Page 13

Nama popular kes Nama popular bagi kes yang dirujuk bolehlah digunakan dan hendaklah ditaip di dalam tanda kurung selepas rujukan penuh awal. Contoh: Mirage Studios v Counter-feat Clothing Co Ltd [1991} FSR 145 (Ninja Turtle case) Penyebutan kes di dalam catatan bawah Sekiranya lebih daripada satu kes dirujuk, kes-kes tersebut hendaklah ditaip mengikut susunan kronologi di mana kes yang terbaharu ditaip kemudian sekali kecuali terdapat sebab-sebab tertentu yang perlu, susunan kronologi bolehlah diabaikan. Kes-kes berkenaan hendaklah dipisahkan dengan penggunaan semi colon (;) Contoh: Lee Gee Lam v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1993] 3 MLJ 265; Saul Hamid bin Pakir Mohamad v Inspector Abdul Fatah bin Abdul Rahman & Anor [1999] 6 MLJ 800; Abdul Ghani Haroon v Ketua Polis Negara and Another Application [2001] 2 MLJ 689. Kes yang tidak dilaporkan Rujukan kepada kes yang tidak dilaporkan hendaklah menggunakan ‘rujukan neutral’ (jika ada). Sekiranya tidak terdapat ‘rujukan neutral’ tersebut, format yang perlu digunakan ialah: 1. Nama kes 2. Mahkamah yang mendengar kes tersebut 3. Tarikh keputusan dibuat 4. Halaman atau perenggan kes berkenaan boleh didapati Contoh: Thannhauser v Westpac Banking Corporation (Federal Court Australia, 9 December 1991) [90]* *kandungan berbentuk sedemikian hendaklah digunakan bagi menyatakan nombor perenggan di mana kes tersebut boleh diperolehi. Keputusan yang disiarkan secara elektronik Rujukan kes yang diperoleh daripada sumber elektronik hanyalah boleh digunakan sekiranya keputusan kes tersebut belum dilaporkan di dalam bentuk bercetak dan tidak mempunyai ‘rujukan neutral’ Contoh: Cox v Robinson [2000] QCA 454 (Supreme Court of Queensland Court of Appeal, 7 November 2000). http://austlii.edu.au/au/cases/qld/QCA/2000/454.html [7 Januari 2000] Laporan-laporan lain Kes yang dilaporkan oleh akhbar hanyalah boleh dirujuk sekiranya ia tidak dilaporkan di dalam laporan lain. Nama akhbar tersebut hendaklah ditaip condong. Contoh:

Gaya ukm  
Gaya ukm  
Advertisement