasakan aktiviti sampingan seperti ini mampu membantu mempromosikan astronomi, khususnya di kalangan remaja. Bagi yang meminati bidang lain, kita boleh menerapkan unsurunsur astronomi di dalamnya seperti menggunakan tema atau perkataanperkataan yang berkaitan dengan astronomi yang sering digunakan di dalam kehidupan seharian. Farhan: Walaupun masih baru dengan astronomi, saya akan membantu dan sama-sama menyumbangkan idea serta sokongan bersama-sama rakan-rakan lain untuk mempromosikan astronomi. Soalan: Apakah visi dan matlamat anda pada masa depan untuk mengembangkan bidang stronomi di Sarawak? Izzie: Saya dan rakan-rakan kini dalam perancangan untuk mengem-


5 • Julai - Disember 2009 bangkan astronomi menerusi aktivitiaktiviti yang diminati seperti sekarang ini dengan melibatkan lebih ramai ‘bboy’. Dalam pada itu, kami juga cuba untuk menerapkan nilai-nilai astronomi di dalam aktiviti-aktiviti berkaitan sebagai usaha untuk memperkenalkan astronomi kepada golongan sasaran termasuk di peringkat IPT kerana setakat ini belum ada aktiviti astronomi diadakan di sana (UiTM Samarahan). Kamilia: Bagi saya, bidang astronomi memerlukan penjenamaan baru menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti sosial dan tidak hanya terhad kepada aktiviti-aktiviti astronomi seperti pencerapan langit. Astronomi perlu diperkenalkan menggunakan kaedah baru yang lebih interaktif dan efek-

tif dalam menarik minat masyarakat seperti penganjuran pertandingan atau demonstrasi aktiviti-aktiviti sosial menggunakan tema astronomi. Contohnya ‘BBoy Astronomi’ yang dikaitkan dengan aktiviti ‘bboy’. Dengan ini, astronomi akan lebih dikenali dan mempunyai identitinya sendiri. Farhan: Untuk mengembangkan ilmu astronomi di kalangan masyarakat, saya akan cuba untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada rakan-rakan lain bagi sama-sama membantu dalam sebarang penganjuran aktiviti astronomi. Dalam pada itu, saya juga akan mempelajari ilmu ini bagi membolehkan saya mengajar dan memberitahu rakan-rakan lain apakah itu astronomi.

Farhan menunjukkan aksi ‘wind mill’.

Sekitar Kem Astrophilia 2 2009

W

alaupun bilangan peserta tidak seberapa, tetapi dari segi kualiti Astrophilia 2 2009 wajar untuk dibanggakan. Astrophilia kali ini selain daripada melibatkan pelbagai aktiviti berbentuk astronomi, semangat berpasukan dan persahabatan, kami telah menambahkan elemen baru iaitu psikologi remaja. Tujuannya untuk menyerlahkan semangat persahabatan dan mengenali sifat sendiri dan perhubungan di antara mereka. Kemuncak psikologi remaja apabila telah mendapat kerjasama dari pemilik kem itu sendiri iaitu Tuan Haji Raduan kerana telah menjadi salah seorang dari watak utama sebagai antagonis dalam ‘drama’ yang dipentaskan.


Eksklusif

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 6

Seminar Astronomi dan Sains Angkasa sebar ilmu kepada peserta Alfean Aziz

B

ulan April tahun ini telah menjadi pertemuan bagi para guru dan peminat astronomi amatur di seluruh negara bagi menghadiri Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa yang julung kali diadakan di Bandar Raya Kuching anjuran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Seramai 300 peserta telah menghadiri seminar yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 16 hingga 17 April 2009, bertempat di Pusat Maklumat Islam (IIC), Kuching. Dengan tema seminar ‘Astronomy and Us’, penceramahpenceramah yang dijemput khas telah membuka minda peserta dengan pengenalan kepada aspek serta konsep asas astronomi di dalam kehidupan seharian. Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan semasa seminar tersebut

iaitu ‘Hala Tuju Program Pendidikan dan Kesedaran Umum Sains Angkasa di Malaysia’, ‘Peranan Astronomi dan Sains Angkasa Di Dalam Memperkasakan Masyarakat’ oleh Mohd. Fairos Assilam dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA); ‘Peranan Planetarium Di Dalam Pendidikan Sekolah: Pengalaman Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka’, ‘Ilmu Falak Dalam Kehidupan’ oleh Dr. Kassim Bahali dari Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka; ‘Looking at The Invisible Universe: An Alternative Astronomy’ oleh Dr. Zamri Zainal Abidin dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya dan ‘Astronomy Through the Ages’ oleh Prof. Madya Zainol Abidin Ibrahim dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Ucap utama bagi seminar ini telah disempurnakan oleh Jacob Sebastian, Penasihat Persatuan Astronomi Sarawak dengan tajuk ‘Astronomy & Us’. Selain pembentangan kertas kerja serta sesi soal-jawab sepanjang semi-

ENCIK Ik Pahon Joyik, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.

YB Tuan Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

nar dua hari itu, peserta juga berpeluang untuk melihat dan mencuba demonstrasi sesi selari yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar sekolah SMK Matang Hilir, SMK Tun Abdul Rahman (STAR), SMK Santubong dan SMKA Tun Ahmad Zaidi (Tunaz). Antara tarikan yang menjadi perhatian peserta ialah sesi pelancaran roket oleh SMK Matang Hilir, jam matahari atau sundial rekaan pelajar SMK Santubong dan astrolab oleh pelajar SMK Tun Abdul Rahman. Aktiviti sesi selari yang diadakan ini juga memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah yang aktif di dalam astronomi menunjukkan bakat serta kemahiran mereka untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama peserta mengenai astronomi amatur. Selain aktiviti sesi selari, peserta turut dibawa ke Planetarium Sultan Iskandar untuk melihat sendiri keupayaan serta teknologi ‘Mirrordome’ yang menjadi tarikan utama pengunjung untuk ke PSI. Penganjuran Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa ini dijadikan sebagai asas untuk memperkenalkan astronomi kepada orang ramai dengan kumpulan sasarannya adalah guru di seluruh Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia. Golongan sasar ini juga diharap akan dapat membawa ilmu serta idea astronomi ini kepada para pelajar dan mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai astronomi. (Nota serta kertas kerja semasa Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa boleh dimuat turut dari www.planetarium-sarawak.org)


7 • Julai - Disember 2009

BBoy tarikan Astronomy Day 2009

A

stronomy Day 2009 telah disambut dengan meriah pada 30 Mei 2009 di Planetarium Sultan Iskandar dengan tarikan aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan termasuk kejohanan Bboy Astronomy, Words Play (AstroHunt), AR Technology dari Unimas, Astro DJ dan sebagainya. Sambutan Astronomy Day 2009 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad, Menteri Muda Belia

dan Pelancongan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak serta dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan dan agensi swasta. Kira-kira 800 pengunjung telah melawat dan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang diadakan terutama kejohanan BBoy yang telah mendapat sambutan hangat biarpun dianjukan buat kali pertama oleh Planetarum Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.

PSACS VI menampilkan aktiviti pelancaran roket

A

ktiviti Program Sains Angkasa Cuti Sekolah VI pada tahun ini diadakan agak berbeza dengan adanya jemputan daripada Planetarium Negara bagi aktiviti membuat dan melancarkan roket. Pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah turut tidak melepaskan peluang ini untuk belajar cara untuk membuat roket sendiri dan mengalami cara untuk melancarkan roket air. Program ini telah diadakan selama 3 hari dari 16 hingga 18 Mac 2009 di Planetarium Sultan Iskandar. GAMBAR-gambar menunjukkan aktiviti-aktiviti membuat roket yang diadakan anjuran kerjasama Planetarium Sultan Iskandar dan Planetarium Negara.


Eksklusif

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 8

Planetarium Bangkok, Rangsit, satu pengembaraan astronomi

KUMPULAN pengunjung yang bergambar kenangan di hadapan bangunan Planetarium Bangkok ketika membuat lawatan ke planetarium itu.

B

Alfean Aziz

angkok merupakan antara metropolitan yang amat menarik untuk dikunjungi terutama sekiranya anda ingin membeli-belah ataupun melawat di tempat-tempat bersejarah seperti di kuil-kuil lama yang menjadi tarikan utama pengunjung. Namun, di sebalik keramahan penduduknya serta kepelbagaian watwat atau kuil di Bangkok, peminat sains dan astronomi seharusnya tidak melepaskan peluang untuk melawat planetarium dan juga pusat sains di bandar metro tersebut. Di Bangkok terdapat dua planetarium dan pusat sains yang masingmasing terletak di Bangkok dan sebuah lagi di Rangsit, kawasan Pathumthani, kira-kira 70 km dari pusat Bangkok. Tarikan sains dan astronomi pertama yang telah dikunjungi adalah

Planetarium Bangkok yang merupakan sebahagian daripada Pusat Sains Bagi Pendidikan di bandar metro tersebut. Kawasannya yang luas membolehkan setiap bahan pameran interaktif terbahagi kepada beberapa enam bangunan dengan tema yang berbeza iaitu Planetarium Bangkok, Sains dan Teknologi, Kehidupan Air, Sains Tulen dan Sains Kesihatan. Kawasan pusat sains yang luas yang diberikan untuk perkembangan pendidikan sains dan teknologi memberikan kebanggaan bahawa kerajaan Thailand memberikan penekanan kepada perkembangan pendidikan sains dan teknologi. Setiap aspek sains diberikan penekanan dengan pelawat berpeluang meneroka setiap bahan pameran dengan diberikan tiket yang berharga kirakira 20 baht (RM2) untuk meneroka setiap pameran berdasarkan laluan

tiket. Bagaimanapun tumpuan lawatan ini adalah kepada Planetarium Bangkok yang terletak di hujung kawasan pusat sains tersebut. Sebagai planetarium yang dirasmikan pada 1964, ia mempunyai projektor Mark IV Zeiss yang merupakan projektor planetarium terbesar di Asia Tenggara pada waktu itu. Setiap pertunjukan berlangsung selama satu jam, dengan setengah jam pertama pengunjung akan mendengar penerangan tentang asas astronomi (dalam bahasa Thailand) dan kemudian disusuli dengan pertunjukan astronomi. Selain teater planetarium, Planetarium Bangkok turut mempunyai pameran mini yang menampilkan pameran-pameran tentang astronomi seperti sistem suria, galaksi, nebula, teleskop dan sebagainya. Biarpun mempunyai ruang yang kecil, namun cara susun


9 • Julai - Disember 2009

BANGUNAN Planetarium dan Pusat Sains Rangsit yang terletak di bahagian Rangsit, Thailand.

BAHAN pameran interaktif yang terdapat di Pusat Sains Bagi Pendidikan.

atur yang kreatif dan menarik (ala kapal angkasa) mampu menarik minat pengunjung untuk melihat-lihat pameran yang ada. Bagi yang ingin melawat di kawasan sekitar pusat sains ini pula, mereka berpeluang untuk memilih pelbagai tempat yang menarik dengan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Setiap satu bahan pameran di pusat sains ini bersifat interaktif dengan pengunjung boleh mencuba apa sahaja berdasarkan objektif bahan pameran itu. Dengan keluasan yang boleh menempatkan sehingga lima bangunan, Planetarium Bangkok dan Pusat Sains Bagi Pendidikan ini mampu memenuhi minat pengunjung yang ingin menambahkan pengetahuan mereka tentang sains dan astronomi. Planetarium Rangsit Perjalanan dari Planetarium Bangkok ke Planetarium Rangsit mengam-

bil masa kira-kira 50 minit dengan menggunakan teksi. Kedudukan Planetarium Rangsit yang amat jauh menyebabkan sukar untuk dikunjungi jika tidak menggunakan pengangkutan seperti teksi bagi pelancong. Planetarium ini telah dibuka pada 2006 dilengkapi dengan projektor Zeiss Starmaster dengan diameter kubah seluas 18 meter serta boleh menempatkan sehingga 160 penonton dengan kedudukan kerusi sedikit condong ke satu arah. Berbeza dengan Planetarium Bangkok, Planetarium Rangsit ini mempunyai keluasan yang lebih besar selain dilengkapi dengan teater, ia turut menempatkan ruang pameran sains angkasa yang amat luas sehingga boleh dikatakan bahawa lebih banyak bahan-bahan pameran yang boleh ditempatkan di dalam bilik serta dewan yang ada. Planetarium Rangsit hanya menempatkan pameran berbentuk sains

angkasa dan astronomi untuk kanakkanak serta pelajar bagi menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang sains angkasa. Seperti pusat sains lain, bahanbahan pameran yang terdapat dalam Planetarium Rangsit ini berbentuk interaktif dengan pengunjung boleh mencuba setiap bahan-bahan pameran yang ada. Ruang pameran di planetarium ini agak luas sehingga ada tempat yang kelihatan kosong serta perlu diisi lagi dengan pameran-pameran yang lebih menarik. Planetarium Rangsit ini agak jauh dari kemudahan pengangkutan awam lain selain dengan menggunakan teksi berbanding Planetarium Bangkok. Malah, pengunjung terpaksa meminta pemandu teksi untuk menunggu sementara mereka melihat-lihat pameran yang ada disebabkan kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan teksi di kawasan itu.

PAMERAN astronomi di Planetarium Bangkok.

MASKOT bagi Planetarium dan Pusat Sains Rangsit.

STRUKTUR matahari sebagai salah satu model pameran.


www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 10

Imbasan aktiviti-aktiviti astronom

2

1

3

4

5

6

7

8

9

10

11


11 • Julai - Disember 2009

mi separuh tahun pertama 2009

12

13

1. 2.

3. 4. 5.

14

15 6.

7. 8. 9. 10. 11. 12.

16

13.

14. 15. 16.

17.

17

Dr. Kassim Bahali dari Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka menyampaikan pembentangannya di Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa 2009 pada 7 dan 8 April 2009. YB Tuan Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sedang mendengar penerangan daripada Abdul Rahman dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi. Turut kelihatan Ismandy Ali, Kurator Planetarium Sultan Iskandar. YB Tuan Haji Fadillah Yusof sedang mencuba teleskop SMK Matang Hilir. Turut kelihatan Aidil Adha bin Zainoren dari SMK Matang Hilir dan Ismandy Ali. Cikgu Yazid bin Belon menerangkan cara menggunakan jam matahari kepada pelajar. Jacob Sebastian, mantan Timbalan Presiden Persatuan Astronomi Sarawak menerima hadiah penghargaan yang disampaikan oleh YB Tuan Haji Fadillah Yusof sambil disaksikan oleh Encik Ik Pahon Joyik, Setiausaha Tetap KPSU dan serta Tuan Haji Mohamad Atei Abang Medaan, Timbalan Presiden SAS merangkap Datuk Bandar Kuching Utara. HaďŹ zul Faiz Kardranan dari SMK Matang Hilir sedang memberikan penerangan tentang roket air kepada YB Tuan Haji Fadillah. Turut serta adalah (dari kiri) Jacob Sebastian, Cikgu Senah binti Jan dari SMK Matang Hilir, Encik Hasnan dan Ismandy Ali di Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa 2009. Faliq Asraf dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi memberikan penerangan kepada peserta Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa 2009. Para peserta sedang memikirkan cara untuk menggunakan carta bintang di Kem Astrophilia 1 2009 di Kem Alapong, Lundu. Para pelajar SMK Petra Jaya sedang mencuba teleskop sempena Pameran Hari Sains dan Matematik di sekolah mereka. Salah satu kumpulan yang bertanding dalam kejohanan BBoy Astronomy 2009. Demonstrasi augmented reality technology yang dijalankan oleh AR Technology dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Unversiti Malaysia Sarawak di PSI. Para pelajar yang berkumpul di sudut Deejay untuk menjawab soalan AstroKuiz semasa Astronomy Day 2009. YB Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad, Menteri Muda Hal-Ehwal Belia dan Pelancongan KPSU sedang bermesra dengan para pelajar yang menyertai sesi selari semasa Astronomy Day 2009. Turut serta adalah Ismandy Ali Kurator PSI (kanan) dan William Nyigor Timbalan Presiden Persatuan Astronomi Sarawak. Para pengunjung yang melihat pameran daripada Encik Hasnan dari Sarawak Energy semasa Astronomy Day 2009. Penjelasan tentang cara penggunaan astrolab oleh Ahmad Burhanuddin dari SMK Tunku Abdul Rahman semasa Astronomy Day 2009. YB Tuan Haji Hamdan bin Haji Ahmad sedang merasmikan Astronomy Day 2009 sambil dibantu oleh Dr. Edmund Weng, Pensyarah di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) Universiti Malaysia Sarawak. Turut kelihatan Encik William Nyigor. YB Tuan Haji Hamden sedang menarik roket air dalam sesi demonstrasi roket air oleh para pelajar SMK Matang Hilir semasa Astronomy Day 2009. Turut kelihatan dari kanan) Dr. Shahren Ahmad Zaidi Adruce Dekan FSKPM, Cik Aishah Edris, Setiausaha Eksekutif MPSU dan Encik William Nyigor.


Rencana

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 12

Sumbangan Islam terhadap Astronomi Mohd. Khairuddin Azizi

A

rtikel ini mengimbas kembali kegemilangan tamadun Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W dengan khalifah Islam memainkan peranan utama dalam memperluaskan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang terutama astronomi. Hasil daripada galakan untuk meningkatkan taraf ilmu dari segi penterjemahan sastera Yunani, India dan budaya luar beserta galakan daripada khalifah, lahirlah tokoh-tokoh Islam yang ternama. Biografi tokoh astronomi Islam seperti al-Khawarizmi dan al-Battani turut diceritakan secara ringkas terutama sekali tentang sumbangan mereka yang unggul. Balai cerap yang dibina pada kurun ke-10 turut disenaraikan secara padat. Ini diikuti oleh alatan saintifik untuk bidang astronomi yang dicipta pada kurun tersebut. Pengenalan Selepas wafatnya baginda Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W. pada tanggal 8 June 632 Masihi (M) [1], zaman pemerintahan Islam beralih kepada para sahabat yang bergelar Khulafa Ar-Rasyidin; Abu Bakar as-Siddique (632-634 M), Umar al-Khattab (634644 M) dan Ali Abi Talib (656-661 M). Mereka telah berjaya membentuk sebuah tamadun yang hingga kini dapat dirasai kesannya dan masih tersemat di dalam setiap naluri penganut Islam. Pengaruh Islam bermula dengan gemilangnya apabila Umar mengambil alih pemerintahan Amirul Mukminin. Empayar Rom telah berjaya ditewaskan di Damsyik pada tanggal September, 635 M. Heraclius yang merupakan Maharaja Byzantine pada ketika iti telah berundur dari Syria setelah kalah pada pertempuran di Yarmuk pada tanggal Ogos 636 M.

Sebelum kebangkitan Islam, balai cerap di dunia pada ketika itu hanya terdapat di Alexandria atau Eskandariyya. Selama 90 tahun lamanya, Empayar Umar telah tersebar menewaskan penaklukan oleh Alexander, Napoleon mahupun yang pernah diimpikan oleh Caesar. Begitulah tamadun Islam di zaman permerintahan Arab. Kemudian kita menilai pemerintahan Islam di bawah pemerintahan Abbasiyah (750-1258 M). Khalifah Al-Mansur bertanggungjawab untuk mengalih dan membawa pentadbirannya ke Kota Baghdad. Pada zaman beliau ini, semua masjid diwajibkan untuk mendirikan sebuah sekolah sebagai pusat menuntut ilmu, sehingga Baghdad mula berkembang menjadi pusat pembelajaran, perubatan dan perundangan. Kegemilangan Tamadun Islam terukir di zaman pemerintahan Khalifah al-Mamun (813-833). Baghdad telah menjadi pusat sains dan falsafah. Semua buku dan karya dari Yunani dan India telah berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Sumbangan tokoh Islam pada masa itu boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu : Terjemahan karya Yunani Penemuan tulen Namun demikian, berdasarkan Mirza et. al [2], tokoh Islam tidak menghadkan aktiviti kepada penterjemahan karya Yunani kerana pendekatan yang berbeza. Yunani purba melihat dunia sebagai terhad dan memiliki ciri-ciri statik manakala tokoh Islam memiliki pendekatan bahawa ruang angkasa bukanlah sebagai batas tetapi hanya masa yang akan menentukan kelak kerana alam ini sentiasa berubah dan masa pula merupakan sesuatu yang amat berharga. Yunani purba melihat dunia sebagai statik manakalah tokoh Islam memahami bahawa dunia ini adalah dinamik.

Al-Khawarizmi

Tokoh – tokoh Islam Tokoh cendekiawan Islam begitu ramai untuk disenaraikan, namun demikian untuk artikel ini hanya sebahagian yang dapat disenaraikan berdasarkan dengan sumbangan mereka dalam bidang Astronomi. 1. al – Khwarizmi (780 – 850M) Abu Ja’far Abdullah Mohammad Ibn Musa al –Khwarizmi. Seorang pakar matematik, geografi, astronomi dan sejarah. Beliau mencipta jadual astronomi untuk Khalifah Al-Mamun. Islam memerlukan umatnya untuk mengetahui dan mempelajari ilmu astronomi. Penentuan bulan puasa, hari raya, hari wuquf dan beberapa hari lain memerlukan kefahaman tentang pergerakkan fasa bulan. Penentuan waktu solat pula memerlukan pemahaman tentang peredaran matahari.[3] Sumbangan beliau yang paling berharga ialah dalam bidang matematik iaitu Algebra bertajuk Hisab al Jabr Wa’l Muqabla1. al- Khwarizmi berasal dari Khiva, sebuah kota di muara Sungai Oxus di Uzbek. Kota ini telah ditawan oleh Russia pada 1873 dan pernah dikenali sebagai Khwarizm semasa pemerintahan Islam. Sumbangan beliau dalam bidang geografi ialah menghaluskan teori


13 • Julai - Disember 2009 Ptolemy berkaitan dengan longitud dan latitud. Beliau juga dikenali sebagai Algorism di kalangan cendekiawan Eropah melalui bidang matematik dengan pengenalan nombor arab Algorithm. Antara karya beliau ialah Zij Al Khwarizmi, Kitab al- Tarikh. Karya beliau telah banyak mempengaruhi Abu Kamil, Al-Karkhi, Omar Khayyam dan juga Leonardo of Pisa dalam bidang trigonometri moden. Kebanyakan karya beliau hanya dikenali dalam versi terjemahan bahasa Latin, antaranya Kitab al-Jam’Wal Tafriq (buku ilmu hisab tambah dan tolak). (1 Algebra telah diedit dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh F. Rosen (1831). 2. al-Battani (858-929M) Abu Abdallah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan al-Battani al-Harrani merupakan seorang tokoh agung astronomi di zaman pertengahan (Middle Ages) dan di era kebangkitan (Renaissance). Beliau menetap di Al Raqqa di pinggir Sungai Euphrates. Pada awalnya, keluarga beliau merupakan penganut Sabian dan akhirnya memeluk Islam. Sumbangan utama beliau dalam bidang astronomi ialah pencerapan orbit matahari, menentukan tempoh tahun tropik dan musim-musimnya. Beliau berjaya mencatat dengan tepatnya kalendar peredaran matahari sehingga ketepatan 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Al-Battani juga mencerap dengan tepatnya kedudukan bintang utama di antara tahun 911-912 M. Beliau juga telah mempengaruhi astronomi dan trigonometri sfera. Hasil karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Robertus Retinensis dan Plato Tiburtinus pada awal pertengahan kurun ke12 dan diterbitkan di Nuremberg pada 1537M. Pencerapan beliau mengenai peredaran bulan dan matahari telah menjadi rujukan oleh Dunthone (ahli astronomi Eropah) pada tahun 1749. Selain itu, penemuan beliau juga telah diciplak dan dituntut oleh Regiomontanus pada masyarakat Eropah. Antara karya beliau yana lain

ialah Kitab Ma’rifat Matali al-Burujfi Mabaine Arab al-Falak, Risala fi Tahqiq Miqdaril-Ittisalat, Sharh (al-Maqalat al-Arab le Batlamyus and Al-Zij). Balai Cerap Dengan berkembangannya ilmu astronomi, maka semakin bertambah jumlah balai cerap yang telah didirikan bagi tujuan tersebut. Antara balai cerap yang didirikan hasil daripada tamadun Islam kurun ke-10 ini boleh dilihat di bawah [4]. Balai cerap matahari yang dibina oleh al-Ma’mun di Iraq (829 M) Balai cerap Isfahan yang dibina oleh Abu Hanifah Al-Dinawari (895 M) Balai cerap Khwarizm yang dibina oleh Al-Biruni Balai cerap Baghdad (II) yang dibina oleh Thabit ibn Qurrah Balai cerap Baghdad (III) yang dibina oleh Khalifah Al-Murtashid di mana ahli astronomi bernama Badi mencatatkan cerapan beliau Balai cerap yang didirikan oleh Ibnu Sina Balai cerap al-Raqqah dan Antakiyah di mana Al-Battani telah melakukan cerapan beliau Balai cerap Banu Musa di Baghdad Balai cerap Sharah al-Daulah di mana al-Saghani dan al-Kuhi membuat cerapan mereka Balai cerap Tabitala di mana Abu Ishaq menghabiskan karya dan cerapan beliau Balai cerap Buzjan yang sering dikaitkan dengan Abu al-Wafa Balai cerap ibn Al’am yang dibina di Baghdad pada tahun 962-963 M. Balai cerap Muqattam di Kaherah yang dibina oleh Al-Hakim, pemerintah Mesir. Ali Ibn Yunus dan alHaitham ditugaskan di sini. Balai cerap yang disempurnakan oleh Jalaluddin Malik Shah di Ray pada 1074 di mana berlakunya reformasi yang mengubah takwim (kalendar) oleh Omar Khayyam Balai cerap Ma’muni dibina sekitar tahun 1125 yang diperkenalkan oleh Bataihi Balai cerap Maraghah yang didirikan oleh Nasiruddin Tusi sekitar tahun 1259. Balai cerap ini dipercayai menempatkan pelbagai jenis rekaan

Astrolab

dan peralatan unggul pada abad itu serta memuatkan sebuah perpustakaan yang mengandungi 400,000 koleksi bahan bacaan. Balai cerap Taqii al-Din Balai cerap Kashmir Balai cerap Firuzshahi Balai cerap Ulugh Beg di Samarkand yang dibina oleh astronomi terunggul pada masa itu; Sultan Ulugh Beg pada tahun 1428. Terdapat begitu banyak balai cerap yang dibina oleh tokoh-rokoh Islam, beserta dengan peralatan saintifik yang direka khas untuk tujuan astronomi. Tokoh-tokoh astronomi Islam juga telah mencipta banyak peralatan saintifik untuk tujuan pencerapan. Tokoh-tokoh tersebut ialah Harun Ibn Ali Harun IbnYahya dan Hibatullah Ibn Husain Abul Qasim AlBaghdadi. Hibatullah sering dijulung dengan reka cipta jarum magnetiknya. Antara peralatan saintifik astronomi yang penting pada kurun ke-10 disenaraikan seperti berikut: Libnah dibina di atas tapak segiempat untuk mengukur deklinasi, latitud dan jarak bintang Halqah I’tidal (Bulatan Meridian), alat untuk mengukur jarak di antara planet Dhat al Autar direka oleh Taqiuddin sebagai alat alternatif kepada Bulatan Meridian yang digunakan pada waktu malam khususnya dan waktu siang Dhat al ‘Alq (Astrolab) alat saintifik yang terpenting yang terdiri daripada dua bulatan yang mewakili eclicptic dan bulatan yang seterusnya mewakili jumantara meridian (celestial meridian) (Bersambung di muka 16)


Aktiviti

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 14

Gerhana matahari separa seluruh Sarawak 22 Julai 2009 Ismandy Ali

T

otal Solar Eclipse of the Centur y telah menjadi jolokan saintis bagi fenomena gerhana matahari yang berlaku pada 22 Julai 2009 telah menjadi tumpuan pemerhati di beberapa lokasi di Asia Tenggara dan kawasan sekitarnya. Ia digelar sebagai ‘Total Solar Eclipse of the Century’ disebabkan fenomena gerhana matahari ini berlaku dalam tempoh lama yang serta dapat dilihat di negara Tanah Besar China dan kawasan sekitarnya bermula jam 8.22 pagi sehingga 11.01 pagi (waktu tempatan). Bagaimanapun, bagi kita di Sarawak dan kawasan sekitarnya, fenomena ini hanya boleh dilihat sebagai gerhana matahari separa dan hanya dapat disaksikan bermula jam 9.20 pagi. Dari sudut pandangan bumi, gerhana matahari berlaku sekiranya pandangan matahari dihalang oleh pergerakan bulan. Ini bermakna, tempoh lengkap gerhana matahari apabila bermulanya sentuhan pertama bulan ke matahari sehingga berakhirnya sentuhan itu dari matahari dan keseluruhan proses tersebut digelar gerhana matahari. Namun, apa yang menarik perhatian pengkaji gerhana dan para saintis di seluruh dunia adalah apabila bulan menutup keseluruhan permukaan matahari. Fenomena ini dipanggil Gerhana Matahari Penuh dan kali ini ia berlaku selama 6 minit 39 saat. Gerhana matahari penuh ini jarang berlaku dan ia hanya dapat dilihat di kawasan dan tempoh serta masa yang berbeza. Selain itu, beberapa lapisan luar matahari iaitu corona hanya dapat dilihat apabila berlakunya gerhana matahari penuh. Sementara itu, gerhana matahari berlaku apabila bulan bergerak di

Fenomena gerhana matahari penuh yang boleh dilihat dari Shanghai, China pada 22 Julai 2009.

antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus. Hasilnya, mereka yang mengalami gerhana adalah mereka yang terletak di dalam bayang-bayang Bulan. Seperti bayang-bayang biasa, bayang-bayang bulan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu bayangbayang yang lebih legap dan terletak di tengah dipanggil umbra, manakala bulan yang separa legap dipanggil penumbra. Disebabkan bayag-bayang dapat

dilihat, ini bermakna, sebenarnya gerhana matahari berlaku apabila pandangan kita ke arah matahari dihalang oleh bulan. Jika dilihat pada gambar A, umbra adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan penumbra. Mereka yang berada di kawasan umbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari penuh sementara mereka yang berada di kawasan penumbra akan melihat gerhana sebagai gerhana matahari separa.

Rajah A. Kedudukan bulan yang terletak di dalam garisan lurus di antara matahari dan Bumi pada 22 Julai 2009.


15 • Julai - Disember 2009 Jika dlihat pada Rajah B pula, garisan berwarna biru tua mewakili umbra, manakala garisan yang berwarna biru muda mewakili penumbra. Ini bermakna, seperti yang telah dinyatakan tadi, mereka yang berada di kawasan ditandakan biru tua (umbra) akan dapat melihat gerhana matahari penuh, dan mereka yang berada di kawasan biru muda akan melihat gerhana matahari separa. Ini bermakna, seluruh Sarawak dapat melihat gerhana matahari separa sepanjang tempoh tersebut. Untuk tujuan simulasi gerhana tersebut, kami menggunakan simulasi perisian Stellarium 0.10.22 yang dipaparkan di kubah teater Planetarium Sultan Iskandar, Kementerian Pembangunan Sosial Urbanisasi (KPSU) di Dewan Suarah Negeri Kuching. Masa simulasi telah dipratentukan kepada 22 Julai 2009 dari jam 8:30 a.m sehingga 11:00 a.m selain daripada menggunakan lokasi yang berbeza. Gambar A dan B menunjukkan keadaan maksimum gerhana separa yang dapat dlihat di bandar-bandar utama di Sarawak. Jika dibandingkan dengan perbezaan lokasi di kedua-dua buah bandar tersebut, peratus pemandangan yang dihalang oleh bulan adalah berbeza di Kuching dan Miri, dengan peratus halangan di Miri adalah lebih besar. Sekiranya kita mengambil lokasi Chiang Rai, Thailand sebagai contoh, peratus pemandangan yang dihalang oleh Bulan adalah jauh lebih lebih besar berbanding di Kuching dan Miri. Ini kerana Chiang Rai adalah lebih hampir kepada China berbanding dengan kita. Lihat Gambar C.

Gambar A: Gerhana Matahari separa yang dapat dilihat dari Kuching. Gambar simulasi adalah pada 22 Julai 2009 jam 9:35 a.m.

Rajah B: Lintasan bayang-bayang bulan yang membentuk dua jenis bayangbayang iaitu umbra dan penumbra dan dapat dlihat pada 22 julai 2009. Sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEmono/TSE2009/TSE2009.html

Dari sudut pandangan bumi, gerhana matahari berlaku sekiranya pandangan matahari dihalang oleh pergerakan bulan. Kesimpulan Gerhana matahari adalah satu fenomena astronomi yang jarang berlaku. Gerhana matahari penuh, yang merupakan tarikan utama kepada fenomena gerhana matahari merupakan satu fenomena unik setiap kali ia berlaku. Ini disebabkan tidak semua gerhana matahari akan menghasilkan gerhana matahari penuh di samping setiap gerhana yang berlaku hanya da-

Gambar B: Gerhana Matahari separa yang dapat dilihat dari Miri. Gambar simulasi adalah pada 22 Julai 2009 jam 9:35 a.m.

pat dilihat di lokasi dan masa yang berlainan dan pada masa yang singkat. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan beberapa bahagian matahari yang tidak dapat dilihat ketika dalam keadaan biasa. Gabungan keunikan dan keistimewaan yang hanya dapat dilihat di dalam keadaan yang jarang berlaku ini mewujudkan peluang keemasan yang mungkin hanya dapat disaksikan sekali seumur hidup bagi peminat astronomi.

Gambar C: Chiang Rai, sebuah bandar di utara Thailand merupakan sebuah bandar yang lebih hampir dengan lokasi gerhana Matahari. Gambar simulasi adalah pada 22 Julai 9:35 a.m.


Rencana

www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 16

Sumbangan Islam terhadap Astronomi (Sambungan dari muka 13) Dhat al Samt wal Irtifa (AltitudAzimut) terdiri daripada separa bulat dan mempunyai diameter yang bersamaan dengan permukaan silinder yang serupa Dhat al-Shu’batain mempunyai tiga rajah pada satu tapak dan digunakan untuk mengukur altitud planet dan bintang Dhat al-Jaib alat yang digunakan untuk mengukur altitud dan mempunyai dua rajah Al-Mushabbah b al-Natiqq yang dicipta oleh Taqiuddin dan digunakan untuk mengukur jarak di antara dua bintang Tabaqal- Manatiq dibina oleh Ghiyasuddin Jamshid untuk menentukan latitud, jarak bintang dari bumi dan peredaran orbit. Ia sering digunakan untuk mencerap data bagi menentukan gerhana bulan dan gerhana suria Zarqalah direka oleh Shaikh Ishaq Ibn Yahya yang dikenali sebagai pelukis Sepanyol (al-Naqqash al Andalusi. Ia digunakan untuk mencerap peredaran planet dan bintang Dhat al-Kursi dibina oleh Badi dari Astrolab (Badi al Asturlabi) Al-Alat al-Shamilah dicipta oleh alKhujandi untuk menentukan latitud Al-Jaib al-Gha’ib mempunyai dua separa bulat dan permukaan yang dibahagi separa

Suds-i-Fakhri sering dikaitkan dengan nama Fakhr al-Daulah Dailami. Balai cerap Ulugh Beg menempatkan Fakhri sextant untuk mengukur jumantara meridian di mana jejarinya bersaiz 40.04 m. Satu darjah adalah bersamaan dengan 70.2 cm, 1 minit bersamaan dengan 12 mm, 5 saat bersamaan dengan 1 mm dan 2 saat bersamaan degan 0.4 mm Nazara-al-Bu’d dicipta oleh AlKindi untuk balai cerapnya lebih 750 tahun sebelum James Metius (1608) dari Belanda. Al-Kindi menerangkan di dalam risalahnya berkaitan dengan teleskop (Risalafi’ Amal Ala Urafa-oBiha Bu’d a- al-Mo’ayanat) secara terperinci mengenai ciptaanya. Jupiter, matahari dan sistem solar merupakan cerapan beliau menggunakan alat ini. Kesimpulan Menjelang kurun ke-10, telah lahir tokoh Islam yang begitu aktif dalam bidang astronomi. Balai cerap begitu pesat membangun, begitu juga dengan rekacipta alat saintifik untuk bidang astronomi. Sebahagian daripada peninggalan rekacipta tersebut masih dapat dilihat hingga ke hari ini. Tidak dinafikan ilmu adalah anugerah Allah. Berkat dengan doa dan usaha mungkin suatu hari nanti akan lahir tokoh astronomi di kalangan kita. Pada tahun 1935, Persatuan Astronomi Antarabangsa ( The Inter-

national Astronomical Union) telah mengiktiraf tokoh astronomi Islam dengan menamakan topologi di bulan berdasarkan nama tokoh-tokoh ahli astronomi Islam seperti : al- Ma’mun (al-Manon) al-Farghani (Alfaraganus) al-Battani (Al-Bagtanius) Thabit Ibn Qurrah (Thebit) al-Sufi (Azophi) al-Haytham (Alhazen) al-Zarqali (Alzachel) Jabir (Geber) Nasiral-Din al-Tusi (Nasirddin) Al-Bitruji (Alpetragius) Abu al-Fida (Abdulfeda) Ulugh Beg Rujukan [1] Z. Ahmad “Influence of Islam on World Civilization”, 2nd Edition, Adam Publishers & Distributors, Delhi, INDIA, 2001. [2] M. R. Mirza & M. I. Siddiqui, “Muslim Contribution to Science“, Adam Publishers & Distributors, Delhi, INDIA, 2000. [3] S. Nordin, “Sains Menurut Perspektif Islam”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, MALAYSIA, 1995. [4] M. M. Sharif, “A History of Muslim Philosophy”, Pakistan Philosophical Congress, Lahore, PAKISTAN, 2003

Sekitar Minggu Sains dan Matematik SK Gita


17 • Julai - Disember 2009

Kembara angkasa melalui Stellarium Ismandy Ali

tang, garisan buruj, sistem koordinat, pemprograman ‘subrutin’ menggunakan bahasa ‘scripting’ mudah, persempadanan langit yang ditetapkan oleh IAU dan banyak lagi. Walaupun begitu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai landskap selain boleh ditambah dengan tahi bintang atau meteor. Satu ciri menarik iaitu corak mitos langit berdasarkan pelbagai budaya juga ada dalam perisian ini. Secara asas, mitos langit adalah berdasarkan mitos Barat yang berdasarkan Greek. Dalam versi yang digunakan untuk penulisan ini iaitu Stellarium versi 0.10.2, terdapat 10 mitos langit yang lain iaitu dari budaya Cina, Mesir purba, Polynesia, Inuit dan pelbagai lagi. Memang diakui agak mengambil masa untuk membiasakan diri dengan perisian ini, tetapi berbanding

dengan perisian komersial, ia adalah lebih ringkas dan mudah dipelajari serta sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan astronomi. Bagaimanapun pengetahuan asas berkenaan dengan astronomi adalah amat diperlukan untuk menghargai keupayaan perisian ini. Dicadangkan untuk menggunakan perisian ini dengan lebih cepat, sedikit penghafalan tentang jalan pendek atau ‘shortcut key’ amat diperlukan. Sebagai contoh, untuk mempercepat masa atau berundur ke masa yang sesuai, shortcut key ‘j, ‘k’ dan ‘l’ diperlukan dan sekiranya simulasi langit malam menunjukkan beberapa buah planet seperti planet Marikh dan Musytari, klik pada planet Musytari, tekan ‘Ctrl-G’ akan terus membawa kita ke pemandangan langit dari planet Musytari – dan ia disimulasikan secara cepat dan tepat.

Info Aktiviti

B

ayangkan kita boleh melihat rupa bintang dan planet semasa kita lahir. Soalannya seperti ni, “Saya dilahirkan pada 12 Februari 1991 agaknya bagaimana rupa bintang pada malam itu? Di manakah planet Marikh dan planet Musytari?”. Stellarium boleh melakukannya. Itulah yang menarik berkenaan dengan perisian ringkas ini. Pergerakan bintang-bintang boleh dikira berdasarkan formula matematik, jadi ini menyebabkan sesuatu peristiwa astronomi itu boleh diramal. Apa yang menarik dalam astronomi apabila berlaku fenomena astronomi seperti gerhana matahari dan bulan penuh, ia boleh dikira dan ketepatannya boleh mencecah sehingga minit dan saat. Menarik bukan? Stellarium adalah satu perisian yang terkenal kerana keupayaannya dan ia ditulis oleh sekumpulan pengaturcara yang diketuai oleh Fabian Chereau. Sebenarnya terdapat banyak perisian lain yang boleh melakukan fungsi itu tetapi Stellarium boleh didapati secara percuma, mudah dipasang, senang difahami, selalu dikemas kini, bersaiz kecil (kira-kira 30 – 50MB mengikut platform sistem pengoperasian) dan boleh dimuat turun secara terus dari internet. Untuk memuat turun perisian ini, bolehlah lawati ke http://www.stellarium.org. Pengarangnya bangga dengan keupayaan asal yang mampu mensimulasikan sebanyak 600,000 bintang, dan dengan muat turun katalog luaran tambahan serta ia boleh mensimulasikan sehingga 210 juta bintang. Ciri-ciri istimewa yang juga seperti perisian astronomi yang lain adalah lokasi pengguna boleh disetkan selain tarikh dan masa, kadar kerlipan bin-


www.sarawak-astronomy.org

Julai - Disember 2009 • 18

Jadual langit malam JULAI

Info Aktiviti

Julai 7 – Bulan Penuh Julai 22 – Anak bulan Astronomi Julai 22 - ‘Total Solar Eclipse of the century’ dan boleh dilihat dari India tengah, China dan Lautan Pasifik berhampiran Jepun. Di Malaysia, ia boleh dlilihat sebagai gerhana matahari separa.

Julai 28, 29 - Hujan meteor ini biasanya akan menghasilkan 20 meteor per jam di waktu puncak. Pada tahun ini dianggarkan tarikh kemuncaknya adalah pada 28-29 Julai dan ia bermula dari Julai 18 sehingga Ogos 18. Waktu terbaik mencerap hujan meteor ini adalah selepas tengah malam, di dalam buruj Aquarius dan di sebelah timur.

OGOS

SEPTEMBER September 4 – Bulan Penuh. September 17- Uranus pada kedudukan terdekat dengan Bumi. Bagaimana ia hanya dapat dilihat dengan baik melalui teleskop berkuasa tinggi. September 18 - Anak Bulan astronomi September 22 - Equinoks musim luruh pada hemisfera utara. September 22 - Dilihat dari Bumi. Utarid dan Zuhal mendekati antara satu sama lain. September 30 – Bulan dan Planet Musytari begitu mendekati antara satu sama lain.

Ogos 6 – Bulan Penuh Ogos 10 - September 4 – Planet Zuhal dilihat tanpa cincin. Cincin Zuhal dilihat dari sisi dan hasilnya cincinnya tidak dapat dilihat kerana terlalu nipis berbanding dengan saiz Zuhal. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam 1 ½ dekad. Ogos 12, 13 - Hujan Meteor Perseid. Perseid adalah salah satu dari hujan meteor yang terbaik dan ia boleh berlaku sehingga 60 meteor sejam. Pada tahun ini, kemuncaknya adalah dari 14-14 Ogos. Cahaya bulan mungkin akan menganggu sedikit sebanyak di sebelah pagi, oleh itu disarankan waktu terbaik adalah mencerap meteor sebelum bulan terbit. Titik muncul atau radian meteor ini adalah di dalam buruj Perseus atau pandang ke arah timur laut. Ogos 14 - Musytari di kedudukan ‘opposition’ dan dalam kedudukan yang paling hampir dengan Bumi. Ini adalah waktu terbaik untuk mencerap Musytari dengan bulan-bulannya. Ogos 17 - Neptune berada di kedudukan yang paling dekat dengan Bumi. Ini adalah waktu terbaik mencerap Neptune bagaimanapun anda memerlukan teleskop yang berkuasa tinggi. Ogos 20 – Anak bulan astronomi


19 • Julai - Disember 2009

OKTOBER Oktober 4 - Bulan Penuh. Oktober 12 – Bulan dan Marikh begitu mendekati di antara satu sama lain Oktober 13 - Dilihat dari Bumi, Planet Zuhal dan Zuhrah akan mendekati satu sama lain, iaitu lebih kurang ½ darjah. Oktober 18 - Anak bulan astronomi Oktober 21, 22 – Hujan meteor Orionids. Secara purata ia akan menghasilkan 20 meteor dan waktu kemuncaknya adalah selepas tengah malam. Bagaimanapun dianggarkan ia juga boleh dilihat dalam tempoh 17-25 Oktober Bulan terbenam lebih awal membantu tahap kejelasan meteor yang lebih banyak. NOVEMBER November 2 – Bulan Penuh November 16 – Anak bulan astronomi November 17, 18 - Hujan meteor Leonids. Leonids mampu menghasilkan sehingga 40 meteor per jam. Tempoh hujan meteor ini adalah dari 13-20 November dan kemuncak adalah pada 17-18 November. Ketiadaan bulan pada kali ini memberi peluang yang cerah untuk mencerap.

DISEMBER Disember 2 – Bulan penuh Disember 13, 14 – Hujan meteor Geminids dan selalu mendapat jolokan sebagai hujan meteor yang paling patut ditunggu. Faktor utama adalah kerana meteor yang dapat dicerap adalah berlainan warna selain daripada ia mampu menghasilkan sehingga 60 meteor per jam. Tempoh adalah dari 6 – 19 Disember dan waktu kemuncak adalah 13-14 Disember. Fasa bulan yang kurang menyerlah pada kali ini menambahkan lagi peluang cerah untuk mencerap. Untuk lebih mudah, lihat sebelah timur selepas tengah malam. Disember 16 – Anak bulan astronomi Disember 21 – Solsetis musim dingin di hemisfera utara pada 9.47 a.m. Disember 31 – Bulan penuh Disember 31 – Gerhana matahari separa.

ASTRONOMY FUN FACTS What is the average temperature of the planets and the sun? The Sun: 9944 degrees Fahrenheit Mercury: 333 degrees Fahrenheit Venus: 867 degrees Fahrenheit Mars: -85 degrees Fahrenheit Jupiter: -166 degrees Fahrenheit Saturn: -220 degrees Fahrenheit Uranus: -319 degrees Fahrenheit Neptune: -328 degrees Fahrenheit Pluto: -373 degrees Fahrenheit Which planets have gaseous atmospheres? Answer: Jupiter, Saturn, Uranus and Neptune Why do the ocean tides change?

Hint: It has to do with the moon. Answer: The moon’s gravity attracts the water, which leads to the tides as the moon orbits around Earth. How long does it take for astronauts to travel to the moon? Answer: About three days. How many miles is it from the sun to Pluto when Pluto is closest to the sun? Answer: 2.75 billion miles Why is Pluto no longer officially considered a planet? Answer: After Pluto was discover-ed in 1930, astronomers continued to learn

more about the planet, and they decided that Pluto was too small to qualify as a planet in our solar system. Even though it has its own moons and orbits around the sun, there are other objects as big as or bigger than Pluto nearby, so the International Astronomical Unit decided to change Pluto’s status. What is a black hole? Answer: A black hole resulting from a star’s collapse. This hole has so much gravity that it draws everything around it, including stars and planets, into its center, and nothing can escape.

Source : http://www.life123.com


P

enerokaan ke angkasa lepas merupakan kejayaan buat bangsa manusia yang merenung langit semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Apakah yang diperlukan oleh manusia untuk meneroka angkasa lepas? Astronaut (Amerika Syarikat), kosmonaut (Rusia) atau angkasawan (Malaysia) adalah mereka yang telah menjalani latihan dan berpeluang pergi ke angkasa. Filem 3D ‘fulldome’ ini adalah antara filem keluaran Spitz Inc. dan ia merupakan sebuah pertunjukan yang dihasilkan oleh National Space Centre (UK). Ia membawa anda dari Bumi dan seterusnya ke angkasa lepas dan pengalaman pelancaran roket dilakukan dari sudut pandangan seorang astronaut – termasuk kesan terhadap organ dalamannya. Alami apakah perbezaan semasa berada di angkasa dan angkasa lepas, dari terapung-apung di persekitaran Inter-national Space Station sehinggalah ‘menjelajah’ ke kawasan mikroskopik di dalam badan manusia. Pertunjukan 3D ASTRONAUT ini adalah pertunjukan keseluruhan kubah 360 darjah dan mengambil masa selama lebih kurang 25 minit dan ia merupakan salah satu dari program yang menyokong program Angkasawan Negara pada tahun 2007 yang lepas. Ia akan mula ditayangkan pertengahan September 2009 di teater Planetarium Sultan Iskandar. Pertunjukan ini adalah sumbangan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS). Nantikan kedatangannya!

Pertunjukan ini ditaja oleh


Aku & Bintang Vol 6